Tuesday, April 08, 2008

Dilema Melayu?

Tidak dapat tidak, persoalan mengenai Melayu perlu ditanya. Mahu tidak mahu rakyat Malaysia sudah membuat keputusan pada PRU 12 lalu. Namun hari ini ada persoalan yang perlu dijawab dan perlu ditanya. Adakah PRU 12 itu merupakan kemenangan untuk orang Melayu? Adakah ini kemenangan bangsa Malaysia dan apa dia Malaysia Baru yang dikatakan oleh Presiden PAS dalam kenyataan media 1 April 2008 yang mempelawa wakil-wakil rakyat UMNO untuk menyertai Pakatan Rakyat. Persoalan selepas pilihan raya ini nampak semakin merunsingkan. Pertanyaan semakin membuak – semakin mendesak – semakin meragukan. Adakah ini kekalahan Melayu? Adakah PRU itu menunjukkan Melayu tewas dan Melayu hilang pegangan pendirian seperti pernah digambarkan oleh Dato Onn Jaafar sebelum ini.

Gambaran Datuk Onn 3/8/50 mengenai orang - orang Melayu dapat di lihat dalam tulisan beliau di Warta Negara 1950;

Saya nampak gambaran yang berlainan coraknya daripada gambaran yang sedia ada di hadapan mata kebanyakan orang - orang Melayu. Gambar yang ada di hadapan saya ialah apa yang akan di sertakan oleh orang - orang Melayu sendiri , ia itu gambar menunjukkan pendirian orang - orang Melayu dan gambar perbuatan orang - orang Melayu. Satu gambar lagi ialah gambar gelap yang tidak menunjukkan pendirian orang - orang Melayu. Perbezaan itu amat mustahak ia itu perbezaan yang boleh menentukan nasib orang - orang Melayu.

Sebenarnya ini bukan satu persoalan lagi bahkan ini sebenarnya membentuk satu realiti Dilema Orang Melayu abad ini. Selepas PRU 12, persoalan pokok mengenai Dilema Melayu timbul. Apakah gambaran gelap yang tidak menunjukkan pendirian orang Melayu akan melenyapkan kewujudan Melayu itu sendiri? Apakah benar ada Malaysia Baru seperti sasaran Tn Hj Hadi atau erti Melayu itu sendiri kekal statik dan tidak bermaya. Adakah sebenarnya Melayu MENANG DALAM PRU 12 INI?

Kekesalan

Ada gambaran yang menunjukkan kekesalan orang Melayu selepas PRU 12. Ada yang memberi kenyataan yang menarik untuk di ulas. Antara katanya, “ Benar UMNO telah bertindak untuk mengayakan segelintir mereka dan Pakatan Rakyat menggelar polisi bumiputera sebagai UMNO putera namun perkataan hikmat di situ adalah MENGAYAKAN. Kini dengan PRU 12 ada suara kesal kedengaran kerana takut kuasa yang ada – terlerai dan pegangan Melayu dari semua aspek semakin merosot dan ilustrasi yang tinggal adalah MEMISKINKAN Melayu.

Adakah ini realiti kecenderungan yang ada selepas PRU 12? Adakah ada kecenderungan bahawa setelah PRU 12 ini maka tertirisnya pegangan politik orang Melayu? Sudahlah ekonomi kita adalah di peringkat terendah adakah dengan kemenangan Pakatan Rakyat maka ada pembelaan oleh orang Cina terhadap Melayu di negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur. Dengan lain perkataan - kalau dominasi kaum Cina dalam politik dan ekonomi wujud, apakah terbela kita orang Melayu. Ini bukan soalan rasis – ini soal keraguan – perlu diambil kira dan perlu diberi tumpuan serius.

Kepastian

Apa yang perlu adalah kepastian. Keraguan mula timbul dan keraguan ini perlu dijawab dengan tindakan dan bukan retorik sahaja. Kepastian perlu dibuat secara terbuka dan diusahakan dengan lebih serius lagi kerana kekeliruan dan keraguan akan menyebabkan gangguan dalam senario sosiopolitik negara ini. Namun yang penting adalah untuk orang Melayu sedar akan pegangan prinsip dan pendirian kita sebagai orang Melayu. Kita tidak mahu selepas pilihan raya ini, melangkau jauh sedikit dalam kalender pemerintahan Pakatan Rakyat, orang Melayu mula gelisah dan mempersoalkan kedudukan mereka. Sekira ini berlaku maka Delima Melayu 2008 akan menghambat keharmonian dan kemakmuran yang ada.

Adakah kemungkinan ini wujud? Sekiranya ada, pengenduran perlu dilakukan segera dan kita jangan terlampau ghairah memperkatakan mengenai Bangsa Malaysia tetapi isinya kosong tanpa kejituan. Melayu itu tetap Melayu, Cina tetap Cina dan begitu juga bangsa lain. Pengiraan tergopoh gapah dalam mengertikan Bangsa Malaysia akan hanya membentuk bangsa palsu yang akan menyulitkan keadaan. Adakah mungkin Melayu tersasar dalam memberi kesedaran pada kerajaan yang ada ini? Satu soalan yang perlu difikirkan dan adalah satu usaha penting untuk kerajaan negeri yang di tadbir oleh Pakatan Rakyat untuk memperjelaskan. Tanpa penjelasan itu maka Delima Melayu akan terus menghantui kita dan bangsa ini kemudiannya akan belayar tanpa keperibadian dan prinsip. Ini mampu menghapuskan kewujudan Melayu itu sendiri.

Teringat pada satu program anjuran Sekretariat Melayu Muda - Adakah Melayu dalam Bahaya?

39 Comments:

Blogger ZuzainZazain said...

Dilemma Melayu? Satu perspektif yang baik untuk thesis bakal sarjana. Apa yang berlaku adalah seperti kata pepatah; lepas mulut buaya masuk mulut harimau. Kerana terlalu bergantung kepada DAP untuk survival PKR dan PAS terpaksa ikut telunjuk DAP. Walaupun PKR ada lebih kerusi dari DAP di Parlimen, MP Melayu masih kecil. Kalaupun ada ADUN BN nak masuk PR, Melayu masih lagi TERPAKSA bergantung kepada Cina.

Untuk tempoh satu bulan selepas PRU 12 kesannya Cina 2 - Melayu 0. Satu gol sendiri oleh PAS dan satu lagi gol sendiri oleh PKR. Kalau lagi satu bulan mungkin Cina 5 - Melayu 1 (itupun kalau sempat).

DAN KALAU ANWAR IBRAHIM jadi PM, Melayu akan terus ketinggalan kalaupun tidak merempat.

Dan kini PAS pula berhujah menghalalkan cara. Manakan tidak, kerana PAS mempunyai Tuan Guru2 paling ramai di Malaysia. Apa yang dulunya haram, kini menjadi halal.

Setuju. Memang POLITIK Orang Melayu dalam dilemma.

12:29 PM  
Anonymous Anonymous said...

Wajarkah UMNO meletakkan segala kesalahan pada bangsa yang diakui paling mundur di Malaysia, setelah tempoh 50 tahun diberi peluang berkuasa? Hasil DEB yang tak mampu dilaksana, hanya sebagai 'lubang' untuk mengaut keuntungan - yang nyatanya akhirnya'tergadai' segalanya termasuk maruah bangsa (yang kononnya dibela) secara hina kepada bangsa Cina.
Memang, kekurangan MP Melayu menggundah-gulanakan perasaan, tapi salah siapa? Salah bangsa Melayu kerana sebahagian besarnya msih mengundi UMNO. JIka bangsa Melayu bermaruah sudah tentu ramai MP Melayu dari PAS dan PKR menerajui dan menguasai parlimen dan Melayu akan megah berdiri.
Untuk UMNO/BN terus memimpin? Siapa kah lagi? Setidak-tidaknya DSAI telah terbukti kemampuan dan karisma kepimpinan sebagai pemimpin. Ada dikalangan UMNO yang setanding atau seiring?

1:58 PM  
Anonymous Anonymous said...

Nakhoda Kudus nakhoda.kudus@yahoo.com

Kesimpulan yang dapat saya fahamkan dalam penulisan ini adalah penulis masih terkonkong dengan ideologi UMNO yang karat. Tidakkah saudara terfikir selama ini yang mendapat faedah secara terus dari kekayaan ekonomi Malaysia adalah Melayu-Melayu yang melingkari UMNO atau bersangkut-paut dengan UMNO sahaja.

Tidakkah saudara terfikir bagaimanakah Melayu-Melayu yang bukan dalam lingkaran UMNO selama ini survive? Bagaimana dengan Melayu PAS, Keadilan dan Melayu-Melayu lain yang tidak ada kena-mengena atau bersangkut paut dengan UMNO.

Mereka ini berniaga atau bekerja denga syarikat swasta mahupun kakitangan kerajaan yang tidak mendapat limpahan kekayaan dari kesuburan ekonomi negara. Mereka tidak berpeluang mendapat geran atau bantuan atau kontrak atau projek dari kerajaan hanya kerana mereka tidak mempunyai nombor keahlian UMNO.

Itu belum lagi diskriminasi terhadap permohonan anak-anak mereka untuk mendapatkan biasiswa atau untuk ke IPTA atau untuk bekerja dengan kerajaan atau GLC. Apa yang hendak dibanggakan dengan beberapa kerat Melayu UMNO yang kaya tetapi ekonomi bangsa Melayu masih dibawah 20%, masih jauh untuk mencapai sasaran DEB, 30%.

Kerisauan dan kebimbangan saudara tentang survival Melayu adalah melalut, terlalu jumud dengan idelogi yang disemai oleh UMNO selama ini. Melayu akan tetap mempertahankan kuasa Melayu walaupun Pakatan Rakyat yang memerintah.

Selagi dalam Pakatan Rakyat, PAS dan Keadilan terdapat pemimpin Melayu, selagi itulah kepentingan Melayu akan terpelihara. Selagi terdapat Institusi Di Raja, pentadbiran kerajaan, Angkatan Tentera dan Polis di kepalai oleh orang Melayu dan orang Melayu masih menjadi penduduk majoriti Malaysia, kepentingan orang Melayu akan tetap perpelihara.

