Gadai Hak Melayu
Gerakan pembaharuan dalam UMNO
Tidak dapat dinafikan hanya 2 sahaja wadah politik yang mampu menetapkan Agenda Melayu, Parti Islam Se Malaysia dan UMNO. Penetapan Agenda Melayu ini perlu dan tidak boleh disangkal kepentingannya. Mereka yang menafikan usaha permuafakatan Melayu atau usaha membentuk agenda Melayu atau mempertahankan hak Melayu hanya mementingkan agenda politik mereka sendiri. Mereka secara tidak langsung membawa agenda yang merugikan Melayu.
Dalam pada itu UMNO adalah wadah Melayu. Hari ini wadah Melayu itu tercalar dan seolah-olah keyakinan terhadap UMNO sudah pudar. Barisan Nasional dengan UMNO sebagai parti dominannya nampak seakan tersungkur dan keadaan ini tidak menampakkan perubahan malah akan terus tenggelam. Ke mana UMNO selepas ini? Ke mana Melayu? Siapakah yang akan membela Melayu - PAS atau PKR. Mungkin kita boleh hidang nasib bangsa kita pada DAP? Mungkin itulah yang Pakatan Rakyat mahu. Kesamarataan yang sebenarnya menggadai hak Melayu itu sendiri.
Tidak dapat juga kita nafikan bahawa UMNO telah melakukan berbagai-bagai kesalahan yang meletakkan mereka dalam keadaan kritikal sekarang ini. Ikhtiar dan usaha dikatakan sedang berlaku untuk membersihkan parti keramat orang Melayu itu. Namun usaha itu sehingga kini nampak tempang dan semakin cacat. Apa yang perlu dibuat untuk memulakan langkah meningkatkan keyakinan orang Melayu terhadap UMNO. Apa yang perlu kita lakukan. Adakah kita sedar mengenai bentuk dan usaha Pakatan Rakyat dalam terus menguasai politik negara ini? Siapa dominan dalam Pakatan Rakyat ini?
Usaha Pakatan Rakyat amat mudah. Dapatkan sokongan Cina dan kaum lain. Untuk Melayu biarkan mereka berpecah dari sudut sokongan. Ini akan menjamin kemenangan Pakatan Rakyat. Mengenai hak dan usaha mempertahankan Melayu, itu agenda lain. Agenda utama adalah merebut kuasa. Pakatan Rakyat dalam usaha ini melancarkan Ketuanan Rakyat – satu konsep yang Anwar Ibrahim cipta dalam perjalanan ke Kg Baru. Konsep dan terminologi yang tidak dikira impak dan kesannya kepada Melayu.
Oleh sebab itulah orang yang pernah menjadi orang kanan Anwar Ibrahim – Ezam Mohd Nor meleraikan dirinya dari perjuangan palsu Anwar Ibrahim. Ezam Mohd Nor dalam kenyataan beliau baru-baru ini dalam tabloid Siasah mengatakan bahawa Anwar Ibrahim tidak pertahankan Melayu. Inilah yang perlu kita fikirkan kerana menyerahkan kepimpinan negara ini kepada Pakatan Rakyat amat meragukan kepada “survival” Melayu. Ezam Mohd Nor dapat di lihat sebagai menolak Anwar Ibrahim untuk menjadi kepimpinan negara ini kerana gagal mempertahankan hak atau lebih drastik lagi tidak mahu mempertahankan hak Melayu untuk “survival” politiknya sendiri. Mungkin ini sebenarnya wajah Anwar Ibrahim dan mungkin Ezam Mohd Nor tidak hipokrit dalam perjuangannya.
Blog www.arahkita.blogspot.com mengajak kita untuk berbincang secara telus apakah yang dapat membantu UMNO memulihkan keyakinan Melayu terhadap perjuangan parti beliau dan adakah Pakatan Rakyat sebenarnya menggadai hak Melayu?
Tidak dapat dinafikan hanya 2 sahaja wadah politik yang mampu menetapkan Agenda Melayu, Parti Islam Se Malaysia dan UMNO. Penetapan Agenda Melayu ini perlu dan tidak boleh disangkal kepentingannya. Mereka yang menafikan usaha permuafakatan Melayu atau usaha membentuk agenda Melayu atau mempertahankan hak Melayu hanya mementingkan agenda politik mereka sendiri. Mereka secara tidak langsung membawa agenda yang merugikan Melayu.
