Wednesday, May 14, 2008

13 Mei 1969 - satu amaran?

13 Mei 1969 – bukan soal tidak mahu mengingatinya tetapi persoalan adalah untuk mengambil iktibar dari nya. Persengketaan antara kaum hasil dan terbit dari percanggahan idealisme politik yang menjadi sumbu utama kepanasan dan ketegangan yang ada pada waktu itu. Kedudukan sosiopolitik negara yang tidak stabil, jarak kedudukan ekonomi antara kaum dan persengketaan politik menjadi kerancakan yang mungkin menjahanamkan negara.



13 Mei 1969 hari ini telah diterjemahkan dengan pelbagai kontroversi. “Terjemahan berniat” ini juga merupakan kekuatan Pakatan Palsu Rakyat dalam membicarakan kononnya UMNO adalah bapak segala istilah perkauman. Barisan Nasional adalah parti rasis dan mengutamakan perkauman. Hari ini kepimpinan Pakatan Rakyat memainkan isu kesamarataan dan keperluan kesamarataan sebagai asas keadilan tanpa merujuk keadaan kedudukan baik ekonomi, sosial dan politik antara kaum. Bagi Pakatan Rakyat kesamarataan itu adalah keadilan yang di tuntut oleh demokrasi. Ini mengghairahkan kaum-kaum lain di Malaysia dan ini adalah punca sokongan. Pakatan Rakyat dalam memperjudikan isu-isu sensasi ini untuk mendapat undi dari kaum lain di Malaysia tanpa menghiraukan apa akan berlaku di masa hadapan bila kemakmuran antara kaum berbeza, bila kedudukan ekonomi antara kaum meluas perbezaannya dan keadaan kekusutan sosial turut meliputi sesuatu kaum khususnya Melayu. Impak memperjudikan hak pegagan yang ada pada Melayu khususnya politik akan memberi kesan yang amat buruk kepada negara kita ini.

Menghalalkan cara – bukan sepatutnya dilihat dari sudut keagamaan. Menghalalkan cara perlu dilihat dari segi natijah politik yang menjadi cara dan metodologi Pakatan Rakyat. Mentakrif demokrasi dan hak kemanusiaan secara terbuka tanpa kerangka yang mampu memberi “orde” kepada perjalanan kemasyarakatan adalah perbuatan yang songsang dalam pengurusan pentadbiran negara. Ini mungkin membuat rakyat teruja – dalam mahukan demokrasi yang menyeluruh dan perjuangan hak-hak kemanusiaan yang total seakan memberi kesedapan hidup bermasyarakat yang menyeluruh tetapi hasilnya tidak akan memberi orde yang sesuai dan ini pasti memberi ruangan kepada pergeseran kaum. Amaran – sekiranya ini berlaku dalam zaman ini, ia pasti lebih menggerunkan dengan sikap oportunis negara luar seperti Singapura terhadap kekusutan dalam negara ini.

Kedudukan negara kita kini lebih kusut dari yang apa yang kita nampak. Perpecahan Melayu bukan satu agenda yang perlu dipandang ringan. Perpecahan Melayu akan memberi impak yang cukup kritikal di masa akan datang. Ini akan menyebabkan Melayu itu sendiri bergolak dan pergolakan itu akan mendatangkan musibah besar pada struktur sosiopolitik negara kita ini. Ini akan berlaku sekiranya keadilan yang dilaksanakan adalah melalui proses kesamarataan tanpa melihat senario kedudukan pencapaian yang ada serta pegangan sesuatu kaum itu. Jarak perbezaan ekonomi akan lebih meluas antara kaum dan ini pasti akan menerbitkan kegusaran dalam struktur masyarakat itu nanti. Penjajaan kerajaan yang ada tidak demokratik secara total adalah tidak benar dan kaum ada pun maka langkahnya bukan menjual hak untuk menyempurnakan demokrasi yang ada.

Peristiwa 13 Mei 1969 – bukan satu ugutan politik. Peristiwa itu adalah sejarah yang perlu di kenang sebagai sesuatu yang tidak seharusnya berlaku. Kita perlu kepada orde masyarakat yang lebih jitu yang mungkin tidak juga dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional sebelum ini. Tetapi itu bukan alasan untuk kita menyokong tindakan kesamarataan yang longgar, pengertian demokrasi yang menguntungkan sesuatu pihak dan perjuangan hak kemanusiaan yang hanya mempunyai idealisme individu yang dibesarkan untuk mencuri kuasa.

Jangan biarkan tindakan kita hari ini sebagai langkah untuk memulakan api persengketaan kaum lantas merosakkan kedudukan masyarakat yang ada hari ini. Akhirnya dalam tulisan ringkas ini, jangan kita bertindak menjual hak yang ada untuk menyempurnakan pengertian demokrasi yang infinitif. Ini kelak akan menjadi dosa kita kepada rakyat negara kita. Pakatan Rakyat yang ada perlu dinilai semula dan kegusaran hari ini sudah terbit mengenai arah yang mahu dibawa.

Jangan sampai pula pada keadaan bukan Melayu hilang di dunia tetapi hamba di tanah sendiri.

Anuar Mohd Nor

44 Comments:

Blogger ahli umno said...

Sdra....
idealisme saudara cukup tinggi....tapi tdk kemana. mengapa mesti diungkap kisah lalu yang menjadi luka dalam lipatan sejarah...kalaupun wujud perbezaan kenapa peristiwa ini yang dijadikan tolak ukur...bukankah lebih baik kita sama-sama membangunkan ummah...tidak kira bangsa ataupun kaum. Hiduplah seperti kata pepatah agree in disagreement...kenapa saudara terlalu rasis ....kita hidup zaman millenium bukan zaman melayu menuntut kemerdekaan lagi...sama2 berjuang membangun ekonomi bukan mengelamun memikirkan perkara yang telah lalu...kalau toh UMNO kalah adalah sikap pemimpin....yang dibenci. Wake up brother.....

