Perdana Menteri perlu media sendiri
Bukit Antarabangsa Ampang Selangor, hari ini dihidangkan dengan media terbaru Kepala Batas. Media tersebut mungkin dikhususkan untuk Parlimen Kepala Batas kini dijual dengan harga RM 1.00 kepada umum. Adakah Pak Lah, Perdana Menteri Malaysia memerlukan media sungguhpun pada zahirnya hanya meliputi parlimen Kepala Batas tetapi kini dilihat sebagai keperluan untuk terus mempromosikan Pak Lah. Membelek media tersebut dilihat antara nama yang terbabit dalam penerbitan media yang mempunyai nombor permit PP14366/10/2007 bil ke 9 mempaparkan : Abdullah Ahmad Badawi sebagai penaung, Ketua Pengarang Dr Mazuki Ibrahim, Ahli Lembaga Pengarah adalah Nasir Abdullah dan Dr Marzuki sendiri. Lain - lain nama yang ditulis adalah penasihat Jabatan Pengarang, Dato Hj Othman Desa ( Setiausaha Politik Perdana Menteri), Reezal Merican Naina Merican ( Setiausaha Politik Menteri Kewangan).
Melihat kandungan media Kepala batas ini, maka tidak lain tidak bukan menunjukkan usaha untuk membela Pak Lah yang seolah - olah kesempitan ruang di media arus Perdana. Dengan nama Pak Lah terpapar hampir setiap muka maka kita hairan bagaimana seorang Perdana Menteri memerlukan 'liputan media' kecil tersendiri khusus untuk menyokong beliau.Adakah sebenarnya media Perdana tidak cukup memberi justifikasi untuk membela program - program dan dasar - dasar Pak Lah. dengan penjualan RM 1.00 dan kita pasaran mungkin meluas keseluruh negeri media ini terbit seperti "tabloid" pembangkang cuma yang lainnya sendiri ialah satu menghentam kerajaan dan satu lagi bertindak untuk terus membela Pak Lah.
Adakah perlu Abddullah Hj Ahmad Badawi untuk menerbitkan media Kepala Batas yang lebih bermiripkan tabloid nasional? Adakah ini sebenarnya kehebatan pakar - pakar pemikir Pak Lah untuk mengeluarkan warta Kepala batas menceritakan kehebatan Pak Lah dan meletakkan dalam warta mereka penaungnya adalah Abdullah Hj Ahmad Badawi. Adakah tidak ada unsur - unsur mencari populariti sedangkan Pak Lah sendiri membidas mereka yang masuk politik untuk mencari populariti dan dengan itu dapat dilantik sebagai Perdana Menteri kelak.
Mungkin pemikir - pemikir Pak Lah lebih mahu membodek Pak Lah dan tidak memperdulikan apa - apa selain mendapat habuan bagi pihak diri.
17 Comments:
Surat Kabar Pak Lah, lucu juga. Ada permit pulak tu. Suara Keadilan sampai sekarang tak de permit. Malaysia oh Malaysia
Apa yang lucu? Inilah yang dikatakan oleh Sang Kelembai sebagai Imam Besar Mazhab Ada Had Ada Hari...
Daripada nama yang tersenarai itu nampak tiada seorang pun bekas editor, penulis, wartawan ataupun pemberita. Justeru ini bukan akhbar dalam ertikata yang sebenarnya. Ini hanya usaha propaganda yang murahan dan picisan dalam usaha menegak benang yang basah. Yang kelihatan hanya tungkang ampu, pembodek, yesman dan tukang kipas dan para kroni yang hidup di bawah tangan imam besar! Saya tidaklah fikir yang imam ini sanggup berbuat begini untuk mempertahankan imejnya yang sudah basi, geli dan keji ini.
Entahla apa nak jadi dengan kerajaan kita hari ini...
