Wednesday, January 31, 2007

Keadilan Sosial - persoalan pembahagian kemakmuran




Kita diajak berlari, diajak memajukan diri, diajak berubah, menukar cara hidup dan diajak sama - sama berkongsi kos. Kita berdepan dengan peningkatan kos kehidupan, kenaikan barang - barang keperluan asas yang kemudiannya "pembangunan negara" dituduh sebagai punca dan penyebab. Ini semua perlu demi pembangunan, kata mereka yang diberi amanah. Kerajaan tidak mampu memberi subsidi dan kerajaan terpaksa mengurangkan perbelanjaan bagi mengurangkan defisit negara. Kita negara makmur, rakyat hidup aman damai dan kita amat - amat perihatin mengenai masalah yang dihadapi rakyat, ujur mereka lagi sambil ketawa memegang amanah yang semakin sedeng.

Langkah akan terus diambil bukan untuk membebankan rakyat tetapi peningkatan kos dan pengurangan apa yang dikatakan subsidi adalah untuk kemudahan masa depan. Malaysia mahu dikenali sebagai negara maju. Kita akan membentang tirai menunjukkan sebahagian ini adalah kemajuan negara, kemakmuran negara dan kedudukan kita sebagai negara yang sedang membangunan lantas menjelang tirai 2020, Malaysia akan berpesta, pesta terbesar menjadi negara maju.

Malang sebahagian lagi tirai terpaksa disembunyikan bukan sahaja kepada dunia luar malah kepada rakyat sendiri. Kita terus menghirup udara kemajuan dengan diri sendiri diperdagangkan sedangkan ada pihak yang menjanjikan kemajuan dan pembangunan dengan menyolok saku rakyat kecil. Pembangunan apa, kemodenan apa, kemajuan apa sekiranya diri semakin kecil dan diri semakin resah ditekan. Apa ertinya kemajuan dan kemodenan sekiranya ada pihak yang merasa dan pihak lain terseksa.

Apa dia keadilan sosial?

Membicara mengenai keadilan sosial maka beberapa perkara perlu kita ketahui. Mendefinasikannya, maka John Rawls dalam bukunya A Theory of Justice menyentuh, Keadilan Sosial sebagai semua "keperluan utama atau primer - kebebasan dan peluang, pendapatan dan kekayaan serta asas-asas harga diri, mestilah diagihkan sama rata melainkan pengagihan sebahagian atau semua keperluan yang tidak sama rata menguntungkan mereka yang diketepikan." Adakah ini perlaksanaan kita? Adakah segelintir yang terpilih aman menghirup kemakmuran sedangkan yang lain celaka dalam kemodenan dan pembangunan negara? Adakah ini keadaan yang dapat memenuhi intipati keadilan sosial atau hanya pengkhianatan yang memijak rakyat kecil dan tidak berupaya?

Adakah mampu keadilan ini tercapai sedang pra syaratnya jelas menyeleweng. Mampukah kita menghirup kemodenan dan kemakmuran sedang kita masih sakit dalam melalui kehidupan dalam negara yang semakin tertekan. Apa ertinya kejayaan, dengan nilai mata wang kukuh, index perniagaan meningkat, defisit negara berkurangan sedang yang mengail dan menjala hanya dapat menebus sedikit titikan keringat sedang yang lain terbiar kering kerana pancaran matahari yang membakar kulit.

Musuh perjuangan menuntut keadilan sosial amat jelas sekali. Kalau konsep "apa yang baik untuk kerajaan adalah yang baik untuk rakyat" maka neraca itu sendeng dan bahu rakyat pasti memikul bebanan. Bukankah yang terbaik pada rakyat adalah yang terbaik untuk kerajaan memerintah? Selesaikan musuh - musuh yang melanggar keadilan sosial ini untuk terus mengimbangi tahap perbezaan antara sesama rakyat.

Apa musuh itu dan adakah musuh itu wujud di Malaysia.

Musuh itu jelas dikategorikan sebagai pemusnah pada keadilan sosial.

