Thursday, April 12, 2007

Anwar - kerajaan gagal

Hakikatnya kata, Anwar Ibrahim - Perhubungan antara kaum di Malaysia adalah TIDAK BAIK.

Klik Sini
(ceramah Anwar Jamuan Keadilan)



Kita perlu dengar ceramah Anwar, Majlis Makan Malaysia Keadilan Batu. Kita dengar dan kita buat analisa sendiri mengenai beberapa tuduhan beliau terhadap rasuah Menteri Barisan Nasional - Menteri Barisan Nasional mempunyai nilai ratusan juta kata beliau.
Beliau juga menyentuh mengenai Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris serta gesaan beliau agar "NAJIB DISIASAT" Kita dengar dengan fikiran terbuka. Kita mendengar laungan Anwar yang mahukan hak sama rata antara Melayu, Cina dan India. Anwar hari ini mengatakan bahawa "Hubungan antara kaum di MALAYSIA TIDAK BAIK". Kita dengar juga raungan Bekas Timbalan Perdana Menteri membelasah beberapa dasar - dasar yang dibuat oleh kerajaan yang juga turut ada sewaktu beliau memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri. Beliau tidak dipecat kerana menentang dasar - dasar korup kerajaan tetapi dipecat kerana persengketaan dengan Tun Dr Mahathir Mohamed.
Kita percaya ada beberapa isu yang dibawa oleh beliau mempunyai kebenaran tetapi ada pula beberapa isu yang dibawa adalah isu yang beliau sendiri tidak perjuangkan sewaktu dalam UMNO. Apa yang nampak adalah sikap kepimpinan Melayu - nampaknya menggunakan isu untuk mendapatkan kuasa. Ini adalah pertentangan mendapatkan kuasa dan pengaruh adalah mekanismanya.
Apa pun diskusi untuk penghujahan yang dibawa oleh Anwar adalah penting kerana salah satu isu yang bagi saya nampak berat adalah isu perhubungan kaum.




16 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Apa nak hairan dengan Anwar Ibrahim ini. Dia politician. Macam tulah gaya dia. Cakap berdegar - degar tapi semuanya adalah untuk diri sendiri.

Sebenarnya kepimpinan berasaskan UMNO akan terpalit dengan najis UMNO. Hari ini Anwar macam nak jadi champion semua kaum. Kaum sendiri tak terjaga mahu hapuskan dasar ekonomi baru. Sungguhpun aku teramat benci pada umno tapi jangan bagi lebih peluang pada bangsa lain. Dahulukan kita kerana British mendahulukan mereka hampir 30 tahun dari kita.

Jangan cuba nak jadi hero berbagai kaum.

2:22 PM  
Anonymous Anonymous said...

komen yg diberikan salah sama sekali. Bukan bangsa lain yang mendahului bangsa melayu dgn sendirinya tp bangsa melayu sendiri yg memberi peluang kepada bangsa lain untuk lebih maju dari kita. Apa logiknya, UMNO yg diterajui bangsa melayu dan org islam yg menjadi pemerintah selama berpuluh tahun di muak bumi malaysia ini tetapi bangsa lain yg menjadi jutawan. sebut sahaja senarai org yg terkaya di malaysia, berapa kerat sgt nama melayu.yang ada pun nama melayu yg menjadi kroni.cuma 1 nama je iaitu pengasas bersama air asia iaitu kamarudin meranun.orang mcm dia mmg dihormati kerana berjaya dgn cara usaha sendiri.tp kita tgk di luar sana, tanah2 org melayu sapa yg ambik dan jual kpd bangsa lain. rumah2 setinggan org melayu, sapa yg robohkan dan beri kpd developer bangsa lain. Lot2 perniagaan yg dibuat untuk bangsa melayu tp siapa yg jual dan beri kpd bangsa lain.DEB hanya mengkayakan bangsa melayu UMNO dan bukannya bangsa melayu keseluruhannya. Brp org melayu yg masih merempat di muka bumi sendiri? sedangkan pemerintah terdiri dr bangsa melayu, tp kenapa bangsa melayu masih mundur? jawapannya ialah kerana bangsa melayu sendiri yg menjual hak dan keistimewaan bangsa sendiri. Tetapi di Malaysia ini,kita adalah penduduk yg terdiri dr berbilang kaum. itulah adalah hakikat.Sebenarnya bangsa lain tau akan kedudukan kita sebagai kaum majoriti. Mereka akui pemerintah,PM, Sultan adalah org melayu yang beragama Islam. Itu adalah hakikat. Kita jangan risau akan kedudukan bangsa melayu.Kaum lain mengakuinya.yg cuma diminta adalah keseimbangan antara kaum.UMNO sendiri tanpa MCA(Cina), MIC(India),Gerakan(Cina),PPP(India)
pun tidak dpt memerintah negara.Kalau ingin dikatakan UMNO membela melayu..kenapa tak UMNO saje yg masuk bertanding tanpa gabungan BN.tapi mereka pun tau hakikatnya tanpa BN mereka tak kemana.Membela bangsa melayu adalah retorik semata-mata dari pemimpin UMNO padahal mereka yang kaya raya dan ramai lagi anak bangsa melayu yg merempat dan miskin.

4:53 PM  
Anonymous Anonymous said...

Isu membela bangsa Melayu perlu sebagaimana bangsa lain menuntut apa yang mereka mahu.

Kita tidak boleh menafikan kekuatan ekonomi bangsa lain membeli beberapa kerat kepimpinan Melayu adalah punca segala ini. DEB itu adalah satu dasar yang baik dan selama 30 tahun kesedaran di bentuk bahawa kekuatan perpaduan adalah kerana wujud kedudukan ekonomi yang agak selesa.

Bila dikatakan bahawa tuntutan sama rata kaum lain persoalan wujud siapa yang sepatutnya menuntut kesamarataan. BAgi saya orang - orang Melayu patut bangkit agar kedudukan ekonomi mereka "on Par" dengan bangsa lain.

Kita tidak mahu kesalahan dan kesialan beberapa kerat kepimpinan Melayu itu menjadi bala kepada keseluruhan melayu.

Kita perlu menuntut seperti mana bangsa lain menuntut khususnya untuk memartabatkan bangsa ibunda mereka, menolak sekolah wawasan yang cuba untuk meng - intergrasikan perhubungan sesama kaum. Malah mereka tetap dengan budaya menuntut seperti menuntut KEBEBASAN AGAMA SECARA MUTLAK ~ tanpa mengira sensitiviti Islam sebagai Agama Persekutuan dan lanjutan dari itu adalah campur tangan dalam isu murtad dan cubaan membawa berunding hukum - hukum yang di letakan oleh ALLAH SWT.

Saya percaya sekiranya bangsa lain menuntut kesamarataan yang total ianya secara relatif akan menajdikan bangsa lain khususnya Cina mendapat keutamaan serta advantages yang melebihi bangsa kita.

Benar kita harus berusaha tetapi setakat mereka sedang memegang kekukuhan ekonomi dengan bantuan - bantuan asas tertentu dari penjajah maka kita perlu menjaga hak kita. Keadilan bukan bererti pembahagian yang adil dari segi kuantitatif tetapi lebih kepada kualitatif.

Kita tidak boleh meninggalkan apa yang kita ada atas konon - kononnya keadilan - kelak kita juga rugi.

Kita pertahankan dan apabila benar kita sudah maju - MElayu sudah maju maka kelak akan kita cerita bagaimana kesamarataan dapat memberi impak kebaikan seluruh negara.

Ingat adanya DEB kita gagal ini pula tak de DEB.

10:26 AM  
Anonymous Anonymous said...

sebelum menuduh, baca dulu dokumen tentang NEP(national economic Agenda). boleh download dari www.anwaribrahimblog.com. apa guna DEB kalau yang dapat faedah nya kroni2 ketua umno bhgian je. ni bkn menuduh, semua orang tau.. kalau tak membodek org2 atas umno bahagian, jgn harap la akan dapat apa2.. kepada en anuar, elok sedara perbetulkan fakta. sedara pun mesti tau sejarah, klu bkn anwar, mahathir dah kalah kat tengku Razaleigh dulu.. ni fakta, org tak belajar dari sejarah je yang akan ulang benda yang sama..

