Wednesday, August 08, 2007

PAS DAN UMNO, bila bunyi itu bersatu,



Mungkin agak munasabah kalau di katakan bahawa perbalahan politik yang melampau merupakan sebab Melayu itu terbahagi dan kerana itu juga bangsa Melayu itu terpinggir. Melayu terpinggir dalam banyak sudut dan ini juga diakui oleh laporan-laporan rasmi kerajaan. Tengku Razaleigh Hamzah pernah menyentuh bahawa parti – parti kaum lain akan berbalah dari sudut politik tetapi akan tetap pada nada yang serupa bila mempersoalkan hak kaum mereka dalam usaha mereka untuk meningkatkan kedudukan mereka di Malaysia.

Malang Melayu tidak begitu. Perbalahan melepasi pagar-pagar politik sehingga menjalar kepada konflik antara sesama yang merugikan bangsa. Kerugian ini menyebabkan kita tertinggal dan sering berbalah sehingga lupa untuk bersatu sungguhpun dalam keadaan Melayu yang tercabar.

Ini perlu kita kaji kerana impak perpecahan sesatu bangsa adalah punca keruntuhan bangsa itu sendiri sehingga mampu menghapuskan tamadun bangsa itu sendiri. Ini adalah satu hakikat. PAS dan UMNO adalah parti dominan Melayu. PAS dengan landasan Islam yang rata-ratanya berbangsa Melayu dan UMNO yang majoriti adalah orang Melayu. Dua komponen ini, PAS dan UMNO mempunyai satu titik persamaan – Islam dan Melayu. Apakah titik persamaan ini tidak boleh dibentuk untuk menyatukan Melayu dengan penyatuan politik dan memperjuangkan agama, bangsa dan negara.

Adakah titik persamaan ini tidak boleh digunakan sebagai satu permulaan persamaan antara Melayu. Adakah ini mustahil dilakukan dan perpaduan antara Melayu itu tidak akan dicapai kerana sempadan politik? Adakah wajar kita meletakan perbezaan politik sebagai satu sempadan untuk memupuk perpaduan antara Melayu. Adakah kita akan membiarkan perpecahan Melayu itu berlarutan sehingga kita semakin hari semakin ketinggalan.

Mungkin masa sudah sampai untuk Melayu bertindak dan berusaha untuk menggabungkan atau setidak-tidaknya mempunyai asosiasi bagi tujuan yang satu. Mungkin ini adalah penghalang apabila kita sentiasa berbalah.

Apakah perlu untuk kita menyatukan PAS dan UMNO demi agama, bangsa dan negara? Dan bila bunyi itu bersatu, maka mungkin Melayu akan berada dalam satu nada dan tidak mungkin boleh di peleceh. DAN PAS dan UMNO bersatu?

111 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Keperluan yang sangat mendesak tetapi terlalu sukar dilaksanakan. Bukan mahu laksanakan sudah menjadi sukar, mahu memulakannya pun sukar. Semua kerana ego Pas dan Umno. Mereka berpendapat apa2 pun kuasa politik tidak hilang daripada tangan Melayu, jadi berbalah setajam mungkin!

11:02 AM  
Anonymous Anonymous said...

Hemat saya, kebanyakan NGO Melayu dikuasai politik berpartai, menyebabkan NGO Melayu tidak dapat menjadi tempat orang Melayu menyatakan pandangan secara jujur. Bayangkan GPMS dipimpin orang yang neutral dalam politik parti, jadi GPMS akan menyatukan orang Melayu (Umno dan Pas).

Lihat sekarang, tidak ada usaha mana2 NGO untuk menemukan presiden Umno dan Pas sekalipun untuk sama-sama 'kacau dodol'. Dulu masa Fadzil Noor, ada beberapa kali pertemuan semasa hari raya Fadzil-Mahathir. Zaman Pak Lah-Hadi ada apa?

Sepatutnya pemuda Umno dan Pemuda Pas tidak terikat dengan dasar politik parti. Orang muda ini janganlah terikut2 gaya beku oranag tua. Pemuda patut boleh buat apa2 program berama, lupakan apa warna parti. Taka bolehkah buat sukan antara semua ahli pemuda parti politik. OK jangan buat team mewakili parti, lawan juga. Contoh, pasukan futsal dianggotai pemuda Pas, Umno dan Keadilan. Setiap negeri hantar pasukan politik majmuk begitu. Oh, saya mengigau.....

11:11 AM  
Anonymous Anonymous said...

Tidak mustahil. Jangan tanya orang lain. Tanya diri kita sendiri. Apa peranan kita di kejiranan kita untuk membantu orang Melayu, tak kiralah mereka tu PAS, UMNO, PKR atau tidak berparti. Tanya diri kita sendiri kalau kita gunting rambut kita cari tak kedai orang Melayu. Kalau kita servis kenderaan kita cari tak kedai orang Melayu. Jangan salahkan orang lain. Tanya diri kita dulu. Kalau orang datang minta tolong , perlu ke kita tanya mereka parti apa, atau kita tolong sebab mereka perlu dibantu bukan atas dasar parti , tapi atas dasar bangsa, atas dasar kemanusiaan, atas dasar agama. Yang berapi-api ucapan nak membela agama dan bangsa, tanya diri sendiri, anak jiran Melayu sebelah rumah ada duit tak nak bayar yuran peperiksaan. Kalau semua orang bersikap begini dari pemimpin hinggalah ke rakyat tak timbul soal UMNO dan PAS perlu bersatu. Yang timbul ialah UMNO dan PAS perlu bersaing secara sihat untuk membela dan memajukan bangsa.

Wassalam.

5:53 PM  
Anonymous Anonymous said...

Bila bunyi itu bersatu maka akan bertambah padu kekuatan kita! Bahkan kekuatan ISLAM, dan BANGSA akan terjamin dibela! Ini satu perkara yang tidak mustahil untuk berlaku.. Mengapa tidak?? Siapa mereka dalam UMNO?? Siapa mereka dalam PAS?? Kita sama SEAGAMA - ISLAM!, SEBANGSA - MELAYU. Ya benar seperti rakan diatas terlalu sukar untuk dilaksanakan, tetapi tidak mustahil untuk dilakukan.

Kenapa tidak?? Adakah kita sanggup melihat anak-anak cucu cicit kita satu hari nanti hidup dalam TANAH AIR kita yang bukan lagi dibawah pimpinan yang sepatutnya! Mungkin ada kesukarannya untuk idea ini dijayakan, tapi perlu ada usaha untuk memulakannya! Jika hari hari bercakap tentang perkara ini tetapi hakikatnya, tidak ada siapa siapa sama ada dari pihak NGO, pihak parti politik atau siapa aja yang berusaha untuk mengambil 'first step' maka ia sia sia.

Mungkin sebelum ini sudah ada usaha tertentu dari beberapa pihak bagi mewujudkan pertalian ini,jadi jika sudah ada, tambah lagi, usahakan lagi. Golongan senior dalam kedua dua parti amat penting dalam menjayakan usaha ini. Mereke perlu ketepikan kepentingan politik masing masing, sebaliknya duduk sama sama fikirkan tentang survival, masa depan, dan nasib AGAMA, BANGSA, dan NEGARA yang satu satunya NEGARA TANAH MELAYU yang ada DI DUNIA!

