Monday, February 26, 2007

Amaran untuk Melayu

Mungkin ini hakikat perjuangan yang ada. Perjuangan menuntut "demokrasi total" adalah merupakan sensasi perjuangan yang kini merebak bagai wabak di negara kita ini. Tuduhan negara ini, kerajaan ini tidak mengamalkan demokrasi semakin lantang dibicarakan. Mendahului perjuangan yang menuntut agar "demokrasi sempurna" dilaksanakan di Malaysia adalah Barisan Alternatif ( gabungan Parti Keadilan Rakyat Malaysia serta PAS) dan Democratic Action Party yang tidak akan menyertai Barisan Alternatif selagi PAS tidak mengugurkan perjuangan negara Islam. Sungguhpun DAP tidak menyertai Barisan Alternatif tetapi perjuangan "Malaysian Malaysia" seakan teresap dalam manifesto Barisan Alternatif. Perjuangan inilah yang menjadi teras Barisan Alternatif dan DAP dalam usaha meragut sokongan dari kaum - kaum lagi. Adakah salah kalau kita katakan bahawa antara manifesto perjuangan parti pembangkang hari ini adalah "Malaysian Malaysia"

Perjuangan DAP inilah yang sebenar teresap dalam agenda beberapa kepimpinan PKR dalam usaha politik mereka untuk menjadi alternatif kepada pemerintahan yang sedia ada . Kenyataan 60% orang - orang Cina menolak Barisan Nasional mungkin juga adalah kejayaan hasil usaha PKR dan DAP. Kalau benar statistik penolakan ini berlaku ini adalah hasil perjuangan demokrasi tulen yang turut membawa agenda lain khususnya yang menyentuh hak - hak keistimewaan Melayu.

Adakah ini tidak benar? Adakah perjuangan ke arah demokrasi total tidak akan menghakis hak-hak keistimewaan orang Melayu? Adakah perjuangan "multi racial", komposisi Parti Keadilan Rakyat Malaysia yang ada dapat menjamin kuasa politik dimiliki oleh orang - orang Melayu atau mampukan perlembagaan parti itu secara khusus menjamin hak - hak orang Melayu terpilihara?

Menulis isu ini sebenarnya mempunyai implikasi yang agak besar. Ini akan dilabel sebagai satu tulisan berbau perkauman sekiranya kita menuduh perjuangan atas nama demokrasi hanya akan menguntungkan DAP dengan agenda Malaysian Malaysia. Ini perlu kita kupas, kerana apa yang kelihatan ialah perjuangan menuntut demokrasi total mensasarkan agenda - agenda lain yang lebih menumpukan kepada soal kepentingan kaum dan hasrat mencairkan hak keistimewaan Melayu. Perlu kita tegaskan bahawa ini bukan soal penentangan antara kaum tetapi penulisan ini adalah persoalan "survival" orang - orang Melayu sebagaimana terdapat ruangan yang cukup luas untuk parti yang memperjuangkan ras mempersoalkan kedudukan kaum Melayu dan kadang kala menyentuh isu kontradiksi agama sekali.

Apa yang mahu kita sama - sama fikirkan adalah perjuangan atas nama "demokrasi tulen" yang tidak semestinya memberikan keadilan kepada kaum Melayu dan tidak kelihatan pun kehadiran tuntutan "demokrasi tulen" itu akan menjaga hak orang - orang Melayu malah yang jelas ianya hadir sebagai satu perjuangan menuntut kesamarataan kaum yang akan gagal memberi keadilan kepada bumiputera.

Peringatan kepada Melayu

Peringatan kepada Melayu bukan bermaksud kita mendiskriminasi mana - mana pihak khususnya kaum lain tetapi adalah untuk kita sedar supaya kita tidak terserap dalam perjuangan "terma" tetapi akhirnya merugikan kaum Melayu itu sendiri. Kita tidak mahu Melayu tersedut dalam putaran perjuangan demokrasi tulen akhirnya menjayakan perjuangan "chauvinist" sesuatu kaum. Kita tidak mahu pula kita sebagai Melayu mendiskriminasi kaum lain tetapi kita jangan hanya duduk mendengar tuntutan kerana takut bersuara menegakkan hak.

Kita harus sedar bahawa kita perlu bangkit untuk mempertahankan hak kita sebagai bumiputera, sebagai rakyat Malaysia dan sebagai manusia. Namun perjuangan ini tidak seharusnya mengenepikan keadilan dan keadilan bukan bermakna pembahagian adil dari segi kuantitatif sahaja. Ianya bukan pengiraan "satu untuk aku dan satu untuk kamu" tetapi adalah pengagihan mengikut keperluan dengan mengambilkira bermacam faktor tambahan yang perlu dilakukan bagi mengimbangi skala yang ada.

Timbang khususnya dari sudut perekonomian yang ada bukan hadir dari nilai kosong atau seimbang. Timbang itu semenjak awal Tanah Melayu sudah condong memihak kepada kaum lain. Usaha kita adalah untuk menambah pemberat pada timbang itu agar ianya adil untuk kaum Melayu tetapi bukan bertindak mengurangkan berat untuk menyamaratakan timbang tersebut dengan mendiskriminasi kaum lain. Itu perlu kita tegaskan. Namun dalam kita menegaskan perkara tersebut ada sahaja "chauvinist" sesuatu kaum yang akan menuduh ini adalah hasutan kaum dan lebih malang pula sekiranya Melayu sendiri jadi takut untuk menyuarakan hak.

