Menangisnya Melayu
Ada yang bertepuk gembira dengan kemenangan dan prestasi baik parti pembangkang yang dapat menangkis 2/3 majoriti dari diperoleh Barisan Nasional. Satu kejayaan dan satu petunjuk kuat kepada Barisan Nasional bahawa rakyat negara ini sudah mula berani bersuara. Rakyat sudah berani membuat pilihan lain dari terus tunduk di bawah kehendak kerajaan memerintah yang gemar melaksanakan perkara-perkara kononnya atas kepentingan rakyat tetapi tidak menampakkan sebarang keuntungan untuk rakyat.
Barisan Nasional tahu kenapa mereka dipinggirkan kali ini tetapi persoalan yang lebih penting, adakah mampu Barisan Nasional dan UMNO untuk melaksanakan perubahan bagi tujuan membeli kembali maruah yang telah hilang. Penebusan maruah ini harus dilakukan dan penebusan maruah ini perlu dilakukan agar UMNO khususnya tidak terus dilupakan pada pilihan raya akan datang.
Laungan kejayaan rakyat khususnya di Semenanjung Malaysia kita semakin kuat. Suara rakyat kini memilih Barisan Alternatif dan suara ini sudah menentukan bahawa sokongan mereka beralih dari Barisan Nasional dan UMNO kepada PAS, Parti Keadilan Rakyat Malaysia dan DAP. Satu kejayaan di luar jangkaan.
Namun pernah dikatakan – kita merasai nikmat dalam kecelakaan dan dalam persoalan kecelakaan ini ada keperluan untuk kita hujah dalam konteks kejayaan Barisan Alternatif dan kesan kepada bangsa kita Melayu.
Memang persoalan bangsa dan kaum adalah persoalan sensitif. Namun setidak-tidaknya dalam keadaan pembangkang yang telah menyapu bersih hampir 6 negeri termasuk Wilayah Persekutuan mungkin persoalan dan mempersoalkan isu bangsa akan dapat di buat secara lebih terbuka atas landasan kebebasan bersuara. Mungkin pembangkang akan lebih faham sekiranya keraguan masih wujud pada orang Melayu mengenai hak dan keistimewaan yang telah diperuntukkan dalam perlembagaan. Jangan marah atau terus melulu menuduh bahawa ini adalah artikel perkauman – ini hanya persoalan yang menuntut penerangan dan juga menuntut untuk menghilangkan keraguan.
Melayu selepas pilihan raya masih tertanya-tanya persoalan mengenai keadilan dan kesamarataan yang akan dibawa oleh Barisan Alternatif. Adakah kesamarataan ini melibatkan pembasmian Agenda Nasional pada negeri-negeri yang di menangi? Adakah penghapusan DEB kerana DEB berbau kemelayuan? Adakah kenyataan Lim Kit Siang mengenai Menteri Besar Perak itu lebih kepada boikot kepada Kesultanan Melayu, atau keadilan dalam jumlah kerusi atau sebenarnya berbau penentangan Agenda Islam PAS? Apa pula pandangan ikhlas mengenai hak Keistimewaan orang Melayu yang di peruntukkan ?
Isu ini perlu dijelaskan oleh DAP yang nampak dominan dalam Barisan Alternatif dan nampak lebih berani dalam memecah kolaborasi antara mereka atas dasar prinsip. Sebenarnya secara ikhlas kita perlu bertanya dan mereka perlu menjawab agar mungkin dengan kepimpinan cara baru Barisan Alternatif ini maka mereka akan dapat membentuk kerajaan pada pilihan raya akan datang.
Sebenarnya suara keraguan ini perlu diperjelaskan kepada semua. Jangan salah anggap sebagai rasis atau melabel persoalan ini sebagai rasis dan bertindak sama dengan pemerintahan lampau yang tidak mahu menunjukkan perluasan minda dalam menangani isu sebegini. Perlu di maklumkan bahawa ini KERAGUAN dan bukan hasrat untuk menolak atau menimbul sebarang pra sangka lain.
Kita mahu tahu sama ada perlu kita kekalkan sokongan rakyat pada pembangkang atau sebenarnya kita merasa nikmat dalam kecelakaan.
36 Comments:
Sebab BN Kalah teruk di 5 states kerana PAK LAH....
.
1.Cakap merapu , bagi statement mengalahkan Sammy Vellu dan ketua kampung yg pendidikan SRP.
.
2. Selalu Tidur, bila orang tanya selalu tak tau pekembangan semasa. Jawap ala kadar dan membodohkan rakyat.
.
3. Selama memerintah penggal lepas, jasa dia hanyalah batek saja.
.
4. Gila kuasa dan pangkat juga duit, mementingkan menantu dan anak beranak - sama macam arwah Abang Zek kat port Klang.
.
5. Pak Lah takda kebolehan, incompetent dan tak bertanggungjawab- jahanamkan BN tapi taknak resign.
.
66.Kuat menipu, tengoklah pengumuman PRU yg lepas.
.
Kalau korang sayang UMNO, baik paksa Si Nyanyuk ni berenti, expell Khairy dari Pemuda Umno dan senarai hitamkan semua kroni-kroni bangsat macam Khir Toyo, Mahadzir Khalid , Rafidah Aziz dan sebagainya. Lepas ni, bila Anwar dah naik, mamposlah huru hara UMNO jadinya. Aku sure mesti Pak Lah kena tengking dalam parlimen, kena boooo, kena kencing kat muka.Pastu nanti mesti kelam kabut Nazri Aziz, Zahid Hamidi dan lembu-lembu lain nak cover line.
.
Petunjuk dah clear dan jelas. Memang BN akan hancur lebur lepas ni. Konon nak cerminkan diri, nak buat post mortem secara ikhlas, tapi hakikatnya korang nak menipu diri sendiri jugak.Nak cari alasan lain selain Khairy Jamalaudian dan Paklah sebagai penyebab utama BN kalah. Tak cukupkah Penang terlepas ke tangan Cina? Lepas ni Perak? Lain kali Melaka dan Negri 9 plak dah. Takkan dalam zaman modern ni korang nak harap askar Indon buat penghapusan kaum kat Malaya? Kita dah makin tersepit kat negara sendiri, apa yg ditunggu lagi? Lagi lama dibiarkan setan bertopengkan Pak Lah memerintah lagiiii hancurrrrr BN. Tanahair tak kan hancur, Malaysia akan lebih makmur sebab DAP dan cina memang pandai ekonomi. Ugama Islam pun melarang kita membunuh dan merosakkan kaum yang lain.Malahan semua agama pun mengajar jadi baik.Dah lama kita bersusah payah tegakkan keamanan, takkan disebabkan Pak Lah nyanyuk ni kita nak rosakkan negara kita? Cara yang paling baik adalah, nasihat kan Pak Lah, TERIMALAH YANG BENAR WALAUPUN PAHIT.
Sedih apabila ramai pemimpin UMNO yang tak nak tunding jari ke diri sendir. Kalau rakyat dah k ata depa benci Khairy maksudnyer depa bencilah! Jangan pulak kata dia "tak begitulah" "tak beginilah"...
Kalau pengundi kata depa tak suka tengok muke Khir TOyo yang cantik berkilat tu maksudnya depa tak suka! Janganlah jadikan tempe sebagai alasan!
PEMIMPIN UMNO mesti bertanggungjawab!!! Itu jer...gentleman la sket. Macam Khairy, kalau betul kau jujur, just get out of politic. Kalau kemaruk sgt pun nak join politik, jadi je ahli biaser..jnji kau ikhlas buat kerja...
Seriously, its the only UMNO yang boleh bela nasib Melayu, not PAS not even PKR (Jauh panggang dari api)...PAS just not relevant sbb sanggup berjabat kuasa dgn DAP sekalipun (Kaum kerabat KOMUNIS) dan PKR is only relevant for Anwar (Lepas ni sumer Pub kat Bangsar tutup cume PUB Gay je bukak)...So, for UMNO leaders, kalau nak org Melayu masih setia...tolongla amik pot aper org2 kat bawah ni cakap...
One more thing...Tun 1000 tahun kehadapan lebih relevan daripada korang yang duk kat kerusi MT UMNO tapi dungu....
Salamzzzzz
Sekarang cina dah bawak masuk babi secara terbuka ke Balik Pulau. UMNO dah jaga tempat ni baik-baik, Pak Lah letak sedara dia bertanding di parlimen Balik Pulau, jadi terima kasih lah Pak Lah. Lepas ni kami kena fikir sendiri cara macamana nak selesaikan masalah babi di Balik Pulau, satu lagi masalah besar.
memang betul - menang sorak, kampung tergadai
3 kesilapan besar Pak Lah:
1. Membebaskan Anwar
2. Mendengar dan mementingkan Khairi melebihi menteri kabinet
3. 'Mengacau' projek yang telah dirancang Tun Mahathir dan seterusnya membatalkan projek-peojek tersebut.
Kalau dirangkumkan ketiga-tiganya, memang sesuai sangat dengan kata bidalan - menjolok sarang tebuan!
Saya org Perak.
Saya undi BA pasai Umno tak boleh ubah dari dalam !
Kita usik ikut luaq pula..itu pun tak berubah jugaq....emmh..!!!
Jahanam Melayu..!
Dan tolong lah hormati Dr.Mahathir.
Umno Perak yg sombong terutama Bhgn.Bukit Gantang/Chkt.Jering...Tahniah atas kesedaran anda.Biaq kita ajaq depa....kali ni.Laa ni depa baru tau...Ada Hijau ada Merah bukan dok Biru kesaja!!
Cuba baca dan fahami artikel bwh ni, mungkin boleh jadi iktibar dan tauladan. mari fikir-fikirkannya dgn baik.