10:59 AM  
Anonymous Anonymous said...

Aku kadang ketawa tengok kalau org pro anwar bercerita. Kat sini kita melihat beberapa perkara penting khusus survival Melayu. Tapi yg dibincangkan oleh org pro anwar ialah org tahu sejarah dan tidak tahu sejarah.

Bagi aku kabar sini kat cek ni, baca National Ekonomic Plan ka baca Dasar Ekonomi Baru ka, semuanya kalau tak den keikhlasan pemimpin memang tak pi mana.

Anwar Ibrahim pun dtg dari lubuk yang sama, apa ko ingat dia tak tahu sejarah...lebih dari itu dia pun buat sejarah yang serupa dok tenyeh buat org dia sahaja. Sekarang bukan TPM pun buat lagu sama.

Ini bukan cite kosong, Anwar dtg dari sejarah yang sama. Untuk pengetahuan cek, aku pun antara dungu yg pi dok sokong Anwar, tapi aku tak nyesal. Yang aku sesal ialah bila dia dok kuar penajra macam - macam janji tapi last - last dia buat keadilan macam bapak dia punya.

Cek pro Anwar,

Dah le tu cek, cek pi sokong PAS lagi betul. Anwar itu nama aje fighter tapi tak lebih dari politician biasa. Hari ini dia bising la sikit pasal dah tercampak , Kalu dok fikir masa dia dlm kerajaan, uiii mak, senyap dan sokong aje. Raja dan Sultan pun berani diperhambatkan. Skrg hang pulak pun turn kena

2:37 PM  
Anonymous Anonymous said...

yahoo, ko jgnla berlakon konon sokong anwar, aku jelek la dgr.. ko umno, bangang xleh nak berfikir.. asyik2 survival melayu.. aku pun orng melayu, tapi bleh pikir lagi.. hak istimewa dah terjamin, apa nak risau.. cuba pikir apa faedah DEB? berapa orang yang dapat faedah DEB? orang Melayu ramai lagi yang miskin.. ko tau tak? dari gaya ko ni, aku tau la ko mesti kroni2 yang selalu kipas ketua2 bhg ni.. jgn berlakonla.. getik aku baca tulisan ko.. jangan takut tak bertempat.. kita kene naikkan bangsa kita, tp bkn dgn umno penipu.. DEB gagal, kita kene terima benda tu. klu berpandukan setakat 2 3 orang yang kaya, tu la antara gagalnya DEB.. rasuah yang banyakk ekonomi tak ok sekarang.. mana Malaysia nak dibandingkan Thailand or Vietnam skrg? pelaburan asing dua2 negara jauh mengatasi malaysia.. yahoo, ko tau tak ni? ko ni jangan jadi bodoh sokong membabi buta.. kita kene pandu pada fakta.. jgn retorik je cakap nak membela bangsa la, menjadikan melayu gagahla,melayu glokal la, tu suma mengarut n retorik je.. cuba try dulu, baru betul.. skrag umno berkuasa, kt tgk tak berapa baik.. cuba kita bg anwar ibrahim jd PM, kita tgk apa yang dia buat.. ni negara demokrasi la, apa pasal ko takut tak tentu arah ni? aku kesian tgk ko, tak leh nak berfikir.. ni la bezanya mekayu n cina, melayu lemah nak fikir baik dan buruk.. yahoo, fikir2kan pilihan umno ko tu, jgn berlakonla ko penyokong BA, rimas aku baca tulisan ko ni.. macam budak kecik yang tak reti fikir. ko sibuk mati-matian, tapi menteri2 sibuk kumpul kekayaan.. jagn lupa, bukti kat polis n BPR banyak dah bagi pasal rasuah rafidah aziz contohnya, tapi tindakan takde.. ko mesti tak tau kan berita ni.. org atas umno cakap Anwar Ibrahim kaki rasuah, so mana buktinya? yahoo, kesian aku tgk ko.. BERUBAHLA...

10:11 PM  
Anonymous Anonymous said...

saudara semua....
matlamat DEB apa ? iaitu untuk membasmi kemiskinan dan susun semula masyarakat. Adakah matlamat ini tercapai ? kita kena sedar bahawa DEB telah tamat tempoh perlaksanaan 1970 ~ 1990 , sepatutnya kerajaan semak semula perlaksanaan DEB...sama spt anwar cakap...review semula...apakah betul melayu masih gagal ? sehinggakan DEB masih dipertahankan ? melayu perlu berubah kepada yang lebih baik, berkualiti....dan hebat dalam akidah islamnya...
adakah melayu perlu bergantung kepada DEB sampai akhir hayat ? kita perlu sesuatu yang baru sekiranya terbukti yang lama rosak atau gagal...
wassalam...

5:53 PM  
Anonymous Anonymous said...

Malaysia adalah negara komunis terkawal!!

9:11 PM  
Anonymous Anonymous said...

tak payah la nak berbalah je....yg palat tetap UMNO....memperjuangkan nasib melayu konon ...pirahhhhh....

aku bukannya pro Anwar...tetapi bagi aku dia tu lebih berkarisma dan berkaliber berbanding pemimpin2 UMNO yg lain yg PR mereka lintang pukang dan cakap mcm org nyayuk...org melayu patut ada org yg mcm Anwar ni....Org2 yg pro UMNO terutamanya yg junior2 ni haprak je...main sokong membuta tuli atau paling tidak pun sokong sbb faedah2 tertentu je...lain kali kaji skit latar belakang Anwar dulu...

aku sedih sbb masih ramai org nak sokong UMNO yg jelas sudah parah!!!!!!

tiada kerajaan dlm dunia ni kekal abadi..sejarah kekuatan kerajaan ROM pun berlalu begitu sahaja..inikan pula UMNO...hanya menunggu masa aje...maybe selepas 50 tahun merdeka je kot pastu expired lah hahahaha...mudah-mudahan

4:52 PM  
Anonymous Anonymous said...

hehe..
lihatlah.. pertikaian lidah, idea sesama kita yg seagama dan sebangsa!
jgn kita nk bincang berdegar degar sana sini.. itu x betul... ini x betul.. abis apa yg betul.. yg betul kita sama sama islam sama sama melayu dok asyik gaduh sama sama kita..

sudah dok kt situ la kita tak kemana.. orang lain da sampai bulan.. kita doa cakap cakap kosong lagi.. kau ni x guna la, kau ni menipu la..

its time for us to seat togheter at find for solutions.. nobody is perfect cause perfection belongs to Allah s.w.t.. but we still can discuss togheter and correct each other in a good manners..

jadilah seorang yg benar2 ikhlas berjuang kerna cintakan agama, bangsa dan tanah air kita.. x kemana kita jika asyik bertikam lidah sama sama kita..

kau islam aku pun islam, kau melayu aku pun melayu.. jadi perbezaan kita?? tidak ada!! kita sama cuma idea dan pendapat berbeza, itu saja.. bukanya masalah pun bahkan lagi baik utk terus maju jika idea2 ini kita ambil yg terbaik demi membela agama bangsa dan negara!

cukuplah sahabat2 semua! berhenti berikam lidah sama2 kita!

BERSATULAH dalam membela nasib ISLAM, MELAYU dan NEGARA TANAH MELAYU INI!!!

