Friday, July 20, 2007

Malaysia Negara Islam atau Sekular



Malaysia Negara Islam atau negara Sekular. Najib Tun Abdul Razak dalam kenyataannya mengatakan negara ini adalah negara Islam dan bukan Negara sekular. Adakah ini satu perbandingan yang tepat. Adakah kenyataan MCA itu yang menyanggah kenyataan Najib itu juga tepat atau semata-mata ini satu kenyataan yang bercorak menentang Islam semata-mata dan dibuat untuk meraih sokongan bangsa Cina kembali kepada MCA yang nampak berani menentang Timbalan Perdana Menteri.



Sekular seperti dalam definisi ini merujuk kepada sifat duniawi dan tidak berkaitan dengan agama. Islam dalam melihat fundamentalnya menolak atau tidak mengiktiraf pemisahan kehidupan agama dengan kehidupan lahiriah yang ada dan memandangkan kita telah telah menetapkan bahawa agama rasmi kita adalah Islam dan nilai – nilai kehidupan di Malaysia berasaskan agama mampukan kita mengatakan negara ini sebagai negara sekular? Memandangkan kehidupan masyarakat kita berkait rapat dengan keagamaan biar apa agama sekali pun maka adakah kita layak melabel pendekatan negara ini sebagai pendekatan sekular? Mungkin kita memerlukan perbincangan khusus untuk isu ini atau sebenarnya ini hanya satu terminologi yang tidak perlu kita rungkai. Kita akui negara kita ini menetapkan Islam sebagai agama rasmi tetapi adakah benar kita dalam konteks ini adalah negara Islam. Ambiga Sreenevasan (Bar Council) menggariskan bahawa pendekatan Islam Hadhari Pak Lah juga tidak menetapkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam. Kenyataan Najib kini dipersoalkan oleh MCA dan Islam Hadhari pula disoalkan oleh Bar Council. Akhir-akhir ini kita turut lihat Agama Islam itu juga turut dipersoalkan oleh parti politik khususnya DAP.

22 Comments:

Anonymous Anonymous said...

UMNO adalah pelupor negara sekular Malaysia. Tak payah nak dolak dalih. Bukti kita sekular memang cukup jelas dan bukti penolakan Negara Islam telah ditolak oleh UMNO juga ada. apa lagi nak sorok, kita kan negara kapitalis, tergolong dengan amalan sekularisme. Dah that is it.

2:44 PM  
Blogger Lata Ulu Lawin, Kenering 33300 Gerik said...

Kalau nak dikatakan negara ini Negara Islam, lebih baik aku keluar Islam. Buat malu saja.

Kat Cuba, negara komunis, tak ada casino. Tapi kat Malaysia negara islam, ada casino.

Nak cari pelacur, tak payah pi Haatyai, kat KL dan Penang pun melambak. Orang islam pulak tu!

Negara macam sweden dan Norway tu, banyak yang atheist. Tapi tak ada rasuah. Kat Negara Islam Malaysia ni, dah jadi budaya.

Kalau nak kata ni Negara Islam, buat malu Islam saja.

Aku sokong MCA.

8:14 PM  
Anonymous Anonymous said...

Tidak perlu kita bincangkan topik ini, ia bukan perkara baru apatah lagi bila hampirnya P.R.U.Selepas ini akan ada lagi topik yang lebih hangat, cuma untuk mengelirukan pemikiran rakyat dan megalih perhatian kepada perkara yang lebih ajaib yang berlaku dalam negara kita khasnya kepada MELAYU yang masih lagi khayal dalam keMELAYUan nya.

12:54 AM  
Anonymous Anonymous said...

MCA ckap tu betul,mmg mlaysia ni ngara sekular. Takkanlah Lord Reid yg sekular tu nak gubal perlembagaan islam untuk malaysia. Kan tak logik tu...

10:51 AM  
Blogger Dek Mat said...

Mungkin para pemimpin Barisan Nasional telah terlalu lama menerajui kerajaan sehingga lupa perbezaan di antara falsafah Negara Malaysia dengan falsafah pentadbiran Malaysia.

Sesungguhnya Barisan Nasional adalah hanya satu gabungan parti-parti politik.

Barisan Nasional bukan Malaysia!

Vote BN out and vote for SiPM instead!

10:55 AM  
Blogger Dek Mat said...

Mungkin para pemimpin Barisan Nasional telah terlalu lama menerajui kerajaan sehingga lupa perbezaan di antara falsafah Negara Malaysia dengan falsafah pentadbiran Malaysia.

