Mengusung jenazah Bangsa Melayu
Politik bergolak dan pergolakan ini memecahbelahkan Melayu kepada tahap yang amat kritikal. Masing-masing tanpa disedari mengambil jalan untuk bertindak menyerang – menggunakan apa sahaja yang ada untuk menewaskan parti lawan yang lebih khusus terdiri dari orang Melayu. Tanpa mereka sedari tindakan inilah yang dikatakan mengusung jenazah Melayu itu sendiri.
Hari ini Institusi Raja-Raja terheret dalam kancah politik negara ini. Laungan Daulat Tuanku dan jeritan derhaka dan sembah derhaka timbul tidak semena-mena. Semua ini berlaku adalah kerana kedua-dua kumpulan Melayu dalam parti masing-masing sedang mempertahankan kedudukan politik mereka. Sadis bukan? Apa bentuk hala tuju politik orang Melayu hari ini? Kenapa ini harus terjadi? Adakah semuanya kerana kuasa – semuanya atas nama perjuangan hak dan kebajikan orang Melayu tetapi akhirnya menjadi senjata yang membunuh Melayu itu sendiri.
Masing-masing mendabik dada memperjuangkan orang Melayu. Semuanya mahu membela namun pembelaan itu lebih kepada melunaskan kehendak politik dan nafsu mahu memperoleh kuasa dalam negara ini. Ini semua akan memburukkan keadaan orang Melayu yang sudah sedia buruk sewaktu ini. Kedudukan Melayu yang semakin terhakis seakan tidak dipedulikan kerana perjuangan politik adalah perjuangan unggul dan perebutan kuasa seakan tidak mengambil kira kedudukan hubungan antara orang Melayu dengan Melayu sendiri. Keadaan semakin kritikal. Pertentangan seperti yang selalu di ungkapkan menguntungkan kaum lain. Tanah Melayu yang tergadai menjadi Malaysia bakal tergadai lagi dengan sikap dan keadaan politik yang semakin membimbangkan. Perlembagaan terus menjadi satu pegangan kontradiksi yang dipersoalkan. Akhirnya pergelutan semakin besar yang akhirnya akan menyaksikan negara ini terumbang ambing dan semakin meleset dari sudut sosiopolitik dan ekonomi.
Akhir-akhir ini kedengaran pula Institusi Raja-Raja mahu kekebalan raja-raja di laksanakan semula. Ini bagi Raja-Raja Melayu dapat menyelamatkan Institusi Raja-Raja dari terus di hina dan terus di heret ke kancah politik. Ini dikatakan perlu untuk menghalang tindakan-tindakan yang cenderung kepada derhaka kepada Kesultanan Melayu. Namun ini sebenarnya tidak akan menyelesaikan masalah pokok perpecahan di kalangan orang Melayu. Perpecahan di kalangan orang Melayu bukan kerana daulat dan derhaka tetapi lebih kepada politik Melayu itu sendiri. Melayu mempersoalkan kuasa politik orang Melayu dan lebih buruk menjual nilai dan martabat untuk mendapatkan kuasa demokratik. Pemegang kuasa politik Melayu hari ini juga tempang – sumbang dan tidak menampakkan nilai-nilai kesedaran mengenai persediaan mengapankan bangsa itu sendiri. Maka mahu tidak mahu kita akan mengusung kerana bangsa kita sendiri untuk di talkin dan terus dikebumikan. Lebih malang lagi jika yang mengebumikan bangsa kita – di tanah air kita dilakukan oleh orang lain – bangsa lain yang masih utuh pegangan persaudaraan dalam ikatan kaum mereka sendiri.
Maka Melayu perlu sedar bahawa bukan sahaja zaman gelap mereka akan muncul malah kedudukan mereka di tanah air ini juga akan terlucut dengan persengketaan yang sedang berlaku. Melayu harus terus diikat dan ikatan sesuai yang perlu ada adalah kesedaran kepentingan untuk sama-sama memperjuangkan hakikat dan kehadiran bangsa. Tidak ada siapa yang akan menangis dan meratap kehancuran bangsa melainkan kita sendiri.
