KETUANAN POLITIK MELAYU : siapa peneraju?
Anak muda ini mempersoalkan kerakusan bangsa - bangsa lain dalam membicarakan mengenai kehendak mereka. Anak muda ini mempersoalkan tanggung jawab Melayu tidak mengira apa wadah politik dalam melunaskan tanggung jawab membela ketuanan Melayu. Anak muda ini mempersoalkan erti kemerdekaan dan pengisian kemerdekaan untuk orang Melayu. Anak muda ini sebagai suara mahasiswa dan golongan belia mahu golongan elit politik sama ada kerajaan ataupun pembangkang terutamanya UMNO dan PAS untuk melihat dan menangani secara serius masalah agama dan bangsa kita. Tidak ada ertinya membincangkan tentang politik ketuanan Melayu jika agama dan bangsa tergadai. Saya akan "pamerkan tulisan ini dalam blog saya" untuk sama- sama kita membincangkan ketuanan Melayu - siapa pembela dan siapa pengkhianatnya berlantaskan penulisan anak muda ini - Mohd Nazree Mohd Yunus ,Mantan Presiden PMIUM 05
Artikel Sdra Mohd Nazree Mohd Yunus
KETUANAN POLITIK MELAYU : ANTARA UMNO ATAU PAS YANG MENJADI TERAJU
Ambang sambutan kemerdekaan yang ke-50 sudah semakin hampir. Semakin detik kemerdekaan melanjutkan usia, semakin resah kita sebagai anak muda melihat dan mengamati suasana. Semakin tua usia kemerdekaan maka semakin tua juga usia pergerakan pola politik negara. Berdasarkan senarai 10 rakyat Malaysia yang terkaya. Orang Melayu hanya pada kedudukan yang ke-9 iaitu Syed Mokhtar Al-Bukhary (MMC) dengan kekayaan 1bilion. Robert Kuok (Kuok Group, 5.6b), Ananda Krishnan (Astro, 4.6b), Teh Hong Piow (Public Bank, 2.1b), Lee Shin Cheng (IOI, 2.05b), Quek Leng Chan (Hong Leong, 2b), Lim Goh Tong (Genting, 1.5b), Yeoh Tiong Lay (YTL, 1.1b), Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau, 1.05b) dan Lim Kok Thay (Chairman, Genting Group, 440m)
Apa yang signifikan antara senarai 10 orang terkaya Malaysia dengan persoalan ketuanan Melayu. Orang Melayu masih di belakang. Namun tuntutan kaum yang lain masih lagi bernafsu besar. Isu Lina Joy, artikel 11, Penghantaran memorandum oleh 11 Menteri non-muslim terhadap Pak Lah tentang isu artikel 11. Perebutan anak dan pengurusan jenazah antara muslim dan non-muslim. Jelas perkara ini tidak sepatutnya berlaku dalam ambang sambutan kemerdekaan yang ke-50. Rakyat perlu faham tentang Islam dan menghormatinya. Mungkin juga ini berlaku kerana pemimpin sendiri sudah tidak mengendahkan Islam dan pihak yang memperjuangkan Islam seperti PAS sudah ketandusan idea untuk menyebarkan dakwah Islam. Ini semua tanggungjawab kita bersama di samping bebanan yang lebih besar untuk bertanggungjawab itu sepatutnya dipikul oleh pemerintah.
50 tahun liku-liku perjuangan kemerdekaan turut melibatkan jatuh bangun pemimpin. Namun pada ketika Malaysia menarik nafas mendetikkan nadi, golongan anak muda, mahasiswa dan belia juga tidak terkecuali daripada mencorakkan dan mematerikan diri dalam lipatan sejarah negara.
Perkembangan politik di Malaysia semenjak kemerdekaan hingga hari ini masih didominasi oleh politik perkauman. Hal ini demikian kerana berbagai-bagai-bagai kelompok etnik sentiasa mengemukakan tuntutan yang bertentangan dan sukar dipenuhi. Analoginya mudah, jika tetamu datang ke rumah, tuan rumah boleh membuat kopi untuk tetamu sebagai menghormati tetamu tetapi apabila tetamu mengarahkan tuan rumah untuk membuat kopi, adakah situasi ini boleh diterima. Orang Melayu sudah memberi sebagai penghormatan kepada bangsa lain. Namun apabila diminta dengan rakus sehingga hak orang Melayu pun terancam sudah pasti permintaan tidak akan ditunaikan.