Sesungguhnya Barisan Nasional adalah hanya satu gabungan parti-parti politik.

Barisan Nasional bukan Malaysia!

Vote BN out and vote for SiPM instead!

10:56 AM  
Anonymous Anonymous said...

MCA pun sokong DAP, itulah bak kata Ku Li, Cina bila isu mengenai mereka, mereka bersatu hati. Macam mana nak kongsi kuasa dengan mereka? Kita patut jaga hak kita. Melayu sama melayu dok kutuk sama sendiri. Oiii kat negara Arab itu pun ada pelacurlah bahlol.

5:23 PM  
Blogger Lata Ulu Lawin, Kenering 33300 Gerik said...

Dalam ekonomi, orang Cina tak kisah hang DAP ka, MCA ka Gerakan ka....business is business.

orang melayu kalau buat bisniss, kena tanya dulu, hang Umno ka pembangkang ka? Kalau pembangkang, mampuih pi.

Dalam pendidikan, nak pinjam buku teks, biasiswa, KWAM, depa tanya dulu, hang UMNO ka pembangkang ka.... kalau pembangkang mampuih pi.

Dalam ugama, nak jadi jawatankuasa masjid pun depa tanya, hang UNO ka Pas ka..... Kalau Pas, kita tendang pi.

Orang Cina jaga bangsa depa, pemerintah Melayu, bagi jahanam bangsa sendiri. Pemerintah Melayu bukan saja kutuk bangsa sendiri, malah depa buat naya kat bangsa sendiri. Lepas tu suruh bersatu.........ptuih!

8:46 PM  
Blogger Lata Ulu Lawin, Kenering 33300 Gerik said...

zami,

"Oiii kat negara Arab itu pun ada pelacurlah bahlol. "

Negara Arab tak semestinya Negara Islam. Orang Arab bukan semua Islam.

Pelacuran adalah salah satu profession tertua didunia ini yang diharamkan oleh Islam. Bukan saja pelacur ayng akan dihukum, malah mereka yang terlibat pun akan dihuku, kalau mengikut prundangan Islam. tapi kat Malaysia, "close one eye'. Polis yang lambangnya bertuliskan Allah dan Muhammad pun terlibat. Islam apa nama?

10:06 PM  
Anonymous Anonymous said...

Pembangkang Melayu apa kurangnya, fitnah dan sebaginya menjadi mainan. PAS itu menggunakan Islam untuk dapat kuasa dan fitnah juga mainan mereka. Kalau mereka boleh sokong Anwar Ibrahim yang rakus berpolitik dan turut memperalatkan Islam untuk politik diri.

11:23 PM  
Blogger Lata Ulu Lawin, Kenering 33300 Gerik said...

So? Tangkap dan dakwa laa,kalau depa buat fitnah. Setiap ceramah pembangkang semuanya dirakam oleh SB. Kalau tak betul, saman la.

"PAS itu menggunakan Islam untuk dapat kuasa dan fitnah juga mainan mereka"

Yang tu aku setuju, tapi Umno pun buat jugak. Hahih, kalau dua-dua buat salah, macam mana Melayu nak bersatu? Melayu perlu bersatu atas kebenaran atau berkomplot diatas perkara tak betui?

8:37 AM  
Anonymous Anonymous said...

Skrg apa kata kalau kita bantai MCA , Gerakan dan DAP yang agendanya hanya untuk Cina. Kita harus bangkit menentang mereka yang semuanya sokong Inter Faith, mahu agama Islam di soal siasat dengan logik dunia. Malang aku tak nampak Melayu keadilan bersatu dalam isu ini. Malah aku tengok Keadilan seakan menyokong penubuhan IFC dengan sokongan dari Ketua angkatan muda mereka Sahamsul Iskandar. UMNO menolak IFC begitu juga PAS tetapi Anwatr Ibrahim ? Keadilan ?

Dalam bab agama ini kita berpecah macam mana kita nak survive. UMNO tak pandang bulu la, ada anak-anak pembangkang masuk Universiti jadi anti gomen. Dalam Uni ada anti gomen tetapi mereka amsih belajar atas infra kerajaan. Tapak berniaga tak de pilih bulu. Malang sebab hasutan pembangkan khususnya Keadilan yang bertuhankan Anwar Ibrahim maka semua yg dibuat oleh untuk Melayu salah. Malah semuanya diletakkan pada bahu UMNO. Kenapa keadilan dan Pas tidak serang Samy Vellu, Ong Ka Ting dalam polisi dan kecenderungan mereka utk mengkritik Malaysia sebagai negara Islam. Kan kita dalam OIC.