Golongan muda, jangan bersikap emosional, reaktif, dan melulu. Kita perlu bersikap terbuka, bijak, dan tenang dalam mencari titik persamaan bagi kedua dua parti. Sudah lama kita berpercah belah. Ini kita semua tahu. Tapi kita tidak pernah serius dalam isu isu seprti ini. Kita perlu lebih fokus!

Ayuhlah sahabat sahabat ku yang SEAGAMA, dan SEBANGSA denganku, kita mulakan satu lembaran baru. InsyaAllah, niat yang benar demi membela nasib AGAMA, BANGSA dan NEGARA, Allah akan bantu kita!! Cukuplah perbalahan diantara kita selama ini.

Kita berbalah sama sama kita, akhirnya kita juga yang rugi!! Yang untung nya orang lain!! Lihatlah nasib AGAMA, BANGSA, dab NEGARA kita 50 tahun akan datang jika kita masih begini! Ketika ini pun nasib AGAMA kita sudah berani dipertikaikan oleh mereka, apalah lagi jika kita tidak mula untuk bina kekuatan kita mulai SEKARANG!

Saya bukannya hendak mewujudkan perkauman disini, tetapi kita perlu realistik dan objektif dalam isu isu begini!!

Maafkan saya jika pandangan orang muda ini tidak realistik dan tidak matang. Ilmu masih belum cukup didada. Cuma melontarkan pemikiran dan idea muda, itu sahaja.

Mari kita mulakan usaha ini sama sama dengan menaikkan semangat semua kita semua melalui penulisan. Mungkin usaha ini tidak sebesar mana namun adalah lebih baik dari kita tidak melakukan apa apa!

Aja aja fighthing!

Wassalam..

8:41 PM  
Anonymous Anonymous said...

Setuju sangat dengan Rozmal Malakan, mula dengan yang kecik-kecik dulu.

11:45 PM  
Anonymous Anonymous said...

Minta siapa jaga mana2 NGO supaya ambil inisiatif temukan pemimpin umno-pas dalam apa2 majlis. Tak boleh terus pas umno jadi begini dari org atas sampai bawah. Yg bawah lagi teruk, kepartaiannya lebih pekat sebab mereka selalu dengar pemimpin mereka saling kata mengata dan kutuk mengutuk. Padahal itu gaya politik, yg di bawah ingat kena sambung dalam semua hal.

Nak cadang, mana2 sayap atau entiti pas umno jumpalah secara senyap2, jangan keluar akhbar. Biar banyak kali jumpa dan tambah mana2 sayap pas umno utk berjumpa. Ingatlah niat untuk perpaduan umah dan agama.

Rasanya selama ini gaduh pas umno, sengaja dilebih2kan, maklum berpolitik. Hanya bab isteri PM tak pakai tudung jadi sebab nak berbeza, rasa tak boleh langsung nak ada hubungan dengan org yg isterinya tak pakai tudung.

Satu lagi, apa hal sangat marah umno kata Malaysia negara islam. Patut utk kebaikan umah dan islam, Pas tak payahlah beria-ia balun TPM dan umno. Senyap sajalah. Yang ketawa puak2 sebelah sana. Itu Pas tahu tapi, itu saya kata nak berpolitik cari pengaruh sampai buat begitu. Tengok cina buat dalam soal bahasa mereka, bila DAP cakap, MCA buat senyapa saja. Payahkah pas umno nak belajar berpolitik begitu.

12:16 AM  
Anonymous Anonymous said...

Memang kita boleh menuntut UMNO dan PAS bersatu atas nama Melayu TETAPI Pas perlu ikhlas dalam perjuangan Islam. Sehingga hari ini Pas hanya gunakan Islam untuk Politik tetapi tidak dalam usaha - usaha lain.

Jom kita tengok sama ada usaha Pas dalam arena lain ada atau tidak.

Kita lihat dan kita cuba ukur penglibatan Pas dalam Isu Dadah

Sehingga hari ini Pas hanya tahu mengkritik kerajaan mengenai dasar dan langkah kerajaan tidak mujarab atau tidak berkesan. Apa langkah yang mereka ambil. Ada mereka hampiri atau melaksanakan tugas tugas sosial dalam membasmi atau setidak - tidaknya mengadakan bengkel, ceramah atau menghampiri mereka yang terlibat dalam dadah.

Mengenai mereka yang terjebak dalam masalah sosial, GRO, pelacuran dan sebagainya, adakah tindakan Pas kononnya sebagai peneraju Islam melakukan kerja-kerja merapati mereka, menasihati mereka dan hadir dalam kehidupan sosial mereka memerhati kewujudan masalah ini dan akhir nya menyumbang dalam menyelesaikan isu ini.

Adakah tindakan - tindakan mengajak mereka, mengenai mereka untuk menyeru mereka kembali ke pangkuan masyarakat dalam menyelesaikan kemelut mereka.

Kenapa tidak mulakan langkah berikut:

1. Menyetujui keperluan serta meningkatkan peranan dalam menyelesaikan masalah sosial masyarakat Islam bersama - sama dengan UMNO

2. Menyokong usaha - usaha kerajaan untuk membasmi gejala buruk dalam masyarakat dan menghulurkan juga tenaga dalam menyelesaikan masalah - berhubung dengan perkara negatif yang melanda umat Islam

3. Kenapa tidak bergabung dengan NGO seperti PEMADAM, PENGASIH dan AIDS bagi membantu menyelesaikan masalah-masalah rakyat khususnya belia.

4. Memulakan pendekatan pro aktif dalam bergabung untuk memastikan anak - anak muda terbabit dengan aktiviti sihat dan langkah2 untuk mengadakan aktiviti2 yang dapat membantu mereka yang menghadapi masalah.

Pernahkah PAS membuat kajian - kajian mengenai masalah sosial dan langkah2 mengatasinya.

Pernahkah Pas menubuhkan satu unit untuk gerakan anti penyalahan gunaan dadah.

Tol free line untuk menyelesaikan masalah sosial yang melibatkan Islam juga tidak ada. Kenapa? Adakah Islam PAS Islam yang menitik beratkan politik sahaja atau sebenarnya tabung2 Pas hanya berjihad untuk politik sahaja.

Saya percaya sekiranya Pas melebarkan langkahnya untuk aktiviti kemasyarakatan maka penerima rakyat lebih konklusif dan UMNO sebagai dominan parti memerintah akan dapat menerima PAS atau bersama-sama Pas dalam menentukan dasar bagi mempertingkatkan kesedaran agama, keperluan dan sebagainya untuk tujuan memakmurkan rakyat.

Untuk pengetahuan Pas menukar pejabat ke Jalan Raja Laut bukan satu usaha yang dapat menarik anak2 muda masuk Pas tetapi itu hanya face lift yang tidak memberi sebarang makna.