SALAM.TAHNIAH DIATAS KESUNGGUHAN PIHAK TUAN DALAM MENYAMPAIKAN INFO TERKINI KEPADA RAKYAT YANG DAHAGAKAN KEADILAN MEDIA MASSA.DISINI SAYA INGIN MEMOHON KEIZINAN AGAR PIHAK TUAN DAPAT "LINK-KAN" BLOG SAYA DALAM BLOG TUAN.DISINI SAYA SERTAKAN BLOG SAYA UNTUK TATAPAN TUAN:
http://www.formerleader.blogspot.com
http://www.ilhan-holywar.blogspot.com
SEBARANG RESPON BOLEH LA EMAILKAN KEPADA SAYA DI: azwan172003@yahoo.com
TERIMA KASIH DIATAS SEGALANYA.AMIN.
Kepada Islah
Insyallah saya akan menyiapkan link anda kepada laman ini
Saudara ...
Apabila seorang Pemerintah yang telah kehabisan `modal nilai memimpin` maka akan timbulah Akhbar sendiri.
Anda tidak perlu ketawa kerana segala TV-Radio dinegara telah di'hadhari'kan olehnya.
Blogger space agak rumit sikit disebabkan ada fedback ...sudah tentu nanti kena Hentam cukup-cukup.
Tidak semua rakyat buta IT. Maklumat yang disebarkan itu hampir 75% tepat berbanding dengan berita mainstream newspaper yang mana banyak kes temberang tembelang yang amat busuk jijik & meloyakan.
Saya harap surat khabar ini boleh dijadikan bahan modal untuk peserta finalist "Raja Lawak" yang dicari-cari oleh pihak Astro didalam salah satu program realitinya.
Lawak yang tidak lawak.
Lawak yang menyakitkan.
Lawak yang memperbodohkan minda.
Lawak yang membuat anda tertidur.
Lawak yang membebankan rakyat.
Lawak pada penurunan cukai jalan.
Lawak pada Kes Atlantunya.
Lawak terhadap kenaikan tol.
Lawak kepada harga minyak.
Lawak kepada Ferries Wheel RM30mil.
Satu Cadangan :
Tubuhkan satu kumpulan Boria Kepala Batas.
Pembodek, Pengampu, Penjilat, Tukang Kipas Sate, Encik `Ya`, Haji Kroni, Miss Kuih Baulu serta Pencacai Projek amat dialu-alukan masuk memeriahkan lagi kumpulan.
Nanti boleh buat persembahan propaganda sempena Tahun Merawat Malaysia 2007.
John Labu
Nak buat mcm mana? Dah kita pilih imam jadi kepala kita, terima sajalah balasan di atas pilihan kita ini. Nak diharapkan kepada timbalan pun 2 x 5 saja...Malah mungkin lagi teruk! Anda semua faham apa yang diperkara di sini...fikir sendiri lah
Patut semua ahli parlimen kena buat 'paper' camnie, utk kawasan masing2.. sebabnya.. 1) kepimpinan melalui tauladan.. 2) 'dia bole buat.. kita pon bole..'
Lagi banyak lagi bagus.. senang makcik2 nak buat bungkus nasik lemak.. tak payah dah carik daun pisang... modal singgit boleh dapat banyak bungkus tu...
tak pon.. buat bungkus belacan...
Gila-gila media
Bila kuasa naik kepala
Gila gambar sendiri
Suka dengar suara sendiri
Duduk-duduk bersenang diri
Banjir dalam negara
Dia cabut ke luar negeri
Berita Kepala Batas
Orang di bawah dia di atas
Bekerja dengan saya, dia kata
Tapi dia kerja dengan Menantu Dia
Berita Kepala Batas
Lawan KJ kena cantas
INilah PM Islam Hadhari
Sebab dia Islam dicaci
Berita Kepala Batas
Projek RMk9 depa kebas.
Memang sebagai PM Pak Lah tak perlu akhbar nyamuk macam ni. Tapi sebagai pemimpin yang prihatin, beliau pun pandai jaga kunco-kunconya.Akhbar ini setidak-tidaknya memberi peluang kepada mereka untuk cari duit poket sikit melalui penjualan ruang iklan di dalamnya.