Semua subjek atau bidang ilmu itu sangat penting dalam kehidupan, namun bagi setiap subjek itu mempunyai keutamaan yang berbeza. Dalam konteks hari ini, ramai pihak beranggapan bahawa subjek sains dan matematik lebih penting lagi dari subjek-subjek yang lain kerana keperluan terhadap ilmu pengetahuan dalam bidang ini semakin meningkat untuk mengisi ruang-ruang kerjaya yang memerlukan ilmu pengetahuan tersebut.
Tidak memadai dengan ilmu pengetahuan sains dan matematik, wujud pula keperluan dan kepentingan mahir dalam bahasa Inggeris. Kerana sekiranya hendak terus maju dalam bidang sains dan matematik ini perlulah mahir dalam bahasa Inggeris kerana banyak sumber maklumat dan ilmu berkaitan diterbitkan dalam bahasa Inggeris. Tidak dinafikan bahawa semua bidang ilmu tersebut penting dan perlu diberi keutamaan sejajar dengan perkembangan semasa dan kehendak zaman ini yang memerlukan kemahiran dan kepakaran dalam bidang sains dan matematik.
Namun demikian, kita jangan terlalu taksub dengan kepentingan dan keutamaan yang telah diberikan dalam bidang ilmu sains dan matematik ini. Sehinggakan kita menjadi lalai, alpa dan merendahkan bidang lain yang dianggap ketinggalan zaman, tidak menyumbang kepada pembinaan tamadun dan menyekat pemikiran ke arah kemajuan masa depan.
Saya tak mau menyentuh tentang kepentingan sains dan matematik ini, kerana ia sudah banyak diberi keutamaan dalam ulasan dan penjelasan oleh pihak-pihak berkenaan bagi menggalakkan lagi kita belajar sains dan matematik. Saya hendak membincangkan bagaimana sejarah juga memainkan peranan yang sangat besar dalam membina tamadun dan kemajuan malah lebih penting dan utama lagi dari sains dan matematik.
Sejarah adalah subjek yang hidup sepanjang zaman dan sejarah juga merupakan pengisian utama kitab al-Quran dalam memberi pengajaran dan tauladan tentang Islam. Sejarah merupakan bidang kajian dan penelitian yang bukan saja menghidupkan bidang sains dan matematik malah paling penting adalah masa depan. Tanpa sejarah, sains dan matematik akan pincang dan tidak dapat berdiri teguh mudah runtuh dalam sekelip mata. Sejarah adalah tunggak utama kepada survival sesuatu bangsa dan catatan lampau yang sangat penting untuk menentukan hala tuju masa depan sesuatu tamadun bangsa. Jika sejarah dilupakan dan dipinggirkan berikutan sibuk mengejar ilmu sains dan matematik, dibimbangi kelak yang dikejar tak dapat sementara yang dikendong berciciran.
Kita boleh lihat sendiri apa yang telah berlaku pada hari ini, ataupun kita sendiri boleh menilai kejadian-kejadian sejarah yang berlaku dalam tempoh 100 tahun yang lalu bagaimana kemajuan sains dan kepandaian dalam membentuk kod matematik telah menghasilkan komputer dan teknologi canggih lalu mengubah kehidupan manusia. Dalam tempoh tersebut kemajuan sains dan teknologi ini tidak banyak membawa kesejahteraan dan kemakmuran kepada bangsa yang lemah dan celik ilmu pengetahuan sejarah.
Kita kena kaji sejarah dan teliti mengapa bangsa barat yang menerajui kemajuan sains dan teknologi ini mampu membina dan mempertahankan tamadun bangsa mereka sehingga menguasai dunia sama ada dari segi ekonomi, budaya, politik, teknologi dan ketenteraan. Semua ini berlaku bermula dari kurun ke-11 lagi iaitu selepas barat gagal dalam kempen perang salib untuk menguasai semula Palestin dan menjatuhkan pemerintahan khalifah Islam di semenanjung Arab. Mereka sedar bahawa mereka tidak akan mampu menewaskan umat Islam dan menguasai wilayah yang telah diperintah oleh Islam.
Jika kita kaji dan teliti sejarah bagaimana bangsa Arab dan bangsa-bangsa kecil bukan Arab setelah memeluk Islam mampu melahirkan ramai cendikiawan dan pakar-pakar ilmu dalam bidang masing-masing. Sumber utama kepada kejayaan mereka ini ialah kitab al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW. Dari situlah mereka mula mengkaji dan membuat penyelidikan secara praktikal. Membuat rujukan dari sumber-sumber ilmu dari tokoh yang pernah muncul dalam sejarah lampau ketika zaman Yunani. Mungkin ada antara kita pernah mendengar tokoh-tokoh seperti Plato dan Socrates. Ilmuan-ilmuan Islam awal ini telah membuat kajian terhadap teks-teks dan tulisan-tulisan yang dibuat oleh tokoh-tokoh dari zaman Yunani dan Rom.
Hasil dari kajian dan pemahaman terhadap kitab al-Quran, Hadis serta ilmu pengetahuan dari tulisan tokoh zaman lampau, maka lahirlah bidang-bidang baru seperti perubatan, astronomi, zoologi, matematik, sains, sosial dan sebagainya dipelopori oleh ilmuan Islam. Dengan ilmu pengetahuan dalam bidang inilah maka umat Islam yang terdiri dari bangsa-bangsa kecil di semenanjung tanah Arab mampu membina tamadun yang cemerlang dengan pembinaan-pembinaan yang agung, teknologi perkapalan dan pandu arah yang tepat dan strategi-strategi ketenteraan serta pembentukan sosial masyarakat yang teguh.
Kemajuan sains dan teknologi bangsa kecil yang menjadi umat Islam dahulu dimulai dengan kesedaran mereka terhadap kajian sejarah lampau dan penyelidikan terhadap apa yang terkandung di dalam al-Quran dan Hadis. Sumber-sumber asas ilmu ini bukanlah semata-mata buku atau kisah sejarah, sebaliknya ia adalah sumber untuk menggalakkan lagi kemajuan. Bukan saja terhadap fizikal tapi juga rohani, mental dan pemikiran bangsa dan umat Islam yang akan mewujudkan pembentukan sistem sosial dan masyarakat yang maju dan kuat berusaha untuk memperbaiki diri.
Kesedaran inilah yang telah membina kekuatan bangsa-bangsa kecil sehingga dihormati dan digeruni oleh bangsa yang kuat dan besar dari parsi, rom, india dan china. Pengetahuan tentang sains dan matematik semata-mata tidak akan membawa kita ke mana-mana. Kerana jika kita lalai dan lupa sehingga melakukan kesilapan dan kecuaian maka ilmu sains dan matematik ini akan memakan diri sendiri dan kita akan kehilangan sesuatu yang lebih berharga dari kemajuan sains dan teknologi itu sendiri.
Apakah yang paling berharga itu? Iaitu maruah bangsa, tanah air dan hak kita sebagai bangsa peribumi yang menjadi pemilik asal kepada tempat tanah tumpah darah yang kita pijak disini. Bila kita melupakan sejarah dan mengabaikannya kita akan melakukan kesilapan dan kesalahan yang pernah dilakukan oleh bangsa-bangsa lain yang dahulunya kuat dan dihormati tapi sekarang terhina dan merempat di bumi sendiri tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya. Kita lihat saja apa yang telah berlaku di timur tengah, di Palestin, di Iraq bahkan seluruh bangsa Arab hari ini tidak berupaya untuk menuntut hak mereka di bumi Palestin dari bangsa Yahudi dan mempertahankan negara mereka dari ancaman Barat yang diwakili oleh Amerika Syarikat.
Di dalam sejarah, kebangkitan semula bangsa-bangsa eropah atau barat setelah tewas ditangan pemerintahan umat Islam bermula dengan kesedaran seorang panglima tentera salib mereka yang ditangkap dan menjadi tawanan umat Islam. Dia sendiri telah melihat dengan mata kasarnya setelah meninjau-ninjau cara hidup orang Islam dan pegangan agama yang mereka amalkan. Dari situ baru dia menyedari punca kepada kekalahan mereka adalah disebabkan oleh ajaran Islam itu sendiri yang menjadi umat Islam kuat dan bersemangat sehingga mampu mengalahkan tentera salib yang ramai lengkap bersenjata dan lebih canggih dari teknologi tentera Islam.
Ketika masih dalam tawanan itulah panglima tersebut telah mengutus surat secara rahsia kepada raja mereka di Eropah menyatakan sebab punca kekalahan mereka sepanjang kempen perang salib yang telah mereka lakukan selama ini. Dari situlah, bermulanya satu kesedaran kepada bangsa eropah untuk mengkaji apa yang terkandung dalam ajaran Islam sehingga menyebabkan ia umat Islam mampu bangkit dalam tempoh yang singkat dan berupaya menewaskan mereka walaupun dalam keadaan yang kekurangan tidak sehebat mereka.
Kempen-kempen perang bangsa barat di tanah Arab selepas itu tidak lagi begitu menonjol, Cuma terdapat sekali usaha mereka untuk mengalahkan umat Islam di timur tengah tetapi telah digagalkan oleh Salahudin al-Ayubi. Tumpuan mereka selepas itu banyak kepada penerokaan wilayah baru menggunakan angkatan kapal laut di luar tanah Arab dengan tujuan untuk mencari sumber kekayaan baru dan menyebarkan ajaran kristian bagi menghalang agama Islam berkembang ke wilayah luar dari tanah Arab. Mengambil pengajaran dari apa yang berlaku di timur tengah, mereka memulakan kempen untuk menawan wilayah yang belum dikuasai Islam. Bangsa barat ini khuatir sekiranya bangsa-bangsa kecil di wilayah berkenaan bangkit dan mampu muncul sebagai satu bangsa yang kuat jika mereka menerima ajaran Islam dan mengamalkan cara hidup Islam.