10:07 AM  
Anonymous Anonymous said...

Tuan,
Kerisauan tuan tentang persengkataan kaum yang akan berlaku sekiranya pihak Pakatan Rakyat tidak melaksanakan apa yang dulu BN praktikkan. Tuan risaukan tentang jurang ekonomi antara kaum, terutamanya ekonomi Melayu, yang akan mengakibatkan 'racial tension' dan berulangnya May 13. Masalahnya Umno bersama Bn telah diberi peluang selama lebih 30 tahu sewtelah DEB di perkenalkan tapi masih gagal meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu, apakah sebabnya? Apabila terjadi peralihan sokongan dalam PRU12 barulah UMNO nak sedar yang selama ini mereka hanya mementingkan ekonomi orang Melayu UMNO, apa yang telah mereka lakukan terhadap orang Melayu PAS, PKR, PRM dan yang bukan UMNO selama ini tiada dalam kotak fikiran mereka. Kalau setakat nak mempertahankan ekonomi orang Melayu UMNO, lupakan sajalah! Orang Melayu UMNO mungkin mudah lupa tetapi orang Melayu bukan UMNO tetap akan mengingati apa yang UMNO buat pada kerajaan Kelantan, Terenggganu semasa pemerintahan PAS! Apa mereka tu bukan Melayu ke??? Lihat lah apa yang orang-orang Melayu Kelantan dan Terengganu capai walaupun didisriminasi oleh kerajaan Melayu UMNO selama ini, siapa yang menguasai ekonomi negeri-negeri tersebut?? Fikirlah orang-orang UMNO yang penuh dengan budaya cantas-mencantas, lihat lah apa yang terjadi kepada orang-orang Anwar apabila Anwar jatuh, apa yang terjadi kepada orang-orang Mahathir apabila Mahathir turun, apa yang terjadi kepada orang-orang Tengku Razaleigh,Musa Hitam, Ghafar Baba dan orang-orang pemimpin-pemimpin Melayu UMNO yang telah hilang kuasa? Mereka pun dicantas oleh orang-orang Melayu UMNO, mereka sesama mereka pun membunuh antara satu sama lain. adi apa yang boleh diharap oleh orang-orang Melayu yang bukan UMNO untuk UMNO memperjuangkan nasib orang Melayu? Orang-orang Melayu bukan UMNO kini sanggup mengambil risiko dengan menyokong bukan UMNO dan memberi peluang kepada yang bukan UMNO untuk membuktikan kemampuan mereka memperjuangkan nasib orang Melayu. Tak perlu lah Tuan untuk menyuarakan kerisauan tentang survival orang Melayu dalam kotak tempurung kepala orang-orang UMNO kerana UMNO bukanlah satu-satunya wadah orang-orang Melayu untuk memperjuangkan nasib mereka. Orang-orang Melayu yang bukan UMNO lebih bersedia dan terbuka dalam mencorakkan hala tuju masa depan orang-orang Melayu dan sudah tentulah kami akan membuat yang lebih baik ataupun yang terbaik untuk kepentingan orang-orang Melayu daripada apa yang orang-orang Melayu UMNO buat selama 62 tahun!!!

11:32 AM  
Anonymous Anonymous said...

Askm

Saya rasa, Tuan seorang Melayu yang masih belum lupa. Kita perlukan orang seperti Tuan yang sentiasa mahu belajar dan berhati-hati dengan peristiwa semalam.

Saya juga spendapat dgn Tuan. Dua org pertama yg komen Tuan punya artikel ni, rasanya org Melayu tak daq pendirian. Mereka mcm org yang kalau dah kehabisan duit apa pun boleh gadai. So, depa ni ada potensi nak gadai bangsa sendiri. Nak sedarkan depa ni agak mustahil. Pasai depa kurang kesedarn. Org yang kurang sedar, kita cakap apapun depa tak paham. so, jgn ambik hati pada dua org pertama yg komen Tuan punya artikel.

Selamat Tuan. Mari kita bantu perbetulkan parti orang Melayu dan kerajaan.

See u soon.

3:12 PM  
Anonymous Anonymous said...