Kita sedar bahawa "chauvinist" ini ada pada semua kaum. Ini perlu kita tangani malah sekiranya ada "chauvinist" ini dari kalangan Melayu maka itu juga perlu kita tolak. Namun memperjuangkan agenda bangsa tidak seharusnya tersekat oleh ketakutan yang akhirnya merugikan kita. Kita harus berani menyuarakan sebagaimana mereka berani mempersoalkan. Kita harus terangkan kepada semua bumiputera khususnya Melayu kerana itu kewajipan kita dalam menyedarkan betapa perlu kita mempertahankan agenda Melayu supaya tidak terikut dengan perjuangan "demokrasi" oleh sesetengah mereka yang mendefinisikannya sebagai penghapusan hak - hak keistimewaan orang - orang bumiputera. Ini adalah definisi songsang demokrasi yang tidak menerapkan keadilan sebenar dalam perjuangan itu. Kita harus mendefinisikan demokrasi dalam ertikata keadilan yang sebenar dan tidak menyekat roh keadilan hanya berpaksikan perkataan dan perjuangan demokrasi kosong tanpa nilai. John Rawls dalam bukunya A Theory of Justice menyentuh, Keadilan Sosial sebagai semua "keperluan utama atau primer - kebebasan dan peluang, pendapatan dan kekayaan serta asas-asas harga diri, mestilah diagihkan sama rata melainkan pengagihan sebahagian atau semua keperluan yang tidak sama rata menguntungkan mereka yang diketepikan." Adakah ini perlaksanaan kita? Adakah segelintir yang terpilih aman menghirup kemakmuran sedangkan yang lain celaka dalam kemodenan dan pembangunan negara? Definisi ini menunjukkan bahawa keadilan sosial mensyaratkan supaya sekiranya berlakukan pengagihan yang tidak serata tetapi memihak kepada yang ketepi maka ini adalah juga ciri-ciri khusus KEADILAN.

Malangnya, kita terpaut dengan perjuang demokrasi, keadilan yang mempunyai niat - niat tertentu yang bermotifkan politik. Kita terlena dengan konon-kononnya demokrasi itu adalah keadilan dan syarat keadilan itu adalah mencabut keistimewaan hak orang Melayu. Ada pula yang berhujah bahawa adalah tidak demokratik sekiranya kita mempunyai parti berasaskan ras, tidak demokratik sekiranya ada perbezaan hak, kuota dan tidak melaksanakan meritokrasi. Lebih buruk lagi bila ada yang mengatakan kerajaan menindas, mendiskriminasi dan mencabut hak orang bukan bumiputera dan Melayu. Kumpulan ini merangkumkan perjuangan - perjuangan dan tuduhan ini sebagai kerajan tidak demokratik dan zalim. Lebih mengharukan apabila Melayu sendiri dalam Parti Keadilan Rakyat Malaysia turut seolah - olah membicara dengan nada yang serupa konsep DAP "Malaysian Malaysia" seolah - olah kewarganegaraan yang ada tiada nilai untuk hidup di Malaysia. Benar kita "Malaysian" tidak kira bangsa, adat dan agama tetapi jangan perjuangan itu menuntut pembasmian hak keistimewaan sebagai syarat demokrasi dan keadilan. Orang Melayu harus sedar dan tidak terikut dengan perjuangan keadilan dan demokrasi mereka, yang hanya tertumpu kepada cita - cita politik semata - mata.

Dari sudut ekonomi kalau ditimbang, penyertaan kaum lain menyebabkan timbang itu senget sebelah. Pendedahan 85% kontrak kerajaan jatuh semula kepada kaum lain cukup untuk kita mengatakan bahawa Melayu jauh tertinggal sungguh pun ada peningkatan. Ini cukup untuk menunjukkan bahawa bagi kaum lain timbangnya berat dan bagi Melayu dacing itu terapung di atas kerana ringan kerana kita jauh terkebelakang. Adakah dengan menuruti formula keadilan sosial maka salah kalau kita memberi ruang kepada Melayu untuk merapatkan partisipasi ekonomi tersebut?

Kita harus menegaskan : Keperluan Melayu itu untuk meningkatkan partisipasi ekonomi bukan dengan menghalang kaum lain untuk berniaga atau mendiskriminasi mereka. Ironisnya tuntutan Demokrasi dan Keadilan hanya tertumpu untuk mencabut hak - keistimewaan orang - orang Melayu dan ini amat dikesali.

Amaran untuk Melayu

Kita jangan terikut - ikut dengan perjuangan konon-kononnya atas nama demokrasi maka dengan itu hak-hak kita perlu dihakis.

Kita jangan terpedaya konon-kononnya perjuangan demokrasi mereka adalah untuk keadilan tetapi sebenarnya hanya satu tentangan yang berlandaskan pejuangan kesamarataan yang tidak adil.