Oleh sebab itulah, dalam sejarah negara kita Portugis telah sampai ke Melaka sekitar tahun 1500 dan merampas penguasaan pemerintahan kerajaan Melayu Melaka supaya agama Islam yang telah menjadi pegangan orang Melayu ketika itu tidak dapat berkembang dan mengukuhkan lagi kedudukan serta tamadun bangsa Melayu di seluruh semananjung tanah Melayu. Selama lebih dari 600 tahun kita dijajah dan ajaran Islam tidak berkembang dengan baik dalam kehidupan kita menyebabkan kita terus lemah dan tidak mampu untuk bangkit dengan lebih teguh.
Sehinggalah kita merdeka pada tahun 1957, hari ini kita mampu untuk bermuhasabah diri, menuntut ilmu dan mengamalkan ajaran-ajaran Islam dalam kehidupan kita. Namun begitu, bangsa barat tidak pernah lupa akan sejarah lalu dan sentiasa memperkukuhkan lagi kedudukan mereka serta berusaha untuk melemahkan dan memecahbelahkan bangsa-bangsa lain di dunia agar mereka tidak dapat menjadi ancaman kepada penguasaan bangsa mereka pada masa hadapan.
Bangsa barat ini memajukan bangsa mereka berdasarkan pengalaman sejarah mereka. Mereka menilai dan kemudian membuat penyelidikan demi penyelidikan supaya mereka dapat mencari jalan bagaimana hendak menyekat kebangkitan bangsa lain sebelum mereka kuat dan mengancam penguasaan bangsa mereka terhadap dunia hari ini. Dalam masa yang sama juga mereka berusaha untuk memperkukuhkan lagi kedudukan mereka melalui penciptaan teknologi baru yang lebih canggih dan sofistikated. Supaya dengan teknologi itu mereka dapat mendahului bangsa lain dari segi kemampuan menguasai ilmu pengetahuan dan membolot segala kekayaan yang ada di pelusuk dunia.
Kita tau bahawa sebahagian besar kekayaan dunia berada di wilayah yang diduduki dan didiami umat Islam. Maka itulah melalui strategi yang licik bangsa-bangsa barat ini akan cuba bersungguh-sungguh untuk melalaikan umat Islam agar mereka tidak dapat mempertahankan hak dan harta mereka. Kemudian melalui kemajuan teknologi mereka dapat masuk ke wilayah umat Islam atau bangsa kecil yang lemah menguasai kekayaan itu dan mengeluarkan hasilnya untuk kepentingan mereka dan sekutu-sekutu mereka.
Justeru itu, jika kita hendak maju dan membina tamadun yang cemerlang, gemilang dan terbilang perlulah dimulakan dengan kesedaran anak bangsa kita sendiri. Kesedaran itu tidak akan timbul sekiranya kita membelakangkan sejarah dan menganggap subjek sejarah ini sebagai bidang kelas kedua yang tidak begitu penting. Sejarah bukan sekadar sejarah, di dalam sejarah banyak cabang-cabang ilmu yang akan membuka laluan kepada pembangunan dan kemajuan termasuk sains dan teknologi. Sejarah akan menyedarkan kita betapa pentingnya amalan dan ajaran Islam itu dipegang dalam kehidupan seharian kita. Kerana sejarah juga telah membuktikan bahawa agama Islam ini telah membawa bangsa Arab dan bangsa-bangsa kecil di sekitar timur tengah ke satu tahap tamadun yang tinggi, dihormati dan digeruni oleh bangsa-bangsa besar seperti Eropah, China, India dan Parsi.
Jadi, marilah kita sama-sama mulai menilai semula dasar yang telah kita lakukan sekarang kerana ternyata dasar yang kita lakukan sekarang tidak begitu banyak membantu kesedaran kita untuk bangun dan maju ke hadapan. Kita terlalu asyik menumpukan masa depan dengan pengajian sains dan teknologi, pengiraan matematik dan hasil ekonomi. Kita tidak sedar bahawa terdapat bangsa lain cuba hendak menjatuhkan kita dan menguasai kita dengan merosakkan akhlak dan pemikiran kita. Bila akhlak kita rosak dan pemikiran kita mudah diperdayakan dengan sogokan-sogokan harta kekayaan dan kemewahan, maka mudahlah bangsa lain merampas hak kita yang paling besar dan menduduki tanah yang kita pijak ini.
Bermula dengan menguasai minda, mereka akan menjajah dan merosakkan pemikiran bangsa kita. Bila sudah rosak akhlak, sudah rosak fikiran, bangsa kita takkan dapat berfikir dengan waras dan betul. Mereka akan mengambil kesempatan ini untuk cuba pula menguasai fizikal kita, mereka akan membeli hak kita melalui syarikat milik kita, tanah kita dan kemudian mereka akan mengukuhkan kedudukan mereka dengan memajukan pembangunan yang menghasilkan kekayaan di atas tanah itu. Sementara kita yang sudah kehilangan hak itu bila melihat diri kita tiada apa-apa lagi yang boleh melambangkan kekuasaan dan kehebatan kita barulah mula sedar kembali. Jika apa yang kita miliki sudah dikuasai orang lain, amat sukar untuk kita mendapatkannya kembali kerana hak milik kita bukannya dirampas tapi diserahkan oleh kita sendiri secara sukarela kerana terpedaya dengan janji-janji dan tawaran mereka.
Apa yang penting ialah, kita kembali semula untuk meneliti sejarah dan membuat penyelidikan mengenai sejarah itu supaya kesilapan datuk nenek moyang kita dahulu tidak diulangi oleh kita. Dan kita boleh mengambil pengajaran serta tauladan dari sejarah bagaimana satu bangsa kecil yang lemah, berpecahbelah boleh bersatu teguh, bangkit bangun memajukan bangsa mereka melalui penguasaan ilmu dan bidang yang luas. Kita sebenarnya satu bangsa yang kecil saja berbanding bangsa cina dan india di negara ini. Jika kita tidak berpegang kepada amalan dan ajaran yang pernah bangsa Arab pegang dahulu, kita sebagai bangsa yang kecil tak akan mampu bersaing dengan bangsa-bangsa yang besar di dunia.
http://www.akaipc.blogspot.com
Satu Perubahan..
Utk BN sedar akan persoalan dibangunkan oleh rakyat..Kealpaan sebegini lagi pasti akan menguburkan pakatan ini..kerana Melayu kini lebih berani dlm'Catur PRU' begini .
Tapi adakah melayu sanggup/bersedia menanggung kesannya..? Walaupun kelihatan menang disorak tetapi yang lebih banyak adalah kehilangan..mungkin akan ada lagi kehilangan demi kehilangan demi kehilangan...
Menyesal kemudian tiada gunanya..
multishotclan@yahoo.com
Dah lah kita dah salah selama ini mentuhankan wakil kita, bila kita turut memuji diapa "pemimpin".Dia dah jadi untouchable. sekarang kita dah jadi kuli. nak dekat tak boleh. macam kita semua ini cacing bodoh. kalau bersuara kayak mulut kita. sudah itu sudah kita melayu sudah sedar. apa yang kita perlu buat
1.Bongkarkan submarine/f16/jetS30/mongolia/private jet/floating school TLDM.
2.Bongkarkan butik/libra/kampung rembau 62k pengundi/libra....perangai sial
3.Bongkarkan AP/AP/AP/tak hadir di parlimen/mertua
4.Bongkarkan Scomi/air asia/rahsia rumusan pil tidur di palimen
5.Bongkarkan 2 hari di pejabat setiausaha lepas kalah
sinaraikan rowdy rowdy parlimen.
Kerja mr.clean yang di janji dulu tak selesai. sebelum terlambat sekarang masanya rakyat demand semua rekod-rekod dan mengambil tindakan. sebelum "pemimpin2" kerajaan baru tukar nombor akaun sahaja dan diam.
Umno dan BN perlu kepada perubahan yang drastik dalam melakukan pembaharuan dalaman parti tersebut.
keyakinan rakyat terhadap umno/BN sudah menjunam seperti jatuhnya kapal terbang dari udara.
isu-isu yang tidak membela rakyat dan sememangnya membebankan mereka sepatutnya ditangani dengan lebih bijak dan adil.
rakyat dapat meneliti kewibawaan satu-satu kerajaan itu dari apa yang mereka alami dari semasa ke semasa.
kewujudan pemimpin-pemimpin umno yang hanya bergantung penuh kepada orang-orang disekeliling mereka dan tidak secara menyeluruh telah menjarakkan parti mereka dari umno/bn itu sendiri.
walau pun mengalami kekalahan, namun rakyat masih lagi memberi mandat untuk Bn/umno memerintah negara dan mereka seharusnya belajar dari apa yang telah terjadi semasa pru12.
kekalahan dibeberapa tempat bukan hanya disebabkan oleh faktr pak lah semata-mata, tetapi ia merupakan kesilapan-kesilapan pemimpin-pemimpin umno/bn yang lain dalam memperjelaskan kepada rakyat tentang isu-isu semasa.
mereka ini sudah alpa dan merasa selesa dengan pencapaian yang telah mereka perolehi semasa pru11.
semoga bn/umno dapat menyusun kembali barisannya agar dapat memenangi hati rakyat jelata.
kepada pemimpin-pemimpin Bn/umno, sedarlah rakyat sememangnya menaruh harapan terhadap anda tetapi kekecewaan itu wujud adalah disebabkan oleh anda yang tidak kuat berusaha dalam memberi sokongan terhadap parti BN/UMNO.
