Monday, April 14, 2008

UMNO,PKR dan PAS perlu muafakat pertahan hak Melayu

Saranan Dato Norza Zakaria adalah untuk semua Melayu tidak kira apa parti sekali pun perlu bersatu untuk mempertahankan hak Melayu. Adakah saranan ini dangkal? Adakah sebenarnya ini perlu dilakukan demi bangsa kita? Ketuanan Melayu adalah hak yang perlu dipertahankan. Menolak garis penghalang seperti politik adalah penting untuk kita Melayu. Kestabilan sosiopolitik negara ini juga pasti terjamin sekiranya hak kita terpelihara dan hak kaum-kaum lain tidak di diskriminasi. Apa pendapat anda?


Kenyataan Dato Norza Zakaria 14hb April 2008

KUALA LUMPUR 13 April – Pemimpin-pemimpin UMNO, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) digesa mengadakan permuafakatan bagi membincangkan hala tuju bangsa Melayu di negara ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohamad Norza Zakaria berkata, permuafakatan pemimpin-pemimpin Melayu daripada ketiga-tiga parti itu perlu diadakan supaya isu-isu berkaitan orang Melayu tidak dipolitikkan.
Menurut beliau, tiga perkara penting berkaitan orang Melayu dan yang akan menentukan masa depan mereka di negara ini ialah membabitkan agama Islam, Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan pendidikan.

“Sudah tiba masanya pemimpin Melayu daripada ketiga-tiga parti politik itu berbincang dan mendapatkan persetujuan bersama supaya tiga perkara membabitkan bangsa Melayu itu tidak boleh disentuh dan diganggu oleh orang lain.

“Sekiranya ada pihak yang cuba mengganggu tiga perkara tersebut, pemimpin-pemimpin ini akan mempertahankan hak orang Melayu dengan pendekatan yang sama,” kata Norza selepas merasmikan Kejohanan Olahraga Tahunan Kelima Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, dekat sini hari ini.

Norza yang juga Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan itu mahu orang Melayu mempertahankan ketiga-tiga perkara itu sebagai hak bangsa Melayu dengan mengetepikan perbezaan parti politik.

“Sebagai contoh, orang Cina mengetepikan soal perbezaan parti politik dalam menangani dan memperjuangkan isu sekolah Cina dan sepatutnya orang Melayu juga bersikap dan bertindak demikian,” tegasnya.

Ditanya sama ada beliau akan bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan parti hujung tahun ini, Norza berkata, beliau tidak akan bertanding merebut jawatan itu tetapi hanya akan mempertahankan kerusi MT.

Menurut beliau, masa ini lebih tepat untuk merawat hati-hati yang sudah luka dan mereka ingin melihat UMNO membuat perubahan dan menjadi sebuah parti yang tetap disanjung dari dahulu sehingga sekarang.

Dalam pada itu Norza mengingatkan supaya UMNO yang telah ‘tenat’ dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu perlu menjalani proses pemulihan seperti orang sakit yang dimasukkan ke hospital.

Dalam perkara ini katanya, UMNO tidak boleh berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku, kerana sekiranya itu terjadi, maka perubahan atau pemulihan akan berjalan dengan lebih perlahan.

“Kita sepatutnya keluar daripada permainan tuduh-menuduh sebaliknya turun ke padang untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO.

“Kita tidak mahu adegan tuduh-menuduh ini menjadi show case untuk tontonan orang lain.

“Jika berlarutan saya khuatir satu hari nanti orang akan menganggap UMNO tidak relevan lagi,” jelasnya.

Menurut beliau, parti pembangkang semakin memperbaiki kedudukan mereka kerana kelemahan UMNO yang mempunyai masalah dalaman yang didedahkan kepada pengetahuan orang luar.

Pembangkang katanya, belajar daripada kelemahan dan masalah UMNO untuk mentadbir negara hari ini.

Norza berkata, “jika kita cepat tutup dan menyelesaikan semua masalah kita, maka lagi cepat kita akan bergerak walaupun yang telah kalah dalam pilihan raya lalu untuk terpaksa bekerja keras.”

51 Comments:

Anonymous Anonymous said...

This comment has been removed by a blog administrator.

1:06 PM  
Anonymous Anonymous said...

hahahaha.... nak tergelak aku bile baca keratan akhbar ni....

dulu mase ko(umno) diambang kegemilangan ade ke ko nak ajak parti2 ni bersatu atas nama melayu?
jangan buat lawak la wei...

-PAS memerintah Kelantan dekat 18 tahun, ade ke
ko bantu kerajaan PAS atas nama MELAYU?

- ada ke ko adakah perbincnagan ngan Pas dan pkr atas nama MELAYU?

- Ade ke ko menghormati atas apa perlaksanaan dasar ISLAM yang PAS nak nobatkan di Kelantan?

- Adakah sepanjang pemerintahan PAS di kelantan ko(umno) membantu kerajaah negeri dari segi peruntukan kewangan dan adakah ko(umno) tidak menekan kerajaan Pas di Kelntan?

-adakah UMNO betul2 mahu mendaulatkan ISLAM
atas untuk memertabatkan MELAYU? APA BUKTINYA?

aku puji cina memang bijak berpolitik walaupun berlainan ideologi, mereka saling membantu.

tapi MELAYU(khasnya UMNO) memang busuk hati, usahkan nak bersatu ngan PAS DAN PKR, pergolakan DALAMAN umno sendiri yang menunjukkan bahawasanya UMNO NI MEMANG PAYAH UNTUK BERSATU.

-RASUAH, KUASA, DENGKI MENDENGKI, wang... MMg menjadi agenda utama UMNO!

sekarang ko(umno) bagai cacing kepanasan...
dulu mase PAS JOIN BN ade ke ko layan PAS sepertimana ko MELAYAN MCA dan MIC atas nama MELAYU?

KALAU soalan2 ni xdpat jawab, jgn harap la nak bersatu!!!!