1:44 AM  
Anonymous Anonymous said...

salam..buat saudara2 yang memberi komen.samaada yang pro anuar atau tidak.Melayu semakin lama semakin lemah atas sikap sebahagian bangsa melayu yang lemah dalam berfikir dan tidak mustahil aka ditindas oleh bangsa yang pada awalnya hanya menjadi buruh dan menjadi kerakyatan atas keizinan bangsa melayu itu sendiri.Pada zahirnya kita menyaksikan melayu ditimah dan didodoi sehingga melentok ke kanan dan kekiri tanpa menyedari orang mendodoikannya itu bukanlah sebagai penyelamat.Kerana sikap yakin tanpa berfikir,'die' lalai dan terus lalai pada kelebihan dan keuntungan yang diberikan.Persoalannya sampai bilakah 'die' ingin terus didodoi sedemikian?Maaf jika sebahagian mereka 'terasa' dengan komen ini,memang nak bagi rasa.Kalau tidak,sampai bila duduk lena?Berbalik pada tajuk Anuar dan Dr.Mahathir,walaupun anura itu sendiri telah melakukan beberapa kesilapan selepas keluar dari penjara,tapi namanya tetap gah dimata negara Arab yang kaya seperti Qatar,Kuwait,UAE,bahrain dan lain-lain lagi.2 tahu saya menetap di egypt..kebanyakan mereka ramai yang mengenali Anwar berbanding mahathir.NAk kata apa,anwar sebenarnya mempunyai ciri2 dan daya kepimpinan yang mantap dan wajar dibawa ketengah-tengah negara dan dipamerkan.Tapi atas sikap cemburu dan rasa tergugat dengan kedudukan yang semakin mendapat tempat dihatai rakya.Lantas di 'taburkan' fitnah yang bukan2 terhadapnya.Untuk menjadaika sesebuah negara itu.memerlukan seseorang yang mempunyai daya pengurusan ekonomi seperti anwar.Tidak dinafikan UMNO juga banyak 'membantu' melayu dalam mengukuhkannya dalam 'kerusi' disebuah rumah yang mempunyai pelbagai bangsa dan agama.Antara lagi sebab mengapa Melayu kini semakin dipandang rendah dan tidak setaraf,dalah kerana mereka tidak meletakkan Allah didalam hati mereka pada tangga yang pertaa.Menjadi hamba pada nafsu yang semakin bermaharaja lela.Allah berfirman."ingatilah aku,aka aku aka mengingati kamu". Jika solat subh diwaktu pagi hanya ada imam dan bilal di masjid,tidak memakmurkan rumah2 Allah yang dibina,apakah akan memperolahi keberkatan disana?Hanya menunggu janji2 Allah yang akan membinasakn oran yang mengaku sebagai Islam tetapi rukun islam sendiri tidak tahu.kalau tahu pon.ter gagap2 dan susunan tidak tepat.Ketahuilah,Islam itu ada istilah yang dinamakn 'istidraj' yang mana Allah memberi kemewahan pada seseorang bagi menyesatkan lagi erana ia memilih utk kesesatan.sedarlah wahai saudara2ku..menjaga solat itu amat penting.dan menjadikan negara yang diperintah oleh khalifah islamiyyah.sekian sahaja
(syafM20malaysia)

5:47 AM  
Anonymous Anonymous said...

Sebut pasal keajaan gagal saya terfikir.apakah penyebabnya ia menjadi gagal???disini ada 1 suara yang harus dibaca oleh semua.sila fikir2kan......
Isu Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Islam’ mula diperkatakan dengan hangat apabila Dato’ Seri Dr. Mahathir (Perdana Menteri Malaysia ketika itu) mengisytiharkannya secara terbuka pada 29/09/01 semasa Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan ke-30 Parti Gerakan Rakyat Malaysia. Bermula dari sini, ada pihak yang kerana ingin menjaga periuk nasi hanya tunduk dan ‘yes sir’ sahaja kepada apa yang diumumkan. Di samping itu, tidak kurang juga bilangan pihak yang menyanggah pernyataan tersebut, termasuklah dari golongan bukan Islam sendiri. Yang pasti, perdebatan mengenainya sehingga kini masih belum sampai ke penghujung. Baru-baru ini pula, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menjawab pertanyaan dari wartawan mengatakan bahawa Malaysia bukan negara sekular tetapi merupakan sebuah negara Islam dengan takrifnya yang tersendiri. Menurutnya lagi, Malaysia tidak pernah berpegang kepada sekularisme tetapi didorong oleh asas Islam kerana perlembagaan jelas menyebut bahawa Islam adalah agama rasmi. Ketika diajukan soalan tentang kerajaan kelihatan sedang menuju ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara sekular, Najib berkata: “Saya perlu betulkan anda. Kita tidak pernah menjadi sekular kerana sekular seperti yang ditakrif oleh Barat bererti meminggirkan prinsip Islam daripada cara kita mentadbir negara. Kita tidak pernah berpendirian sedemikian (kerana) kita sentiasa didorong oleh pegangan kita kepada asas Islam. Tanggapan anda adalah salah.” [UM 18/07/07]



Hasil dari kenyataan Najib tersebut, banyak pihak yang tidak berpuas hati dan menyuarakan ketidaksetujuan mereka, termasuklah dari Parti Komponen Barisan Nasional sendiri. Dalam reaksinya, Setiausaha Agung MCA, Datuk Ong Ka Chuan memetik memorandum yang diserahkan oleh Parti Perikatan kepada Suruhanjaya Reid pada 27/09/1956 yang berbunyi “Agama Malaysia adalah Islam. Kepatuhan kepada prinsip ini tidak boleh boleh meminggirkan rakyat bukan Islam yang memeluk dan mengamalkan agama masing-masing dan tidaklah bermakna bahawa Malaysia bukannya Negara Sekular”. Ong seterusnya memetik satu nota yang disediakan oleh Colonial Office bertarikh 23/03/1957 semasa London Conference Talks yang berbunyi,

“Para anggota delegasi Parti Perikatan menekankan bahawa mereka tidak ada niat untuk mewujudkan (negara) teokrasi Muslim tetapi bahawasanya Malaya akan menjadi Negara Sekular”. “Ini adalah niat asal yang begitu jelas dan nyata oleh ahli-ahli UMNO, MCA dan MIC”, kata Ong. Ahli Parlimen Kota Melaka, Wong Nai Chee pula menyatakan bahawa sifat semulajadi Perlembagaan Persekutuan yang sememangnya sekular menjadi asas kepada pembentukan bangsa semenjak 1957 dan diimplementasikan semula pada 1963 (semasa penubuhan Malaysia). “Kedudukan Perlembagaan bahawa Malaysia adalah Negara Sekular juga telah disahkan oleh Mahkamah Agung pada tahun 1988 di dalam kes Pendakwaraya –vs- Che Omar”, tegas Wong lagi. [The Star 19/07/07]

Kecelaruan Takrif

Mutakhir ini kita melihat hasrat umat untuk kembali semula kepada Islam semakin meningkat. Arus kebangkitan Islam telah mengalir di mana-mana dan menyapu apa-apa sahaja yang menghalang laluannya. Rata-rata umat Islam sudah mula nampak bahawa keburukan yang membelenggu mereka selama ini adalah berpunca dari sistem sekular yang busuk. Kebangkitan ini dapat dilihat telah menjadi ancaman kepada mereka yang memegang tampuk kekuasaan. Justeru, agar tidak ditolak oleh kebangkitan rakyat yang mahukan Islam, maka golongan ini terpaksa merubah ‘haluan’ mereka agar nampak lebih ‘Islami’. Tindakan ini perlu agar mereka dilihat sejalan dengan arus (Islam) yang menerpa dan dalam masa yang sama mereka boleh kekal di kerusi pemerintahan. Padahal, pada hakikatnya, mereka boleh terus kekal di kerusi pemerintahan hanya dengan membuang sistem sekular dan menggantikannya dengan hukum-hakam Islam. Sekiranya mereka melakukan perkara ini, InsyaAllah seluruh umat Islam akan mendokong pemerintahan mereka. Malangnya mereka ternyata lebih rela membenarkan dunia yang fana’ ini membelenggu mereka.