Kita jangan mengatakan bahawa perjuangan Agenda Melayu itu adalah perjuangan ras, jangan sekali terserap dengan manifesto khusus DAP yang menggunakan perjuangan atas nama demokrasi tetapi perkauman.

Melayu kena berani menyuarakan hak dan Melayu tidak seharusnya mengorbankan hak yang ada semata - mata kerana mahukan undi.Kita tidak seharusnya termakan dengan dahyah pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat Malaysia yang mengatakan mereka tidak berasaskan ras tetapi memperjuangkan keadilan sejagat, kerana itu hanyalah kenyataan politik untuk memancing undi bukan Melayu.

Hari ini kita berdepan dengan statistik bahawa 60% orang - orang Cina menolak Barisan Nasional. Ada yang bersetuju dengan statistik itu dan ada yang mengatakan statistik itu tidak benar. Yang mengatakan statistik itu tidak benar telah memberi hujah bahawa bila sampai waktu pilihanraya maka tindakan drastik Barisan Nasional adalah untuk memenangi hati pengundi Cina dengan melunaskan tuntutan mereka. Mereka berhujah bahawa statistik tersebut hanya satu ugutan dan akhirnya Barisan Nasional bertindak akur untuk terus memenangi hati pengundi Cina. Apa pun hujahnya, Melayu akan terus berdepan dengan tuntutan yang sekiranya dijawab maka apa sahaja jawapan itu akan dituduh ultra Melayu dan rasis.

Sesuaian dengan itu kita perlu menetapkan bahawa agar Melayu tidak terikut - ikut dalam perjuangan kononnya keadilan berteraskan "Malaysian Malaysia" kerana agenda mereka hanya akan mengkikis pegangan Melayu yang selama ini wujud dan perlu. Fikirkan

34 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Dia orag pasti demand. Itu cara mrk dalam mendapatkan pula kuasa politik disamping kuasa ekonomi. Melayu yg tahu ialah gaduh sama sendiri. Kita tak dapat bezakan antara perbezaan pendapat, perbezaan politik dgn isu kepentingan Melayu. Lebih buruk lagi bila pembangkang pun seolah terikut dgn agenda Cina.

Saya for one sokong kita harus berani bersuara sebagaimana mrk berani menuntut. Syabas

10:46 PM  
Anonymous Anonymous said...

Saya cukup tertarik dengan mesej yang mahu disampaikan oleh penulis ini. Moral yg boleh saya simpulkan adalah Melayu jangan bersengketa. Sebagai seorang pelajar Uni, saya juga ingin menambah sedikit mana tahu kalau - kalau boleh dijadikan sedikit peringatan - politik tidak harus memecahkan perpaduan antara Melayu. Pecah kita runtuhlah kita, runtuh kita binasa bangsa, binasa bangsa, hilang Melayu di dunia, tinggal Tuah mengigit jari

3:38 AM  
Anonymous Anonymous said...

Macmana nak elak aguh sama sendiri, separuh masuk UMNO separuh masuk BA. Sejemput kaya raya, setempayan fakir miskin. Macam dikata, yg berduitlah yg berkuasa, jaid bila kuasa ada pada yg sikit, jgn haraplah diorang nak lepaskan dengan rela.

6:49 AM  
Anonymous Anonymous said...

Jangan terpedaya oleh Agenda Melayu. Agenda Melayu begaikan "ganja" parti U*NO yang disalurkan kepada kaum Melayu sendiri.

Kaum Melayu masa kini terlalu ketagih kepada "ganja" Agenda Melayu, sehingga melupakan perkara pokok dan masalah yang melanda Melayu sendiri ....hakikatnya, semua masalah yang melanda Melayu majoritinya berpunca daripada U*NO.

Ekonomi Melayu masih mundur berbanding kaum lain?
--->jangan terpedaya, Melayu sudah memiliki firma-firma terbesar di Malaysia (Maybank, BumiCommerz,RHB,SouthernBank,UtemaBank,AffinBank,PRoton,MAS,DRB,SImeDarby,Guthrie,Perodua,Petronas,Bernas,Tenaga,Telekom,POS,FELDA,IJM,LebuhRaya,MajlisPerbandaran....benyak lagi), semuanya kepunyaan Melayu

Apa lagi yang Malayu mahu tuntut darapda kaum Cina/India/Kadazan/dll??

Kaum Bukan Melayu sudah kehilangan banyak hak asasi sebagai rakyat Malaysia, daripada peluang melanjutkan pelajaran secara adil kepada peluang ekonomi secara adil.

Kaum Melayu harus mengupas perkara ini dari perspektif global. Kompetitif Malaysia di dunia begitu merosot berbanding Thai, Indon, India, Spura, China dan Vietnam.

Sudah 50 tahun Melayu melaung Agenda Melayu...itu konteks yang amat sempit dan ketinggalan zaman.

Khuatirkanlah dulu masa depan Malaysia daripada masa depan Melayu. Inilah agenda yang paling penting buat rakyat Malaysia!!!!

4:38 PM  
Anonymous Anonymous said...

Emak ko tu bodoh. Ambil duit ambil tak pe, tapi lagi bodoh kalu tak ambil tapi undi BN.

1:07 AM  
Anonymous Anonymous said...