Bak kata Tunku
“....orang Melayu sedia memberi hak-hak yang munasabah dan patut kepada orang bukan Melayu. Orang Melayu telah memberikan pengorbanan yang banyak daripada hak-hak sebagai bumiputera Tanah Melayu kepada bangsa yang bukan Melayu. Belum ada satu bangsa anak negeri yang telah berbudi sebegitu banyak seperti yang telah diperbuat oleh orang Melayu. Sungguhpun ada jaminan hak-hak istimewa Melayu dalam perjanjian Persekutuan tetapi tidak sekali-kali mencegah atau menyekat bangsa-bangsa yang bukan Melayu daripada mencapai kesenangan dan kekayaan dan lagi sehingga sekarang hak-hak istimewa itu masih belum lagi menghasilkan keadaan yang setaraf di antara orang Melayu dengan yang bukan Melayu...”
Mahasiswa dan golongan anak muda melihat perbalahan antara agama dan kaum ini sebagai suatu perkembangan sebagai yang tidak sihat dan tidak mempunyai makna. Apa makna 50 tahun merdeka kalau yang di atas terus tidak mengendahkan apa yang berlaku di bawah. Prejudis antara agama dan kaum semakin meruncing. Kita anak muda mahu situasi ini diperbetulkan.
Hari ini kita mahu memperingatkan anak muda supaya bangkit untuk melihat isu-isu semasa yang berlaku dalam negara secara makro dan mikro. Golongan cerdik pandai mahasiswa harus bangkit untuk kembali menjadikan suara mahasiswa adalah suara rakyat. Mahasiswa adalah jurucakap masyarakat bukan jurucakap bagi UMNO, PAS, KEADILAN, DAP, MCA, MIC, GERAKAN ataupun PPP. Hari ini mahasiswa dan golongan belia mahu golongan elit politik sama ada kerajaan ataupun pembangkang terutamanya UMNO dan PAS untuk melihat dan menangani secara serius masalah agama dan bangsa kita. Tidak ada ertinya membincangkan tentang politik ketuanan Melayu jika agama dan bangsa tergadai.
Dalam aspek yang lain, gerakan mahasiswa perlu mempunyai prinsip untuk bergerak secara bebas. Disebabkan ketidakbebasan menyebabkan kita tidak lagi bertindak sebagai loceng amaran buat pemimpin. Untuk membentuk kesedaran dan menghidupkan jiwa anak muda, pembudayaan ilmu perlu dipasakkan di dalam jiwa mahasiswa dan belia. Budaya jurnalisme wajib dibugarkan semula. Teks-teks usrah harus dikembangkan menjadi teks yang masyarakat umum boleh mendapat manfaat daripadanya. Teks usrah yang membincangkan tentang akidah, ibadah dan muamalat wajib sampai seberapa segera yang mungkin buat masyarakat kita yang kian nazak menanti maut dalam jeritan ketuanan Melayu masih nyaring dilaungkan. Tanggungjawab ini ada pada mahasiswa. Sebarkan ilmu yang benar walau sedikit seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah.
Kegagalan teks-teks usrah yang sepatutnya menjadi rujukan masyarakat mengakibatkan kemungkaran yang lebih besar telah berlaku. Lihat kemungkaran Lina Joy dalam mencabar Islam. Bagi kita sebagai anak muda Islam, Lina Joy bukan mempertahankan haknya tetapi mencabar hak orang Islam untuk mempertahankan agama. Perbincangan isu Lina Joy atas landasan kebebasan agama dan hak asasi manusia adalah suatu yang tidak relevan.
Mana mungkin Islam sebagai agama yang berlainan dengan agama yang lain harus mempunyai kayu ukur undang-undang yang sama dengan agama lain. Perkara ini antara kandungan terpenting yang perlu diberi faham kepada pencinta agama lain. Kita bukan menghalang untuk penganut agama lain mengamalkan agama mereka tetapi apabila mereka sudah mula mempersoalkan amalan dan undang-undang Islam kita, maka penerangan perlu diberi dan pencarian kefahaman adalah tanggungjawab mereka untuk memahami Islam dalam kaca mata konteks undang-undang Islam bukannya hanya dari kaca mata undang-undang atau hak asasi manusia semata-mata. Hak asasi manusia tidak akan bernilai apabila nilai hak asasi itu bertentangan dengan nilai dan undang-undang Islam. Bezanya Islam ialah kita mempunyai undang-undang kita yang berpandukan Al-Quran dan Al-Sunah. Ayuh fahamilah Islam dengan “actualknowledge” bukan hanya secara surface. Islam tidak memusuhi sesiapa.
Agenda untuk membentuk satu peradaban bangsa dan negara yang benar-benar utuh dan jitu bukanlah suatu yang mustahil untuk dicapai. Yang penting, hubungan interaktif dan dinamik perlu dimiliki oleh setiap barisan kepimpinan dan cendekiawan negara.