Dalam mengubah ‘haluan’ ini, pelbagai kekeliruan ditimbulkan dalam penggunaan istilah seperti ‘sekular’ dan ‘Negara Islam’. Istilah-istilah ini ditakrif mengikut kehendak sendiri tanpa bersandarkan fakta dan dalil yang sahih. Oleh itu, kita menyaksikan pada hari ini banyak konsep, definisi dan istilah-istilah Islam yang sebelum ini begitu jelas menjadi kabur, keliru, terseleweng dan yang lebih teruk, hilang dari kamus kaum Muslimin. Walaupun istilah hudud telah dikenali ramai, namun istilah-istilah seperti ta’zir, ghanimah, jizyah, khumus, siyasah, kharaj, usyur, darul harb, darul islam dan banyak lagi ternyata kabur, malah sebahagian dari umat Islam sendiri langsung tidak memahaminya. Istilah seperti khalifah, syura, wali, jihad dan sebagainya pula telah diselewengkan sehingga lari dari maknanya yang sebenar dari segi syara’. Inilah juga apa yang telah terjadi dengan istilah Darul Islam (Negara Islam) di mana ramai umara’ dan ulama sekarang memberikan maksud baru Negara Islam yang begitu asing dari Islam, sehingga ada yang membolehkannya diterjemah mengikut acuan sendiri.

Maksud ‘sekular’ juga telah dipolemikkan sehingga umat terjerat dengan pelbagai tafsirannya. Ada yang cuba memesongkan maknanya dengan mengatakan bahawa ‘kita mesti memahami istilah sekular bukan sebagaimana takrifan Barat’ yang seolah-olah menjelaskan ‘sekular’ boleh ditakrifkan dengan maksud yang baik, jika tidak mengikut Barat. Ada yang mengatakan sekular bermaksud tidak mempercayai hari kiamat dan hisab di akhirat. Manakala sebahagian umat Islam yang lain hanya nampak sekular membawa erti politik yang dipisahkan dari agama. Justeru, adalah perlu untuk kita mencerahkan kembali kekaburan penakrifan sekularisme dan Negara Islam memandangkan telah berlaku pelbagai tafsiran mengikut kepentingan yang tersasar jauh dari maksud sebenar istilah-istilah ini.

Malaysia Dan Sekularisme Sesungguhnya Barat adalah penganut dan pengembang Ideologi (mabda’) Kapitalis yang menjadikan sekularisme sebagai akidah mereka. Kelahiran mabda ini bermula pada saat kaisar (caesars) dan raja-raja di Eropah menjadikan agama sebagai alat untuk memeras, menganiaya dan menghisap darah rakyat. Para pemuka agama (gereja) waktu itu, dijadikan perisai untuk mencapai keinginan mereka. Maka timbullah pergolakan sengit, yang kemudian membawa kepada kebangkitan ahli falsafah dan cendekiawan. Sebahagian mereka mengingkari adanya agama secara mutlak, sedangkan yang lainnya mengakui adanya agama, tetapi menyeru agar ia dipisahkan dari kehidupan dunia. Sampai akhirnya, pendapat majoriti dari kalangan ahli falsafah dan cendekiawan itu lebih cenderung memilih idea untuk memisahkan agama dari kehidupan yang kemudiannya menghasilkan usaha pemisahan antara agama dengan negara. Jika dahulu agamalah yang menjadi penentu di dalam kehidupan, sekarang, telah disepakati agar agama tidak diperhitungkan lagi dalam kehidupan ini. Maksudnya, seseorang boleh menerima mahupun menolak agama (atau Tuhan) selama mana ia (agama) tidak campurtangan dalam kehidupan.Pokoknya, agama itu harus dipisahkan dari kehidupan dan kehidupan mesti ditentukan sendiri oleh manusia. Idea ini dianggap sebagai kompromi (jalan tengah) antara pemuka agama yang mengkehendaki segala sesuatu itu harus tunduk kepada mereka (atas nama agama) dengan para ahli falsafah dan cendekiawan yang mengingkari adanya agama. Jadi, idea sekularisme ini sama sekali tidak mengingkari atau menolak adanya agama, *****a ia tidak menjadikan agama berperanan dalam kehidupan. Ini menjadikan agama hanya sekadar ‘formaliti’ belaka, kerana sekalipun mereka mengakui kewujudannya, namun pada dasarnya mereka menganggap bahawa kehidupan dunia ini tidak ada hubungannya dengan agama. Justeru, kita menyaksikan bahawa sesiapa yang mahukan agama, maka mereka akan pergi ke gereja-gereja untuk ‘berhubung’ dengan Tuhan mereka tetapi apabila mereka (di luar gereja) melakukan aktiviti jual beli, mengambil riba, sewa-menyewa, mencuri, membunuh, berzina dan sebagainya, maka segala peraturan dalam hal ini ditentukan oleh mereka sendiri tanpa ada ketentuan atau ‘hubungan’ dengan Tuhan. Penentuan jenis hukuman, terpuji dan tercela, halal dan haram dan sebagainya berada di tangan manusia dan boleh diubah mengikut kehendak manusia. Dengan kata lain, mereka meyakini bahawa peraturan kehidupan tidak ada ‘hubungan’ dengan Tuhan, kerana agama hanyalah berperanan dalam mengatur ‘hubungan peribadi’ seseorang itu dengan Tuhannya sahaja. Setelah mereka sepakat untuk memisahkan agama dari kehidupan, maka timbullah persoalan bagaimana untuk mengatur kehidupan manusia, apakah yang harus dilakukan dan apakah tolok ukur yang akan digunakan. Dari sini timbullah idea demokrasi yang dianut oleh ideologi ini yang berasal dari pandangannya bahwa manusialah yang berhak membuat peraturan (undang-undang). Menurut keyakinan mereka, rakyat adalah sumber kekuasaan. Rakyatlah yang berhak membuat undang-undang dan setiap orang bebas berpendapat dan berbuat sesuka hati di dalam mengatur kehidupan ini. Oleh kerana ada terlalu ramai manusia dan ini menyukarkan proses untuk membuat sesuatu peraturan atau mengambil keputusan, maka mereka menetapkan agar dilantik wakil (rakyat) dan diambil suara majoriti di dalam apa jua keputusan. Dengan ini, mereka boleh menggubal, meminda dan menghapuskan mana-mana undang-undang semahu mereka berdasarkan kaedah atau kehendak majoriti tadi. Inilah konsep sekular yang mereka terapkan di dalam negara mereka. Kemudian, apabila mereka menjajah negeri-negeri umat Islam, konsep inilah yang mereka bawa dan terapkan di dalam negeri umat Islam sehingga kita saksikan sekarang di seluruh dunia Islam termasuk Malaysia, konsep sekularisme, iaitu konsep memisahkan agama dari kehidupan ini (faslud deen’ anil hayah), telah diterapkan dengan baik dan sempurnanya.

Terlalu banyak bukti yang menunjukkan bahawa Malaysia adalah negara sekular dan golongan bukan Islam benar-benar memahami akan hakikat ini. Sebab itulah mereka boleh mendatangkan fakta yang tidak dapat disangkal membuktikan yang Malaysia adalah sebuah negara sekular. Malangnya, dengan hanya pengisytiharan oleh seorang pemimpin, banyak pihak cuba menegakkan benang yang basah. Dalam ruangan yang serba sempit ini, kami paparkan sedikit bukti baik secara normatif, empirik mahupun historis yang dapat disaksikan oleh setiap orang yang mempunyai penglihatan dan pendengaran berkenaan hakikat Malaysia sebagai sebuah negara sekular: (i) Bukti Normatif: Perlembagaan Persekutuan yang digubal oleh sikafir Lord Reid adalah bukti yang paling jelas meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara demokratik, sekular dan berbilang agama dengan kedudukan Islam hanyalah sebagai agama rasmi. Ini diperjelaskan lagi dari peristiwa semasa majlis sambutan harijadi Tunku Abdul Rahman yang ke-81 pada tahun 1983 di mana beliau menegaskan

“Perlembagaan mestilah dihormati dan diikuti. Pernah adanya percubaan oleh segelintir orang untuk cuba memperkenalkan undang-undang agama dan undang-undang moral. Ini tidak dibenarkan. Negara ini mempunyai penduduk berbilang kaum dengan pelbagai kepercayaan. Malaysia mesti terus kekal sebagai negara sekular dengan Islam sebagai agama rasmi”.