Saudara secara tidak langsung telah mengkritik DSAI, malangnya saudara tidak memberikan alternative kepadanya.....berdiam diri, masuk umno walaupun tidak dibenarkan. tubuhkan parti lain.....

9:22 AM  
Anonymous Anonymous said...

Kepada Wan Razul..Buktikan "Sejemput kaya raya, setempayan fakir miskin. Macam dikata, yg berduitlah yg berkuasa, jaid bila kuasa ada pada yg sikit, jgn haraplah diorang nak lepaskan dengan rela." Kau pergi kerja pernah jalan kaki? Kau pernah ke tak makan sampai bebulan? Jangan nak buat-buat cerita bukan-bukan. Mereka yang kaya itu adalah hasil titik peluh mereka sendiri. Buat apa kita nak cemburu dengan mereka, sepatutnya kita jadikan kekayaan mereka itu satu azam untuk memajukan diri sendiri bukan dengan mengutuk dan membuat cerita2 pasul. Pikir sebelum menaip. Jangan jadi seperti orang yang tidak tahu bersyukur.

Kunta Kinte, Malaysia

11:10 AM  
Anonymous Anonymous said...

To Dr.Butiq
"Orang melayu harus bangkit berusaha sendiri.jangan harapkan kerajaan atau Umno yang akan menjaga orang melayu.Orang melayu jangan jadi alat propanganda pemimpin Umno."

Tolong baca semula sejarah penubuhan UMNO. Ia diwujudkan atas dasar kaum ape??kaum cina ke??sudah tentulah kaum MELAYU. Hanya golongan bukan MELAYU dan jenis tidak tahu bersyukur sahaja yang suka memburuk2kan UMNO. ADAKAH ANDA SALAHSATU DARIPADA NYA?? Tanya hati tepuk dada.

11:14 AM  
Anonymous Anonymous said...

Merujuk komen Bangsa Malaysia

Lihat isi ekonomi yang dipengang oleh Melayu. Contoh yang tuan berikan mengenai pegangan Melayu amat dangkal atau kalau dalam bahasa mudah BODOH.

Mengenai org bukan Melayu kehilangan hak...ini juga satu komen yg tidak bernas. Fikir lah sikit, kaum bukan bumiputera hadir di tanah melayu tanpa hak, kini warganegara, kini meliliki harta, memiliki kuasa ekonomi, punyai universiti sendiri, punyai sekolah cina hatta tak de org melayu pergi sekolah melayu, perindustrian, peruncitan dan pembikinan semuanya ditangan cina.

Bayangkan 85% kontrak akhirnya jatuh ke tangan cina. Adakah ini kurang hak atau sebenarnya telah memunggah hak org Melayu.

Hari ini mereka turut menuntut tempat dalam kerajaan..mereka ada menteri yang banyak dalam kerajaan sedangkan di giant sudah timbul komplain bahawa org Melayu gagal mendapatkan kenaikan gaji dan pangkat yg sepatutnya. Kerana apa....jawab sendiri.

Ini juga berlaku di kilang - kilang, mereka lihat kulit..bangsa...kaum utk menaikkan pangkat.

7:09 PM  
Anonymous Anonymous said...

Kepada saudara Anonymous yang menjawap fakta-fakta Bangsa Malaysia,

1.Saudara berhujah "Lihat isi ekonomi yang dipengang oleh Melayu. Contoh yang tuan berikan mengenai pegangan Melayu amat dangkal atau kalau dalam bahasa mudah BODOH."
Jawapan Saya:Walaupun saudara kata contoh yang saya berikan itu bodoh, hakikatnya firmar-firma Melayu besar itu memang dipegang Melayu/UMNO kan? Isi ekonomi firma-firma besar Melayu itu memang berisi dan rata-ratanya monopoli. Beras dimonopoli,lebuhraya dimonopoli,elektrik dimonopoli,penerbangan hampir monopoli...dll. Itu memang fakta yang tidak dapat dipertikaikan. Cuma sebilangan firma Melayu itu mengalami kerugian walaupun kuasa monopoli, itu yang mencurigakan....Kuasa ekonomi Melayu memang ada di situ dan merupakan yang terbesar di Malaysia, tetapi malangnya buat Melayu sendiri, harta itu miliki segolongan kecil Melayu elit UMNO, bukan milik saudara. Dalam konteks ini, Agenda Melayu telah dipesongkan oleh UMNO. Walau bagaimanapun, saudara dan ramai Melayu lagi yang melabur dalam ASN,ASM...dll lagi, secara tidak langsung juga telah memiliki firma-firma besar itu, kerana dana ASN dilabur dalam banyak firma besar Melayu. Jadi, janganlah bertekak tiada peluang ekonomi berbanding kaum lain, kerana saudara sudahpun pemegang ASN