Tahap pemikiran yang cemerlang dengan idea yang bernas dan merentas bidang pengetahuan lain mampu untuk memacu dan membentuk peradaban manusia yang seiring dengan kemajuan intelektual. Golongan intelek perlu diizinkan untuk membentuk persekitaran negara. Namun AUKU ternyata membunuh potensi mahasiswa dan belia yang cerdik pandai yang berada di Universiti.
Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 Perkara 20(1) Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan berhimpun secara aman dan menubuhkan persatuan dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia Perkara 10 Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan jelas menunjukkan bahawa setiap individu (rakyat) mempunyai kebebasan untuk berpersatuan termasuk mahasiswa. Di bawah AUKU seksyen 15, hak mahasiswa untuk berhimpun secara aman, hak berpersatuan dan hak bersuara langsung dinafikan.
Akibat golongan cerdik pandai tidak beroleh upaya untuk membentuk persekitaran, kita melihat antara kelompok yang boleh memelihara dan membentuk suasana adalah kelompok politik.
Landskap politik Malaysia jelas menunjukkan hanya ada dua parti politik yang berteraskan keahlian Melayu secara “genuine” adalah antara UMNO dan PAS. KEADILAN tidak boleh dimasukkan dalam kelompok ini kerana parti itu merupakan sebuah parti yang multiracial. Justeru kepentingan Melayu tidak dapat dibawa melalui parti tersebut.
Membincangkan tentang polimik siapakah yang lebih layak untuk melabelkan diri sebagai pejuang Melayu dan siapakah yang akan menjadi jaguh pejuang Islam akan kita bahaskan. UMNO dan PAS perlu memperakui bahawa perjuangan berasaskan kalimah tauhid adalah perjuangan yang kekal. Percayalah bahawa perjuangan tanpa mengambil kira kalimah tauhid tidak akan kekal.
Namun, dalam arena politik Malaysia kita juga perlu memperakui bahawa perjuangan memartabatkan bangsa tanpa menindas bangsa lain juga adalah perjuangan yang tidak boleh dikesampingkan. Ini bukan bermakna kita mahu berjuang semata-mata kerana bangsa. Islam tidak menuntut untuk kita berjuang hanya semata-mata kerana bangsa tetapi mempertahankan bangsa demi survival agama adalah yang wajib kita cermati dalam konteks politik Malaysia.
Kepimpinan yang berjaya untuk menambat hati rakyat ialah kepimpinan yang menegakkan agama serta mempertahankan bangsa dengan membantu bangsa lain juga. Keadilan sosial perlu diwujudkan melalui keselesaan sosial. Hari ini UMNO yang menjerit mempertahankan Melayu sudah lagi tidak cakna dengan masalah orang Melayu dan PAS yang menjerit tentang negara Islam sudah hilang taringnya untuk melaung dan bertindak menyelamatkan Islam walaupun diakui usaha kedua-dua parti ada. Usaha itu perlu lebih dinamik dan holistik. Anak muda akan bersama dengan kepimpinan yang dinamik dan holistik dalam membawa agenda Islam dan Melayu.
Kedua-dua situasi ini berlaku kerana ada saling perkaitan antara UMNO dan PAS. Perjuangan UMNO untuk bangsa tidak boleh dilihat secara rasialis dan perjuangan PAS untuk Islam tidak boleh ditolak sama sekali dan mengatakan mereka ekstremis agama, tetapi yang menjadi ketidaksefahaman antara penggerak kedua-dua parti ialah UMNO takut kehilangan kuasa jika mengiakan apa jua berkaitan Islam disebabkan kerana kemungkinan ramai pemimpin UMNO tidak berlatarbelakangkan pengajian Islam kecuali Pak Lah. PAS pula terlalu takut untuk membicarakan tentang kepentingan Melayu kerana takut dicop sebagai meniru langkah perjuangan UMNO yang berteraskan bangsa. Adakah memperjuangkan bangsa di samping agenda teras Islam bertentangan dengan agama?
Sebenarnya situasi seperti ini hanya akan merugikan Islam dan bangsa Melayu. Akhirnya UMNO akan tersepit dan PAS juga tidak akan ke mana. UMNO perlu juga menjerit untuk Islam di dalam Parlimen dan PAS juga perlu menjerit tentang Melayu di dalam Parlimen. Kita faham dengan perjuangan Islam adalah merangkumi semua, tetapi cara PAS mempersembahkan pendekatan itu yang perlu lebih holistik dengan mengambil kira demografi Malaysia.