Dari sudut ekonomi pula, sistem ekonomi yang diamalkan di Malaysia adalah sistem ekonomi Kapitalis di mana riba menjadi tunjang kepada banyak aktiviti perdagangan, khuususnya perbankan. Judi dan arak dibenarkan dengan hanya memberikan satu tauliah yang dipanggil ‘lesen’. Hak umum rakyat yang wajib disediakan secara percuma oleh pemerintah seperti pendidikan, kesihatan, petrol, air, jalanraya dan lain-lain dikenakan bayaran sesuka hati oleh pemerintah. Ada yang berdalih dengan mengatakan Malaysia adalah negara Islam dengan adanya Bank Islam, pajak gadai Islam (ar-Rahn), universiti Islam dan sebagainya. Mereka jahil bahawa penerapan ‘nilai-nilai’ Islam di dalam sistem Kapitalis tidak sekali-kali menjadikan sistem itu Islam, sebagaimana jika kita melihat Ah Chong atau Muthusami menutup aurat seperti yang dituntut oleh Islam tidaklah menjadikan mereka Muslim. (ii) Bukti Empirik: Bukti empirik pula boleh dilihat dengan jelas dari peruntukan Perlembagaan dan undang-undang yang diterimapakai dan diterapkan di negara ini. Perlembagaan memperuntukkan dengan jelas bahawa ia adalah undang-undang tertinggi negara dan mana-mana undang-undang yang diluluskan bertentangan dengan Perlembagaan, maka ia secara otomatik akan terbatal. Peruntukan ini telah meletakkan Al-Quran di bawah (lebih rendah dari) Perlembagaan dan dengan sendirinya menafikan kedudukan Al-Quran dan Hadis yang sepatutnya menjadi undang-undang tertinggi (dan satu-satunya undang-undang) bagi negara. Kewujudan dua sistem mahkamah (sivil dan syariah) mengukuhkan lagi hakikat yang Malaysia adalah negara sekular (sila rujuk ‘SN117 Konflik Antara Agama’ dan ‘SN125 Sijil Mati Untuk Lina Joy’ untuk penjelasan lanjut). Dari sudut pemerintahan pula, sistem yang dilaksanakan adalah Demokrasi berparlimen – sebuah sistem (sekular) yang dicedok sepenuhnya dari penjajah British. Mengikut ajaran dan amalan sekular, segala undang-undang hendaklah dibuat oleh manusia dan hak Allah sebagai As-Syari’ (Pembuat Undang-Undang) hendaklah diketepikan. Jadi, jika majoriti manusia bersetuju untuk tidak berhukum dengan hukum Allah, maka ini adalah sah menurut amalan demokrasi-sekular. Pendek kata, undang-undang boleh digubal, dipinda atau dihapuskan sesuka hati oleh manusia hanya dengan undi majoriti. Di sinilah peranan agama dinafikan secara total di dalam menentukan kehidupan. (iii) Bukti Historis: Hasil dari penjajahan kafir British ke atas Tanah Melayu yang sebelumnya pernah berada di bawah pemerintahan Islam, undang-undang Barat yang berasaskan sekular telah diperkenalkan. British telah memaksa umat Islam menerima undang-undang mereka. Penggantian undang-undang ini tercatat dalam sejarah penentangan hebat oleh para ulama di Tanah Melayu. Penentangan Naning (1831-1832) yang dipimpin Dol Said bermula apabila penjajah memaksa kes jenayah diselesaikan mengikut undang-undang British. Apabila Undang-undang 99 berteraskan Islam diketepikan penjajah, peristiwa ini telah memunculkan penentangan di Perak. Di Kelantan pula, penentangan berlaku apabila British melaksanakan undang-undang berkenaan cukai hasil. Ia dipimpin Tok Janggut (Haji Mat Hassan) dan Engku Besar Jeram dan dibantu oleh Haji Said, Penghulu Adam dan Ishak Merbau di Pasir Puteh. Di Terengganu, gerakan dimulakan oleh Sultan sendiri, kemudian oleh Hj Abdul Rahman Limbong, Haji Musa Abdul Ghani Minangkabau, Syed Saggot dan Tok Janggut (Lebai Deraman). Di Pahang, Dato’ Bahaman, To’ Gajah, Mat Kilau, Mat Kelubi, Panglima Muda Jempul, Mat Lela dan lain-lain telah bangkit meniupkan jihad melawan British yang telah memaksa pelaksanaan undang-undang British menggantikan undang-undang Islam di Tanah Melayu. Namun, penjajah berjaya menguasai politik Tanah Melayu dengan kelicikan dan kekuatan mereka. Sejak itu urusan pemerintahan diurus dengan undang-undang British dan merekalah yang menentukan perjalanan pentadbiran dan pemerintahan berdasarkan sistem sekular mereka yang diwarisi sehingga ke hari ini. Definisi ‘Dar’ (Negara) Islam