Lagipun apa nak heran, mana ada syarikat yang berani tak beli ruang iklan dalam akhbar ini kalau gambar Pak Lah dah ada di setiap muka surat?.Setidak-tidaknya Pak Lah tahu mana-mana ketua GLC yang tidak menyokong agenda perdana beliau.Lagi besar iklan lagi cerahlah peluang ketua-ketua GLC untuk terus bernafas.Sidang pengarang akhbar ini adalah mata dan telinga Pak Lah untuk melapor apa-apa yang patut kepada beliau. Bukankah PM kita yang seorang ni tak suka membaca.Nasib-nasib.....
Presiden George W Bush yang merupakan 'billionwan' tidak dibenarkan mempunyai surat khabar sendiri di Amerika, begitu juga diktator Korea Utara, Kim Jong Il.
Akan tetapi di Malaysia, segalanya boleh jadi...Cuba perhatikan berapa hari untuk permit diberikan kepada surat khabar Pak Pandir tu.
Banjir yang melanda Johor kini sebenarnya telah diramal oleh seorang cendikiawan Melayu dari Universiti Teknologi Malaysia hampir empat tahun dulu!
tak percaya masuk....
http://ecologyasia.com/news-archives/2002/mar-02/straitstimes.asia1.com.sg_asia_story_0,1870,109471,00.html...
Adakah pandangan ini diterima pakai oleh ahli fikir dikalangan UMNO sebelum ini...lebih baik pikir periuk nasi masing2 drpd pikir benda ni semua...betul tak Pak Bodolah?
Bullshit UMNO.
Dana RMK9 -Betapa Pandai Pak Bodolah mengurus kewangan Negara
Fakta Pinjaman:
Jumlah Pinjaman:
USD 50,000,000,000
Tujuan:
Pelaburan dalam Pelbagai Projek Infrastruktur
Jangkamasa:
10 Tahun (Masuk RMK11 baru habis bayar)
Faedah:
2.88% - 3.5%
Transaction Undertake:
B&G Credit International (S'pore) Pte Ltd.
Pemberi Pinjaman:
Gabungan 25 Bank Singapore
Surat dari Pejabat Menteri Kewangan kepada Dato Zamani Abdul Ghani, Timbalan Gabenor BNM.
Surat 1 - muka 1 muka 2
Surat dari ASASATU Sdn Bhd kepada Menteri Kewangan.
Surat 2 - muka 1 muka 2
Surat dari Project Equity Services Group Kepada Gabenor Bank Negara Malaysia.
Surat 3 - muka 1 muka 2
Syarikat perunding dana untuk RMK9 Malaysia
ASASATU TECHNOLOGY SDN BHD
Pengurus Dana
UNION FINANCIAL SERVICES CORPORATION (Project Equity Services Group)
Kedua-dua merupakan syarikat yang sudah dalam proses gulung tikar dan 'deregistered' dapat nyawa RMK9
Baca seterusnya dlm...
http://mambau.blogdrive.com/
utk maklumat terperinci
MENGAPA UMNO-REFORM BARU DEDAH PASAL WARTA PARLIMEN NI? SEDANGKAN PAPER TU DAH LAMAN TERBIT!!!!! MENGAPA BARU SEKRANG NAK SEBARKAN? NAK AMBIK KESEMPATAN!!!
PAPER TU BUKANNYA SALURAN UNTUK PM MEMPOPULARKAN DIRI, TAPI KALAU KORANG YANG TAFSIRKAN SEDEMIKIAN, MAKA BODOHLAH KAMU, TAK SIASAT DETAIL! DAH WARTA KEPALA BATAS, MESTI CERITA PASA KEPALA BATAS, UTK PENDUDUK KB PAPER TU DIAGIH SECARA PERCUMA SEJAK DULU LAGI... BUKANYA NAK TAGIH SIMPATI, TAPI UTK SAMPAIKAN MAKLUMAT KEPADA RAKYAT!! BUKANYA NAK MAKI HAMUN ORANG!!! YANG UMNO-REFORM DENGKI SANGAT APASAL? KAMI PENDUDUK KEPALA BATAS
KEPADA EN ANUAR MOHD NOR, KALAU NAK TULIS ARTIKEL, SIASAT DULU, JGN DOK SEDAP TULIS.... ORANG LAIN PUN ADA PERASAAN JUGAK!! KALAU MINYAK & TOL NAIK KORANG TULIS, TAPI KALAU YURAN EXAM HAPUS, COLA DAPAT, ROAD TAX TURUN KORANG TAK NAK TULIS...