Kajian & observasi yang dilakukan jelas menunjukkan 75.7% reponden mahasiswa dan belia Melayu mengatakan bahawa apabila membicarakan tentang agama/Islam adalah berat. Puncanya bukan Islam itu yang salah tetapi pendekatan kita yang kurang sesuai. Sebab itu PAS selaku parti yang memperjuangkan Islam harus melihat pendekatan Melayu dalam masa yang sama berpegang kepada teras Al-Quran dan Al-Sunah sebagai rujukan utama. UMNO juga perlu begitu, perjuangan bangsa Melayu tanpa mempertahankan agama mereka adalah satu perjuangan yang sia-sia.
Jika 50 dahulu tidak ada yang berani mencabar Islam dengan undang-undang disebabkan mereka faham tentang Islam walaupun tidak menerimanya. Namun pada hari ini, ada yang sudah berani mengatakan tidak pada Islam secara terangan. Di manakah maruah kepimpinan UMNO selaku parti yang memerintah secara bersama dalam BN? Di mana pula peranan PAS. Hilang Islam maka hilanglah Melayu kerana Melayu itu ditafsirkan di dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan berbudaya Melayu. Ketuanan Melayu akan hilang apabila generasi muda sudah jauh daripada agama.
Fikirkanlah wahai pemimpin. Kita tidak punyai banyak masa. Di saat generasi muda bangsa lain sudah berfikir secara matang tetapi anak muda Melayu dilalaikan dengan hiburan. Bukan kita melarang langsung hiburan kerana agama juga membenarkannya, tetapi apakah makna hiburan kalau perkara tersebut memusnahkan jati diri, adab sopan dan maruah agama dan bangsa.
UMNO akan boleh bertahan lama jika mempertahankan Islam secara “genuine” dan PAS juga akan bertambah kekuatan “mainstream”nya apabila membawa imej Melayu.
Sebenarnya eksperimen ini telah berjaya kita lakukan dalam formula politik kampus. PMIUM telah membawa secara vokal Islam tetapi imej kepimpinan Melayu yang dibawa menyebabkan kepimpinan PMIUM sesi 05/06 telah diterima oleh masyarakat kampus. Pihak pentadbiran begitu “inteam” dengan kita. Kita tidak pernah menggadaikan prinsip kita untuk membawa makruf dan menentang mungkar di kampus. Jika PAS sudah meniru strategi boikot PMIUM, sekali lagi strategi membawa imej Melayu perlu diketengahkan.
Sudah tiba waktu PAS untuk memulakan kemenangan di bandar – bandar metapolitan. Jika UMNO mahu mengekalkan kuasa, bawalah secara jujur agama kita. Ketuanan Melayu bukan tiket untuk kita menidakkan peranan agama dalam perjuangan. Jika tidak mahasiswa dan generasi muda akan menolak parti yang tidak membawa agenda Islam dan Melayu. Kita yakin bahawa formula membawa agenda Islam dan Melayu secara tulen akan membantu membina negara Malaysia yang lebih harmoni dalam erti kata yang sebenar.
Keselesaan sosial yang sebenar adalah apabila kita dilayan dengan mengikut hubungan perasaan saling hormat-menghormati sesama manusia. Kepada generasi muda dan mahasiswa, ayuh kita kayakan minda. Kemiskinan minda menjadikan masyarakat kurang kesedaran sosial dan tidak peka dengan keadaan sosial semasa. Keadaan ini menjurus kepada kepincangan sosial.
Kata-kata Prof. Dr. Hamka: Orang yang bersahabat dengan “orang di atas” janganlah takut menyatakan cacat dan kekurangan yang harus diperbaiki. Kerana tiga orang yang beroleh celaka di atas dunia dan diancam oleh bahaya besar iaitu sahabat raja yang tidak mahu menerangkan kepada raja, apa cacat kerajaan. Orang sakit yang tidak mahu menerangkan kepada doktor apa macam penyakitnya. Dan seorang teman yang tidak mahu menyatakan rasa hatinya kepada sahabatnya. Ketiga-tiga orang itulah ialah orang yang khianat kepada dirinya sendiri.
Kita sebagai generasi muda jangan sesekali meletakkan diri kita sebagai orang yang khianat pada diri sendiri. Jika UMNO atau PAS tidak ada upaya untuk melakukan perubahan untuk agama dan bangsa, jangan terkejut jika mahasiswa bangkit menentukan perjuangan ini. Kita pastikan kekaburan yang ada disinari kebenaran dan perjuangan atas landasan politik sempit dilebarkan agar yang berjaya adalah Melayu itu sendiri dan Islam sebagai pegangan abadi. Salam Perjuangan mahasiswa.