1. Ianya melibatkan mereka yang menggunakan kuasa sewenang-wenangnya untuk kepentingan tertentu dan bukan rakyat.

2. Pengagihan sumber yang tidak adil dalam masyarakat

3. Tidak wujudnya kaedah yang cukup untuk membetulkan kesilapan dan pampasan bagi mereka yang teraniaya.

Akhir sekali dalam masa yang agak terhad diletakkan satu kata - kata penting untuk kita teliti sebagai pedoman:

....market is a good servant, but a very bad master..yang akhirnya meminta pihak pemerintah supaya mengambil langkah untuk mengurangkan pelbagai bentuk ketidaksamarataan ekonomi termasuk langkah meningkatkan nilai aset golongan bawahan dalam masyarakat melalui pelaburan besar dalam kemodenan pendidikan, keshatan umum dan prasarana di kawasan desa. Maka kesimbangan itu adalah keadilan dan bukan ukuran kekayaan tetapi meleset pembahagian.
Kita ulas hakikat yang ada sekarang ini...

7 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Benar itu En Anuar, keadilan sosial seperti yg sdra kata bersesuaian dengan dasar DEB.Mewlayu terkebelakang dan ini juga menunjukkan ketidakadilan sosial. Oleh itu kaum lain hentikan persoalan mengenai deb kerana langkah DEB adalah untuk meratakan padang...untuk semua bertanding secara adil.

10:57 PM  
Anonymous Anonymous said...

DEB adalah untuk segelitir melayu bukan semua. yang dapat perolehan adalah kepimpinan umno dan DEB disalah guna untuk kepentingan mereka. Macam mana plak itu adil. DEB sehingga hari ini gagal membangunkan Melayu dalam erti kata sebenarnya. Melayu masih mundur dan UMNO gunakan DEB untuk jadi alat memegang kuasa

1:16 AM  
Anonymous Anonymous said...

En Anuar, Melayu terpinggir kerana kepimpinan Melayu banyak yang khianat. Hari ini mereka lebih dahsyat khianat. Tengok Pak Bodoh Lah kita, semua jawapan, justifikasi macam dalam pembelian jet palsu dan bodoh. Jgn ingat rakyat bodoh kerana sebenarnya kamu Pak Bodohlah yang bodoh.

1:19 AM  
Anonymous Anonymous said...

Ini bukan soal DEB. Ini soal rasuah yang akan menghancurkan apa saja polisi yang dibuat untuk rakyat. Polisi yang ada, semua kononnya utk rakyat tapi implementation...kayakan orang tertentu sahaja.

11:12 AM  
Anonymous Anonymous said...

Aku hairan la...balik2 Melayu serang UMNO, serang Pak Lah. Bangsa lain turut ikut serang tetapi depa jarang bantai bangsa mereka. Mereka tak lak nak dedahkan kepincangan MCA dan Gerakan secara serius sebagaiman mereka serang UMNO.

2:03 AM  
Anonymous Anonymous said...

Once again history repeats itself. Why did the Chinese from China move to Malaya (and around the world)? Because of economical reasons. A Chinese only thinks about Money FAT FAT RICH RICH RICH….this is the most important thing to them. Without prosperity and wealth they will leave and if they don’t get it (from a new country or place), they will start complaining and once again move if their demands are not fulfilled. They even pray for prosperity and wealth, what more can I say.

I don’t defy that the Chinese are good in business but the bad part is they are greedy and selfish. The problem with the Chinese is that, once they takeover the economy, they don’t know how to share with the other races. Same goes with power, a good example is Singapore.

It has been proven that a Chinese man is willing to sell his mother/sister or daughter so that he has some extra bucks in his pocket. What more the country he born to. I strongly believe that the Japanese and many other races that dislike the Chinese are not WRONG because Chinese are known as the Jews of the EAST.

By all means, I am not a racist but this is the fundamentals of a Chinese person, which cannot be changed, likewise the Malays have their own fundamentals, which also can never be changed, even for generations to come. Sometime I think, not for the raise of communalism in China, Malaya and most neighboring countries in this region will be economy doomed and conquered by the Chinese, moreover I think I will be a slave by now. Why do I say slave, because in history, the rich and powerful Chinese do have slaves whereas the Malays don’t. Frankly, I believe 99% of the Indonesian and Filipino maids abused cases here in Malaysia are by the Chinese employees. In a way I am grateful that the majority in this country are Malays whom are more reasonable. Sorry to all my Chinese friends but this are the facts of your race. For goodness sake please realize and start improving before you condemn others.

7:53 AM  
Anonymous Anonymous said...

Mr Anonymous,
:)
Without peace, everybody leave !
Check it out at Australia and any other western country, what are those middle-east people doing there ? Have you heard of the word *hamba* ? God created everyone the same, only those created trying to justify their existing with different reason. (Only if you believe in God). You typed your message with 2 hands, walk with 2 legs, see with 2 eyes, hear with 2 hears, ...

6:00 PM  

Post a Comment

<< Home