Tuesday, March 13, 2007

Penjualan hak - mengaut undi kaum lain


Hapuskan Dasar Ekonomi Baru - dasar yang menguntungkan segelintir orang - orang Melayu, berkongsi dengan bangsa lain dalam isu ekonomi dan pendidikan dan sekurang - kurangnya 4 dari 15 Universiti Awam harus di tunjangi oleh bukan Melayu. Ini sekarang ini menjadi perjuangan Parti Keadilan Rakyat dalam usaha untuk mendapat sambutan masyarakat bukan Melayu dalam pilihanraya akan datang. Perjuangan yang ada dikatakan adalah untuk kesamarataan sesama bangsa, antara bukan Melayu dan Melayu. Ironisnya perjuangan ini diterajui oleh orang Melayu yang mungkin kecewa dengan kepimpinan politik Melayu dalam UMNO. Mungkin kita lupa bahawa perjuangan sebegini bukan satu perjuangan baru. Tunku Abdul Rahman juga pernah menggariskan perjuangan menentang Malayan Union tidak disertai oleh kaum bukan Melayu dan penetapan syarat kemerdekaan - penyatuan bangsa juga bukan perjuangan kaum bukan Melayu tetapi perjuangan Inggeris untuk memartabatkan kehadiran pendatang sewaktu itu untuk terus memiliki hak di Tanah Melayu. Hari ini Melayu juga memperjuangkan hak bukan Melayu dengan bersembunyi disebalik perjuangan demokrasi dan agenda nasional.

Inilah yang sebenarnya menjadi masalah kepada kita. Perpecahan yang mengakibatkan hak orang - orang Melayu terhakis. Bukankah ini suatu realiti, kenapa harus kita sembunyikan? Sejarah membuktikan perpecahan ini merugikan orang - orang Melayu kerana kita gagal membezakan antara perbezaan idealogi politik dengan keutamaan bangsa. Lebih dahsyat lagi ialah apabila ianya hanya melibatkan kepentingan dan cita-cita beberapa orang tertentu. Maka perpecahan itu terus merugikan bangsa bilamana kita merujuk kepada bangsa lain untuk tujuan sokongan.

Hakikat kegagalan DEB bukan berpaksikan agenda tetapi perlaksanaannya. Namun kegagalan ini kononnya kesalahan polisi dan polisi ini harus diubah. Pengubahan polisi yang dicanangkan oleh kepimpinan Melayu pembangkang menyerapkan unsur - unsur yang mampu mengikis hak Melayu demi meraih sokongan bangsa lain. Ini sebenarnya amat merbahaya. Ini sebenarnya adalah usaha kepentingan politik segelintir individu yang percaya peratus undi bangsa lain akan mampu menjana kemenangan maka membeli undi itu penting untuk agenda politik mereka. Bagaimana mereka membeli undi tersebut, tidak lagi dari mengorbankan hak - hak asas kepentingan bangsa yang semakin hari semakin tergelincir.

Kesilapan dan pengkhianatan kepimpinan Melayu dalam melaksanakan DEB harus dipandang serius. Kesalahan dan kesilapan ini sengaja atau tidak merugikan Melayu. Kepimpinan yang terlibat dalam membolot keuntungan dari polisi DEB dengan mekamisma rasuah harus ditentang dan dipenjarakan. Tetapi apa bezanya mereka - mereka ini dengan mereka yang mahukan kuasa politik lantas menjual hak yang ada. Apa beza mereka ini dengan mereka yang memperjuangkan penambahan hak bukan Melayu hanya kerana politik diri?

Akhirnya Melayu terbabit dalam delima baru dan bayangkan setelah mereka - mereka ini berjaya memperjuangkan agenda politik mereka dengan meraih sokongan segelintir Melayu dengan sentimen agama dan raihan simpati khususnya era refomasi kemudian memperoleh sokongan kaum lain dengan penjualan dan menghakis hak, apa akan jagi pada bangsa kita.

Terlampau banyak insiden elitis Melayu membelakangkan Melayu kerana agenda politik dan inilah punca akhirnya Melayu menghadapi delima baru, alaf baru.

13 Comments:

Anonymous Anonymous said...

skrg ni kita tak perlu main isu bangsa....yg penting hak org melayu sahaja diberi jaminan...apa salahnya 5 dari 14 universiti diterajui org bukan melayu...disitu masih lagi nampak hak org melayu terjamin kerana ada 9 universiti lagi....

