Tuesday, May 15, 2007

Dr Mahathir legasi memanggil kembali?

Mungkin agak menghairankan tetapi mungkin juga ini kerenah politik. Teringat akan kata- kata Prof Hamka dalam bukunya Falsafah Hidup,

.......hendaklah insaf bahawa orang yang diakui berakal hanyalah kerana budinya, bukan pangkatnya. Celaka orang yang disegani kerana zalimi....

Namun kezaliman itu perlu kita definisikan semula. Mungkin kezaliman sudah berubah. Mungkin zalim pada waktu dan pada masa tertentu tetapi tidak pada waktu-waktu lain. Mungkin politik ada jawapannya. Kezaliman itu mungkin dalam kepompong politik perlu agar semua teratur, jalan teratur, jalan berbaris dan lurus berdiri. Tidak kiralah cara pelaksanaannya asalkan lurus mengikut dan sujud menunduk pada kuasa – kuasa pada waktu itu. Mungkin zalim hanya satu cara untuk mendisiplinkan yang ada semua.

Mungkin hakikat kezaliman itu berubah dan tidak celaka kalau kita berasa segan pada yang memperlakukan kezaliman atau mungkin definisi kezaliman yang diberi itu menurut percanggahan hasrat kita. Mungkin Prof Hamka tersilap dalam menghukum situasi lantas falsafah yang diberi sedikit lari dari apa yang beliau katakan.

Apa kena mengena semua ini dengan Dr Mahathir? Bagi yang lupa, mudah lupa dan terlupa Dr Mahathir adalah legasi kezaliman. Ya, zaman 1998, zaman reformasi, zaman gerakan membebaskan Anwar Ibrahim adalah zaman yang paling mencabar untuk UMNO. Waktu itu wujud segala panggilan terhadap Tun Dr Mahathir – Mahazalim, Mahafiraun dan berbagai-bagai maha lagi. Namun Mahathir berdiri juga, teguh dan mengambil keputusan untuk berundur – bukan dipecat tetapi memecat diri sendiri.

Hari pula nampak berbeza. Mungkin zaman-zaman itu tuduhan zalim itu tidak dihalusi dan di kupas secara mendalam. Mungkin definisi atau tuduhan zalim itu adalah kerana ada percanggahan hasrat. Lantas seorang di label zalim oleh orang yang mempunyai percanggahan hasrat dan seorang lagi menuntut dilabel pejuang dari penyokongnya. Namun yang pasti erti kezaliman tergugat dan perlu pengertian semula dalam isu ini.

Hari ini kenyataan-kenyataan yang mengatakan kita merindui kepimpinan Dr Mahathir wujud. Ini sungguh – sungguh kedengaran dan ini bukan satu kenyataan politik hampas membicarakan kain dalam UMNO itu sendiri. Legasi Dr Mahathir menuntut dirinya kembali. Kalau dahulu penentang jalanan 1998 mengharap Dr Mahathir cepat mati, hari ini mereka berdoa agar beliau dipanjangkan usia dan dikurniakan kesihatan kerana ada perjuangan yang belum selesai atau sudah tersimpul dan perlu dileraikan.

Mungkin legasi Mahathir mampu mengubah, mampu membawa balik UMNO kepada jalan yang tepat – memperjuangkan rakyat, memperjuangkan kedaulatan negara dan mempertahankan hak. Hari ini tuntutan menolak Pak Lah sudah kedengaran. Bukan sahaja di luar UMNO tetapi di dalam UMNO. Tuntutan ini tidak kedengaran oleh Pak Lah kerana dalam UMNO masih sedang berbisik atau tidak berani berdepan mengatakan perkara itu tetapi hakikat itu wujud.. Setelah Pak Lah, ada nama lain yang ditentang dalam UMNO. Nama lain itu bukan kepimpinan Timbalan Presiden atau Naib Presiden tetapi satu lagi jawatan penting yang sebelum ini kurang bermakna. Naib Ketua Pemuda UMNO, itu jawatan yang kini hampir pada Pak Lah. Penjawat jawatan inilah yang di tentang oleh beberapa Pemuda yang ada. Namun siapa yang boleh mengatur tentangan ini. Siapa yang boleh menyusun agar secara sistematik kuasa yang kini ada dapat dikendurkan dari terus menjual kedaulatan negara.