Selagi itu kerajaan BN khusunya UMNO sukar untuk berkerja sama dengan PAS kerana kutipan derma, jualan surat kabar dan sebagainya hanyalah untuk tabung politik dan bukan untuk tabung kemasyarakatan.

Sekian

9:28 AM  
Anonymous Anonymous said...

Kpd Mohd Noor...

Sdr jgan silap, memang pada pandangan mata kasar kebykan orang UMNO, Pas itu tidak berbuat apa2. Dari pada mana rakyat tahu yang UMNO itu berjasa pada rakyat, tentu media bukan. Adakah media itu telus dalam menyampaikan maklumat, terus terang berat sebelah. Jadi apa yang dilihat oleh rakyat, tentulah Pas itu tidak berbuat apa2. Jadi tidak perlulah saya mengulas ulasan saudara itu panjang lebar.

Di tempat saya, kebanyakan yang bersolat di surau taman, di cop sbg ahli Pas oleh fanatik UMNO. Mereka yang fanatik ini lebih sanggup berkenderaan untuk kemasjid yang sejauh 2km dari berjalan kaki ke surau yang tak sampai 5 minit. Surau taman saya bersebelahan dengan dewan orang ramai yang ditukar nama kepada dewan UMNO.

Aktiviti UMNO yang menggunakan dewan orang ramai itu hanya mengundang golongan dan penduduk tertentu sahaja, tapi di surau, kami panggil sekampung untuk meramaikan majlis keagamaan.

Dan untuk pengetahuan saudara, pernah ada cubaan untuk menutup dan merobohkan surau semata-mata untuk membesarkan dewan UMNO tersebut.

Saudara fikirlah sendiri..

Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Dato Hj Nik Aziz sendiri pernah menjelaskan kepada media dan UMNO tidak berapa lama dulu, sekiranya UMNO itu betul, maka tidak perlu PAS dan UMNO itu bergabung, malah beliau sendiri akan bersama-sama mengajak semua ahli Pas menyertai UMNO dan membubarkan Pas.

Sekian.

10:28 AM  
Anonymous Anonymous said...

Alahai... nak bersatu macam mana, Paklah pergi Kelantan buat macam-macam program kat sana baru-baru ni ada ke reti nak jemput Nik Aziz? Ader ker.. jawap.. jawap..
Yang ada Anuar Musa, dia tu siapa, Menteri Besar Kelantan ker?...

10:31 AM  
Anonymous Anonymous said...

Ini jadinya, ada sahaja komen yang mencari perbezaan. Kenapa tidak kita cari persamaan selepas itu kita develop untuk menjadi satu landasan penyatuan. Bukankah itu lebih baik. Kita ambil persepsi dangkal, bila org gi masjid dia org lain kata dia PAS. Itu penipuan. Kita sama-sama pergi masjid krn Islam bukan politik. Kita tolak, tuduhan dangkal kita cari jln penyelesaian. Apa kata kita mulakan dengan penyatuan aktiviti penyalahan gunaan dadah.

10:55 AM  
Anonymous Anonymous said...

MELAYU TIDAK AKAN BERSATU

Kerana apa? Kita tidak akan bersatu kerana MCA dan komponen lain dalam BN tidak akan membenarkan.

Kelemahan kita adalah kerana kita tidak bersatu. Bila kita bertelagah Cina akan mengaut keuntungan kata Khairy Jamalaluddin.

Oleh itu adalah lebih baik untuk kaum lain kita berpecah. Kita Melayu lupa bahawa Cina dan bangsa asing di negara ini semakin kuat menuntut bila UMNO dalam krisis.

Inilah yang berlaku skrg ini. Cina akan susah hati bila Melayu bersatu dan pertubuhan agama lain akan rasa terancam jika MELAYU BERSATU

11:40 AM  
Anonymous Anonymous said...

salam saudara anuar..

hemat & pandangan saya..

tak mungkin boleh bersatu...

ianya kerana satu pihak tidak memahami satu pihak lagi malah tidakpun mahu untuk memahami...

jika adapun nampak macam memahami...sebenarnya ianya adalah lakonan untuk 'milage' politik masing-masing...

dan paling malang, apabila masing-masing tidak memahami diri sendiri..

begitulah hingga ke akhir penghujung hidup nanti... bilamana kita bertemu dua orang yang bertengkar dan kedua-duanya mengucap dua kalimah syahadah...bolehkah kita kenalpasti siapa yang benar, siapa yang tidak benar.. bolehkah kita kenal pasti siapa yang lebih islam..?

jika kita ada agama, sudah tentu kita ada tuhan...dan sebagai hambaNya, adakah kita sudah melunaskan kehendak Tuhan berbanding memenuhi tuntutan nafsu diri sendiri yang tidak pernah habis?...

bukankah...

goreng mee...
buat kopi...
bekerja...
sapu sampah...
tulis blog...
sehinggalah memerintah negara adalah merupakan 'Wanusuki' iaitu ibadah yang kita ikrarkan dipermulaan setiap solat kita?

4 perkara yang kita ikrar yang kita lakukan hanya kerana Allah s.w.t...

solat, wanusuki @ibadah, hayat @ hidup, mati

bolehkah kita terlepas dari dipertanggungjawabkan walau sebesar zarrah perbuatan kita?...

fikirlah....

bilal rabbah seorang berbangsa etiopia..namun beliau diangkat oleh Allah & Rasul menjadi muazin atas keimanan & keyakinan beliau walaupun beliau berbangsa negro dan bukan arab..malah berstatus hamba abdi satu ketika...

khalifah umar abdul aziz susah hati apabila tiada satupun rakyat baginda yang layak untuk menerima zakat....

sultan salahudin al ayubi yang berjaya mengalahkan tentera kristian dalam perang salib, semasa meninggalnya hanya meninggalkan 1 dinar 47 dirham...(tidak cukup utk membeli kain kafannya)..

mereka di atas hanya beberapa contoh betapa mereka memahami apakah tujuan hidup mereka, apakah matlamat sebagai hambaNya...

dan apabila kita meletakkan sesuatu yang lain selain dari Allah dalam setiap ibadah (niat, lafaz & perlakukan) kita, maka kita tunggulah hari 'kembali' nanti...

wasalam...

11:44 AM  
Anonymous Anonymous said...

Hmmm..
Penatlah.. Ini lah dia, kita dalam ruangan komen nih dok asyik kutuk org ni mcm nilah, org ni mcm tu lah.. Apa semua ni???!!! APA???!!!

Mustahil lah, itulah, inilah!!! Jika inilah pemikiran kita umat islam hari ini, saya yakin, 20 tahun lagi tidak mustahil mereka yang bukan islam akan lebih berani mencabar kesucian AGAMA kita secara lebih terbuka dan bangga!!

Apa yang mustahilnya?? Apa yang susah nya?? Saya bukan mahu bersikap terlalu optimistik, tetapi ia BOLEH!! TIDAK MUSTAHIL!!! Jika suatu ketika dahulu ISLAM sangat kuat dan hebat, kenapa kita sekarang ini tidak mampu??!!

