Sunday, November 02, 2008

Maju Melayu bukan lagi Hidup Melayu

Perubahan perlu pragmatik. Perlu ada arah. Perlu menjanjikan kelainan dan nampak mampu membawa langkah baru dalam memastikan Melayu itu tidak layu dan tidak tertinggal. Wadah yang di harap perlu berani bertindak dan tidak membelakangi hasrat dan menjual hak yang ada demi mendapatkan kuasa palsu yang sentiasa di cengkam oleh kuasa ekonomi. Ini bukan persoalan baru – ini realiti. Kuasa ekonomi dalam zaman kapitalis ini mendahului kuasa politik. Ketuanan bukan diukur dari pegangan kuasa politik tetapi ditentukan oleh kuasa ekonomi. Ini semua kerana kemajuan yang kita harapkan mendahului kemampuan kita mengisi arus pembangunan yang ada. Melayu berada dalam era kemajuan – bukan Melayu itu maju berbanding dengan kaum lain. Ini perlu kita bezakan. Ini seperti penonton bola sepak dengan pemain bola sepak. Melayu hanya menonton kerana pembangunan yang ada belum menyeluruh melibatkan Melayu malah hakikat kita masih jauh ketinggalan itu perlu kita akui. Ketuanan siapa sekarang ini. Ketuanan hari ini milik mereka yang memegang kuasa ekonomi secara kolektif. Mereka yang mampu menukar apa sahaja dengan kekuatan ekonomi. Siapa pemilik ekonomi sekarang ini?

Melayu perlu mengorak langkah bagi memastikan kusa ekonomi turut berada dalam ruang lingkup Melayu. Melayu perlu membangun dan perlu maju. Kemajuan yang ada perlu menyeluruh dan bukan berkisar dalam sudut fizikal sahaja. Maju dari sudut mental dan fizikal. Maju dari sudut ekonomi dan mahu dalam pemikiran yang ada. Kemajuan inilah yang perlu kita desak. Kemajuan inilah yang akan menyelamatkan Melayu.

Apa pengukur ketuanan Melayu? Adakah perlu dibicarakan ketuanan sedangkan pemilikan bukan dari kalangan kita orang Melayu? Apakah erti dan makna ketuanan sekiranya kita sendiri hari ini takut dan berharap kepada yang lain untuk masa depan Melayu itu sendiri. Kerana itulah Hidup Melayu adalah laungan usang dan nada baru diperlukan bagi membangkitkan semula Melayu. Laungan Maju Melayu perlu kerana kita bukan hadir sekadar untuk hidup sahaja. Hidup Melayu sudah selesai. Kita hidup dan kita masih dapat bergerak sungguhpun dalam konteks kemiskinan yang ada. Kita perlu laksanakan kemajuan – memajukan Melayu dengan pencapaian kedudukan ekonomi yang lebih menyeluruh. Ini penting kerana andai kita hanya sekadar hidup – bukan sahaja kita tidak memiliki ketuanan malah kita akan terus menjadi hamba kepada mereka yang memegang kekuatan ekonomi negara ini.

Ingat – kita perlu kuat pada teras dan bukan pada kulit. Kita perlu menyatakan dengan berani kedudukan kita – secara relatif berbanding dengan kaum lain. Kita perlu bangkit untuk memastikan kita kemajuan kita dan tidak hadir setakat menjadi penonton sahaja kepada bangsa lain. Kita perlu berani menangkis tetapi malang penangkisan memerlukan kekuatan dan bukan undang-undang untuk menghalang. Melayu perlu Maju dan kemajuan itu adalah untuk membenarkan kita berdiri atas pembangunan yang ada. Kita perlu dilihat sebagai bangsa yang mahu maju dan kemajuan itu memerlukan satu usaha konklusif untuk dari semua Melayu.

Siapa agaknya sekarang ini tuan kepada Melayu atau pada siapa label Ketuanan itu sekarang berada?

