Warisan
Kita sudah tiada masa
Lagu warisan atau dengan kata lirik awalnya anak kecil main api memang mempunyai pengertian yang cukup mendalam mengenai arah tuju dan nasib masa depan orang Melayu. Isu yang menitik beratkan nasib orang Melayu sering dipatahkan dengan alasan konon-kononnya itu agenda politik UMNO. Demarkasi dalam politik ini sering menjadi penghalang kepada penyatuan.
Kita sudah tiada masa seperti yang diungkapkan dalam lagu warisan itu jelas kalau diambil dari sudut situasi hari ini mempunyai petanda-petanda buruk mengenai nasib orang Melayu. Petanda awal telah digambar sekian lama dengan lumpuhnya pegangan ekonomi orang Melayu. Bangsa asing, kalau di baca dari statistik-statistik yang ada menunjukkan bahawa Melayu amat terpinggir dalam pegangan ekonomi berbanding dengan bangsa lain dan ini amat memalukan-khusus kerana kita rakyat bumiputera tanah ini.
Melangkah dari pegangan ekonomi orang Melayu yang semakin terhakis kita kini berdepan dengan kuasa politik yang kini jelas sedang terancam. Kuasa yang berkurangan dari sudut nilai kini menjadikan Melayu semakin tersisih dan permasalahan ini seakan tidak ada penghujungnya. Tuduhan yang paling senang adalah UMNO punca masalah kerana UMNO adalah peneraju perjuangan orang Melayu. Mungkin kebenarannya ada. Mungkin benar bahawa kepimpinan Melayu yang sudah “veteran” gagal melihat visi dan inspirasi baru orang Melayu. Interpretasi usang yang penuh di kangkangi batasan politik dan kehendak diri menjadi budaya yang melemahkan Melayu itu sendiri. Kepimpinan lama dengan ideologi lama angkuh dengan apa yang mahu dilihat dan bukan melihat apa yang benar-benar berlaku dalam masyarakat Melayu itu sendiri. Malang ini semua “halal” dan dihalalkan oleh kita orang Melayu.
Kedudukan kita dengan mentaliti lama membenarkan kepimpinan kita melakukan hampir apa sahaja yang difikirkan sesuai untuk zaman ini. Politik lama, metodologi usang dan persepsi pendek menjadikan UMNO itu tidak relevan dan Melayu itu sebagai penebus dosa kepimpinan – kepimpinan angkuh dan lapuk ini.
Kalau UMNO dengan kepimpinan mereka bersalah dan meleset dari memanifestasikan harapan orang Melayu maka mereka sewajarnya di tukar. Kepimpinan vokal peringkat bahagian dan cawangan perlu didengari bukan menyelangkup suara dan kehadiran mereka semata-mata tidak mahu melihat individu itu naik mencabar kuasa kepimpinan lapuk ini. Itu langkah awal dan itu langkah yang boleh menunjukkan isyarat pembaharuan yang boleh memberi talian hayat kepada Melayu. Apa pun masa kita sudah sehampir tiada. Mana Melayu akan berada 5 tahun akan datang sudah tidak nampak kabur.
29 Comments:
Tahniah anuar,
sdra nampak konsisten dalam menyebut isu org Melayu. tahniah, sdra menyebut tanpa ragu
Saya percaya Melayu perlu bersatu dalam memulakan langkah kita secara kolektif. Melayu memang ketinggalan. Melayu menjadi penyumbang statistik kemunduran negara ini. Apa nak jadi dengan Melayu?
kembali kepada satu. berdiri dibawah panjiNya.
benar ada jalan lain yang selamat tetapi manafaatnya terlalu sedikit.