Nabi Muhammad pun berkata bahawa nasib sesuatu bangsa tidak akan berubah jika bangsa itu tidak berusaha mengubahnya dan menuntutlah ilmu sehingga ke negeri China....

Yg penting kedaulatan Islam harus dikekalkan...itu yg paling mustahak...

Kita juga perlu adil kerana kaum lain pun bayar cukai, kena byr tol dan lain2 lagi juga....

Yang penting Parti Keadilan tidak hipokrit seperti UMNO yg kononnya memperjuangkan hak org melayu padahal merekalah perompak hak org melayu...

pilihan di tangan anda...

2:04 PM  
Anonymous Anonymous said...

Kita bukan kira bangsa mana yang duduk kat tempat situ.Apa gunanya bangsa melayu duduk kat situ kalau prestasi universiti mundur dan hancur.Kalau bangsa melayu duduk kat situ diatas tiket bangsa lebih lebih lagi diatas tiket umnoputra adalah satu yang sangat sangat memalukan .sudah lah tidak berkeupayaan ,tidak berkelayaankan ,oleh kerana kroni dan umnoputra maka tempat itu diberikan kepada melayu itu adalah satu penganiaan bangsa dan memalukan bangsa melayu sendiri.

sebagai satu bangsa melayu hendaklah bangkit bekerja kuat bukannya untuk menunggu ikhsan dari pemimpin umno yang goblok.Sama lah kalau mengundi asalkan calon Umno pangkah tidak kira calon itu seorang yang tidak berkelayaan seperti guru sekolah rendah yang mengajar jasmani contohnya pun di pangkah asalkan calon Umno.Ramai lagai cerdik pandai dan professional yang perlu diketengahkan sebagai calon tapi masalahnya pemimpim Umno sendiri berasa takut mungkin kedudukan mereka tidak selamat sekiranya calon yang berpelajaran tinggi diletakan sebagai calon kerana mereka tidak mahu calon yang lebih pandai dari mereka susah untuk dikawal.kesudahan nya negara dan rakyat yang terpaksa menangung bebaban dari kebodohan calon calon Umno

3:55 PM  
Anonymous Anonymous said...

aleh..dsai dulu menteri pendidikan, kenapa masa tu dia kontrol semua.

Saya rasa saya faham apa yg editor blog ini nak sampaikan. Dsai hanya nak cari undi untuk dpt kuasa. Biarlah kalau terpaksa jadi hero untuk kaum lain.

Mengenai isu bangsa..jgn cakap ianya akan habis. bangsa lain main isu serupa korang tak tegur pun. Bila ada melayu cite yg benar korang perlekehkan.

Tlg lah...parti keadilan itu serpihan umno gak, teruk sama gak..jgn cakap tak hipokrit. blum ada kuasa dah berebut...bila ada kuasa nanti gila semua....

7:11 PM  
Anonymous Anonymous said...

- Salam Anuar, sekat yang ada hari ini memang nampak jelas. Ada kepimpinan yang sanggup menjual hak bangsa hanya kerana mahukan kuasa politik. Kita faham dari tulisan sdra, apa yang saudara maksudkan ialah kalau pun mahu menentang atau tidak bersetuju dengan cara kepimpinan jangan pula sampai hak Melayu tergadai. Kalau dahulu hak Cina diperjuangkan oleh Inggeris dengan menekan Tunku Abdul Rahman untuk mendapatkan kemerdekaan hari ini Anwar Ibrahim pula yang giat membela Cina dengan menghapuskan DEB dan keistimewaan Melayu dan diberitakan sehingga mahu menjual jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada bukan Melayu untuk sekongan politik hari ini. Jangan biarkan

5:32 PM  
Anonymous Anonymous said...

Salam,

Ewah-ewah nak kata DSAI jual hak bangsa konon...

Munafiq UMNO tue lagi laa jual bangsa Melayu atas nama menjaga HAK MELAYU.

1)Sekolah Agama Rakyat
2)Tanah Rezab Melayu
3)Royalti di Terengganu
4)Saham2 syarikat perubatan di negara kita dijual kepada singapork.
5)BM kepada BI dalam Sc n Math
6).................
7)....................
.
.
.
100)....................

minta anda tolong isi yang dok kata anwar jual hak bangsa melayu tue.

apa salahnya kalo TPM pada orang bukan melayu tapi berlaku adil pada orang melayu.

lagi bagus pada Najib yang MELAYU
tetapi pelahap duit beli kapal selam..

6:40 PM  
Anonymous Anonymous said...