Melayu hari ini disuap dengan manifesto politik dan bukan manifesto bangsa.

11:44 AM  
Blogger Lata Ulu Lawin, Kenering 33300 Gerik said...

"Skrg apa kata kalau kita bantai MCA , Gerakan dan DAP yang agendanya hanya untuk Cina."

Kak..kah...kah...

Memang perangai Umno. Bila terdesak, mula mainkan isu perkauman. ajak melayu bersatu menentang Cina. Depa kat atas semua gelak dan berpeluk sakan melihat Melayu bergaduh dengan Cina. Tak payah pertikaikan apa yang MCA dan DAP buat untuk cina. Tapi tanya apa yang Umno dah buat untuk Melayu? Bila Trengganu jatuh ketangan Pas, semua peruntukan ditarik balik. Duit royalti Petronas pun depa sapu. Apa? Kat Trengganu tu bukan melayu ka?

" Kita harus bangkit menentang mereka yang semuanya sokong Inter Faith, mahu agama Islam di soal siasat dengan logik dunia."

Pasai apa hangpa tak mau tendang Nazri Aziz, Zaid kamarudin? Depa ni Umno ka Keadilan?

" Malah aku tengok Keadilan seakan menyokong penubuhan IFC dengan sokongan dari Ketua angkatan muda mereka Sahamsul Iskandar. "

Tolong bagi tau, bagaimana nak menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ugama? Nak berperang? nak begaduh? Aku sokong kenyataan Syamsul, perlu ada mekanisme untuk berbincang. sama ada kita bersetuju atau tidak itu perkara kedua.

"UMNO menolak IFC begitu juga PAS tetapi Anwatr Ibrahim ? Keadilan ? "

Umno menolak IFC, tapi pemimpin nya bersetuju. Anwar bersetuju dengan penubuhan IFC, supaya keharmonian antara ugama dapat disemai. Tapi tak semestinya bersetuju apa saja yang depa cakap.
Sapa kat Pas menolak IFC? Mungkin Pas menolak nama saja, tapi dalam manifesto pilihanraya 2004, Pas juga berjanji untuk menubuhkan Majlis perunding antara agama. (IRCC)


"Dalam bab agama ini kita berpecah macam mana kita nak survive."

Macam mana tak berpecah kalau ugama itu dipolitikkan. Jom heboh, mufti kata haram, Umno tak kisah pun. Bila kita minta cap jari untuk mengundi, yang tu depa pandai kata haram.

"UMNO tak pandang bulu la, ada anak-anak pembangkang masuk Universiti jadi anti gomen"

Anak pembangkang masuk universiti ikut pintu depan. Anak pemimpin Umno masuk Universtii, kolej, ikut pintu belakang. Awat? masuk universiti mesti jadi tukang ampu gomen ka?

"Dalam Uni ada anti gomen tetapi mereka amsih belajar atas infra kerajaan."

Mesti laa! Awat, hang ingat universiti tu Umno punya ka?

"Tapak berniaga tak de pilih bulu."

Yang ni aku setuju setengah. Sapa yang sanggup 'hulor' sikit, dapat lah. tak dak kebl, tak duit rasuah, tok sah harap nak dapat.

"Kenapa keadilan dan Pas tidak serang Samy Vellu, Ong Ka Ting dalam polisi dan kecenderungan mereka utk mengkritik Malaysia sebagai negara Islam"

Depa kan kawan hangpa? Hangpa tak terasa ka kalau Samy vellu dan OKT hentam Islam. Hangpa bagi lagi kat depa projek, kuasa. Ni memang betui perangai bangsat. Hang suruh kami lawan, hangpa dok peluk sakan.

Yang bantah fatwa mufti ni sapa? Samy vellu ka pemimpin Umno? Yang tendang Ishak Baharom tu sapa? OKT ka pemimpin Umno? Yang kata Nabi tak bercukur sebab tak dak Gillete tu sapa? LKY ka, pemimpin Umno?

Orang melayu hari ini diperbodohkan oleh pemimpin Umno. Denga kain batik dan duit RM50.00, depa sanggup gadai maruah, gadai ugama. Dan pemimpin Umno menjual agenda bangsa untuk kepentingan perut mereka.

1:56 PM  
Anonymous Anonymous said...