melayu hanya tinggal lagu..sedar kan kita sapa yg menggadai tanah tanah melayu di kuala lumpur , jb penang atas nama pembangunan..air mata mana yg mengalirkan darah di atas sikap pemimpin melayu yg memerintah selama 50 tahun..jgn jadi kan alasan dap yg hanya memerintah tak sampai 100...sedara la melayu mari kita lenyapkan UMNO dari malaysia ini
Kuasa Melayu tidak pernah terjejas, apatah lagi terhakis.MB Selangor, Perak, Kedah dan Kelantan masih orang Melayu. Yang terjejas ialah kuasa UMNO. Pada namanya UMNO memang sinonim dengan Melayu, tetapi hakikatnya bukan begitu. UMNO yang menjadi payung kepada Melayu, malah kepada semua kaum di Malaysia, kini telah mengecilkan payungnya untuk memayungi kelompok elit UMNO sahaja. Sekiranya UMNO kembali kepada asal perjuangan, kuasa dan ketuanan UMNO pasti kembali.
Salam, tahniah atas tulisan Saudara,
Saya kira warisan kita pada hari ini perlu kita sedrakan buat pewaris bangsa dan negara.
Kita harus percaya Malaysia dibina dengan asas Melayunya. Dan ini menjadi antara intipati bagaimana Perlembagaan itu disempurnakan. Apakah sudah lupa bangsa lain soal bagaimana terbinanya Perlembagaan.
Sudah pasti kompromi untuk memberi kerakyatan buat Cina dan India adalah hasil persetujuan Melayu dengan meletakkan sedikit bicara soal keistimewaan Melayu yang sepatutnya hari ini tidak ada raguan dan soal curiga yang patut hadir dari Cina dan India. Soal keistimewaan Melayu itu bukan suatu yang keterlaluan dalam keadaan Melayu memberi kerakyatan buat Cina & India. Malaysian Malaysia bukanlah formula yang terbaik untuk masyarakat majmuk di Malaysia.
Kita dijadikan Allah berlainan bangsa untuk berkenal kenalan dengan hikmah. Apakah kita sebagai manusia mahu semuanya satu buat kepuasan palsu semata? Apakah tidak pernah berfikir buat yang Cina dan India jika kita yang asalnya berlainan ini patut merasa nikmat dengan perbezaan yang ada? Namun diaturkan kehidupan masyarakat itu dengan sopan dan santunnya yang tertib tanpa mengguris dan mengurangkan hak orang lain.
Islam sudah lama memperkatakan soal keadilan ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Keadilan bukan persamarataan sepertimana yang dituntut oleh Cina dan India. Jika mereka ada definisi lain tentang keadilan dari kacamata Cina & India, maka nyatakan secara hikmah untuk kita diskusikan dan bukan untuk kita semaikan politik dendam dan soal siapa yang mahu menang dan yang kalah habis hancur berderai.
Salam Hormat & Salam Perjuangan
Nazree Yunus
Pengerusi Jaringan Pemikir Anak Muda INSKA
This comment has been removed by a blog administrator.
This comment has been removed by a blog administrator.
This comment has been removed by a blog administrator.
This comment has been removed by a blog administrator.
Sdr Anuar,
Kamu mempunyai keupayaan untuk menghalang komen yang memaki hamun, walaupun kebebsan yang ditunjukkan tetapi komen yang sebegini tidak bagus untuk disiarkan.
Harap sdr boleh mengawal.
Tq
kuasa melayu akan makin terhakis jika umno yang terus diberi kepercayaan untuk menjaga orang melayu....
selama 50 tahun kemerdekaan, apa yang telah umno lakukan untuk meningkatkan tahap kualiti orang melayu...??
Jadi apabila isu dan sentimen melayu dimainkan sekarang..pihak yang patut dihukum adalah UMNO kerana jelas selama ini mereka menjadi parti yang telah mengkhianati melayu...
cukuplah umno merompak dan mengkhianati melayu..sudah cukup segala kezaliman dan kejahatan..walau sesiapa pun yang memimpin umno semuanya sama - yang maha perompak dan pengkhianat...