Tu lah bangangnya ko. Salah apa kalau TPM org lain? Ko ingat mrk tu tak perjuangkan bangsa dia org. Inilah rasukan anwar- nak memang biar jawatan tergadai. Ko org tak ingat ke suqiu. Ko rang tak ingat ke pu 1999. Masa tu boleh pukul umno tapi cina - hanya sokong duit aje..lalu korang kalah. Hari ini tak de beza, duit ukuran mereka. Kalau PM tetiba gone dan masa tu cina tpm, tentu seronok kan, banyak casino lalu ko dan pas dan keadilan boleh hidup dlm kandang babi

11:25 PM  
Anonymous Anonymous said...

salam perjuangan

apa dah jadi bangsaku...berebut kuasa atas nama KEADILAN.Jual maruah bangsa atas nama KEADILAN.Pergi sana-sani menabur fitnah atas nama KEADILAN.Tolong jangan libatkan rakyat kerana agenda peribadi untuk menjadi perdana menteri.Bangsaku tertekan terutama di dalam bandar tiada siapa yang ambil peduli.Kais pagi belum tentu makan pagi,kais malam kadang-kadang tak dapat rezeki.BANGUNLAH BANGSAKU...jangan kita tertipu permainan politik pemimpin kita.Adakah mereka ikhlas menolong kita?Adakah mereka sanggup berkorban untuk kita?Mereka sapu tanpa segan silu atas nama menolong bangsa.betulka?BANGUN BANGSAKU...kita mesti bersatu menunjukkan kekuatan kita.Setiap saat bumi kita diceroboh oleh orang luar.Dulu kita sanggup bekerjasama atas nama kemerdekaan,sekarang kita dipaksa menerima PATI atas nama kemajuan.BANGUN BANGSAKU...kita tinggalkan pemimpin hipokrit tidak kira dari mana partinya...UMNO,KEADILAN dan PAS.BANGUN BANGSAKU...kita campakkan pemimpin ini jauh dari sanubari kita...kita rapat perjuangan sesama kita untuk melahirkan BANGSA MELAYU MERDEKA.INSYAALLAH

11:46 AM  
Anonymous Anonymous said...

Terus terang aku cakap, aku tak rasa tergugat n aku rasa sangat seronok klu BA menang GE akan datang.. SEbabnya:

1) Anwar Ibrahim adalah orang terbaik untuk memimpin Malaysia jika nak dibandingkan Pak Lah n Najib yang umpama tikus sahaja. Ekonomi Malaysia tak ok skrag, jgn ckapla bursa saham tinggi tu ekonomi bgs, apa rakyat biasa dapat?

2) Anwar dikenali seluruh negara Islam berbanding PM n TPM skrg.. bahkan eropah pun tau anwar dari pm n tpm skrg.. membantu beb, untuk pelaburan asing, bayak graduan menganggur sekarang..

3) Hal orang-orang Melayu.. apa la yang korang nak risau? korang kata, melayu bleh tergugat, tapi aku rasa
Umno yang wat melayu tergugat. Contoh, tgk penang, dah macam singapore dah. kes memorandum ke pak lah oleh menteri bukan melyu dulu. ble prestasi umno teruk time 1999, umno takut sampai tunduk kat mca, maksudnya, umno hanya dikuasai oleh orang2 yang ada kepentingan sahaja.. tak tegas mempertahankan hak. katakan dalam BA, DAP bising kat Anwar, ingat PAS tu tunggul kayu? PAS adalah backup orang2 Melayu. Sebab tu BA adalah pilihan yang tepat..

4) penyatuan Anwar n Mahathir.. mmgla sekarang berita ckp diorang tgh gaduh, tp kita kene ingat mahathir lagi tak pecaya kat Pak Lah, huru hara negara dibuatnya.. Najib plak kene queen control (refer lama2 web yang pro mahathir). aku pasti mahathir fikir anwar gak yng terbaik jdi PM sebab tu anak didik dia. Kes 1998 dulu, mahathir termakan fitnah dari orang mcm rafidah aziz yang akan tergugat klu anwar naik jadi PM. skrg tgkla, rafidah pun kutuk mahathir.. Anwar tu tegas tapi bagus orgnya, dia dah maafkan mahathir sbb mahathir org tua, cuma ble mahathir ulang fitnah tu yang buat dia saman mahathir.. aku confident dua orang negarawan tu bleh berbaik ble Anwar jadi PM nanti..

5) mana UMNO masa kg berembang dirobohkan? mana UMNO masa surau kg tu dirobohkan?

6) bandingkan peribadi org2 macam najib, khairy, hishamudin dengan Nik aziz, Salehuddin ayub, ezam.. sapa yang terbaik?