3:07 PM  
Anonymous Anonymous said...

UMNo yang MERDEKA kn kt sume...!
Cuma setengah pemimpin atas yang penting hak peribadi!!!
membuat UMNO dipandang HINA..
Kt harus betul kn pemimpin atasan br UMNO semangkin TEGUH.
:-) Insha-ALLAH

4:26 PM  
Anonymous Anonymous said...

Pleaselah, bila kapal UMNO dah nak karam baru nak bicara tentang perpaduan dan hak Melayu. Kenapa tidak diungkit perkara ini selepas PRU11 nan lalu. Adakah sebab masa lalu kapal UMNO begitu kukuh maka langsung tidak memandang kapal-kapal kecil yang lain sehinggakan kalau boleh mahu sahaja melanggar dan mengaramkan kapal-kapal yang lain. Shame on you, we are not stupid as you...

5:56 PM  
Anonymous Anonymous said...

kita bubarkan umno. ni umno madey nyanyuk. kita masuk PKR dan PAS..

6:42 PM  
Anonymous Anonymous said...

Kalau setakat nak komen utk balas dendam ini juga sifat keji org melayu..Lihat dulu secara positif keratan akhbar ini..Apa yg penting ketuanan melayu dan kemurniaan Islam dapat kita sama-sama pertahankan di bumi Malaysia. Jangan menang sorak kampung tergadai!!

6:55 PM  
Anonymous Anonymous said...

Melayu akan lebih selamat tanpa adernya umno

seharusnya umno menjadi musuh no.1 orang Melayu dan musuh no.1 seluruh rakyat malaysia...

Terima kasih kepada pemimpin2 umno yang banyak mempermainkan isu perkauman dua tiga menjak nie...rakyat sudah dapat melihat betapa rendahnya, racistnya dan ceteknya pemikiran politik orang2 umno....

bukan hak melayu yang nak dipertahankan tetapi nak mempertahankan periuk nasi politik orang2 umno dari hilang...

UMNO adalah musuh melayu.. dan musuh MALAYSia...bersama kuburkan UMNO secepat mungkin

9:29 PM  
Anonymous Anonymous said...

Sewel ke apa mamat ni?? Masa hangpa dok perintah negara ni pernah tak terpikir nak bela orang melayu/islam. Yang aku tengok roboh masjid, rumah setinggan yang kebanyakkannya orang melayu ade lerr...kelakor sungguh...hehehe

10:28 PM  
Anonymous Anonymous said...

Aduhai Latuk Noza. Lu punya pikilan ada mabok atau sewel ka? Apa itu muapakat? Lu mau pakat sama itu PAS dan PKR kasi lu minang ka? Bila minang simula, lu kasi guna lagi itu polis tembak olang-olang PAS dikat itu Lubuk Mandi, itu Batu Buluk maa? Ayo yo Latuk Noza, itu kontlek, lu/UMNO kasi sama kroni. Olang PAS tak ada chance mau dapat. Wa kisian sama lu laa Latuk Noza. Lu boleh pigi Tanjung Lambutan laa.

11:18 PM  
Anonymous Anonymous said...

Pehgi dah...kalau nak selamatkan melayu, bubar Umno dulu!

11:55 PM  
Anonymous Anonymous said...

bubar umno????
oh noooo..nanti DAP akan naik tocang nyaaaa..

12:57 AM  
Anonymous Anonymous said...

tak payahlah susah2 nak bermuafakat..ameno sendiri yang dah tak betul..bukan melayu

12:31 PM  
Anonymous Anonymous said...

bubar aje ameno...masuk PAS dan PKR...parti melayu gak..

12:33 PM  
Anonymous Anonymous said...

kpd anonymous... 6:55 pm

ooo... kalau komen macam ni ko kata 'BALAS DENDAM SIFAT YG KEJI'.... 50 tahun merdeka,
RASUAH, SALAHGUNAKUASA, KUTUK ULAMA@MUFTI, PERLEKEH ISLAM, ROBOH SURAU, KURANGKAN KUASA MELAYU, JUAL TANAH MELAYU... (byk lagi)TU TAK KEJI KE?

BUKAN SAJA KEJI... TAPI BANGSAT!!!!

50TAHUN merdeka, ada ke UMNO MINTAK MAAF PADA RAKYAT atas penyelewngan khasnya terhadap org2 MELAYU?

bila dah kalah mula lah... nak bersatu la....apa la....
kalau tak kerana UMNO PUN MALAYSIA NI DAH LAMA TERGADAI...SELAMA NI PUN DAH BYK KERUSI PARLIMEN YG KO BAGI KAT MCA DAN MIC... jangan nak mainakan perkauman la wei...

dasar parti RACIST!!!

12:54 PM  
Anonymous Anonymous said...

Sebuah syarikat bumiputera turut terlibat dalam projek penternakan babi di Selangor yang menimbulkan kontroversi minggu lepas dan seorang wakil rakyat Umno berada "di belakang" projek tersebut, kata seorang pemimpin MCA.

Syarikat tersebut, yang terlibat dalam satu projek usahasama, bercadang menggunakan wang - dilaporkan menelan belanja RM100 juta - daripada dana program alam sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Mendedahkan perkara itu kepada satu sidang media hujung minggu lalu, ketua biro pertanian tradisional MCA Datuk Dr Lee Chong Meng berkata syarikat bumiputera itu berhasrat membawa masuk teknologi Jerman untuk projek tersebut.

Akhbar The Sun hari ini yang mengutip laporan The Oriental Daily semalam menyebut, wakil rakyat BN-Umno bagi kerusi Tajung Sepat, Datuk Karim Mansor, bersama seorang ketua kampung di situ turut bersama dalam rombongan ke luar negara untuk melihat teknologi tersebut.

Rombongan itu dihantar oleh kerajaan Selangor bawah pentadbiran BN bagi menilai teknologi yang boleh menguruskan penternakan babi - masalah yang serius di negeri itu sejak lebih dua dekad.