Istilah Negara Islam (Darul Islam) adalah istilah syara’. Negara Islam menurut syara’ adalah suatu wilayah yang melaksanakan hukum–hakam Islam dan keamanan wilayah tersebut berada di tangan Islam, iaitu di bawah kekuasaan dan kekuatan kaum Muslimin, walaupun majoriti penduduknya bukan Islam. Oleh itu, untuk menentukan keadaan sebuah wilayah, apakah termasuk Negara Islam atau Negara Kufur, bukanlah negeri atau penduduknya yang diambil kira, tetapi undang-undang di wilayah tersebut dan keamanannya. Apabila hukum (undang-undang) yang diterapkan oleh suatu wilayah adalah Islam dan keamanannya berada di tangan kaum Muslimin, maka wilayah seperti inilah yang disebut Darul Islam atau Negara Islam. Sedangkan apabila hukum-hakam (undang-undang) yang diterapkannya adalah undang-undang kufur dan keamanannya tidak berada di tangan kaum Muslimin, maka wilayah demikian disebut Darul Kufur atau Darul Harb. Pengertian ‘dar’ ini diambil dari sebuah hadis riwayat Sulaiman ibnu Buraidah yang di dalamnya tercantum: “Serulah mereka kepada Islam, maka apabila mereka menyambutnya, terimalah mereka dan hentikanlah peperangan atas mereka, kemudian ajaklah mereka berpindah dari negerinya (yang merupakan darul kufur) ke darul muhajirin (darul Islam yang berpusat di Madinah) dan beritahulah kepada mereka bahawa apabila mereka telah melakukan semua itu, maka mereka akan mendapatkan hak yang sama sebagaimana hak kaum muhajirin dan juga kewajiban yang sama seperti halnya kewajiban kaum muhajirin.” [HR Muslim] Hadis ini menyatakan dengan jelas wujudnya pembezaan antara Darul Islam dan Darul Kufur. Hadis ini menunjukkan bahawa apabila mereka tidak berpindah, maka hak mereka tidak sama dengan kaum muhajirin iaitu orang-orang yang telah berada di Darul Islam. Dengan demikian, hadis ini sesungguhnya telah menjelaskan perbezaan hukum (undang-undang) antara orang yang telah berhijrah dan yang tidak. Darul Muhajirin adalah Darul Islam pada zaman Rasulullah dan selainnya adalah Darul Kufur. Dari sinilah diambil istilah Darul Islam dan Darul Kufur atau Darul Harb. Jadi, penambahan kata Islam, kufur atau harb pada “Dar” adalah mewakili sistem hukum (undang-undang) dan pemerintahannya. Oleh kerana itu untuk menggunakan istilah ‘dar’ atau ‘negara’, ianya selalu dikaitkan dengan penguasa iaitu berkenaan: (1) pemeliharaan kepentingan umat mengikut undang-undang tertentu dan (2) kekuatan (negara) yang menjaga/membela rakyat serta melaksanakan undang-undang tersebut, iaitu faktor keamanannya. Dari sinilah dua syarat yang disebutkan di atas ditekankan. Selain itu mengenai syarat penerapan hukum-hukum, ia digali dari dalil al-Quran dan juga Sunnah. Firman Allah: “Barangsiapa yang tidak berhukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang kafir” [TMQ al-Mai’dah (5):44]. Dalam Hadis riwayat ‘Auf ibnu Malik mengenai kedudukan pemimpin-pemimpin zalim, tercatit sebahagian di dalamnya: “...ditanyakan oleh para sahabat: ‘Wahai Rasulullah tidakkah kita perangi saja mereka itu dengan pedang?’ Baginda menjawab: ‘Tidak selama mereka masih menegakkan solat (maksudnya menerapkan hukum-hukum Islam) di tengah-tengah masyarakat”. Terdapat juga hadis riwayat Ubadah ibnu Samit mengenai bai’at aqabah, di mana katanya: “Dan hendaknya kami tidak menentang kekuasaan penguasa kecuali (sabda Rasulullah:) ‘Apabila kalian melihat kekufuran yang bersifat terang-terangan, yang dapat dibuktikan berdasarkan keterangan dari Allah.”. Di dalam riwayat Imam Thabrani disebut ‘kekufuran yang jelas’ (surahan). Manakala syarat keamanan mestilah keamanan Islam, yakni di bawah kekuasaan kaum Muslimin, ini diistinbat dari firman Allah: “Dan Allah (selama-lamanya) tidak memberi hak bagi orang-orang kafir untuk menguasai orang-orang mukmin” [TMQ an-Nisa’ (4):141]. Ayat ini bermaksud tidak boleh memberi ruang kepada orang-orang kafir untuk berkuasa atas orang-orang Mukmin. Ini adalah kerana dengan memberikan kekuasaan kepada mereka bererti menjadikan keamanan kaum Muslimin berada di bawah kekuasaan mereka (kufur) bukan di bawah kekuasaan Islam. Keadaan ini boleh dilihat di negara kaum Muslimin saat ini seperti Pakistan, Afghanistan, Arab Saudi, Kuwait, Libya dan banyak lagi yang mana pemimpin mereka nyata-nyata tunduk di bawah rejim kafir Amerika. Walaupun (kerana keterbatasan ruang) kami tidak dapat mengungkapkan semua nas, namun berdasarkan nas yang qat’i dari al-Quran dan Hadis, ternyata pada hari ini, tidak ada satu negarapun di dunia ini, termasuk Malaysia yang layak disebut negara Islam. Namun perlu difahami bahawa istilah negara sekular atau negara kufur bukanlah membawa maksud penduduknya juga semua sekular atau kufur. Istilah ini merujuk kepada ‘negara’ bukan ‘individu’nya. Adapun untuk individu, perlu dilihat kepada akidah dan pemikiran yang dimilikinya untuk menentukannya samada ia adalah seorang Muslim, kafir atau sekular.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Kita mengetahui bahawa Negara Islam adalah Negara Khilafah dan inilah bentuk negara dan pemerintahan yang diwariskan oleh Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam kepada para sahabat baginda serta generasi sesudah mereka hingga ke hari kiamat. Kita juga mengetahui bahawa Negara Khilafah ini telah runtuh kira-kira 83 tahun yang lalu, tepatnya pada tanggal 3 Mac 1924 dan sejak itu hingga sekarang, Negara Khilafah ini masih belum muncul kembali. Sedarlah wahai saudaraku bahawa tidak ada satu negara kaum Musliminpun, termasuklah Malaysia, yang boleh diberi status Negara Islam. Seluruh tanah kaum Muslimin telah mewarisi bentuk pemerintahannya dari penjajah kuffar, bukannya diwarisi dari Rasulullah. Justeru itu, bangkitkanlah kalian untuk menunaikan kewajiban kalian mengembalikan semula, melalui tariqah Rasulullah, Negara Khilafah yang merupakan satu-satunya Negara Islam yang sebenar.

6:02 AM  
Anonymous Anonymous said...

"Sungguh aku ingin menghadap Allah SWT. dan tidak seseorang pun yang menuntut (haknya) kepadaku, kerana kezaliman (nescaya akan aku penuhi). Maka, sesiapa sahaja yang hartanya pernah aku ambil (dengan cara zalim), inilah hartaku, ambilah. Dan sesiapa sahaja yang belakangnya pernah aku rotan (dengan cara zalim), ini belakangku, balaslah." ungkapan baginda Nabi suatu ketika. Dan ketika ada seorang wanita mencuri, kerana wanita itu merupakan wanita bangsawan, muncul tuntutan sekelompok orang supaya hukumannya digugurkan agar tidak menjatuhkan kewibawaannya. Dengan marah Nabi menjawab: "(Jangankan wanita ini) kalau sahaja Fatimah binti Muhammad mencuri, tentulah aku akan memotong tangannya." (HR Imam Ahmad, Muslim dan An-Nasa’i).