16 Comments:

Anonymous Anonymous said...

cina aje yg maju siot. gn arap le melayu nak berjaya. Melayu di bawah Umno yang kolot nak buat cam mana

4:48 PM  
Blogger bboyhasif89 said...

salam saudara..
sy berasa amat terharu membaca blog saudara..
sy berasa sbg pelajar berasa sedih dan sendiri mengakui yg bangsa kite ni memiliki sikap yg zspatutnye ada.. ugkapan hidup melyu dah xsesuai lg kerana arus politik yg kacau bilau pada hari ni telah menyebabkan org melayu berpecah 3, dan bangsa lain mule ketawa serta ambil kesempatan.. akhirnye, apebile keluar pelbagai kenyatan yg menyakitkan kite, hanye 1 golongan dpd 3 td yg bangun mengamuk.. alangkah bagus dan bangganye sy klu ketiga-tiga golongan bgun berdiri wlupn berbeza fahaman politk...

1:43 AM  
Anonymous Anonymous said...

Ya tak ya jugak! mengapa selama ni teman (kita) tak terpikio langsung pase ni?

Teman setuju benor dgn saranan Sdra Anuar 'MAJU MELAYU'

Jika ada peluang lain waktu, teman akan beri komen pase ni...kerna teman nak bagi makan itik dulu.

Maju Melayu!!!

3:47 PM  
Blogger melayuangkat said...

Assalamualikum,

Tahniah kerana memberi hujjah yg bernas di tv 1 malam tadi.

Benar,kuasa EKONOMI adalah segala-galanya!!

Sorak kuat mana pun kalau kantong bangsa kosong apa yang boleh kita capai? Bangsa lain pun tak pandang sebelah mata dan hidup sentiasa meminta-minta.

Bagi Mak Cik, orang Melayu juga perlu ada 'kualiti'. Bangsa maju yang berkualiti dan tidak hanya ramai secara fizikal dan (Quantity) Bilangan saja ramai!

WaAllahuAlam.

4:03 PM  
Anonymous Anonymous said...

sdr anuar, tahniah. anda pejuang melayu yg konsisten. anda tolak sentimen politik buta dan pekak.

teruskan sdra anuar

10:40 PM  
Blogger bungaraya said...

Sdr,
Kerana itu dalam banyak penulisan ku, saku mencadangkan agar kerajaan memperuntukkan sebahagian wang untuk mempercepatan kejayaan bangsa melayu dan dusun dan iban dan semua bumiputera lain. Jika sdr selalyu menyebut perkataan melayu sentiasa, ia akan menyinggung perasaan bumiputera lain yang sebenarnya lebih awal dari sdr berada diatas bumi ini. Sorry tersasar tajuk. Emosi agaknya tu.
Berbalik kepada cadangan saya agar disediakan sebahagian peruntukkan tadi. Sebenarnya dari peruntukkan itu kita boleh menguruskan satu tindakan dratuik bagi mempastikan akan ujud golongan bijakpandai melayu yang bertaraf dunia dalam bidang Kedoktoran, angkasa lepas, fizik, kimia, kajihayat, ilmu bintang, ilmu alam, ilmu perikan ( lautan ), ilmu kepeguaman, ilmu kejuruteraan, ilmu arkitek dsbnya.
Bukan itu saja malah dibidang ekonomi juga dengan peruntukkan tersebut kita boleh menjadikan sebahagaian daripada kaum bumi ini hebat-hebat sama macam yahudi. Melaksanakan usahawani mereka dipwersada antara bangsa. MAKA jika semua ini dapat dilaksanakan oleh para pemimpin kita sudah tentu tidak timbul keadaan seperti sekarang ini. Mungkin juga tetap masih ada, tapi ianya akan hanya ditimbulkan oleh mereka yang memiliki anugerah PhD ( Perasaan Hasad Dengki ) yang sangat sukar mereka limparkan dari sikap dan prinsip hidup mereka.

12:39 PM  
Anonymous Anonymous said...

saya teruja membaca,bukan nak komen cuma kalau ada masa lawatilah blog saya,kita serupa tapi tak sama,

http://www.medanMas.blogspot.com

3:22 PM  
Anonymous Anonymous said...