Lupakan 13 May. Saudara pengarang waktu di mana ya. Atau masih lagi berseluar konton bermain guli atau bermain sedang nenyak tidur di dalam buaian. Apa pun waktu itu telah lama berlalu dan ia hanya menjadi sejarah . Mengapa di ulang sejarah yang tidak sepatut nya berlaku.
Aku masih ingat dengan kapal layar..dan aku rasa pengarang masih lagi ingat waktu itu.Baja untok membaja sawah padi pun ada cop kapal layar. Mungkin saudara bukan seorang petani. Acap kali bila dalam keadaan tertekan makan angka 13 ini yang menjadi modal.
Begit dengkil nya pencapaian saudara .
Melayu sebenar nya satu kaum yang unik. Melayu sebenar nya satu kaum baru yang terbentuk dari berbagai suku kaum. Dan di satu kan menjadi Melayu. Jawa,Bugis dan selain nya.
Tapi kini kaum Melayu pun makin pupus kerana dengan kawin campur...cina melayu jadi cinma...
Apa kaum pun yang bermastuatin di Malaysia ini ingin kan kedamaian.
Mereka tidak mahu kan sesautu yang akan meakibatkan ketidak setabilan negara yang menjadi tempat mereka meneruskan hidaup.
Pemimpin Melayu lah sebenar nya sepatut nya di persalahkan. Apabila umat melayu memilih mereka dengan satu harapan supaya mereka ini memberi kan keselesaan kehidupan dengan apa jua kaum yang ada di bumi Malaysia ini.
Keselesaan apa yang di berikan kepada rakyat Malaysia apabila semakin hari semakin menekan segenap ruang kehidupan.
Pemimpin Melayu ini sebenar nya sedar bahawa apa jua yang ia dapati iaitu kuasa atas dasar dari umat melayu.
Tapi sayang nya hanya 2000 orang saja yang di berikan kuasa memilih siapa yang berhak untok menjadi pemimpin Melayu. Alang kah sedih nya. Kita sepatut nya menyalah kan 2000 orang perwakilan ini kerana memilih pemimpin yang tidak berfungsi. Fenomena ini perlu di tukar. Apabila tidak ada cara lain maka angka 13 ini lah yang sering di mainkan untok mendapatkan sokongan dari umat melayu.
Bertapa ceteknya pemikiran saudara.
20 tahun dulu jika tanah sawah di jaga dengan tersusun olih parti pemerintah ,hari ini tidak akan jadi satu masaalah bagi beras untok negara. Kerana ingin kan pembangunaan maka kita bawa masok beribu rakyat asing untok berhijarah ke Malaysia. Alang kah dangkal nya fikiran pemimpin Melayu ini.
Lihat saja di mana mana perniagaan. Sepatut nya perniagaan hanya untok rakyat Malaysia dan tidak di benarkan pendatang membuka peniagaan di Malaysia.Ap a sudah jadi di bumi ku ini. Melayu hanya jadi pengemis memohon pinjaman untok berniaga goreng pisang di tepi jalan. Bila bertukar pemimpin angka 13 ini akan kembali di kumandangkan.
Bodoh nya fikiran dan pendekataan mereka.
Dunia ini semakin hampir ke akhir zaman . Anda masih lagi memikirkan sejarah angka 13 .
Parti umno bukan nya untok kaum keluarga atau pun ipar duai dan anak menantu. Bangsa Melayu mesti mula berani menyuarakan ketidaksenang dengan cara bergini.
Sekali lagi angka 13 menjadi mainaan.
Sememang nya sesiapa yang terus menguna jkan peristiwa ini adalah seorang yang dangkal dan tidak bolih diterima sama sekali cara pemikiran mereka.
Melayu perlukan seorang pemimpin yang benar benar seorang yang bolih memacu ekonomi negara dan memberi keselesaan hidup kepada semua kaum di malaysia.
Melayu tak akan hilang di dunia tapi hanya akan menjadi langenda berada di dalam muzium .

Sesunggohnya aku berpendapat pemimpin melayu mesti adalah orang melayu tulin ....Siapa dia melayu tulin...

5:08 PM  
Anonymous Anonymous said...

salam..

13 mei 1969 adalh tarikh peringtan sume kaum.. Yg b'laku p'gdh kaum.

cuma PRU-12 yg telah sedar kn pemimpin2 Barisan Nasional (BN) tentang p'ubahn rakyat... rakyat hendk 1 p'ubahn pd PRU-12..

selain 2, pemimpin kt sblm PRU-12yg takbul dgn diri s'diri. k'angkuhn 2 la 5 ngeri telah t'gadai pd parti pembngkng...

Pulau pinang adalh cth buat bangsa melayu skrg!! DEB telah di hapus kn.. Bagaimna hak org melayu di pulau pinang???? ADAKAH PARTI PAKATAN RAKYAT MEMBINCANG ISU INI?

bangsa cina dn india s'patut nya masih b'hutang budi dgn bangsa melayu hingga hari ini.. kerana org melayu telah memberi kerakyatan kepada meraka......
bak pepatah " bagi betis nak peha"

ap yg penting skrg kt org melayu harus k'tepi kn parti politik...
dn harus b'SATU PADU....


sama2 kt pikir kn k'dudukn bngsa melayu akn dtg.......

B'JUANG DEMI BANGSA MELAYU..
wslm,
lan melaka.

5:57 PM  
Anonymous Anonymous said...

Hanya pada yg percaya hanya umno saja yg bolih mempertahankan melayu akan menjadi hamba di tanah sendiri. Orang2 ini terasa diri mereka amat lemah dan tidak bolih bersaing dengan bangsa lain dan itu sebabnya mereka memerlukan umno 'menyelematkan mereka' walaupun mereka tahu kepimpinan melayu umno sendiri ramai yg belot kepada bangsanya sendiri dan korup.

Ramai orang melayu dah celik dan tak mudah dipermainkan dengan momokan ketuanan melayu dah lapuk ini. Selagi motto "ketuan melayu' keluar setiap kali umno tersepit ini, hanya satu mitos bermusim terutamanya musim kejatuhan umno.

Motto ini hanyalah retorik umno dan orang2 sezaman dengannya. Orang melayu yg gagah dan mempunyai jati diri akan tetap gagah walaudi mana pun dia berada. Tapi melayu yg mengharapkan umno sampai mati akan bergayut dengan khurafat ini. Yakni hanya umno saja yg untuk orang melayu.

Sebuah kerajaan yg adil tidak akan meminggirkan rakyatnya, tidak kira dari kaum apa sekali pun. Mana yg perlu dibantu semestinya dibantu. Tidak macam umno dah 50 tahun lebih, tapi melayu yg bertongkat ini sampai sekarang masih lagi tidak dapat memajukan diri mereka sendiri. Mentaliti bertongkat umno ini mestilah dibuang demi masa depan orang melayu sendiri, ugama dan tanah air.

10:34 PM  
Anonymous Anonymous said...

Mungkin ya, mungkin tidak. Tetapi kemungkinan, seluruh Umat Melayu di negeri-negeri yang kini diperintah oleh Pakatan Rakyat bakal menjadi masyarakat hamba kepada bangsa lain. Sedangkan Umat Melayu di negeri-negeri yang masih diperintah oleh Barisan Nasional mampu menjadikan masyarakat lain sebagai hamba...hehehe...

10:48 PM  
Anonymous Anonymous said...

adeh...kata nak reform, tapi masih nak bawak isu lapuk macam ni. Orang melayu dan cina bukan macam dulu la...please la. Sdr Anuar nampak macam takut dengan perkembangan politik semasa. takut apa? takut hilang kuasa?