Dalam pada itu UMNO adalah wadah Melayu. Hari ini wadah Melayu itu tercalar dan seolah-olah keyakinan terhadap UMNO sudah pudar. Barisan Nasional dengan UMNO sebagai parti dominannya nampak seakan tersungkur dan keadaan ini tidak menampakkan perubahan malah akan terus tenggelam. Ke mana UMNO selepas ini? Ke mana Melayu? Siapakah yang akan membela Melayu - PAS atau PKR. Mungkin kita boleh hidang nasib bangsa kita pada DAP? Mungkin itulah yang Pakatan Rakyat mahu. Kesamarataan yang sebenarnya menggadai hak Melayu itu sendiri.
Tidak dapat juga kita nafikan bahawa UMNO telah melakukan berbagai-bagai kesalahan yang meletakkan mereka dalam keadaan kritikal sekarang ini. Ikhtiar dan usaha dikatakan sedang berlaku untuk membersihkan parti keramat orang Melayu itu. Namun usaha itu sehingga kini nampak tempang dan semakin cacat. Apa yang perlu dibuat untuk memulakan langkah meningkatkan keyakinan orang Melayu terhadap UMNO. Apa yang perlu kita lakukan. Adakah kita sedar mengenai bentuk dan usaha Pakatan Rakyat dalam terus menguasai politik negara ini? Siapa dominan dalam Pakatan Rakyat ini?
Usaha Pakatan Rakyat amat mudah. Dapatkan sokongan Cina dan kaum lain. Untuk Melayu biarkan mereka berpecah dari sudut sokongan. Ini akan menjamin kemenangan Pakatan Rakyat. Mengenai hak dan usaha mempertahankan Melayu, itu agenda lain. Agenda utama adalah merebut kuasa. Pakatan Rakyat dalam usaha ini melancarkan Ketuanan Rakyat – satu konsep yang Anwar Ibrahim cipta dalam perjalanan ke Kg Baru. Konsep dan terminologi yang tidak dikira impak dan kesannya kepada Melayu.
Oleh sebab itulah orang yang pernah menjadi orang kanan Anwar Ibrahim – Ezam Mohd Nor meleraikan dirinya dari perjuangan palsu Anwar Ibrahim. Ezam Mohd Nor dalam kenyataan beliau baru-baru ini dalam tabloid Siasah mengatakan bahawa Anwar Ibrahim tidak pertahankan Melayu. Inilah yang perlu kita fikirkan kerana menyerahkan kepimpinan negara ini kepada Pakatan Rakyat amat meragukan kepada “survival” Melayu. Ezam Mohd Nor dapat di lihat sebagai menolak Anwar Ibrahim untuk menjadi kepimpinan negara ini kerana gagal mempertahankan hak atau lebih drastik lagi tidak mahu mempertahankan hak Melayu untuk “survival” politiknya sendiri. Mungkin ini sebenarnya wajah Anwar Ibrahim dan mungkin Ezam Mohd Nor tidak hipokrit dalam perjuangannya.
Blog www.arahkita.blogspot.com mengajak kita untuk berbincang secara telus apakah yang dapat membantu UMNO memulihkan keyakinan Melayu terhadap perjuangan parti beliau dan adakah Pakatan Rakyat sebenarnya menggadai hak Melayu?
18 Comments:
Saudara Anwar,
UMNO tidak dapat tidak akan tersungkur dalam arena politik semasa. Umno dah banyak melukakan hati org Melayu. Umno tidak lagi relevan dan sepatutnya tumbag pada PRU 12.
Itu sahaja
Ketuanan Rakyat adalah janji palsu Pakatan Rakyat. Melayu sebenarnya dalam keadaan merbahaya. Kedudukan tidak selesa ini semakin jelas nampak dan kedudukan ini akhirnya akan menyebabkan Melayu terpinggir.
Orang Melayu kena sedar Anwar Ibrahim membawa idealogi DAP dan ini semakin menyerlah.