2. Saudara berhujah "Mengenai org bukan Melayu kehilangan hak...ini juga satu komen yg tidak bernas. Fikir lah sikit, kaum bukan bumiputera hadir di tanah melayu tanpa hak, kini warganegara, kini meliliki harta, memiliki kuasa ekonomi, punyai universiti sendiri, punyai sekolah cina hatta tak de org melayu pergi sekolah melayu, perindustrian, peruncitan dan pembikinan semuanya ditangan cina"
Jawapan saya:Orang Penan,Kadazan,dan Orang Asli semenanjung lain yang merupakan penetap asal di Malaysia. Kemudian kaum Melayu berhijrah dari Indonesia dan mungkin Yunan (mengikut pengkaji sejarah) ke Malaysia. Kemudian barulah Cina/India dibawa masuk oleh Inggeris. Nasib Melayu lebih baik daripada kaum lain kerana mereka berada di tanah Malaysia sebelum kedatangan Barat, jadi syarat "pemberian warganegara" hanya dapat di"apply" kepada masyarakat Cina/India pada masa itu. Mengenai harta, berapa peratus Cina/India yang memiliki harta yuang banyak? Ananda dan Lim Goh Tong itu kaya tidak bermakna semua Cina dan India di malaysia kaya. Ramai Cina/India yang hidup sederhana sahaja seperti Melayu yang lain. Kemiskinan juga berlaku kepada Cina/India luar bandar. Saya hairan mengapa majoriti Melayu memikirkan Cina itu kaya-kaya belaka? Salah tu... Cina/India tiada bantuan kerajaan, jadi perlulah mereka berusaha gigh untuk masa depan mereka/keluarga dan anak-anak. Maka, dapatlah sedikit rezeki. Itu bukan kaya.

Mengenai universiti milik cina dan india, kalau saudara membaca prospektif universiti-universiti ini, ia terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Dan saudara perlu memikir dengan mendalam lagi, penubuhan universiti ini adalah kerana pelajar-pelajar Cina/India tidak mendapat peluang kemasukan yang sama dalam universiti awam milik kerajaan. Hanya 20-30% sahaja yang dapat masuk. Bagi anak-anak Cina/India yang gagal-gagal masuk Universiti Awam dan tiada $$ untuk melanjutkan pelajaran di luar negara, habis kemana mahu pergi? Memandangkan senario ini sukar ditangani, Mahathir bersetuju membernarkan masyarakat Cina/India menubuhkan universiti swasta untuk mengatasi masalah peluang pelajaran yang melanda mereka. Adil bukan?


3.saudara berhujah mengenai pekerjaan di awam dan swasta, dan mengatakan swasta pentingkan warna kulit
Japwapan saya: Saya merasakan jabatan awam lebih teruk dan racism dalam peluang naik pangkat dan pengambilan perkerja. Swasta itu kompetitif dan mementingkan keuntungan bisnes. Pelabur asing tak hirau langsung tentang kuota waran kulit pekerja. Siapa yang dapat dan mampu membantu pelabur asing menjana keuntungan dan kompetitif dan fasih berbahasa inggeris akan diambil kerja. Melayu juga berjaya dalam swasta. Pengurus Besar Motorola Malaysia itu seorang Melayu...tahu? Ramai engineer-engineer Melayu yang cerdik berwibawa di Motorola, Seagate, Intel, Fairchild, Texas, Bosch...tahukah saudara? Dan 90%++ enginer di Proton adalah Melayu. Dan majoriti pengurus dan jurutera di Petronas ialah Melayu

Saya fikir saudara terlalu stereotype mengenai kawan-kawan Cina/India. Banyak masalah-masalah masyarakat Cina/India yang tidak difahami Melayu, sehinggakan ramai Melayu yang menganggap kegagalan sendiri Melayu adalah kerana kejayaan Cina/India. Itu yang menyedihkan saya. Itu yang merosakkan Agenda Melayu juga.

Sampai bila Malayu mahu diri sama tinggi di dunia Global ini? Ikan Jerung di seluruh dunia menunggu untuk membaham harta dan sumber Malaysia,tidak kira Melayu/Cina/India Malaysia.


Sudikah Melayu mahu terus menjadi ikan bilis dalam sangkar belaan dilindungi Agenda Melayu?

Atau berganding bahu dengan kawan-kawan Cina/India menjadi Ikan Jerung yang sama kuat di dunia?

Cina/India Malysia sudahun melangkah menghapai dunia luar. Ayuh, saudara Melayu, jangan termenung dan mimpi petang lagi!!

5:33 PM  
Anonymous Anonymous said...

Tuan,

Tulisan Tuan begitu menarik sekali. Tentulah ramai dikalangan pembaca yang akan terpengaruh dengan tulisan tuan. Orang Melayu akan kehilangan segalanya jika parti pembangkang mara dipilihanraya akan datang.

Sebenarnya, jika diteliti, saya mendapati ini adalah satu cerita yang dibuat untuk menakut-nakutkan orang Melayu supaya mereka akan terus dengan 'status quo'. Iaitu memastikan BN terus berkuasa.

Saya ingin bertanya, benarkah hak keistimewaan Melayu itu benar-benar dikecapi oleh orang Melayu?

1. 7% diskaun untuk Bumiputra

Potongan ini dibuat untuk semua jenis rumah termasuklah rumah rumah mewah. Jika orang Melayu itu berkebolehan membeli rumah RM1 juta, patutkah dia terus menikmati potongan tersebut? Atau kerajaan harus merubah polisi ini supaya pembina rumah memberi lebih banyak potongan kepada harga rumah rendah supaya orang yang memerlukan bantuan ini menikmatinya.

2. 85% kontrak kerajaan diberikan kepada kaum lain.