Org melayu ni saya nampak macam perlukan feel good factor yang mereka kununnya tuan dan perlu berkuasa..tapi poket kosong...hmmm.

11:05 PM  
Anonymous Anonymous said...

Bukan hak sama rata lah. Hak untuk yang perlu. Yang UMNO kroni boleh diam.

11:57 PM  
Blogger khairi ali said...

Saudara, 13 mei bukan saja satu amaran, tetapi satu petanda sejauh mana orang Melayu faham kedudukannya, terutamanya dari segi agama. Saya pernah soal : apakah itu negara Malaysia? Jawapan biasa ialah negara berbilang kaum, demokrasi berparlimen, sedang maju dan sebagainya.Bagi saya Malaysia adalah sebuah 'negara impian'. Ini kerana Malaysia di tubuhkan tanpa menghiraukan ajaran dari Al-Quran. Kitab ini jelas menegaskan bahawa manusia yang berbangsa-bangsa itu mempunyai wilayahnya yang tersendiri untuk dikhalifahkan. Inilah tanggungjawab dan amanah. Jika orang Melayu tidak ingin dikenalkan sebagai SEmenanjung Tanah Melayu, tetapi Malaysia, ertinya orang Melayu telah 'meninggalkan' amanah dan sunnahtullah ini. Maka apa yang bakal berlaku ialah sama seperti Singapura - sebuah negara pendatang! Semua ini boleh terjadi kerana orang Melayu-Islam hanya memahami Islam dari sudut akidah, syariat, hukum, dakwah dan sebagainya, tanpa memahami struktur Islam yang dibinakan oleh Allah untuk hambanya. Contohnya ialah dari sudut kekeluargaan. Ketua keluarga untuk suami bukanlah adat Melayu, atau adat orang Arab, tetapi struktur keluarga yang diizinkan oleh Illahi. Malangnya, keluarga ini hanya berfungsi di rumah, manakala di peringkat masyarakat, dan apatah lagi negeri/negara, demokrasi mengambil alih, lantas menghancurkan struktur Islam ini. Tegasnya, Melayu-Islam perlu mengamalkan ajaran Islam secara totalnya, bukan berpilih-pilih demi untuk kebaikan sendiri, bukannya kebaikan Allah swt.. Sekian.

6:03 PM  
Anonymous Anonymous said...

Sdr. Apa yang saya dapati ialah soal Islam tidak disentuh dengan mendalam. Malahan Islam dihijak oleh umatnya sendiri, khususnya Melayu-Islam. Bila ini berlaku, 13 Mei bukanlah sekadar amaran, tetapi petanda untuk apa yang bakal berlaku di masa-masa mendatang. Malaysia adalah sebuah 'negara impian', bukan negara berbilang kaum atau pun maju atau pun demokrasi. Ini kerana Malaysia tidak dibina di atas asas sunnahtullah, iaitu Allah telah mengamanahkan bumi Tanah Melayu ini untuk orang Melayu mengkhalifahkannya. Malangnya, Melayu-Islam berkongsi kuasa dengan kaum lain, yang bererti sudah tidak mematuhi ajaran Islam, agama yang diwarwarkan sebagai agama orang Melayu. Maka berlakulah seperti kes Singapura!

6:18 PM  
Anonymous Anonymous said...

Contoh bagaimana pimpiman umno menjual maruah melayu. Umno bolih percaya ke untuk mempertahankan melayu. Selepas 50 tahun isu ini masih ditakuk lama. Habis tanah melayu tergadai olih pemimpin umno. itu belum lagi projek2 di ali baba kan olih pemimpin umno.
===========================
Krisis dalaman Umno Pahang memuncak
Basiron Abdul Wahab
Thu | May 15, 08 | 4:46:29 pm MYT
KUANTAN 15 Mei (Hrkh) � Krisis Umno Pahang semakin memuncak, dengan adengan cabar mencabar di antara pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakub dengan Ketua Umno Bahagian Paya Besar yang juga bekas Setianusaha Badan Perhubungan Umno, Dato' Ahmad Tajudin Sulaiman.

Kelmarin Adnan menafikan dakwaan Ahmad bersabit penjualan tanah seluas 12,000 hektar melibat syarikat milik Umno, Rankaian Delima kepada sebuah syarikat bukan bumiputera dan keuntungan sebanyak RM600 juta.

Adnan mendakwa ladang Nukleus di Ulu Luit , Maran yang dijual itu hakikatnya hanya seluas 400 ekar sahaja, Kenyataan Adnan bermakna dakwaan Ahmad tentang penjualan tanah itu tidak pernah dinafikanya.

Adalah jelas Ahmad tidak berbohong sekaligus dakwaan Adnan kononya Ahmad berbohong hanya melibatkan isu kelusan tanah bukanya isu pokok iaitu ujudnya aktiviti pernjualan tanah Umno di situ.

Apa yang penting disini ialah berlakunya aktiviti penjualan tanah melibatkan kerajaan negeri dan Umno, parti yang menguasai kerajaan Pahang.

Kewibawaan Adnan sudah tercalar dengan pendedahan Ahmad dalam isu tanah yang membabit syarikat proksi Umno itu, (Rangkian Delima Sdn Bhd).

Ahmad hari ini (14 Mei) mencabar dan mencadangkan supaya Adnan segera melaporkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan Polis berhubungan dakwaanya itu.

Beliau dipetik berkata, sekiranya Adnan tidak berkeyakinan, tindakan yang berwibawa akan diambil oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno khususnya dalam isu membabitkan penjualan tanah (milik Umno itu).

Pembabitan Syarikat proksi Umno, Rangkaian Delima dalam pemilikan tanah dan pembalakan di Pahang bukanlah suatu rahsia, syarikat itu menjadi nadi kekuantan Umno Pahang suatu ketika dahulu tetapi hari ini tanah milik Umno melalui syarikat berkenaan satu demi satu dijual kepada syarikat bukan Bumiputera ini termasuklah ladang Nukleus di Ulu Lut, Maran itu.