Salam
Saya cukup tertarik dengan tajuk yang diketengahkan. Bagi saya, hanya Umno sahaja (maksud saya parti) yang mampu (dan telah membuktikan)mempertahankan hak Melayu. Bukan Pas tidak mampu, tetapi perjuangan Pas bukan untuk Melayu. Anwar Ibrahim boleh menjadi juara mempertahankan hak Melayu, jika Umno menjadi parti perjuangannya. Kalau dia berada di dalam PKR, dia kena lupakan cerita hak Melayu. Jika dia dalam PKR, kalau dia masih bercakap hak Melayu, maknanya dia buat lawak. Anak-anak muda, yang lahir selepas 1969, tidak akan terasa dia adalah Melayu tulin yang mempunyai hak di negara ini. Dia lebih seronok menyebut dia orang Malaysia dari berkata dia orang Melayu. Jangan salahkan mereka, kerana mereka tidak diajar sedemikin. Bangsa asing merasakan mereka juga 'tuan' kepada negara ini kerana mereka mempunyai kad pengenalan dan passport sama seperti orang Melayu. Remaja Melayu pula, tidak faham mereka adalah 'tuan' kepada negara ini dan apabila orang mengutuk dan menghina, mereka tidak tahu apakah hujahnya untuk mempertahankan bangsanya sendiri. Peranan siapa ya untuk menerangkan semua ini? Inilah peranan Umno yang perlu dilakukan tanpa gagal. Jika tidak, bukan Umno yang tersungkur (seperti komen anonymous), tetapi Melayu itu sendiri akan tersungkur. Hari ini pun, Melayu sudah tidak selamat lagi di negara mereka sendiri. Walaupun mereka merasakan mereka selamat, tetapi mereka tidak akan dapat menjamin keturunan mereka akan selamat seperti apa yang mereka alami. Saya mempunyai komen yang cukup banyak terhadap isu ini tetapi biarlah saya mengambil masa dan ketika lain untuk menulis khusus mengenainya dan saya akan menulis dengan panjang lebar mengenai nasib bangsa saya, Melayu.
Hari ini kita mula bercakap perkara yang sepatutnya kita bercakap dalam-dalam dari dulu lagi. Yang sibuk bercakap pasal hak melayu tergadai adalah UMNO sendiri dan orang melayu yang membiarkan puncanya merebak. Apakah puncanya? UMNO! UMNO! dan UMNO!
Kerana lagak sombong UMNO lah yang menyebabkan ini berlaku. Paling besar ialah proses menyahkan DSAI daripada UMNO dengan cara yang amat menjijikkan. Fitnah inilah yang membawa kepada fitnah kepada hak melayu hari ini. Siapa yang berani menafikannya? Jika DSAI masih didalam UMNO dan memimpin UMNO kini, adakah perkara ini mungkin terjadi? Akan wujudkah web UMNO-Reform ini? tanyalah diri sendiri!
Ketuanan rakyat tak kan wujud jika ketuanan melayu-islam itu dipelihara sebaik mungkin. Ketuanan rakyat wujud apabila ketuanan melayu-islam dicabul oleh pemimpin melayu UMNO sendiri untuk kepentingan diri, parti dan para kronis! Hari ini islam itu sendiri dicabul dengan 'islam-hadhari', dan apabila islam disalah tafsir dikemudian hari, apakah kita akan bercakap pula tentangnya? sedangkan kita yang memulakannya hari ini?
Sememangnya orang melayu masih lagi meyakini akan semua perkara berkaitan ketuanan melayu. Sebab itulah sekian lama orang melayu berterusan mendukung UMNO yang walaupun telah busuk dan dibusukkan oleh ahli-ahlinya. Tetapi apabila ianya telah menjadi terlalu busuk, tidakkah mungkin orang malayu terpaksa "membuang"nya? dan inilah apa yang berlaku hari ini.
Dan akibat masih adanya orang melayu yang masih mahu memikul UMNO yang busuk inilah maka kuasa politik orang melayu terkoyak rabak. Andaikata orang melayu cukup bijak dan tegas dalam membela bangsa dan agama mereka dengan menolak terus UMNO yang busuk ini, orang melayu tetap memiliki wakil yang paling ramai walau parti manapun yang mereka undi, selain UMNO-BN. Betul atau tidak?