Mengapa ini harus terjadi? Siapakah diantara mereka yang menerima kontrak-kontrak kerajaan? Mengapa kerajaan tidak mendedahkan mereka? Mengapa tidak kerajaan membuat tender secara terbuka dari awal supaya orang yang benar-benar berkebolehan membuat kerja tersebut mendapat kontrak-kontrak ini?

3. Penyalah gunaan kuasa

Tidak berapa lama dahulu, terdapat isu-isu seperti seorang ahli parlimen Melaka yang menyalah guna kuasanya mengimpot balak dari Sumatra secara haram tanpa membayar cukai kastam. Apa sudah terjadi dengan kes itu? Mengapa perkara-perkara seperti ini terpendam begitu sahaja?

Ini hanya setitik sahaja daripada satu lautan isu-isu yang kita hadapi sekarang dengan kerajaan BN ini.

9:21 PM  
Anonymous Anonymous said...

Sebenarnya, ini bukan kali pertama saudara penulis Anuar melaga-lagakan fikiran Malayu dengan kononnya Agenda Melayu dan kuasa Melayu akan lesap diakibatkan oleh kaum lain dan parti pembangkang.

Mungkin itu style penulisan saudara Anuar, tetapi style penulisan beliau telah membawa prasangka negatif Melayu terhadap kaum lain...seperti kaum lain tamak dan mahu menghancurkan kuasa Melayu.

Saya berpendapat penulisan beliau tidak membawa kesan positif kepada perhubungan dan persefahaman antara kaum.

10:06 PM  
Anonymous Anonymous said...

kehadapan saudara Kunta kinte,

Ok la, mungkin bukan "fakir miskin", tapi kalau dibezakan jarak kekayaan tu tak ke sama ngan langit-bumi? Ekuiti quota 30% tu brapa banyak sedara2 kita kat kampung tu yg pegang? tu mostly untuk yg berconnection je....

habis tu kenapa kita ukur kemajuan ekonomi melayu dengan kuota 30% tu kalau dia tak reflect social equiti kepada semua?

Undi PKR!!!

8:51 AM  
Blogger mk said...

Universiti milik cina ke ? india ke ? Itu untuk semua bangsa. Bukankah kalau ada banyak lagi universiti lagi bagus. Aiyoyo pikir pakai buntutke ?

Kalo tak nak 85% kontrak jatuh ke tangan bangsa cina. Senang aje. Panggil orang-orang Melayu menceburi semua bidang yang ada di Malaysia.

8:04 PM  
Blogger Anuar Mohd Nor said...

Berikut adalah satu komen susulan dari Amaran Untuk Melayu yang diterima bagi memenuhi percernaan fikiran kita

http://www.umno-reform.com/urnews1/minang_menung_amaran.htm

1:51 AM  
Blogger DzulYahya said...

Saya dah bosan dengan kerenah politik di Malaysia, khususnya di kalangan pendokong UMNO. Sejak akhir-akhir ini rakyat khususnya di kalangan orang2 Melayu bertambah tak boleh berfikir berpunca dari pendekatan tersusun oleh agenda UMNO. Kesemua kekalutan yang terjadi pada pemikiran orang2 Melayu ketika ini adalah setting yang telah dibuat oleh UMNO. Sama ada sindrom rasuah, pemalas, penakut dan banyak lagi adalah blue-print UMNO. Begitu juga status kesalahan dalam parti UMNO tidak boleh disabitkan dalam undang2 negara walaupun kesalahan itu adalah serupa. Saya lihat agenda UMNO penuh denga hipokrit dan double standard. Fikir2kanlah.

1:35 PM  
Anonymous Anonymous said...

Semua perdebatan ini hanya membuktikan satu perkara, iaitu Melayu di Malaysia ini bukan sahaja tidak berkemampuan untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kaum-kaum lain, tetapi juga mudah iri hati dan menyimpan dendam serta bersifat perkauman.

10:51 AM  
Anonymous Anonymous said...

Cina kaya kerana mereka rajin. Melayu kaya kerana kita ada UMNO.

Apakah kita perlu berbangga dengan pencapaian seperti ini? Sampai bilakah Melayu perlu menuntut sedekah daripada orang lain?

Tuhan menuntut agar kita rajin berusaha mencapai kejayaan kita sendiri, bukan menuntut agar kita rajin meminta sedekah.

Kaum-kaum lain tidak berhutang kepada kita, janganlah kita terus menipu diri sendiri untuk mempertahankan "hak-hak kita" yang hanya merupakan modal UMNO untuk terus bertahan di Malaysia.

10:57 AM  
Anonymous Anonymous said...

To,
anonymous 10.51

Itu adalah konklusi jahil mengenai Melayu. Soal iri hati adalah soal relatif. Soal utama adalah mempertahankan hak. Saya percaya mempertahankan hak melayu adalah perlu sebagaimana perlunya mereka mempertahankan apa yg mrk ada. Kita perlu lihat dari segi yg lebih praktikal.

Kita telah banyak beralah. Kita perlu tahu dan memahami persoalan "advantage yang ada pada mrk dan kekurangan pada kita. Kita balance out perkara itu dengan pembahagian yang adil tetapi adalah satu kesalahan bila mereka turut mempersoalkan yang kita ada. Jgn mimpi soal keadilan pada semua sebab akhirnya kita yg menderita.