Tak terfikirkah saudara pemimpin-pemimpin Melayu dalam Pakatan Rakyat itu adalah lebih jitu semangat Melayu nya kalau dibandingkan dengan pemimpin-pemimpin Melayu UMNO yang hanya tinggal ‘semangat perut’, (meminjam kata-kata Ku Li). Saya percaya pemimpin-pemimpin Cina baik dari DAP, MCA atau Gerakan tak kan sebodoh itu untuk mencari malapetaka sekiranya mereka tidak mengambil kira kepentingan Melayu dalam pentadbiran mereka.

Selama ini pun, orang Cina yang lebih kenyang dari Melayu walaupun pemimpin-pemimpin Melayu menghunus keris mempertahankan kepentingan Melayu, kononnya.

Kita boleh lihat peralihan kuasa di Pulau Pinang, bagaimana pemimpin Cina denga senang hati melepaskan kuasa kepada pemimpin Cina yang lain kerana mereka tahu walau dari parti mana sekalipun, pemimpin Cina tetap mempertahankan kepentingan kaum Cina.

Orang-orang Cina lebih mementingkan keamanan dan kesejahteraan hidup kerana merekalah yang menikmati kehidupan terbaik di negara kita ini, mereka tak akan sekali-kali cuba memporak perandakan negara ini kerana mereka tahu merekalah yang paling rugi sekiranya berlaku apa-apa yang tidak baik pada negara ini.

Acapkali diperkatakan oleh pemimpin-pemimpin Melayu di luar UMNO tentang ketidakadilan pembahagian peluang dan kekayaan dalam masyarakat Melayu dan ini adalah salah satu faktor yang menyebabkan penolakan sokongan orang Melayu terhadap UMNO.

Orang Melayu mengharapkan ada pemimpin-pemimpin Melayu di luar sana dapat melakukan sesuatu untuk memperbetulkan keadaan ekonomi orang-orang Melayu supaya lebih ramai orang Melayu akan berjaya dan merasa.

Mungkin dengan menyokong dan percaya tentang kemampuan pemimpin-pemimipin bukan UMNO untuk memperbaiki keadaan ekonomi dan sosial orang-orang Melayu dari luar UMNO.

Mereka memikirkan apa salahnya mengambil risiko untuk kebaikan dari terus menonong menyokong pemimpin-pemimpin UMNO yang telah terbukti selama 50 tahun pemerintahannya tidak dapat berlaku adil kepada orang-orang Melayu sendiri.

Kita harus memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin Melayu bukan UMNO untuk membuktikan apa yang mereka rancang dan perjuangkan selama ini dapat direlisasikan apabila mereka memegang tampuk kuasa.

Orang-orang Melayu yang bukan UMNO percaya pemimpin-pemimpin Melayu bukan UMNO ini mungkin lebih ikhlas memimpin negara dan membangunkan masyarakat Melayu!

Mungkin ada yang akan berpendapat bahawa selama ini UMNO lah yang telah membantu orang-orang Melayu untuk maju. Mereka akan membuat perbandingan orang Melayu 50 tahun dulu dengan orang-orang Melayu sekarang.

Please lah..kerajaan negara manapun dalam dunia ini wajib memajukan negara dan rakyatnya, dah memang itu tanggungjawab sebagai kerajaan, kalau kerajaan UMNO selama ini tidak melakukan kebaikan, dah lama dah mereka di reject!

Tetapi yang dipersoalkan oleh rakyat terutamanya orang-orang Melayu adalah pelaksanaan dan kepincangan pentadbiran kerajaan itu, kalau UMNO mengekalkan perjuangan sepertimana pada zaman Tun Razak dulu nescaya sokongan orang Melayu tak akan berubah.

Tetapi apa yang dikesalkan oleh orang Melayu adalah apabila UMNO dijadikan vehicle atau platform untuk pemimpin-pemimpin Melayu UMNO memperkayakan diri sendiri dan orang-orang disekeliling mereka. Perjuangan UMNO dah jauh menyimpang dari perjuangan asal penubuhan UMNO.

Maka itu, untuk mengembalikan keyakinan orang-orang Melayu kepada UMNO bukanlah satu perkara yang mudah ianya akan mengambil masa yang cukup lama dan reformasi yang cukup hebat didalam UMNO!! Sekian.

5:44 PM  
Anonymous Anonymous said...

Wah dari tajuknya seolah2 ingin membangkitkan semangat Melayu tapi malangnya saudara juga telah terkeliru dan tertipu. Mengapa sebelum PRU 12 tak ada yang risaukan hal ehwal orang Melayu yang sebenarnya di kampung2 dan golongan pertengahan Melayu? Mereka ini jelas terhimpit, mengapa tiada pemimpin Melayu yang sibuk untuk membantu? Dah hilang kuasa barulah sibuk kononnya Melayu itu UMNO dan UMNO itu Melayu. sedarlah saudara bukalah mata pemimpinmu yang kau sanjung adalah lintah darat dan kacang lupakan kulit. Mereka ini tak layak diangkat sebagai pemimpin semuanya mementingkan poket dan kekayaan, dan mengaut projek utk keluarga dan rakan2 apabila ada perhimpunan mula lobi melobi. Sedarla... tiada apa yang dibanggakan dengan pemimpin ini semua mereka hanya ingat rakyat apabila rakyat tak mengundi mereka, jika dah menang sombong dan angkuh, nak berjumpa dengan mereka bukannya mudah mesyuarat memanjang. Tiada apa yang nak di delema kan cuma biarlah mereka lena dengan kemenangan lalu .

7:31 PM  
Anonymous Anonymous said...

Setuju, Memang Betul. Kita tengok saja Di P.Pinang. Kata Pakatan tp semua kerusi bertanding org cina, org melayu adalah 1,2 kerusi. PR kata jgn main isu kaum tp P.Pinang dia bolot mcm Singapura. Perak Kerusi bertanding DAP lagi banyak dari PKR/PAS.
Sekarang nak lebarkan sayap kat Selangor utk bukak kandang babi. Bawak Kaum Cina ramai-ramai kerja kat situ. Sepenggal lagi boleh takluk Sepang yg terkenal/Elit dimata dunia.

3:25 PM  
Anonymous Anonymous said...

Segala apa yang berlaku, jangan salahkan rakyat... semuanya salah UMNO ynag diberi mandat 50 tahun tapi gagal untuk membangunkan Melayu. Umno pun sama, masa memerintah dulupun banyak bagi kerusi pada MCA,MIC dan parti2 komponen yang lain. kalau tidak, takkan lah TJOL ROSLI menangis masa xdpt mempertahankan kerusi parlimennya(it laa yg dia mampu buat pun).

Orang Melayu di Penang sebagai contoh bear, sepanjang BN memerintah yng ditunjagi oleh UMNO, apa kejayaan org melayu kat sane? cuba lah mangkok2 UMNO kat sini jawab. Jawab lah....
Yang dapat dibangunkan disini kroni2, dan ahli kerabat UMNO yang dahagakan projek.
Maknyanya perjuangan UMNO ADALAH UTNUK MENGKAYAKAN PERUT. itu perjuangan UMNO yng sebenarnya!

5:32 PM  
Anonymous Anonymous said...

ha..ha sekarang babi dapat peruntukan dari pakatan rakyat. Untung la ko rang dapat ternak babi terbesar di selangor. babi dapat dulu...lepas itu cina dan lepas tu india last baru Melayu

3:21 AM  
Anonymous Anonymous said...

Sebenarnya aku setuju dengan kenyataan Melayu dalam bahaya. Keadaan tidak selesa sebab yang menang adalah DAP-cina bukan melayu. Aku rasa Melayu yang sibuk pasal tak nak pikir pasal kaum adalah melayu yg lupa. dia tak tahu org ambil advantage atas kaum kita.

3:27 AM  
Anonymous Anonymous said...

Jawapannya ialah:

ANDA PERGI KE MASJID ATAU SURAU DISATU-SATU TAMAN, SERAMAI MANA ORANG MELAYU KITA PERGI SOLAT BERJEMAAH BERBANDING ? KADANG-KADANG DALAM SATU KAWASAN ADA 500 RATUS KEDIAMAN, TAPI YANG PERGI SOLAT BERJEMAAH 20 ORANG, MAJLIS ILMU 15 ORANG, ITU PUN SEMUA YANG SUDAH TUA-TUA. INGATLAH BAHAYANAY KITA APABILA KITA SUDAH BERADA DI PINGGIR NERAKA. JUSTERU ITU KITA JANGAN JADI ORANG MUNAFIK YANG SUKA MELAGA-LAGAKAN ORANG.BERCAKAP PANDAI, AMALAN BENGKRAP.

3:38 PM  
Anonymous Anonymous said...

MELAYU BAHAYA. JANGAN SALAHKAN PAK LAH ! KENAPA ?. MAHATHIR HEBAT, TAPI.......? MUNGKIN MELAYU KUAT APABILA PR MEMERINTAH.

22 tahun Tun Mahathir jadi PM dan Presiden Umno. Namun amat dukacita sekali sebab dia tidak boleh melahirkan walau seorang pun pemimpin Umno yang hebat seperti dia.Semua pemimpin Umno yang ada sekarang ini adalah hasil dari bimbingan tangan beliau. Mahathir lemah dalam soal ini.Umno 46 dah berkubur, yang ada sekarang ialah Umno Baru ( 88 ) yang mana Presiden Pertamanya ialah Mahathir. Ini bermakna BN yang dipimpin Umno 46 memerintah negara bermula 1957 - 1988, Umno Baru 88 dari 1988 - sekarang. Mungkin lepas ini Pakatan Rakyat pula.

Melayu mungkin selamat dengan kaedah ini, senang saja. Pembangkang ada 82 kerusi. PKR 31( Melayu 19 ) Pas ada 23 dan DAP 28. Ini bermakna Melayu dalam pembangkang ada 42. Katakanlah pada bulan Oktober ni Anwar dapat bertanding dan menang. Pak Lah pula dapat pencalonan Jawatan Presiden hanya dari 40 bahagian yang mana kesemua Ketua Bahagiannya Ahli Parlimen. Pak Lah tak layak jadi Presiden dan PM. Pak Lah pun jemput 40 orang ahli Parlimen itu masuk Pas dan PKR. Maka jadilah jumlah pembangkang 122 kerusi dengan Melayu 82 dan Bukan Melayu 40. Maka Pak Lah kekal PM, Anwar TPM ( Menteri Kewangan ). PR dapat memerintah, Melayu selamat. Pak Lah pun senang benteras rasuah dan lain-lain lagi dan meneruskan program Islam Hadhari kerana kawan-kawannya orang baik-baik.Yang amat tak selamatnya Umno. Tinggallah puak-puak yang sombong dan bongkak dalam Umno. Maka Muhyidin Yasin pula kalah lawan Najib jawatan Presiden.Maka putih matalah. Presiden tak dapat, Jawatan Menteri terlepas. Yang dikejar tak dapat dan yang dikendung keciciran.Najib pun keluar Umno masuk PKR.