sudah masa untuk menguburkan UMNO, umno sudah tidak relevan.. semoga Pakatan Rakyat dapat memenjarakan para pengknianat melayu ini dalam Penjara Sungai Buluh
Yang peliknya apabila umno kalah teruk maka timbullah soal ketuanan melayu. tak silap apabila umno kalah teruk tahun 1990, timbul isu ketuanan melayu, kuasa melayu terhakis lah tapi apabila muno menang besar 2004 tak timbul pula isu ketuanan melayu, kuasa melayu terhakis..ini yang pelik seolah ada dalang yang cuba menggembar-gemburkan isu ini.
walau apa pun yang pasti, kuasa melayu terhakis, kuasa Raja-raja Melayu terhakis semasa dalam pemerintahan umno dan negara masih diperintah umno..
mengapa pula nak menyalahkan orang lain..pelik-pelik
dari penilaian saya sebagai rakyat yang daif ni..apa yang pasti ialah kuasa umno yang semakin terhakis, itu isu yang sebenarnya..
This comment has been removed by a blog administrator.
This comment has been removed by a blog administrator.
This comment has been removed by a blog administrator.
sebenarnya,sejujurnya dan semestinya aku sayangkan bangsa ku...namun aku keciwa,org yg dipertanggungjawapkan dalam UMNO gagal membela melayu..kita xboleh menyalahkan anwar,pas,dap,maupon pakatan rakyat,tetapi pimpinan UMN0 lah bertangguungjawap...tindakan Tun keluar umno amat tepat bagi aku,ini merupakan tun benar2 serius mengenai kepincangan paklah dan pengikut2 yg bersikap yes man...pepatah melayu mengatakan
'sayang kan anak,tangan2kan..sayangkan isteri,tinggal2kan...sayangkan melayu,Umn0 ditinggalkan' mybe ini sesuai dgn tindakan Tun M...'raja adil raja disembah,raja zalim raja disanggah' inlah yg dilakukan oleh MP jerlun dlm Umno...aku harap,kawan2 dalam UMno perbetulkan lah..aku sayang umno dari jauh sahja....
UMNO party yg unggul dan keramat,
ia telah mempertahankan kedaulatan agama dan bangsa kita 'MELAYU'.
di sebalik itu juga UMNO telah berjaya menyatu kan kaum2 seperti Cina (MCA),India (MIC) dll.
Malang nya semua ini telah tinggal sejarah sahaja.
Semenjak pemerintahan YAB TDM - YAB AAB, menjelma lah banyak 'sang buaya' lapar dan ganas dlm UMNO. Buaya2 ganas ini melatam dan membaham apa saja yg lalu dihadapan nya, hingga tidak mempedulikan hal2 lain.
Hingga ke saat ini pun sang buaya ini masih bergigitan antara satu sama lain yg sejenis dgn nya. Kerana kawasan cari makan nya nampak tergugat dan semakin sempit.
Buaya2 ini tidak akan berasa kenyang walaupan makan seberapa banyak.
Selagi masih ada buaya2 ini dlm UMNO, UMNO tidak akan pulih.
Yang hairan bin ajaib nya ada 'buaya tua2' yg dah sangat kenyang dan dah keluar lubuk masuk semula kedalam lubuk.
Tak cukup dgn buaya2 tua yg banyak dlm UMNO, nampak nya ada pula 'buaya2 muda' yg sedang sangat lapar akan di masuk kan ke dalam UMNO.
Kedatangan 'buaya2 muda'ini sangat2 dialu alukan oleh sang buaya2 tua,
kerana buaya2 tua tahu bahawa buaya2 muda ini boleh membantu
buaya2 tua cari makan.
ASSALAMMUALAIKUM WBT..
salam reformasi..
saudara anuar memang begitu tegas menpertahankan isu org melayu.. saya bangga adanya org melayu yg berani bersuara..tetapi biar lah suara yg kita luarkan atau kita lafazkan bernas..
melayu...
memang melayu ketinggalan dr segi ekonomi..berbanding dgn org cina..itu hakikat..tapi perlu kita kaji dan diteliti..
mengapa malaysia ini yg dulu dikenali tanah melayu tetapi bangsa melayu nya ketinggalan?
DEB yg diguna pakai tak berkesan ker?
salah saper?
saper yg berkuasa?