Bukan nak minta kita jadi kuat sampai begitu, tidak, tapi setidaknya kita kena mulakan dengan berhenti cakap cakap yang langsung tidak membina kearah penyatuan ini!! Jika kita asyik cakap aspek aspek negatif tentang penyatuan ini, sampai bila bila pun kita tak kemana!! Dok tangtu la "kata org kedah"

Sudah pasti akan ada negatif factor yang akan berlaku. Dalam setiap perkara akan ada advantage dan disadvantage. Tetapi, itu bukanlah alasan yang akan menghalang usaha ini!! Disini perlunya timbang tara. Kita perlu lihat pada matlamat dan objektif. Bagi saya lebih banyak kebaikan daripada keburukan yang kita akan capai dari penyatuan ini!! Sebaliknya kekurangan pula kita atasi ia perlahan lahan secara bersama sama.

Kita ada titik persamaan dalam hal sebegini. UMNO membawa agenda BANGSA dan NEGARA manakala PAS membawa ISLAM dalam perjuangannya!! Apa yang bezanya?? Tidak ada!! Bangsa kita adalah MELAYU!! Negara kita TANAH MELAYU!! Agama kita ISLAM!! SAMA!! TAK ADA BEZA!!

Cuma cara berfikir, pendekatan, dan pendapat masing masing yang berbeza. Itu saja!! Ini yang kita perlu duduk sama sama berbincang bagi mencapai satu mekanisme, satu cara, satu jalan yang kita sama sama boleh gunakan demi membela dan mempertahankan AGAMA, BANGSA, dan NEGARA KITA!!!! KITA!!!

Setidaknya, jika ada perkara yang PAS lihat tidak kena dalam UMNO tegurlah!! Manakala pihak UMNO pula cuba terima dengan baik dan perbaiki ia jika benar. Begitu juga sebaliknnya!! Namun biarlah ia ikhlas kerna sayangkan kita yang SEAGAMA, SEBANGSA dan SENEGARA!! Bukanlah utk mencari kesilapan semata mata atau ingin menunjuk nunjuk siapa lebih bagus, siapa lebih baik, siapa lebih hebat!!!! INI SALAH!!!

Sudahlah!! Berapa lama lagi kita nk teruskan cakap cakap begini??!! Sudahnya, lepas ni saudara punya blog ni post entry baru, kita pun lupa!!! Dok sibuk fikir idea baru pula utk bagi komen pada topik baru tu pula. Tak jadi apalah jawabnya!!
Sekadar ruang utk kita lemparkan idea idea yg bnkyknya dok x setuju sbb masing masing ada pndpt masing masing!!

Mungkin lepas ini harapnya ada pihak pihak yang mengambil langkah yg sedikit agresif dan proaktif dalam memulakan gerak kerja atau langkah pertama bagi memulakan usaha ini!!

Bagi kita bloggers bloggers pula, kita cuba wujudkan suasana sihat yang merangsang pertumbuhan idea idea yang lebih baik bagi menyatukan kedua dua PARTI ini.

Semoga ini merupakan titik permulaan bagi usaha baik yang harapannya kita dapat melihat kembali sinar kesucian ISLAM, kekuatan MELAYU dan kemajuan TANAH MELAYU pada masa masa akan datang. Jika tidak untuk kita, setidaknnya cucu cicit kita dapat merasainya!!

Kalau TV3 ada JOMHEBOH, kita pula JOMUSAHA!! Mari kita mula sama sama!!

Selamat...

10:45 PM  
Anonymous Anonymous said...

Bersatu...???
nak start di mana...???
nak stand atas usul apa...??
Perpaduan...Bangsa @ Agama...??
50thn apasal sampai skrg tak penah bersatu...??
penah sekali tapi bercerai dipertengahan jalan..kenapa???
kenapa susah sangat bersatu...??
siapanak mulakan dulu...PAS @ UMNO @ kita rakyat M@rhaen??

bagi aku kita rakyat Marhen kena mula dulu...guna akal bila berfikir...tengok dalam diri dimana nak mula... fikir2kanlah..

8:04 AM  
Blogger Pak Ngah Ramly said...

Sudah sampai masanya orang MELAYU bersatu atas nama ISLAM. UMN kata dia ISLAM dan PAS kata dia ISLAM. Kalau dah gitu apa lagi bersaalah dalam perjuangan. Orang lain walaupun berbeza fahaman politik tetapi apabila berkaitan isu bangsa atau agama mereka bersatu. SEDARLAH, INSAFLAH. SAMPAI BILA NAK BERGADUH DAN KATA MENGATA.

12:01 PM  
Anonymous Anonymous said...

Islam hanya undi orang Islam

Sebenarnya kita mulakan dengan orang Islam hanya mengundi wakil Islam sahaja. Ini penting untuk kita mula memperkukuhkan Islam. Kita sepatutnya tidak peduli apa parti pun tetapi bila orang Islam bertanding itu keutamaan kita.

Hairan kenapa kita Islam tetapi lebih pentingkan parti dari org Islam. Ambik kat Ijok macamana orang Islam tewas pada org India. Melayu yg beragama Islam sendiri sanggup undi org India kafir.

Macam mana nak bersatu

5:54 PM  
Anonymous Anonymous said...

Kalau mengikut sejarah, UMNO dan PAS hanya mungkin "bersatu" pada masa UMNO lemah.
Sekarang UMNO merasa kuat, dan tidak merasa perlu bersatu dengan PAS.
Sebaliknya, adakah orang PAS mahu besatu dengan UMNO. Saya rasa tidak, kerana mereka merasa "lebih Islam" daripada orang UMNO.
Kalau begitu, persatuan antara UMNO dengan PAS memang "agak mustahil" akan berlaku.

11:58 PM  
Anonymous Anonymous said...

Saya rasa benar Pearl Habour sengaja dibiarkan musnah di tangan Jepun tahun 1941. Dengan musnahnya Pearl Habour, Amerika boleh melakukan apa saja ke atas Jepun (bom atom) atas nama perang. Saya rasa benar peristiwa 11/9 sengaja direka oleh Amerika sebagai lesen mengganas di mana-mana.

Saya macam tidak percaya Pas dan Umno memerlukan peristiwa sangat tragis (paling dahsyat kepada Melayu) barulah kedua-duanya mahu bersalaman. Perlukan korban besar dulu baru perpaduan Melayu dapat dijayakan?

12:48 AM  
Anonymous Anonymous said...

Islam mengalakkan perpaduan. UMNO dan PAS boleh bersatu dengan syarat, masing-masing tak tunjuk pandai. UMNO jgn ingat hanya dia saje boleh majukan umat melayu, kalau tak ada UMNO maka melayu akan musnah......apa gile kemyataan nie. PAS pulak jgn ingat awak aje yg alim dlm agama.....Tetapi yg utamanya kita kena fikir mcm mana umat Islam boleh maju dan membangun. Umat Islam nie bukan setakat melayu saje...bangsa lain pun ada. Mungkin sudah sampai masanya perpaduan ISLAM lebih utama dr perpaduan bangsa ? nanti ada pulak org kata kalau melayu tak bersatu Islam musnah . Islam tidak menekankan bangsa @ kaum.......

