Perjuangan Melayu - perjuangan rasis?
Rasis bila kita membicarakan persoalan orang - orang Melayu. Rasis bila kita cuba membangkitkan persoalan bahasa Melayu. Rasis bila kita menceritakan berkenaan betapa ketinggalan orang - orang Melayu dari sudut ekonomi dan rasis bila kita berusaha untuk menyedarkan orang - orang Melayu betapa mereka perlu bangkit, menolak Melayu - Melayu Perdana, menolak mereka yang menitiskan apa yang telah diperuntukkan kepada orang - orang Melayu dan bangun menentukan kehebatan bangsa dan agama. Kenapa itu semua rasis. Kenapa perjuangan mempertahankan bahasa - bahasa ibunda kaum lain, mempertahankan sekolah dan sebagainya tidak dianggap rasis. Bekali dibicarakan bahawa mereka berhak menuntut, memperjuangkan dan kita juga berhak menuntut dan mempertahankan bukan dari sudut yang bersifat rasis tetapi dari sudut pembangunan bangsa itu sendiri.
Sebenarnya beberapa kesedaran perlu kita beritahu, perjuangan membebaskan Melayu dari sekatan minda, sekatan perekonomian dan sekatan budaya bukan satu perjuangan mendiskriminasikan kaum lain. Ini ditegaskan berkali-kali tetapi kenapa kegerunan berlaku dan ada antara Melayu - Melayu kita yang turut risau seolah - olah ini melanggar demokrasi, melanggar hak kemanusiaan dan mendiskriminasikan Melayu. Masalah Melayu semakin kritikan bila suara untuk memartabatkan Melayu dibantahi oleh orang Melayu yang mempunyai hajat lain.
Mungkin sekali lagi kita perlu sedarkan bahawa perjuangan membasmi kemiskinan adalah perjuangan tanpa sekatan atau sempadan perkauman tetapi mungkin penelitian diberi kepada Melayu kerana Melayu dalam keadaan yang lebih rapuh. Kita bukan membicarakan soal Melayu miskin hanya dari segi harta dan pegangan ekonomi tetapi kemiskinan yang menyeluruhi Melayu adalah erti kemiskinan yang sebenarnya, bila segala ruang alternatif untuk memajukan diri tertutup. Kemiskinan yang didefinisikan dengan ketiadaan ruang untuk membangunkan, kebuntuan arah dan kesempitan pergerakan. Ini adalah bentuk kemiskinan yang lebih buruk dari kemiskinan harta kerana kemiskinan ini melibatkan diri dari segi fizikal dan jasmani.
Ini perlu diubah dan ini perlu diberi perhatian khusus. Ini yang perlu kita kaji dan kita membaharui. Penekanan untuk isu ini perlu menyeluruh dan ini bukan rasis. Kita jangan terpedaya dengan alasan bahawa setiap perbincangan mengenai Melayu adalah rasis. Kita tidak perlu gusar dengan pembentukan dan penubuhan yang melibatkan Melayu dan ini tidak boleh dilabel sebagai ekstremis. Agak menghairankan bila usaha untuk membicarakan isu Melayu turut ditentang bukan sahaja oleh bangsa lain tetapi oleh bangsa kita sendiri. Mungkin ini ada kaitan dengan kepentingan politik tetapi yang mahu dituju bukan memeras bangsa lain untuk memberi ufti kepada orang -orang Melayu tetapi Melayu dibebaskan dari kemiskinan yang paling hodoh dan kematian awal yakni kematian minda.
Dalam pembentukan ruang - ruang bagi membebaskan pergerakan, minda dan keupayaan Melayu maka kita perlu lebih serius membicarakan isu - isu Melayu melangkaui sempadan politik. Kita harus jelas bahawa kita memberi tumpuan kepada nasib orang - orang Melayu sebagaimana yang lain cuba memberi tumpuan yang sama untuk pembangunan bangsa mereka. Justeru itu perjuangan, meneliti dan membela nasib orang - orang Melayu adalah pada kekurangan asas tetapi bukan untuk hadir mendiskriminasikan bangsa lain. Oleh itu kesedaran perlu - erti kemiskinan juga perlu dikaji - keperluan asas yang kekurangan perlu diambil kira dalam membicarakan perjuangan Melayu. Perjuangan bangsa bukan untuk merompak hasil yang lain tetapi berada dalam kedudukan yang mampu menghasilkan pendapat agar mereka turut bebas dan merdeka.

