Saturday, January 20, 2007

Alasan demokrasi




Maka kita adalah negara Demokrasi. Demokrasi yang terpimpin dan dipimpin oleh mereka yang mewakili rakyat. Rakyat yang berkuasa dan rakyat yang menentukan pemerintahanan negara kita. Kenapa kita perlu takut ?

Kenapa kita perlu kritik kerajaan sedang kerajaan itu datang dari rakyat dan rakyat yang memilih kerajaan. Ini adalah aturan demokrasi yang diamalkan oleh Malaysia yang bakal menjadi contoh kepada negara - negara asing. Setiap kali proses pilihanraya maka kita sebok menceritakan bahawa ini memenuhi hasrat demokrasi, bukti demokrasi dan bukti suara rakyat terlaksana. Ilmuan dan cendikiawan turut membicarakan erti demokrasi dan sehingga ke hari ini sistem pilihanraya menjadi petunjuk,bahawa kita berada dalam kepompong demokrasi.

Namun kini demokrasi seakan menjadi alasan. Segalanya menjadi baik kerana demokrsi dan demokrasilah yang mengatur sistem kita yang membawa kemajuan kepada negara dan bangsa. Demokrasi juga menjadi alasan untuk memperlakukan apa sahaja demi kepentingan negara - dan rakyat jadi keutamaan kedua. Alasan menaikkan harga dan mendesak rakyat mengambil bebanan adalah hasil alasan demokrasi dan yang lebih menyedihkan adalah perlakukan yang membelakangkan rakyat adalah hasil demokrasi yang memberi kuasa kepada segelintir mereka.
Akhirnya sebaik sahaja penggunaan nama demokrasi terlaksana maka kelompok ini mampu melakukan apa sahaja dan suara rakyat semakin kecil dan sayup. Mungkin demokrasi setelah dilaksanakan akan meminggirkan suara dan membelakangi rakyat. Amat malang sekiranya demokrasi inilah yang menjadi penentu kuasa dan kuasa hasil dari demokrasi ini akan terus digunakan bagi tujuan mempertahankan kuasa atas nama demokrasi tempang dan terpimpin.

Kita perlu bangkit dan ahli - ahli UMNO perlu sedar bahawa alasan - alasan demokrasi, melaksanakan semua atur dan syarat asas demokrasi bukan pengukuran demokrasi. Ini juga bukan pengukuran bahawa rakyat sudah maju dan makmur dengan demokrasi. Kita mungkin nampak berjaya tetapi hakikat sebenarnya menidakkan kita. Kita perlu melihat menjelaskan apa yang pincang dan apa yang tidak betul bagi menunjukkan bahawa isi demokrasi itu tercapai. Kita harus ada ruang dan bukan disempitkan ruang untuk menunjukkan bahawa demokrasi itu wujud sealiran dengan keadilan.

Oleh kerana itu rakyat keseluruhan harus bangkit melihat, mendengar dan memahami apa yang sebenarnya berlaku dan apa yang sebenarnya sedang berlaku. Kita harus peka dan tidak hanya menurut apa yang dihidang atas meja kita. Kita harus mempersoalkan adakah ini keadilan dan sekiranya tidak mendesak agar keadilan menjadi nilai utama biar apa idealismanya.

Rakyat Malaysia dalam berdepan dengan proses-proses demokrasi harus bersedia. Kita tidak mahu demokrasi itu diertikan dengan jahil sehingga kita sebenarnya menjadi mangsa alasan demokrasi. Kita tidak mahu seperti dikatakan " Yang membuat semua berjalan dengan teratur adalah rasa takut dalam diri kita masing - masing " oleh itu kita hindarkan perasaan ini dalam kita berdepan dengan mana - mana bentuk pemerintahan yang korup, yang mencacatkan isi demokrasi dan hanya tahu bercerita mengenai terma demokrasi dengan penuh ilmiah tetapi "robotik".

Ayuh kita aruskan perubahan buat rakyat kita, kita bela dan kita lontarkan suara kita - bukan untuk menjahanamkan tetapi menyelamatkan dari terlontar ke arah kejahanaman. Perlukah kita takut?

6 Comments:

Anonymous Anonymous said...

GE is coming closer...and Government needs to stop strong left-sided opinions as fast as possible (if they could!) from internet-savvy, potential and influential voters (we, bloggers). You know, government-controlled media couldn't do it. The failed merger couldn't do it.

Democracy? What the heck am I learning from it?

2:36 AM  
Anonymous Anonymous said...

Benar, kita hanya menyatakan kita mengamalkan demokrasi kerana kita melaksanakan pilihanraya, kerana kita ada parlimen dan sebagainya.

tetapi bersihkah pilihanraya kita, bebaskah media kita. Semuanya menunjukkan demokrasi itu pincang dan beku.

Kita mempunyai kerajaan yang menipu rakyat khususnya orang - orang kampung dan Melayu khususnya mudah tertipu dengan sogokan kerajaan menjelang pilihanraya.

Kita seharusnya berusaha untuk terus menyedarkan rakyat mengenai kepincangan kerajaan malaysa

10:04 AM  
Anonymous Anonymous said...

Tuan,

Demokrasi kita adalah bersesuaian dengan kedudukan kita sebagai negara majmuk. Kita perlu memimpin agar negara ini tidak terlepas kepada bangsa asing yang kini semakin rakus memegang ekonomi kita.

Sebenarnya inilah keperluan demokrasi terpimpin dan kita menjaga hak kita sebagai melayu dalam negara kita ini.

Saya bantah dengan sekeras - kerasnya tuduhan negara ini tidak demokratik kerana bagi saya demokrasi terbuka akan memberi peluang kepada bangsa asing bukan sahaja memegang ekonomi malah menerajui negara kita ini.

Mahukan kita berperdana menterikan seorang Cina hatta India dalam demokrasi yang terbuka luas.

2:44 AM  
Anonymous Anonymous said...

Demokrasi yg diamalkan BN hanyalah ilusi semata-mata...demokrasi kita jauh lebih teruk daripada USA dan negara Eropah yg lain....Ketelusan demokrasi melambangkan pemikiran pemimpin dan rakyat negara maju...

Bagaimana dgn malaysia???...hahahaha...
Demokrasi ke?semua media,suratkhabar dan apa saja semua puji kerajaan...ini melambangkan pemikiran rakyat kita masih taraf pemikiran rakyat negara baru nak membangun....demokrasi apa tu....kebenaran disekat ,pembohongan direstu....semata-mata mahu menjaga kepentingan parti rakyat dibohongi...ha..sila jawab Pakbodolah demokrasi jenis ape tu....

Rakyat dah celik politik...so jadilah ahli politik yg bijak...bukan jadi ahli politik yg bodoh lagi dungu..

Aku sumpah semua PM dan kabinetnya hancur hidupnya lepas pilhanraya kali ini...biar rakyat pula yg tentukan hidup mereka...

9:18 AM  
Anonymous Anonymous said...

Malaysia mempunyai iklim politik berbeza, struktur masyarakat dari pelbagai kaum. Demokrasi kita harus mengambil kira perkara tersebut utk kepentingan bangsa akan tidak tergadai. Kerana itu kita perlu mencorakkan demokrasi kita ala kita dan bukan ala barat

5:07 PM  
Anonymous Anonymous said...

selagi kita anggap cacat dalam demokrasi malaysia sebagai satu keperluan selagi tu lah kita terbelenggu dalam klimak buruk politik ini.

6:59 AM  

Post a Comment

<< Home