Apabila masuklah tahun 2009 maka usia Pak Lah pun genaplah 70 tahun. Pak Lah pun bersara, kerana dia pernah kata dia tak akan pegang lama PM kerana umurnya dah nak sampai 70 tahun.Anwar terus naik jadi PM dan Najib sebagai TPM. Orang melayu pun ramai-ramai masuk Pas dan PKR. Maka kuatlah Melayu. PAS akan jadi parti tunggak Melayu, manakala PKR pula parti campuran yang mana pemimpin kanannya adalah Melayu.

Bermulalah pula pilihanraya Umum ke 13. DAP keluar PR, tetapi Samy Vellu, Ko Tsu Kong dan Ong Ka Ting bubar parti mereka dan masuk PKR. Kerusi Parlimen 222. PAS letak calon 111 dan PKR 111 kerusi. Pas semua Islam. PKR pula 50 Melayu dan 61 bukan Melayu. PR menang 200 kerusi dengan 111 calon Pas menang, PKR pula 89 kerusi menang dengan 40 Islam dan 49 bukan Islam. Maka dapat mojoriti dua pertiga dengan Melayu Islam 151 kerusi dan Bukan Islam 49 kerusi. DAP dan lain-lain 22 kerusi pembangkang.Perlembagan kekal seperti biasa. Hudud boleh laksana. Negara Islam Mantap. Melayu akan jadi kuat.Anwar PM, Nasarudi Mat Isa TPM. Kalimah RAHMAAN. Ab. Rahman, Razak, Husin, Mahathir, Abdullah, Anwar dan Nasarudin.

Justeru itu kita jangan hanya mengharapkan kepada Umno saja yang dapat memperkukuhkan perpaduan Melayu. Sebab selagi ahli-ahli Umno mementingkan Duit, pangkat dan perempuan, UMNO tak akan pulih sampai bila-bila, walaupun Umno itu adalah parti yang bagus.Tukarlah Najib ke, Muhyidin ke, Mukhriz ke, begitu lah keadaannya. Fikirlah ahli-ahli Umno mu nak bergaduh ko, atau nak bersatu?. Mu berjuang untuk pangkat, duit dan kemegahan ko, atau untuk Agama Islam, bangsa dan Negara?. Jangan mulut saja yang indah berkata-kata, tetapi hati tak jujur dan ikhlas. Nun Kelantan dah nak 22 tahun UMNO jatuh, tapi pemimpin Umno tak insaf-insaf, masih lagi nak mahu bersatu, tak mahu bermuhasabah, , tak ingat kepada Allah ( buat solat hajat dan doa selamat minta tuhan jauhkan bala dan amankan Umno ), tetapi asyik berbalah, bertelingkah, nak jatuhkan Pak Lah dan bermuka-muka.

Fikir lah, ini adalah sebagai satu peringatan kepada ahli-ahli Umno daripada ahli Umno yang ikhlas. Hamba mohon maaf kalau terkasar bahasa. Hamba bukan penyokong Pak Lah atau Mahathir, tapi sekadar nasihat supaya kita berastu.

4:51 PM  
Anonymous Anonymous said...

OOO... kat selangor bole ternak BABI, abis tu BABI MELAKA tu apa citer? beb? DAH SETTLE KE BELOM? KE rakyat MELAKA suka ternak BABI?

4:52 PM  
Anonymous Anonymous said...

Saya pelik kenapa ramai yang masih mengharapkan Anwar Ibrahim mengambil alih kepimpinan negara. Apa jasa dia pada negara selama 16 tahun dia dalam kerajaan dulu?? Apa yang dia buat semasa krisis ekonomi/matawang yang memuncak pada tahun 1998 sebelum pemecatannya? Kadar faedah asas (BLR) bank naik tanpa dpt dikawal, pinjaman tak berbayar diklasifikasikan sebagai NPL diturunkan dari 6 bula ke 3 bulan. Sistem perbankan hampir lumpuh dan nilai ringgit terus merudum.Banyak syarikat perniagaan bungkus. Nasib baik Tun M bertindak cepat memecat Anwar dan mengenalkan beberapa polisi yang menenangkan keadaan ekonomi waktu itu, kalau tidak negara dah tergadai pada IMF dan itu yang Anwar mahukan asalkan dia boleh berkuasa. Negeri yang di perintah dap/pas/pkr berlumba2 memuaskan hati org cina seperti ladang babi rm100 juta, pemberian geran tanah kpd kampung baru cina dan kepada pekebun sayur dan peladang cina di perak.Tender terbuka di penang akan mengutungkan cina kerana mereka yang mengawal semua bahan utama yang diperlukan. Orang melayu dapat apa? Lepas ni pakatan pembangkang akan menuntut jawatan2 utama dalam GLC diberi pada org cina. Pemimpin melayu pembangkang tak pula minta syarikat gergasi cina membuka peluang kepada org melayu menjadi anggota pengurusan di syarikat mereka. Kalau nak adil pada semua suruhlah dap bagi arahan pada syarikat cina utk tidak mendiskriminasikan melayu di syarikat mereka, jgn hanya pandai menuduh melayu menindas kaum lain di Malaysia. Apa kah selama ini org cina susah sangat kah nak nak berniaga disini. Kalau hidup disini susah macamana ramai org cina yang kaya raya?Pemimpin melayu pkr/pas, ikutlah rentak tari dap dan jual lah, gadailah maruah bangsa melayu untuk kepentingan peribadi anda semua. Org cina memang suka pada anwar sebab dia akan buat apa saja yang diarahkan asal dapat jadi PM.Fikir fikirkanlah

orang baru

10:11 PM  
Anonymous Anonymous said...

habis tu... takkan ko nak sokong dollah lagi jadi PM? tUN M pun dah tua... UMNO xde pemimpin pelapis yg betol2 boleh memimpin. Dan Dlm umno pun dah xde pemimpin mcm Mahadir...

Sepanjang UMNO memerintah 50 tahun merdeka pun melayu mmg dah bnyk rugi... kuasa politik melayu byk terhakis sedikit demi sedikit. pemimpin2 umno khayal dgn kemewahan, rasuah dan semua projek2. Orang melayu dpt apa? dan sepanjang umno memerintah ada ke depa buat pemantauan supaya org melayu boleh dpt jawatan yg besar di syarikat2 org cina? yang dpt projek besar2 pun pemimpin2 umno bagi kat kroni yg xberkelayakan dan di ali babakan bagi pada kontraktor cina. Habis apa penyelasaiannye? Umno hanya bertopengkan perjuangan melayu, tapi pada hakikatnya bukan utk membela melayu, tapi memusnahkan melayu secara sedikit demi sedkit.

50 tahu umno memerintah apa yg kita bole banggakan pada org2 melayu?

Rasuah- Melayu
Murtad- melayu
Buang Anak - Melayu
tanah rizab di lelong- tanah Melayu
gejala sosial yg meningkat -melayu
dadah - Kat pusat pun ramai melayu
ekonomi- pun melayu teruk
rempit- melayu dan KJ PRESIDENNYE.
Konsert- pun ramai melayu berhibur melampau.(BYK LAGI)

kalau setakat isu babi nak jadi kan isu.

Habis tu babi kat MELAKA apa citer?

100 juta yg diperuntukan di selangor bukannyA dari kerjaan negeri selangor, tapi dari tokey2 cine yg nak melabur di situ.

bagi umno BABI HARAM yg besar.
TAPI RASUAH, ARAK, BAGI PROJEK PADA KRONI MELALUI CARA YG X TELUS X MENAGAPA, pelcuran pun xpe, Konsert melampau pun xpe..., KUTUK ULAMA@MUFTI PUN XPE. dedah aurat pun xpe. ADA SKANDAL NGAN PEREMPUAN PUN XPE(KES CHUA SOI LEK).

dan yg paling ketara disini UMNO BUKAN RISAUKAN SANGAT KUASA MELAYU, tapi PROJEK2 YG MEREKA2 INI TIDAK AKAN DAPAT BILE MELALUI TENDER TERBUKA.

dan 50 Tahun Umno memerintah secara LOGIKNYA kalau ikhlas dlm perjuangan utk mengangkat martabat
melayu, mungkin melayu sudah boleh bersaingan sama taraf dengan org2 cina dari segi ekonomi....sebab 50 tahun itu sudah terlalu lama diberikan.

tapi apa? 50 tahun umno masih gagal... jadi kita cuba dulu pakatan rakyat. tgk 5 tahun mereka memrintah... jika gagal, kita buatlah pilihan lain.

Sayang 1000x sayang, pemerintahan seperti TUN ABD RAZAK SUDAH TIDAK ADA DALAM UMNO, pemerintahan AMPU, BODEK, RASUAH, KENYANGKAN PERUT DGN PROJEK2, REBUTKAN KUASA, PERKAUMAN yang masih berlegar2 lagi dlam kepimpinan UMNO, KINI DULU DAN SELAMANYA....

8:35 AM  
Anonymous Anonymous said...

pembaNgunan wilayah iskandariah di JOHOR pun TUN M ada tegur. kerana jika tidak di pantau dengan betul akan menyebabkan singapure boleh memeiliki JOHOR, ISRAEL PUN BOLEH MEMEILKI TANAH DI JOHOR.... kenapa ORG2 ATAU PEMIMPIN umno tidak buka mata atau melakukan demonstrasi di JOHOR MEMBANTAH TTG WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDARIAH seperti pendemonstrasi2 BABI2 HARI TU?


sEDARKAH YG TANAH2 DI JOHOR BOLEH DI BELI OLEH ORG2 SINGAPURA? MANAKAH PERJUANGAN MELAYU YG DICANANG2KAN OLEH UMNO SELAMA NI?