16 Comments:
salam. syabas,well said.
Hi Anuar,
Good interpretation of poverty. I believe u hv something good to fight for. Keep up
you made some points which i agreed. Try to put yourself in other races' shoes though. Try to widen your perpective. Try to look at the situation the way other people do. No offence to anyone,but i really appreciate a more neutral post, a post that is not radically inclined to a specific side, a post that is able to give us a broader view of the current situation. Give us the statistics to justify your claims. This is also a way to improve the blog and prove to your readers, you see. Keep Up
Dear bloggers
(Listed in SOPO Sentral of Malaysia)
This kutu is trying to develop a new hobby - listing your latest posting in my blog, Malaysiakita
This kutu really hopes you can update me on your latest posting in
Malaysiakita comment section or by email. You can reach me at sangkutu@gmail.com
To surf from blog to blog really consumes a lot of time. Mintak tolong la sangat-sangat! Harap sangat ni!
I'm seeking your kind help! Tolong! Tolong!
"Sebenarnya beberapa kesedaran perlu kita beritahu, perjuangan membebaskan Melayu dari sekatan minda, sekatan perekonomian dan sekatan budaya bukan satu perjuangan mendiskriminasikan kaum lain."
Please prove your statement that Melayu disekat from every angle. The reverse is true.
Please explain the university quota.
Please explain the 30% equity quota.
Please explain the 7% discount on properties purchases for all Malays irregardless whether they are rich or poor.
Please explain the petrol kioks franchise, the proton dealer franchise quota that only favours the Malays.
And many many more.
Melayu disekat.
Please down twist the situation.
Pencapaian Melayu mungkin terbahagi kepada 2, mereka yang saya gelar Melayu Perdana dan mereka yang bukan. Sekatan mereka adalah kerana infrastruktur mereka yang tidak tersedia ada.
Infrastruktur ini termasuk pembangunan jasmani dan rohani.Kita tidak menafikan bahawa ada hak - hak keistimewaan yang diperoleh oleh kaum MElayu tetapi persoalan yang mahu dibawa adakah ianya menyeluruh atau tersekat - sekat.
Kita sebenarnya sudah sedia maklum mengenai hak keistimewaan orang Melayu sebagai pra syarat yang wujud tetapi kita juga mahu pembahagian dijalankan menepati definisi keadilan sosial.
Kita melihat dari sudut Melayu dengan Melayu dan membandingkannya dengan kaum Malaysia yagn lain.
Asasnya seperti yagn berulangkali saya katakan, kita tidak sepatutnya merampas hak orang lain dalam membangunkan bangsa kita.
Kita perlu ( dalam konteks ini Melayu terbanyak) perlu membicarakan mengenai arah mereka dengan lebih serius dan berani.
Kita jangan tersekat - sekat dalam mahu memperkatakan mengenai apa yang sedang berlaku akan berlaku sekiranya ini tidak diperbaiki.
(maaf tanpa edit)
Mungkin kita perlu melihat b/mana pertubuhan sosial kaum Cina menolong sesama mereka dan bandingkan dengan apa yg berlaku dlm masyarakat melayu pada masa kini. Dimanakah sumbangan golongan korporat yg dilahirkan hasil bantuan kerajaan ?? apakah sumbangan mereka kepada masyarakat..
Rasanya , kaum lain mempersoalkan kenapa selepas 30 tahun dasar DEB dilaksanakan dan sudah wujudnya golongan atasan / bangsawan ekonomi melayu , kerajaan masih hendak meneruskan dasar itu . Bukankah harus kerajaan pimpinan kaum melayu memikirkan utk melonggarkan dasar tersebut. Spt diskaun utk beli rumah ... dimana wajarnya , golongan berada melayu membeli rumah jutaan ringgit mendapat diskaun ... bukankah lebih afdal jika wang diskaun itu disalurkan utk pembangunan masyarakat miskin di desa ....
umno-pekida.mengapa umno ganas?jawapnnya ialah pekida.khairy-ada rahsia 77.cuba kaji kes seorang penjenyah yang telah di tangkap baru-baru ini atas tuduhan kongsi gelap, pelacuran, dan juga senjata api.berkait benar dengan pekida/77/umno/khairy..kita harus ingat allah bersama kita.takutilah allah.
