Siapa sabotaj Dasar Ekonomi Baru
Alasan itu menjadi laungan perjuangan yang disokong oleh kaum lain khususnya bila membicarakan hak keistimewaan orang Melayu. Kaum lain menyokong, bahawa hak keistimewaan orang Melayu adalah punca Melayu malas dan kufur kepada kehidupan. Ada kini antara kita Melayu lahir mendabik dada mengatakan bahawa selagi Melayu itu berpegang pada Dasar Ekonomi Baru dan berharap pada penggunaan tongkat keistimewaan hak maka selagi itu Melayu itu akan ketinggalan. Teori ini lahir apabila pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru gagal mencapai peratusan yang diharapkan lantas pembentukan justifikasi sikap Melayu dijadikan alasan atas kegagalan polisi. Mahu tidak mahu justifikasi ini membuka ruangan yang lebih luas untuk bangsa lain turut mengiakannya. Hapuskan hak keistimewaan, kerah dan paksa berdikari serta beri tekanan agar Melayu itu melonjak ke hadapan. Bangsa lain turut bersedia membidas kononnya sikap Melayu merupakan punca kegagalan. Sikap negativisme Melayu dikatakan punca dan seluruh Melayu di dunia seolah-olah lahir dalam kekurangan dan kemelesetan sikap dan minda.
Kegagalan ini juga membentuk ruangan bagi kumpulan tertentu menangguk di air yang keruh khususnya oleh mereka yang mempunyai kepentingan politik. Sikap oportunis mereka timbul untuk membidas kepimpinan yang dikatakan gagal meningkatkan pembangunan perekonomian orang Melayu. Bidasan ini sebenarnya adalah untuk kepentingan politik semata-mata. Lantaran itu, kegagalan pembangunan sosioekonomi orang Melayu itu dijadikan umpan untuk menuntut perubahan kepimpinan dan wadah politik oleh segelintir Melayu yang mahu merebut kuasa. Bagi mendapatkan sokongan menyeluruh maka alasan hak keistimewaan yang menjadi sebab pembentukan sifat manja orang Melayu yang menyumbang kepada kegagalan Melayu dan menuntut Dasar Ekonomi Baru perlu dihapuskan, menjadi jajaan politik mereka. Mereka menyarankan hak-hak ini diganti dengan laungan baru – laungan Ketuanan Rakyat. Semua ini adalah berkait rapat dengan kepentingan tersendiri.
Semestinya dengan laungan Ketuanan Rakyat bagi mengganti ketuanan Melayu maka berpusu-pusu kaum-kaum lain menyokong laungan itu. Laungan itu sedikit sebanyak adalah untuk menjual hak Melayu. Secara sengaja atau tidak, hak keistimewaan itu perlu dihapuskan kerana mereka mengatakan bahawa hak ini hanya di nikmati oleh UMNO putera – kata mereka.
Namun Melayu ini tidak sedar bahawa inilah laungan yang senada dengan laungan cauvinis Cina dalam DAP. Mereka akan menyokong terus dan mereka akan cuba pula menyemat terma Malaysia Malaysian dalam kemelut ini. Mereka akan menyokong laungan Ketuanan Rakyat sebagai ganti kepada Ketuanan Melayu kerana ini sebenarnya memberi satu loncatan kepada perjuangan mereka. UMNO menjadi mangsa. UMNO dikira sebagai ultra Melayu, dilabel sebagai parti rasis yang kolot dan usang. Membunuh UMNO dan memberi kemenangan kepada Parti Keadilan Rakyat adalah perjuangan untuk memenangkan kaum lain – setidak-tidak ini harapan cauvinis yang ada. Kejayaan mereka untuk meletakkan minda rakyat Melayu kepada satu arah yang sealiran dengan cita-cita mereka serta keselarian tuntutan supaya kita perlu adil kepada semua bangsa dan kepada semua agama adalah secara relatif satu kejayaan mereka sekiranya ini di sokong oleh kita Melayu.
Sebenarnya ada pendapat baru yang ingin dilontarkan mengenai DEB. Pendapat tersebut adalah - kuasa pegangan ekonomi khususnya oleh kaum Cina merupakan faktor utama kenapa DEB gagal. Pencarian justifikasi hujah ini dibuat dengan hakikat bahawa kekuatan ekonomi mampu untuk melanggar sebarang polisi politik yang selama ini dalam tangan Melayu. Ada pendekatan mengatakan sungguhpun Dasar Ekonomi Baru dilancarkan pada 1970 tetapi ia tidak pernah dilaksanakan dan setiap langkah polisi politik ini tertakluk kepada persetujuan mereka yang memegang kuasa ekonomi. Teori ini berputar sekeliling pertentangan konsep kuasa – yakni kuasa politik dengan kuasa ekonomi. Ketidakseimbangan sosioekonomi dan seterusnya sosiopolitik negara merupakan sebab kenapa Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan. Ini adalah perencanaan polisi politik untuk menangani kuasa pegangan ekonomi. Berbagai-bagai polisi dan langkah dicipta untuk memajukan Melayu dari semua sudut perniagaan. Sungguhpun polisi itu tidak prejudis kepada kemiskinan Melayu sahaja tetapi pada kedudukan itu Melayu adalah komponen terbesar dalam statistik kemiskinan. Sehubungan dengan itu sungguhpun pembasmian kemiskinan dikatakan tidak mengira kaum tetapi konsentrasi diberikan kepada orang Melayu. DEB juga mengambil kira kebenaran perlembagaan yang memperuntukkan hak keistimewaan pada Melayu.
Walau bagaimanapun polisi politik ini telah dikatakan gagal menyaingi kekuatan kuasa ekonomi yang sewaktu itu memang dipegang oleh golongan Cina. Polisi-polisi ciptaan DEB sungguhpun mendapat restu dari wakil kaum-kaum lain khususnya dari kaum Cina, tetapi restu itu adalah dari golongan Cina yang memegang kuasa politik. Ada pendapat yang mengatakan bahawa golongan kapitalis – penguasa ekonomi telah menghalang keupayaan polisi politik itu untuk berkembang. Sejauh mana kebenaran konsep ini, ia masih dalam kajian. Namun keadaan ini telah digambarkan oleh Dato Onn bin Jaafar lama dahulu. Beliau mengatakan bahawa kuasa politik hanya bayangan kepada kuasa ekonomi dan kemungkinan berdasarkan kenyataan itu maka tidak mustahil DEB kita telah disabotaj semenjak 1970 lagi.