JAWAB!
JAWAB!
JAWAB!

8:41 AM  
Anonymous Anonymous said...

bukan Dilema Melayu tetapi Dilema UMNO untuk bagaimana untuk terus berkuasa dan terus memperbodohkan orang2 Melayu....

Selama 50 tahun kemerdekaan, apa yang semakin nyata dan jelas adalah kemunduran umat Melayu adalah kerana mempercayai UMNO sedangkan inilah parti yang menjadi pengkhianat bangsa, merompak dan mempapakedanakan umat Melayu....

Mengapa perlu berdemo di Penang sedangkan selama UMNO berkuasa di Penang...orang Melayu merempat dan semakin merempat di bumi sendiri..orang Penang mempercayai UMNO selama 50 tahun tetapi hasilnya adalah kemunduran melayu..

Soalannya adakah umno relevan untuk orang Melayu?? Jawapan saya, sudah masanya untuk umno dikuburkan dan disimpan di muzium... Yang jelas, umno adalah kelab untuk orang2 sakit..mungkin akan sampai masanya umno akan menjadi kelab untuk orang2 mati

11:43 PM  
Anonymous Anonymous said...

akal yang celik, hati yang ikhlas betapa umno adalah parti pengkhianat melayu

umno sudah kehilangan idealisme. Perjuangan orang2 umno sekarang adalah perjuangan untuk memperkayakan diri sendiri dan bukan lagi membela bangsa...

Yang ada dalam umno sekarang adalah muka2 penjenayah bangsa yang telah mengkhianati ikrar perjuangan...tidak layak dan cukup memualkan melihat orang umno masih lagi dengan lagak bodoh mahu berjuang untuk orang melayu...

Harapan orang Melayu adalah dengan kematian umno...bilamana umno sudah mati, orang Melayu akan bangkit semula menjadi bangsa yang hebat kerana penyakit orang Melayu adalah disebabkan umno...hilangnya umno..hilanglah penyakit Melayu

11:49 PM  
Anonymous Anonymous said...

Siapa yang ada dalam umno sekrang yang boleh menjadi pemimpin?
Pak Lah atau Pak Bodoh - memang sangat2 bodoh....

najib - banyak skandal mamat nie.. kenapa media perdana tak tulis yang bodyguard dia yang pergi bom pompuan Monggolia tu?

KJ - samseng, gila harta, gila kuasa - ada bakat menjadi perompak besar2an

Mudin - selain dari bijak menghunus keris apalagi yang si Budin nie mampu buat...Yes boss.., MY LOVELY KJ!!!!

MAt Din - tiada muka boleh jadi PM.., balik kg tanam jagung lagi bagus

Mukhriz - emmm kan bapak dia yang banyak menjahanamkan sistem kehakiman di malaysia dan menjadi punca berlakunya rasuah yang bermaharajalela di malaysia.. kalau bapak dah macam tu apalagi yang dapat diharap pada anaknya...

Mr. Putera UMNO - inilah contoh pemimpin IQ paling rendah, bangang dan memalukan intelektual melayu ...selain daripada merempit, apalagi yang mamat nie boleh buat...no wonderlah kenapa umno kalah banyak sebab ramai sangat spesis IQ mcm nie yang jadi calon

Jadi kesimpulannya..., tinggalkan umno...marilah kita lompat beramai2 ke PAKATAN...harapan baru untuk rakyat MALAYSIA...

Hidup PAKATAN..., go to HELL Be END

12:03 AM  
Anonymous Anonymous said...

Projek IDR akan bagi peluang pekerjaan (pembinaan kilang-kilang dan kawasan peniagaan) tapi perlu dipantau betul dan transperent. sekian.

1:52 AM  
Anonymous Anonymous said...

Negara ni memang nak hancur pon. BN, UMNO ke PR, PAS, PKR ke, Melayu akan jadi hamba dan akhirnya lenyap juga. Kaum-kaum lain sama nasib juga sebab akan berlaku perperangan yang akan tukarkan Malaysia menjadi bekas Malaysia, seperti tanah buangan nuklear. Sedih, tapi nak buat apa. Migrate saja la ke mana-mana tempat lain atas dunia ni.

MALAYSIA BOLEH!

2:12 AM  
Anonymous Anonymous said...

iyu baru melayu,,!!!

7:14 AM  
Anonymous Anonymous said...

nah,,itu la masallah nya org2 umno,,selama lebih 20 tahun memegang jawatan,duduk dikerusi empuk,dengan kereta mewah,rumah mengalah sultan,,inilah akibatnya pemimpin yang tamak dan gile kuasa sebenarnya,walaupun terang-terang dah kalah teruk,tapi masih angkuh dan sombog lagi pada rakyaat,masih ada sikap yang tak maengaku salah,tak berani berdepan dengan kenyaatan yg sebenarnya boleh disamakan tak(gentlemen) takut hilang kuasa,takut hilang duit yg telah dilaburkan,takut hilang projek,takut hilang kekayaan di dunia ini,takut dan malu pada rakyat yg selama ini menipu rakyat yang masih hidup,merekalah raja rasuah no 1 didunia ini,inilah masallahnya kalau bab cerita islam,memang kita rakyat m`sia khususnya org melayu,,memang sudah di akui,keislamannya dim`sia oleh lain bangsa,sepertinya kaum cina dan india,,tetapi amalan rasuah,berat sebelah,mengejar kekayaan untuk sanak saudara,tanpa memikirkan rakyaat yg misikin dan ketinggalan,harta yg melimpah ruah di bahagi2kan kepada kroni2 umno,dan yang paling teruk sama sekali,,ialahlah sangat sombong,bongkak,dan tidak dapat menerimanya yg seadanya,tak pernah bersyukur banyak2,,sekarang terima la padahnya,berani kita buat untuk rakyat,bermakna berani la kita bersedia terima sumpahan serana rakyat,,didlm dunia ini hanya ada 2 saja,,ada panjang mesti ada pendek,adanya siang pasti adanya malam,,kalau umno sudah lama pastinya ada kumpulan baru,,MELAYU BOLEH MAKAN SAJA,,!!!!

7:38 AM  
Anonymous Anonymous said...

setuju betul..nie bukan dilema melayu..., nie dilema umno.., umno dan orang2nya.. kalau nak tahu ada dua jenis orang ajer dalam umno nie..

kumpulan pertama - adalah kumpulan penipu, perompak dan penyangak - nielah jenis pemimpin yang ada dalam umno. sebab tu 50 tahun merdeka, orang melayu masih belum maju2, tiap kali persidangan umno, nak tunjuk keris lah, nak laungan hidup melayu lah...piirah...pemimoin tak tau malu

kumpulan kedua - kumpulan yang kena tipu - ini adalah jenis rakyat yang masih belum pandai2 n bijak sebab suka sangat diperbodohkan orang umno. spesis nie banyak kat johor.. kalau kucing jadik calon umno pun, orang johor akan tetap pangkah umno..

err rimas aku tengok orang umno...macam tengok muka perompak jer

6:07 PM  
Anonymous Anonymous said...

BARU SEBULAN MENANG DAH PAKAI KERETA MEWAH

Pada PRU – 12 yang lepas, Selangor telah dimenangi oleh Parti Pembangkang dan rakyat menunggu janji-janji manipesto pembangkang kepada rakyat Negeri Selangor.

Janji belum ditunaikan tetapi lain pula rakyat Selangor yang dapat, Projek Mega yang telah diluluskan oleh YB Teresa Kok Exco Negeri Selangor bagi membina sebuah kandang BABI terbesar di Negeri Selangor dengan kos perbelanjaan RM 100 juta yang akan menyusahkan rakyat Daerah Sepang dan Kuala Langat.

Tapi lain pula di Klang, ADUN Pelabuhan Klang pula dah memiliki sebuah kereta baru jenama Mercedes, ini tak sampai sebulan je menang. Ini baru sebulan dah pakai kereta mewah. Apa akan jadi selepas 6 bulan. Mungkin rumah besar akan dibina di kampong Raja Uda Pelabuhan Klang. Jika Exco Agama boleh bawa BPR masuk Pejabat JAIS, kenapa tak di bawa BPR ke rumah ADUN PKR Pelabuhan Klang.

Yang terima bala dan malapetaka ialah Rakyat Selangor yang setia kepada Kerajaan Lama tapi yang menyesal tak sudah rakyat yang mahukan perubahan dengan menyokong Kerajaan baru (BA).

11:20 AM  
Anonymous Anonymous said...

patutla MALAYSIA mempunyai pemimpin yg kurang cerdik... sebab PENYOKONG2NYA yang kurang cerdik pun masih banyak kat sini....

kalau ada kes pakai keta besar...buktikan! bawa kes ke mahkamah!

kan khir toyo ketua pembangkang selangor... dedahkan la!!!

isu BABI KAT MELAKA dulu sampai nak jadi RUSUHAN... SAPA NAK JAWAB? JAWAB LA WOIIIIIIIIIIII!!!!

dan aku pasti kalau projek BABI jatuh ketangan kroni2 UMNO.... semua ni takkan jadi isu....HAHAHAHAHAHAHA

3:28 PM  
Anonymous Anonymous said...

... kesian kerana umno xdpt terima kekalahan, BABI jadi mangsa!...

Tidak tahulah bila isu tapak ternakan babi moden warisan kerajaan BN Selangor bakal reda. Sehingga rencana ini ditulis, media massa utama khususnya TV3 dan Utusan Malaysia menjadikan isu babi itu sebagai 'hidangan utama' mereka.

Bukanlah menjadi satu kesalahan kepada media massa pro-BN untuk mengetengahkan isu rakyat termasuk isu babi ini. Tetapi sejak ia dicetuskan oleh berita tunjuk perasaan puluhan penduduk kampung dari daerah Sepang di hadapan Bangunan SUK, Shah Alam; isu babi ini dipolitikkan dan dijadikan bahan untuk menghentam kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Ironinya, walaupun sudah puluhan tahun ladang ternakan babi bertapak di daerah Sepang, bantahan mengenainya hanya kedengaran setelah baru sebulan pentadbiran Selangor bertukar tangan. Sehingga kini, terdapat 137 ladang babi peninggalan pentadbiran kerajaan BN terdapat di Selangor. Jumlah keempat tertinggi selepas Pulau Pinang, Perak dan Kelantan, dakwa Utusan Malaysia!