1:34 PM  
Blogger wahida98 said...

Pas dan Umno adalah dua parti yang mempunyai pengaruh yang besar kepada umat Islam dan Melayu. Pas mempunyai ramai tokoh ulamak yang disegani dan dihormati oleh umat Islam di negara ini. Manakala Umno pula mempunyai ramai tokoh pemimpin yang berpotensi dan berpengaruh dalam masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa ini. Kedua-dua ini adalah apa yang dikatakan Ulamak dan Umarak. Kedua-kedua ini wajib bersatu dan duduk semeja untuk berbincang.Kita kena ingat bahawa British atau penjajah telah memisahkan kita daripada bersatu. Mereka memberi kita kemerdekaan setelah mereka memisahkan dua golongan yang berpengaruh di negara kita iaitu Ulamak ( kebanyakan Pas ) dan Umarak ( kebanyakannya Umno )untuk memastikan kita tidak kuat. Oleh itu bangsa kita lemah dan lambat untuk maju. Ulamak dan Umarak semakin hari, semakin berjauhan hati dan sukar untuk duduk semeja berbincang diantara satu sama lain. Justeru itu sempena menyambut kemerdekaan yang ke 50 ini, marilah sama-sama kita berusaha untuk menyatukan kedua-dua ini dalam apa bentuk pun demi agama, bangsa dan negara. Lupakan yang lepas dan teruskan kehadapan. Kita dari bangsa dan akidah yang sama. Apa erti kemerdekaan sekiranya kita tidak bersatu sepenuhnya. Apabila kita tidak bersatu kita rugi, kerana hanya separuh sahaja akal fikiran rakyat yang dicurahkan untuk memajukan agama, bangsa dan negara. Saya menyeru agar semua NGO Melayu dan Islam bangkit dan berusaha mendesak supaya Pas dan Umno bersatu untuk mendokong kemerdekaan tanah air ini demi kemakmuran dan kebahagian untuk semua rakyat Malaysia dari pelbagai rumpun dan bangsa.Buktikan melayu Islam mampu memimpin, memakmur, memajukan negara dan menyatu padukan semua bangsa bekerjasama membahagiakan negara. Bismillahirrahmanirrahim, Merdeka! Merdeka! Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka.

12:45 PM  
Blogger Anuar Mohd Nor said...

ABIM dan PROWARIS memulakan inisiatif berbincangan

satu cadangan

Bila bunyi itu bersatu adalah topik mengenai keperluan PAS dan UMNO bersatu. Dalam perbincangan itu salah seorang bloggers menyarankan supaya NGO Melayu dan Islam bangkit berusaha mendesak supaya PAS dan UMNO bersatu. Saya memohon agar NGO seperti ABIM - dengan pendekatan Islam dan NGO seperti PROWARIS yang mempapar semangat Melayu dan menolak wadah politik sebagai halangan penyatuan bangsa memulakan langkah-langkah bagi mengenai pasti arah kerjasama untuk memupuk perpaduan seterusnya penyatuan dua parti Melayu dan Islam ini.

9:28 AM  
Blogger ashlar said...

ringkasnya...

UMNO, BILA DAH NAK TERSUNGKUR MULA LA AJAK BERSATU DEN PAS...IDEA NI DAH BASI!
SEJARAH, DASAR2, JALAN PERJUANGAN, PRINSIP TAK SAMA. MCM MANA NAK BERSATU. SEKIAN

5:07 PM  
Anonymous Anonymous said...

Malu betul jika nak fikir bersatu pun sudah mengalah, belum uat lagi. Ini zaman global. Lihat negara2 di Eropah, mereka redakan perselisihan, padahal sejarahnya dua Perang Dunia bermula dari sana, hari ini mereka boleh bersatu. Bangsa Korea, sekalipun terbelah dua negara tetap ada usaha nak bersatu. USA dan Kanada dah bersatu dalam NAFTA. Kita Melayu masih nak apa? Nak berpecah lagi jauh, konon salah satu parti Melayu lebih hebat, lebih Islam, lebih layak dan sebagainya.
Sudahlah.... Silakan Abim, Jim, Prowaris, GPMS, Teras dll fikir dan bincang apa yang patut ke arah perpaduan. Kalau NGO pun sudah nak gaduh macam Pas dan Umno, ya Allah aku tak tahu nak kata apa....

12:02 AM  
Anonymous Anonymous said...

alhamdulillah.. bagus.. sudah ada perkembangan baik ke arah penyatuan ini!!! TERUSKAN USAHA!!! kami bloggers bloggers akan terus menyokong usaha ini!!! Kepada yang tidak positif dgn idea ini, tlg lah jgn post komen lg kt sini!!! Mematahkan semangat mereka mereka yg susah payah berusaha!!! Mari turut sama sertai usaha ini. Kita juga yg untung dikemudian hari!!! InsyaAllah.. Jazakallah..

7:09 PM  
Anonymous Anonymous said...

sebagai Melayu sama dengan sebagai islam. Kita mesti bersatu mendasar undang-undang membela ketaulatan, kekuasaan, meningkatkan hak istimewa setengah tahun sekali, membina majid besar merata-rata utk memudahkan orang melayu, tangkap sesiapa yang mempersoalkan perintahan orang melayu terutama bangsa bukan melayu. Media yang tidak membela orang melayu atau mengacam keamanan/kesenangan hati orang melayu mesti ditutup, cukai kepada orang asing atau bukan melayu mesti lebih dari orang melayu kerana ini tanah orang melayu sebab ketuanan orang melayu mesti dihormati, bayaran yuran pelajaran kepada orang melayu mestilah dibuangkan supaya orang melayu dapat kemajuan dalam pengetahuan, Jawatan penting dalam kerajaan, pergajaran, tentera, perniagaan and lain lain mesti dipenggan oleh orang melayu utk kemajuan negara, bangsa and agama. Pinjaman dan bayaran kepada melayu untuk perumahan, kereta and perniagaan mesti disenangkan lagi-lagi supaya orang melayu dapat duit utk memulakan kemajuan.


Semangat perpaduan orang Melayu menjaga kepentingan hidup orang melayu. bersatu kita Maju. Merdeka Merdeka kepada Melaysia.

8:26 PM  
Anonymous Anonymous said...

Bagus lah tu, 1974 Pas-Umno bersatu, 1990 Pas-S46 bersatu,1999 Pas-Keadilan-DAP bersatu. Dasar berlainan, matlamat berlainan tapi boleh bersatu. Jadi kalau alasannya kerana dasar dan perjuangannya berlainan tak boleh bersatu, itu tak betul.