MEMANG DAH PRINSIP KORANG MEMBANGKANG! TAK BOLEH NAK KATA APA....
UNTUK PENDUDUK KEPALA BATAS:
Otak anda letak di mana? Pak Lah buat dajal dan menantu telah buat dajal dan menjahanam dan menjual negara, anda masih tidur dan bermimipikah?
Saya ahli UMNO dan saya amat menyesal memberi undi saya pada PRU lepas.. juga undi2 yg telah saya dapatkan.
Negara ini bukan untuk seorang tiada langsung kebolehan memimpin seperti Pak Lah atau org yg senang dicucuk hidung oleh Amerika, Yahudi, Singapura serta anak menantu beliau serta rakan2nya bagi penyelewangan dan agenda tertentu mereka.
Pak Lah adalah Ketua Pengkhianat Negara, Ketua Penjahanam Negara, Ketua Perosak Negara serta Ketua Lanun Negara.
Pak Lah boleh BLAH dan Kepala Batas boleh BLAH as well!
You guys are responsible for putting this bloody moron to be our PM! He is selling the country to the dogs and you have the nerve to tell us off that we are pembangkang?
Pak Lah & his whole bloody family and son-in-law and all his bloody blind supporters boleh BLAH!!!
Now on the Surat Khabar Pak Lah... what a joker this guy is... haven't he put enuff ppl to sleep.. I mean just becoz he loves to sleep..doesn't mean that is Msians fav past time too.. haiya.
Rakyat Kepala Batas,
Terima Kasih atas komen sdra yang saya kira amat bernas dari sdra. Pertama sekali, kerana masa yang agak terbatas saya ingin simpulkan, persamaan kita.
Kalau saya tidak menulis mengenai penurunan road tax, cola, yuran sekolah, warta Kepala Batas juga tidak menulis mengenai peningkatan eletrik, air, minyak dan tol yang hampir keseluruhan ini mengakibatkan kenaikan, harga barangan keperluan asas, makanan dan khusus sekali peningkatan kos kehidupan di Malaysia.
Sdra, penghapusan road tax keseluruhan dan penghapusan yuran pelajaran adalah perjuangan bukan penurunan tetapi membaham dari peningkatan yang lebih menyeluruh seperti petrol, air dan elektrik.
Kritikan saya adalah untuk semua pembaca menilai dan kritikan sdra terhadap saya , saya terima secara meyeluruh tetapi fikirkan penurunan kecil yang dibuat untuk mengaburi mata mereka yg tidak tahu dengan peningkatan mendadak yang akan menyebabkan kos kehidupan meningkat tinggi hanya kerana mahu menjaga kapitalis - kapitalis tertentu.
Fikikan
kita punya segala hasil bumi anugerah tuhan yg tidah ada di bumi lain, merantau di uk, saya sedar betapa telus org kafir manage their country, masyaALLAH. indah jika malaysia jugak begitu. uk cuma byk kambing, tak de minyak,emas,getah dll, tak de hasil bumi mcm malysia. saya terfikir mengapa malaysia tak maju mcm uk...mereka jatuhkan sehinnga titisan darah terakir pemimpin yg corrupt!!! tetapi kita di malaysia tidak! kenapa? tanya iman kita.umat islam sekalian...kita yg terbaik di bumi ini..kita tak bersendirian, kita ade ALLAH dengan kita, ingatlah anak bangsa, pandang mata rakyat, jenguklah kami di mana2. kami amanahkan negara kpd UMNO. untuk pemimpin UMNO bekerjalah kerana ALLAH bukan kekayaan!!!
alah anuar tak heran nak join umno bongok ni, dah la byk rasuah, scandal lagi ngan pompuan...tak lalunya anuar nak lepak ngan najibtuya tu...uweeek...aku pun tak lalu ngan umno ni...may ALLH give us guide to choose a clean leader!!!
Post a Comment
<< Home