Yang lebih membingungkan, projek tapak ternakan babi moden itu telah diluluskan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pada 9 Februari 2008. Mustahil bekas Menteri Besar, Dato' Seri Mohd Khir Toyo dan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Dato' Noh Omar tidak mengetahuinya?

Malah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Permodenan Pertanian, Sumber Alam Sekitar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Yaakob Sapari mendedahkan bekas Setiausaha Politik Khir Toyo pernah mengadakan lawatan ke Jerman bersama wakil penduduk Kampung Ladang Tumbuk, untuk melihat lebih dekat teknologi penternakan babi secara moden di sana.

Malah wakil-wakil penduduk terbabit, jelas Yaakob bersetuju dengan kaedah penternakan babi di Jerman itu dan tidak keberatan untuk menyokong pelaksanaan projek yang serupa di Sepang.

Persoalannya, mengapakah wakil-wakil penduduk yang sama tiba-tiba membantah projek yang mereka sokong semasa pentadbiran BN?

Jawapannya adalah kerana sentimen politik. Kawasan Sepang adalah antara saki baki kubu BN yang masih bertahan selepas dilanda tsunami politik pilihan raya umum, 8 Mac lalu.

Calon BN, Dato' Mohd Zin Mohamed menang di Parlimen Sepang mengalahkan calon PAS, Mohamed Makki Ahmad dengan majoriti 4849 undi berbanding majoriti 18837 undi pada 2004.

BN juga menang di 2 Dun majoriti Melayu di Tanjong Sepat dan Dengkil dengan majoriti rosot berbanding 2004.

Di Dun Sungai Pelek yang mempunyai komposisi 41.03% Melayu, Cina (37.86%) dan India (20.81%), calon BN tewas di tangan DAP dengan majoriti 1572 undi. BN menang di Sungai Pelek pada pilihan raya umum 2004 dengan majoriti 4107.

Jelas usaha Umno untuk mempolitikkan isu ternakan babi ini lebih bertujuan memainkan sentimen kaum sekaligus cuba menjuarai isu-isu kepentingan Melayu di Sepang dan Selangor umumnya.

Cubaan mempolitikkan isu ini diserlahkan dalam kain-kain pemidang yang dijulang para penunjuk perasaan di hadapan Bangunan SUK, baru-baru ini. Foto tiga ekor babi yang setiap satunya tertulis perkataan DAP, PKR dan PAS dipaparkan melalui baner. Babi yang ditulis perkataan PAS ditunggang oleh seorang Arab Badawi - mengingatkan kita tentang Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang pernah mengetuai jawatankuasa bertindak isu JE (Japanese Enphylitis), Bukit Pelanduk, Port Dickson (yang menyaksikan puluhan ribu babi dihapuskan kerana dikesan membawa virus JE).

Para pemimpin Umno Selangor juga mendakwa projek ternakan babi secara moden itu sebagai 'hadiah' kerajaan Pakatan Rakyat kepada rakyat.

Malah, Utusan Malaysia dalam laporannya cuba memburuk-burukkan Kelantan dengan mendakwa negeri tersebut mempunyai ladang babi ketiga tertinggi di Malaysia (151 ladang) di belakang Pulau Pinang (227) dan Perak (152).

Akhbar yang sama bagaimanapun tidak mendedahkan statistik ladang babi di negeri-negeri dikuasai BN khususnya Negeri Sembilan dan Melaka.

Bagaimanapun statistik Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) menunjukkan Kelantan hanya mempunyai 682 ekor babi yang semuanya diternak di belakang rumah oleh penduduk-penduduk Siam-Buddha di jajahan Tumpat.

Soalnya, dari manakah statistik ladang babi Kelantan itu diperolehi Utusan? Dan mengapakah maklumat palsu itu diwar-warkan jika bukan bertujuan mengocak sentimen pembaca?

Apa yang pasti para penduduk di daearah Sepang dan Hulu Langat perlu diberikan penjelasan sebenar berhubung isu ini. Amat malang jika penduduk menjadi mangsa percaturan politik pihak-pihak tertentu yang dihinggapi sindrom hilang kuasa.

Isu yang perlu difahami para penduduk berkaitan cadangan projek tapak penternakan babi moden di Ladang Tumbuk, Hulu Langat adalah:

* Ia adalah pelaksanaan konsep peladangan babi moden (MPF) yang diputuskan kabinet Kerajaan Pusat BN pada Julai 2007. MPF mempunyai empat kriteria iaitu ladang tertutup; mempraktikkan pengolahan sisa buangan sifar (zero discharge); membangunkan infrastruktur yang baik dan mencukupi untuk ternakan; dan menetapkan kuota untuk pengeluaran babi.

* Ia adalah projek MPF yang telah diluluskan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pada 9 Februari 2008; di saat kerajaan negeri masih ditadbir BN.

* Pelaksanaan projek telah mendapat persetujuan wakil-wakil penduduk kampung Ladang Tumbuk yang telah melakukan lawatan kerja ke Jerman bersama bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor.

* Projek bernilai RM100 juta ini bukan bertujuan menambah kapasiti dan keluasan ternakan babi, sebaliknya erperanan memusat dan mengawal penternakan babi di daerah Sepang dan Hulu Langat.

* Tiada lesen baru ternakan babi akan dikeluarkan kerajaan negeri selepas projek ini terlaksana.

* Najis dan sisa kumbahan babi dari ladang akan dikumpulkan dalam satu takungan bercampur sisa rumput, yang kemudian menghasilkan bio-gas untuk menjana kuasa elektrik bagi keperluan ladang.

* Tiada bahan buangan yang akan menjadi sisa dan keluar dari kawasan ladang sekaligus membanteras pencemaran air, bau dan alam sekitar yang kini dialami penduduk.

* Projek seluas 119 ekar itu tidak dibiayai kerajaan negeri sebaliknya dibiayai penternak. Sebagai contoh, para pengusaha ladang dikenakan bon sebanyak RM40 juta untuk membiayai kos pengambilan tanah.

Sehubungan itu isu berhubung projek penternakan babi moden ini perlu difahami dan diteliti sungguh-sungguh oleh pihak-pihak terbabit.

Rundingan dan pandangan daripada masyarakat setempat perlu bagi memastikan projek yang dirancang mampu menyelesaikan masalah peninggalan kerajaan BN ini.

Di masa yang sama, media massa dan para pemimpin Umno negeri perlu lebih bertanggung jawab dengan tidak memainkan sentimen masyarakat.

Kegagalan kerajaan negeri BN di Negeri Sembilan dan Melaka dalam mengawal penternakan babi perlu dijadikan iktibar.

Amaran Yaakob bahawa kerajaan negeri tidak teragak-agak mendedahkan dokumen rasmi berhubung projek yang telah diluluskan MTES pada 9 Februari lalu perlu diberi perhatian serius pemimpin Umno negeri.

Jangan jadi bagai meludah ke langit terkena batang hidung sendiri ataupun menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri.

Mungkin Karam Singh Walia punyai perumpamaan yang lebih baik bagi mengulas isu babi dan BN ini?

-sumber malaysia today.net

4:10 PM  
Anonymous Anonymous said...

semakin hari aku semakin meluat dengan cara media massa memaparkan isu2 berkaitan melayu...

Mual dan lebih memualkan bila pemimpin umno yang bercakap soal nak menjaga orang melayu...

Orang melayu akan lebih terjamin dan selamat jika bukan umno yang berjuang untuk orang melayu...kerana selama ini sejak DSAI dibuang dari Kerajaan, umno telah menjadi parti yang mengkhianati orang melayu....

siapakah iblis yang menyekat bantuan kepada sekolah agama dan memberi imej buruk kepada pelajar lepasan agama - takpayah tuding orang lain - jaw nya iblis umno

siapa yang dapat kontrak kerajaan n lepas tu buat kerja ntah apa2 - celaka orang umno yang dapat....

siapa yang banyak sapu bantuan kerajaan untuk rakyat malahan yang miskin pun turut sama disapu - orang umno yang celaka lagi setan dari setan

siapa yang menjahamamkan bahasa melayu - orang umno yang nak cakap inggeris pun tak betul...

siapa yang meng'alibaba'kan kontrak kerajaan - siapa lagi yang dapat kontrak tu kalau bukan jahanam umno n lepas tu jual kontrak kat orang lain...

siapa yang menyekat bantuan kepada negeri yang majoritinya orang melayu - Kelantan n tganu (masa Ganu dok bawah PAS) - siapa lagi kalau umno yang celaka...

siapa yang diberi kepercayaan untuk menjaga orang melayu Penang tetapi orang melayu penang tetap jugak merempat di kandang sendiri - siapa lagi kalau bukan umno....

kalau nak senarai memang tak selesai n banyak..jadi takpayah nak jadik hero melayu...kerana umno adalah musuh melayu no.1

Bukan setakat musuh no.1 orang Melayu malahan patut menjadi musuh no.1 seluruh rakyat malaysia yang bukan melayu

9:08 PM  
Anonymous Anonymous said...

Sebenarnya yang dalam bahaya bukannya melayu tapi parti umno. Umno yang hampir karam sekarang.
Mengapa? kalau umno terkubur, orang melayu akan terkunbur ke? Sebenarnya kalau Umno terkubur.. YANG akan TERkubur adalah pemimpin-pemimpin Umno yang angkuh,sombong yang menganggap semua duit dan kekayaan negara adalah duit mereka.. bukan HAK rakyat.
HIDUP RAKYAT..HIDUP PAKATAN RAKYAT

11:12 PM  
Blogger wak suardi said...

UMNO ; BURUK MUKA CERMIN DIBELAH

Kalau ditanya bidalan di atas kepada orang umno, hampir pasti 90% tak tahu apa maknanya. Saya nak terangkan kepada semua pejuang agama, bangsa dan negara (umno), maknanya ialah :

1 kerana kesalahan diri sendiri orang lain dipersalahkan

2 diri sendiri yang kurang pandai orang lain disalahkan

3 orang yang menegur kelakuan kita yang tiada baik dimusuhi.

Sila rujuk Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan ms 298.