Akhirnya maka persoalan seterusnya adalah – siapa yang sabotaj DEB semenjak 1970. Mungkin pemilik kuasa ekonomi. Siapa mereka – tepuk dada tanya selera. Insyallah setelah semua kajian di buat maka rencana ringkas ini akan lebih padat dan pembongkaran secara telus mengenai, Siapa sabotaj Dasar Ekonomi Baru dari tahun 1970 dan sehingga sekarang. Adakah pemegang kuasa ekonomi itu yang menyebabkan Melayu ketinggalan?
30 Comments:
Semasa saya berniaga (memberi servis komputer), saya ambil barang semuanya dari pemnbekal kaum Cina. Mana ada kilang Melayu.
Sejak saya kecil bapa saya melarang saya daripada meminjam duit daripada mana-mana orang.
DEB ini kalau nak dikaitkan dengan orang Melayu seperti saya, bagaimanakah kaitannya?
Adakah ia telah lama berkait rapat dengan kehidupan saya sedangkan saya tak pernah terlihat DEB itu mendatangi saya dalam bentuk wang. Sekiranya ada ia datang dalam rupa bentuk (yang tidak langsung), bolehkah Tuan Anuar huraikan?
Salam,
Kehadiran DEB adalah semenjak ada ketidakseimbangan dari segi sosioekonomi dan politik. Ketidakseimbangan ini perlu ditandatangani. Apa yang saya jelaskan ialah – dari saat pertama DEB diperkenalkan ia tidak dapat bergerak atau tidak dapat direalisasikan. Polisi DEB terbantut dan dibantutkan. Polisi untuk memajukan perekonomian orang Melayu bagi saya terbantut kerana pertentangan polisi dengan kuasa pemegang ekonomi. Semua polisi lahir dari politik tidak berjaya kerana ia memerlukan sokongan dari pemegang kuasa ekonomi.
Saudara,
Selagi kita mengharapkan polisi politik sahaja untuk membaik pulih kedudukan orang Melayu maka arah penilaian kita untuk keberkesanan polisi untuk membantu Melayu tidak akan terhasil. Pemegang kuasa ekonomi bukan sahaja tidak memberikan sokongan kepada DEB malah bagi saya ada unsur-unsur sabotaj dan ini menyebabkan ketidakseimbangan. Kita juga perlu melihat isu pemegang kuasa politik yang bergelumang dengan percaturan ekonomi. Persoalan sabotaj lain adalah seperti rasuah dan ketirisan. Namun apa yang mahu saya ketengahkan pada isu kali ini adalah sabotaj ekonomi peringkat awal – 1970 oleh pemegang kuasa ekonomi.
Siapa pemegang ekonomi??? saudata nampaknya semacam nak menyalahkan org Cina nampaknya..sungguh racist pemikiran sebegini...saya fikir elok saudara membaca buku yang bertajuk "Memulakan Bisness Sendiri" karangan Ainon Mohd.. 50 tahun merdeka dgn pelbagai kekayaan sumber tapi kita masih belum ke mana. Jepun selepas hancur kerana kalah perang, dengan sumber alam yang terbatas mampu bangkit menjadi kuasa ekonomi dunia dalam masa 30 tahun... Saudara perlu jujur dalam analisa - bukan sekadar nak menyalahkan orang lain tetapi perlu juga berani mengaku kesilapan sendiri...
50 tahun dan 30 tahun terlalu jauh bezanya...masalahnya kita kerana politik kepartian yang memecahbelahkan pemikiran masyarakat..ini bukan soal kenapa orang tak sokong umno/bn tapi soal kenapa orang umno/bn menjadi manusia pendendam bukan sahaja ketika menang pun berdendam malahan ketika kalahpun berdendam juga...
Terlalu banyak campurtangan politik terutama org umno.. siapa yg mengali babakan lesen kerajaan? bukan org parti lain yang mengalibabakan bebenda macam tu kalau bukan org umno sendir.. saya nak pinjam duit TEKUN pun kena isi borang UMNO.. Duit bantuan KWAMP pun kalau saudara selidik ramai penerimanya adalah orang UMNO...malahan ada yang dah berharta kaya pun sanggup merompak hak orang miskin... berlaku jujurlah dengan analisa kerana jujur itu bukan setakat mainan di bibir...
Salam,
Ini bukan soal politik. Hakikatnya penguasa dan mereka yang berkuasa dalam ekonomi mempunyai kekuatan membantutkan apa juga perancangan yang ada. Saya tidak mensasarkan kepada kaum Cina semata-mata.
Dua perkara saya sentuh, satu: adalah kekuatan ekonomi yang bertempur dengan politik dan dalam hal ini polisi yang terbit dari politik.
kedua : Soal rasis tidak disentuh secara terbuka namun ianya tidak boleh ditolak.
Tulisan ini adalah berdasarkan pengamatan yang kritikal dan juga kesedaran kepimpinan sebelum merdeka lagi akan kekuatan ekonomi yang mampu memberi saingan kepada kekuatan politik.
Lantas apabila dikaji maka kesahihan teori bahawa DEB di sabotaj semenjak 1970 lagi tidak boleh dinafikan.
Banyak bahan rujukan yang boleh saudara dapati mengenai isu ini.Namun satu yang penting - ini bukan tulisan politik
ok, saya tolak ketepi faktor politik terutama cara orang umno mengurus ekonomi negara secara tidak cekap..
budaya hidup orang melayu yang bukan berbudaya usaha niaga... tak seperti msyrkt Cina yang lahir dengan budaya begitu.. Bila Kerajaan laksanakan banyak projek keusahawanan, ramai usahawan melayu yang lingkup sebab stamina tak kuat dan lagi satu distribution channel di malaysia secara majoritinya dikuasai oleh bukan melayu..
bab budaya niepun satu hal gak, dimana sokongan keluarga tu pun penting. Ramai orang melayu yang x encourage anak mereka masuk usahaniaga..bukan sahaja mentalitili orang2 kampung tapi orang2 yang berpangkat besar pun punya mentalitili macam nie...ade ke patut anak2 Datuk, Tan Sri apply nak kerja dengan kerajaan... cuma dua tiga menjak nie ada perubahan sikap di kalangan generasi muda yang mula menjadikan perniagaan sebagai cara hidup mereka..