11:39 AM  
Anonymous Anonymous said...

Betul ke Cina rajin? Aku tak nampak Cina rajin menoreh, aku tak nampak kaum itu aktif pergi ke laut atau gi ladang kelapa sawit. Dia hanya tahu jadi org tengah dan tindas peluh org Melayu dengan kekuatan yg ada sejak berzaman. Mrk dah ada advantage tu la bro. Kita dah bagi mrk, penjajah dah allocate benda itu pd mrk. Mrk tak hutang kita ke? Kalau tak share mana mrk leh hidup. Kita share tanah kita, sekarang kita nak share kuasa? Logik sikit la bro, buka mata, tengok sekeliling. Kuasa ekonomi dtg bukan dari rajin, tetapi duit.

Mrk telah build benda-benda tu. Tapi bro, kalau gi mekanik jaga -jaga, pancung harga mekanik cina lain macam tak de hati perut punya

11:44 AM  
Anonymous Anonymous said...

Kehadapan saudara jimi,

Cina tak "rajin" menoreh, bersawah atau ke laun sbb diorang pentingkan pelajaran. Bole tengok dari sejarah diorang sendiri, sampai nak jadi pegawai kerajaan zaman dinasti ada exam.

Anak melayu kita "rajin" jugak, "rajin" merempit, berkeliaran... tengok anak cina, ade keluar tak tentu pasal lepas skolah?

Lepas tu tak masuk universiti, yg berconnection tu dapat masuk kuota yg tak dapat tu terus merempit... org UMNO suka la mat rempit ni, balun ramai2 masuk Putera UMNO.

7:28 PM  
Anonymous Anonymous said...

pendapat saudara2 semua ade betul & tak betulnya. tapi melihat dari keadaan sekarang, kita orang2 melayu kena berubah & sedar bahawa bangsa kita semakin jauh ketinggalan!

8:02 PM  
Anonymous Anonymous said...

tu lah Wan Radsul, buka mata dan lihat keliling,

pegi tengok disco, genting dan pusat hiburan, hang tengok sapa kat sana. Hang tahu perlekek kaum sendiri tapi tak peka pada keliling. Aku suggest hang gi tengok web site polis

http://www.rmp.gov.my/rmp03/dikehendaki_06.htm

tengok criminal kat sana, sapa , kaum mana jenayah berat. Ko buka mata besar - besar cari pengetahuan sedalamnya dan datang tulis kat sini. Ko check betul betul sebelum kutuk kaum sendiri atau pun kau sebenar mamak berat pada india

8:37 PM  
Anonymous Anonymous said...

Saudara Annuar,

I have visited your blog several times. I have noted your thoughts through what you wrote.

You have a noble intention to bring up the fate of the Malays in your country.

Besides scaring your Malay readers and getting them into more defensive mode against the other communities, you could do something more positive.

Tell me honestly and ask your God whether it is correct to:

1. Deny others opportunities of higher education by imposing a quota based on race?

2. How do you think this discrimination will help your own kind?

3. What education back ground are you? If I force you to study medicine, do you think you will come out as a good doctor?

4. Is there a better way? How about by inculcating positive values to your children to study hard and work hard?

5. Are you not worried that despite 50 years of affirmative policies, the Malays still could not improve?

6. Are you not worried that Malaysia's economic competitiveness is sliding down in the globalized world?

7. Does your God teach you that there is really "special rights" given to any particular race in this world? If so, why is it only the Malays have this right? Are they the chosen race?

Saudara Annuar, please answer my questions.

10:25 PM  
Anonymous Anonymous said...

Kehadapan saudara Jimmy

Memang la disko tu ada ramai cina. Aku tau. Melayu pun ada gak. Arab pun ada gak. Masalahnya aku cakap pasal budak sekolah.

Yg disko2 tu bagi masuk budak sekolah ke? Kat kampung2 tu yg merempit tu aku tengok semua budak sekolah kite. Yg main bola petang2 bising kat depan rumah tu pun budak sekolah kite.

Apa kene mengena ngan list "most wanted" polis?

8:30 AM  
Anonymous Anonymous said...

Mengapakah Melayu masih perlu berselindung di sebalik hak istimewa? Mengapa Melayu harus diklasifikasikan sebagai mundur dari segi ekonomi? Hakikatnya kemiskinan tidak mengenal bangsa dan agama. Ada Melayu yang miskin, ada yang kaya. Ada Cina yang miskin, ada yang kaya. Ada India yang miskin, ada yang kaya.

Sekiranya perangkaan ekonomi diteliti, orang India-lah yang paling miskin, dengan ~9% rakyat tetapi hanya memegang ~1.5% ekuiti negara!! Ini saya baca dari laporan ASLI. Perlukah Melayu dan Cina berbahas siapa dapat apa sedangkan masyarakat India-lah yang paling buruk di landa masalah ekonomi.

Andaian demokrasi total hanya mengenal mereka yang kurang berkemampuan tanpa mengira bangsa dan agama, dan sekiranya Melayu-lah kaum yang paling lemah dari segi ekonomi, maka Melayu-lah yang juga akan mendapat manfaat penuh dengan pencapaian demokrasi total. Tidakkah begitu?