Mohd Nazree Mohd Yunus
Mantan Presiden PMIUM 05/06
Mantan Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya 05/06
15 Comments:
Hilang Islam maka hilanglah Melayu kerana Melayu itu ditafsirkan di dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan berbudaya Melayu.
Sempitnya pemikiran melayu.. Hilangnya Melayu maka apa jadi pada Islam?? Takkan kemana kita jika wujud perjuangan bangsa demi agama. Perlembagaan persekutuan itu sendiri adalah perlembagaan SEKULAR. Jadi anda perlu definisi sekular untuk pelihara Islam??
Janganlah samakan Melayu itu yang beragama Islam kerana hakikatnya sudah ramai Melayu murtad. Perlembagaan itu sudah tidak relevan.
Apa yang masih relevan dari dulu hingga akhirat hanyalah panduan dari al-Quran al-karim.
Itu sepatutnya menjadi perlembagaan kita.
Ingat, PERLEMBAGAAN MANUSIA BOLEH DIMANIPULASI @ DIUBAH..
TETAPI AL-QURAN TIDAK BOLEH SAMA SEKALI.
ALLAH MAHA KUASA, ALLAH MAHA BESAR.
Segala tindak-tanduk kita, perilaku kita sepatutnya bermula dengan Bismillah atau Lillahita'ala.
Malangnya sekarang saya yakin ramai umat Islam (terutama melayu) dah tak ambil pusing tentang bab yang paling asas ini.
Ingat saudara, dalam Al-Quran tak ada sebut pasal melayu. Jangan kita nak lebih-lebih pula.
Sekadar memberi peringatan kepada sesama ummat Muhammad S.A.W.
Tinggalkanlah perjuangan sia-sia kamu yakni perjuangan bangsa. Peganglah pada perkara asas yakni agama Allah.
Pinda perlembagaan sekular, gantikan dengan perlembagaan Allah.
InsyaAllah kita selamat.
PAS bukan parti melayu. PAS adalah parti ISLAM. ISLAM tidak rasis. Harap maklum.
Sdra Nazri,
Perjuangan itu benar perlu telus tetapi jgn terpedaya agenda dunia tanpa ruh Islam.
Islam penentu buat semua umat bukan sahaja melayu.
Jgn kata perjuangan Melayu itu adalah perjuangan Islam tetapi perjuangan Islam itu merangkumi bangsa Melayu adalah hakikat.
Kita perlu juga tahu Melayu itu sendiri. Melayu yang berpegang kepada ajaran Islam, Melayu yang tidak berpegang kepada landasan Islam dan lebih buruk lagi Melayu yang berpura-pura.
Jgn terpedaya dengan Umno sungguhpun Melayu kerana Umno lebih kufur dengan membidas perjuangan Islam.
Kenapa Umno benci sangat kepada PAS adalah kerana Umno tahu, PAS yang mendokong Islam itu tidak tercabar oleh mereka. Perkataan Islam itu membentuk resistance pada mereka dan ini menyebabkan mereka menentang. Mungkin siatan sedang bergayut di mata dan bertahta di hati.
Sedarlah jangan memanipulasi diri sebab itulah apa yang sedang anda lakukan.
Panjang berjela.
tak bolehkah ringkas-ringkas sikit.
Munkin sebab tu melayu masih terkebelakang, tulis panjang berjela, isinya yang tu jugak... pei mai-pi mai dok tang tu jugak...
"...hanya ada dua parti politik yang berteraskan keahlian Melayu secara “genuine” adalah antara UMNO dan PAS. KEADILAN tidak boleh dimasukkan dalam kelompok ini kerana parti itu merupakan sebuah parti yang multiracial."
Pas bukan parti Melayu tetapi parti Islam. Orang bukan melayu pun boleh jadi PM, asalkan dia Islam.
Keadilan bukan parti melayu. Dia parti untuk semua bangsa.
Cuma UMNO yang mengaku parti melayu, tapi bukan melayu pun boleh jadi ahli UMNO.
Sayang! Bekas Presiden Mahasiswa tak tahu nak bezakan yang mana satu parti Melayu atau tidak. Paaatuut lah Universiti kat negara kita ni merudum.
Boleh tolong terjemahkan, apakah makna P.A.S dan U.M.N.O? Yang ni hang kata parti Melayu?
Memang tak de jalan lain lagi dah ... Prowaris adalah jalan menyatupadukan Melayu & Islam. Bagi mereka yang berburuk sangka ke atas Prowaris, bacalah, ini khutbah buat kamu ...