Tq atas response saudara..
Janganlah salahkan orang lain kerana kegagalan sendiri. M'sia bukanlah negara yang menghalang mereka untuk memperbaiki kehidupan mereka terutamanya orang2 Melayu sendiri.
Malah bukan hanya pemimpin2 Melayu yg. mengagalkan DEB, malah orang2 Melayu sendiri. Lihatlah bagaimana pemimpin yg. banyak berskandal boleh memenangi pilihanraya seperti Najib, Muhammad Taib, Rafidah, Ramli dan banyak lagi. Di negara lain, awal2 pemimpin sebegini sudah di tolak.
Saudara Anuar, saya memang hormat tulisan saudara. Tapi artikel ini macam menunjukkan saudara sudah desperate dengan perkembangan politik semasa di mana DSAI telah berjaya menindas serangan skandal liwat terbaru. Suasana politik sekarang akan "deliver the final blow" untuk BN pimpinan UMNO.
Ah Chong bergaduh dengan Ali tidak bermaksud cina bergaduh dengan melayu. Ini membawa sentimen perkauman. Kalau Ah Chong, peniaga cina yang sabotaj DEB. cakap ja lah Ah Chong, si peniaga sabotaj DEB. bukan orang cina yang sabo ok? Macam semua orang cina sabo saja.
Kepada : Anonymous 10.54
Salam,
Saya tidak nampak artikel ini sebagai tindakan terdesak lebih2 lagi dengan adanya tuduhan liwat ke 2 ke atas Anwar Ibrahim. Ini bukan artikel pembelaan politik UMNO tetapi lebih kepada pembicaraan mengenai DEB dan masalah yang dihadapi. Bagi saya, usaha untuk menyalahkan orang Melayu dalam isu DEB sebenarnya tidak dilihat dari sudut menyeluruh dan kita gagal bangkit untuk menerangkan pendapat dan hujah kita sebenarnya.
Anonymous 11.01
Salam,
Ini adalah perbicaraan polisi politik dengan kekuatan ekonomi. Sudut analisis perlu luas dan bukan skop Ah Chong dan Ali. Kalau sengaja mahu dikecilkan atau mahu dibicara dari sudut lain...Senyum...kenapa tak Ahmad ke Rosli ke atau Ah Kau
Saja-saja melawak
Kisah liwat panas lagi. Baca akhbar ada cerita liwat. Buka TV nampak berita liwat. Klik blog penuh dengan kupasan tentang liwat. Sejak sekian lama liwat tidak pernah habis-habis dalam masyarakat kita.
Datuk liwat cucu, pemuda liwat budak, guru liwat murid, majikan liwat pekerja, ketua liwat kakitangan bawahan, suami liwat isteri, jantan gila liwat lelaki sewel dan bermacam-macam lagi. Liwat binatang sahaja belum dengar.
Perbuatan liwat ini melibatkan manusia yang secara psikologinya tidak berapa sihat. Mereka mempunyai keinginan seks di luar tabii. Mereka mahu mencuba sesuatu yang luar biasa. Manusia begini semakin hari semakin ramai. Keadaan ini membimbangkan. Budak lelaki belasan tahun sering menjadi mangsa. Malah ada kisah ibu bapa yang menjual anak lelaki kepada lelaki kaya untuk dijadikan hamba seks luar kebiasaan ini.
Dalam masyarakat kita, kisah liwat sama hebatnya dengan kisah rogol. Bezanya, rogol melibatkan perempuan. Sedangkan liwat, mengikut Kamus Dewan bermaksud persetubuhan antara lelaki dengan lelaki atau homoseks. Bagaimana pula seks melalui dubur perempuan? Dikira liwat atau rogol? Perkara ini tidak usah dipandang ringan. Perlakuan seks luar tabii ini semakin berleluasa. Dalam VCD haram, Internet, malah telefon bimbiit pelajar sekolah, aksi persetubuhan "terbalik" dan "tunggang-langgang" ini boleh ditonton bila-bila masa.
Maaf, saya tidak berniat menjatuhkan maruah lelaki Malaysia, tetapi ini kisah benar yang mengejutkan saya. Beberapa bulan dahulu saya pergi Haadyai dan kebetulan kawan mengajak pergi mengurut badan - urut tradisional Thai. Sewaktu mengurut, kami bersembang pelbagai perkara termasuk isu-isu politik terkini yang panas. Kami membandingkan suasana politik Thailand dengan politik Malaysia.
Entah bagaimana topik seks mencelah secara tiba-tiba. Seorang tukang urut (wanita) bertanya secara selama kepada kami,"Kenapa lelaki Malaysia suka masuk pintu belakang?"
Pada mulanya kami tidak mengerti, ingatkan rakyat Malaysia suka masuk ke Thailand secara haram. Apabila diulangi baru kami faham maksudnya. Saya dan kawan berpandangan dalam diam.
"Betulkah begitu?"
"Ya! Kawan saya beritahu," kata tukang urut itu bersungguh-sungguh. "Lelaki Malaysia suka sangat main pintu belakang. Main depan belakang, bergilir-gilir, seronokkah begitu?" Dia ketawa. Saya malu. Mana saya tahu kerana saya bukan jenis pakai banyak pintu. Satu pintu sudah memadai.
Saya tidak pasti kebenaran dakwaan wanita tukang urut itu yang dikatakan diberitahu oleh kawannya yang jadi pelacur. Jangan-jangan dia sendiri yang kena belasah depan belakang tetapi malu hendak mengaku. Saya sendiri pun malu hendak bertanya lebih lanjut.
Statisnye mane? Cakap senang, tapi kena buktikanlah.
Berapa ramai usahawan Melayu DEB support? berapa ramai bungkus? Berapa ramai bungkus untuk kali kedua? berapa ramai gulung tikar berturut-turut?
Statistik perniagaan mereka. Gaji kepada non-Malay diaorng bayar tak??
Brader cakap berdasar sikitle?
Kalau DEb tak bantu melayu, ada bantu indiaka? Blaja uni murah-mirah padahal China terpaksa hantar ke Private, dengan belanja besar.