Dalam itu nama Mahathir muncul semula. Kritikan beliau semakin pedas dan semakin bersungguh. Mungkin beliau yang boleh menyusun kembali UMNO? Mungkin hari ini beliau sudah tidak zalim lagi atau sebenarnya belum pernah zalim? Ini tidak dapat kita jawab kerana kita ada percanggahan hasrat. Mungkin kali ini Mahathir sahaja yang diharapkan untuk membersihkan semula UMNO atau sebenarnya Mahathir juga ada percanggahan hasrat.

Namun kritikan pedas Mahathir semakin hari semakin diterima. Kritikan beliau semakin hari dikira justifikasi untuk menolak Pak Lah. Adakah kita setuju? Adakah orang – orang Parti Keadilan Rakyat setuju? Adakah PAS dengan pendirian Islam mereka memaafkan Mahathir dan mahu menyertai beliau dalam memastikan keadaan bersih lagi terkawal?

Apa pula kita, rakyat biasa negara Malaysia ini mahukan Mahathir kembali kerana pada Mahathir ada kekuatan untuk menamatkan kuasa politik, kemungkaran yang dikatakan lebih besar- bukan pada individu tetapi pada rakyat terbanyak. Apa kata kita?

27 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Saya tidak nampak keperluan kita menyokong Mahathir. Beliau adalah pencetus segala masalah dan Pak Lah hari ini adalah penerus kepada masalah yang ada.

Bagi saya perbuatan Mahathir terhadap Anwar Ibrahim adalah perbuatan zalim. end of story

1:51 PM  
Anonymous Anonymous said...

keadilan tidak akan bersama Mahathir. Kita bukan macam PAS kita adalah parti generasi baru yang menuntut reformasi. Mahathir adalah sejarah yang tidak patut kita ingat lagi.

Mahathir sudah tidak revelan lagi dalam era ini bahkan Umno juga tidak relevan

1:53 PM  
Anonymous Anonymous said...

bagi aku, "zalim" mahathir kena pada tempatnya. kita gunakan contoh ini. zalimkah kerajaan saudi kerana menghalau berjuta2 orang yang nak tinggal terus di mekah walaupun dah habis visa? ini kena pada tempatnya. kalau saudi tak tegas, dah lama orang ramai pindah sana.

sama juga mahathir. kalau dia tak buat apa yang dia patut buat, dah lama kerajaan hancur. aku suka cara mahathir. kalau orang pikir one step ahead, dia dah pikir 4 steps ahead. slagi dia still hidup, aku harap dia dapat bagi idea bernas utk mesia. nak harap pemimpin lain yang ada dalam umno skang ni, 3 kali punya geration pun tak tentu ada cam mahathir.

9:21 PM  
Anonymous Anonymous said...

Zalim mahathir pada anwar dan zalim pak lah pada rakyat, itukah yg ko maksudkan

1:09 AM  
Anonymous Anonymous said...

kezaliman mahathir untuk kesejahteraan negara. lihat visinya LRT, KLIA, F1 DLL. cuba banding dgn suharto, harta negara habis untuk anak pinak, negara indon terus mundur. HIDUP MAHATHIR

1:37 PM  
Anonymous Anonymous said...

Ianya adalah satu keperluan yang cukup nyata. legasi Dr Mahathir diperlukan lagi. Pak Lah tidak mampu memacu ekonomi negara, membuat keputusan yg bodoh dan paling tidak dapat diterima menjual kepentingan negara kepada singapura. Sebagai rakyat biasa, saya terpukul dan kecewa dengan situasi sekarang, pengangguran berleluasa, harga barang semakin meningkat, iklim ekonomi yang begitu lembap dan tampak tidak bermaya. Adakah Tun Dr Mahathir zalim? Kezaliman beliau dulu mewujudkan suasana ekonomi yg berkembang pesat. Aku merindui mu TDM...