9:06 AM  
Anonymous Anonymous said...

salam. komen mengenai penyatuan PAS dan UMNO. ini bukan satu perkara yang mustahil memandangkan bangsa melayu ini beragama islam dan sememangnya islam telah membuktikan bahawa kaum yang berlainan juga boleh disatukan dibawahnya. namun begitu, perlu diingatkan bahawa pendekatan yang dibawa oleh kedua-dua parti tersebut memang sangat besar jurangnya yang mana PAS seperti yang tlh kita sedia maklum tetap dengan slogannya iaitu Membangun Bersama Islam. Sedangkan dipihak UMNO menggunakan pendekatan yang lebih keduniaan. jadi secara praktikalnya untuk memblhkan penyatuan ini berlaku, penerapan pendidikan Islam yang sebenarnya akan menyatukan bangsa Melayu. Amalan yang sempurna akan membentuk sikap yang mulia. Contohnya ialah kepentingan sembahyang berjemaah disetiap waktu . Sekiranya kita mampu untuk memenuhkan saf2 dimasjid tanpa mengira parti, InsyaAllah bangsa Melayu kita akan bersatu.

11:14 AM  
Anonymous Anonymous said...

Is it too painful to face the truth for Malay?

read this May 13 Incident was recorded.

http://en.wikipedia.org/wiki/May_13_Incident

also this

http://en.wikipedia.org/wiki/Ketuanan_Melayu

also this

http://en.wikipedia.org/wiki/Article_153_of_the_Constitution_of_Malaysia


Note if Malay reverse their condition to non malay. how will they feel about all this.

assuming if malaysia conquered by white and all malay to be called "Pendatang Asing" and the white people called themselve bumiputra. how will you Malay feel? Please tell the truth.

7:39 PM  
Anonymous Anonymous said...

Adakah Kita Masih Mahu Berdiam Diri?

Kalau sebut fasal pekerja-pekerja Indonesia yang bekerja di Malaysia, pasti ramai yang mencebik bibir, mengejek mencaci.

Sedar tak sedar, sebenarnya anda sendiri sedang mengejek mencaci bangsa anda sendiri. Walaupun ada di antara mereka yang melakukan jenayah, tak semestinya semuanya jahat. Apa anda sendiri tak pernah buat jahat? Kita manusia, bukan malaikat.

Perkerja-pekerja / amah-amah Indonesia yang bekerja di Malaysia sering sahaja di tindas, dan mendapat layanan yang buruk, terutamanya dari golongan bukan Islam. Tak cukup disiksa oleh majikan mereka, kita yang seagama, serumpun dengan mereka ini pula, mencaci mengejek mereka.

Bangsa lain pula? Tersenyum sinis, "bodo punya olang Melayu!"

Ada baca akhbar semalam? Belum habis lagi tentang isu budak cina sial yang mengubah lagu 'Negaraku' menjadi versi rap dengan lirik menghina azan subuh, terpapar pula di muka hadapan tentang pekerja-pekerja Malaysia yang dilayan seperti hamba di Singapura.

Sekarang anda lihat sendiri, bagaimana perasaan anda jika rakyat negara kita menerima layanan sepertimana layanan yang diterima oleh pekerja-pekerja Indonesia di Malaysia.

Mereka dikatakan ditipu oleh ejen pekerja, mereka dijual dengan harga S$800 (RM1,808) seorang dan dilayan seperti binatang apabila barangan peribadi mereka dirampas dan dipaksa bekerja sehingga 21 jam sehari.

Mereka juga dipukul jika tidak mengikut arahan, bekalan makanan tidak mencukupi dan tidak halal, manakala gaji bukan seperti yang dijanjikan. Mereka dijanjikan bekerja di atas kapal dengan gaji S$1000 (RM2,260) tapi setibanya di sana, mereka dipaksa bekerja sebagai buruh untuk membersihkan smapah di kawasan pasar seluas lebih 1 KM. Tiada bayaran yang diberikan. Sebaliknya mereka dikatakan berhutang dengan majikan Cina bangsat terbabit.

Mereka juga dipaksa mengutip sisa makanan yang haram seperti daging babi. Paling menyedihkan, apabila mereka cuba memakai sarung tangan, mereka dipukul majikan kerena setiap pergerakan mereka diawasi menerusi CCTV. Tiada tempat tinggal disediakan, menyebabkan mereka tidur berhampiran tong sampah besar.

Selain ditipu dan diberi layanan buruk, pekerja Malaysia beragama Islam yang dibawa ejen tertentu untuk bekerja di Singapura dikatakan dipengaruhi supaya murtad dan memeluk agama lain!

Mereka mendakwa, pada hari ke-3 mereka bekerja di republik itu iatu pada 8 Ogos lalu, mereka dibawa ke satu rumah ibadat dan dipaksa mengagkat sumpah untuk memeluk agama berkenaan. Kemudian mereka disuruh memakan kek pisang. Isteri mereka juga diugut akan dijual ke rumah pelacuran jika tidak mahu memeluk agama berkenaan.

Jadi, apa pendapat anda tentang hal yang terjadi kepada bangsa Melayu kita hari ini? Bangsa lain semakin memandang hina kepada bangsa Melayu. Dimata mereka Melayu sekarang adalah kelas yang paling bawah sekali. Mereka tidak gentar lagi dengan semangat bangsa Melayu dan semangat perjuangan Islam.

Saya yakin jika kita masih lagi berdiam diri, dalam masa beberapa tahun lagi bangsa Melayu kita akan menjadi golongan hamba. Hamba di tanah sendiri! Kita seharusnya mengendurkan ketegangan yang masih ada antara Malaysia dan Indonesia. Kita bina kembali hubungan Malaysia - Indonesia atas dasar agama, bangsa dan kejiranan. Kita seharusnya bersatu.

Jadi, dalam hal ini adakah kita akan masih berdiam diri? Takut bersuara? Takut ISA? Takut di label rasis? Siapa yang rasis? Melayu bangsa terulung di Nusantara satu ketika dulu! Harusnya kita julang kembali martabat bangsa dan agama kita!

- kucheng -

myspace email ; pukul_kucheng@yahoo.com

1:44 PM  
Anonymous Anonymous said...

Apa yang dicakap oleh kucheng memang sedih. walau bagaimana sila tunjukkan fakta seperti website supaya orang dapat tahu apa yang awak cakap itu kebenaran bukan cerita yang awak sendiri tulis hanya untuk menimbulkan perasaan benci and ganas antara bangsa-bangsa. Ini masa dekat merdekaan. kalau semua kaum gaduh-gaduh, tiada dalam logik saya kemerdekaan dapat dicapai kalau keadaan sebegini di masa 31 august 1957 or 1963. Negara ini memang sebegini semasa merdeka, perpaduan antara bangsa semakin tipis kerana perjuangan kaum sendiri. lebih benar lagi perjaungan orang orang politik untuk kekayaan, kuasa, dan keuntungan sendiri tanpa rasa kerosakan yang dibawa kepada rakyat, negara, semua bangsa, dan semua agama. Banyak Perkara yang lama atau sembunyi memang ada yang salah, tidak patut, dan berdosa besar. Berdoa la kepada Elohim supaya Elohim sendiri memberi keadilan, kebenaran, dan memuliakan semua yang telah diluka.