Begitulah juga jika sekiranya awal-awal lagi ahli-ahli UMNO menidakkan tindakan jijik TDM ke atas DSAI, iaitu menidakkan “ketuanan pemimpin parti” dan menjunjung “ketuanan melayu”, maka DSAI sebagai orang melayu telah lama terbela, dan orang melayu-islam hari ini akan terus terbela dan kita tak akan berkata apapun mengenainya hari ini!
Hari ini kita ibarat ayam yang berkokok, sedang ekor bergelumang dengan tahi! Tahi kita sendiri!
Tuan-tuan jangan kutuk-kutuk UMNO. UMNO lah satu-satunya parti untuk orang Melayu dalam dunia ini. Perbaiki lah parti kita ini itu pun kalau tuan-tuan masih mahukan maruah orang Melayu terbela.
Siapa kah yang mengadaikan hak melayu. Tentu sekali rata rata menyalahkan umno. Umno adalah sebuah parti politik dimana pemimpin nya dipilih olih ahli umno itu sendiri. Umno itu Melayu tapi pernah terfikirkah anda segelintir pemimpin umno ini bukan nya Melayu. Orang melayu pula berharap agar pemimpin ini mempertahankan hak melayu. Mereka ini tidak akan terasa dengan kehilangan hak melayu tapi apa yang mereka ingin kan adalah jawatan yang akan mdapat membina satu legasi mereka sendiri.Mungkin melayu telepas pandang dengan kelicikan mereka ini. Melayu mesti bersatu membangun dalam apa bentuk cara sekali pun. Malaysia dahulu di kenali dengan Tanah Melayu. Pasti tanah melayu milik melayu. Aku terpangil untok memberi komen disini kerana aku rasa perlu nya kerana umno semakin ditenggelami olih kerakusan membina empayar dikalangan pemimpin umno.Mereka tidak memikirkan melayu itu akan berada di satu tahap kecemerlangan atau pun tidak , itu mereka tidak ambil perduli . Bahasa melayu sebagai contoh nya . Pemimpin umno perlu dengan tegas mendesak supaya bahasa melayu di guna pakai di dalam apa jua bentok pelajaran di sekolah di tanah air ku. Sayang nya olih kerana dengan satu peralihan bahasa menteri ini akan mengaut keuntongan berjuta pemimpin yang di pilih olih ahli umno ini sebenar nya penderahaka kepada parti umno. Hasil dari percetakaan bahasa inggeris pelajaran math dan sains entah berapa di kaut keuntongan nya. Aduh melayu di tipu begitu saja.
Para menteri umno lebeh suka berbahasa inggeris. Di mana kemelayuaan nya. Sepatutnya menteri mendaulatkan bahasa melayu di persada antarabangsa. Aku sendiri malu bila mana seorang perdana menteri sendiri takut untok berbahasa melayu sewaktu berucap di persidangan antarabangsa. Kerana beliau bukan berbangsa Melayu.
Banyak hak melayu sudah di gadaikan olih pemimpin umno ini.
Baru baru ini perihal sawah padi. Berapa banyak tanah sawah padi di ambil olih kerajaan negeri untok di bangun kan untok pembangunaan. Ini semua hak melayu.
Mengapa tidak di ambil estate yang di miliki olih bangsa asing tapi di ambil hak orang melayu iaitu kawasan sawah yang bolih mengeluarkan padi untok makanan rakyat. Ia nya amat mudah kerana sawah padi di ambil dengan harga yang amat murah ,kemungkinan rm 0.50 sekaki persegi dan pemimpin umno ini menjual kepada developer yang berbangsa china ini dengan harga rm 4.50 sekaki persegi.