Politik Islam Yang Agung

"Sebaik-baik pemimpin kamu, adalah orang yang kamu cintai, mereka pun mencintai kamu. Kamu mendo’akan mereka, mereka pun mendo’akan kamu. Dan seburuk-buruk pemimpin kamu, adalah orang yang kamu benci dan mereka pun membenci kamu. Kamu melaknat mereka, dan mereka pun melaknat kamu." (H.r. Muslim dalam Shahih Muslim, III/1481; Al-Baehaqi, Sunan Al-Kubra, VIII.158)
Inilah gambaran sifat pemimpin politik yang menjalankan kepemimpinan politiknya dengan betul, sehinggalah melahirkan kecintaan rakyat kepada mereka. Bila, mereka disebut sebagai pemimpin politik yang dicintai rakyat, dan sebaliknya, bilakah pula mereka dibenci oleh rakyat? Hadits di atas telah memberikan gambaran yang cukup jelas. Iaitu, ketika pemimpin politik tersebut melakukan fungsi politik yang dibawanya dengan baik. Ia dicintai rakyat, kerana ia mencintai mereka. Ia dido’akan rakyat, kerana ia mendo’akan mereka. Dan bilakah pula, ini semua terjadi?. Iaitu, ketika ia sebagai pemimpin politik telah memberikan seluruh hak rakyat. Ia menjalankan kewajiban sebagai pemimpin dengan adil, tidak menindas, atau bertindak zalim. Melayani semua lapisan rakyat dengan sama, tanpa dibeza-bezakan. Cintanya kepada rakyat timbul dari rasa tanggungjawabnya yang tinggi kepada mereka. Kerana takut ianya tidak boleh mempertanggungjawabkan hisab atas tanggungjawab rakyatnya di hadapan Allah SWT.
"Sungguh aku ingin menghadap Allah SWT. dan tidak seseorang pun yang menuntut (haknya) kepadaku, kerana kezaliman (nescaya akan aku penuhi). Maka, sesiapa sahaja yang hartanya pernah aku ambil (dengan cara zalim), inilah hartaku, ambilah. Dan sesiapa sahaja yang belakangnya pernah aku rotan (dengan cara zalim), ini belakangku, balaslah." ungkapan baginda Nabi suatu ketika. Dan ketika ada seorang wanita mencuri, kerana wanita itu merupakan wanita bangsawan, muncul tuntutan sekelompok orang supaya hukumannya digugurkan agar tidak menjatuhkan kewibawaannya. Dengan marah Nabi menjawab: "(Jangankan wanita ini) kalau sahaja Fatimah binti Muhammad mencuri, tentulah aku akan memotong tangannya." (HR Imam Ahmad, Muslim dan An-Nasa’i).
Bukan hanya terhadap orang Islam baginda berlaku adil, malah terhadap orang non-Islam pun baginda berlaku sama. Pernah baginda membunuh orang Islam kerana orang Islam itu telah membunuh orang Yahudi yang menjadi rakyat negara Islam, ahli ad-dzimmah, yang darah, harta dan kehormatannya baginda jaga. Kata baginda: "Sayalah orang yang paling berhak menunaikan dzimmah (jaminan) seseorang." Dalam riwayat yang lain, baginda mengatakan: "Sesiapa sahaja yang membunuh satu jiwa yang terikat dengan perjanjian, dimana ia memperolehi jaminan Allah dan Rasul-Nya, maka orang itu telah membatalkan jaminan Allah. Dan dia tidak akan mencium bau syurga."
Jaminan inilah yang diberikan oleh baginda Rasulullah saw. kepada seluruh rakyat tanpa memandang bangsa, agama dan lain-lain. Disinilah, konsep kepemimpinan politik baginda ditanamkan: "Pemimpin yang menjadi pemimpin manusia adalah seumpama pengembala, yang merupakan satu-satunya orang yang bertanggungjawab terhadap gembalanya." (HR Muslim, Abu Dawud, At-Turmidzi dari Ibnu Umar) kata baginda suatu ketika, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. "Imam itu adalah perisai, yang akan menjadi pelindung bagi orang yang ada di belakangnya. Orang akan berperang dibawah komandernya." (HR Muslim dari Al-A’raj) ungkap beliau dalam kesempatan yang lain.
Inilah kerangka utama pemikiran politik baginda Rasulullah saw. Pemimpin adalah pengembala, sehingga dia tidak akan menjadikan ‘gembalanya’ sebagai mangsa iaitu rakyat yang dipimpinnya. Tidak akan memakan hak-hak rakyat atau memerah rakyat seperti lembu perahan. Membiarkan rakyat kelaparan, tidak adil dalam mengasaskan konsep pembangunan yang hanya mengutamakan orang-orang kaya, sanak kerabat dan kroninya, sedangkan rakyat secara am dibiarkan menderita. Mereka selalunya menyalahkan rakyat, dan bukannya merasa bersalah serta wajib bertanggungjawab atas kesalahan yang dilakukan oleh rakyatnya. Inilah pemimpin yang menjadi perisai.
Imej inilah yang dimiliki oleh pemimpin yang dididik oleh pendidikan baginda yang mulia. Abu Bakar, ketika diangkat menjadi khalifah masih bekerja seperti biasa sebagai pedagang, kemudian dilarang oleh Umar kerana boleh mengganggu tugas beliau sebagai khalifah. Beliau tidak mendapatkan gaji dari negara, namun diberi saguhati oleh negara sesuai dengan keperluan yang beliau perlukan. Ketika, beliau mendapati jumlah saguhati yang diberikan kepada isterinya masih boleh dijimatkan dan dibelikan baju oleh isterinya untuk keperluan beliau, beliau mengatakan: "Kalau demikian, saguhati saya harus dikurangi. Kerana ini pun sudah berlebihan" Betapa wara-nya sikap Abu Bakar, sahabat dan mertua Nabi yang mulia itu. Bahkan, sebelum beliau wafat, beliau membuat wasiat agar seekor keledai, dua buah tempayan air dan sehelai baju dinas (baju rasmi khalifah) dikembalikan kepada negara, kerana itu bukan hak beliau. Sehingga Umar terharu melihatnya: "Inilah yang menyulitkan (memberatkan) khalifah-khalifah berikutnya. Kerana tidak ada yang mampu seperti beliau."
Umar bin Khattab pun demikian. Ketika beliau didesak oleh rakyatnya agar mengangkat putera beliau, Abdullah bin Umar, sebagai penggantinya beliau murka dan mengusir mereka. "Semoga engkau dibinasakan oleh Allah. Demi Allah, saya tidak menginginkannya. Celakalah kau.…Tidak, saya tidak akan mewariskan urusan kamu kepada keluarga saya. Saya tidak mengharapkan pujian dengan menyerahkan urusan ini kepada salah seorang di antara anggota keluarga saya. Sekiranya ada kebaikan, kita semua boleh merasakan dari salah seorang diantara keluarga kami, dan sekiranya ada keburukan, cukuplah salah seorang diantara keluarga Umar yang dihisab kerana urusan umat Muhammad ini. Sungguh saya telah mencurahkan diri saya, dan mengharamkan keluarga saya. Sekiranya saya berjaya hingga akhir, tanpa salah dan cela pun rasanya senang dan bahagia." kata Umar ketika itu (Nidzam Al-Hukmi Fi Al-Islam, An-Nabhani, hal. 102). Dan apabila beliau memilih seseorang untuk menjadi pegawainya, maka ketakwaan dan jaminan yang diberikan oleh Rasul terhadap orang itulah (iaitu kualiti peribadi orang tersebut) yang menjadi kriteria (ciri kelayakan) orang itu untuk dilantik serta ciri itulah yang akan menjadi dorongan beliau untuk memilih orang tersebut sebagai pegawainya. Beliau mengungkapkan alasan mengapa memilih enam orang untuk bermesyuarat dalam memilih salah seorang di antara mereka menjadi khalifah? Jawab beliau: "Mereka itu adalah ahli syurga." ungkap beliau ketika menunjukan Ali, Utsman bin Affan, Sa’ad bin Abi Waqqas, Abdurrahman bin Auf, Thalhah dan Zuber bin Al-Awwam (Nidzam Al-Hukmi Fi Al-Islam, An-Nabhani, hal. 102). Beliau memilih bukan untuk mempertahankan kepentingan peribadi beliau, keluarga beliau atau bahkan perniagaan beliau.
Inilah sepintas-lalu wajah politik Islam yang agung itu. Wajah politik yang menjunjung tinggi keadilan, kesamaan darjah, menghormati maruah, harta dan nyawa manusia. Ketika itulah tamadun manusia, masyarakat dan bangsa yang sebelumnya tidak dipertimbangkan dan tidak pernah masuk dalam catatan sejarah, tiba-tiba menjadi sebutan sejarawan di mana-mana. Tamadun yang sama sekali asing, baru dan original (asli), sehingga digambarkan oleh baginda: "Islam ini nampak asing, pada mulanya." (H.r. Muslim). Betapa tidak, tamadun Barat yang penguasa dan diktator itu telah menjadikan bangsa Eropah ketika itu sebagai hamba manusia. Pemimpin dianggap dewa, sehingga tidak pernah bersalah. Dibandingkan dengan Islam, sebagaimana doktrin Nabi: "Tidak ada yang lebih mulia di antara kalian, kecuali takwanya." Sehingga baginda sendiri meminta cadangan/usulan dan selalu mengajak sahabat-sahabat baginda bermesyuarat. Mesyuarat bagi baginda, adalah wajib, manakala bagi umatnya yang lain hukumnya sunnah. Padahal, baginda adalah Rasul yang ma’shum, yang tidak pernah melakukan kemaksiatan (Al-Ihkam Fi Al-ushuli Al-Ahkam, Al-Amidi, I/130).
Itulah, mengapa Abu Bakar sewaktu diangkat menjadi pemimpin, perkara mula-mula yang dikatakan di dalam khutbahnya adalah: "Hai manusia, saya telah diberi kepemimpinan untuk memimpin kamu, sedangkan saya bukanlah orang terbaik di antara kamu. Jika saya melakukan kebaikan, bantulah. Dan jika saya melakukan keburukan, luruskanlah saya. Kejujuran adalah amanah, sedangkan kedustaan adalah khianat. Orang yang lemah menurut kamu, adalah bagi saya kuat sehingga saya akan menunaikan haknya. Orang yang kuat menurut kamu, adalah bagi saya lemah, sehingga saya akan ambil haknya.". Inilah kata-kata beliau yang mulia itu. Sikap takwa yang melahirkan amanah inilah yang juga dimiliki oleh Umar: "Demi Allah, tidak ada satu urusan pun, yang kamu miliki selain disampaikan kepadaku kemudian ditangani oleh yang lain, selain aku." (Nidzam Al-Hukmi Fi Al-Islam, An-Nabhani, hal. 97-100). Inilah khalifah Rasul yang agung itu.
Pemimpin yang amanah dan tidak khianat. Inilah, ibrah (pengajaran) dari mereka. Amanah, adalah sikap menunaikan hak-hak dan kewajiban orang lain dengan baik. Tanpa sedikit pun merampas hak-hak dan kewajiban yang sememangnya harus diberikan kepada yang berhak. "Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu agar menunaikan amanah itu kepada yang orang yang berhak memperolehinya." (TMQ An-Nisa’: 58). Inilah doktrin politik Islam yang agung itu. Amanah yang lahir dari takwa, iaitu rasa menjaga diri yang dimiliki manusia, terhadap melakukan atau meninggalkan perbuatan yang mengakibatkan siksa neraka. Itulah takwa. Pemimpin yang bertakwa inilah yang tidak akan sanggup melakukan pengkhianatan kepada rakyatnya. Pemimpin yang khianat, sebagaimana pemimpin Islam di negeri-negeri kaum muslimin, yang menjual kedaulatan negaranya, kekayaan alamnya untuk dirampas orang lain, sedangkan rakyatnya kelaparan. Contohnya Bangladesh, negara yang kapasiti (keupayaan) makanannya cukup untuk keperluaan dalaman, namun tetap mengimport beras dari luar negeri. Indonesia juga kaya raya, namun rakyatnya miskin, kerana ketamakan pemimpinnya. Mereka tidak menunaikan hak-hak dan kewajiban rakyatnya. Mereka memimpin kerana kepentingan duniawi semata. Sikap politik yang rendah dalam sejarah tamadun manusia. Dibandingkan dengan ajaran Nabi: "Ada tiga kelompok orang yang wajahnya tidak akan dilihat oleh Allah, ….orang yang memilih dan mengangkat pemimpin, namun hanya kerana keuntungan duniawi semata. Jika ia diberi (apa yang diperlukannya), maka ia akan menunaikan janjinya. Jika ia tidak memperolehinya, maka ia akan meninggalkannya." (HR Bukhari dari Abu Hurairah). Sabda baginda yang mulia ini, memberi isyarat akan lahirnya konspirasi politik-ekonomi dalam politik manusia. Baginda sudah meramalkan akan kemunculannya, namun baginda mengancamnya dengan kemurkaan Allah kelak di akhirat kelak.
Pemimpin yang amanah inilah yang akan dicintai oleh rakyatnya. Inilah imej kepemimpinan nubuwwah yang oleh Nabi disebut: al-khilafata ‘ala minhaji an-nubuwwah, pewaris kepemimpinan politik Nabi yang mengikuti panduan kenabian. Inilah sistem politik Islam yang agung itu, iaitu sistem politik yang menguruskan urusan umat dengan menerapkan syari’at Islam secara keseluruhan di dalam Islam dan luar negeri. Betapa gemilangnya kejayaan Umar bin Abdul Aziz, dalam waktu yang singkat iaitu antara 717-720 M. telah berjaya mengembalikan kejayaan sistem politik Islam yang diselewengkan oleh Mu’awiyah. Beliau juga telah berjaya membanteras kemiskinan, sehinggalah sukar dicari orang miskin yang boleh diberi zakat. Menakjubkan, hanya dalam waktu dua tahun sahaja. Padahal, sebelumnya, beliau menghadapi warisan konflik politik, sosial dan ekonomi. Ternyata ketakwaan Umar bin Abdul Aziz-lah yang mampu menegakkan kembali keadilan syari’at Islam yang sebelumnya telah diselewengkan.
Memang, sejarah Islam telah dipenuhi dengan tiga wajah kepemimpinan politik: al-khilafata ‘ala minhaji an-nubuwwah, sebagaimana yang kita lihat dalam kekhilafahan Abu Bakar, Umar bin Khattab, Utsman bin Affan, Ali bin Abi Thalib. Setelah itu, sejarah dunia Islam mengalami pergeseran dari al-khilafata ‘ala minhaji an-nubuwwah menjadi al-mulkan ‘adhudhan (kepemimpinan politik yang diliputi penyimpangan), dimulai dari Mu’awiyah bin Abi Shafyan, Yazid bin Mu’awiyah hingga seterusnya sampai runtuhnya Khilafah Islam, kecuali dua tahun masa kepemimpinan Umar bin Abdul Aziz (717-720 M), keturunan khalifah agung Umar bin Al-Khattab, yang disebut al-khilafata ‘ala minhaji an-nubuwwah, oleh ahli sejarah Islam meski kemudian dibunuh oleh sanak-saudaranya. Dan setelah hancurnya Khilafah Islam, sejak tahun 1924 sampai sekarang, kepemimpinan politik di dunia Islam diwarnai dengan al-mulkan ‘jabariyan (kepemimpinan politik yang berkuasa dan diktator).
Jika didalam catatan sejarah sistem politik Islam yang agung ini hanyalah sesuatu yang uthopia (khayalan) namun, sejarah (kecuali sirah Nabi dan sahabat) memang tidak boleh dijadikan sumber hukum, bahawa sistem politik Islam yang agung itu hanyalah suatu yang berbentuk uthopia. Tidak. Sebab, sejarah bukanlah nas syara’, seperti Al-Quran atau As-Sunnah ataupun sirah Nabi. Disamping itu ia sangat dipengaruhi oleh penulisnya. Itulah hakikat sejarah.
Oleh kerana itu, dunia kini telah kehilangan sumbangan besar sistem politik Islam yang agung itu, kerana institusi politik yang agung (khilafah Islam) itu telah dimusnahkan, oleh orang kafir, Barat dan Timur, melalui Mustafa Kemal Attaturk. Seorang pejuang kebangsaan Turki, keturunan Yahudi Dunamah (Selonika). Dunia memerlukan keadilan, amanah, kesamaan darjah, pemeliharaan maruah, yang tidak boleh diberikan oleh sistem politik ketika ini. Dunia memerlukan al-khilafata ‘ala minhaji an-nubuwwah. Semoga kita menjadi Generasi Khilafah yang dijanjikan membawa kemenangan Islam.
(syafM20malaysia)

