Monday, July 02, 2007

Deklarasi komponen Barisan Nasional



MCA dan Gerakan perlu memperbaharui deklarasi menyokong hak-hak keistimewaan yang diperuntukkan untuk orang Melayu, Bumiputera serta tidak mempersoalkan Agama Islam sebagai agama utama Malaysia


“Kaum Cina nampaknya tidak berpecah. Walaupun mereka mempunyai tiga atau lebih parti politik, mereka bersatu apabila menghadapi kepentingan bahasa, pendidikan, ekonomi dan kepentingan politik mereka"
- Tengku Razaleigh Hamzah

Dan kita hari ini kita masih membahaskan mengenai ketuanan Melayu dan UMNO parti unggul yang membicarakan arah tuju perjuangan dengan Agenda Melayu sebagai keutamaan perjuangan mereka. Namun kenyataan Ku Li yang mengatakan bahawa Cina di Malaysia tidak berpecah biarpun berlainan agenda politik, menaikkan kening kita. Adakah Malaysia Chinese Association bersetuju dengan Democratic Action Party bila isu adalah mengenai Malaysia Malaysian sedang UMNO dan PAS bertelagah mengenai Agama Islam.

Adakah perhubungan dalam Barisan Nasional sebenarnya tidak begitu intim dan bila isu adalah mengenai kepentingan kaum dan bangsa,mungkin dalam Barisan Nasional sendiri ada perbezaan pendapat. Mungkin juga bila perjuangan itu adalah mengenai bangsa Cina mala mereka dalam BN lebih cenderung kepada parti ekstremis perkauman seperti DAP.

Mungkin komponen Barisan Nasional khususnya MCA dan Gerakan perlu membuat ketetapan besar-besaran untuk menyokong semula kontrak sosial dan mengakui hak-hak kepentingan Melayu seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan. Adakah mereka mampu melakukan deklarasi tersebut untuk sekali lagi memberitahu kepada rakyat Malaysia bahawa mereka selaku komponen dalam BN bersetuju dan mengakui hak-hak yang sepatutnya ada untuk bumiputera dan juga mengenai agama Islam yang tidak boleh mereka persoalkan.

Mungkin mereka dalam komponen BN itu tidak mampu berbuat demikian. Mereka komponen dalam BN seperti MCA dan Gerakan hanya terpisah dari segi wadah politik tetapi agenda bangsa mereka serupa tidak seperti parti-parti politik Melayu yang terbelah dan tidak nampak tanda-tanda persefahaman biarpun dalam isu bangsa Melayu dan Agama Islam itu sendiri.

Mungkin kerana itu juga Melayu masih ketinggalan, kerana dari semua sudut Melayu dicabar baik ekonomi, sosial, politik mahupun agama. Cabaran ini mengalih pandangan kita pada matlamat untuk memajukan Melayu itu sendiri. Siapa salah, UMNO atau Melayu sendiri? Akhirnya Melayu harus bangkit, sedar dan ringan mulut dalam membicarakan mengenai Melayu. Mereka harus mula berani mempersoalkan kepimpinan dan seharusnya mula menolak kepimpinan yang nampak serong. Itu keberanian yang perlu ada. Kita sepatutnya mula berani melihat, meneliti dan menyedari apa tindakan yang harus diambil bila berdepan dengan kepimpinan yang nampak korup dan memang korup. Kita harus mula menyedarkan diri kita dalam bahawa sekiranya kita leka maka yang akan naik adalah mereka yang mempunyai kepentingan peribadi dan akhirnya Melayu sendiri dilelong. Mungkin ini masanya untuk kita berkata pada Pak Lah, gunakan peluang YAB untuk mula memilih wakil-wakil UMNO untuk mewakili rakyat dan bukan kepentingan politik. Pak Lah harus memulakan. Adakah Pak Lah berani melakukan perubahan – ini peluang terakhir sebelum Melayu terus layu tersungkur di bumi sendiri.

Adakah Pak Lah mampu melakukan – sama-sama kita lihat.

13 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Betul tu, MCA dan Gerakan kalau berani buat deklarasi semula sokong hak keistimewaan orang Melayu atau sebenarnya MCA Gerakan hanya menyorok belakang UMNO tapi shake hand dengan DAP

9:39 PM  
Anonymous Anonymous said...