“AKIBAT BURUK SANGKA MEMBAWA BENCANA” - KHUTBAH UNTUK MEREKA YANG MERAGUI KEIKHLASAN PERJUANGAN PROWARIS Oleh Unit Media ProWaris Malaysia
Saudara-saudara ku dirahmati Allah sekalian,
Marilah sama-sama kita mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t dengan menunaikan segala perintahnya dan menjauhkan diri daripada segala laranganNya, mudah-mudahan kita tergolong di dalam golongan orang yang paling bertakwa.
Saudara-saudara ku yang berbahagia,
Buruk sangka adalah satu dari penyakit hati yang amat kronik. Ia bukan sahaja menjarah dengan parah hati dan jiwa pengidapnya, tetapi turut memusnah individu lain sebagai mangsanya. Buruk sangka juga tidak lahir tersendiri, malah ia lahir bersama dengan sifat-sifat mazmumah yang lain sebagai pakej pelengkap, seperti hasad, dengki, marah, sombong, bongkak, dendam, zalim dan sebagainya. Apabila sifat-sifat tersebut meneraju dan memacu kehidupan seseorang insan, ia akan menjadi manusia yang sentiasa resah, gelisah dan tidak tenteram, kerana sentiasa sibuk mencari keaiban dan kelemahan orang lain, tidak punya masa untuk mengingati Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t:
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "Zikirullah". Ketahuilah!, dengan "Zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia".
Ar-Raad ayat 28
Buruk sangka yang dimaksudkan disini ialah buruk sangka yang tidak baik. Ia mengheret sifat-sifat Mazmumah yang lain bersarang di hati, yang akan mempengaruhi anggota-anggota badan yang lain supaya mengikut kehendaknya. Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadisnya menyatakan:
"......ketahuilah bahawa didalam badan ada seketul daging,apabila ia baik,baiklah badan seluruhnya, dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya, ketahuilah itulah yang dikatakan hati".
Riwayat Al-Bahari Muslim
Buruk sangka dibahagikan kepada dua jenis:
1- Buruk sangka yang bertujuan baik, seperti untuk menyedar dan memperbaiki seseorang yang dikatakan melakukan kejahatan.
2- Buruk sangka yang bertujuan jahat demi untuk menjatuhkan maruah kedudukan seseorang.
Walau apa pun tujuannya, buruk sangka tetap memberi inpak yang sangat nagetif, jarang ada manusia yang terselamat dari terkena bahana prasangka. Dengan sebab itulah,Islam sangat melarang dari berprasangka.
Dalam Sirah An-Nabawi, kita berdepan dengan satu peristiwa yang menimpa Rasulullah s.a.w dan keluarga baginda. Iaitu kisah Hadis Ifqi (berita dusta) yang cuba disebar luaskan oleh musuh-musuh islam yang menjadi dalang utamanya ialah si munafik Abdullah bin Abi Salul. Ceritanya bermula disaat kepulangan tentera islam dibawah pimpinan rasulullah s.a.w dari peperangan Bani Al-Mustaliq berhenti rehat ketika diperjalanan.
Saidatina Aishah r.a meninggalkan sekeduknya (pondok kecil yang diletak diatas kenderaan seperti dizaman raja dahulu kala) untuk menunaikan hajatnya. Bila ia kembali, ia dapati kalungang telah hilang,ia berpatah balik mencari kalungan itu.Sesampainya ia ditempat tentera, didapatinya tentera sudah berangkat meninggalkan tempat itu. Mereka yang ditugaskan mengawasi keselamatan aishah tidak sedar ketiadaan Aishah dalam sekeduknya, mereka terus mengangkat sekeduk keatas belakang unta dengan sangkaan aishah berada didalamnya, kerana aishah berbadan kecil dan ringan.Aishah terus menunggu disitu dengan harapan mereka akan menyedari kehilangannya. Seperti biasa rasulullah menempatkan seorang petugas terakhir dibelakang khalifah tenteranya sebagai pengawal iaitu Safwan bin Al-Mukthal.
Di kala Safwan membuat pemeriksaan terakhir,ia ternampak satu bayang-bayang itu adalah aishah.Lalu ia merendahkan untanya dan menyuruh aishah menaiki unta itu dan ia berjalan dibelakangnya tanpa bercakap sepatah pun dengan aishah. Mereka sampai dimadinah waktu zohor. Semua orang menyaksikan ketibaan mereka berdua. Seluruh kota madinah gempar dan heboh. Cerita sumbang dan palsu diwar-warkan oleh musuh-musuh islam, walaupun Aishah adalah bersih. Tentu dapat kita bayangkan betapa keadaan Rasulullah s.a.w ketika itu dalam menghadapi peristiwa tersebut. Apa yang terdaya dilakukan oleh aishah selain menangis,sedangkan dia sedar dirinya suci dan bersih. Keadaan berlangsung selama sebulan. Aishah bersabar menantikan ketentuan allah s.w.t terhadap dirinya. Ia teringat kepada kata-kata Nabi Yaakob a.s:
"....Kalau demikian, bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya, dan kepada allah jualah dipohonkan pertolongan mengenai apa yang kamu katakan itu".