Karim, yang juga bekas ketua Pemuda Umno negeri, antara pemimpin Umno yang lantang membantah isu itu di akhbar-akhbar berbahasa Melayu minggu lepas.

Sementara ketua kampung di Ladang Tumbuk - tempat projek itu diadakan - turut menyertai bantahan projek tersebut di depan bangunan kerajaan negeri Selangor di Shah Alam.

Rabu lalu, 200 penduduk kampung di sekitar Sepang mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sebagai membantah projek berkenaan.

Dr Lee berkata beliau mengetahui segala-galanya tentang projek tersebut "seperti tapak tangannya sendiri" kerana terlibat dengan semua mesyuarat berhubung perkara tersebut.

Menurut The Sun lagi, Dr Lee mempunyai minit mesyuarat dan rekod untuk membuktikan dakwaannya.

Menteri besar Selangor waktu itu Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo sendiri telah meluluskan projek pemindahan 132 ladang babi ke projek seluas 460 hektar itu, kata Dr Lee, melalui dua ahli exco kerajaan negeri Datuk Ch'ng Toh Eng dan Datuk Tang See Hang pada awal tahun lepas.

Kebanyakan ladang tersebut sedia wujud di kampung Ladang Tumbuk atau dari sekitar daerah Kuala Langat, tambah ketua biro MCA itu lagi.

Dr Lee menambah, sebelum pembubaran parlimen, kerajaan Selangor bawah pentadbiran BN meluluskan projek tersebut dan Karim sendiri menyokong projek tersebut.

"Hari ini (Sabtu) saya mahu tekankan bahawa kos RM100 juta itu yang bertujuan mempertingkatkan sistem pembuangan sisa ternakan bukan datangnya daripada kerajaan negeri," beliau dipetik sebagai berkata.

"Datuk Karim yang akan membawa sebuah syarikat Jerman untuk satu usahasama dengan sebuah syarikat Bumiputera."

Ketua biro MCA itu kesal kerana Karim, yang juga bekas setiausaha politik Dr Mohamad Khir, dan ketua kampung itu Mohamad
Tarmudi Tushiran sanggup membantah projek tersebut semata-mata kerana kepentingan politik peribadi.

Karim, dihubungi Malaysiakini hari ini, menafikan beliau membantah projek tersebut seperti dilaporkan media berbahasa Melayu.

Malah, katanya, beliau terlibat untuk memodenkan projek penternakan babi bermula sejak 2002 lagi.

Bagi mengatasi masalah ladang haram penternakan haiwan itu dan pencemaran yang dihasilkannya, projek pemodenan itu diperkenalkan mulai 2005.

Tambahnya, mereka bukan sahaja melawat Frankfurt (Jerman), tetapi meninjau juga Bangkok (Thailand) dan Amsterdam (the Netherlands).

Sementara itu sumber-sumber PKR memberitahu Malaysiakini, beratus-ratus ribu risalah penerangan tentang isu tersebut - dipercayai termasuk maklumat yang didedahkan oleh MCA ini dan data kerajaan negeri - akan diedarkan kepada penduduk Selangor.

PAS sebelum ini dilaporkan akan menemui rakyat Selangor untuk menjelaskan isu tersebut yang mendapat liputan meluas - dianggap boleh membawa kesan negatif kepada pentadbiran Pakatan Rakyat - di akhbar-akhbar berbahasa Melayu selama beberapa hari minggu lepas.

1:43 PM  
Blogger Harris said...

Ada lagi kah ketuanan Melayu sekarang ?

Saya nak bertanya kepada sdr Norza dari UMNO yang menyeru supaya PKR , PAS bersatu dengan UMNO berkaitan agenda penyatuan ummah dan ketuanan Melayu samada seruan beliau adalah ikhlas atau sekadar retorik setelah UMNO mengalami kemerosotan paling teruk didalam sejarah negara .

Mengapa baru sekarang sdr teringat kepada perpaduan melayu islam ? Mengapa sebelum PEMILU 12 sebulan lalu , isu ini tidak di timbulkan .? Adakah kerana UMNO takut kehilangan kuasanya setelah 50 thn menjadi teraju utama pemerintahan negara ini ?

Kalau negeri-negeri yang kini dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat sudah mula melaksanakan janji-janji pilihanraya mereka tetapi UMNO nampaknya masih didalam kemelut dan percakaran diantara satu sama lain . Apa dah jadi kepada UMNO ?Bukan kah sepatutnya mereka memulakan tugas-tugas untuk memerintah negara setelah kabinet dibentukdan port folio masing-masing telah diberi .

Kalau kepentingan rakyat menjadi agenda UMNO seperti mana yang di katakan didalam kempen-kempen pilihanraya yang baru berlalu ,mengapa kah orang-orang melayu masih di ketepikan ?

Jangan lah hanya pandai menjerit ketuanan melayu sekarang kini terancam tetapi pada hakikatnya orang-orang melayu telah lama hilang ketuanan dan kekuasaan geo politik mereka disebabkan kerakusan dan kepentingan segelintir kecil orang-orang melayu didalam UMNO .

9:50 PM  
Anonymous Anonymous said...

Masa dah nak nazak...baru nak ingat perjuangan melayu..poorah... umno adalah musuh orang melayu... celaka punya umno, boleh pergi mampus lah...

apa guna ada parti macam umno kalau kerjanya adalah merompak keringat orang melayu..

mari jahanamkan umno dan B END

11:45 PM  
Anonymous Anonymous said...

ada lagu untuk umno...

oh lenggang..mari berlenggang
umno celaka pengkhianat melayu...

oh lenggang..mari berlenggang
pemimpin umno jahat semuanyer

oh lenggang..mari berlenggang
marilah kita bersama...kuburkan umno

matilah umno..matilah umno..
melayu tak perlukan umno
matilah umno, jahanamlah umno
melayu kan sejahtera tanpa umno...