Masyarakat Malaysia tidak akan benar-benar bersatu-padu selagi wujudnya keadaan yang berat sebelah baik dari segi pegangan ekonomi mahupun hak istimewa. Selagi wujudnya polisi yang hanya pentingkan segolongan masyarakat sahaja, yang lain akan menuding jari.

Keadaan sekarang dengan DEB pun tidak membawa manfaat ekonomi kepada Melayu, hanya kepada UMNOputra. Haruskah keadaan ini terus dipertahankan atau dipertingkatkan lagi dengan mengemukkan lagi poket para elit Melayu?

3:26 PM  
Anonymous Anonymous said...

biar saya terangkan. agenda melayu sebenarnya utk menghapuskan semua bukan melayu dan merampas segala yg dimiliki bukan melayu di tanah ini. simple aje buat apa cakap banyak. pemimpin melayu telah pun mengakui org melayu akan jadi amok dgn keris panjang di tangan utk membunuh. so admit ajelah buat apa berpura-pura nak berjuang ini berjuang itu? takut orang tau ke? syabas.

5:48 PM  
Anonymous Anonymous said...

Anonymous 5:48PM, saya agak bersetuju ngak anda itulah "agenda melayu" yg dihebohkan fanatik2 UMNO.

Kenapa mesti bergadug bagaimana nak "divide the pie" bila kita patut concentrate untuk buat pie tu lagi besar bg semua? Kenapa nak salahkan org lain bila share pie kita sedikit sedangkan yg membolot kesemuanya tu org2 yg kita "sanjungi"?

Malaysia perlukan satu parti yg mengenahkan agenda semua bangsa, yg menjaga hak2 semua dan paling penting, mereformasikan sistem politik kita yg dah karat ni.

Undi PKR!

12:14 AM  
Anonymous Anonymous said...

Adakah penduduk Kampong Semarak dan Kampong Berembang dapat menikmati Hak Istimewa Orang Melayu atau Ketuanan Melayu

10:15 AM  
Anonymous Anonymous said...

Salam,

USAH BICARA SOAL KETUANAN MELAYU.
IA SUDAH LAMA HILANG DINODAI OLEH 'UMNO BARU'.
UNDI UMNO = JUAL KETUANAN MELAYU
UNDI PAS = KEADILAN SEJAGAT
UNDI PKR = MALAYSIAN MALAYSIA

usaha berjaya 'UMNO BARU' selama 20 tahun

1)Sekolah Agama Rakyat
2)Tanah Rezab Melayu
3)Royalti di Terengganu
4)Saham2 syarikat perubatan di negara kita dijual kepada singapork.
5)BM kepada BI dalam Sc n Math
6).................
7)....................
.
.
.
100)....................

6:48 PM  
Anonymous Anonymous said...

all this discussions is just a waste of time...

7:00 PM  
Anonymous Anonymous said...

Lets not waste time on none productive arguments. Lets take a good example of Proton.

Proton is not a Malay car it is just controlled by Malay and are majority Malays who work there. For all the Wira Melayu who are sincerely wanted to help the Malay, this is a good chance for you to help Proton to be the next Toyota, pride of your race and your other fellow Malaysian. This is where you can spend your time on truly productive work that create value for the society and country rather that finger pointing or blaming others.

This need hardwork and dedication as well as the willingness to dig into the root cause of the problem,

What are the root causes? Why after years of protection Proton had yet to be able compete with other?

What can be done? How Proton should be evolved to compete in globalization?

Imagine the country had bankrupt and no more money to help Proton, how Proton can survive on its own?

Set a goal, make Proton the next Toyota that had displaced General Motor to become the world largest car producer.

Start your forum or whatever you can, invite other fellow Malaysian you believe can contribute their idea. There are lots more fellow Malaysian who are rational and wanted to see the country success and progress in this highly competitive global economy. The success of Proton will benefit everyone regardless of race.

Just temporary forget about help from government or excuses/blaming others, this will help stimulate creativity, understand market trend, can do spirit, dedication for success, quality, customer oriented, best product and services etc..... this is how other had success and make a different in their life.

You idea may not be accepted..but the value of this activity will make us THINK and INNOVATE solutions!! This is exactly what entrepreneurship is all about.

There are tons of good business books and website that can help. We shall share some next time.

sincerely..
TKR

5:02 PM  
Anonymous Anonymous said...

mcmn la aku boleh jadi bodo buang masa masuk blog ni..adoi!

11:53 AM  
Anonymous Anonymous said...

sebab Melayu memang bodoh. Ada perkara asas tapi lupa. Bangang nak mapuh.

Apa panduan yang ada untuk kita? Hahaha.. Melayu memang cepat benor lupa. Bodoh punya Melayu.

Al-Quran ada, tapi buat-buat tak ada. Patut la jadi LEMAH.

Tolonglah.. Melayu gemilang kerana hadirnya undang-undang ISLAM.

DAN, ISLAM tidak rasis. Undang-undang ISLAM adalah adil untuk semua, samada yang bukan Islam atau Islam itu sendiri adalah adil.

3:05 AM  

Post a Comment

<< Home