Sudah..sudah..dah kalah..kalah laa..Pengundi sudah bijak memilih mana baik & buruk..UMNO Bagai panas mengundang hujan..Angkuh seperti merak..Bukan salah MELAYU..Tetapi salah MELAYU-UMNO..Semua kemungkaran, kezaliman & keburukan yang dilindungi selama ini sudah terbongkar.Kepada pekerja MEDIA-MEDIA YANG BERSUBAHAT, fikir-fikirkanlah sejenak dosa & pahalanya..MELAYU-UMNO, MEDIA-MEDIA ini seperti Burung gagak; jika dimandikan dengan air mawar sekalipun, tidak akan menjadi putih bulunya.
Bawa imej ISLAM-HADHARI, isteri-isteri MENTERI 'terbuka' sana sini.Ia seperti MENGHINA ISLAM itu sendiri.Manalah orang tak lari.Rakyat ditipu sana-sini.Minyak & barang naik lagi.Yang untung hanya KRONI-KRONI.
Aku PENGUNDI BIJAK..mana yang baik akan ku pilih..Mana yang BONGKAK, KORUP & ANGKUH akan ku TEPIS.
Aku perjuangkan UMNO..Tapi bukan MELAYU-UMNO...Tiba masa beralih arah...TAKBIR!!!..MRI
orang monk, sorang tua dan sorang muda ingin melaui satu anak sungai di masa hujan lebat. Monk tua mengangkat seorang perempuan muda yang basah kuyup untuk menyemberangi anak sungai itu. Sesampai di sebelah sana, monk muda bertanya "Kenapa orang suci seperti anda mengangkat perempuan seksi yang basah kuyup". Jawabnya "saya telah letakkan perempuan itu, Kenapa anda masih mendokongnya?"
Kesimpulannya election dah over - semua parti kerjalah untuk kebaikan negara. Selesaikan isu MB di Perak, Terengganu dan Perlis. Kerja dan harapkan pengundi bersetuju dengan apa yang anda lakukan. TUnggu hari election 2012 nanti!!!
Akuilah wahai pengampu2 UMNO! memang org tak undi BN sebab Pak Lah & Khairy. MCA dalam diam salahkan PAKLAH & UMNO. Tetapi memang betul.Cina tak yakin dgn paklah. Ingat tahun 1999? Dr.Mahathir & BN pun kalah teruk, tapi masih 2/3. kerana apa? sebab masa tu pengundi cina menyokong BN. yakin dgn pimpinan dr.mahathir. Jadi, tolonglah hormati Dr.Mahathir. Paklah dan pengampu2 UMNO, jgn nampak durhaka pada org yg telah berjasa pada negara, mungkin anda pengampu2 semua tak tau yg rakyat nampak jelik dan pelik bila MT UMNO tidak menghormati langsung Dr.Mahathir. Budaya apa ni tak mengenang jasa.? Paklah is not a leader, he is a good worker to the government. If MT UMNO a.k.a pengampu2 semua nak hidup lagi atau nak jaga periuk nasi korang, suruh paklah resign, ambil org yg layak memimpin UMNO dan negara, pasti next election boleh tawan. If not dgn pengampu2 semua pasti jatuh pada Next election.
KAMI SAYANG UMNO,KAMI UNDI BA BUKAN SEBAB YAKIN, TAPI NAK BG KORANG TAU,JGN SYOK SENDIRI, REFORM UMNO.RAKYAT TAK BOLEH BLAH DGN PAKLAH, KAMI TAK YAKIN, TAK SECURE. TOLONGLAH PENGAMPU2 SEMUA, UBAH LAH. PLZZZ... F**K PENGAMPU..SEBAB ANDA DAP, CINA BERKUASA...SEMUA SALAH UMNO KAKI PENGAMPU PEMIMPIN YG BODOH.
kalau susah sgt pengampu2 semua nak suruh paklah blah...sila baca di bawah..demi org melayu...mesti rasional..sekurang2nya ini jalan terakhir..ini satu2nya negara kita..kita mana ada INDIA atau CHINA..mana nak lari???
Warkah untuk Pak Lah dan Hadi Awang
IZINKAN saya menyampaikan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia tempoh hari. Walaupun mungkin menerima sedikit ‘isyarat awal’ pengundi, wajah Datuk Seri masih lagi menampilkan rasa keyakinan bahawa amanah ini akan dipikul dengan bertanggungjawab dan adil.
Sebagai anak muda Malaysia berbangsa Melayu, izinkan juga saya mengucapkan tahniah juga di atas kejayaan parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendapat kepercayaan rakyat di Kelantan, Kedah dan beberapa negeri di mana Pas telah pun mendapat kepercayaan oleh rakyat berbilang kaum.
Apa yang berlaku semalam membuatkan saya menitiskan air mata. Menangis kerana buat pertama kalinya dalam sejarah 32 tahun hidup saya – saya dapat menyaksikan bagaimana ‘rupa bentuk’ sebuah kerajaan milik orang lain. Apa yang menjadi asas kepada pembangunan negara bertuah ini buat sekian lama; mudah benar ingin ditolak apabila kuasa tidak lagi berada di tangan ‘kita’.
Memang benar, ini pernah berlaku dahulu, namun pada tahun 1969 saya masih lagi belum lahir ke dunia yang fana ini. Terus terang, saya merasakan cukup hiba bila bangsa kita diletakkan dalam keadaan yang sedemikian lemah dan tidak mampu bersuara.
Pagi semalam, akhbar menyatakan bagaimana ‘titah sultan’ untuk memperkenan pelantikan Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin juga ditolak bulat-bulat oleh DAP. Oleh kerana punya jumlah kerusi yang banyak – DAP mula mempersoalkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri yang mahukan seorang ‘Melayu-Islam’ dilantik sebagai Menteri Besar. Hati saya cukup luka. Jiwa saya terhiris dengan sikap chauvistic parti seperti DAP.
Apakah benar PRU 12 memberikan isyarat kepada sebuah negara Malaysia yang sebenar-benarnya rentas kaum dan berbilang bangsa? Saya tidak punya keyakinan sedemikian. Rasa sedikit amarah rakyat tidak seharusnya dianggap oleh DAP atau mana-mana parti sekalipun sebagai petanda kepada politik ‘rentas kaum’ yang total. Ini hanyalah reaksi biasa kepada ketidakpuasan hati rakyat - yang akhirnya secara kebetulan diangkat menjadi ‘reaksi nasional’.
Pemimpin hebat tidak lahir dalam suasana yang mudah dan tenang. Pemimpin hebat selayaknya diuji dengan pelbagai situasi yang akhirnya menentukan kemampuan sebenar. Inilah ujian kepada Pak Lah. Dalam suasana politik yang masih lagi memerlukan penyesuaian – mungkin ada ruang kerjasama yang tidak pernah kita terfikir, boleh dilaksanakan – demi kepentingan orang Melayu secara keseluruhannya.
Kalaupun mampu dengan segala limitasi – untuk mengenali karakter dan cita diri Pak Lah; saya menjangkakan Pak Lah adalah seorang yang tidak gemarkan suasana konfrontasi yang akhirnya merugikan rakyat secara keseluruhannya. Namun, sebagai pemimpin, Pak Lah boleh membuka ‘jalan kerjasama’ yang selama ini menjadi cukup sukar dan menyesakkan. Ketenangan Pak Lah saat diasak kiri dan kanan – memberikan bayangan bahawa keputusan terbaik untuk orang Melayu/Islam boleh dicapai dengan meninggalkan sedikit ‘ego kepartian’ dan membuka ruang kerjasama ‘Melayu/Islam’.
Oleh yang demikian, dengan rasa rendah diri dan penuh takzim, ingin saya mengusulkan kepada Datuk Seri Abdullah dan Datuk Seri Hadi – untuk memulakan langkah perbincangan dan gerak kerjasama antara parti ‘Melayu’ terbesar di negara bertuah ini.
Keputusan kerjasama ini mestilah bermula dari pucuk pimpinan. Ya, kita boleh menerima hakikat jika kerjasama ini tidak berkekalan dan berpanjangan. Namun, orang Melayu mesti diberikan rasa keyakinan bahawa mereka masih punya tempat untuk menaruh harapan – dalam maruah kita dihenyak secara perlahan-lahan.
Sebagai permulaan kerjasama UMNO-Pas ini, fokus mesti kita berikan kepada usaha menentukan Menteri Besar Perak, diberikan kepada orang Melayu secara tanpa bahas.
Kerjasama UMNO-Pas peringkat negeri Perak akan membuka jalan kemungkinan agar Ir. Nizar terus ditabalkan sebagai Menteri Besar yang baru. Ini sebagai menghormati keputusan rakyat yang menginginkan perubahan kepada kaedah dan cara kita memimpin negeri. Sebarang polisi dan dasar negeri Perak boleh ditadbir urus dengan terbuka dan telus – dengan seorang wakil BN bertindak sebagai Timbalan Menteri Besar.
Tidak ada salah dan cacat celanya untuk kita mencuba kaedah mentadbir kerajaan secara ‘rapatkan saf’ ini. Inilah permulaan kepada budaya politik Melayu yang mampu mendapatkan sedikit hormat daripada rakyat. Atau kita terus terhimpit dengan politik ‘jerit pekik’ di dalam Dewan Undangan Negeri yang akhirnya merugikan kepentingan masyarakat Melayu secara umumnya.
Melayu yang hebat dan punya pendirian mesti dihormati. Demikian juga, kita tidak seharusnya memupuk rasa benci kepada pimpinan Melayu dari parti yang lain. Ideologi kita mungkin berbeza, namun dalam perkara-perkara yang menyentuh perpaduan Melayu dan maruah institusi raja – kita tidak boleh menerima penghinaan sedemikian rupa.