MCA, DAP dan Gerakan lu org lebih baik balik negara lu orang. Lu datang sini pun tatak kita panggil ma, kenapa lu org yang sepatutnya sedar lu orang adalah pendatang asing ma

8:39 PM  
Anonymous Anonymous said...

Nampaknya ada seorang bekas Menteri Besar yang telah membuat laporan polis terhadap Malaysia Today dan saya. Bekas Menteri Besar ini yang namanya ada dua Muhamad, tidak punya separuh daripada keperibadian Nabi Muhamad (saw), apa lagi dua kali ganda keperibadian Baginda walaupun namanya mengandungi dua Muhamad.

Inilah Muhamad yang memulakan kehidupannya sebagai seorang guru tetapi tidak boleh bercakap sepatah bahasa Inggeris. Apabila dia ditahan kerana membawa bersamanya berjuta-juta wang yang todak diketahui sumbernya ke dalam Australia, dia merayu atas alasan tidak faham bahasa Inggeris dan telah dibebaskan oleh mahkamah Australia daripada jenayah menyeludup wang. Apa yang ramai mungkin tidak sedar ialah ketika dia letak jawatan sebagai guru untuk bertanding dalam pilihan raya umum, Kerajaan membuat tuntutan sebanyak RM80,000 terhadapnya kerana dia masih dalam kontrak berkhidmat dengan kerajaan, dia perlu membayar kembali apa yang dipinjam.

Ya, Malaysia ada sistem yang unik dalam memberi pinjaman melanjutkan pelajaran, kepada Melayu yang tidak berkemampuan. Mereka terpaksa berkhidmat dengan kerajaan untuk tempoh tertentu selepas lulus dan jika mereka enggan berbuat demikian atau letak jawatan sebelum tamat tempoh kontrak, mereka perlu bayar semula kerajaan jumlah pinjaman yang telah diambil. Bekas Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad, dengan itu berhutang dengan kerajaan sebanyak RM80,000 dan jika dia tidak menjelaskannya, dia telah menafikan Melayu lain manfaat wang tersebut dan dengan itu menafikan Melayu lain untuk mendapat pendidikan peringkat tinggi.

Bekas Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad, kemudian merayu kepada Menteri Pelajaran pada ketika itu, iaitu Anwar Ibrahim, bagi dikecualikan daripada membayar kepada kerajaan RM80,000 yang dihutang dan Anwar, sebagai seorang politikus yang bijak pada ketika itu (atau mungkin masih bijak kini, saya tidak pasti tentang itu), membatalkan peraturan tersebut supaya bekas Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad tidak perlu bayar RM80,000 kepada kerajaan yang dengannya boleh diberikan kepada Melayu lain yang kurang bernasib baik yang perlu bantuan kerajaan untuk melanjutkan pelajaran mereka.

Apa yang mengelirukan ialah bagaimana bekas Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad ini, tiba-tiba memiliki berjuta dalam koceknya dan kerana itu telah ditahan sebaik saja dia memasuki Australia sedangkan beberapa tahun sebelum itu dia tidak mampu membayar semula RM80,000 kepada kerajaan pinjaman yang diambil dan terpaksa meminta Anwar Ibrahim mengecualikan peraturan pembayaran semula.

Bekas Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad telah membuat laporan polis terhadap Malaysia Today dan mengatakan saya menghina Agong dan Islam, dan bahawa saya membangkitkan sentimen perkauman yang boleh mengakibatkan konflik perkauman dalam Malaysia. Dia sebenarnya bertindak bagi pihak Umno dan mewakili Umno sebagai Ketua Penerangan.

Ia sungguh pelik bahawa bekas Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad ini menuduh saya menghina Agong yang juga adalah Sultan Terengganu ketika itu Agong adalah kawan baik saya. Apabila Agong, yang juga adalah Sultan Terengganu, baru Raja Muda Terengganu, saya biasa menunggang kuda bersamanya di pantai Kuala Terengganu. Saya juga telah pergi ke London beberapa kali untuk berjumpa dengan Agong yang juga Sultan Terengganu, yang pada ketika itu Raja Muda Terengganu dan seorang pelajar di London.

Raja Muda Terengganu pada ketika itu, kini adalah Agong yang ada, dan saya akan bawanya keliling kota London menaiki Ferrarinya dan bersama kakak-kakak dan isteri saya, kami akan berkunjung ke night-spots terkenal di London seperti Longfellows. Bila dia balik ke Kuala Lumpur saya akan membawanya ke Tin Mine di mana kami akan duduk-duduk dan berbual kerana dia bukan penari disco tetapi lebih suka menikmati muzik di situ dan berbual.