Salam..

This is an interesting approach, and a very good piece of writing.

Soalnya sekarang: Mengapa melayu tidak mampu menguasai ekonomi negara? Bumiputera sejak dahulu lagi diberikan pelbagai peruntukan dan keistimewaan oleh kerajaan untuk memajukan diri. Mengapa sehingga saat ini kita masih lagi mundur?

Apakah caranya untuk bangsa melayu keluar dari kotak 'kemiskinan berbagai aspek' ini?

Just something to ponder... Wallahua'lam.

2:12 PM  
Blogger akuduniaku said...

salam link blog saudara

1:18 PM  
Blogger Shamsul Nizam (SAM) said...

Salam hormat...

Sepanjang pengetahuan saya, tuan meLAYU sekarang ni kebanyakkan Cina.

meLAYU hanya sibuk menghunus keris yg tumpul lagi karat. Bangsa Cina pula dengan senjata eko-more-money.

meLAYU mundur kerana tidak mahu belajar memancing. Hanya mengharapkan bekalan ikan seharian sahaja dengan anggapan meLAYU tidak akan kelaparan di bumi sendiri.

Dah terlambat untuk memikirkan soal bangsa meLAYU melainkan menjaga diri & keluarga sendiri sahaja agar sentiasa berpeluang memancing.

Lantaklah apa nak jadi dengan bangsa meLAYU sebab meLAYU kalau tak pelingkup meLAYU, siapa lagi...

Bukan apa, nak bagi elokkk...

-SANG TUBA-

p/s: skrg bukan setakat memancing tapi guna pukat tunda dah...

10:28 PM  
Anonymous Anonymous said...

maju melayu?keretapi tanah melayu?tanah melayu?united malay nasional organitation tu bahasa melayu ke?

yg tinggal raja2 melayu jer...

percayalah tuan2...tanpa ameno pun kita akan lebih maju!!!

9:15 AM  
Anonymous Anonymous said...

tak ada orang lain yang dapat merubah diri kita kecuali diri kita sendiri. Melayu jahanam kerana Melayu itu sendiri. Pemimpin sekarang harus berubah jika kita mahu Melayu berubah.

3:15 PM  
Anonymous Anonymous said...

apo2 mancing2, tubakan semua ikan2 tu..lagi cepat dpt hasil..

aku pantang melayu yg menghina bangsanya sendiri..tersondol-sondol dicucuk hidung PR yg beragenda Singapork..

hoi org utara, wat apa PR buat babi kt kg Melayu, psl apa tak buat kt Pinang?.nak halau melayu, bg Singapork

6:52 PM  
Anonymous Anonymous said...

sejarah sentiasa berulang.. kalau dulu..hang tuah dizalimi raja yang termakan hasutan pembesar2 pendengki, lalu bangkitlah hang jebat menuntut keadilan..
sekarang.. dsai dizalimi chedet yang termakan hasutan menteri2 pendengki, lalu bangkitlah golongan melayu penentang di bawah bendera keadilan..

siapa sebenar penderhaka? siapa sebenar hero? siapa yang benar?...

kalaulah raja melayu (chedet) berfikir jauh.. kalaulah tiada pembesar2(menteri2) melayu yang bersifat pendengki.. kalaulah hang tuah(dsai dan lain2 pemimpin berkebolehan) yang serba boleh diangkat menjadi pembesar utama melayu..... tentunya tetap hebat melayu melaka (malaysia) yang sedia hebat..

6:30 PM  
Blogger UMNO PARTI PENJARA said...

Ambil dua2 pun takpe..

Hidup Melayu dan Maju Melayu :-)

Selamat Tahun Baru :-)













(( Renungkan )) Ke Mana Kita Mahu Pergi?
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Forum Generasi Muda
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Pakatan Antara Parti Lawan Tidak Kekal
http://pro-faizal.blogspot.com

1:16 PM  
Anonymous Anonymous said...

lah...slogan satu aje lah ngok...inilah org umno..tahu kan kebas semua...mampus

9:24 AM  

Post a Comment

<< Home