Maka hilang lah hak melayu ,tanah melayu tergadai olih kerana pemimpin umno yang dilantik olih ahli umno itu sendiri. Hilang nya tanah pertanian yang sepatut nya di jaga untok mengeluarkan padi untok beras makanan rakyat malaysia. Orang melayu perlu sedar dan perlu jaga dari tidur yang lena. Orang melayu telah bertahun di tipu olih pemimpin mereka sendiri. Banyak hak melayu tergadai. Lihat lah saja sekarang dimana mana anda lihat restoran mamak . mengapa mereka berada di segala pelosok negeri tanah melayu. sepatut nya pemimpin umno sendiri membawa issue ini di parlimen bahawa tidak ada rakyat asing di benarkan membuka perniagaan makanan di Malaysia kecuali menjadi pekerja saja. Tergadai lagi hak melayu di mana melayu hanya mampu berniaga goreng pisang di tepi jalan. Kesian MELAYU.
Apakah orang melayu ingin terus digadaikan hak melayu di negera mereka sendiri.
Umno tidak perlu ada MAMAK.....dimana mamak ini pula di letakkan di tempat yang amat startegik ....mengapa.dan akhirnya melayu di tindik hidung....
Kepada pemimpin Melayu bangun lah dari tidur si mamak ini sedang menkucar kacir kan orang melayu.
Hentikan mereka. GPMS di pengerusi kan olih si mamak...PUTRA UMNO juga mamak.......Jangan nanti jadi seperti Negeri Melaka yang kesultanan nya hancur kerana mamak ini.....Bangun bangsa ku....bangun lah....kita telah begitu lama di tipu olih mamak mamak ini....jangan lena lagi kerana banyak hak melayu akan tergadai lagi........kementerian keawangaan mestilah dari kalangan orang melayu dan bukan nya mamak....FIKIR FIKIR KAN LAH BERSAMA......
apa pula tiba-tiba nak kutuk mamak. apabila terjadi apa-apa musibah, orang kita ni suka menuding jari kepada orang lain. sentiasalah ingat pada Allah yang maha kuasa. bila bercakap pasal bangsa jangan nak kutuk orang islam yang lain. saya nak cerita sikit mengenai orang mamak.. tuan lihat di Pulau Pinang kalau tiada orang mamak, boleh dikatakan 100% ekonomi di monopoli oleh kaum lain..dalam berniaga orang mamak tidak mendapat keistemewaan macam orang bumiputera.. yang penting negara ini aman dan politik stabil..di kalangan kita tiada dalam kamus mamak perasaan hasad dengki dan iri hati dalam perniagaan...saya sekurang-kurangnya berasa bangga dengan kemunculan habib jewel, mydin, haniffa, naza dan kemunculan restoran-restoran mamak di celah-celah kerancakkan ekonomi negara. tetapi saya begitu berdukacita kerana tenggelamnya nama-nama seperti tajuddinhussin, tan sri yahaya dll di mana syarikat-syarikat mereka diambilalih oleh orang lain. kalau tuan lihat kebanyakkan masjid-masjid india di negara ini dibangunkan sendiri oleh peniaga-peniaga mamak yang berjaya tanpa meminta sumbangan dari kerajaan. walaubagaimanapun orang mamak sentiasa bersyukur kerana negara ini aman dan atas kesyukuran ini kita sentiasa menyokong kerajaan yang memerintah kerana dapat menjaga keharmonian negara....
masa yang sesuai utk UMNO berehat...
beri peluang pada parti lain beraksi.. kalau sama saja, UMNO berpeluang naik semula..
sayang 1000x sayang sewaktu hebat berkuasa dulu UMNO sukar utk bekerjasama dgn parti melayu yg lain seperti pas dan pkr.
walhal mereka ni pun parti melayu juga, kalau UMNo boleh berkompromi dgn parti2 asing dgn baik di bawah BN, ttpi xdpat langsung utk membenatu parti2 melayu diluar BN, tentulah isu ketuanan melayu ini xtimbul.
sedar xsedar UMNO sendiri yg memusnahkan KETUANAN MELAYU dlm jangkamasa 50 tahun merdeka.
dan selagi pemimpin2 atau ahli2 UMNO masih belum boleh berubah atau masing2 masih lagi mengkayakan perut, samapi kiamat pun isu ini takkan selesai.
dan tunggulah kemusnahan MELAYU disebabkan oleh tangan-tangan KOTOR pemimpin2 UMNO!