11:56 PM  
Anonymous Anonymous said...

Nasi sudah menjadi bubur.

12:12 AM  
Anonymous Anonymous said...

Yes, a lot of non-malays in Malaysia are leaving this country. But what the hell, they (babiputras) don't care. They are happy that we leave.

I do agree with you of those you mentioned, our country is stepping backward, we are loosing in all aspects and yet overdue and retarded ministers are still available on shelf. The ministers think that they are the only ones capable and qualified to be there and not replaceable, otherwise the country could collapse.

Looking at Afghanistan, Iran, Iraq likes looking at this country future. The well connected babiputras are getting richer. This government is spoon feeding the babiputras at this nation expense. I am sick of this country too.

My advise is let them rot in their own stew.

12:44 AM  
Anonymous Anonymous said...

vesewe & samp.

you guys are welcome to leave the country.

kpd rakan sebangsa & seislam ..
tgk komen2 diatas.. ada logiknya jugak saranan ketiga2 pemimpin politik pas, pkr & umno..

jgn dikenang yg lepas2. jgn biarkan org bukan melayu tertawakan kita..

kalau DAP, Gerekan & MCA bole berganding ttg isu2 seperti hak sama rata, bangsa malaysia? kenapa tidak kita..

pikir2kanlah..

12:52 AM  
Anonymous Anonymous said...

haaaa...haaaa peduli apa dengan apa yang bukan islam katakan atau fikirkan. Selama ini tak pernah pun mereka sokong kita dengan ikhlas. Lantak dia orang le nak tinggalkan Malaysia. Islam kan adil...dah mereka sendiri yang tolak islam jangan haraple nak dapatkan keadilan. Mereka jugak yang sokong UMNO...so lantakle memang tak dapat keadilan sebab UMNO tu perkauman.

9:17 AM  
Blogger roslisalem said...

nak mulakan muafakat kena cari titik persamaan dulu.

Buat permulaan, daulatkan kembali penggunaan bahasa MELAYU.

Kalau sebelum ini kita dah biarkan bahasa MELAYU sekadar pelapik majlis rasmi kerajaan..sekarang kita kena tegas.

Kuatkuasakan segala hal yang mendaulatkan bahsa MELAYU dan mansuhkan segala akta/undang-undang yang merendahkan bahasa melayu.

JADIKAN BAHASA MELAYU PENGANTAR SEMUA PERINGKAT SEKOLAH DAN IPT.

kalau atas isu ini umno sanggup, barulah boleh bergerak untuk isu lain. Kalau atas isu bahasa pun umno tak sanggup, mcm mana nak ajak melayu bersatu atas isu lain.

12:26 PM  
Blogger ahmaad albab said...

yang penting kite jgn telagah sesama kite
dap menang kat penang, gerakan selamba jer bagi kunci
takder gaduh2 sesame dierong
coz semangat bangsa mereka lagi kuat dari semangat parti
so kiter melayu saper pun perintah
tak payah nak bergaduh
yang penting bangsa kite gak
tapi paling penting
pemimpin yang memerintah mesti kuat agenda melayu nye
jgn layu je dgn desakan bangsa lain
kite kena tegas dalam lembut
kalu tak jadi gak baru kite keras dalam tegas
so aku mohon demi anak2 cucu kite
wahai melayu ku
bangsa ku
bangun dari mimpi ni
bersama kite bersatu
kerana kite merdeka dulu sebab melayu bersatu

4:25 PM  
Anonymous Anonymous said...

hahaha...

nak bersatu? UMNO harus taubat pada ALLAH TAALA dan pergi tminta maaf pada setiap warganegra msia dan gi minta ampun pada SUltan Mizan yang korang lanyak baru2 ni.
dan jalan yang terbaik....

... bubarkan UMNO... ramai2 masuk
PAS dan PKR... baru aman malaysia...

5:51 PM  
Anonymous Anonymous said...

tak heran kat vesewe n samp - samada mangkuk dua orang tu MIC or MCA, i don't mind - hanya pig mic n mca ajer yang racist dalam malaysia nie...kami di PAKATAN RAKYAT tak racist... lagipun siapa lagi bukan melayu yang banyak ambik kesempatan atas umno kalau bukan MIC n MCA - jenis orang macam nie...lagi cepat berambus lagi bagus, back to ur native country lah..., balik jadik hamba parya atau cina angkat najis....

anyway, jika aku PAK LAH, perkara pertama yang aku nak wat adalah reject NAJIB, kerana NAJIB adalah pengarah PRU 12 yang lalu, mungkin NAJIB yang sabotaj malahan suspek utama....

keduanya....ISA kan Tun Mahathir atas tuduhan mengganggu keselamatan negara.....

Ketiga, bekerjasama dengan PAKATAN

Keempat, dakwa dua tiga menteri sebagai kambing hitam..

cadangan ajerlah..tupun kalau mahu ikut

10:46 PM  
Anonymous Anonymous said...

Tolonglar, scrap UMNO ini, masa dulu yeah dengan pemimpin dulu berkaliber, arena politik tanah air tidak boleh di monopoli dengan jasa baik mereka dahulu.
Kini pemimpin UMNO tidah berguna, keadaan tersepit pun nak berlumba untuk kuasa.
Parti ini harus diharamakan bagi negara mengamalkan demokrasi, banyak parti Melayu boleh mengambil alih.
Tun Mahathir pun mengakui bahawa rakyat mungkin tertarik dengan kaedah pemerintahan pembangkang....ini bukti pemikiran yang menunjukkan bahawa UMNO TIDAK PERNAH MENGAMALKAN DEMOKRASI DAN MEMBERI PELUANG KEPADA PEMBANGKANG MENUNJUKKAN KEUPAYAAN MEREKA.
Apa jenis parti nie, sungguh menjijikan.