4:15 PM  
Anonymous Anonymous said...

mahathir lah yg menjadikan barah politik wang menjadi lebih parah dlm UMNO...Paklah hanya meneruskan warisan tapi mengikut hawa nafsu dia sendiri..

tak payah dikenang jasa Mahathir kerana pada aku kesusahan dan kesukaran hidup yg dialami rakyat adalah bermula pada Era Mahathir lagi...Malaysia boleh gah dgn KLCC,KLIA dan Litar Sepang....tapi rakyat merana....nak puji kaaa kalo mcm tu...Negara Malaysia tidak perlukan Publisiti mcm tu sbb membazir duit je...cuba contohi sweden ke itali ke ada ke mereka nak bina dan buat benda2 mcm tu...apa ada pada nama lah kalo rakyat merana...

4:31 PM  
Anonymous Anonymous said...

Malaysia mungkin lebih maju jika parti selain UMNO memerintah...skrg ni maju kosmetik je

4:33 PM  
Blogger Unknown said...

Dunia mengakui kehebatan mahathir. Dari ufuk barat ke tumur utara dan selatan menghormatinya. Mana ada rusuhan setiap kali mahathir melawat seantero dunia jika dibandingkan Bush, Blair dan sekutunya. Malahan semua menanti nanti ucapan mahathir..memang dia seorang legasi. Hanya Melayu keparat macam anda diruangan ini yang lupa jasa beliau.

12:01 PM  
Anonymous Anonymous said...

sebenarnya tiada manusia yang sempurna di dunia ini melain nabi muhammad s.a.w bagi seorang muslim. manusia sebagai pemimpin ataupun rakyat biasa akan melakukan kesalahan. namun begitu jasa-jasa dan bakti yang diberikan tidak perlu disembunyikan ataupun dihilangkan serta dinafikan. manusia yang waras tahu menilai kebaikan dan keburukan seseorang itu. sebagai manusia, TDM tidak lari dari kesilapan dan kesalahan tetapi sebagai manusia juga kejayaan dan kebaktian beliau tidak perlu disembunyikan. rakyat malaysia tahu dimana perlu letaknya TDM dimata mereka dan kerana itu rakyat malaysia memberikan sokongan jitu kepada Pak Lah sebagai pemimpin yang ditunjukkan oleh TDM dalam PRU yang lepas.

Namun begitu Paklah semakin merosot prestasinya dan ini diakui oleh TDM sendiri. Jesteru Rakyat mula membuka mata dan menilai dasar2 Paklah yang tampak kurang berkesan untuk kesejahteraan rakyat dan negara kita, malaysia. Bahkan komen2 dari TDM sendiri menyebabkan saya sebagai rakyat malaysia yang kecil ini terus berfikir dan menilai prestasi Paklah.

Sebagai rakyat malaysia yang kecil, saya menyokong legasi TDM, dengan harapan negara malaysia akan terus maju dan berdiri megah dipersada antarabangsa.

3:03 PM  
Anonymous Anonymous said...

Sudah sampai masanya mukris mahathir bangkit dari terus berdiri ditengah tengah jalan. Tak kan mukris tidak percaya apa yang diperjuangkan oleh ayahnya atau pun tidak percaya apa yang ayahnya katakan sebagai kerajaan yang ada adalah kerajaan yang menjual kedaulatan negara.

Tuduhan Mahathir tidak akan jadi konklusif sekiranya anaknya sendiri tidak yakin dan terus berdiam menyokong kerajaan Pak Lah.