6:08 AM  
Anonymous Anonymous said...

Aku rasa Anwar Ibrahim ni sanggup jual bangsa Melayu dan hatta Malaysia sekali pun asalkan dia dapat kembali berkuasa. Dah la cakap tak serupa bikin, harap2nya tak adalah sangat orang Melayu yang tertipu. Kaum Cina yang memang dah kaya raya tu, nak bela menatang ape lagi, kecuali nak kasi kaum mereka makin gemuk ade la. Anwar2... nasib baik ko gaduh dengan Tun dulu, kalau tak gerenti Malaysia dah bawah pengaruh Yahudi dan US.

6:17 PM  
Anonymous Anonymous said...

ANWAR SEKARANG CUBA NAK HURU HARAKAN MALAYSIA LAGI SEKALI SUPAYA DIA DAPAT BERKUASA. TAK KIRALAH APA SEKALI PUN, KALAU DAPAT WUJUDKAN PERISTIWA 13 MEI 1969 PUN DIA TAKPE (KALAU APE APE DIA BOLEH TERBANG KELUAR NEGERI, DUIT SONGLAP DULU BANYAKKK LAGI DIA SIMPAN). ASALKAN DIA DAPAT PUASKAN NAFSU POLITIK DIA, GILA KUASA. ANWAR BELA ORANG MELAYU? HAHAHAHAHAHAHHAAA KETAWA AJELAH.

6:22 PM  
Blogger Online Printing Services said...

haha seronok gak baca org pro anwar nie tulis komen kan...hmmm ko tue yang tak pandai nak pk...dalam kuasa politik yang melayu pegang nie jer la yang buatkan melayu berkuasa ko tau...kalo politik anwar dah pegang ngan DAP, tak mustahil satu hari nnt keistimewaan orang melayu dah takder...ko pro anwar tapi tak pandai pk ape yang anwar buat skng...aku pon pelik la kan...ko nie bersyukur la skit ngan ape pemimpim lame dah buat..orang macam ko la yang tak leh maju pasal dah bangga dengan keistimewaan yang ada..tak baca isu semasa ke ko...kaum lain dah sibuk nak same taraf ngan melayu...hmmmmm pe la pemikiran proanwar nie....pape pon kalo nak jadi pembangkang, ko sokong PAS la...anwar perosak bangsa melayu...kira anwar nie cam bakteria yang ckit2 cube musnahkan melayu demi kepentingan peribadi....Hidup BN...!!!

6:57 AM  

Post a Comment

<< Home