Kita tidak mampu lagi mempersoalkan ‘semangat Melayu’ mereka yang telah bersekongkol dengan DAP dan sebagainya. Dalam suasana ketidaktentuan kepimpinan di Negeri Perak Darul Ridzuan – ia memerlukan tindakan yang radikal dan luar jangka.
Bertemulah atas niat untuk memartabatkan Islam dan memperkasa Melayu.
– KHAIRUDDIN MOHD. ZAIN
Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Pada pendapat saya yang memulakan kempen perkauman ini ialah UMNO. Saya merasa pelik dengan sikap pemimpin2 UMNO yang menghentam secara terang-terangan melalui media cetak dan elektronik mengenai kepimpinan Melayu-PAS Kelantan. Akhirnya Pulau Pinang yang jatuh ke tangan DAP. Sebenarnya yang merosakkan orang Melayu ialah UMNO itu sendiri. Tahun ini memang saya undi DAP sebab kalau saya undi UMNO pun sama juga kaedahnya. Konsep orang Cina kalau kau rajin kau berjaya tapi kalau kau malas kau tinggallah. Jadi inilah masanya untuk orang melayu tingkatkan ilmu di dada untuk bersaing dgn kaum2 lain di Malaysia. Kepada Pak Lah dan Khairy anda berdua perlu bertanggungjawab terhadap masalah ini. Saya cabar Pak Lah agar tidak melakukan persempadanan semula pengundi-pengundi dan gunaka semuala senarai pengundi PRU 12 untuk PRU 13.
Sudah la umno. Dulu saya ahli umno. Sokong secara buta kayu. Wahai ahli2 umno, umno dah tak releven. Ayuh mari masuk pas atau pkr. eloknya umno tutup kedai lah. orang dah tak sudi. majoriti melayu dah tolak umno. umno tak releven
Aku bekas ahli umno. La ni cukup menyampah tengok pemimpin2 umno yang cukup angkuh sebelum pru12. Dulu benci kat mahathir tapi la ni lagi meluat tengok pak lah and the geng. Moga Allah buka hati mereka untuk bertaubat. Kalau tidak, minta Alah hapuskan saja mereka di muka bumi ini.
Saudara Pengarang,
Di sini saya ingin mencadangkan supaya saudara menyenaraikan satu persatu apa yang telah dilakukan oleh UMNO-BN untuk kepentingan bangsa Melayu dan apa yang telah dilakukan oleh mereka sehingga menyebabkan banyak keistimewaan melayu itu sendiri telah hilang, sejak kepimpinan PM-1 hinggalah sekarang (PM-5). Ini supaya rakyat Malaysia, terutamanya Melayu dan lebih2 lagi, penyokong UMNO untuk sedar bahawa, UMNO lah penyebab bangsa Melayu akan pupus.
Apa yang saya ingat, hak keistimewaan Sultan dan Raja telah dihapuskan semasa pemerintahan PM-4. Biasiswa anak Melayu sudah kurang (kenapa? lihatlah sendiri kempen MCA). Bahasa Melayu sendiri dianaktirikan dan kadangkala dianggap tidak relevan oleh kebanyakan pemimpin BN. Kes Melayu Murtad yg semakin menjadi-jadi.
Banyak lagi sebenarnya jadi saya mengharapkan saudara atau sesiapa sahaja boleh letakkan di blog ini atau mana-mana blog supaya rakyat Malaysia, terutamanya Melayu itu sendiri, tahu dan sedar bahawa, disebabkan kealpaan kita membiarkan UMNO berleluasa selama 50 tahun yang akhirnya mengakibatkan kita semua menanggung akibatnya.
Akhir sekali, gabungan PAS, DAP, dan keADILan masih baru dan berilah mereka masa untuk menyesuaikan diri. Ingatlah, bukan Melayu yang inginkan perubahan sahaja yang mengundi DAP pada PRU12, tetapi masyarakat Cina, India dan bangsa-bangsa lain juga mengundi PAS untuk mengharapkan perubahan yang akan dibawa nanti. Sama-sama lah kita berganding bahu untuk memberikan semangat baru dalam dunia politik negara kita. Berilah kritikan yang membina jika Barisan Rakyat membuat kesilapan dan janganlah lupa untuk memberi kredit kepada LKS kerana sanggup meminta maaf atas keterlanjuran katanya.
Ini hanyalah pendapat 2 sen saya, maafkan jika ada yang menyinggung mana-mana pihak.
Takbir!
berapa hari lalu saya ingat lim kit siang menghina sultan. tatapi hari ini umno lagi terok, shahidan BIADAP terhadap raja perlis. tiada kata kata minta maaf pun, sekurang kurangnya si lim tu minta maaf.
March 14, 2008
YAB Sdra Lim Guan Eng
Chief Minister of Penang
28th Fl, Komtar
10502 Penang
Dear YAB,
On behalf of my colleagues in BERNAMA, I would like to congratulate your team and you for the recent victory in Penang.
I would also like to take this opportunity to apologise for the sloppy editing in the news story of March 12, 2008, which we mistakenly quoted you as commenting on the May 13 incident as well. The inclusion of the fact was intended to give background on the establishment of the NEP in 1971. Nevertheless, upon a thorough review, the inclusion of that fact along with your quote may have been inappropriate.
As we move forward, I would like to ensure you of BERNAMA's co-operation for your newly-formed government and shall always endeavour to help you promote the well-being of Penang and its people.
Yours sincerely,
YONG SOO HEONG
Editor-in-Chief
Apa yang nak di bangga kan oleh orang Melayu pada dasr DEB.Hanya Umno sahaja yang pertahan kan lebih drp Al Quran .Kan pernah ada Pemimpin Umno Terdalu syorkan di kaji semula tafsiran Quran, Jadi Adakah DEB ni lebih tinggi martabat dari AlQuran ker? Tak boleh di kaji ker? Kenapa org org umno tak buat demontrasi ketika Pemimpin mereka dahulu kata Al Quran Perlu di kaji balik Tafsirannya.Tapi kenapa parti Barisan Rakyat nak kaji dasar DEB, org umno nak buat kecoh..Hai org Melayu Umno sedarkah DEB bukan kitab dari Allh..ia boleh di ubah dan di kaji sebabnya ianya melahirkan ketikadilan kepada rakyat.Siapa yang menikmati DEB wahai penyokong bawahan UMNO...sedarlah
Ok le ..mengkaji AlQuran, ko ingat DAP dan PKR mampu ke mengkaji Al Quran. Ini ko compare Barisan Rakyat dengan UMNO dan ko cite pasal Al Quran. Compare apple to an apple la
Pesanan Khas untuk Orang Melayu di Pulau Pinang
Pada kebiasaanya apabila saya menulis tentang situasi semasa saya menulis didalam Baahasa Inggeris tetapi akibat dari beberapa situasi semasa di PP baru baru ini, saya merasakan adalah perlu bagi saya menulis di dalam Bahasa Melayu bagi memastikan penulisan saya ini dapat di baca oleh semua peringkat rakyat di seluruh Negara terutama di PP.
Kejatuhan kerajaan BN di PP pada PRU ke12 baru baru ini terjadi akibat kegagalan kerajaan BN menangani masalah rakyat secara umumnya. Jika rakyat bahagia di bawah kepimpinan BN, sudah tentu ianya tidak akan di gulingkan di 5 negeri dan nyaris nyaris kalah di seluruh semenanjung.
Sebagai rakyat, kita sepatutnya berfikiran lebih matang dan tidak mengikut rentak permainan politik puak puak tertentu. Kerajaan baru ini dilantik oleh rakyat ini bukanlah untuk selama lamanya tetapi hanya untuk tempoh 5 tahun. Kalau kerajaan pusat berhajat membuat pilihanraya lebih awal, rakyat mungkin memilih selepas 3 tahun.
Kuasa di tangan rakyat. Kita perlu memilih pemimpin yang baik dan berwawasan. Tidak guna kita pilih orang orang tertentu kerana semata mata dia orang melayu atau Islam tetapi melayu itu pada warna kulitnya dan islam itu hanyalah sekadar pada songkoknya sahaja dan perangai macam syaitan atau mencuri duit rakyat secara terang terangan.
Saya ingin menarik perhatian pembaca semua kepada beberapa peristiwa yang berlaku selepas ke kalahan BN. Dato Dr Koh Tsu Koon telah menunjukkan watak yang amat matang dan terpuji apabila beliau menerima kekalahan BN di PP dan memberi jaminan bahawa akan memastikan peralihan kuasa kerajaan negeri akan di lakukan dengan aman. Kita lihat kerajaan PP paling mula mula di bentuk di semenanjung selepas PRU 12. Sikap seperti ini harus kita tauladani. Ianya mengambarkan kematangan berpolitik di pihak Dato KSK.
Saya amat terkilan apabila melihat berita TV3 pada 13/3/08 dan surat khabar pagi ini dimana UMNO Pulau Pinang meminta kerajaan pusat menarik balik semua projek mega di PP kerana rakyat sudah menolak BN dan UMNO di PP. Adakah masuk di akal apabila, UMNO PP meminta supaya perkhidmatan bas Syarikat RapidKL di PP di hentikan dan biarkan kerajaan baru PP mencari penyelesaiannya. Hari ini saya amat terkejut apabila membaca artikel di dalam Malaysiakini dimana IGP mengarahkan supaya orang ramai tidak berhimpun di Komtar dan pada sebelah petangnya tersebar berita mengatakan yang perhimpunan yang telah melibatkan hampir 2000 orang di lakukan oleh UMNO.