En.Anuar, saya rasa perlunya saudara menghuraikan secara terperinci, berdasarkan fakta sejarah tidak mecukupi tetapi memerlukan fakta statistik untuk menyokong hujah.
Pada masa sama, penulisan saudara boleh menyebabkan keadaan tidak selesa bagi warganegara pendatang yang sedikit sebanyak menjana ekonomi negara.
Oklah...suka hati saudaralah nak kata apa. Kalau tak jawab saya pun tak pe..
ov
Saudara Annuar,
Nak berjaya atau kaya bukanlah satu perkara yang senang dicapai tanpa usaha dan otak. Tapi adalah lagi senang menyalahkan kaum lain mengagalkan kaum melayu.
Salam,
DEB gagal bukan kerana ras tetapi kerana metodologi pada dasarnya sudah salah. DEB muncul sebagai affirmative action untuk membantu orang Melayu keluar dari kemelut kemiskinan tetapi , prosedur perlaksanaanya tidak jelas. Ia hanya meletakkan kuota di dalam berbagai sektor untuk orang Melayu. Ia tidak menitik beratkan golongan orang melayu yang mana sebenarnya perlukan bantuan, ia juga tidak melihat pada masalah pokok, iaitu kewujudan monopoli pada pihak pembekal di sektor2 penting. Sehingga sekarang, orang dan keluarga yang sama masih memonopoli bahagian pembekal dan disini kurangnya representasi orang melayu. Selain itu, variable yang membolehkan DEB dilaksanakan dulu kini tidak wujud lagi. Kaum Cina dan India yang pada asalnya pendatang (immigrant) sudah beranak-pinak dan generasi ke2 dan 3 bukan lagi group pendatang dan tidak mau diketepikan.Rata-rata menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia dan tidak mau dilayan seperti "2nd class citizen, Loyalty is no longer to the so called Motherland", sama seperti saya, generasi ke3 keturunan Bangkahulu - kesetiaan saya bukan pada Sumatera atau Indonesia. Bezanya, kesetiaan saya tidak pernah dipersoalkan!....pikir-pikir lah...
Cuba kita perluaskan lagi pandangan kita pada tahap global. Ia telah menjadi semula jadi dan tiada sesiapa boleh nafikan bahawa kekuatan ekonomi atau lebih terus-terang iaitu kuasa kewangan, dapat menembusi segala polisi dan juga undang-undang dunia. Cuba perhatikan kaum Yahudi yang menguasai ekonomi dunia terus menguasai dunia dan dalam senyap-senyap kekayaan mereka sentiasa meningkat dengan begitu laju sekali. Adakah kaum Yahudi ini dibantu oleh kerajaan atau mana-mana parti politik? Tidak, kekuatan mereka adalah bepunca dari kegigihan dan ketekunan diri sendiri. Begitu juga dengan kaum Cina yang merupakan salah satu penjana ekonomi dunia. Kegigihan ini berpunca daripada kesusahan yang mereka terpaksa ditanggung oleh diri-sendiri tanpa bantuan sesiapa, kaum ini tidak mengenali sesiapa dalam usaha menjayakan diri dalam ekonomi walaupun kaum sama sendiri. Siapa cepat dia dapat, yang menang akan ke hadapan manakala yang kalah perlu memulihkan kelemahan diri-sendiri, tiada guna menyalahkan orang yang menang kerana dengan cara ini akan melambatkan process pemulihan daripada kekalahan.
Beginilah konsep ekonomi secara semulajadi, 'only the fit will survive". Apabila kekuatan ekonomi dapat menentukan masa depan sesebuah negara, ini bermakna pentadbiran negara haruslah menguasai kekuatan ekonomi tersebut supaya pentadbir tidak akan dipengaruhi oleh kuasa ekonomi lain iaitu para kapitalis di dalam atau di luar negeri yang kebanyakannya berketurunan Cina.
Contohnya Singapura, kementerian kewangan memiliki sebuah firma pelaburan yang bertaraf dunia iaitu Temasek yang percaturannya dalam strategi pelaburan amat digeruni. Maka pentadbiran Singapura amat jelas membuktikan polisi dan undang-undang negara tersebut tidak dicemari atau disalahgunakan.
Dengan itu, tidak perlu disalahkan siapa yang memboikot Dasar Ekonomi Baru di Malaysia sekiranya pentadbirnya lemah dalam pengurusan kewangan yang menjadikan pentadbiran dikuasai secara tidak langsung oleh kuasa ekonomi luar yang bukan dari pihak pentadbiran atau kerajaan.
Rahsia kejayaan kaum Cina dalam ekonomi sebenarnya amatlah mudah iaitu mereka pantang berhutang, mereka tidak suka menjadi produk kepada institusi kewangan sebaliknya mereka ingin memiliki institusi kewangan dan biar orang lain yang menjadi produk mereka. Mereka juga dilatih agar mengenepikan nafsu pembaziran dan mereka sanggup hidup susah demi untuk menyimpan untuk masa depan tanpa berhutang. Kaum Melayu pula apabila terlalu dimanjakan oleh DEP begitu ghairah menghayati hutang-hutang yang dialu-alukan oleh kerajaan. DEB nampaknya tidak menolong sebaliknya merosakkan potensi dan kaumnya sendiri. Konsep DEB ini memang bertentangan dengan konsep kaum Cina dan juga Kaum Yahudi kerana mereka ini menganggap bahawa hutang itulah yang menjadi kelemahan paling utama dalam ekonomi. Malah kelemahan inilah yang membocorkan ekonomi dan menjadi sasaran para kapitalis untuk menyemai benih mengorek peluang keuntungan.
Maka dengan ini memang saya setuju bahawa DEB ini telah diboikot tetapi bukan oleh kaum Cina sahaja malah kaum Melayu sendiri yang lemah dan tidak pandai berusaha, dan mencetuskan peluang kepada kaum lain. Pendek kata polisi yang dibuat mestilah dikukuhkan dengan ekonomi, kalau tidak polisi tersebut akan dipergunakan oleh ekonomi yang lain.