Adakah saya menghina kawan lama saya yang kini adalah Agong, bila saya sembah dan cium tangannya dan baginda akan menarik tangannya enggan membenarkan saya cium kerana menganggap saya sebagai kawan lama dan bukan sebagai rakyat? Hal ini, bekas Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad tidak sedar bila dia membuat laporan polis terhadap Malaysia Today dan saya.

Saya akan cuba mengadap Agong yang merupakan kawan lama saya sejak dia masih Raja Muda Terengganu dan jika Yang Maha Mulia Agong berpendapat saya telah menghina beliau, saya akan menyerahkan diri saya kepada apa jua bentuk hukuman yang wajar bagi kesalahan menghina Agong. Hukuman bagi kesalahan menghina Agong termasuk hukuman mati, dan saya akan serahkan kepala saya untuk dipisahkan dari jasad seperti seorang rakyat yang ada maruah diri dan tunduk kepada Agong. Seorang Anak Raja Bugis taat setia kepada Agong dan Anak Raja Bugis sejati akan mengadap mati dengan penuh harga diri sebagai seorang Anak Raja Bugis. Bukan sia-sia saya daripada keturunan Upu Tenribong Daeng Rilaka, saya tidak akan mencemar nama nenek moyang saya dengan mengelak hukuman kerana menghina Agong. Yang DiPertuan Agong ialah salah seorang daripada Raja-Raja Melayu dan saya bukan sebarang Anak Raja Melayu; Saya adalah Anak Raja Bugis.

Bekas Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad ini, menuduh saya menghina Agong sedangkan dia sendiri telah menghina Almarhum Agong yang sebelum ini, yang merupakan Sultan Selangor dan bapa saudara saya. Bekas Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad telah kahwin lari dengan anak Sultan yang juga adalah sepupu saya, dan berkahwin dengannya secara rahsia di Thailand.

Apabila Almarhum Agong dan Sultan Selangor, bapa saudara saya bertanya bekas Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad ini, sama ada dia (bekas Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad) sudah berkahwin dengan anak perempuannya (Almarhum Agong dan Sultan Selangor), bekas Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad menafikannya. Berkahwin secara rahsia di Thailand ialah jenayah dan seorang boleh dihukum kerananya. Tambahan pula, mengahwini seorang wanita tanpa izin bapanya melanggar tatasusila agama Islam dan adab Melayu, tambahan pula dilakukan oleh seorang Menteri Besar, ini adalah kesalahan yang lebih berat. Lagipun, seorang Menteri Besar bukan lelaki di jalanan tetapi ketua kerajaan sebuah negeri. Tetapi bekas Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad menafikan dia telah berkahwin secara rahsia dengan anak perempuan Sultan di Thailand dan bersumpah dengan nama Allah bahawa tuduhan tersebut adalah palsu.

Akhirnya, bekas Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad menceraikan anak Sultan Selangor, sepupu saya, dan membayar sebanyak RM12 juta sebagai bayaran menyelesaikan perceraian. Hal ini telah mendukacitakan Almarhum Agong dan Sultan Selangor, bapa saudara saya, yang telah membuat salinan cek RM12 juta tersebut. Almarhum Agong dan Sultan Selangor, bapa saudara saya bukan dukacita sebab Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad telah menceraikan anak baginda, iaitu sepupu saya. Baginda tidak kisahkan itu. Almarhum Agong dan Sultan Selangor dukacita kerana Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad telah membayar anak perempuan baginda RM12 juta sebagai bayaran menyelesaikan perceraian. Almarhum Agong dan Sultan Selangor kemudian membuat salinan cek tersebut dan menunjukkannya kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan menuntut diberitahu bagaimana seorang Menteri Besar mampu membayar RM12 juta sebagai bayaran menyelesaikan perceraian anak perempuannya, sepupu saya. Ini membuktikan bahawa Selangor mempunyai Menteri Besar yang korup, kata Almarhum Agong dan Sultan Selangor, bapa saudara saya.

Dan bekas Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad telah membuat laporan polis terhadap Malaysia Today dan saya. Bekas Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad ini, seorang yang korup, penipu, yang telah berkahwin dengan anak perempuan Almarhum Agong dan Sultan Selangor dan menafikannya, dan telah menghina Melayu dan Islam dengan berkahwin secara rahsia di Negara lain tanpa kebenaran bapa perempuan.