Saya minta umno-reform cuba ulas perkara ini. Moga kita dalam Malaysia boleh buat pilihan sama ada mahathir betul atau tidak. common anuar, u selalu tidak bias, minta tanya sikit pasal ini. ok saya tunggu

8:06 PM  
Anonymous Anonymous said...

saya juga tidak nampak keperluan kita menyokong mahathir. dia adalah pencetus segala masalah. kezaliman dia tidak dapat dipadam sampai akhirat selagi dia sendiri tidak menebusnya daripada orang yang dia zalimi.

9:31 PM  
Anonymous Anonymous said...

mahadir zalim pada anuar saorang sahaja.. beliau ada alasan tersendiri berbuat demakian.. tapi pak lah berbuat zalim pada seluruh rakyat malaysia.. jika pak lah terus memimpin negara tunggulah bala yang lebih buruk yang akan di tanggung rakyat..

11:06 PM  
Anonymous Anonymous said...

Saya antara org yang pernah menjadikan ANWAR IBRAHIM sebagai idola sekitar 1998 dan juga menganggap mahathir zalim terhadap anwar. tetapi kini masa menentukan segala-galanya saya tidak boleh lari dari hakikat yang Tun Mahathir berada di landasan yang betul dengan mengutamakan perjuangan bangsa dan negara serta memastikan kedaulatan negara terus di utamakan. Apa yang berlaku hari ini banyak mengubah persepsi saya kepada Anwar Ibrahim, saya mula tertanya mungkinkah saya sebenarnya silap dengan mengagungkan anwar satu ketika dulu. Jelas kini Anwar bukan lagi seorang pejuang yang di harapkan apa yang di lakukan oleh beliau lebih kepada kepentingan peribadi.berbeza pula dengan Tun Mahathir yang jelas terus mempertahankan perjuangan bangsa , agama dan negara.Mungkin dulu perasaan menguasai fikiran dalam membuat keputusan sehingga lupa untuk berfikir secara rasional, tetapi masa telah mematangkan saya dalam membuat keputusan.Semoga Tun Dr Mahathir terus sihat dan berjuang hingga hujung nyawa.Terima kasih Tun Dr Mahathir.

1:50 AM  
Anonymous Anonymous said...

This comment has been removed by a blog administrator.

5:24 AM  
Anonymous Anonymous said...

This comment has been removed by a blog administrator.

5:26 AM  
Anonymous Anonymous said...

This comment has been removed by a blog administrator.

5:29 AM  
Anonymous Anonymous said...

This comment has been removed by a blog administrator.

5:32 AM  
Anonymous Anonymous said...

This comment has been removed by a blog administrator.

5:35 AM  
Anonymous Anonymous said...

Tun M amat diperlukan sekarang
semoga Allah memanjangkan usia Tun..
nak harap kan Najib? Pok Nik?
mimpi di siang hari lah...

3:42 PM  
Anonymous Anonymous said...

Saya pasti anda bersetuju bahawa penulis yang menukar pendapat dan kedudukkan berdasarkan pembayar upahnya adalah dikira manusia munafiq yang lebih hina dari kafirun yang memerangi Islam.

Saya pasti anda bersetuju bahawa manusia yang berpura-pura tetapi sebenarnya dibelakang bersekongkol dan menerima wang habuan perasuah-perasuah dan pemecah amanah serta bersungguh-sungguh menjual agama, bangsa dan tanahair patut di hukum.

12:24 PM  
Anonymous Anonymous said...

PKR PArti Penderhaka kepada Melayu!