SALAM...
berikut disenaraikan isu2 ketuanan melayu yang hilang semasa UMNO/bn(satu2nya wadah perjuangan melayu....konon2nya la... entah betul, entah tidak) memerintah Malaysia 50 tahun:
- Bahasa Jawi yang semakin hilang.( bukti subjek jawi disekolah dah dihapuskan. signboard2 pun dah xde bahasa jawi terutama di KL(DI KOTA BHARU HAMPIR SEMUA SIGNBOARD premis2 kedai MASIH menggunakan bahasa JAWI)
- Bahasa melayu ditukar pada BAHASA MALAYSIA.
Penggunaan perkataan Melayu sudah dihapuskan,
pelajaran matematik dan sains juga menggunakan bahasa inggeris.
-Ekonomi melayu sudah pun terhapus dan terhakis. Akibat kebanyakkan dimonopoli oleh kroni2 dan kaum keluarga yang meng ALI BABAKAN tender2 dan kontrak2.
- Kuasa RAJA2 MELAYU sudah berkurangan angkara mahader sewaktu jadi pi em dulu.
- Agama Islam semakin terpinggir, diserang dan dihina oleh pelbagai pihak termasuk Pemimpin2 UMNo yang suka memperlekeh tentang Islam itu sendiri.
- Tanah2 rizab Melayu yang dijual oleh pemimpin2 Umno pada bangsa2 bukan melayu.
- Harga rumah atau perumahan yang mahal yang mana Melayu xmampu utk dimiliki dan tanpa pembelaan dari UMNO MELAYU YANG KAYA RAYA.
- Memberi kuasa samada Dun atau Parlimen pada bangsa bukan Melayu walaupun kadang2 majoriti tempat itu adalah Melayu.
- Membiarkan Melayu merempat di Pulau Pinang, walaupun isu ini sudah lama dibentangkan ttp tiada pembelaan dari UMNO YANG WADAHNYA PERJUANANGAN MELAYU TULEN.
- Menderhaka pada Sultan, contoh paling baru isu MB TRENGGANU baru2 ini.
- Anak2 muda disogokkan dengan hiburan yang melampau, disogokkan dengan cara hidup barat.
kadang2 anak melayu yang xlulus bahasa melayu dan mengucap pun xreti.
yang lain2 masih byk, cuma malas nak taip.
Apa yang hendak disimpulkan disni ialah selagi UMNO masih mengamalkan bentuk pemerintahan di atas, masih lagi ego, sombong, pentingkan poket sendiri, berjuang hanya kerana wang dan kuasa, mencari glamor, memperbesarkan isu yng remeh, tidak pedulikan rakyat yang menyokongnya melayu, selagi itulah isu KETUANAN MELAYU ini xkan selesai walaupun kertas kerja yang dibentang setebal 100 muka pun.
Apa yang dapat dilihat, buangkanlah sikap2 negatif ini dan kembalilah kepada dunia nyata dan berpijak lah pada bumi yg sebenar. kembalilah pada ISLAM yang sebenar dari RASULULLAH s.a.w. (HADIAH ALLAH TAALA PADA UMAT MANUSIA)bukan Islam hadhari!
Berkerjasamalah dengan baik dengan PAS dan PKR. Tolong menolonglah antara satu sama lain walaupun berlainan ideologi atas nama ISLAM dan melayu.
contohi parti politik kaum bukan melayu yang sentiasa menolong di belakang walaupun berlainan ideologi politik.
dengan cara ini sahaja boleh mengangkat kembali KETUANAN MELAYU!
UMNO unity is very crucial now. We have to unite under the present leadership of 'Pak Lah'. Any disputes or differences of opinion, or any new challenges with regards to positions in the party, must be put aside. We must focus on being united and a strong voice for the Malays. There is no other party that can assure Malays of their rightful place in this country.
Salams to all.
Saya ada terbaca veteran umno mengatakan golongan muda skrg ini lupa jasa2 pejuang kemerdekaan dahulu iaitu umno.
Betul pejuang terdahulu umno byk berjasa.Tetapi bukan yg ada skrg. Yg sejarah tetap sejarah. Yg ada skrg bukan pejuang.