Orang UMNO selama hari ini kononnya berdisiplin dan senatiasa meminta permit polis apabila mengadakan sesuatu perhimpunan kini telah menunjukkan belang mereka. Tanpa kebenaran polis dan tidak mengindahkan arahan IGP, mereka berarak di PP. UMNO PP telah melakukan PERHIMPUNAN HARAM. Pada penilitian saya, mujurlah pihak polis di Malaysia ini sangat professional dimana mereka telah bersikap neutral dan mengambil langkah langkah mengawal keadaan. Sebaik baiknya pihak polis mengambil tindakan keatas pemimpin UMNO ini yang dengan terang terangan melanggar undang undang negara. Undang undang tidak membezakan pesalah diri segi warna kulit atau parti politiknya.
Apakah tujuan sebenar UMNO di Pulau Pinang?Siapakah pencetus isu perkauman di PP secara khususnya. Adakah ianya di lakukan bagi menimbulkan insiden insiden di mana membolehkan perintah darurat dapat di laksanakan di PP? Jika tuan tuan menonoton TV, tuan tuan dapat melihat sendiri bagaimana Pak Lah memberi amaran terbuka kepada Lim Guan Eng supaya janagn bermain dengan isu perkauman dan hak hak orang melayu diPP. Apa yang di cakap oleh Pak Lah ini masuk di akal atau tidak? Guan Eng cuma menjelaskan bahawa selepas ini kerajaan PP akan melaksanakan tender terbuka dan tidak lagi melakukan “direct nego” sepertimana yang di amalkan oleh kerajaan BN sebelum ini. Mengapa Pak Lah mengaitkan kenyataan ini dengan hak hak orang melayu? Dari pengamatan saya, Pak Lah telah menimbulkan isu perkauman dan bukan Lim Guan Eng. Kenyataan Pak Lah di sambut oleh UMNO PP. Kalau perkhidmatan bas dihentikan, tentunya rakyat akan sengsara dan memberontak. Inikah niat UMNO PP atau Pak Lah sendiri. Jika ada pemberontakan, keseluruhan Negara akan terjejas dan bukan sahaja di PP. Apakah yang ada dalam kepala otak pemimpin UMNO PP ini? Adakah Pak lah dan UMNO PP mahu menimbulkan keadaan dimana kerajaan pusat boleh mengumumkan “perintah darurat” di PP dan lepas itu kerajaan akan di ambil oleh kerajaan sementara. Saya juga terkejut apabila mendapati Orang Melayu juga membuat perarakan yang sama di Selangor. Ini memberi gambaran bahawa perkara ini di lakukan dengan perancangan rapi dari pihak atasan.
Wahai bangsa ku di Pulau Pinang, saya pinta: Gunakanlah kekuatan akal fikiran kita sebelum membuat sesuatu tindakan. Janganlah cepat melatah. “Pikiak jauh sikit”. Jangan bagi malu bangsa kita ini. Kita kena tunjuk yang kita ini mempunyai IQ dan EQ yang tinggi dan setanding dengan masyarakat maju di dunia ini. Rakyat PP ini tak sama dengan rakyat di negeri lain. Di dalam darah kita ada darah pelbagai keturunan Arab, Turki, India,hindustani, eropah dll. Kita sepatutnya lebih celik dan lebih intelek lagi. Saya pinta semua rakyat merenung sejenak dan memikir sejauh mana BN telah menolong rakyat. Memang menjadi tanggungjawab mana mana kerajaan membina hospital, sekolah, longkang, jalan dan sebagainya. Itu fakta yang kina kena faham. Kalau kerajaan BN tak bina semua ini, sudah tentu rakyat dah lama buang depa. Selama ini rakyat menerima depa kerana pada fikiran rakyat politik perkauman itu penting bagi memastikan orang melayu tidak di pinggirkan. Realitinya, politik perkauman merugikan negara dan banyak pihak dan hanya menguntungkan sebilangan kecial orang orang UMNO yang mempunyai kuasa dan kedudukan .Kalau BN benar benar bagus, mengapa rakyat menolak BN di PRU ke 12.
Saya ingin bertanya kepada rakyat PP yang telah mengambil bahagian di demonstrasi haram di Komtar pada hari ini . Kerajaan yang di bentuk ini baru berumur 1 minggu. Sudahkah rakyat di tindas? Adakah hak hak orang orang kita telah di nafikan? Belum apa apa lagi kita dah melatah. Sebenarnya siapa yang melatah dan tak senang duduk sehingga menggerakkan rakyat yang tak tau hujung pangkal dengan mengadakan perhimpunan haram di PP?
Ini adalah orang orang yang menjadi kaya raya dengan duit rakyat di PP selama ini. Dengan UMNO mereka mendapat projek merata rata. Mereka mendapat projek bukan diatas kekuatan teknikal atau mental. Projek projek mereka semuanya ada kaitan dengan politik UMNO - “aku bagi hang projek, hang jangan lupa aku”. Projek ini memperkayakan orang orang tertentu dan bukan semua orang melayu.
Saya ambil contoh Dato Amin Shah yang kini telah muflis. Orang yang tidak ada pengalaman di dalam pembinaan perkapalan telah di beri kontrak hampir 5 billion ringgit untuk membina 6 buah kapal perang secara rundingan terus. Tidak perlu ada tender. Dimana kapal kapal ini hari ini? Setelah lewat lebih dari 8 tahun, apa yang sudah jadi dengan kapal kapal ini. Sedarkah tuan tuan hari ini sebuah berada di tengah laut, satu masih lagi tidak di terima oleh pihak TLDM (tapi di paksa terima) dan kini berada di limbungan lumut kerana gagal mengikuti spesikasi. Yang 4 lagi kat mana? Bayang pun tak dak? Habuk besi pun tak dak? Tahukah tuan tuan bahawasanya semua duit berkaitan projek ini dah habis di bayar. Mana pi duit ini semua? Mana kapai?
Sebenarnya kalau kita tempah kapal ini di luar negara secara terus, harganya di 1/3 dari harga 5 billion dan ianya dah lama siap dah. TLDM hari ini dapat memantau laut PP dengan lebih selamat. Mana perginya duit duit ini? Saya minta tuan tuan fikirkan sendiri. Tahukah tuan tuan dengan 5 billion berapa banyak rumah dapat di sediakan untuk rakyat, berapa banyak monorel dapat di buat di PP – rakyat tak payah sangkut di dalam kesesakan lalu lintas. Duit ini duit siapa – duit rakyat dimana duit ini digunakan untuk memperkayakan orang orang tertentu. Begitu juga dengan projek PORR dan projek jambatan Pulau Pinang yang kedua. Ke semua ini tiada tender. Kalau di buat tender harganya jauh lebih murah. Duit selebihnya boleh digunakan untuk rakyat. Mengapa duit rakyat hendak di gunakan untuk memperkayakan orang tertentu.
Saya minta tuan tuan berfikir sejenak dari segi sejarah. Sejak 1800, PP and Singapura di jajah oleh British. Dua duanya pulau. Kedua dua pulau ini di gunakan bagi tujuan yang sama iaitu untuk perdagangan bebas dan mengekspot hasil bumi dari Semenanjung. Rakyat pun sama. Kebanyakannya pedagang dari seluruh pelusuk dunia. Waktu Merdeka, PP dan Singapura sama tarafnya. Hari ini dimana Singapura dan di mana Pulau Pinang? Bagi rakyat PP yang tidak pernah sampai ke Singapura, cuba pergi tengok rumah mereka, pangsapuri mereka, jalanraya mereka, taraf ekonomi mereka. Baru baru ini saya menaiki MRT dari Orchard Road sampai ke Changi…jauh tu bang oi.. bayar S$0.70 cent.
Pergi tengok berapa bersih dan luasnya flat mereka. Hidu sendiri udara mereka dan nikmati kebersihannya. Pokok menghijau di merata rata dan Kerajaan Singapura hari ini ingin menjadikan Pulau Singapura sebagai sebuah Pulau yang berkonsepkan terusan air di merata rata. Mengapa Singapura boleh melonjak jauh kedepan walaupun minyak tak ada, air pun tak ada, hasil bumi pun tak ada. Asasnya mereka tahu mencari dan menguruskan wang dengan telus. Pergi tengok Sungai Singapura dan bandingkan dengan Sungai Pinang. Hari ini, orang Singapura boleh terjun dan mandi dalam Sungai Singapura. Di Pulau Pinang, hampir semua sungai dah di jadikan longkang. Sungai pun dah nak pupus dan di gantikan dengan longkangs. Pergi tanya rakyat Singapura adakah mereka menganggap kerajaan mereka itu kuat makan rasuah. Jawapannya tidak.
Pemimpin UMNO Pulau Pinang hari ini bukanya fikirkan hal dan kepentingan rakyat. Mereka pentingkan hak peribadi mereka. Mereka takut rahsia rahsia mereka terbongkar. Mereka takut kekayaan mereka di siasat. Dari 1000 orang Melayu di PP yang kaya berapa kerat ja yang betul betul kaya? Yang kaya kepala kepala UMNO yang duduk diatas . Kerana takut mereka melaga laga kan rakyat? Kalau benar DEB itu berjaya habis kenapa sampai la ni pun tak selesai selesai! Patut dah habis pada tahun 1991. Kalau BN tu bagus sangat, kenapa DEB tak selesai sampai hari ini. Adakah inaya tidak dapat diselesaikan atau sengaja tak nak di selesaikan? Jadi rakyat , saya pinta janganlah cepat melatah.