Kalau ada niat yang ikhlas untuk memperbaiki bangsa Melayu itu, memanglah bagus. Tetapi jangan mempergunakan bangsa-bangsa lain untuk memperjuangkan agenda anda.

Pergjuangan anda itu perlu ikhlas dan berteraskan keadilan dan kesaksamaan. Jikalau hendak memperalatkan sentimen bangsa untuk mengapi-apikan semangat Melayu, itu adalah tidak bertanggung jawab dan jangan harap perjuangan sebegini akan direstui oleh tuhan atau pun dari orang-orang Melayu sendiri yang ada hati yang mulia dan mereka yang berprinsipkan keadilan.

1:08 PM  
Anonymous Anonymous said...

Cina tatak berani buatlah deklarasi untuk menunjukkan sokongan tidak berbelah bagi kepada Pak Laj

11:28 PM  
Anonymous Anonymous said...

Saya setuju dengan desakan artikel ini untuk komponen BN seperti MCA dan Gerakan mengulangi deklarasi mereka menyokong Barisan Nasional dengan akur kepada hak-hak keistimewaan Melayu serta Agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

Setakat ini MCA dan Gerakan hanya berada di bawah panji-panji UMNO tetapi seakan bersetuju dengan DAP khususnya dalam soal Malaysian Malaysia

1:08 PM  
Anonymous Anonymous said...

Bukan nak ungkit benda lama tapi hakikatnya bangsa cina tak boleh dipercayai! Tapi yang lebih menyedihkan bangsa melayu sendiri yang masih tak sedar! Sibuk dengan hiburan & jadi mat rempit! Sesapa tak setuju terpulang tapi inilah hakikat bangsa melayu sekarang!

3:48 AM  
Blogger Pisang Balak said...

This comment has been removed by the author.

10:15 AM  
Blogger Pisang Balak said...

Kita tidak berfikiran rasional. Setelah 50 tahun melaungkan "Merdeka" kita masih takut pada kaum lain tetapi "syok sendiri" melaungkan "Ketuanan Melayu". Apa ada pada ketuanan melayu kalau melayu jadi layu tetapi bercakap tentang ketuanan melayu. Kalau nak jadi tuan, kena jadi kuat dan mampu berdiri tanpa tongkat. Tongkat tak berani lepas, tak berani nak bersaing dan tak berani keluar dari kepompong tetapi kita bercakap tentang ketuanan melayu. Kita hanya nak menjajah india sama cina (walau pun sama warganegara) kerana takut ketuanan melayu hilang tapi depa berusaha keras supaya tak bergantung kepada sesiapa. Bila susah depa dapat berdiri tetapi melayu pula jadi layu lepas itu menyalahkan Kerajaan kononnya tidak membantu bumiputera. Paling teruk kemudian membangkitkan isu perkauman tetapi yang mengaut keuntungan ialah barua-barua yang pandai kipas dalam UMNO. Kita patut sedar diri.

10:18 AM  
Anonymous Anonymous said...

Teringat pengajaran seorang pakcik muslim. Islam mengatakan jikalau kita ada harta kita harus menjaganya dengan baik supaya ia kekal lama. Sebaliknya jika kita berilmu ia akan menjaga kita seumur hidup. Orang2 Melayu hanya suka mengatakan bangsa lain tamak haloba. Tapi tepuk dada tanya selera dulu, siapa yang lebih tamakkan kebendaaan itu ? Adakah diri sendiri begitu suci ? Ilmu yang akan menjamin awak seumur hidup, wahai sedarlah saudara2 sekalian.

2:07 PM  
Anonymous Anonymous said...

wei artikel ini minta Cina dalam barisan nasional membuat deklarasi sokongan mengenai hak keistimewaan orang Melayu dan Islam, tapi kenapa hangpa dok bantai melayu aje. Sambil itu Cina dok gumbira mengaut hasil dari persengketaan kita.

3:40 PM  
Anonymous Anonymous said...

Deklarasi apa gunanya. syok sendiri saja. tak matang langsung. Nak orang respect buatlah cara yang orang boleh respect.

9:46 PM  
Anonymous Anonymous said...