Tetapi lelaki ini bukan sebarang lelaki di tepi jalan. Lelaki ini ialah pada masa itu Menteri Besar. Dan lelaki ini yang namanya ada dua Muhamad. Dan wanita tersebut bukan sebarang wanita tetapi adalah anak perempuan Almarhum Agong dan Sultan Selangor. Dengan itu, jenayah bekas Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad sepuluh kali ganda lebih dahsyat. Dan sekiranya ada lelaki lain yang melakukan kesalahan tersebut, pastinya akan ditangkap dan dihukum kerana kesalahan mengahwini seorang wanita secara rahsia di Thailand. Tetapi bekas Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad ini, tidak ditangkap dan dibicarakan. Dia juga tidak ditahan dan dibicarakan apabila dia membayar RM12 juta sebagai pampasan perceraian dan tidak boleh jelaskan dari mana dia mampu peroleh wang begitu banyak dengan gajinya sebagai seorang Menteri Besar.

Saya faham bekas Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad tidak boleh bertutur dalam bahasa Inggeris. Ini merupakan kenyataan mahkamah Australia dan dengan itu mahkamah melepaskan Muhamad daripada jenayah menyeludup wang masuk Australia. Ini bermakna dia juga tidak boleh membaca dalam bahasa Inggeris. Bagaimana bekas Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad boleh tahu apa yang saya tulis dan penghinaan yang dibuat terhadap Agong, amat menghairankan kerana saya menulis dalam bahasa Inggeris bukan bahasa Melayu. Umno sepatutnya memilih orang lain yang boleh berbahasa Inggeris untuk membuat laporan polis terhadap Malaysia Today dan saya.

Ramai orang dari media menalifon saya hari ini bertanya mengenai komen saya tentang laporan polis terhadap Malaysia Today dan saya. Inilah respon saya kepada laporan polis terhadap Malaysia Today dan saya. Saya mahu beritahu: pergi jahanam Muhamad anak Muhamad. Awak memalukan nama Muhamad. Awak Muhamad anak Muhamad: awak patut bersyukur ini tahun 2007 dan bukan tahun 1907. Jika ia tahun 1907 dan bukan 2007 saya akan cabar awak untuk bertarung. Ia pertarungan lelaki dengan lelaki, satu lawan satu. Pertarungan dengan keris sehingga mati.

Tidak, saya tidak fikir awak akan terima cabaran saya untuk bertarung dengan keris. Awak mungkin ada dua Muhamad pada nama awak, tetapi awak tiada kelas. Awak kahwin lari dengan anak Almarhum Agong dan Sultan Selangor dan secara rahsia melakukannya di Thailand. Kemudian awak nafikannya apabila Almarhum Agong dan Sultan Selangor bertanya awak mengenainya. Hanya seorang yang dayus akan lakukan demikian. Lelaki sejati tidak akan nafikannya. Dengan itu, tidak mungkin awak akan terima cabaran saya untk bertarung dengan keris.

Saya juga tahu bahawa apabila Almarhum Agong dan Sultan Selangor, bapa saudara saya, mendapati awak sebenarnya telah berkahwin dengan anak perempuannya, sepupu saya, dan awak telah berbohong mengenainya, awak mengarahkan Pemuda Umno mengadakan demonstrasi anti-Sultan. Almarhum Agong dan Sultan Selangor sangat terluka dengan perbuatan awak dan membatalkan sambutan hari jadinya pada tahun itu. Jadi, pada tahun itu, tiada anugerah datuk diberi dan awak terpaksa memulangkan wang yang telah diambil daripada mereka yang telah membayar untuk mendapatkan anugerah datuk.

Perbuatan awak, Muhamad anak Muhamad, satu pengkhianatan. Jika hari ini ialah tahun 1907 dan bukan 2007, pasti awak akan dihukm bunuh. Dan awak menuduh saya menghina Agong? Awak pengkhianat. Awak boleh masukkan saya dalam penjara tetapi awak sebenarnya akan dihukum bunuh jika di tahun 1907 dan bukan 2007.

Tetapi saya tahu mengapa laporan polis itu dibuat terhadap Malaysia Today dan saya, Muhamad anak Muhamad. Awak mahu muncul semula dalam arena politik. Awak mahu bertanding kerusi parlimen dalam pilihan raya akan datang. Dan mahu dilantik menjadi menteri pusat bila menang kerusi parlimen itu nanti. Awak berharap Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak, akan jatuh dan awak mengambilalih tempatnya. Itulah sebabnya, laporan polis dibuat terhadap Malaysia Today dan saya, Muhamad anak Muhamad.