Orang Melayu kena fikir secara rasional. Mungkin kerajaan baru ini mempunyai kaedah kaedah yang lebih baik dari DEB. Bagi lah depa peluang untuk buka langkah. Ini belum apa apa lagi dah buat demonstrasi haram di jalanan. Kita tengok. Kalau depa tak boleh buat untuk kita macam depa dok janjikan kita buang mereka 5 tahun lagi. Apa kita nak takut. Biar kita tengok sejauh mana kebolehan mereka. Biar kita tengok dulu apa yang mereka janji tu mereka boleh buat tak. Jangan melatah.Tak rugi mana pun.. tak lama mana pun.. itulah kuasa rakyat.. rakyat boleh mengakkan kerajaan dan rakyat juga boleh menjatuhkan kerajaan.
Akhir kata, saya pinta Rakyat semua di seluruh negara terutama orang melayu di PP tanpa mengira latar belakang politik kita. Kita harus pentingkan negara dari pentingkan UMNO. Marilah kita bersama sama bekerjasama memastikan kerajaan yang kita lantik ini berjalan lurus dan bersih dan berkhidmat untuk kita. Hari ini ada perimbangan kuasa. Ianya bagus untuk rakyat. Peluang untuk menyalahguna kuasa dan wang kini agak sukar. Jadi duit lebihan ini akan di belanjankan untuk rakyat. Ianya bagus untuk rakyat dan bukan untuk pencuri duit negara. Kalau depa tak buat kerja yang kita harapkan untuk 5 tahun akan datang, kita akan buat pertimbangan semula pada PRU ke 13. Fikirkan apa yang saya kata. Kita orang melayu harus menunjukkan kematangan dari segi IQ dan EQ. Kenalah tunjuk pandai sikit. Jangan cepat melatah.
Dr Mohamed Rafick Khan bin Abdul Rahman
MD MMed (OM) MBA (IT) Dip Ae Med CTM AME (17)
www.rights2write.wordpress.com
Kadang-kadang aku rasa nak gelak dengan perangai org melayu Pulau Pinang. Aku membesar di Pulau Pinang tapi aku rasa peratus org melayu di sana dpt dengan DEB ni. Paling banyak dapat ialah kontraktor melayu, bukan buat kerja tapi sup kerja kepada bangsa lain gak. Ini dikatakan DEB utk orang melayu. Org melayu yang pergi demo depan KONTAR tidak tahu apa-apa tentang DEB tapi mereka pergi sebab dihasut oleh org UMNO yang mengatakan DAP akan menghapuskan hak-hak melayu. Org UMNO tak nak buat demo lak bila GERAKAN suruh UMNO dibubarkan, yela nak suruh BN jadi parti yang tidak ada parti kompenan. BODOH PUNYA ORG UMNO.
Hikayat Pak 'LAH' Pandir moden; Menang sorak kampung tergadai.
Bile kita mengatakan corruption sana sini....mcm main cakap jek cuba kita buktikan corruption tuh secara fact...setakat tengok rumah melaut dengan tengok orang lain senang itu dikatakan corruption tak tau le...yang lebih menarik disini ialah DAP kalau dia ikhlas nak parti berbilang kaum kenapa nak exco kerajaan Perak sampai 8 dengan Selangor sampai 6 exco apa motif sebenarnya nie
THE ART OF WAR - PART 1
(know your enemy; keep in formation)
Buat masa ini, Abdullah Ahmad Badawi sudah merasa cukup tertekan untuk meletakkan jawatan. Memang itulah yang seharusnya beliau rasakan. Jika beliau seorang yang mempunyai maruah dan harga diri, beliau perlu berundur dengan sopan.
Ini akan beliau lakukan - tetapi bukan dalam masa UMNO sedang dilanda ombak, yang boleh menyebabkan kapal terbalik dan karam.
Memandangkan beliaulah yang telah dilantik untuk memandu kapal UMNO, maka saat dilambung ombak besar ini, tangannya perlu terus memegang kemudi.
Dan anak-anak kapal lain juga perlu terus berkayuh.
Sebab itulah Najib, Hishamuddin dan yang lain-lain ketika di atas puncak gelombang ini masih lagi menunjukkan kesetiaan mereka.. kerana ketika ini mereka sedang bermati-matian berusaha menstabilkan kapal yang hampir terbalik.
Mereka bukannya pengampu.
Saya pasti mereka juga rasa Kapitan kapal mereka perlu menyerahkan kemudi kepada tangan Kapitan yang lebih berwibawa dan tahu arah tujuan.
Cuma bukan sekarang.
Jika kemudi dilepaskan, maka berpusing-pusinglah ia. Cuba fikir dan bayangkan anda sedang berada di atas kapal dalam filem The Perfect Storm. Itu cerita benar. Kapal UMNO juga cerita benar, cuma sekelilingnya sahaja yang berbeza.
Juga cuba letakkan senario ini dalam satu medan pertempuran atau papan catur. (Barangkali anda mungkin tidak mengambil serius jika di papan catur kerana ia hanya satu permainan.) Jadi, kita anggaplah ini satu pertempuran di medan perang.
Pernahkan anda menganalisa sejarah-sejarah Peperangan Uhud, Khandak dan Badar di zaman Rasullullah S.A.W. Ingatkah pesan baginda akan jangan lari dari perang?
Ambil iktibar.
Saya pasti anda pernah menonton filem Gladiator. Lihat bagaimana ‘the gladiators’ kekal dalam formasi semasa di gelanggang.
Ketika dalam peperangan.., ketika saat begitu getir, KETUA harus kekal berada dalam barisan menentang pihak lawan.. biarpun ketika runcing dan on the verge of losing.
Apa fungsi The Queen, Bishops, Knights, Rooks di papan catur?
Askar-askar perlu kekal dalam formation, kerana jika berpecah disaat ini dan KETUAnya lari.. maka terburailah formasi.
Semangat anak-anak buah akan terus pudar melihat KETUA lari dari perang. Mereka akan terus sahaja membuang senjata dan lari bertempiaran. Bayangkan apa yang akan terjadi.
Di situlah pihak lawan akan masuk mengambil kesempatan untuk menghapuskan saki-baki mereka yang berada dalam pasukan. Cari sahaja pemegang-pemegang panji-panji, potong tangan mereka.
Bila bendera tidak dikibarkan lagi, itu sudah kalah namanya.
Jadi kita jangan lari dari perang.
Musuh akan serang hendap. Mungkin juga serang dari belakang.
Ini satu perumpamaan. Tetapi hakikatnya inilah yang sedang berlaku. Cuma pemimpin-pemimpin dan askar-askar, pendekar dan pahlawan ini tidak memegang senjata.
Jangan lupa, dalam formasi ini juga terdapat ramai tali barut.
Memang benar, Badawi perlu berundur. Insyallah, beliau akan berundur jika sayangkan bangsanya dan mahu asas perjuangan diteruskan.
Cuma bukan sekarang tetapi tidak lama lagi.
Dan Khairy... belaiu ini bukan seorang strategist. Strateginya hancur lebur. Selalu salah langkah.
Dan bukan juga seorang General atau Panglima Perang kerana lagaknya yang sungguh angkuh sudah tidak mendapat kesetiaan dari askar-askar yang bertempur.
Jika Badawi degil dalam masa terdekat, atau gila kuasa atau buat-buat pekak, maka akan berpecahlah barisan ini. Hancurlah perjuangan. Dan Melayu akan mengambil masa yang berzaman-zaman untuk mengembalikan zaman kegemilangan (sedang kita juga masih belum gemilang). Itupun, jika masih ada yang belum putus asa.
Daripada,
Sun Tze - ‘The Art Of War”
Democratic Action Party. DAP was founded in 1966 as an offshoot of Singapore's ruling People's Action Party (PAP). A predominantly Chinese party with a socialist orientation, DAP functioned in opposition to the Alliance/National Front
dari sini kita leh nampak DAP adalah branch PAP di Malaysia...PAP adalah parti sosialis cina yang memerintah Singapura dari dulu sampai sekarang jadi yang lain tuh pikir sendiri lah kan Malaysia akan jadi 2nd Singapore kalau tak jaga betul
Untuk Bangsa Ku...
Anak Kecil Main Api
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Airmata Darah Bercampur Keringat
Bumi Dipijak Milik Orang
Nenek Moyang Kaya Raya
Tergadai Seluruh Harta Benda
Akibat Sengketa Sesamalah Kita
Cinta Lenyap Di Arus Zaman
Indahnya Bumi Kita Ini
Warisan Berkurun Lamanya
Hasil Mengalir Ke Tangan Yang Lain
Pribumi Merintih Sendiri
Masa Depan Sungguh Kelam
Kan Lenyap Peristiwa Semalam
Tertutuplah Hati Terkunci Mati
Maruah Peribadi Dah Hilang
Kini Kita Cuma Tinggal Kuasa
Yang Akan Menentukan Bangsa
Bersatulah Hati Bersama Berbakti
Pulih Kembali Harga Diri
Kita Sudah Tiada Masa
Majulah Dengan Gagah Perkasa
Jangan Lalai Teruskan Usaha
Melayu Kan Gagah Di Nusantara
Semoga kita berfikir yang terbaik untuk Agama, Bangsa dan Negara...InsyAllah..
Apabila kita jadi pemimpin kita perlu ikhlas. Kita tidak perlu nak sorok kerana satu hari nanti rakyat akan tahu. Jika rakyat tahu inilah padahnya.
Tentang siapa menang tidak jadi hal. Yang penting mereka yang dipilih bekerja untuk rakyat bukan untuk diri sendiri.
Ini bukan tahun tujuh puluhan dimana rakyat boleh digula-gulakan. Ini akhir zaman, zaman di mana yang benar akan mengalahkan yang batil. Zaman internet, zaman ilmu. Semua ilmu boleh dicapai oleh rakyat jelata.