UMNO?
PAS?
PKR?
umno dgn perjuangan utk org melayu..parti org melayu..tetapi adakah umno menbela nasib org melayu??
tuan-tuan besar umno pernahkah turun melihat bertapa susah nya org melayu ?
yg mereka tau..mengaut kekayaan..
mungkin ramai ahli2 umno yg akan marah dgn sayer..
lumrah..bagi ahli umno,mereka saja yg betul..
biarlah saya cerita satu kisah yg menimpa org melayu di kuala lumpur..yg ahli parlimen wanita melayu,tetapi tidak langsung memahami kesusahan org melayu..
kisah ini terjadi pada thn 2000.. dimana higway npe hendak dibina..kawasan setinggan org melayu yg bertempat di kg pasir baru,pantai dalam di robohkan..memang..permulaan pihak pemaju bersetuju utk menberi pampasan dan sharizat selaku ahli parlimen kaw lembah pantai telah bersetuju dgn pemaju perumahan supaya org2 setinggan melayu ini di berikan jualan rumah murah sekitar 35 ribu di kawasan kg kerinchi dan di beri pampasan pemindahan 2 ribu ...dan org2 setinggan melayu ini bersetuju..tetapi pampasan yg di janjikan hanya tinggal 500 sahaja..dan di dalm kempen pruke 11 sharizat telah menugut pengundi org2 melayu setinggan ini , jika dia kalah dlm pru ke 11 rumah yg dijanjikan tidak akan diberi..org2 melayu setinggan menberikan mandat yg ckp besar kepada sharizat di pru ke 11..dan rumah yg dijanjikan siap..tetapi pemaju bukan menjualnya pada harga 35 ribu seperti di janjikan..rumah itu dijual pada harga 42 ribu..siapa yg menipu org2 melayu ini???tuhan ingin menunjukan penyelewengan..seorg hamba ALLAH telah mendedahkan..kenapa harga rumah dinaikan di sebabkan ahlii parlimen itu mmenyuruh pemaju perumahan itu menberi dia komisen.. satu rumah hampir 5 ribu..inikah pemimpin melayu yg hendak menperjuangkan org melayu??
dan org2 setinggan melayu tadi telah mennunjukkan kuasa sebenar rakyat..dimana sharizat telah ditolak..dan di gantikan org muda yg berwawasan..
salahkan org melayu menolak umno jika mereka merasakan umno tidak dpt menperjuangkan nasib org melayu itu sendiri?????????
jika ada yg ingin menberi komen tentang tulisan saye..
sila menberi komen di blogspot saye...
sekarang ni kita lihat UMNO tak macam dulu. Dulu Umno lihat orang bawah, sekarang yang bawah lihat orang atas. dunia dah terbalik. Masa ini saya ingat lagu R .Azmi. Hai ahli-ahli UMNO, buanglah pemimpin yang rakus dgn kuasa dan yang lupa atas asal perjuangan umno. Kalau masih seperti yang ada. UMNO memang dah hancur.
**** Untuk mengetahui kisah umno jelutong sila ke http:\\kemelutjelutong,blogspot.com
Salam.
Lagu Warisan adalah suatu yg dianggap keramat buat saya. Masih teringat kali pertama menyanyikan lagu ini di bangku sekolah, kali pertama belajar lirik dan bernyayi lagu Warisan yang kurang irama dan agak kaku, tetapi penuh bermakna setiap baris liriknya, perasaan seolah-olah terhuyung hayang, bulu roma tegak, rasa api semangat membara dan pada masa yang sama sedih kerana Melayu sering kali leka. Kali pertama menyanyikan lagu Warisan, waktu itu timbul kesedaran betapa pentingnya perpaduan, perpaduan Melayu yang kadangkala kita sering lupa, demi membela nasib bangsa, nasib bangsa Melayu yang semakin hari semakin tidak menentu, oleh kerana siapa? Kerana sengketa sesama kita orang Melayu.