umno/pekida-annuar!saya abg long pekida negeri melaka.paklah adalah penaung pekida malaysia.pekida-pertubuhan kebajikan dakwah islamiah.memang benar pekida adalah pertubuhan orang melayu.tetapi iana berdaftar.saya ada salinan pelembagaannya.pekida adalah pertubuhan yang menyatukan orang melayu.cuba fikir apakah persatuan orang melayu yang ahlinya terdiri dari semua lapisan masyarakat.dari jahat hingga ke yang baik.kaya hingga ke miskin.pandai hingga ke bodoh.ternama higga ke takde nama.hanya pekida.Memang benar ada yang kejahatan, kemungkaran atau apa-apa lagi keburukan yang dilakukn oleh ahlinya.tetapi.jangan lupa.Abdullah ahmad badawi,Anwar ibrahim, Tuan Guru nik aziz, dan hampir semua menteri besar di dalam malaysia menjawat jawatan tinggi di dalam pekida.saya adalah salah seorang abang long pekida negeri melaka.saya bangkitkan ini semua adalh tujuan untuk menjelaskan apa itu pekida.saya arif tentang pekida.tersurat ataupun tersirat.JIKA MAHU MAKLUMAT LEBIH LANJUT SILA EMAILKAN PADA feckry_85@yahoo.com
Saudara Anuar,
Melayu telah diberi bantuan yang sepenuhnya daripada kerajaan tanpa disekat-sekat.
Polisi Malaysia digubal secara pro-Melayu tanpa memberi sekatan kepada mereka.
Segala bantuan yang dapat diberikan untuk membantu melayu telahpun diberikan dan dihulurkan oleh kerajaan.
Jadi, merujuk kepada topik saudara Anuar "Perjuangan Melayu - perjuangan rasis?"....
Topik blog ini salah, tiada apa yang dapat diperjuangkan Melayu lagi kerana semuanya polisi sudahpun sedia ada untuk Melayu dan memudahkan mereka.
Jadi, tinggal apa lagi yang perlu diperjuang?
Bahasa? bahasa melayu telah pun dijamin dan termaktub dalam perlembagaan. Rata-rata generasi muda Cina/India dll yang lahir selepas tahun 70-an dapat bertutur bahasa kebangsaan dengan baik. siaran-siaran dalam TV 60% adalah bahasa melayu.
Perniagaan? Melayu telah diberi peluang sepenuh-penuhnya. Yang dapat diperjuangkan ialah kuota 100% kepada semua Melayu dalam semua sektor.
Pendidikan? 60% telah termaktub untuk reserve kepada melayu. Yang dapat diperjuangkan ialah 100% kuota untuk Melayu dalam IPT awam. Cina/India yang pandai tetapi miskin dirampas peluang daripada memasuki IPT awam, IPT swata tutup pintu untuk Cina/India miskin...maka jadilah samseng untuk menyara hidup.
pekerjaan? 90% dalam sektor kerajaan ialah Melayu. Yang dapat diperjuangkan ialah 90% peratus kuota juga untuk melayu dalam sektor swasta. Maka, harap-harap lah motorola, seagate, intel, faichild, AMD, Dell, giant, tesco...dll lagi akan mengalu-alukan cadangan itu.
Terima kasih atas satu artikel yang bagus.
Syabas Sdr Anur,
Saya setuju dengan pandangan Sdr. Tetapi sepertimana yang diulas oleh salah seorang dalam blog ini ada benarnya juga.
Berikanlah statistik kedudukan "kemiskinan" Melayu dari segi fizikalnya. Dari segi mental atau rohaninya susah nak di"stistik"kan. Tapi, kita sendiri maklum.
Sdr boleh dapatkan statistik yang diperlukan daripada laporan-laporan RMK9, daripada iklan-iklan pekerjaan, bilangan pekerja-pekerja di syarikat-syarikat bukan Melayu dan antarabangsa, dan sebagainya. Dapatkanlah daripada sumber-sumber yang sahih.
Malangnya acapkali perkara ini diketengahkan kerap kali juga perkara ini dipandang remeh dan diketepikan oleh generasi muda yang "in the hurry" ini.
Mereka berkali-kali minta kita "membuktikannya" scientifically, statistically, etc.
Apakah jadahnya kita berkali-kali memberikan bukti-bukti tersebut kalau mereka tidak mahu dan degil menerimanya?
Sebenarnya, mereka ini buta sejarah dan tak mahu belajar sejarah. Malah kalau boleh sejarah jangan diajar di sekolah-sekolah atau di universiti-universiti kerana ia berlaku sebelum mereka "wujud"/
Mereka lupa bahawa mereka yang membelakangkan sejarah akan melihat sejarah berulang semula.