Saya agak bersetuju dengan Anuar tetapi rasa rasa ada perkara lain yang mahu dia sampaikan. Sebenarnya komen Cik Siti ada asas tetapi menolak ras sebagai bentuk penghalang DEB adalah tidak tepat. Golongan yang dikatakan Cik Siti yang menjadi perantaraan antara pengiat ekonomi dan pengguna – siapa kalau bukan Cina. Sebenarnya bagi saya apa Anuar nak cakap ialah sejak diperkenalkan golongan Cina yang menjadi penentu - monopoli dan menjadi kuasa ekonomi. Kuasa inilah yang membantutkan pergerakan DEB.
hahahaha....silap sendiri sampai sekarang nak salahkan orang. Bak kata DSAI, kena minum air zam-zam banyak banyak bagi terang hati.......
Apalah punya 2nd class mentaliti?
Malaysia ini kena ada orang Melayu yang hebat, orang Cina yang hebat dan orang India yang hebat untuk menerajui negara ini.....
Bukan orang yang bergantung kepada tongkat........
Sebelum saya mengata orang CIna, biar saya akui kesalahan kita dahulu.
Namun, jika orang Melayu berniaga dgn baik, amanah, bersungguh dan lain-lain, mereka suka bekerjasaama, berkongsi dan mendapat manafaat bersaam dari kebolehan orang Melayu.
Satu lagi masaalah orang melayu tidak foksu dan objekti dalam kemajuan ekonominya. Kita terlalu ambil jalan mudah dan tidak mahu membina learning curve and competitiveness.
Secara am, ada kebenaran dalam mengatakan DEB digagalkan mereka. Memang susah untuk memecahkan monopoli sistem quanxi yang kuat terbina competitiveness.
Disamping itu ada pula sikap pilihkasih. Orang Cian ahrga lain dan orang Melayu harga lain. Maka kita reaktif dgn mengadakan DEB. Mereka pula terus menjawab cabaran itu.
Kalau kerja dalam syarikat Cina, orang Melayu yg baik tak naik. Politik pejaabt yang berbau perkauman.
Banyak juga peristiwa syarikat Melayu yg meningkat maju di boikot dari mendapat bahan mentah dan perkhidmatan sub kontrak. Ini berlaku merata2.
Persoalannya, adakah mereka lebih adil dalam urusniaga jika tiada DEB? Adakah assurance dari mereka jika semua ebrdasarkan mertokrasi orang Melayu yg berkelayakkan akan diberi pertimbangan adil?
Saya rasa tidka kepada kedua-dua persoalan ini selagi Dewan perniagaan dan Trade Association masih berskap perkauman!!!
Alahai....pandai cakap orang...
i pun pernah kerja dengan bank yang majoritinya Melayu dan bank majoritinya Cina....Pada saya, environment kerja kedua-dua bank ini sama saja...Politik perkauman sama saja...dimana-mana pun sama saja....orang cina yang kerja di bank "melayu" kerja dia banyak, pangkat tak naik,salary tak naik.....
orang melayu kerja di syarikat cina pulak, tak tau saya nak komen ..sebab apa? sebab syarikat cina nak orang cina kerja dengan diorang aje....kalau ada pun, tak ramai.......
Cakap pasal Dewan perniagaan dan Trade Association ....
mengapa orang cina hanya suka berniaga sesama mereka? pasal DEB lah.....dia orang ni rasa mereka ditekan kerajaan....semua biznes, tender dan projek, orang Umnoputera yang dapat, bukannya orang Melayu yang dapat.....
Saya adalah rakyat Malaysia berbangsa Cina dan saya bukan racist. Saya ada ramai kawan-kawan Melayu samada dari PAS, PKR mahupun UMNO.
Pernah saya pinjam wang(sampai sekarang tak minta bayar balik pun) kepada kawan Melayu saya yang kesusahan dan kesempitan wang....Masa tu Manager Melayunya pun tak nak tolong dia, malah nak cari pasal nak pecatkannya.....
Saya ada juga rakan Melayu yang lebih tinggi pelajarannya dan fasih bertutur dalam English. Mereka pekerja yang profesional dan boleh menjawat jawatan yang tinggi dalam sesebuah syarikat. Tidak pun mereka dapat sesen daripada DEB....
Orang seperti itulah yang kita harapkan supaya meneraju negara kita....
Tak kisah sama ada dia Melayu, Cina, India, Punjabi, Kadazan, Iban, Orang Asli.....
Sekiranya dia berkebolehan, dia hebat, maka akan disanjung tinggi oleh rakyat....
Wahai kawan-kawan ku...
buangkanlah tongkat itu yang dah sekian lama berakar umbi sehingga kamu tak sedar bahawa kamu mampu berjalan dengan sendiri tanpa bantuan......
Bagi mereka yg. tidak pernah berniaga memang tiada pegalaman mengenai dunia persaingan. Mana ada taukeh2 lihat bangsa seseorang apabila berniaga? Apa yg. dilihat adalah keuntungan dan wang. Mana ada majikan yg. bg. gaji yg. lebih tinggi mengikut kaum, yg. mereka hendak adalah pekerja yg. paling murah dan paling berkesan, value for money.
Organisasi yang sanggup dan mampu berdiskriminasi pekerja2nya adalah organisasi yg. tidak berasaskan keuntungan seperti pejabat2 kerajaan and sektor awam.
Saya tidak menyokong sama sekali pendapat yang mengatakan orang cina pandai berniaga. Pandangan begini adalah satu tafsiran yang amat tersasar jauh.
Dikatakan pula, memang orang melayu tidak tahu berniaga adalah merupakan satu pandangan yang amat dangkal dan songsang.
Hakikatnya perniagaan atau urusan berjual beli telah dijalankan oleh masyarakat Melayu ketika bermulanya zaman kesultanan Melayu Melaka. Walaupun dengan kaedah barter trader perniagaan itu berkembang mengikut keperluan ketika itu sehinggalah kedatangan penjajah Inggeris.
Apabila Inggeris membawa masuk pendatang dari negeri China (saya ketepikan bangsa India kerana mereka kumpulan minoriti) untuk bekerja sebagai buruh dilombong bijih timah maka kawasan ini telah dimajukan menjadi pekan atau bandar. Pendatang yang dibawa dari daerah Guangdong dan Fujian ini asalnya bukanlah ahli berniaga tetapi telah mengambil peluang ini untuk menjalankan apa-apa aktiviti perniagaan. Sedangkan orang melayu yang bermastautin dan menjalankan perniagaan ditepi muara sungai masih kekal menjalankan perushaan mereka.