Muhamad anak Muhamad, jumpa di neraka. Kalau saya ke sana dulu, saya akan tunggu di pintu neraka untuk menyambut kedatangan awak, Muhamad anak Muhamad. Ini Anak Raja Bugis bercakap, yang mati dengan keris di dalam tangan.

RAJA PETRA KAMARUDDIN

3:33 AM  
Anonymous Anonymous said...

Itulah dia.. aku sebagai rakyat Selangor memang turut berdukacita dengan apa yang dah si Mat Tyson ni buat. Bedebah punya dayus. Aku heran kenapa ada manusia yang masih sokong bedebah ni. Dasar tak ada akal.

WE SUPPORT RPK!

10:59 PM  
Blogger happysus said...

Sekularisme ialah ideologi bahawa urusan dunia seperti politik, pentadbiran dan undang-undang harus dipisahkan dari urusan agama.

Di Malaysia perlembagaan Persekutuan perkara 3(1) Islam ialah agama bagi persekutuan; tetapi agama lain oleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan. Perkara 32 (1)Ketua utama Negara Persekutuan , digelar di -Pertuan Agung. (3) Yang di-Pertuan Agong dipolih oleh Majlis Raja-Raja bagi 5 tahun.

Malaysia diiktiraf sebagai negara Islam oleh dunia. Pemerintah negara adalah orang Islam. Wujud perbankan Islam, Bon-bon Islam, Sekolah Agama dan bermacam lagi.

Dari segi pentadbiran juga diterapkan penerapan nilai-nilai Islam. Pelan integriti Nasional yang bersifat "holistic". Dasar Pendidikan Kebangsaan - penwujudan sekolah Bestari.Dasar Pertanian dan lain dasar semua menjurus kepada negara yang mampu berdiri atas kaki sendiri. Cuma tidak diletakkan perkataan Islam sahaja. Pengisiannya tetap ada.

Jelas negara kita bukan negara sekular kerana dalam urusan dunia seperti politik, pentadbiran dan undang-undang tidak dipisahkan dari urusan agama.

http://www.happysus.blogspot.com/

3:26 PM  
Anonymous Anonymous said...

Roha said...
Skrg apa kata kalau kita bantai MCA , Gerakan dan DAP yang agendanya hanya untuk Cina
-----------------------------
Roha, apakata kita bantai Umno yang agendanya hanya untuk melayu?

Dah 50 tahun merdeka tapi mentaliti masih perkauman. Tak paham...

3:58 PM  
Blogger happysus said...

Ciri-ciri Sekularisme adalah menolak kepercayaan adanya Tuhan segala berpusat pada alam, menolak kepercayaan adanya hari akhirat dan perkara-perkara berkaitan dengan kehidupan selepas mati dan agama dan dunia terpisah secara total.

Status Malaysia sebagai sebuah Negara Islam tidak patut dipertikaikan. Ustaz Al-Hadhidi pernah memberikan pengertian tentang Negara Islam. “ kerajaan Islam adalah sebuah kerajaan yang menganut agama Islam dan melaksanakan hukum-hukum syariat”. Menurut Al-Mawardi menerangkan konsep al-imamah (ketua) pula “Al-Imamah dikhususkan bagi orang yang menggantikan Rasulullah s.a.w. dalam pemerintahan sesebuah kerajaan Islam dengan tujuan menjaga kecucian agama dan politik dunia “.

Hasan Al-Banna menyatakan “sesebuah kerajaan itu dikira sebuah kerajaan Islam sekiranya barisan kepimpinannya adalah terdiri daripada orang-orang yang Islam yang melaksanakan segala kewajipan agama bukannya orang-orang yang ingkar dengan hukum dan ajaran agama.

Muhammad bin Hasan as-Syaibani menyatakan “Negara yang dikuasai dan orang-orang Islam menikmati keamanan dan keselesaan di dalamnya”

Muhammad Abu Zuhrah “ Negara Islam ialah Negara yang berada dibawah kuasa pemerintahan orang Islam. Negara sedemikian wajib dipertahankan oleh setiap individu muslim”.