Apa yang perlu bukan kekebalan raja – apa yang perlu bukan laungan slogan Hidup Melayu – apa yang perlu bukan jeritan derhaka, Daulat Tuanku dan Ketuanan Rakyat. Apa yang perlu adalah satu bentuk ikatan dan mungkin ini perlu dilakukan oleh penaung bangsa Melayu itu sendiri. Mungkin peranan DYMM Seri Paduka Baginda dalam mengikat kembali Melayu kepada satu ikatan perlu. Mungkin sudah sampai masanya kepimpinan Melayu diajak duduk bersama - Institusi Raja-Raja Melayu untuk berbincang dan ini tidak terhad kepada kepimpinan politik yang memegang kerajaan negara ini. Semua kepimpinan politik Melayu – NGO yang diiktiraf dan berdaftar – Ulama duduk pada persidangan Melayu untuk sama-sama membincangkan dan mengeluarkan ketetapan bagi memulakan langkah menyatukan orang Melayu pada kekuatan yang perlu ada bagi membela bangsa. Permasalahan Melayu dibincangkan dengan lebih jelas agar Raja – Raja Melayu dapat memainkan peranan yang lebih khusus dalam menyelamatkan Melayu dari terus lupus di tanah air sendiri.
Apa pun – jangan biarkan kita mengusung jenazah bangsa Melayu untuk dikebumikan.
8 Comments:
Habis mcm mana nak selesaikan? Perlukah wujudkan satu parti politik berasaskan melayu? Sedangkan yang sedia ada pun sudah meratah bangsa sendiri. Bagaimana pula kaum Bumiputra yang lain, di Sarawak dan Sabah. Bukankah mereka perlukan pembelaan juga. Bukankah mereka juga diiktiraf sebagai "bumiputra" selain melayu?
belajar dari sejarah,berhujah berlandas fakta...buat pilihan yang tepat...
rakyat tidak bodoh...maaf!!! tidak lagi akan diperbodohkan...
Peranan raja-raja melayu perlu ikhlas dan tidak memihak. Rundingan perlu ada dan raja-raja perlu lebih terbuka da mengambil tahu apa yang berlaku. utk solve - peranan raja untuk melayu perlu ada dan jgn asyik menampakkan sikap berat sebelah
Salam bro...
Saya banyak mengikuti pandangan bro, ada yang saya setuju dan ada yang saya tak setuju.., apapun tak salah untuk berbeza pandangan, apa yang penting setiap pandangan yang dilontarkan merupakan suatu perkongsian..
Persidangan umno baru sahaja berlalu, tetapi masalah yang menimpa umno belum tentu dapat diselesaikan... Masalah umno sekarang ini adalah terhakisnya rasa percaya golongan muda terhadap kepimpinan parti - bukan disebabkan majoriti pengundi muda sokong Pakatan Rakyat tetapi pengundi muda terasa ada X-factor yang telah hilang dalam perjuangan umno...moga2 umno dapat menemui semula x-factor terbabit
Pemberian semula kekebalan kepada institusi raja2 Melayu takkan menyelesaikan masalah melayu - ianya ibarat berundur semula ke zaman purba. Apa yang lebih penting adalah institusi raja melayu itu sendiri mestilah punya jiwa untuk mendekati rakyat dengan penuh rasa "kerakyatan" da menjadi pembela kepada kebajikan rakyat tanpa mengira keturunan..
Di Malaysia - apa yang malang adalah sentimentasi politik yang tinggi terutama di kalangan parti politik melayu baik umno mahupun pas, perlu ada usaha yang ikhlas dalam kedua2 pertubuhan itu untuk mengurangkan perbezaan dan pada masa yang sama umno haruslah lebih ikhlas dalam usahanya untuk Membersihkan pertubuhan itu daripada unsur rasuah n atau dilihat orang sebagai "parti projek atau tender"
Perjuangan melayu akan terus wujud, Insya Allah.., dan moga2 masa depan yang lebih baik menanti kita semua
Stumbled di sini....
satu blog yang menarik dan penuh kewibaan menceritakan isu-isu Melayu.
Blog saya juga adalah juga mengenai Melayu keseluruhan tetapi tertumpu kepada the idealism bangsa Melayu, the gloroius old Malay civilisation.
Silalah ke teratak GEMPAMELAYU.
waaaa.... ini macam kes kat perak je.... banyak gak keranda umno di usung kerana kecabulan umno menggunakan institusi raja
erm..ramai yang nampak pada permasalahan tapi jalan penyelesaian masih kabur sekaburnya..
apapun, saya juga ada wat kajian sendiri..
jika ada yang berminat dengan teori konspirasi, sejarah nusantara yang hilang, sufism, kebangkitan akhir zaman..sila lah ke nusanaga.blogspot.com
harap salam ukhwah akan bertaut demi masa depan..sekian
......................................
aku! ya aku~! aku rela bukan usung , tapi kuburkan melayu sendiri biar aku melayu, kerana mayat itu adalah melayu umno! sekali lagi umno! ya umno, aku akan berjanji pada anak cucu aku untuk kuburkan umno selamanya! sumpah darah setia aku pada keadilan islam!
Post a Comment
<< Home