Mahu bicara tentang keburukan umno ni tidak akan pernah habis sampai bila-bila. Saya rasa ada beberapa rasional mudah yang tidak memerlukan pemikiran akademik untuk memahami mala petaka yang sedang ditanggung umno sekarang, antara lain ialah :

1 NAWAITU, kalau ditanya semua orang umno, apakah nawaitu mereka menyertai umno, jawabnya hampir seragam iaitu 'NAK SONANG'. Nak senang dalam pengertiannya yang luas, mulai nak dapat pangkat, projek, lesen, permit hinggalah sampai pembesar umno boleh melepaskan orang mereka dari pada kesalahan pelanggaran undang-undang. Dan, bahkan waima menentukan keputusan mahkamah.

2. MODAL, kalau ingin bertanding sebarang jawatan dalam umno memerlukan modal/pelaburan. Rasional seorang yang melabur akan memperolehi keuntungan dari pelaburan mereka. Akhirnya, SOMO YANG BOLEH MENDATANGKAN KEUNTUNGAN AKAN DIBALUNNYA, apabila mereka telah mendapat pangkat/kuasa. Inilah benih utama kepada rasuah yang berleluasa dalam umno, habis, kalau tak rasuah cam no nak bagi duit pada penyokong.

3. TIDAK MEMBINA PELAPIS 'ARIF'. Kalau anda ingin menunjukan kecerdikan dalam umno, alamat umur anda dalam umno tidak akan lama. Satu kes mengerikan di NS, exco kerajaan NS, tak menang bertanding walaupun ketua cawangan. Kenapa ?, kerana dia berpotensi melawan tokey (ketua bahagian). Akhirnya, yang tinggal dalam umno adalah orang-orang Melayu yang tidak cerdik. Anda boleh melihat ini di mana-mana sahaja bahagian umno, sebahagian besar AJK bahagian adalah orang-orang yang 'ketinggalan zaman', maksud saya dalam era siswazah melambak, AJK Bahagian umno setakat SPM je, itupun syukur ada yang hanya darjah 6. Anda bayangkanlah, apakah perbincangan mereka dalam mesyuarat-mesyuarat yang diadakan.

Harap anda sekalian tolong tambahkan, apo nan patut.

TUTUH JANG SAMPAI MONANG

11:52 AM  
Anonymous Anonymous said...

DSAI tu tukang pukau.

Tuan2 dah dipukau dengan dia.

Semuanya telah diracun oleh DSAI.

Hanya akan sedar apabila dia dah raut semua untuk orang2 nya..

10:00 PM  
Blogger Unknown said...

Saudara Anuar,

Telah lebih 3 tahun saya mengikuti perkembangan saudara dan dalam diam-diam, rasa kagum juga melihat kemampuan saudara memblog dan menguruskan UMNO-REFORM. Terutama hak-hak rasa dan perisa kemelayuan dibentangkan.

Namun, jauh di sudut hati saya, saudara masih lagi di takuk lama seperti zaman Tun Razak. Untuk pengetahuan saudara, Melayu sekarang sudah pandai membawa diri, tidak seperti saudara di dalam UMNO yang hidup di dalam ketakutan diganggu gugat oleh bukan Melayu. Saudara akan menjadi mudah terasa mahupun tersinggung bilamana dijentik telinga oleh seorang Cina atau India. Kamonlah, ini adalah asam garam kehidupan. Mereka walaupun bukan Melayu dan rata-ratanya bukan Islam, namun keperibadian mereka jauh lebih baik dari ahli-ahli UMNO sendiri yang tidak boleh ditegur, mudah terasa dan berhati pengecut. Ini kerana, saudara hanya biasa hidup sebagai ahli persatuan yang bersifat pengecut dan pembuli rakyat dengan menggunakan pelbagai instrument sebagai mewajarkan tindakan mereka. Lihat saja SPR, POLIS, Badan2 berkanun kerajaan, semuanya habis diperkudakan.

Saya sebagai Melayu, kini sudah tidak berasa bimbang untuk sama-sama hidup dengan orang2 Cina dan India kerana mereka lebih sensitif, berperikemanusiaan dan perihatin berbanding ahli-ahli UMNO sendiri yang banyaknya jenis bongkak, "baling batu sembunyi tangan" dan pelbagai sifat-sifat pengecut ada di dalam diri. Namun masih ada hati nak berjuang! Apa orang Melayu sudah dapat dari perjuangan UMNO? Hanya yang menjadi pak turut dan kroni saja yang dapat habuan. Berapa kerat saja yang dapat habuan? Cuma tak sampai 10% jer Melayu yang dapat habuan. Habis 90% Melayu yang tak pernah dapat habuan secara langsung, takkanlah mereka perlu juga sokong UMNO membuta tuli! Lagi satu, tak semua orang Melayu sukakan habuan. Ini kene ingat dan tanam betul2 dalam minda saudara. Kita ada agama sebagai panduan hidup, bukannya kita hidup membuta tuli mengikut arahan dan arus yang dibawa UMNO sahaja. Banyak lagi pilihan untuk kita terus hidup dengan lebih selesa.

Saudara Anuar, saya amat kagum dengan saudara mahu berjuang di dalam UMNO. Namun jauh di sudut hati saya, saya mahu saudara pilihlah parti lain yang jauh lebih baik dari UMNO. Kenapa takut nak mendampingi DAP, PAS, PKR yang sudah menjadi pilihan rakyat yang rata2 terasa hidup mereka dianiayai UMNO dan BN? Cuba selami hati orang lain yang telah lama ditipu oleh UMNO dalam segala segenap segi. Sebut sajalah apa perkara sekalipun, UMNO tetap akan menipu dan kecoh di dalam berbuat sesuatu. Jadi mengapa saudaramasih lagi memberikan simpati saudara kepada UMNO? Tak beranikah saudara membuat reformasi pada diri sendiri? Bagi peluang untuk orang dalam parti lain berjuang pula.

Hidup ini seketika saja. Akhirat yang kekal. Walaupun seketika, berilah peluang untuk diri kita merasai nikmat jatuh bangun dibawah pemerintahan selain UMNO/BN. Tak kiralah pimpinan Cina ka, India ka, Melayu ka..kita nilaikan mereka dengan UMNO pula. Kalau asyik UMNO/BN jer yang memerintah, apa gunanya kita hidup lurus bendul? Cuba cari option lain selain UMNO yang ternyata orang2 UMNO sendiri sudah murka dengan pemimpin mereka. Malah paling sinis lagi, UMNO sudah tidak ada pewaris kepimpinannya. Lihat saja, Najib, Hishamuddin, Muhyiddin dan sesiapa sajalah..semuanya menjunjung kebodohan dan kedunguan didalam memimpin orang Melayu mahupun rakyat Malaysia. Ini yang kita tak nak. Kenapa kita tak tanya diri sendiri akan hal orang Cina berbuat demikian dekat Melayu? Ini kerana Melayu terlebih dahulu membuli mereka. Masakan mereka bertindak begitu. Jika UMNO/BN mengadili mereka dengan baik, sudah tentu perkara ini tidak berlaku.

Namun UMNO tetap UMNO, sudah jenis tak boleh dengar cakap orang, disamping sikap bebal tak tentu pasal, mereka juga seolah-olah seperti orang yang hidup didalam suasana marah setiap saat. Cuitlah sikit apa hal pun, latahnya memang sudah nak berhenti...setahun pun tak cukup masa latahnya kalau diberi.

Cukuplah tu saudara, apa kata pula kalau saudara berjuang di dalam parti lain pula selain BN. Nampaknya saudara sudah terpanggil untuk melihat kebaikan parti lain, namun saya tak tahu bilakah saudara mampu membuat anjakan paradigma bahawa UMNO sudah "tidak boleh dipakai lagi" untuk terus berjuang. Kita tak perlu berjuang untuk Melayu, kerana Melayu bukan ada apa-apa pun..bila kita sudah mati, tiada lagi nilai Melayu kita tu. Kita berjuang untuk hidup ISLAM, kerana ISLAM mempunyai nilai yang tiada tolok banding untuk dibawa masuk ke alam yang kekal, barzakh. Janganlah nilaikan Islam sama seperti Melayu, jangan.

"Cina dan India atau sesiapa pun sekarang ni, jika mereka Islam dan bukan UMNO/BN, maka mereka jauh lebih baik dari UMNO sendiri." Saya tidak dapat memberikan kata2 lain untuk renungan saudara. Berhentilah berjuang untuk Melayu. Kerana Melayu akan dibenci orang. Kalau dibenci dan membawa keuntungan kepada kita, OK la. Jika Islam dibenci, namun ia menguntungkan kita akhirnya, mengapa kita perlu takut berjuang di dalam Islam?

DarkVader

1:41 AM  
Anonymous Anonymous said...

betol dark vader...
aku pun pelik cara pemikiran PENYOKONG2 UMNO...
cara pemikiran macam budak2... tak tahu membezakan antara hak dengan yang batil.

kalau ikutkan 50 tahun merdeka sudah tentu
orang2 melayu khususnya boleh berfikir secara matang dan berilmu.
tapi apa nak buat dari pemimpin atasan sehinggalah penyokong2 bawahan UMNO tegar berfikir macam budak2 sekolah rendah.(budak sekolah rendah pun lagi cerdik)

kamonlah.... berfikir secara ilmu dan berhujahlah
dengan fakta dan ilmu... 50tahun merdeka, jangan
jadi BODOH... cukup2lah dengan KEBODOHAN yang lepas2 tu!!!!

5:38 PM  
Blogger Anuar Mohd Nor said...

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Pada keselaluannya saya akan hanya membalas komen yang memberi hujah dan nilai dalam pembacaan dan diskusi. Saya hargai setiap komen yang di terima. Hari ini saya terpanggil untuk membaca saranan dari Dark Vader mengenai perubahan wadah dalam perjuangan Melayu. Ajakan untuk menyertai wadah-wadah lain oleh beliau mempunyai nilai untuk di pertimbangkan.

Saya ucapan terima kasih.

Biar saya bezakan terlebih dahulu cara beliau mengolah kata-kata dalam menilai perjuangan dengan sdr anonymous 5.38 yang penuh dengan tuduhan orang itu dan ini bodoh dan sebagainya. Penilaian bodoh dan sebagainya sebenarnya adalah refleksi ketinggian pemikiran diri yang menganggap diri sendiri sahaja yang pandai tetapi jelas tidak seberapa. Maaf komen-komen seperti itu diulas seketika.