Bagi penduduk Luit, mereka menyaksikan penerokaan haram tanah kerajaan di situ secara besar-besaran dengan kehairanan serta menimbulkan pelbagai tanda tanya dan kemungkinan ia mempunyai kaitan dengan dakwaan Ahmad bahawa 12,000 hektar tanah di situ telah pun dijual adalah berasas.

Baru-baru ini, Ketua Dewan Muslimat PAS Pahang, Ustazah Azizah Khatib Mat telah membuat satu laporan kepada BPR bersabit dengan penerokaan tanah kerajaan di situ.

Tetapi siapa tahu penerokaan haram yang dimaksudkan penduduk sebenarnya adalah penerokaan terangcang oleh para pemimpin Umno dengan kerjasama syarikat bukan bumiputera berkaitan jika dilihat kepada kaedah penerokaan dijalankan.

Jika tidak masakan Pejabat Tanah dan Daerah Maran gagal mengesan pencerobohan tanah kerajaan di situ.

Malah, penduduk mendakwa pejabat tanah berkenaan hanya pantas mengambil tindakan jika ada penduduk kampung meneroka tanah di situ secara kecil-kecilan tetapi tidak mengambil tindakan kepada sendikit yang meneroka tanah secara besar-besaran. - mr

10:01 PM  
Anonymous Anonymous said...

“Apakah mereka tidak memerhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu dan Kami curahkan air hujan yang lebat ke atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri, dan kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain”. (Surah Al-An’am ayat 6)

Ayat ini perlu difahami maksudnya dan digeruni amarannya. Ayat penggantian sesuatu bangsa dengan bangsa yang lain disebut berulang kali dalam Al-Quran.

Saya khususkan amaran ini kepada UMNO yang lalai, ghairah dan khayal dengan kehidupan duniawi hingga lupa kepada tanggungjawab dan idealisme perjuangan yang hakiki. Kegilaan terhadap kebendaan dan kuasa akan menjuruskan UMNO kearah kehancuran lantaran hilang pertimbangan akal yang menjadikan pemimpin mereka rakus, bakhil, mementingkan diri dan tergamak melakukan apa sahaja demi memenuhi agenda peribadi. Renung renungkan lah

9:22 PM  
Blogger AIDC said...

Sdr Anuar, tolong tonton video2 ni. Bermula satu gelombang reformasi baru...

Video 1

http://www.youtube.com/watch?v=JEYnh9Yvtew

Video 2

http://www.youtube.com/watch?v=mrNv44WoJck&feature=related

sumber :

http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/

12:24 AM  
Blogger Anuar Mohd Nor said...

Terima Kasih atas komen-komen yang di terima terhadap artikel saya ini.

Pokoknya usaha memartabatkan orang Melayu harus datang dari kesedaran orang Melayu itu sendiri. Peristiwa 13 Mei yang disarankan untuk di lupakan oleh sesetengah mereka yang memberi komen tidak mungkin berlaku selagi kita belum berjaya memperbaiki struktur sosioekonomi dan sosiopolitik antara kaum di negara kita ini.

Tambahan lagi itu satu peringatan kepada kita bahawa sekiranya terdapat lompang jarak pencapaian antara kaum serta ketidakpuasan hati maka ini mampu memberi ancaman secara kritikal kepada negara.

Dakwaan bahawa tulisan dan sikap saya rasis oleh sesetengah yang memberi komen adalah tidak tepat. Apabila kita bercakap tentang “survival” bangsa pada keselaluannya tuduhan rasis akan di lemparkan. Seharusnya tidak begitu.

Adakah sekiranya kita berbicara tentang cita-cita kita maka kita akan dilabel sebagai individualistik.

Kita membicarakan kedudukan kita, arah tuju bangsa kita dan cita-cita serta harapan kita, adakah itu rasis!

Sikap kita perlu selari dengan sikap dan perjuangan kaum lain. Perjuangan mereka untuk kaum mereka seharusnya selari dengan tindakan kita mempertahankan hak kita lantas meneruskan perjuangan untuk memartabatkan bangsa.

Amaran adalah apabila kita ghairah mahu menyempurnakan demokrasi total, maka hak yang ada dikorbankan. Apa yang perlu di tentukan adalah orde yang tidak mendiskriminasikan kaum lain tetapi tegas menyatakan ketetapan kita sebagai orang Melayu.

Apa yang perlu adalah “ketegasan dengan penjelasan” untuk kita teguh berdiri.

Sekian

9:31 AM  
Blogger Panglima Perang Cyber said...

hidup Melayu ! kerana Melayu itu islam...sayugia islam dimenangkan..dan mana mana cina atau india yang islam tentu hidup juga pada kata kata kita bangsa melayu....

Namun, ada Muslim tidak suka kalimah Melayu dan menolak UMNO teras Melayu....

Siapakah dia ? anta fikiaqlah sendiri no

11:36 PM  
Blogger mat terab said...

Tak perlulah mengungkapkan peristiwa 13 mei setiap kali kuasa Umno terhakis 30 thn slps 13mei umno tak buat apa pun terhadap org melayu hanya sibuk menperkayakan kroni mereka. yang penting kita perlu menperkukuhkan islam kerana islam lambang kemakmuran untuk semua kaum tak kira bangsa.....

11:48 AM  
Anonymous Anonymous said...

Persoalan tidak membuat apa-apa itu agak keterlaluan sdra Mat Terap. Sebenarnya saya tidak menyangkal kegagalan UMNO - yakni Barisan NAsional tetapi perubahan orang Melayu, pencapaian orang Melayu jauh lebih baik dari dahulu tetapi malang perubahan itu tidak menuruti perubahan semasa. Kita ketinggalan mungkin kerana perlaksanaan polisi yang tidak mantap, benar ada kronis, ada nepotisme dan rasuah tetapi masalah ini perlu diatasi dengan baik supaya jangan Melayu tertinggal.