12:09 AM  
Anonymous Anonymous said...

assalamualaikum.

saye hidayat. saye merupakan mahasiswa yg sdang blajar di universiti trkemuka di malaysia. sudah lame sy mngikuti kerosakan yg brlaku dlm pentadbiran PM pada mase ini. Sy sngt sedih dh sngt kecewa dgn pembawakan imej yg bersih dr Pak Lah gagal di terapkn ke dlm pentadbirannye. Sy sbg mahasiswa sngt risau akan masa dpan negare yg sy sngt sayangi n sngt sy cintai iatu negare kita ini.Sy tdak mahu ngare kte trjerumus ke dlm lembah kemesotan ekonomi n kurangnye kemajuan n hilangnye kedaulatan ngare kite dek perilaku rasuah yg sngt brleluase di dalam pntadbiran yg di atur oleh khairy jamaludin pade mase ini. Sy tdak mahu malaysia hilang kdaulatan dek kerakusan hawa nafsu seorng insan brname khairy jamaludin. Sy yg mnjadikan Tun Dr Mahathir sbg idola sy amat brharap Tun dpt melakukan sesuatu trhadap kpincngn didalam kerajaan pada masa ini. Sudah tiba masenye UMNO kembali kpd track yg asal dan di kemudi oleh orng yg sngt mnyayangi negara , agama, dan bangsa kite, MELAYU. Sy tdak mahu mase dpan sy kabur dek kerana kerakusanhawa nafsu org lain.

HIDUP MELAYU!!
HIDUP UMNO!!
HIDUP MAHATHIR!!

semoga ALLAH merestui prjuangan yg suci ini.

semat mnyambut ramadhan al-mubarak.

11:37 PM  
Anonymous Anonymous said...

we need the kapten that know how to threat n beat up our enemy. we need u TUN DR MAHATHIR AS OUR KAPTEN. if u feel u dont wanna be, then u must be our coach. THAT UR RESPONSBILITY TUN.

11:44 PM  
Anonymous Anonymous said...

halo firaun jangan sokong mukris nanti ramai org masuk jel.dia macam abah dia lebih... mautla lu nak salahkan PM konon ayah kau punya keje .kau balunla ayah kau pulak kau ingat ayah kau bagus sangat ayah kau memang zalim.tu pasal dia lambat mati.pasal tuhan masih beri ruang untuk bertaubat.bertuabatla jgn bertaubuat.masih ada harapan lagi berhentila buat keje bodoh.SAYA NAK BAGITAU KAU.KAU TIDAK LAYAK JADI KETUA PEMUDA MALAYSIA.KJ YG SESUAI JADI KETUA PEMUDA MALAYSIA

5:07 PM  
Anonymous Anonymous said...

Kezaliman adalah kezaliman. Tidak ada kompromi untuk perkara yang terang-terangan bercanggah dengan hukum alam atau hukum manusia. Kezaliman TUN bukan sekadar kepada anwar tetapi kepada rakyat MALAYSIA apabila beliau menempelak razaleigh dan musa hitam, memecat salleh abas sekaligus meletakkan bidang kuasa perundangan di bawah kuasa pemerintah. Membenarkan mufti dipecat oleh kerana perkara yang amat remeh dan yang paling ketara meletakkan orang bukan Islam menguasai bidang telekomunikasi dan satelit. 1998 hanyalah penyudah kepada legasi yang terlalu berlandaskan logika tanpa mengambil kira pandangan dari orang lain. Jika TUN boleh berfikir seperti yang dikatakan adakah tidak mungkin beliau mengetahui rizab Petronas akan tidak ada lagi pada awal abad ke 21 ataupun perletakan jawatannya adalah langkah terakhir beliau dengan memilih karektor paling lemah dalam majlis tertinggi untuk menutup kelemahan polisi beliau yang lampau. TDM memang politikus hebat kerana antara langkah awal yang diambil selepas bersara adalah berjumpa soros yang diutarakan dari mulutnya sendiri sebagai dalang kejatuhan matawang asia.

7:14 PM  
Blogger nizam said...

Silap2 mamat yang send anti MAHATHIR ,mase belajar dulu hasil usha tun.kalau x umno (time tun memerintah)kau sekarang tengah panjat kelapeke,jadi buruh kasar kat negara orang..biasalah kacang lupe kan kulit....nanti kau dah tue..anak kau ingat mase kau tampa die..mase kau bagi die makan haram die nak ingat...(renung dalam2)

12:07 PM  

Post a Comment

<< Home