Hakikatnya, tiada sesipa yang boleh mempertikaikan sekiranya Melayu diber keutamaan ataupun
keistimewaan dalam serba bidang, kerana ia adalah termaktub di dalam perjanjian sosial yang dipersetujui oleh para pejuang kemerdekaan dan penggubal perlembagaan kita.
Malah Britishlah yang bertanggungjawab mengekalkan segala keistimwaan tersebut di dalam perlembagaan. Mereka maklum kedudukan Melayu sebenarnya.
Selagi perjanjian ini belum dipenuhi sepenuhnya, selagi itulah diskrimasi atau affirmative action yang berlaku secara terang-terangan atau secara tersirt tidak boleh dipertikaikan.
Jawapannya, bukan saja terletak kepada apa yang telah disediakan atau dibuat oleh Kerajaan selama ini untuk mempertingkatkan kedudukan Melayu dalam semua bidang, khususnya ekonomi, tetapi yang lebih penting ialah KERJASAMA kaum-kaum lain di negara ini untuk mempastikan ketidakseimbangan-seimbangan yang wujud ini dibantu secara serius dan jujur oleh kaum-kaum lain juga.
Sekiranya Melayu tetap miskin dan melarat di dalam negaranya sendiri, selagi itulah rasa tidak puas hati akan timbul di kalangan mereka.
Memetik kata-kata sakti Tun Ghazali Shafie, "Sekiranya Melayu miskin, bangsa lain kaya, sekiranya Melayu "mengamuk" kerana tidak sama kedudukan dengan kaum-kaum lain, mereka yang mewahlah yang akan rugi.
Melayu tidak akan rugi kerana mereka tidak punya apa-apa."
(Begitulah lebih kuang katanya ketika membicara dan mencari penyelesaian persilisihan kaum akibat daripada rusuhan Mei 13
1969 dalam Majlis MAGERAN, kalau tidak silap saya).
Selagi kaum-kaum lain mengungkit-ungkit dan tidak mahu bekerjasama membantu Melayu supaya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kaum-kaum lain, selagi itulah Melayu tidak akan berhenti memperjuangkan "agenda"nya).
Inilah sebenarnya semangat sebenarnya yang terkandung di dalam perjanjian sosial itu yang perlu difaham dan betul-betul dihayati oleh generasi muda sekarang.
Selagi kita melupakan sejarah, selagi itulah sejarah akan menghantui kita.
Selagi kita mendesak supaya hak-hak istimewa Melayu itu dihapuskan segera, sebelum tiba masanya (yang semestinya memerlukan gembeligan tenaga dan fikiran semua rakyat Malaysia dalam menyelesaikan masalah ketidakseimbangan yang berlaku), selagi itulah agenda Melayu akan terus berkumandang dan diperjuangkan habis-habisan oleh tuanpunya negara Malaysia ini.
Wujudnya negri-negeri bersultan dan beraja membuktikan bahawa negara ini adalah negara Melayu.
Janganlah hendaknya membohongkan sejarah. Janganlah hendaknya membelakangkan perjanjian dan persetujuan yang telah tercapai diantara kaum yang memperjuangkan kemerdekan yang menghasilkan sosial contract itu dibelakang ataupun diketepikan oleh generasi sekarang.
Kalaukalau ia akan membawa pada kepada semua sekiranya kita tidak berwaspada. Nauzubillahminzalik.
mansal
Lets not waste time on none productive arguments. Lets take a good example of Proton.
Proton is not a Malay car it is just controlled by Malay and are majority Malays who work there. For all the Wira Melayu who are sincerely wanted to help the Malay, this is a good chance for you to help Proton to be the next Toyota, pride of your race and your other fellow Malaysian. This is where you can spend your time on truly productive work that create value for the society and country rather that finger pointing or blaming others.
This need hardwork and dedication as well as the willingness to dig into the root cause of the problem,
What are the root causes? Why after years of protection Proton had yet to be able compete with other?
What can be done? How Proton should be evolved to compete in globalization?
Imagine the country had bankrupt and no more money to help Proton, how Proton can survive on its own?
Set a goal, make Proton the next Toyota that had displaced General Motor to become the world largest car producer.
Start your forum or whatever you can, invite other fellow Malaysian you believe can contribute their idea. There are lots more fellow Malaysian who are rational and wanted to see the country success and progress in this highly competitive global economy. The success of Proton will benefit everyone regardless of race.