Hidup Rakyat bersama Pakatan Rakyat

4:56 AM  
Anonymous Anonymous said...

Tolonglar, scrap UMNO ini, masa dulu yeah dengan pemimpin dulu berkaliber, arena politik tanah air tidak boleh di monopoli dengan jasa baik mereka dahulu.
Kini pemimpin UMNO tidah berguna, keadaan tersepit pun nak berlumba untuk kuasa.
Parti ini harus diharamakan bagi negara mengamalkan demokrasi, banyak parti Melayu boleh mengambil alih.
Tun Mahathir pun mengakui bahawa rakyat mungkin tertarik dengan kaedah pemerintahan pembangkang....ini bukti pemikiran yang menunjukkan bahawa UMNO TIDAK PERNAH MENGAMALKAN DEMOKRASI DAN MEMBERI PELUANG KEPADA PEMBANGKANG MENUNJUKKAN KEUPAYAAN MEREKA.
Apa jenis parti nie, sungguh menjijikan.

Hidup Rakyat bersama Pakatan Rakyat

4:56 AM  
Anonymous Anonymous said...

Hari ini jelas kita melihat bahawa kedudukan orang orang Melayu sedang diperkotak katikkan oleh bangsa bangsa lain . Kemerosotan kekalahan pilihanraya ke 12 baru baru ini sedikit sebanyak memberi platform kepada pemimpin pemimpin pembangkang untuk terus menghentam UMNO.Kekalahan UMNO hari ini tidak seteruk kekalahan MCA,MIC dan Gerakan.Tetapi kenapa semua masalah ini dilemparkan terus kepada UMNO.DAP tidak sama sekali menempelak MCA ataupun Gerakan Permainan yang cuba dimainkan oleh DAP ialah untuk memainkan peranan agar Melayu bergaduh sesama Melayu . Cara ini sudah digunakan begitu lama dan tersusun.Tapi yang jelasnya , org2 Melayu masih lagi terikut ikut dengan rentak DAP ni . Saya menyokong saranan Dato NOrza Zakaria.Dah tiba masanya orang2 Melayu tak kira UMNO , PAS or PKR bersatu dalam agenda pembangunan org2 Melayu sendiri .
Kita asingkan perbezaan pendapat sesama kita , tapi kita duduk semeja atas dasar orang ISLAM.Dah tak guna kita tuduh menuduh.Jangan beremosi sangat , kelak anak cucu kita akan binasa.Kita sendiri dh tengok kelibat cina yang sebenarnya.Mereka cuma guna orang2 Melayu sendiri sebagai pendinding untuk kepentingan bangsa mereka sendiri hari ini.Bersatulah kita semua orang orang Melayu demi kepentingan anak cucu kita kelak.Jangan kita berdendam sesama kita.kita selesaikan masalah persengketaan kita peringkat demi peringkat.Kedudukan MCA,MIC dan Gerakan hari ini tidak bergolak langsung walaupun kalah teruk kali ini.Saya percaya dengan keikhlasan kepimpinan Melayu dalam UMNO,PAS dan PKR dalam menyelesaikan masalah ini , orang2 Melayu akan kuat dan digeruni oleh bangsa bangsa lain . Sejarah akan menceritakan kepada generasi Melayu yang akan datang bahawa perpaduan org2 Melayu hari ini adalah atas usaha pemimpin2 Melayu UMNO,PAS dan PKR

Mohd Fakarudin Md Farok

9:31 AM  
Anonymous Anonymous said...

NATANG MU SIAPA YANG MULA

9:47 AM  
Anonymous Anonymous said...

ada malaun "anonymous" kata lihat secara positif kenyataan akhbar tu..bersatu melayu ajak malaun meno kepada pkr dan pas.

Hot lahabau! ko ingat nie betui punya ke? positif nenek kau. dulu ada ingat..bapk kepada najib ajak pas dulu tahun 1969..lepaih tu ditendangnya! Ingat muslim yang sejati tidak akan tertipu dua kali dengan berok, kobau meno tau!

Poorah lah ko...ketuanan melayu konon..sapa yang menjahanamkan melayu..tanyo itu berok dan kobau meno lah dol!!!

10:33 AM  
Anonymous Anonymous said...

SALAM... utk enche fakaruddin....

saya ada beberapa soalan...

-UMNO ni ikhlas ke nak berjuang hak maelayu?

- KALAU IKHLAS BETUL2 NAK TOLONG MELAYU
KENAPA BARU SEKARANG?

-kenapa UMNO begitu takut dengan DAP tetapi xtakut dengan MCA, MIC, GERAKAN dan parti2 komponen lain?

-siapa yang banyk bagi kuasa pada Parti2 komponen yg lain selama 50 tahun merdeka kalau tak UMNO?

- melayu kat penang apa sudah jadi? namapak semakin pupus di era BN...SIAPA YANG HARUS DIPERSALAHKAN? UMNO(BN) ATAU DAP?

-siapa yang memperBODOHKAN MELAYU dan menipu selama 50 tahun merdeka ni kalau tak UMNO?

-siapa yang berpecah sekarang UMNO,PKR ATAU PAS?

-siapa yang memporak perandakan KUASA MELAYU sehingga tertubuhnya SEMANGAT 46(dah lebur) dan PKR?

-dalam UMNO sendiri pun tak bersatu (asyik bergaduh), adakah ada jalan untuk BERSATU dengan PAS dan PKR?

- SIAPA NORZA NI? PROKSI KJ... ikhlas ke dia ni?

-ADA KE UMNO MENGAKUI KESALAHAN DAN MINTA AMPUN PADA ORANG2 MELAYU ATAS KEKORUPAN MEREKA MEMERINTAH MALAYSIA 50 TAHUN?

selagi UMNO bertunjangkan rasuah, wang, projek semata, dengki mendengki, menekan melayu sampai kiamat pun melayu xbole bersatu!

hanya ISLAM YANG BOLEH SATUKAN MELAYU DAN SEMUA BANGSA DIDUNIA INI!