3:41 PM  
Anonymous Anonymous said...

Yang bahagia anuar Mohd Nor;

Saya kira saudara tidak perlu mengungkap kan peristiwa 13 mei 1969 untuk menyatukan bangsa sendiri , kerana pada pendapat saya peristiwa itu berlaku oleh kerana angkara ejen-ejen kerajaan British dan Indonesia ( di bawah pemerintahan presiden sukarno) telah menimbulkan huru hara untuk mengugat kestabilan politik di malaya yang baru mendapat kemerdekaan daripada Britain.Satu lagi faktor yang lain ialah Singapura telah terpisah dari negeri-negeri tanah melayu pada tahun 9hb ogos 1965.Oleh yang demikian saya percaya ini mendorong bangsa melayu rasa tersepit pada masa itu.Berbeda dengan kini kerana peredaran arus zaman politik semasa kini lebih berkecondong kearah memperjuangkan kehidupan yang lebih selesa, aman damai . Jadi apakah kearifannya membangkitkan hal sedemikian semata-mata untuk perpaduan?Kan negara kita sekarang dah sejahtera semuanya.Lagipun menimbulkan suasana kacau bilau di negara sediri bukan budaya kita!!
~Ck~

11:59 PM  
Anonymous Anonymous said...

inilah bila terdidik dengan jiwa kontang semangat assabiyah dari pemimpin yang hanya tahu memperbodohkan orang melayu...saudara sepatutnya lebh bijak menilai selama 50 tahun merdeka, kemerosotan org melayu tetap dilolong dan dipekikkan... alahai bodoh benar org umno. German yang hancur perang dapat dibangunkan semula sebagai kuasa ekonomi dunia dalam masa 30 tahun.., jepun hancur dek bom atom tapi bangkit menguasai ekonomi dunia pun dalam jangka masa yang lebih kurang sama dengan German... dan melayu selama 50 tahun masih belum ke mana sebab dipimpin oleh parti yang hanya tahu memperbodohkan orang melayu...

saya kira sudah masanya saudara membuat refleksi yang lebih jujur, ikhlas dan dari hati yang suci bersih...

Gunakanlah kepakaran dan kepandaian saudara untuk menyedarkan org2 melayu kampung yang masih setia dan sanggup diperbodohkan pemimpin umno agar memerdekakan pemikiran dan paradigma mereka... jika seribu tahun umno memerintah malaysia pun orang melayu akan terus merempat dibumi sendiri...cukuplah org melayu Penang, Johor, NSembilan yg merempat....masa untuk memerdekakan diri daripada penjajahan minda orang umno

12:12 AM  
Blogger Kerajaan Rakyat said...

Saya bukan ahli politik, tetapi saya membaca sifir politik melalui pemerhatian serta pengamatan tindak-laku dan sandiwara para pelakonnya. Pelakon sandiwara politik adalah mereka yang menjadikan lapangan politik sebagai sumber pendapatannya.

Slogan dan retorik yang beraneka adalah skrip sandiwara kutu-kutu politik ini. Samada kutu-kutu ini mementaskan sandiwara politik mereka di peringkat nasional, negeri, daerah atau desa, matlamat dasar mereka adalah meraih perhatian, simpati dan sokongan rakyat demi meliliti mereka dengan kekuasaan yang lumrahnya berakhir dengan matlamat sebenar mereka – menggunungkan harta kekayaan dan wang ringgit.

Sejarah banyak membuktikan, terlalu banyak mereka yang telah berpuluh tahun berkhidmat sebagai guru atau pengetua atau pegawai PTD yang hanya mampu memiliki sebuah rumah kediaman yang sederhana dan hanya termampu memiliki kereta paling hebatpun mungkin Proton Perdana atau Honda Accord 2.0 atau Volvo secondhand.

Manusia yang sama apabila terpilih sebagai wakil rakyat samada sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Dewan Rakyat dalam jangka masa 4 atau 5 tahun telah berubah menjadi jutawan dengan hartanah, kereta dan perniagaan yang berbagai dalam nilai jutaan dan mungkin puluhan juta ringgit.


http://kerajaanrakyat.blogspot.com/

12:28 AM  
Anonymous Anonymous said...

Mr Anuar,

Looking at all the comment, I would like to make a simple conclusion that the Malays now understand that all races regardless of religion should be able to live as ONE in Malaysia.

The Malays now believed that Ketuanan Melayu or Malays Supremacy is to be abolished as we believed in equality. There should not be any special Malay rights and the rights to practice any religion doesn’t need any rules and regulation to decide but only us (individual to decide).

Anuar,

We are also Malaysian. We have been here developing the country as we love Malaysia as much as the Malays. Why can we live in harmony? We respect the Malays as our brother and sister. We work along side each other. There should not be any mistrust among us. Let us have our rights and we respect yours. That include the religion we practice.

2:14 AM  
Anonymous Anonymous said...

This comment has been removed by a blog administrator.

5:29 AM  
Anonymous Anonymous said...

This comment has been removed by a blog administrator.

5:31 AM  
Anonymous Anonymous said...

This comment has been removed by a blog administrator.

5:33 AM  
Anonymous Anonymous said...

"It seems like Malaysia is still not ready for globalisation because of a bunch of anti-social"

Opinion from expert.. dou you belive it??

Malaysia is only unique because of Malay accept Indian & Chinese..& becoming trade mark..

If you not happy to accept Malay/Nusantara is land of this nation.. just cancell your citizenship..

move to global world & you know you are nothing.....

2:35 PM  
Anonymous Anonymous said...

MALAYSIA INI BUKAN ORANG MELAYU PUNYA!!!

NAH AMBIK PENANGAN ANWAR ...