Akhirnya tiba juga penentuan Allah s.w.t. Mana mungkin allah membiarkan rasulnya dan kekasihnya tertekan perasaan begitru sahaja. Dengan itu turunlah firman Allah s.w.t yang menyatakan kesucian aishah:
"Sesunggunya orang-orang yang membawa datangnya berita yang amat dusta itu, ialah segolongan dari kalangan kamu, janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang diantara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyebarkannya diantara mereka, akan beroleh seksa yang besar (didunia dan diakhirat kelak)".
Peristiwa tersebut memberi pengajaran yang sangat besar bagi setiap orang yang cepat bersangka buruk daripada mengutamakan sangka baik.
Saudara-saudara ku yang dimuliakan,
Akibat dari buruk sangka yang sangat parah. Ia adalah wadah kehancuran,mengundang segala macam keruntuhan. Jiwa mangsanya hancur luluh, perasaan amat tertekan, rumahtangga kian runtuh, kedamaian akan musnah, masyarakat menjadi porak-peranda. Kesemuanya itu adalah gara-gara perangai buruk sangka.Justeru, Islam sangat-sangat mendesak umatnya agar mendahulukan bersangka baik daripada cepat bersangka buruk. Satu-satu hukuman tidak harus dijatuhkan hanya berdasarkan kepada sangkaan. Ia mestilah jelas terbukti 100%. Kalau terdapat 1% keraguan , maka yang 1% itu hendaklah diambil kira dan didahulukan daripada yang 99%.Inilah kewajipan amalan syar'ie.
Sangka buruk boleh terjadi dengan berbagai sebab antaranya:
1- Godaan dan tipu helah syaitan atau iblis:
Buruk sangka adalah jalan terbaik bagi syaitan merangsang manusia untuk bergaduh, mengumpat, melempar tohmahan, membuat pakatan jahat, berpecah belah dan sebagainya.
2- Kelemahan jiwa:
Jiwa yang lemah akan mendorong seseorang mudah terikut dengan pemikiran yang negatif dan buruk terhadap orang lain.
3- Perasaan sombong dan bongkak:
Perasaan ini menyebabkan seseorang itu merasakan dirinya lebih baik daripada orang lain. Ia merasa dengki kalau ada orang lain mendahului dalam mengecapi sesuatu kejayaan atau membuat sesuatu kebaikan atau pun mendengar orang memuji musuhnya dihadapannya.
4- Keburukan batinnya:
Seseorang yang biasa membuat tipu helah dan penipuan akan merasakan orang lain juga sama sepertinya.
Saudara-saudara ku yang dirahmati Allah sekalian,
Tiada penawar mahu pun yang berasaskan sainstifik atau tradisional yang mampu mengubati dan menyembuhkan penyakit buruk sangka ini. Namun para ulamak dan cendiakawan islam ada menyarankan beberapa cara . Antaranya:
1- Buruk sangka terhadap diri sendiri, tetapi jangan mencari kekurangan orang lain, tetapi bergaullah dengan orang yang diburuk sangka terhadapnya itu dengan lebih rapat dan berdoalah untuk kebaikkan baginya.
3- Bermuhasabah diri setiap hari, jadikanlah diri kita seorang yang dapat menguasai was-was, bukan orang yang dikuasai was-was.
4- Perbaikilah diri kita dan bersihkanlah ia dari sifat buruk, kerana disebalik buruk sangka akan mengundang sifat-sifat keji yang lain.
5- Ingatlah selalu bahawa Mahabbah, Mawaddah dan bersikap toleransi itu adalah nikmat yang sangat besar. Jangan musnahkan nikmat itu dengan sifat buruk sangka.
6- Ingatlah selalu, bahawa buruk sangka boleh merosakkan diri kita. Kita akan kehilangan rakan, kekasih, saudara-mara, malah juga isteri. Kita akan kehilangan ramai khalik dan disisih oleh masyarakat.
7- Ketahuilah dan ingatlah, bahawa syariat islam meletakkan asasnya atas rasa sangka baik terhadap semua orang islam dalam semua bidang: ekonomi, politik,sosial dan lain-lain lagi.