Berbalik dari isu penukaran wadah dalam perjuangan Melayu, saya kira ianya adalah satu ajakan yang tertib dan ada nilai untuk di pertimbangkan. Sdr Dark Vader telah mengikuti laman ini selama tiga tahun dan justeru itu mungkin pengenalan saudara terhadap diri saya bermula dari tahun 2005.

Sedikit mengenai sejarah perjuangan Melayu dan sejarah pembabitan politik saya perlu juga di terangkan untuk kemudiannya membolehkan sdr Dark Vader membuat penilaian lain mengenai saya, umno-reform dan blog arah kita.

Semuanya tidak bermula secara agresif dalam UMNO. Saya bermula secara agresif dalam perjuangan politik dan Melayupada tahun 1998 dengan pembabitan saya dalam Parti Keadilan Nasional dan hari ini Parti Keadilan rakyat Malaysia dan telah sampai ke tahap yang agak tinggi bergelumang dengan kepimpinan tertinggi sewaktu itu.

Tarikh akhir saya ditahan adalah pada 17 April 2004 kerana demonstrasi dan pembabitan saya dalam merencana beberapa siri program. Pernah hilang sementara kerana tekanan ISA sewaktu ISA 10 orang di tahan dan mengerti tekanan yang dikenakan – saya percaya kalau Pak Din ISA Reformasi mampu memberi keterangan yang jujur maka perjuangan yang di curahkan amat jelas.

Sungguhpun begitu penukaran arah berlaku – tidak di wartakan seperti apa yang dilakukan oleh mereka seperti Hamdan Taha, Zahid Mat Arip, Ruslan Kassim dan angkatan mereka. Saya hadir dalam perjuangan reformasi kerana alasan perjuangan dan keluar dari wadah itu kerana alasan keyakinan. Saya yakin dapat menerangkan secara keseluruhan sekiranya saya boleh sdr hubungi.

Saudara,

Saya tidak kenal dengan saudara tetapi saya yakin sekiranya saudara turut mengetahui apa yang berlaku pada tahun- tahun akhir perjuangan saya bersama Keadilan mungkin saudara juga turut menukar persepsi perjuangan.

Saya akhirkan perjuangan dalam reformasi saya pada tahun 2004, tarikh akhir saya di tangkap dan tahun itu jugalah Anwar Ibrahim di keluarkan dari penjara. Ortodoksnya perjuangan saya mengenai Melayu – berfikiran usang zaman Tun Abdul Razak adalah persepsi mereka yang perlu kita hujah. Tanyakan kepada saya kelak sekiranya berjumpa di luar blog ini kenapa? Hatta saya akan menjawab dan saya yakin jawapan itu tidak boleh disangkal oleh mana-mana kepimpinan tertinggi Keadilan baik Azmin Ali, Khalid Jaafar, Badrul Hisham Shahrin, Badrul Amin, Shaari Sungip, Sivarasa mahu pun Tien Chua sekali pun.

Saya juga bergelumang dengan perjuangan DAP sewaktu dalam reformasi dan sama-sama dengan mereka dalam setiap perjumpaan dan isu-isu yang dibahaskan. Saya melihat perkembangan mereka, turut hadir dalam program-program mereka di Dewan Perhimpunan Cina dan salah satu program adalah “ Malaysia After Lina Joy” yang diadakan disalah sebuah hotel di Selangor. Saya faham dan tahu secara rapat asas perjuangan mereka dan sikap mereka dalam isu Melayu.

Saya dalam menuntut reformasi turut dengan mereka yang bukan Melayu dalam Parti Keadilan rakyat. Saya berbincang dengan mereka dan berbincang dengan kepimpinan Melayu dan bukan Melayu dalam parti tersebut.

Dalam itulah keyakinan saya terhakis atas landasan politik dan wadah PKR. Namun ayuh kita sentuh sedikit berbicara saya dengan PAS. Sekitar tahun 2007, saya meniti naik ke Tingkat 4 – tapi bukan bangunan UMNO tetapi bangunan PAS baru dan tak kala itu berbincang kosong dengan kepimpinan PAS seperti Salahuddin Ayub, Kamaruddin Jaafar, Hatta ramli dan saya masih ingat kata-kata Dr Hatta, Anuar kalau dah panjat bangunan ini – tak lama lagi menyertai PAS lah. Mungkin Sdra Roslan SMS dapat memberi pengakuan kehadiran saya – untuk berjumpa dengan beliau pada asasnya dan pernah menzahirkan untuk menyertai Parti itu setahun lalu dan kenapa ia terbantut.

Mengenai isu bangsa, mungkin saudara boleh mencari ruangan untuk bertemu dengan saya bagi isu perbincangan tersebut. Boleh hubungi atau sms saya agar sesi lebih jelas lagi diberi kenapa saya memperjuangkan isu kaum Melayu secara total.

Saudara yang budiman,

Ini bukan isu baru. Perubahan arah mampu berlaku dengan keyakinan. Saya hari ini nampak lebih jelas mengkritik UMNO dalam laman www.umno-reform.com dan memperjuangkan isu Melayu dalam www.arahkita.blogspot.com . Mungkin penjelasan ringkas ini tidak akan memberi makna menyeluruh tetapi ia mungkin pembukaan untuk kita sama2 berdialog mengenai kenapa dan mengapa. Mungkin ini juga menjadi pencetus untuk kita berbincang siapa Anwar Ibrahim yang saya dukung dan sokong selama 7 tahun dengan landasan perjuangan, lawan tetap lawan dan kalau takut dengan risiko usah bicara tentang perjuangan.

Salam hormat dari saya.

8:10 AM  
Blogger Anuar Mohd Nor said...

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Pada keselaluannya saya akan hanya membalas komen yang memberi hujah dan nilai dalam pembacaan dan diskusi. Saya hargai setiap komen yang di terima. Hari ini saya terpanggil untuk membaca saranan dari Dark Vader mengenai perubahan wadah dalam perjuangan Melayu. Ajakan untuk menyertai wadah-wadah lain oleh beliau mempunyai nilai untuk di pertimbangkan.

Saya ucapan terima kasih.

Biar saya bezakan terlebih dahulu cara beliau mengolah kata-kata dalam menilai perjuangan dengan sdr anonymous 5.38 yang penuh dengan tuduhan orang itu dan ini bodoh dan sebagainya. Penilaian bodoh dan sebagainya sebenarnya adalah refleksi ketinggian pemikiran diri yang menganggap diri sendiri sahaja yang pandai tetapi jelas tidak seberapa. Maaf komen-komen seperti itu diulas seketika.

Berbalik dari isu penukaran wadah dalam perjuangan Melayu, saya kira ianya adalah satu ajakan yang tertib dan ada nilai untuk di pertimbangkan. Sdr Dark Vader telah mengikuti laman ini selama tiga tahun dan justeru itu mungkin pengenalan saudara terhadap diri saya bermula dari tahun 2005.

Sedikit mengenai sejarah perjuangan Melayu dan sejarah pembabitan politik saya perlu juga di terangkan untuk kemudiannya membolehkan sdr Dark Vader membuat penilaian lain mengenai saya, umno-reform dan blog arah kita.

Semuanya tidak bermula secara agresif dalam UMNO. Saya bermula secara agresif dalam perjuangan politik dan Melayupada tahun 1998 dengan pembabitan saya dalam Parti Keadilan Nasional dan hari ini Parti Keadilan rakyat Malaysia dan telah sampai ke tahap yang agak tinggi bergelumang dengan kepimpinan tertinggi sewaktu itu.

Tarikh akhir saya ditahan adalah pada 17 April 2004 kerana demonstrasi dan pembabitan saya dalam merencana beberapa siri program. Pernah hilang sementara kerana tekanan ISA sewaktu ISA 10 orang di tahan dan mengerti tekanan yang dikenakan – saya percaya kalau Pak Din ISA Reformasi mampu memberi keterangan yang jujur maka perjuangan yang di curahkan amat jelas.

Sungguhpun begitu penukaran arah berlaku – tidak di wartakan seperti apa yang dilakukan oleh mereka seperti Hamdan Taha, Zahid Mat Arip, Ruslan Kassim dan angkatan mereka. Saya hadir dalam perjuangan reformasi kerana alasan perjuangan dan keluar dari wadah itu kerana alasan keyakinan. Saya yakin dapat menerangkan secara keseluruhan sekiranya saya boleh sdr hubungi.

Saudara,

Saya tidak kenal dengan saudara tetapi saya yakin sekiranya saudara turut mengetahui apa yang berlaku pada tahun- tahun akhir perjuangan saya bersama Keadilan mungkin saudara juga turut menukar persepsi perjuangan.

Saya akhirkan perjuangan dalam reformasi saya pada tahun 2004, tarikh akhir saya di tangkap dan tahun itu jugalah Anwar Ibrahim di keluarkan dari penjara. Ortodoksnya perjuangan saya mengenai Melayu – berfikiran usang zaman Tun Abdul Razak adalah persepsi mereka yang perlu kita hujah. Tanyakan kepada saya kelak sekiranya berjumpa di luar blog ini kenapa? Hatta saya akan menjawab dan saya yakin jawapan itu tidak boleh disangkal oleh mana-mana kepimpinan tertinggi Keadilan baik Azmin Ali, Khalid Jaafar, Badrul Hisham Shahrin, Badrul Amin, Shaari Sungip, Sivarasa mahu pun Tien Chua sekali pun.

Saya juga bergelumang dengan perjuangan DAP sewaktu dalam reformasi dan sama-sama dengan mereka dalam setiap perjumpaan dan isu-isu yang dibahaskan. Saya melihat perkembangan mereka, turut hadir dalam program-program mereka di Dewan Perhimpunan Cina dan salah satu program adalah “ Malaysia After Lina Joy” yang diadakan disalah sebuah hotel di Selangor. Saya faham dan tahu secara rapat asas perjuangan mereka dan sikap mereka dalam isu Melayu.

Saya dalam menuntut reformasi turut dengan mereka yang bukan Melayu dalam Parti Keadilan rakyat. Saya berbincang dengan mereka dan berbincang dengan kepimpinan Melayu dan bukan Melayu dalam parti tersebut.