INGAT!! MALAYSIA BUKAN MELAYU PUNYA!!

CLICK LINK DI BAWAH..AMARAN!! DARI ANWAR.. MALAYSIA BUKAN MELAYU PUNYA!!

http://www.youtube.com/watch?v=3EaY8ZnQBdg

7:24 PM  
Anonymous Anonymous said...

'Everybody in Denial'

Saudara Anwar patut siarkan sikit komen komen dari Pihak2 Lain yang berkait ketika 13Mei macam Lee Kuan Yew dll.. lebih pedas lagi.

Pastinya ada yang tidak menjeling di mana perjalanan ini bermula dan hanya melihat perjalanan ini berlangsung dlm tempoh singkat sahaja.

dekad ini juga telah melihat percikan percikan ke arah selisihan kaum di negara...
masih mahu menafikan..?

Tak kira parti apa pun sekali,..
Jika masih lagi mengelamun,..buta bercampur dungu..
dan membiarkan yang tersirat berlalu,
Hasil dari tindakbalas barangkali
akan sama sama merasa jika bukan diri sendiri pastinya diludahi generasi selepas ini..,
masih mahu menafikan..?

Tak bernilai lagi parti dipegang jika masih lagi berbudayakan alpa, dan meyalahkan org lain...
masih mahu menafikan..?

'sesuatu bangsa yang tidak mampu mengangkat tangan mereka sendiri dan berdiri tegak tanpa tekanan org lain sepatutnya menerima tamparan/malu yang amat hebat.
-Mein Kampf

multishotclan@yahoo.com

11:12 PM  
Anonymous Anonymous said...

This comment has been removed by a blog administrator.

12:03 AM  
Anonymous Anonymous said...

This comment has been removed by a blog administrator.

12:06 AM  
Anonymous Anonymous said...

This comment has been removed by a blog administrator.

12:13 AM  
Anonymous Anonymous said...

Sesungguhnya kerajaan tak ambik pengajaran dari kejadiaan itu,hanya hangat2 taik ayam jer.Mula2 buat ler dasar ekonomi baru .kononnya nak bagi keseimbagan ekonomi melayu dengan cina.Lepas tu ramai le orang2 melayu yang berjaya dalam perniagaan dan dapat menjana ekonomi orang melayu>Tapi melayu mana??Rupa2 nya kaum kerabat dan kroni2 umno yang kaya raya.Rakyat bawahan masih merempat macam 30 tahun dulu jugak..Lepas kekalahan teruk dalam pru ke 12 baru ni,barulah nak sibuk cita pasal ketuanan melayu,kegawatan ekonomi orang melayu dan sibu satu masalah orang melayu.Apa punya umno laa..

1:18 PM  
Anonymous Anonymous said...

Yes, a lot of non-malays in Malaysia are leaving this country. But what the hell, they (babiputras) don't care. They are happy that we leave.

I do agree with you of those you mentioned, our country is stepping backward, we are loosing in all aspects and yet overdue and retarded ministers are still available on shelf. The ministers think that they are the only ones capable and qualified to be there and not replaceable, otherwise the country could collapse.

Looking at Afghanistan, Iran, Iraq likes looking at this country future. The well connected babiputras are getting richer. This government is spoon feeding the babiputras at this nation expense. I am sick of this country too.

My advise is let them rot in their own stew.

The Barisan government has achieved 0% in reversing the trend of racism.

While South Africa has disbanded racism through the government's initiative after the global news onslaught, our government leaders are propagating FACISM and RACISM in every way.

In term of racism, we are the most uncivilised country in the world. Look into our neighbouring countries of Asia, they are advancing economically on a straight forward objective, for their citizens.

Whereas we are moving in deviationist path, widely off the international economic theory for the sole objective, of propelling the well being of a supreme race.

Mahathir era is over, here we have Badawi. Is he changing the trend? Not a single sign of it.

How about the future under Najib? Sad, sad. They have more camouflage in readiness.

Hey, you pathetic cow and all the babiputras who have the same feeling/thinking like them. You don't feel shame being spoon feed by government using the taxpayers money?

I guess all the protection policy make you all even more lazy and narrow minded and stupid. The majority of you once step out of the Malaysia soil will sure starve to death.

Hoy, I think you should try some pork meat once a while to make you more intelligent a bit. Look at around the world region, anti pork meat countries are mostly rippled with starving and war or worst, non-stop crying for government policy protection.

Fact is fact when you babiputras are stupid is always stupid - although it can be help by consistent protection and nourishment policy but the end result will not go far because the quality of gene is there.

4:14 PM  
Anonymous Anonymous said...

Salam Saudaraku Yang Membaca,

Peristiwa 13 Mei pada saya tak patut kita lupakan. Selama mana kita semua ini masih bergelar manusia, pasti sampai pada satu tahapnya akan meletup. Mengingati peristiwa buruk menjadikan sempadan buat kita supaya tidak meletup tadi la.

Ini pendapat dengkel dari saya yang lemah.

(p/s: kutuk diri dulu sebelum orang lain kutuk kita. memang pastinya akan ada orang yang akan kutuk kita. dia takkan dengar pendapat orang. yang penting kutuk orang dan nak orang dengar cakap dia)

4:41 PM  
Anonymous Anonymous said...

Pada pendapat saya, setiap bangsa/kaum manusia ada 'racist' mereka sendiri. Hanya dengan sikap bertolak-ansur dan hormat menghormati kepercayaan dan budaya/adat resam masing2, kita semua dapat hidup bersama2 dalam sesuana aman dan damai. Jangan pedulikan ahli2 politik yang kerap membangkitkan isu perkauman supaya mereka dapat undi yang lebih banyak dari kaum mereka sendiri semata2 untuk memenangi pilihanraya dan membolehkan mereka memegang jawatan2 penting didalam kerajaan untuk kepentingan mereka sendiri.