Jangan mengapi-apikan semangat bangsa, jangan menyalahkan bangsa lain,secara terbuka lihat kembali pada masaalah pokoknya, apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh orang MELAYU khasnya UMNO yg diberi amanah. Anda boleh lebih-lebih berkompromi dengan bangsa lain untuk kuasa, wang dan kemewahan, andalah juga terlebih-lebih untuk menekan pihak yang sebangsa dan seagama dengan anda tanpa memikirkan nasib keseluruhan rakyat dan tanahair anda. Sekarang hampir 50 tahun Merdeka, betapa malangnya nasib bangsa yang dibuai dengan agenda-agenda besar pemimpin UMNO yang masih lagi menjual slogan hak keistimewaan Melayu. Sebenarnya hak keistimewaan ini adalah hak yang dicipta untuk pemimpin UMNO sahaja. Apakah yang anak cucu kita akan hadapi 50 tahun lagi... masih adakah lagi Johor, k.l, Selangor, P.Pinang, Melaka dan negeri lain untuk Melayu...fikir fikirkan lah.

Dunia jam 10.

1:46 AM  
Anonymous Anonymous said...

Mungkin kita harini MELAYU sebenarnya lemah.. kita tidak ada kepimpinan yang hebat! Kita lihat bagaimana sirah rasulullah s.a.w ketika mana baginda mentadbir negara. Orang bukan muslim pun ada dalam negara yang ditadbir baginda, tetapi bagaimana baginda mampu menguruskna semua itu dengan baik?? Malahan negara yang ditadbir baginda secara terangan memang negara yang ditadbir urus mengikut cara ISLAM! Baginda sendiri beragama ISLAM! Saya bukan memihak pada mana mana parti islam, malahan saya masih lagi seorang mahasiswa. Ini pandangan peribadi saya. Jika mahu melihat negara MALAYSIA yang kita sayang ini terus maju dalam acuan kita, di bawah pimpinan seorang yang beragama ISLAM kerna kita sebuah nagara ISLAM maka kita harus kembali pada isu isu fundamnetal dalam agama kita. Saya tidak bermaksud UMNO harus serahkan semua pada PAS atau apa saja. Apa yang saya maksudkan, sudah cukup lama MELAYU ISLAM kita berpecah belah! Berpuak - puak,parti tu, parti ini sebagainya. Sedih! Kita bertikam lidah sana sini, tapi kita sedar atau tidak itu adalah mereka yang seagama dengan kita, sebangsa dengan kita! ISLAM sama ISLAM, MELAYU sama MELAYU! Apa ini semua?? Akhirnya tergadai maruah negara pada mereka mereka yang sentiasa menantikan peluang bila sama sama kita sudah pecah belah, sudah musnah. Ini adalah masa untuk kita duduk dan fikir sama sama, tak kira siapa kamu, asalkan kamu seagama, sebangsa yang mempunyai niat yang sama untuk pertahankan TANAH MELAYU tercinta ini, marilah, kita usaha dan fikirkan cara. Kita rujuk kembali sirah rasulullah. Kita sudah ada panduan dalam mengurus semua perkara tetapi kita sering kali terlupa untuk rujuk pada nya. Al-Quran! Lengkap, semua sudah ada. Tolonglah, jika ingin lihat MALAYSIA ini masih lagi sebuah negara yang ketuanan nya MELAYU, bangunlah! Kita sama sama usaha! Dalam perlembagaan negar kita MELAYU didefinasikan sebagai ISLAM. Jadi bila saya sebut MELAYU maka ia merujuk juga pada ISLAM. Sekian
dan maaf jika pandangan anak muda yang cetek ilmunya ini salah atau tidak relevan.

12:49 PM  
Anonymous Anonymous said...

Memang betul Malaysia for Malaysian tetapi Malaysia bukan negara secular dan tak mungkin jadi negera secular sebab semua raayatnya percaya kepada ketuhanan walaupun berlainan ugama. Kalau orang Melayu mahu menjadikan Malaysia sebagia negeran Islam maka mereka mesti dahulu menjadi orang Islam yang tulin. Untuk menjadi Islam tulin kita kena kembali kepada ajaran AlQuran terlebih dahulu dan jadikan keperibadian Nabi Muhammad sebagai contoh keperibadian kita. Juga jauhi dari perpecahan sesama sendiri.

4:12 PM  

Post a Comment

<< Home