-Rasullullah saw berdakwah mengembangkan ISLAM sehingga menjadikan bangsa ARAB bangsa yang hebat dan boleh memerintah 2/3 dunia. cuba baca dan baca buku2 perjuangan Rasullullah, Khalifah2 Ar Rasyidin dan semua perjuangan pemimpin ISLAM. ( kena rajin sikit la... jgn asyik dok baca statement2 pemimpin UMNO tu...nanti beku otak)

- Rasullallah saw tidak mengangkat Bangsa ARAB dalam perjalanan dakwahnya... kerana Rasulllullah saw tahu hanya ISLAM DARI ALLAH yang boleh menyatukan umat manusia tidak kira dari bangsa apa samada MELAYU, CINA, INDIA ATAUPUN ORANG2 EROPAH....nampak tak perbezaan ni wahai PENYOKONG2 TOTOK UMNO?

ubahlah sikit cara pemikiran kita... jangan risau pasal ketuanan MELAYU, selagi ORANG2 MELAYU BERFIKIR CARA ISLAM, HIDUP CARA ISLAM, MENGAMALKAN AL QURAN DAN SUNNAH...
SECARA AUTOMATIK BANGSA ITU AKAN NAIK DAN MENJADI BANGSA YANG GEMILANG... ITU JANJI ALLAH TAALA. JANJI ALLAH tau bukan janji orang2 UMNO atau JANJI pak lah atau mahader.(ingat ni simpan dalam hati dan telan)

CUBA BACA SEJARAH DI ERA KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA DULU YANG MANA RAJA2 MEREKA, RAKYAT MEREKA BERPEGANG PADA AJARAN ISLAM YANG SEBENAR, MEREKA BERJAYA MENJADIKAN EMPAYAR MELAKA SEBAGAI kerajaan yang digeruni sehinggalah mereka alpa dengan KEDUNIAAN dan HARTA sehiingga dtakluk oleh PORTUGIS.

FORMULA UMNO KITA SUDAH GUNA SELAMA 50 TAHUN.... INGAT NI 50 TAHUN... TAPI MELAYU GAGAL... SAYA ULANG SEKALI LAGI GAGAL!!!! G.A.G.A.L=GAGAL.

MARI LAH KITA BERSAMA2 GUNA FORMULA ISLAM... CUBA SEBUT ISLAM... ALIF... SIN... LAM ALIF... MIM.... ISLAM.

-cuba pejam mata dan fikir sebagai muslim, bukan sebagai UMNO... CUBA FIKIR dengan IMAN dan BUkan dengan NAFSU.

DAN YANG jalan terbaik... BUBARKAN UMNO... biar ramai2 PARTI YANG MEMPERJUANGKAN ISLAM.

11:05 AM  
Blogger Chariff said...

Tak perlu gaduh. Cerita pasal Islam je.
. Islam tak memerlukan Melayu,Melayu memerlukan Islam.
. Islam menyelamatkan anda didunia, dlm kubur dan akhirat. Dan dunia tu penuh penipuan.
. Nabi saw tak mengaku umat untuk mereka yg memperjuangkan kebangsaan (apa jenis bangsa pun termasuk Melayu).So, kita adakah pilihan lain?
. Cara memilih pemimpin dalam Islam melingkungi SEMUA yg berikut. 1)Adakah anda menyangi pemimpin itu, 2)dan adakah pemimpin itu menyangi anda.3)Dan adakah pemimpin itu mendoakan kesejahteraan anda. Kalau anda saja yg gilakan pemimpin tu, sedangkan pemimpin ingat anda dimasa kesempitan.....itu bodoh.
Ingatlah kita akan mati, soalan dlm kubur adalah mengenai islam dan iman, tak cerita pasal Melayu pun.
Pertahankan Hak Islam, Melayu juga akan selamat.

11:14 AM  
Anonymous Anonymous said...

Mengapa ada dan kumpulan melayu menyebut NATANG

9:31 AM  
Anonymous Anonymous said...

Hak melayu & bumiputera dah termaktub dalam perlembagaan. Saya kira kaum bukan bumiputera tidak dapat mengubah perlembagaan tersebut. Ini bukan isu besar, cuma UMNO sahaja yang tercabar kuasa sekarang. DEB lebih bersifat 'spoon feeding' pada kita. Inilah silapnya, kontractor kita tidak berupaya menyaingi kontractor luar negara. SIapa salah? tepuk dada tanyalah selera. Masalah kerajaan BN cuma menjaga 1.2 juta pekerja kerajaan tetapi 9 juta kakitangan swasta tidak dapat pembelaan(Minimum salary). Umpama kais pagi makan pagi ja. Kesian. Betul - betul kesian.

10:42 AM  
Anonymous Anonymous said...

silap tajuk posting tu...
sepatutnya macam ni...

"UMNO, PKR dan PAS PERLU MUAFAKAT PERTAHAN HAK ISLAM"

maknanya semua dapat hak.
-melayu muslim dapt HAK
-india muslim dpt HAK
-Cina muslim dpt HAK
-org asli muslim dpt HAK

... baru la mendapat penyatuan padu pada semua bangsa dengan ISLAM dan mendapat keberkatan dan rezeki dari tuan punya dunia... ALLAH TAALA!

melayu2 ni x kemana pun....

11:34 AM  
Anonymous Anonymous said...

ikut pandai hangpa la nak buat lagu mana pun.. jangan kacau aku tidoq sudah ..

3:23 PM  
Anonymous Anonymous said...

malay pig la, nak provok la tu... biasalah, orang dah terdesak... buat provokasi sikit, dengan harapan orang melayu 'bersatu' dalam acuan umno....... tektik lama...