Saudara-saudara ku yang dihormati,
Di penghujung khutbah ini, kita ingin menyimpulkan bahawa buruk sangka adalah pemusnah kepada segala sifat Mahmudah dan pemangkin kepada sifat Mazmumah. Kita memerlukan hati yang disuburkan dengan baja iman, takwa dan baik sangka kepada kepada semua individu. Jika dimensi moral dan etika ini menjadi dasar jalanan hidup kita, bererti kita telah menghadapi proses transformasi manusiawi yang memberi jiwa dan citra baru kepda diri kita dan kita akan dapat merasai dinamika iman bergerak subur dalam diri, hati dan sanubari kita.
"Wahai orang-orang yang beriman!, jauhilah kebanyakkan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang), kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaibban orang, janganlah setengah kamu mengumpat akan setengahnya yang lain.
Sukakah seseorang dari kamu memakan daging saudaranya yang telah mati?. (Jika demikian keadaan mengumpat), maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.(Oleh itu,patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada allah. Sesungguh allah penerima taubat,lagi amat mengasihani".
Ya-Allah, engkaulah tuhan yang Maha Berkuasa, kami bersyukur kehadratmu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat,sehingga kami dapat meneruskan usaha kearah memperkukuhkan Malaysia, sebagai negara yang maju dan sejahtera.
Justeru kami pohon kehadratmu ya-Allah, tetapkanlah iman kami,tingkatkanlah amal kami,kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budipekerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami kejalan yang engkau redhai, lindungilah kami daripada ujianmu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain supaya dengan demikian,negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.
saya setuju dgn nazri
jarang anak muda berpandangan sebegini.aku rasa soal pendekatan dgn org melayu perlu diambil kira.tapi islam adalah yg tertinggi.aku rasa kita perlu lebih ramai anak muda yg berfikiran mcm nazri......truskan bro
perlu ada satu diskusi ilmiah tntg apa yg saudara tulisni.nampak menarik utk dibahaskan.boleh panggil toko2 umno ke pas keadilan, dap mic dan mca utk discus
SAYA RAKYAT MALAYSIA KETURUNAN CINA BERASA ADALAH AMAT MALANG SEKALI BAHAWA RAKYAKT NEGARA KITA MASIH BERDEBAT TENGTANG PERKAUMAN ...JIKA DITAKDIRKAN KESELURUHAN RAKYAT MALAYSIA TERDIRI DARI HANYA ORANG MELAYU, PERKARA YANG SAMA TENTANG PEMBAHAGIAN KUASA, KEKAYAAN NEGARA DAN KAYA MISKIN TETAP BERLAKU CONTOHNYA JEPUN ,TAIWAN DAN KOREA DI MANA HAMPIR 99% TERDIRI DARI SATU KAUM YANG BERBAGAI PUAK...MEREKA TIDAK DAPAT MENUDUH KETUANAN , PEMBAHAGIAN TIDAK ADIL KEKAYAAN, ATAU HAK HAK ISTIMEWA KERANA MEREKA ADALAH TERDIRI DARI SATU KAUM YANG SAMA!!! MALANGNYA DI MALAYSIA, TERLALU JELAS KAUM KAUM TERTENTU YANG TIDAK SAMA WARNA KULIT, BAHASA,AGAMA, PERMAKANAN DAN BUDAYA...
AKU SETUJU DGN ARTIKELNI,BERNAS,PANDANGAN ANAK MUDA YANG ADA PRINSIP DAN CARA BERFIKIR YANG BARU.AKU HARAP SAUDARA NAZRI DAPAT TERUSKAN USAHA SEPERTI INI.RAMAIKAN LAGI BUKAN SAHAJA ANAK MELAYU YANG BAGUS PEMIKIRAN MACAMNI.TAPI YANG BUKAN MELAYUPUN KENA ADA.AKU DGR NAZRI DULU BEKAS PRES BADAN MAHASISWA.SO AJAK KAWAN2 LAIN BAGI PAHAM SAMA TNTG PERKARANI
teruskan nazri,bagus
PAS just berhasrat jer nak menubuhkan kerajaan ISLAM..tapi mampukan mereka menuaikan janji yang bersekongkol dengan DAP yang dah tentu parti yang tidak menyokong ISLAM..PAS hanya mengharapkan dapat mentadbir aje..dah dapat tadbir terus hilang janji nak tubuhkan negara ISLAM...
Pendapat sayalah dalam negara demokrasi nie sebenarnya cara hidup dan cara mendidik generasi muda dengan ISLAM lebih teratur dah ckup..kita perlu membimbing anak sejak kecil supaya lebih pentingkan agama dan pemantauan yang lebih terhadap gerak mereka.Jika anak2 dah dididik, mungkin kurang permasalahan sosial yang semakin menjadi2...
Post a Comment
<< Home