Kesan dari dasar pecah dan perintah oleh pihak Inggeris ini dapat dirasai hingga kini walau pun kerajaan melancarkan DEB pada tahun 1970. Ironinya kaum cina yang memiliki semangat perkauman yang amat kuat tidak dilihat untuk memberikan bantuan kerjasama atau persefahaman perniagaan kepada peniaga melayu. Ini lah realiti yang berlaku dalam masyarakat majmuk di Malaysia.
Saya amat bersetuju dengan pendapat saudara anuar mohdnor berdasarkan pengalaman dan pengamatan saya sendiri. Kaum ini adalah penjajah ekonomi Malaysia.
NAK SALAH KAN ORG CINA PEGANG EKONOMI PUN XBOLEH SEBAB BANGSA INDIA PUN BULEH LEBIH KAYA DARI KITA BIAR PUN MEREKA MINORITI,,
DAN YG PALING PENTING JGN SALAHKAN MELAYU,,MELAYU SEKARG PUN BANYAK YG BERNIAGA CUMA LAMBAT MULA DARI KAUM YG LAIN,,
PADA PENDAPAT SAYA MELAYU TAK PERLUKAN DEB,,MEREKA PERLUKAN MANCIS SAHAJA UNTK MEMULAKAN PEMBAKARAN,,MEREKA PERLUKAN SEMANGAT DAN TUNJUKAN ARAH JALAN,, MEMANG SEDIKIT LAMBAT,,CUMA SEDIKIT KESAL,,DEB YG SEPATUT NYA BOLEH MEMPERCEPATKAN PENGUASAAN EKONOMI BG KAUM MALAYU TAK MENDATANG KAN APA APA
SABOTAJ ATAU TIDAK TAK MENJADI SOAL,, SOALNYA APA YG DEB BUAT 50TAHUN NI
aku org melayu berumur 29 tahun..baru 6 tahun berniaga..aku mmg tak paham & tak rasa apa itu deb(cuma baca je pasai ni)..bagi aku, nak berniaga ni, kene usaha sendiri, bijak, pandai ambil peluang, tak perlu mengharapkan kerajaan, jujur..bla..bla..bla..
~bercakap pasai kerajaan ni, aku dah naik menyampah dengan mecd..si menterinya main cakap jer, tapi pekeliling takde..ikut sedap mulut je bagi itu, bagi ini..~
zaman sekarang ni, org melayu dah tak duduk dalam hutan..abdullah mengharapkan kit siang, kit siang mengharapkan samy..samy pulak mengharapkan nizar..kita saling memerlukan..semua dah hidup/minum sama2..
IMHO, deb ini silap dari segi pelaksanaan..motifnya baik, tapi cukup untuk 10-15 tahun sahaja..zaman dah berubah..kitaran ekonomi memerlukan semua kaum..kalo betul mahu membantu, kenapa pada peringkat awal (10-15 thn) tidak diwujudkan satu GLC yg bertindak sebagai pengimport utama kalo betul le k'jaan nak mengelakkan monopoli/price ctrl dari kaum lain?
kaum cina mmg bijak berniaga (tidak dapat dinafikan)..mereka hanya mengambil peluang dari keputusan2 yg dibuat k'jaan yg tak memihak kat mereka. sapa2 pun akan buat benda yg sama (kalo tak, tak makan la)..kalo tanya kat diorg, senarai org2 melayu yg diorg percaya, aku pasti diorg boleh bagi nama2 tu..aku tgk sekarang, diorg semakin terbuka (mungkin sbb peredaran zaman) dalam berniaga dengan org melayu..sanggup berkongsi info dan sbgnya..jgn malu belajar..
aku melihat org yg mengekalkan deb ini cuba untuk menggunakan isu ini sebagai talian hayat untuk survival politik mereka..selagi golongan politik berlagak sebagai pakar ekonomi, selagi itu kita tak akan stabil..
di m'sia ni, poli-tikus terlalu berkuasa hingga menyebabkan ketidakstabilan ekonomi/sosial. Selagi pembuat2 dasar k'jaan ni terdiri dari golongan kurang cerdik/rasict, kita akan kekal pada keadaan sekarang (hidup segan, mati tak mahu)
life goes on..hidup mesti jujur!
Buatlah dasar apa sekalipun sekiranya mentaliti "bergantung kepada orang lain" tidak dianjakkan, orang miskin tak akan kaya, orang yang kaya akan terus kaya.
Jangan menuduh sesiapa, cina, India, atau orang asing yang menyebabkan kemunduran kita. Kita adalah perancang masa depan kita.
CAN DEMOCRACY ACTUALLY GUARANTEE US FREEDOM???
CAN WE LEARN SOMETHING FROM THE AMERICAN EXPERIENCE ….
read on
————————————————————————————
What’s the Meaning of ‘Freedom’? …. But don’t ask a politician!
by Rep. Ron Paul
“Man is not free unless government is limited. There’s a clear cause and effect here that is as neat and predictable as a law of physics: As government expands, liberty contracts”.
- Ronald Reagan
We’ve all heard the words democracy and freedom used countless times, especially in the context of our invasion of Iraq. They are used interchangeably in modern political discourse, yet their true meanings are very different. George Orwell (picture above right) wrote about “meaningless words” that are endlessly repeated in the political arena. Words like “freedom,” “democracy,” and “justice,” Orwell explained, have been abused so long that their original meanings have been eviscerated. In Orwell’s view, political words are “often used in a consciously dishonest way.” Without precise meanings behind words, politicians and elites can obscure reality and condition people to reflexively associate certain words with positive or negative perceptions. In other words, unpleasant facts can be hidden behind purposely meaningless language.
As a result, Americans have been conditioned to accept the word “democracy” as a synonym for freedom, and thus to believe that democracy is unquestionably good. The problem is that democracy is not freedom. Democracy is simply majoritarianism, which is inherently incompatible with real freedom. Our founding fathers clearly understood this, as evidenced not only by our republican constitutional system, but also by their writings in the Federalist Papers and elsewhere. James Madison cautioned that under a democratic government, “There is nothing to check the inducement to sacrifice the weaker party or the obnoxious individual.” John Adams argued that democracies merely grant revocable rights to citizens depending on the whims of the masses, while a republic exists to secure and protect preexisting rights.