Definasi di atas, menunjukkan Malaysia adalah sebuah Negara Islam. Perlembagaan persekutuan bahawa Islam adalah agama bagi persekutuan. Peruntukan ini tidak diadakan oleh penjajah, tetapi diusahakan oleh pejuang dan pemimpin Negara seiring dengan perjuangan mencapai kemerdekaan. Ciri-ciri sebuah negara Islam adalah

1) Ketua pemerintahan ngara dipegang oleh orang Islam.
2) Umat Islam bebas mnunaikan amalan syariat Islam malah dibantu oleh kerajaan.
3) Pendidikan Islam diajar dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat institusi pengajian tinggi.
4) Mahkamah syariah ditubuhkan dengan rasmi dan hasil keputusannya tidak boleh diganggu oleh mahkamah sivil.
5) Menuruskan hal ehwal zakat secara bersistem.

Rakyat bukan Islam menjadi keliru bila banyak definasi atau tafsiran mengenainya. Pemimpin Negara telah menjelaskan sifat Negara Islam Malaysia. Kepimpinan Negara memberi jaminan bahawa kerajaan tetap mempertahankan kebebasan beragama disamping menjaga hak-hak rakyat dengan saksama.

Jelas Islam sebuah Negara Islam seperti definasi yang diperkatakan oleh ulama masa kini dan dahulu.

Rujukan:

Penjelasan Isu semasa, Jabatan kemajuan Islam Malaysia.

Pemerintahan Negara Islam yang sebenar.

7:51 AM  
Anonymous Anonymous said...

hehe..
lihatlah.. pertikaian lidah, idea sesama kita yg seagama dan sebangsa!
jgn kita nk bincang berdegar degar sana sini.. itu x betul... ini x betul.. abis apa yg betul.. yg betul kita sama sama islam sama sama melayu dok asyik gaduh sama sama kita..

sudah dok kt situ la kita tak kemana.. orang lain da sampai bulan.. kita dok cakap cakap kosong lagi.. kau ni x guna la, kau ni menipu la..

its time for us to seat togheter and find for solutions.. nobody is perfect cause perfection belongs to Allah s.w.t.. but we still can discuss togheter and correct each other in a good manners..

jadilah seorang yg benar2 ikhlas berjuang kerna cintakan agama, bangsa dan tanah air kita.. x kemana kita jika asyik bertikam lidah sama sama kita..

kau islam aku pun islam, kau melayu aku pun melayu.. jadi perbezaan kita?? tidak ada!! kita sama cuma idea dan pendapat berbeza, itu saja.. bukanya masalah pun bahkan lagi baik utk terus maju jika idea2 ini kita ambil yg terbaik demi membela agama bangsa dan negara!

cukuplah sahabat2 semua! berhenti berikam lidah sama2 kita!

BERSATULAH dalam membela nasib ISLAM, MELAYU dan NEGARA TANAH MELAYU INI!!!

1:19 PM  
Anonymous Anonymous said...

Negara Islam?? Negara Sekular??
Apa definisi negara?? apa definisi Islam?? Apa pula definisi sekular??
Sekiranya sekumpulan manusia hidup disesuatu kawasan yang bebas dan tidak declare kawasan itu suatu taklukan sesebuah negara dan mereka menjalani kehidupan sebagai seorang Islam yang tulen (yakni hampir sama seperti kehidupan zaman Nabi), adakah "negara Islam" itu mengugat keimanan/keislaman mereka??
Sekiranya, rakyat yang bergelar Muslim menjalankan kehidupan Islam tulen di negara Kristian, adakah mereka akan ke neraka di akhirat???
Sekiranya negara Islam yang di war-warkan oleh Malaysia ini yang rakyat Muslimnya menjalankan kehidupan yang bertentangan dengan agama seperti melacur, berjudi, berkhalwat dsbg nya, adakah mereka dijamin ke syurga kerana negara ini "Islam"?? .....maka sangat pentingkah perkataan "negara Islam"......maka pada hemah saya, Islam itu telah dipandang rendah oleh manusia kerana ia telah menjadi suatu lambang/identiti sesebuah negara sahaja yang sepatutnya Islam itu jauh lebih bermakna......renungilah.....

1:29 PM  
Anonymous Anonymous said...

piu............ lah. Ingat Islam ke malaysia ini. Jahil betul la....

Islam Malaysia perlu ingat dan perlu dengar. orang bukan islam takut dengan perkataan kafir la. bila islam berkuasa di malaysia, orang kafir akan terus ditindas. sebabnya kafir adalah musuh islam. malah dalam ajaran boleh dibunuh orang kafir... apa akan jadi.... dengan orang kafir akhirnya

1:53 PM  

Post a Comment

<< Home