Dalam itulah keyakinan saya terhakis atas landasan politik dan wadah PKR. Namun ayuh kita sentuh sedikit berbicara saya dengan PAS. Sekitar tahun 2007, saya meniti naik ke Tingkat 4 – tapi bukan bangunan UMNO tetapi bangunan PAS baru dan tak kala itu berbincang kosong dengan kepimpinan PAS seperti Salahuddin Ayub, Kamaruddin Jaafar, Hatta ramli dan saya masih ingat kata-kata Dr Hatta, Anuar kalau dah panjat bangunan ini – tak lama lagi menyertai PAS lah. Mungkin Sdra Roslan SMS dapat memberi pengakuan kehadiran saya – untuk berjumpa dengan beliau pada asasnya dan pernah menzahirkan untuk menyertai Parti itu setahun lalu dan kenapa ia terbantut.

Mengenai isu bangsa, mungkin saudara boleh mencari ruangan untuk bertemu dengan saya bagi isu perbincangan tersebut. Boleh hubungi atau sms saya agar sesi lebih jelas lagi diberi kenapa saya memperjuangkan isu kaum Melayu secara total.

Saudara yang budiman,

Ini bukan isu baru. Perubahan arah mampu berlaku dengan keyakinan. Saya hari ini nampak lebih jelas mengkritik UMNO dalam laman www.umno-reform.com dan memperjuangkan isu Melayu dalam www.arahkita.blogspot.com . Mungkin penjelasan ringkas ini tidak akan memberi makna menyeluruh tetapi ia mungkin pembukaan untuk kita sama2 berdialog mengenai kenapa dan mengapa. Mungkin ini juga menjadi pencetus untuk kita berbincang siapa Anwar Ibrahim yang saya dukung dan sokong selama 7 tahun dengan landasan perjuangan, lawan tetap lawan dan kalau takut dengan risiko usah bicara tentang perjuangan.

Salam hormat dari saya.

8:14 AM  
Anonymous Anonymous said...

UMNO untuk KRONI saja

12:33 AM  
Blogger ketam said...

Kepada Nakhoda Kudus nakhoda.kudus@yahoo.com anda terlupa bahawa sekarang Bangsa Bukan MElayu dalam Pakatan Rakyat adalh lebih banyak dari orang Melayu oleh itu adalah tidak mustahil MEREKA akan memangsuhkan PERLEMBAGAAN yang melibat dan menyentuh HAK-HAK ORANG MELAYU dan para pemimpin melayu MEREKA hanya dan terpaksa tutup mulut dan pejam sebelah mata kerana melayu dapat kuasa pun atas ehsan MEREKA. Mungkin anda rasa anak-anak anda hebat dalam menghadapi zaman kesamarataan tetapi anda lupa apa yg berlaku di SINGAPURA,MELAYU hampir tiada hak untuk bersuara.. Fikir-fikir lah sendiri.. Anda patut pergi ke Indonesia dan Singapura,pergi kejalan-jalan tempat tinggal org MELAYU/Bumiputera lihat sendiri bagaimana mereka hidup dan terpaksa bergantung hidup kepada BUKAN MELAYU/Bumiputera,jangan duduk hotel yg hebat dan bershopping sahaja.

Insaflah diri kerana sekarang org MELAYU berpecah kerana SEORANG MELAYU yang terlalu GILA KUASA.

9:43 AM  
Anonymous Anonymous said...

Aku sedih,
Kerana aku anak Melayu
Yang melihat pada benih2 kehancuran Kaumku sendiri,
Meratapi setiap persengketaan antara kaumku sendiri.

Aku sedih,
Kerana aku anak Melayu,
Yang Melihat pada ketidaksuburan perpaduan,
Menangisi setiap pertelingkahan yang terjadi sesama kaumku sendiri.

Aku sedih,
Kerana aku anak Melayu,
Yang Meniti hari2 kebinasaan kaumku,
Menyesali segala yang terjadi, Kerana Kaumku kini tidak sehaluan.

Aku sedih,
Terlalu sedih,
Kerana aku anak Melayu,
Yang sengsara kerana karenah kaumku sendiri,
Melihat segala keretakan dan persengketaan,
Melihat kelantangan suara dari kaumku sendiri,
Yang berpuak, Yang sering menyalahkan satu sama lain....

Sungguh sedih,
Kerana aku anak Melayu,
Inginkan kesejahteraan dan kebahagian,
Yang inginkan senyuman di bibir setiap kaumku dan saudaraku yang lain......
Kerana senyuman itu adalah perpaduan, Persatuan yang Jitu dari sebuah Bangsa Melayu!!!!!!

3:47 PM  
Anonymous Anonymous said...

UMNO HANYA TAHU PASAI KETUANAN MELAYU..TAPI TAK PERNAH FIKIR, MENYELAMI LEBIH DALAM MASALAH ORANG MELAYU..ADEHHH..SENANG CERITA BILA DAH KALAH BARU INGAT PERJUANGAN MELAYU..PEGI DAA..!! INGAT AKU NII ORANG KAMPUNG YG BOLEH KO TIPU.. PENGKHIANAT BANGSA..??

12:51 PM  
Blogger tunperak said...

Selepas membaca keluhan and luahan serta buah fikiran saudara-saudara di sini, saya rasa terpanggil untuk menyatakan pandangan saya, memang benar banyak perkara dan isu-isu berkaitan orang melayu. Dalam membincangkan hal-hal ini perlu kita duduk semeja dan sama-sama berkongsi pendapat walaupun saya pasti kebanyakannya pasti mempunyai pendapat yang bertentangan, namun dalam hal yg demikian kita perlu ketepikan emosi dan sifat “melatah” kita demi mencapai titik persetujuan walaupun memang susah untuk kita berbuat demikian, lebih-lebih lagi sebagai melayu kita mudah melatah dan berang.
Sebagai orang melayu yang pernah hidup di seberang laut, yang hanya menyaksikan senario politik Malaysia terutama orang melayu dari jauh, banyak konklusi yang saya dapat buat yang kebanyakkannya negatif terhadap UMNO dan BN. Berdasarkan kebebasan bersuara, kebebasan media, kebebasan memilih dan keterbukaan sikap serta mentaliti orang-orang barat membuatkan saya berasakan kehidupan di Malaysia agak opresiv. Namun setelah kembali ke tanah air, saya mula faham dan mula melihat senario politik dalam persepsi yang berbeza, selama ini saya telah menghakimi keaadaan politik Malaysia dari satu sudut sahaja dan saya rasa agak malu terhadap diri sendiri yang membiarkan diri saya jadi sedemikian.
Bagi saya, Malaysia adalah negara yang unik dan tiada yang lain setandingnya, oleh yang demikian merah bagi negara lain tidak seperti merah di negara ini perumpamaannya, apa yang saya maksudkan ialah sesuatu yang berlaku di negara lain tidak boleh kita bawa bulat-bulat ke sini tapi perubahan berasaskannya mengikut acuan yang sesuai perlu dilaksanakan. Buat masa ini saya tidak mahu menghurai lanjut tentang aspek ini.

2:02 PM  
Blogger tunperak said...

Saya faham mengapa banyak orang-orang melayu mula menentang UMNO dan kerajaan, kebanyakkannya berasas, dan PRU 12 telah menjadi titik tolak perubahan yang cukup penting dalam politik UMNO amnya dan orang Melayu khususnya. UMNO telah berjaya mengemudi Malaysia ke tahap sekarang di mana banyak kemajuan yang dikecapi cukup membanggakan dalam tempoh setengah abad merdeka, namun kejayaan demi kejayaan membuatkan UMNO agak bongkak dan mula bermegah diri. Tidak salah saya katakan yang UMNO mula rasa mereka berada di puncak tertinggi yang tidak mungkin akan ditumpaskan. Mereka mula lalai dan lupa atas perjuangan mereka. Banyak “cerita-cerita” yang cukup menyakitkan dan menyedihkan berkenaan pemimpin-pemimpin melayu yang mungkin sebahagian besarnya tiada bukti yang kukuh tapi masyarakat seperti tidak perlu lihat bukti bila ianya berkaitan pemimpin-pemimpin melayu. Masyarakat Malaysia akhirnya bersuara dan PRU 12 adalah hasilnya. PRU 12 telah membuka mata orang melayu terutama sekali UMNO, “wake-up” call yang mereka perlukan untuk kembali ke dasar perjuangan mereka.
Segala yang berlaku terhadap orang melayu, nasib yang telah dan akan menimpa orang melayu terletak di tangan orang melayu sendiri. Sejarah telah banyak membuktikan yang kejatuhan orang melayu tidak perlu orang ketiga, sekurang-kurangnya orang ketiga yang aktif. Orang melayu sendiri cukup berkemampuan dalam menjatuhkan satu sama lain, malah cukup pakar dalam hal ini. UMNO dan masyarakat melayu masing-masing ada saham dalam bab kesalahan yang membawa mereka ke situasi sekarang. Memang senang menuding jari, mengkritik dan menyalahkan orang lain, kita semua bersalah dan kita perlu muhasabah, fokus kepada analisis dan penyelesaian dengan minda yang terbuka tanpa bias dan emosi yang keterlaluan. Berbincang secara sihat dan terbuka bukan hanya untuk meluahkan perasaan. Semua di sini ada buah fikiran yang mampu menyumbang ke arah pembangunan orang melayu dan masing-masing punya niat yang baik untuk melihat orang melayu bersatu dan berjaya, tidak seperti sekarang, berpecah-belah dan memusuhi sama sendiri.
Nasib yang melanda orang melayu sekarang ini seperti puncak bongkah ais di lautan, ianya natijah daripada masalah dan isu yang lebih besar, sebahagian besarnya dalam orang melayu itu sendiri.
Ini buah fikiran saya, tidak salah untuk anda tidak bersetuju dengan pendapat saya, malah kita boleh bersetuju untuk tidak setuju tapi itu tidak bermakna kita tidak boleh berjuang seiringan demi objektiv yang sama. Suka saya nyatakan debat dan diskusi yang sihat berkenaan isu melayu ini memang perlu terutama dikalangan orang melayu sendiri.

2:02 PM  

Post a Comment

<< Home