7) Pak lah nmpk lemah sebab dia tak pandai control menantunya.. Anwar still di hormati oleh semua orang dalam PKR n PAS. pendapatnya diteliti dan diamati.. Ingat, RAMAI ULAMA DI BELAKANG ANWAR IBRAHIM.. Dr Haron Din, Dr Badrul Amin, Ismail Kamus n bayak lagi.. Pak lah ade sapa? Ustaz Firaduas yang tendang peti undi kat permatang pauh sbab tak dapat terima kekalahan? Mashitah Ibrahim yang ckp pelacuran dibolehkan kalau nak cari duit makan?

Kesimpulannya, ade banyak lagi faktor yang memihak kepada BA sebagai calon terbaik untuk memerintah negara. Ni pandangan aku, ade baiknya klu kite berbincang sebegini, jagn terpengaruh dengan sentimen kepartian, kita berbincang di sini sbg neutral, untuk menilai yang terbaik. kalau ade pendapat aku nak disanggah, apa salahnya, kita bleh berbincang.. Wallahu Alam..

3:53 PM  
Anonymous Anonymous said...

kenapa perlu lagi hak melayu??
Kalau asyik disuap,sampai bila nak blajar makan sendiri??
semua manusia/bangsa adalah sama,
yg membezakn ialah keimanan dah usaha..bukankah itu lebih baik??

5:04 PM  
Anonymous Anonymous said...

anak Melayu

Saya tidak nampak ada web Melayu sebegini hebat membicarakan mengenai melayu. Syabas Anuar Mohd Nor. Selaku generasi muda Melayu saya ingin menarik minat pembaca mengenai apa mesej yg disampaikan oleh anuar. Bagi saya mesej anuar mudah, jangan yang dikendung berciciran. Kita sepatutnya support melayu yang memperjuangkan hak melayu kerana kita tidak mahu Melayu akhirnya termasuk dalam golongan yang hampir pupus.

Anak Melayu lain mulakan pembelaan , hak jgn dikorbankan. Melayu tetap melayu

2:41 AM  
Anonymous Anonymous said...

kepada Ghostrider! Bile pula Bai Muhammad S.A.W. bersabda "tuntut ilmu ke negeri China". Sila bagi hujah anda!

Parti keadilan tuh diapunya .. matlamat asal berjaya saje. bagi saya, Islam sahaja yang akan berjaya dulu..kini..selamanya.

Abang said...anda betui..dulu bukan main lagi insan kamil...al madanilah..ptuiii...bile dah lebam mata..baru tau ka??? Sapa tuhh..apa nama????

Kepada Anonymous..kata Anwar org terbaik..aku rasa ada yang lebih baik dari dia leer...cuma tidak diketengah saja..Sapa anwar ??? setakat berkobar-kobar aje cakapnya bila dah lebam mata...

Hanya orang yang bertakwa macam Rasulullah, dan 4 kalifah yang dijamin masuk syurga serta umar abdul aziz sahaja kriteria yang layak untuk perintah mesia..
yang lain..termasuk anwar insan kamil al madani ptuiii.....dan zzzzzzzzzzz...zzzz..zzz...LAH PAK TIDO..boleh zzzz.zzzz.zzzz

1:27 PM  
Anonymous Anonymous said...

Saya salah taip..Nabi Muhammad S.A.W., harap maaf...dan minta ampun dari saya..

Ya Rasulullah, aku tersalah taip...Ya Rasul ampunkan kesilapan ku ini.

1:28 PM  
Anonymous Anonymous said...

Bayi yang baru lahir dipimpin tangan ibu supaya dia belajar merangkak, berjalan, berlari. Kelak bila dia dewasa nanti tak payahlah lagi pimpin tangan ibu kerana dia sudah tahu berjalan sendiri. Malahan dia sudah berupaya memimpin ibunya yang sudah tua.
Orang yang sakit itu dipimpin kerana tak dapat berjalan malah diberi tongkat. Tapi kelak bila dia sembuh dia akan dengan bagganya berjalan sendiri. Kecualilah dia enggan sembuh atau berpura-pura untuk menagih simpati kerana malas nak berjalan......
Wahai rakan-rakanku, usah berdalih lagi, dan usah menafikan bahawa kamu itu boleh bersaing malahan menandingi orang2 lain....buangkan lah tongkat itu....tongkat dah rosak, dah lama hampir nak reput.....nanti terjatuh pun kerana tongkat itu......renungilah....

1:55 PM  

Post a Comment

<< Home