Media tidak lagi boleh menipu rakyat. Rakyat yang menentukan siapa yang akan menjadi wakil mereka. Parti hanya saluran untuk menjadi wakil rakyat bukan untuk menjadi kaya raya seperti yang amalkan oleh UMNO sekarang.
aku org kedah,
pada aku kalahnye di kedah sebab tak puas hati
kronisme menjadi2
projek kerajaan walaupun open tender tp dah der name org
semua tu wayang,
yang susah makin susah
yang kaya makin kaya
selain itu,
sikap biadap poklah pada tun mahathir adalah penyebabnye
di kawasan mukhriz
penduduk kg sepakat bg parlimen pada mukhriz
tp dun bg pada pas
sikap perlekehkan n bongkak pada tun mahathir menjadi punca
aku sayangkan umno
pejuang bangsa
pejuang kedulatan negara n raja
tapi poklah boleh biar budak2 die lawan raja
pemimpin yang tak ade arah tuju
yang dah terlalu corrupted
jd keputusan die akan berbelah bagi
kita tak perlukan org mcm ni jd pemimpin melayu
kite mahukan pemimpin yang berpandangan jauh
mempertahankan bangsa dari ape pun
menjaga hak2 melayu
tapi pok lah, dgn selamba jual kedaulatan pada singapore
kalu nilah pemimpin kite,
tak mustahil, melayu terpaksa jadi pelarian di tanah sendiri
n ape jadi pada anak2 kite
kalu wpi siap, tak mustahil kalau
yang duduk kat sana org singapore
rumah yg mahal2 kat sana, org melayu just mampu sewa jer...
n sewa dari org singapore
wpi wilayah ekonomi bebas
tak de kuota tuk org melayu
n tak selari ngan DEB
tapi byk gak org umno yang sokong
kite mesti hentikan semua ni
demi anak2 kite
tak guna byk kemajuan di negara tp akhirnye negara tergadai
tak guna kemewahan tapi kiter tak ader negara
biar suash tapi kiter rakyat berdaulat
berjalan megah di tanah melayu
kerna kite orang melayu yang berdaulat....
Saya setuju dengan comment 'Lupikirlah sendir'. Kapal harus dikemudi dengan betul untuk anak-anak kapal meneruskan hala tuju.
Ini dok terpekik-pekik suruh Pak Lah turun serta-merta padahal foundation UMNO rapuh. Kalau foundation tak teguh, hancurlah semuanya. Yang hancur bangsa kita juga...anak-anak kita esok macam mana? Saya tak hendak generasi masa depan saya mengutuk saya kerana tidak mempertahankan UMNO. Kalau kita sudah maju, bantulah mereka yang masih memerlukan pertolongan,....apa salahnya. Kebajikan juga.
orang UMNO/Bn nie jenis parti perkauman.. selama 50 tahun nielah yang diterapkan dalam pemikiran rakyat bahawa tanpa UMNO Melayu mati..., pergi mampuslah dengan UMNO - parti perosak Melayu, parti penjahanam Melayu... nasib baiklah orang Johor dah mula sedar tak jadi lagi kubu kebal UMNO..at least dah ada pembangkang kalau tak..., kucing atau anjing yang jadi calon UMNO pun akan tetap diundi....
semoga umno akan terus jahanam..hehehe
Kerana Babi Melayu hilang Pedoman..?
Demi Keamanan, Kebersihan, Ketenteraman dan Kesejahteraan Malaysia, saya cadangkan pindahkan saja perusahaan ternak babi ke negara lain saperti Vietnam, Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand (Utara & Timur), Timur Timor, Filipina atau pun. Sri Lanka.
Untuk itu kerajaan BN & Pakatan Alternative bolehlah beri pinjaman tanpa faedah kepada pengusaha ternakan babi untuk penempatan semula kenegara berkenaan. Dan kerajaan bolehlah mengecualikan cukai impot untuk daging babi bagi memenuhi keperluan orang2 Cina dan dll yang makan babi.
Disamping itu BN & Alternative boleh dapat "Credit"dengan mengalakan pelaburan ke negara berkenaaan sebagai sebahagian dari rancangan mengayakan jiran jiran kita.
Dengan cadangan saya ini jika dilaksanakan negara kita tambah satu markah untuk lebih harmoni dalam hubungan kaum dan maruah Islam dan orang Melayu tidak tercabar dan terhakis.
Hubungan dengan negara jiran juga ada markah tambah sebab pelaburan yang bakal dicurahkan kesana.
Bayangankan kalau RM 50juta untuk Kemboja, RM 50 juta untk Laos, RM 50 untuk Timur Timor dan seterusnya. Tentu pemimpin mereka senyum dan rakyat mereka dapat pekerjaan dan kesejahteraan.
Yang sudah silap tu kerajaan perlu berani ubah dan rombak demi keamanan dan kesejahteraan jangka panjang.
Fikir fikirkan lah sebar sebarkan lah
dan bertindaklah selagi ada masa
Hooiduit
Rakan-rakan yang memberi komen, saya bukan Melayu, tapi rakyat Malaysia. Saya tak boleh tukar bangsa saya daripada apa yang telah tuhan takdirkan.
Kerajaan Malaysia dahulu telah memberi peluang saya melanjutkan pelajaran, saya amat berterima kasih...walaupun itu pinjaman, dan kaedah mendapatkannya...agak susah.
Tapi bila di luar negara saya terkejut, ramai rakan senegara yang datang fully funded scholarship. Tahun akhir gagal dalam exam, nak ulang pun mereka tak nak, kata mereka tak de duit!!. Tapi masa ada duit, boros tak tentu pasal...mana saya rasa ada yang tak patut.
Saya tak larang adanya ketuanan Melayu. Masyarakat yang saya angap unik, berbudi dan amat penyayang...kalau saya bandingkan dengan orang yang jumpa kat luar negara, orang Melayu adalah kawan yang sungguh bagus.
Cuma ada beberapa ala tuju, kaedah pembahagian atau agihan kemewahan negara telah disalah gunakan...siapa dan untuk apa anda lebih tahu. Adakah diatara mana-mana orang Melayu, Cina, India dan lain-lain wargenegara Malaysia inginkan duit kita ntah apa-apa jadinya.
Pertama kali peluang diberi kepada pembangkang oleh rakyat untuk membolehkan revolusi politik bukan reformasi, dan ianya untuk raja, negara dan rakyat Malaysia.
Maaf sekiranya menyinggung sesiapa.
Apa nak jadi ngan DS AAB ni?
Dah le melayu menangis lepas PRU12 yg lalu, kini melayu meraung pula sebab kenaikan Petrol.
Lepas tu tunggu pula SEMUA HARGA BARANG KEPERLUAN HARIAN, SERVICE DAN TAMBANG pula naik melambung.
Pada segala 'sang buaya dlm UMNO, mereka meraikan kenaikan petrol ini dengan gembira serta memuji muji kerajaan DS AAB & Co sangat adil dan bertimbang rasa.
Semua 'sang buaya dlm UMNO ini telah kenyang dan gemuk2 belaka.
Apa mereka nak rasa susah? Banyak bangkai2 ditaburkan oleh gembala nya.
Rakyat yg berpendapatan rendah dan sederhana akan terus tertekan.
Kenapa kita BODOH SANGAT sanggup berlapar kerana buaya2 UMNO itu?
Mesti kah kita tunggu pada PRU 13 nanti untuk menghapuskan buaya2 ini?
Sebab tu aku suruh ko belajar tentang sirah Rasulullah...
belajar tentang sirah para sahabat dan para khalifah islam..
Berbanyak2lah belajar tentang sejarah islam serta para tabiin dan para pejuang agama..
Bukannya rugi apa2 pun..
Ko tahu tak semasa awal penubuhan kerajaan islam madinah..
semasa itu bukan islam adalah majoriti.. umat islam yang berhijrah dari mekah dan penduduk madinah yg islam hanya sekitar 30%.. dari jumlah keseluruhan penduduk madinah ketika itu.
Tatapi Rasulullah berjaya menyatukan mereka semua dibawah naungan Al-Quran.. tak de masalah pun..
So tak de alasan yang mengatakan bahawa negara islam tidak boleh ditubuhkan kerana kita masyarakat majmuk..
Yahudi yg mempunyai majoriti lebih dari masyarakat islam pada ketika itu pun tunduk dgn islam..
tapi kat malaysia ni org islam sendiri tak mahu tunduk dgn islam..
Ketika Rasulullah memerintah madinah dulu ada ke Rasulullah meminggirkan masyarakat bukan islam terutama sekali kaum yahudi..?? sedangkan majoriti masyarakat madinah adalah bukan islam..
Rasulullah sendiri tidak pernah membenci bukan islam walaupun ianya kaum yahudi sendiri..
ko rasa ko lebih hebat dari Rasulullah sehingga ko diberikan Allah hak untuk membenci bukan islam..??
Ko tolak ke hadith Rasulullah yang menglaknat sesiapa sahaja yang memperjuangkan bangsa ( Assobyiah )..
Nabi tak mengaku umat ko tahu tak..
kat dunia ni bolehlah ko mendabik dada dan berbangga dgn bangsa melayu ko tu..
kat akhirat nanti kita memerlukan syafaat dari Rasulullah untuk masuk kesyurga Allah..
Kalau nabi sendiri dah tak mengaku umat jadi ko nak mintak syafaat dengan sape lagi..??
Ko ingat Hang Tuah ke yang akan bagi syafaat kat ko..??
Ko tahu tak semasa kita sudah hampir menemui ajal.. kita akan diajar mengucapkan kalimah syahadah..
tak tahulah pulak aku kalau mak bapak ko ajar bila nak mati nanti org2 melayu wajib mengucapkan kalimah" tak akan melayu hilang di dunia "
Sedarlah sikit para wali serta alim ulamak pun mengharapkan syafaat Rasulullah ko tahu tak..
Lain..
Post a Comment
<< Home