Yet how many Americans know that the word “democracy” is found neither in the Constitution nor the Declaration of Independence, our very founding documents? A truly democratic election in Iraq, without U.S. interference and U.S. puppet candidates, almost certainly would result in the creation of a Shi’ite theocracy. Shi’ite majority rule in Iraq might well mean the complete political, economic, and social subjugation of the minority Kurd and Sunni Arab populations. Such an outcome would be democratic, but would it be free? Would the Kurds and Sunnis consider themselves free? The administration talks about democracy in Iraq, but is it prepared to accept a democratically elected Iraqi government no matter what its attitude toward the U.S. occupation? Hardly. For all our talk about freedom and democracy, the truth is we have no idea whether Iraqis will be free in the future.
They’re certainly not free while a foreign army occupies their country. The real test is not whether Iraq adopts a democratic, pro-Western government, but rather whether ordinary Iraqis can lead their personal, religious, social, and business lives without interference from government. Simply put, freedom is the absence of government coercion. Our Founding Fathers understood this, and created the least coercive government in the history of the world. The Constitution established a very limited, decentralized government to provide national defense and little else. States, not the federal government, were charged with protecting individuals against criminal force and fraud. For the first time, a government was created solely to protect the rights, liberties, and property of its citizens.
Any government coercion beyond that necessary to secure those rights was forbidden, both through the Bill of Rights and the doctrine of strictly enumerated powers. This reflected the founders’ belief that democratic government could be as tyrannical as any King. Few Americans understand that all government action is inherently coercive. If nothing else, government action requires taxes. If taxes were freely paid, they wouldn’t be called taxes, they’d be called donations. If we intend to use the word freedom in an honest way, we should have the simple integrity to give it real meaning: Freedom is living without government coercion. So when a politician talks about freedom for this group or that, ask yourself whether he is advocating more government action or less. The political left equates freedom with liberation from material wants, always via a large and benevolent government that exists to create equality on earth.
To modern liberals, men are free only when the laws of economics and scarcity are suspended, the landlord is rebuffed, the doctor presents no bill, and groceries are given away. But philosopher Ayn Rand (and many others before her) demolished this argument by explaining how such “freedom” for some is possible only when government takes freedoms away from others. In other words, government claims on the lives and property of those who are expected to provide housing, medical care, food, etc. for others are coercive?and thus incompatible with freedom. “Liberalism,” which once stood for civil, political, and economic liberties, has become a synonym for omnipotent coercive government. The political right equates freedom with national greatness brought about through military strength.
Like the left, modern conservatives favor an all-powerful central state? but for militarism, corporatism, and faith-based welfarism. Unlike the Taft-Goldwater conservatives of yesteryear, today’s Republicans are eager to expand government spending, increase the federal police apparatus, and intervene militarily around the world. The last tenuous links between conservatives and support for smaller government have been severed. “Conservatism,” which once meant respect for tradition and distrust of active government, has transformed into big-government utopian grandiosity. Orwell certainly was right about the use of meaningless words in politics. If we hope to remain free, we must cut through the fog and attach concrete meanings to the words politicians use to deceive us.
We must reassert that America is a republic, not a democracy, and remind ourselves that the Constitution places limits on government that no majority can overrule. We must resist any use of the word “freedom” to describe state action. We must reject the current meaningless designations of “liberals” and “conservatives,” in favor of an accurate term for both: statists. Every politician on earth claims to support freedom. The problem is so few of them understand the simple meaning of the word.
Merdeka!!!
sebelum kita discuss "siapa sabotaj dasar ekonomi baru" lebih jauh,,sye mau tanya saudara anuar,,saudara sudah berapa lama berkecimpung dlm dunia perniagaan??
anda kata sabotaj dri pemegang ekonomi,,jgn lupa melayu juga ada kuasa membeli,,melayu ni pun satu,,yg g beli kedai cina tu watpa,,kata nak tulung org melayu,,
DEB adalah relevan tapi pemimpin melayu tamak dan tidak memberi ruang kepada kaumnya untuk sama-sama berjaya..
Assalamualaikum saudara Anuar.Jika menyelusuri sejarah bangsa ternyata bangsa Melayu (dalam konteks Nusantara yang lebih luas) adalah merupakan bangsa pedagang. Almarhum Haji Abdullah Hukum didalam satu wawancara ketika hidupnya pernah menerangkan tentang kawasan Bukit Bintang yang merupakan tempat perniagaan yang dikuasai oleh orang Minangkabau disekitar penghujung 1800an dan awal 1900an.
Apa yang berlaku hari ini adalah merupakan kesan dari usaha yang dibuat oleh penjajah Inggeris yang berjaya memecahkan bangsa Cina, India dan Melayu mengikut aktiviti dan penempatan dimana orang cina ditempatkan di Bandar manakala orang melayu dihalau ke kampung-kampung. Tidak hairan jika mereka berjaya meratah kek ekonomi dalam keadaan orang melayu hanya berpuashati sebagai petani dikampung.
Saya amat bersetuju bahawa DEB berjaya mewujudkan kelas menengah Melayu yang ramai yang rata-rata menjawat jawatan tinggi disektor kerajaan dan swasta melalui peluang pendidikan kepada orang melayu. Walaubagaimanapun kita tetap gagal menjadi pemain utama dalam aktiviti ekonomi. Inilah kesan dari kegagalan perlaksanaan DEB yang perlu diakui oleh semua.Jika projek dan peluang perniagaan diberi secara samarata tanpa mengira parti dan diberi kepada orang melayu yang benar - benar mahu berniaga sejak dulu lagi,saya percaya hari ini kita tidak lagi memerlukan DEB sebagi tongkat untuk berdiri.