6:23 PM  
Blogger mymoksha said...

kenapa mesti nak bincang hal ketuanan Melayu dgn pas atau PKR? yang jadi masalah kai sini adalah org melayu umno dan partu umno. Mereka yang berpecah dan berkelahi sesama mereka dan tdak ada kena mengena dgn hal ehwal org Melayu. Kalau di sebut bila UMno lemah melayu lemah ini adalah tihmahan dan perasaan syok sendiri umno yang merasakan org melayu masih menyokong umno. kalau nak org melayu dari pas atau pkr berpakat dgn umno, umno sendiri perlu berubah. cermin diri apa yg merela lakukan pd org2 melayu yang menyokong umno. bila melayu bagi sokongan pd umno kamu kenyangkan perut2 kroni, ketua bahagian dan lain2. masyarakat dan rakyat lain kamu biar berlapar. kami org melayu ada parti alternatif lain yg kami percaya. kalau nak dibandingkan imej,ketokohan,kealiman,dan gaya kepimpinan utk membela bangsa melayu kami lebih percayakan pemimpin2 PAS. Perjuangan mendaulatkan Islam lebih murni dan mendapat keredhaan Allah dr berjuang atas nama bangsa. UTk umno, insaflah perjuangan kamu sudah tak relevan dan hanya utk duniawi semata-mata.

“Bukan dari kalangan kami (umatnya) yang mengajak orang kepada kebangsaan, bukan juga dari kalangan kami orang yang berperang atas jalan kebangsaan dan bukan juga dari kalangan kami orang yang mati kerana kebangsaan.” Hadis riwayat Imam Abu Daud daripada Jubair Bin Mat’am dengan hadis yang Hasan.

7:02 PM  
Anonymous Anonymous said...

baggus lah orang melayu dah sedar..

10:32 PM  
Anonymous Anonymous said...

kenapa UMNO beria iya nk jajah kelantan,,bukan ke kelantan membangun ngan rakyat pure melayu,,
kelantan ok je,,
sama je mcm negeri yg lain,,

2:16 PM  
Anonymous Anonymous said...

DAP the GREAT. Penang the GREAT.

To hell with melayu UMNO, PAS and PKR. We in DAP will show you malays how to govern a country. Malaysian Malaysia.

DAP supporter.

1:59 PM  
Anonymous Anonymous said...

Anynonymous 1.59 said..

DAP the GREAT. Penang the GREAT.

To hell with melayu UMNO, PAS and PKR. We in DAP will show you malays how to govern a country. Malaysian Malaysia.

DAP supporter.

WHO ARE YOU WITHOUT SUPPORT FROM PAS & PKR..WE ARE LIVING IN MULTIRACIAL COUNTRY..I RESPECT YOU & YOU MUST RESPECT ME..IF U WAN'T TO CONTROL YOUR COUNTRY BASE ON YOUR RACE, JUST GO BACK TO YOUR HOMELAND !!!!!!

2:35 PM  
Blogger wakmeli said...

Susah nka pecaya pemimpin UMNO ni. Pimpin la diri sendiri dan keluarga dulu cara hidup islam baru leh pimpin dan cite hak melayu. Cukuplah 50 tahun. Generasi baru bukan tak tahu sejarah dan mengenang budi tetapi itu bukan alasan bagi generasi baru untuk pertahankan sistem yang telah dirosakkan oleh kebanyakan pemimpin UMNO.Pakat la ramai2 masuk PAS insyAllah orang melayu akan jadi kuat. Agama lebih penting daripada dok cite bangsa tetapi kelepet bangsa sendiri. 18tahun dan UMNO menginaya PAS dan rakyat kelantan. CUkup lah hati busuk melayu tu.

5:55 PM  
Blogger Green Home i-Healty said...