Just temporary forget about help from government or excuses/blaming others, this will help stimulate creativity, understand market trend, can do spirit, dedication for success, quality, customer oriented, best product and services etc..... this is how other had success and make a different in their life.
You idea may not be accepted..but the value of this activity will make us THINK and INNOVATE solutions!! This is exactly what entrepreneurship is all about.
There are tons of good business books and website that can help. We shall share some next time.
sincerely..
TKR
Malay food is good. Malay chick is pretty and lovely. Hari Raya is also good holidays(bonus holiday for me cause i not malay). Malay friends are nice but all these malay friends of mine get nothing much out of the condition you mentioned. they also know chinese/other races is harder to get to universities and all those 30% and related crazy rules. but these friends of mine get none out of these special money. they dont drive good car and got not much money. They dont hate me as chinese yet they like me as buddy. we live in sarawak and we hate all our natural resources being stripped bare and naked. All these money go to the selfish few in the High Rank keRAJAan Officers who dont care about the future of people and country here. they create condition such as law that making we all fight and hate each other with slogan "perjuangan orang Malay" that make all the races fight each other while they robbing everythig openly without anybody objection because we all too busy bashing each other. So the more we hate each other the more we lost...one day you found out the high ranking KeRAJAan YBYB,tun tan DATO-DATIN, TAN SRI, PAK TINGGI got Big Houses in other countries and live in wealth beyong you day dreaming can achieve then wondering how is the "perjuangan Malay" takes you in your 8am to 430pm job. you only end up hate someone could be you friends and still struggle like shit just to live a better life. dont blame on corruption by this and that....make your vote(undi) right suckers you are the educated Generation and dont believe the empty promise that they going to bring wealth and development to your sorry butt kampung. if you still believe ask your datuk nenek, see how many times they had fooled them. if you still stuck with the story of independent, about how much they care and make malay strong. OPEN your eyes just look at their Houses, cars and etc. ask yourself if they going to give you a free ride, foods and a place to stay in their house over one night. IF not, what make you think they going make your life any easier. Tell you the truth i like malay foods, i think malay can be more tasteful than their foods. Sorry to say i think the leaders just positioned themselves to RAJA us to make themselve filthy rich while making us hating each other.
Bodoh.. Pekida tu la melemahkan melayu.. yang hang bangga sangat jadi abg long pekida ni apehal?
Dalam kuboq kang ada malaikat tanya 'siapa ayahanda kamu'?
atau 'kamu dari ranting mane?'
atau 'berama ramai adik kamu ada?'
xdak..
soklan 1st dia tanya, SIAPA TUHAN KAMU.
melayu leka dengan hal-hal bodoh seperti pekida ni la.. quit being bloodyassholes la melayu.. wake up!!!
Memang Rasis!
You org dah dapat semua - tak cukup lagi ...
You org nak apa lagi?
Nak tengok org bukan Melayu merana sebelum berhenti "membela nasib Melayu" yang ditentukan oleh org Melayu sendiri?
Nak relaks? Nak Bonus? Nak dimanja dan dibelai?
Berapa ramai sangat org melayu yang sanggup bertungkus lumus dan bersaing dengan org lain, sambil mengelakkan kemewahan?
Berapa ramai sangat, yang faham perkataan "etika kerja"?
Jangan merepek lah .....
Habis semua disapu org melayu sendiri, nak perjuangkan hak konon!
Saya bukan jeles- saya boleh berdikari.
Saya bukan tak faham kalau kelebihan diberi pada yg miskin.
Masalahnya, yang kaya boleh dapat semua - yang miskin dan tak berpolitik, dapat kerepek!
ntahnye PEKIDA .. gangster blake~!
hok aku tgknye geng2 pekida neh, biasenye dier tampal sticker PEKIDA kt kerete dia, pahtu dalam kereta dia ade perempuan2 jalang!
Kadang2 aku tgk kerete2 diorang nih parking kt depan pub, disko!
PEKIDA menatang harang mende neh?
pukul org aje keje!
tapi.. nk kabo PEKIDA ni rasis, ade jugok hok geng dgn cine. siap maen judi same-same.
udohlah weih~
hentikanglah!
nk kabo ahli-ahli dier bebudok skoloh, bukang! seme dah besor, ade kepale dan hotok masing-masing!
Assalamualaikum.
Post a Comment
Links to this post:
Create a Link
<< Home