Hari ini, semalam, malah setiap pagi aku selalu mendengar dan menyanyikan lagu ini. Perasaan membuak-buak api perjuangan buat bangsa masih tetap sama seperti hari kemarin. Yang penting adalah perjuangan bangsa kita Melayu, jgn sampai kita semua mudah terlupa, dan negeri ini sekali lagi tergadai, jadi hak orang lain, akibat daripada kita yang tidak bersatu.
UMNO sudah menjadi tunggak penggerak orang Melayu sejak penentangan Malayan Union lagi. Mungkin ramai daripada kita pada hari ini akan lansung sudah hilang confindent setiap kali orang menyebut UMNO. Bagi mereka UMNO tidak relevan lagi. UMNO pengkhianat bangsa. UMNO makan duit rakyat dan sebagainya.
Perlu diingat saudara saudara sebangsaku, kita kadangkala jgn jadi terlalu naif. UMNO itu bukan terlalu kerdil dan UMNO itu bukan bermakna barisan pemimpin sekarang semata-mata. Bak kata lain, UMNO itu bukan Pak Lah.
Jgn kita nafikan dimana kita berada pada hari ni adalah hasil daripada perjuangan UMNO utk orang Melayu, secar alansung atau tidak lansung. Hak-hak kita yang dipertahan selama ini, kuota dan sebagianya, semuanya adalah perjuangan demi perjuangan UMNO pada orang Melayu. Mustahil saya katakan, tanpa UMNO tak mungkin jumlah profesional Melayu seramai hari ini.
Apa yang tidak betul adalah pemikiran ramai dari kita yang menganggap pemimpin-pemimpin yang tidak benar hari ini, merekalah UMNO, dan UMNO perlu dihukum. Kalau benar sayangkan Melayu dan tidak lupakan jasa UMNO, bantulah kita membersihkan UMNO dari orang-orang yang telah mencemarkan nama baiknya, sampai apa yg sudah berlaku sehingga hari ini. Jgn kita seperti orang yang tidak mengenang budi, selepas sesuatu ada masalah, kita lansung lupa padanya dan hendak beralih pada yang lain, tetapi bukan hendak membantu 'mengubati' benda yang kita sayang tadi.
Marilah kawan-kawan seperjuangan, kita buka pandangan kita, jgn sempitkan pemikiran. Utk apa yg telah dicapai sampai ke hari ini, rezeki yg ibubapa, pakcik makcik, anak-anak saudara kita dapat, kita tolong 'baiki' UMNO, dan letak UMNO back on track.
Orang Melayu masih ada kuasa kalau kita buka hati dan mata, jgn jadi macam Penang, kita taknak negeri tergadai, orang Melayu terancam hasil perbalahan dan persengketaan sesama sendiri dan bangsa lain lihat tersenyum dgn sifat keanakan kita, maruah diri Melayu dan UMNO diremehkan.
Ini bukan msg racism, tetapi ini utk perjuangan bangsa. Semua bangsa perlu sedar ada faktor yang perlu sentiasa menggerakkan perjuangan mereka.
Mari orang Melayu, tidak kira UMNO atau bukan,
"Bersatulah hati, bersama berbakti, pulih kembali harga diri."
"Kira sudah tiada masa, majulah dgn maha perkasa. Jgnlah terlalai, teruskan usaha. Melayu kan gagah di nusantara."
Rizal Abd Rahman,
Kelab UMNO Luar Negara
Wahai Pepimpim UMNO pengurusan pusat kalau nak buat keputusan ikut pada perlembangaan UMNO, Macamana ahli UMNO nak percaya pada hangpa buat keputusan Pulau Pinang, bahagian Jelutong. Dengar takut pasai BPUN hantar semua betul, Kalau macam tu hangpa jangan duduk kerusi pengurusan pusat. Pengkianat MELAYU. Potong telok hangpa bagi dkt anjing,
Saya percaya kebanyakan orang MELAYU bergantung kpd UMNO. Malangnya pepimpim atas bagi AMANAH kpd Ketua PENAJA Bahagian Jelutong, yang berkelakuan yang jijik. Pernah bawa bini ketua caw. dlm BHG. Jelutong dan bini ketua caw. dlm BHG Bkt. Bendera. Pepimpim macam ini kah yang dicadang olih BPUN Pulau Pinang untuk ahli UMNO BHG. Jelutong.