Orang Melayu hari ini mula keluar dari sindrom bisu dan buta dan mula melihat secara kritis apa yang selama ini dilakukan oleh pimpinan Melayu yang meratah segala peluang ekonomi yang akhirnya mengenyangkan orang bukan melayu melalui projek ali baba.Pimpinan melayu sebenarnya dilihat oleh orang Melayu tidak jujur didalam usaha membangunkan nasib bangsa dengan membolot segala peluang perniagaan untuk kelompok tertentu sahaja.Pemimpin hari ini melihat UMNO sebagai tempat cari makan dan orang-orang muda berlumba-lumba untk menyertai kelompok elitis UMNO untuk mencari kekayaan. Tanyalah secara jujur kepada pimpinan hari ini tidak kira dari peringkat atas pimpinan negara hinggalah kepada pimpinan di cawangan UMNO apakah tujuan mereka berlumba-lumba dan bermati-matian untuk menjadi pemimpin jika tidak untuk faedah peribadi dan untuk mendapatkan habuan dari DEB melalui projek-projek kerajaan.Tidak hairan jika orang Melayu mula mempersoalkan tentang DEB dan relevannya kepada kepada orang Melayu secara menyeluruh.
Sebagai ahli UMNO saya sendiri amat berharap ahli UMNO mahu mengubah kepincangan yang berlaku dalam kepemimpinan parti walaupun saya percaya ini adalah anganan kosong kerana pimpinan UMNO sendiri tidak mahu berubah dan lebih suka dengan keadaan yang menguntungkan mereka. Orang Melayu hari ini melihat DEB sebagai alat dan tongkat pimpinan UMNO mencari kekayaan dan bukan lagi mekanisme untuk memajukan bangsa.Usahlah bercakap tentang ketuanan melayu kalau rata-rata orang melayu menjadi kuli kepada orang-orang bukan Melayu.Usah bercakap tentang ketuanan melayu kalau penjawat awam Melayu boleh dibeli dengan wang ringgit oleh peniaga bukan Melayu.
Ini semua adalah realiti hari ini dan orang Melayu sebenarnya menuntut kepincangan ini diubah. Jangan lah kita sibuk dengan DEB yang hanya berjaya membolehkan orang melayu menguasai 20 peratus sahaja penguasaan ekonomi hingga hari ini.Kemana perginya 80 peratus lagi jika tidak projek ali baba yang berjaya menyumbang ke angka 80 peratus ini. Soalnya siapa yang dapat mengubah senario ini?
AlMarhum bapa saya yang merupakan aktivis UMNO ketika hayatnya sentiasa berbangga apabila bercerita tentang kejayaan mereka memajukan kampung dan penduduknya.Kembalinya Almarhum bapa saya ke Rahmatullah tanpa meninggalkan apa-apa harta yang diperolehi dari kegiatan politiknya melainkan kemajuan yang masih dapat saya lihat dikampung hasil usaha Almarhum bapa dan rakan-rakan didalam parti.Adakah masih dapat kita melihat orang-orang sebegini sebagaimana orang-orang tua kita dahulu yang sentiasa jujur didalam perjuangan memartabatkan bangsa tanpa meletakkan kepentingan peribadi dihadapan mereka?
Janganlah anggap orang Melayu sebagai pengkhianat jika orang Melayu mengkritik dan mempersoalkan sistem yang pincang dan gagal seperti DEB ini.
-INAMER-
ASALNYA DEB ITU MEMANGLAH BERTUJUAN NAK KUATKAN EKONOMONEY ORANG MELAYU...TETAPI ORANG DALAM UMNO SENDIRI...JADIKAN DEB dasar ekonomi bagi kroni2...MELAYU LAIN TAK MERASA...
MELAYU LAIN TERKEJUT TERBERAK..TIBA2 ORANG2 UMNO KAYA RAYA...yang pelik tu kilang pasar raya estet projek perumahan semua cha ya nun alif yang punya...SAHLAH buat kerja atas angin atas nama ALIBABA ALI MUTHU ni..
Ada kedai2 PLB orang UMNO juga yang sapu...tak berniaga apa pun...bagi sewa atas sewa atas sewa...manalah peniaga Melayu yang TULIN larat nak bayar sewa...bungkus lah peniaga TULIN Melayu tu...sejak 1980an niaga atas angin semakin berleluasa...pemimpin2 pula berebut2 mengALIBABA MUTUHU projek billion2...TIBA2 JKKK buat istana di kampung2...mana datang duit BEEE
Rakyat Melayu bawah ni BUTA KAYU...
asyik pangkah lambang....bukan pangkah peribadi CALON...kalau ada Melayu berkualiti jadi CALON pilihanraya dia lebih rela pangkah monyet yang bukan ISLAM..sebab BN ajaran UMNO tak lebih jauh dari itu...mesti pangkah...
Sebab UMNO tak latih betul2 Melayu berpolitik dan berekonomi..Pemimpin UMNO sibuk berperang sesama UMNO...
Salam sdr. Anuar
Syabas diatas tulisan saudara yang kritikal dan berani walaupun tak seberani Jeff Oil dan Raja petra. Saya setuju bangsa melayu bersatu dan membahaskan kekurangan yang ada pada DEB dan memperbaikinya. ada tuduhan yang katakan semua laba dikaut oleh orang UMNO, apa buktinya, siapa yang dapat. bukaknkah DEB itu merangkumi keseluruhannya dan bukan sahaja ekonomi, bagaimana dengan pembangunan pendidikan, Pasarana, Tempat-temapat ibadah yang beselerakan di seluruh pelusuk negara. Bukankah itu adalah hasil DEB Saya masih ingat kerana kemiskinan, nama-nama orang melayu digunakan oleh bangsa lain mengaut keuntungan melalui cabutan-cabutan saham baru dengan bayaran RM50.00 untuk sekali cabutan. begitu juga syarikat melayu yang masih digunakan sebagai domain kepada player berbangsa lain khususnya cina untuk projek-projek kecil yang dimenangi oleh Melayu disyarikat GLC yang hampir tiada pegawai atasan berbangsa CINA pun. apa salahnya player2 ini berkongsi berniaga bersama dan bukanlah secara total mengaut keuntungan dengan membayar komisyen yang dimanupulasikan. ini masalahnya. Kita tak bercakap soal bangsa tetapi keiklasan untuk membantu rakyat negara ini menjadi sama tinggi walaupun yang satu lagi capek kakinya. Orang Melayu dah banyak berkorban pun utnuk terima semua rakyat dinegara ini walaupun belum ada lagi 1 malaysia pada waktu itu. apek dalam kampung sorang-sorang pun boleh hidup bukak kedai runcit tak pernah orang dengki pun. tapi ramai bangsa Melayu dah lari dari penempatan seperti di Kepong. fikirkanlah
Post a Comment
<< Home