Sungguh sedih UMNO kali ini seperti peminta sedekah dan sempati. Apa dah jadi dengan UMNO? Sebagai anak Malaysia berdarah separuh melayu, saya rasa sedih dan hampir menangis mengingati perjuangan UMNO 1946. Mereka berjuang bukan kerana duit, kaya atau harta tetapi kerana satu bangsa iaitu MELAYU DAN ISLAM. Tetapi sekarang pemimpin UMNO samada peringkat pusat, negeri, bahagian dan cawangan, perjuangan mereka adalah harta, kaya dan kuasa. Mereka tidak memperjuangkan MELAYU dan ISLAM lagi. Saya ingin tanyakan kepada pemimpin atau ahli UMNO, apakah yang boleh mengatakan mereka pejuang bangsa MELAYU? Cakap tentang bahasa, orang UMNO yang suka guna bahasa penjajah dengan alasan MELAYU TAK AKAN MAJU DENGAN BAHASA MELAYU. Adakah fakta ini benar? Mungkin UMNO tak tahu ekonomi dunia atau sok sendiri dengan faktanya. Dalam negara G8, berapa negara yang guna BI sebagai bahasa negaranya kecuali GB. Yang kedua berapa ramai orang-orang Melayu jadi jutawan yang benar-benar jutawan bukan jutawan Felda Sendayan. Sebabnya apa-apa projek kerajaan, UMNO suka sangat guna kaedah "GUA BERI YOU INI PROJEK MACAM BIASALAH GUA PUNYA POKET LU ISI". Tak percaya kita suruh semua ketua cawangan UMNO sampai ke pusat istihar harta dan ditayangkan pada umum. Apa yang UMNO buat terhadap anak bangsa melayu pada usia 18 tahun mereka sudah diajar berhutang, mana pergi biasiswa yang pada pengetahuan saya terlalu banyak untuk dipilih semasa saya di IPTA tahun 1987 hingga 1993. Pilih jaa. Sekarang ada tapi PTPTN.....(bank kerajaan tersendiri) sebab biasiswa tu dah beri kat anak-anak menteri, pegawai kanan kerajaan dan anak-anak VIP dan VVIP, so anak petani dan penoreh PTPTN laaa. Apa yang UMNO bantu pada petani, kita tahu baja dan racun cap dacing selalu diberikan kepada petani dengan subsidi, adakah ianya yang bermutu atau terlebih lama simpan baja jadi batu simen. Jual beras berapa sen sekilo, beli beras berapa ringgit sekilo, jadi petani dok kat situ jaa laa. Tapi bila ada bapak-bapak projek nak bangun kawasan itu, diarahkan semua petani jual tanah dengan harga tanah bendang lepas tu bila nak beli rumah kaa, harga tanah sudah jadi tanah dagangan, yang ni tanya bekas MB Selangor sebab dia pandai dalam urusan jual beli tanah. Boleh untung gua cakap luu. Kes rasuah, apa UMNO buat? Kes AP, apa UMNO buat? Kes sekolah runtuh, kelinik kesihatan lambat siap, highway jalan macam ombak langgar kapal yang ni tanya PLUS, jika ke Utara nak sampai Alor Setar Selatan, di selekoh terakhir itu, kita akan rasa pukulan ombak. Apa PLUS buat, tak kan kerja nak naik TOL jaa. Banyak lagi kesalahan UMNO yang UMNO buta, peka dan bisu untuk mengatasinya. Saya tak nampak pemimpin UMNO berkereta alah kadar seperti TUN ABDUL RAZAK dan TENGKU. Apa yang saya nampak kereta berderat pilih jaa. Kalau tak percaya tunggu kat depan pintu kediaman dia orang, kita tengak berapa jenis kereta yang keluar masuk dan cuba amat-amati ada tak proton saga, perdua kancil atau Myvi (Myvi ini kereta isteri saya yang saya hadiahkan)..jangan marah ya. Jadi apa yang UMNO perjuangkan untuk MELAYU. Setakat hunus keris, perompak pun tak takut, kalau takut tak adalah rombakan kat KLIA yang gah. Teruk-teruk Indonesia tak ada kes rompak kat Lapangan Terbang Bung Hatta. Saya amat harap sekiranya ada orang UMNO boleh jawap apa yang mereka telah berikan pada BANGSA MELAYU 5 tahun lepas. Kalau betul ada saya nak tahu tetapi bukan ucapan ahli UMNO ianya hendaklah berfakta 5W1H laa. Sebab UMNO lah ni suka bohong. Tak percaya tanya Kepala UMNO sekarang (Si Dollahlah.siapa lagi). Sebab itu rasanya tak ada ertinya Pakatan Rakyat nak bergabung dengan UMNO mempertahankan hak orang Melayu sebab UMNO lah yang mengurangkan HAK ORANG MELAYU dan UMNO lah menjual HAK ORANG MELAYU. Siapa? UMNO! Siapa? UMNO! Ingat generasi baru Melayu sudah hilang sabar dengan UMNO dan sekiranya UMNO tidak mahu berubah atau keras kepala PRU 13 mungkin UMNO akan lupus bersama-sama BN. Selamat Bertaubat wahai UMNO dan minta ampun lah kamu kepada orang-orang Melayu yang telah kamu seksi dan tangsian mereka telah menjadikan UMNO umpama kera kepanasan, hidup segan mati tak mahu dan macam-macam lagi..........

11:21 PM  
Anonymous Anonymous said...

UMNO dah lemah..rakyat dah tak sokong..sbb tu perlukan Parti pembangkan sebb rakyat sokong parti pembangkang...nie semua sbb nak jaa reputasi depa ja nie..bukannya untuk melayu pun >,< pernah ker Pejuang-pejuang umno nie bila dapat duit projekm bagi skit untuk rakyat terutama orang melayu?...nak menindas bangsa sendiri lagi ada la >,< WTF!

11:51 AM  
Anonymous Anonymous said...

Salam,
Mamat ni sebenarnya kroni kuat KJ, budak2 hingus meleleh, sembang boleh la.Habis duit rakyat ko rembatnya.Tgok muka pun dah tau.Ko ingat kaya dgn hasil rasuah dah cukup bagus ke mamat.Kat dunia ko akan dapat balasan...akhirat apa lagi.Darah daging dan keturunan ko dari hasil duit haram ingat dah bagus ke.Shit man.Kalau perang muka2 korang la akan lari dulu.sembang je lebih

9:32 PM  
Anonymous Anonymous said...

Muka mamat ni muka penyamun tarbus....kaki ampu dpt projek...jilat telur...umno/bn lah yg sesah duit rakyat..patut kena gantung je

1:30 PM  
Anonymous Anonymous said...

Elok benarlah kalau dapat melakukan penyatuan Melayu melintasi sempadan ideologi politik. Melayu UMNO-PAS-PKR bersatu memperjuangkan kuasa dan hak Melayu agar terpelihara sebagaimana tercatat di dalam perlembagaan negara tanpa menjejaskan hak kaum lain. Tetapi boleh dan mahukah ketiga-tiga Melayu ini bersatu kerana semua orang tahu bahawa selama ini mereka lebih suka mengata dan mengkritik daripada bersalaman. Fikir-fikirkanlah. Perpaduan Melayu tunjang kepada perpaduan nasional.

7:00 PM  
Blogger hafszach said...

This comment has been removed by the author.

4:42 AM  
Blogger hafszach said...

Norza tu bangang...!!! pemimpin UMNO semuanya bangang.. sebab tu sekarang ni depa semua tgh kelam kabut sebab rakyat semakin cerdik dari pemimpin dan ahli UMNO..

Oiii...!!! Norza bengong...
Kau ajak PAS dan PKR bincang pasal melayu memanglah diorang tak nak..
Cuba ko ajak PAS dan PKR bincang pasal Islam.. aku gerenti diorang mesti nak punya..

ko ni tak habis2 dgn Melayu ko yerr.. agaknya masa nak mati nanti ko akan mengucapkan "Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia" kot. ko ingat dgn ucapan macam tu tuhan akan terima ko sebagai seorang muslim kerr...

4:46 AM  

Post a Comment

<< Home