7:26 PM  
Anonymous Anonymous said...

hahahaha....topik ni pun dah kelakar...

UMNO parti yg dah hilang perjuangannya...mana mungkin bersatu dgn PAS...

PAS dah membuktikan (di Kelantan) bahawa pemerintahan mereka lebih menjamin kesejahteraan rakyat sedangkan BN (UMNO) hanya ingat untuk menjamin kesejahteraan rakyat bila pilihanraya hampir menjelma sahaja dan tidak konsisten...tidakkah rakyat sedar itu semua...

BN menutup minda rakyat dgn propaganda dan penipuan kpd rakyat yg sy kira amat keterlaluan dgn media2 cetak dan elektronik yg berat sebelah...wajarkah kita sebagai rakyat bergantung harap kpd parti yg mempermainkan minda dan kesejahteraan rakyat semata-mata utk mengisi perut sendiri dan kroni2 mereka..WAJAR ke????

tak payah diulangni hasrat menyatukan UMNO dan PAS kerana ianya ibarat mencampurkan minyak (PAS) dgn Air longkang (UMNO)....

Oleh itu sy boleh katakan kita sebagai rakyat hanya perlu bergantung harap kpd PAS sahaja kerana kebanyakan para cendikiawan dan Ulama pun ada di dlmnya memperjuangkan nasib rakyat...

tak perlu diberat-berat pemikiran kita hendak menyatukan sesuatu yg tidak mungkin...

pangkah PAS kan senang...susah sgt ke???itu pun kalo kalian semua berani menyelamatkan Malaysia!!!

10:35 AM  
Anonymous Anonymous said...

Saya seorang "bangsa Malaysia" berketurunan Cina. Berkenaan dengan komen bahawa orang Cina mengharapkan perpecahan antara orang Melayu adalah salah sama sekali. Orang Cina ini sifatnya dengan orang melayu berbeza. Mereka ini lebih memandang berat kesejahteraan hidup (termasuk kekayaan) daripada hal-hal lain. Maka orang Cina ini masing-masing sibuk mengumpul kekayaan dan kurang mengambil berat hal kenegaraan jika berbanding dengan orang Melayu. Maka kaum minoriti ini adakalanya bersikap dingin kepada politik bahkan takut kepada kekalutan sepertimana yang berlaku di Indonesia. Orang Cina ni memandang kepada kekayaan dan keuntungan. Perpecahan antara orang melayu ini tidak akan membawa keuntungan sama sekali malah rasa takut sekiranya berlaku rusuhan akibat perpecahan ini. Agenda perpecahan kaum, peristiwa 13 Mei, ketuanan Melayu dicabar, etc merupakan satu agenda pihak tertentu untuk kepentingan politik masing-masing. Saya sebagai seorang Cina mempunyai ramai rakan-rakan Melayu bahkan ada yang akrab sangat untuk berkongsi pengalaman hidup,karier dan sebagainya. Berkenaan dengan orang melayu ditindas orang Cina, tak payah sampai ke Singapura, di Malaysia sendiri pun pernah saya lihat seorang Taukeh wanita Cina memarahi seorang pekerja perempuan Melayu muda depan customernya. Pernah juga seorang kak Melayu dihina depan kaunter bank oleh seorang Cina. Tapi pernah juga saya lihat budak Melayu membuli wanita Cina terang-terang tepi jalan. Pernah juga saya lihat wanita Melayu memarahi seorang wanita tua Cina dengan menghina di kaunter kerajaan. Pernah juga sekali saya sendiri meminjam wang kepada rakan Melayu saya semasa dia tidak dapat membayar pinjaman banknya. Apa yang hendak disampaikan saya adalah bukan semua Cina tu jahat, bodoh, buruk. Bukan semua Melayu tu lemah, jahat. Setiap manusia dijadikan tuhan berbeza beza. Maka tiada orang yang sempurna. Masing masing ada kelebihan. Malahan dalam kita suci Islam-AL-Quran ada menyebut menimba ilmu sampai ke negeri China. Ini bukan untuk mengagung agungkan China tetapi kita perlu belajar kelebihan masing-masing. Bak kata pepatah Melayu, ambik yang jernih, buang yang keruh. Renungilah bersama-sama.......

8:18 PM  
Anonymous Anonymous said...

Pas mempunyai pemimpin ulama dan profesional yg kebanyakan dilihat lebih ikhlas untuk bantu rakyat

manakala UMNO hanya tinggal pemimpin yg tak malu2 mengamalkan rasuah serta mementingkan perut sendiri...

tak mungkin dapat disatukan....hahahaha mcm angan2 mat jenin je ckp begitu...

brp lama lagi nak tggu usaha2 menyatukan Pas dan UMNO 5 tahun?10 tahun atau 20 tahun lagi...kelakarlah korang ni....bincanglah topik lain lagi bagus...bila pilihanraya UNDI Pas atau BA...maka selamatlah negara kita dari pengkhianat Bangsa dan agama mcm UMNO...jgn jadi bodoh nak pikir2 mcmane nak satukan Pas dan UMNO...

sbb kita rakyat hanya ada kuasa mengundi sahaja...lainlah korang tu pemimpin2 UMNO dan Pas.

9:23 AM  
Anonymous Anonymous said...

Datok Kuris ADUN Semenyih membuat onar dgn memperkudakan JAIS untuk merampas Surau Saujana Impian. Datok berfikiran zaman batu ini telah mengganggu proses kelulusan mengadakan solat Jumaat sehingga kini masih tertahan. Surau ini dibina dgn kos RM1.4 juta hasil sumbangan semua pihak tetapi Kuris tidak menyumbang 1 sen pun. J/Kuasa surau terdiri dari penyokong dan pembangkang tetapi berjaya menyatukan ummah secara professional. Namun pemimpin Melayu minda kelas ke3 ini mahu menunjukkan taringnya. Calun yang layak untuk dikutuk dan dilaknat.

5:57 PM  
Anonymous Anonymous said...

kan aku dah ckp...itu contoh yg baik...Perangai ADUN BN yg menyerupai syaitan tu mana mungkin bergabung dgn Pas..

pokok (UMNO) harus dicabut dgn akar sekali...dan tanam benih baru (PAS)....

sekian.

2:26 PM  
Anonymous Anonymous said...

umno dan pas boleh bersatu ,pas dan barisan nasianal tak boleh bersatu .kerana dalam barisan nasianal umno paling sikit'lagipon umno mahukan kemenangan mereka dengan apa cara sekalipon dan sangup gadai negara.kemenangan pas adalah apabila hukum allah telah dilaksanakan di malaysia.untuk pas bersabarlah teruskanlah perjuangan ingatlah peristiwa perang ,hanya 313 org saja dapat mengalahkan tentera firaun beriburibu.
menjadi perbezaan pendapat dalam keduniaan menakibatkan umno dan pas tak boleh bersatu.sesiapapon tak boleh satukan hanya ugama saja yang dapat satukan umno.pas pakai tudung labuh dihina oleh ahli umno sedangkan itu bukan pas yang suruh itu umno yang suruh.ulama pakai kepiah putih pun dihina .itu ikutan nabi kebersihan ah buang masa cakap .yang penting jangan jadikan dunia sebagai ganjaran jadikan akhirat sebagai ganjaran

9:49 AM  
Anonymous Anonymous said...