12:19 AM  
Anonymous Anonymous said...

Sebagai 1 contoh, sebelum mendapat kemerdekaan dari British, India hanyalah 1 negara. Semasa membincangkan kemerdekaan India dengan British, Mohd Ali Jinnah telah mengatakan hasratnya supaya India dipecah dua bila merdeka nanti dimana 1 bahagian ada majoriti Hindu & 1 lagi majoriti Muslim. Nehru & Gandhi cuba memujuk Jinnah untuk menukarkan fikirannya supaya jangan sampai India dibelah bahagi untuk mencapai kemerdekaan. Nehru juga cuba memujuk Jinnah dengan menawarkannya jawatan perdana menteri India yang pertama tetapi Jinnah enggan menerimanya. Jadi, pada tahun 1947, India berpecah dua kpd India & Pakistan bila merdeka. Sayangnya, ada rakyat Hindu & Muslim dikedua2 negara ini yang tidak dapat menerima hakikat tersebut dan timbullah rusuhan antara mereka. Masyarakat yang berbeza agama ini telah hidup bersama2 dlm aman damai sebelum merdeka, tiba2 bersengketa akibat keputusan ahli2 politik untuk membahagikan negara mereka mengikut agama bila merdeka.

12:40 AM  
Anonymous Anonymous said...

TAKMO PECAYA LAGI SAMA UMNO..
umpama harapkan pagar, pagar lak makan padi..harapkan UMNO, UMONO lak duk cekik darah orang melayu..

12:42 PM  
Anonymous Anonymous said...

TAKMO PECAYA LAGI SAMA UMNO..
umpama harapkan pagar, pagar lak makan padi..harapkan UMNO, UMONO lak duk cekik darah orang melayu..

12:42 PM  
Anonymous Anonymous said...

UMNO HANYA TAHU PASAI KETUANAN MELAYU..TAPI TAK PERNAH FIKIR, MENYELAMI LEBIH DALAM MASALAH ORANG MELAYU..ADEHHH..SENANG CERITA BILA DAH KALAH BARU INGAT PERJUANGAN MELAYU..PEGI DAA..!! INGAT AKU NII ORANG KAMPUNG YG BOLEH KO TIPU.. PENGKHIANAT BANGSA..??

12:45 PM  
Anonymous Anonymous said...

Saudara Anuar,
Pls don't be so ignorant--more than half the malays are now PR supporters. They have been disillusioned with the corrupt Umno leaders and politicians-thus they abandoned Umno/Bn and are now doing very well with PR under the able leadership of DSAI. Of course there might be some hiccups--but is natural b'cos they are a new coalition. Give them time--they will supercede BN's achievement of providing better oppotunities to the various races of Malaysia. It's foolish to assume that the Malays will support your idea of another May 13.
MALAYSIA BERSATU BAWAH PR

10:45 AM  
Blogger Baharudin said...

Sdra2 dan Saudari2 yang di sayangi!

Semua komen dan seruan ada sebabnya. Kesan perubahan melalui nasihat dan seruan tidak lagi berkesan.

Berubah atau menerima musibah!.

Hentikan menyebut apa yang telah berlaku dan lebihkan menyebut apa yang mesti di lakukan.

Bincangkan 4 soalan yang perlu di tanyakan,

1. Apakah yang pemimpin kita buat sekarang?.

2.Apakah yang pemimpin kita patut buat, tetapi tidak di buat sekarang?.

3.Apakah yang perlu di basmi?.

4.Apakah halangan dan rintangan yang ada?.

Saya ingin berjuang bersama pemimpin dan membantu untuk memastikan niat untuk berubah dan membentuk jati diri pemimpin menjadi sebagai pemimpin sebenar yang memajukan Masyarakat, Bangsa, Syiar Agama, Ekonomi dan Negara.

Bentuk lebih kerap ceramah dan latihan yang berkesan untuk mengingatkan keutamaan pemimpin mengusahakan pencapaian 1Malaysia dengan "Rakyat di dahulukan dan Prestasi di Utamakan".

Memperkenalkan langkah perubahan drastik, realistik dan efektif yang mampu mengawal penyelewengan,
rasuah dan kronisma (tiada yang mustahil).

Untuk keterangan lanjut, bolehlah menjemput saya untuk memberikan taklimat.

Sayang semua Saudaraku!
Baharudin!

11:07 PM  
Blogger Baharudin said...

Salam!

Pemimpin kata nak berubah!. Lepas PRU 12 ni dah banyak kesedaran menghampiri pemimpin. Berapa ramai, bagaimana dan bila pemimpin berubah adalah persoalan yang sangat penting.

Perubahan nak di laksanakan dengan mengambil kira pandangan rakyat dan akar umbi. Saya seorang rakyat yang berada di kalangan akar umbi.

Saya menjadi dewasa didalam cabaran
kerjaya sistem operasi perindustrian. Baik juga sekiranya saya dapat di beri peluang berkongsi dengan pemimpin mengenai kaedah mempengaruhi ramai pemimpin untuk mengusahakan perubahan pada diri pemimpin itu sendiri.

Entah mengapa, saya telah menyediakan file bahan ceramah dan latihan untuk kesedaran pemimpin supaya berubah . Bahan latihan dengan persembahan data, animasi dan klip video serta berirama, dan tidak memburukkan orang lain.

Salam!

11:30 PM  
Blogger Aku anak melayu said...

pasti akan terjadi peristiwa seperti itu... kerana mereka-mereka telah mengbangkitkan api kemarahan orang melayu... pertahan kan hak orang melayu... MELAYU WAJIB BERSATU!!!!! bagun wahai orang-orang melayu..
renung-renungkan kata-kata ini TAK AKAN MELAYU HILANG DI DUNIA INI....

2:16 AM  
Anonymous Anonymous said...

kalu cinapig blik tongsan, tak jadile 13 mei.

5:11 PM  

Post a Comment

<< Home