Fikir Fikir Lah, PERKARA BENAR
Wahai Pepimpim diatas turun dibawah mai tengok apa berlaku di JELUTONG.
Orang UMNO melayu dah meluat dkt ketua UMNO penaja yg mempunyai sejarah yg kurang baik. Siasatlah untuk kebenaran KEPERCAYAAN ORANG MELAYU YANG SAYANG UMNO.
Wahai orang orang UMNO nak belajar buat mesyuarat UMNO mai di JELUTONG.
Tak payah notis mesyuarat tiba-tiba dengar mesyuarat dah habis. Tapi kena sokong pencalunan Ketua Penaja barisan beliau. Lantik 7 wakil ke UMNO pusat, ada wakil kes polis(DE) pun tak apa bolih diurus olih ketua penaja.
Wahai Pepimpim-Pepimpim UMNO diatas jangan sibuk berbincang dgn parti pembangkang, selesailah dahulu didlm Parti UMNO mengikut perlembagaan UMNO. DENGAR kata masaalah dinegeri sendiri pun tak dapat selesai.Di BAHAGIAN JELUTONG 17 CAWANGAN DI DUBAR.Dapat surat S/U Agong Pusat Tengku Adnan kena serapkan Ahli-ahli 17 cawangan UMNO (3000 hingga 4000) tapi tak diserapkan kedlm cawangan-cawangan yg berdekatan. Mesyuarat Cawangan UMNO dijalankan tanpa hiraukan ahli-ahli 17 cawangan. Apa nak jadi???????. Mai lah tengok jangan sibuk pasai lain. Nanti orang benci baru nak selesai............ MASIH ADA LAGI 3/4 Mesyuarat UMNO Cawangan belum jalan lagi.Kalau macam ini lah tanggoh DAHULU BAHAGIAN JELUTONG selesai ikut kepentingan ORANG MELAYU.
[url=http://firgonbares.net/][img]http://firgonbares.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]free kaspersky, [url=http://firgonbares.net/]academic software licensing[/url]
[url=http://firgonbares.net/][/url] free microsoft software to buy the software update
office 2003 basic [url=http://firgonbares.net/]free downloadable software[/url] retail store layout software
[url=http://firgonbares.net/]buy office 2003 enterprise[/url] office recovery software
[url=http://firgonbares.net/]discount oem software net[/url] photoshop to buy
windows vista ultimate download [url=http://firgonbares.net/]store finder software[/b]
[url=http://bariossetos.net/][img]http://bariossetos.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]kaspersky anti-virus/security software, [url=http://bariossetos.net/]legal software canada[/url]
[url=http://vonmertoes.net/][/url] store builder software cheap software downloads
software resellers list [url=http://hopresovees.net/]pos software reseller[/url] student discount software
[url=http://hopresovees.net/]filemaker pro 10 advanced torrent[/url] 4 Master Collection Mac
[url=http://vonmertoes.net/]sell free software[/url] serial number for adobe creative suite 3 master
sell oem software [url=http://hopresovees.net/]discounts on software for[/b]
[url=http://bariossetos.net/][img]http://bariossetos.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]how to design filemaker pro plugin, [url=http://bariossetos.net/]is bitdefender better than kaspersky[/url]
[url=http://vonmertoes.net/][/url] acdsee 3 serial software reseller program
oem software in [url=http://vonmertoes.net/]autocad electrical[/url] buy software downloads
[url=http://vonmertoes.net/]cheapest recording software[/url] adult educational software
[url=http://bariossetos.net/]autocad pdf converter lines overwrite[/url] no puedo instalar windows vista en mi psp
to purchase computer software [url=http://bariossetos.net/]filemaker pro client management templates[/b]
Post a Comment
<< Home