RTZGyX The best blog you have!

3:56 PM  
Anonymous Anonymous said...

wZKsTa Wonderful blog.

1:35 AM  
Anonymous Anonymous said...

Hello all!

2:26 AM  
Anonymous Anonymous said...

Magnific!

3:08 AM  
Anonymous Anonymous said...

Please write anything else!

4:13 AM  
Anonymous Anonymous said...

Good job!

5:14 AM  
Anonymous Anonymous said...

Nice Article.

6:45 PM  
Anonymous Anonymous said...

actually, that's brilliant. Thank you. I'm going to pass that on to a couple of people.

1:26 AM  
Anonymous Anonymous said...

actually, that's brilliant. Thank you. I'm going to pass that on to a couple of people.

2:14 AM  
Anonymous Anonymous said...

zTUf6S write more, thanks.

11:03 PM  
Anonymous Anonymous said...

Nice Article.

11:54 AM  
Anonymous Anonymous said...

Please write anything else!

12:27 PM  
Anonymous Anonymous said...

actually, that's brilliant. Thank you. I'm going to pass that on to a couple of people.

2:18 PM  
Anonymous Anonymous said...

Wonderful blog.

2:52 PM  
Anonymous Anonymous said...

Wonderful blog.

3:27 PM  
Anonymous Anonymous said...

Hello all!

3:56 PM  
Anonymous Anonymous said...

Good job!

4:57 PM  
Anonymous Anonymous said...

Hello all!

5:35 PM  
Anonymous Anonymous said...

Nice Article.

6:18 PM  
Anonymous Anonymous said...

Thanks to author.

6:55 PM  
Anonymous Anonymous said...

Thanks to author.

7:27 PM  
Anonymous Anonymous said...

Nice Article.

7:58 PM  
Anonymous Anonymous said...

Suicidal twin kills sister by mistake!

8:35 PM  
Anonymous Anonymous said...

Lottery: A tax on people who are bad at math.

9:11 PM  
Anonymous Anonymous said...

A flashlight is a case for holding dead batteries.

9:41 PM  
Anonymous Anonymous said...

If ignorance is bliss, you must be orgasmic.

10:08 PM  
Anonymous Anonymous said...

What is a free gift ? Aren't all gifts free?

10:42 PM  
Anonymous Anonymous said...

Give me ambiguity or give me something else.

11:14 PM  
Anonymous Anonymous said...

Lottery: A tax on people who are bad at math.

11:48 PM  
Anonymous Anonymous said...

Friends help you move. Real friends help you move bodies.

12:20 AM  
Anonymous Anonymous said...

The gene pool could use a little chlorine.

12:51 AM  
Anonymous Anonymous said...

Oops. My brain just hit a bad sector.

1:23 AM  
Anonymous Anonymous said...

Suicidal twin kills sister by mistake!

1:57 AM  
Anonymous Anonymous said...

Suicidal twin kills sister by mistake!

2:40 AM  
Anonymous Anonymous said...

The gene pool could use a little chlorine.

3:19 AM  
Anonymous Anonymous said...

actually, that's brilliant. Thank you. I'm going to pass that on to a couple of people.

3:55 AM  
Anonymous Anonymous said...

A lot of people mistake a short memory for a clear conscience.

4:31 AM  
Anonymous Anonymous said...

Lottery: A tax on people who are bad at math.

5:01 AM  
Anonymous Anonymous said...

The gene pool could use a little chlorine.

5:28 AM  
Anonymous Anonymous said...

Oops. My brain just hit a bad sector.

5:55 AM  
Anonymous Anonymous said...

Oops. My brain just hit a bad sector.

6:25 AM  
Anonymous Anonymous said...

Friends help you move. Real friends help you move bodies.

6:54 AM  
Anonymous Anonymous said...

Beam me aboard, Scotty..... Sure. Will a 2x10 do?

7:31 AM  
Anonymous Anonymous said...

All generalizations are false, including this one.

8:02 AM  
Anonymous Anonymous said...

All generalizations are false, including this one.

8:38 AM  
Anonymous Anonymous said...

Clap on! , Clap off! clap@#&$NO CARRIER

9:11 AM  
Anonymous Anonymous said...

What is a free gift ? Aren't all gifts free?

9:43 AM  
Anonymous Anonymous said...

The gene pool could use a little chlorine.

10:14 AM  
Anonymous Anonymous said...

All generalizations are false, including this one.

10:48 AM  
Anonymous Anonymous said...

What is a free gift ? Aren't all gifts free?

11:31 AM  
Anonymous Anonymous said...

Lottery: A tax on people who are bad at math.

12:12 PM  
Anonymous Anonymous said...

Lottery: A tax on people who are bad at math.

12:45 PM  
Anonymous Anonymous said...

A flashlight is a case for holding dead batteries.

1:27 PM  
Anonymous Anonymous said...

What is a free gift ? Aren't all gifts free?

2:00 PM  
Anonymous Anonymous said...

Clap on! , Clap off! clap@#&$NO CARRIER

2:33 PM  
Anonymous Anonymous said...

A flashlight is a case for holding dead batteries.

3:14 PM  
Anonymous Anonymous said...

Thanks to author.

3:55 PM  
Anonymous Anonymous said...

All generalizations are false, including this one.

4:41 PM  
Anonymous Anonymous said...

If ignorance is bliss, you must be orgasmic.

5:28 PM  
Anonymous Anonymous said...

C++ should have been called B

6:10 PM  
Anonymous Anonymous said...

Build a watch in 179 easy steps - by C. Forsberg.

6:51 PM  
Anonymous Anonymous said...

Suicidal twin kills sister by mistake!

7:40 PM  
Anonymous Anonymous said...

I'm not a complete idiot, some parts are missing!

8:34 PM  
Anonymous Anonymous said...

Thanks to author.

9:24 PM  
Anonymous Anonymous said...

Please write anything else!

10:04 PM  
Anonymous Anonymous said...

When there's a will, I want to be in it.

10:43 PM  
Anonymous Anonymous said...

If ignorance is bliss, you must be orgasmic.

11:21 PM  
Anonymous Anonymous said...

If ignorance is bliss, you must be orgasmic.

11:56 PM  
Anonymous Anonymous said...

When there's a will, I want to be in it.

12:36 AM  
Anonymous Anonymous said...

Thanks to author.

1:19 AM  
Anonymous Anonymous said...

Suicidal twin kills sister by mistake!

1:59 AM  
Anonymous Anonymous said...

Magnific!

2:43 AM  
Anonymous Anonymous said...

actually, that's brilliant. Thank you. I'm going to pass that on to a couple of people.

3:35 AM  
Anonymous Anonymous said...

Magnific!

4:20 AM  
Anonymous Anonymous said...

Please write anything else!

4:57 AM  

Post a Comment

<< Home