UMNO kena sedar bahawa walaupun mereka menang tetapi hakikatnya mereka kalah. Lihat apa dah jadi:
Menang majoriti tak banyak
Kawasan melayu yg diamanah kpd parti komponen banyak yang tewas.
Yang rugi siapa?
Melayu kongsi kuasa tak menjadi
Kuasa Asing tambah kuat.
Suara asing lebih menyengat.
Melayu berpecah belah.
Melayu berpuak-puak.
Melayu dalam kecelaruan.
Melayu tak akan ada masa nak rancang pelan tindakan
Melayu semakin kurang keistimewaan.
Melayu bercakaran dan salah menyalahkan.
Melayu keliru tak pasti siapa lawan siapa kawan.
Melayu terhimpit dengan desakan kaum asing dan desakan melayu sendiri.
MELAYU OOO MELAYU. Andainya melayu layu, luntur tak bermaya, akan mudah diinjak-injak, tatkala itu terciptalah satu lagi sejarah melayu.
Generasi melayu akan datang akan dikenali sebagai Melayu Muzium. Masa itu tak guna lagi segala kemegahan dan gelaran kebesaran Melayu.
UMNO patut dirombak semula dengan SEGERA. Lagi lama ia dibiarkan begini, ia akan menjadi lebih parah.
Apa yg ditunggu tunggu lagi?
Nak tunggu dia akan pulih sendiri?
Selagi masih ada ramai 'buaya2' korupt dlm UMNO, pekercayaan rakyat
terhadap BN(UMNO) akan bertambah buruk.
Dah le ada banyak 'buaya2 tua' dlm
UMNO, kini ditambah pula dengan kedatangan 'buaya2 muda' pula.
UMNO dengan dipimpin oleh pemimpin RASUAH sekarang akan hanya menghancurkan sisa2 kepentingan orang Melayu satelah di perkosa oleh pemimipin UMNO sejak tahun 1980 setelah UMNO/BN berada dibawah kuasa Mahathir.
salam Tun dan Pemimpin Melayu UMNO.
apa yang saya faham Melayu di Malaysia maknanya hanya suku sakat pemimpin melayu UMNO dan croninya aje.
melayu yang hanya menjadi ahli UMNO di malaysia tidak akan mendapat keistimewaan seperti yang diterima oleh suku sakat/croninya aje. Sebab itu kami melayu ahli biasa ini telah menolak UMNO/BN di PRU12 yang lepas.
Untuk berkuasa - fitnah terpaksa dilakukan termasuk mengaibkannya, walau pun semua tahu ia adalah rekaan semata-mata. Ini semua bagi memastikan hanya keluarga bekas pemimpin UMNO sahaja yg merajai pemerintahan negara. Melayu yg lain boleh pergi mampus. Tak gitu Tun.
Siapa yang merompak hasil negara, sehingga biasiswa untuk anak kampung Melayu ahli biasa UMNO di ragut oleh anak/cucu pemimpin UMNO sahaja. Adil kah ini dan siapa yang belot membunuh cita-cita ahli biasa UMNO ini.
Di bidang perniagaan pun begitu juga, semua untuk anak2 pemimpin UMNO sahaja termasuk untuk kroni2nya sahaja. Bagi kami yang layak dinafikan samasekali.
Siapa yang membunuh Bank Bumiputra dan siapa yang menghapuskan kuasa raja2 Melayu. Tak lain dan tidak bukan hehehe pemimpin UMNO.
Siapa yang mengagalkan DEB... siapa. Tunggulah kamu semua mati nanti akan kami kencing kubur2 kamu nanti.
Teruskan buat dosa2 dan tunggulah pembalasannya nanti di alam kubur.
Sabar, sabar.
Klik www.rajamenangis.blogspot.com
-- satu hub tunjang Kedaulatan Melayu Raya.
Ayuh.
Maktab Melayu
Negeri2 Melayu
Tanah Melayu
Saya sokong ape yang tuan punye blog ini tulis.
Artikel mengenai melayu harus diperbanyakan lagi penulisannya ibarat bak kata pepatah "mata pena lebih tajam daripada mata pedang".
salam ziarah,
http://www.gadismelayuboleh.com
Post a Comment
<< Home