Mukhriz harapan Pemuda untuk tolak Khairy Jamaluddin
21hb Mac 2008 : Perubahan dalam kepimpinan pemuda UMNO? Itu adalah harapan setelah Pemuda UMNO bertahun-tahun sebelum ini bertindak sebagai pasukan sorak kepada kepimpinan Barisan Nasional. Ubah Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris - sungguhpun di kritik oleh ramai tokoh interlektual tetapi Pemuda UMNO tetap menari menyokong seperti pasukan sorak. Pemuda tidak dilihat sebagai satu arus mendesak dalam UMNO untuk mempertahankan rakyat.
Mungkin arus perubahan dalam UMNO akan kembali. Ku Li menawarkan diri sebagai Presiden UMNO dan Mukhriz mendesak Pak Lah untuk melepaskan jawatan. Ini adalah perubahan yang jelas selepas Tsunami yang melanda Barisan Nasional sampai kepuncaknya lantas menumbangkan dan memiliki 5 buah negeri dan Wilayah Persekutuan. Kegagalan Barisan Nasional dikatakan adalah kerana Pak Lah dan kegagalan Pak Lah adalah kerana Khairy Jamaluddin dikatakan sebagai pemimpin "informal" yang mempengaruhi keputusan Pak Lah. Ini sudah menjadi seakan satu pendapat umum dalam UMNO.
Kenyataan Khairy bahawa dia tidak akan menjawat sebarang jawatan dalam kabinet selagi bapa mentuanya adalah Perdana Menteri Malaysia tidak akan mengubah pendapat umum UMNO terhadap dirinya. Sehingga hari ini, sokongan semakin nampak jelas kepada Mukhriz untuk bertindak sebagai agen perubahan dalam Pemuda. Mungkinkan itu satu realiti terhadap reformasi dalam UMNO? Mungkinkah Mukhriz perlu merubah perubahan dalam UMNO dan menawarkan diri sebagai Ketua Pemuda UMNO?
Siapa lagi yang sepatutnya dicadangkan sebagai Ketua Pemuda dalam UMNO agar Pemuda UMNO dapat mewakili suara anak muda yang semakin cenderung kepada pembangkang. www.umno-reform.com mengajak saudara untuk melakukan perubahan dalam Pemuda UMNO kerana sehingga ke hari ini AMAT jelas PEMUDA UMNO gagal bertindak sebagai ajen perubahan yang mewakili suara anak Muda.
Satu kegagalan Datuk Hishammuddin Tun Hussein dalam mengendali Pemuda sehingga hari ini Pemuda UMNO hanya layak sebagai tukang sorak dalam fungsi organisasi UMNO. Mungkinkan umno-reform yang utama harus datang dari Pemuda UMNO dan Mukhriz adalah pilihan sekarang ini?
63 Comments:
"Kenyataan Khairy bahawa dia tidak akan menjawat sebarang jawatan dalam kabinet selagi bapa mentuanya adalah Perdana Menteri Malaysia"
Sebenarnya Khairy tak perlu buat kenyataan ini sebab adakah dia pasti yang dianya akan di lantik menjadi Menteri sekiranya Pak Mertua dia dah x jadi PM lagi. Ha Ha Ha. Perasan/
Khairy buat apa nak jadi menteri, jadi menantu kesayangan perdana menteri dah cukup dah. Jawatan tu lebih power dari menteri. Boleh buat keputusan lebih dari menteri
Saya rasa untuk tindakan datuk Mukhriz untuk menolak khairy adalah satu tindakan yang cukup bijak, hanya dengan itu sahaja UMNO dapat dipertahan.
adakah mukhriz akan dapat quota pencalonan. Perlu di ingat Pemuda UMNO lebih bacul dari Puteri. Sekurang2 puteri tak de kuota pencalonan tapi dalam Pemuda UMNO ada.
YESSSSSSSSSSSS. GO FOR IT ....GET THE HELL OUT FROM UMNO YOU DAMM KHAIRY...
bagi aku la...ahli UMNO nie kene sedo diri...jgn bile x dapat jadi menteri je..start melenting...pembangkang buat kempen senyap2 je...tu yg byk menang tue...kepada pemimpin yang dah veteran tu bagi la peluang untuk yang baru menerajui...sebab sekarang nie ramai muda-mudi..mungkin sebab tu la ramai mengundi calon muda..
Apakah jasanya kepada umno si berok ni. Alangkah bodohnya ahli pemuda umno memilih berok ni jadi timbalab ketua pemuda.Tendang berok ni keluar . Ahli umno mesti berani untok satu refomasi. HIDUP MUKHRIZ...
apa nak jadi dengan pak lah punya kabinet ni? nampaknya dia tak ada control ke atas dia punya kabinet member, zaid ibrahim keluar statement cakap kerajaan patut mintak maaf pada tun salleh abas, adakah dia consult pak lah as PM sebelum cakap macam tu? sekarang sultan pun tak heran dengan pak lah, sebab tu diorang boleh lantik orang sesuka hati saja, sebab kerajaan lemah, lepas tu letak pulak Mashitah Ibrahim jadi timbalan menteri, takkan pak lah tak tahu, sejak dia tak dicalonkan bertanding di Baling, Kedah, secara terang-terangan dia menyokong Pas, takkan pak lah takut Mashitah Ibrahim (yang masuk mahkamah kerana kes berebut pokok mangga dengan jiran ni) buat bising, pak lah kena lantik betina ni jadi timbalan menteri, selama 4 tahun jadi ahli parlimen Baling, apa sumbangan dia? apa lagi sebagai Setiausaha Parlimen, asyik ponteng parlimen saja, sori lah pak lah, kami ahli UMNO tak akan respect pemimpin yang lemah, pls resign, ambiklah harta yang bertimbun-timbun tu, pegi dok Australia, jangan menjahanamkan lagi negara kami yang sudah rosak ni
Tahniah diatas kemenangan UMNO dan BN.
Sebenarnya UMNO telah dikhianati dari kalangan ahli2 nya sendiri.
Kpd mereka2 yg sayangkan UMNO terutamanya'MELAYU', sedarlah, baiki dulu kekurangan diri, fikir secara rasional dan buat keputusan. Ahli2 mempunyai kuasa keatas parti. Kalau rakyat boleh memilih pemimpin, mengapa ahli2 UMNO tidak. Buang yg rosak (x bleh pakai) ambil yg elok.
Buangkan sikap pentingkan diri. Jgn disebabkan seorang 'monyet' (dipetik dr kata2 seorang ahli UMNO kpd pendemontrasi jalanan), hancur 50 tahun parti yg dibina.
Jgn meludah kelangit.
Insaflah diri wahai ahli2 UMNO. Jgn saling salah-menyalahkan antara satu sama lain. Bangkitlah, buat keputusan untuk bangsa MELAYU.
Apa yang tak kenanya ngan UMNO, UMNO hari ini apa yang tak kenanya. Meluat dan kecewa. Kekadang nak menitis air mata. Katanya berjuang untuk Melayu, tetapi Melayu yang mana diperjuangkan. Di mana sisa-sisa perjuangan yang ditinggalkan oleh Dato' Onn, YTM Tunku, Tun Razak, dan Tun Hussein. Adakah sisa ini masih tertinggal atau untuk apa perjuangan hari ini. Sukar untuk mengerti. Bukan isu menteri dan bukan isu keberanian mukhriz, tapi mana perginya tanggungjawab di kalangan ahli. Jika UMNO terus dihuni oleh orang-orang yang berkepntingan peribadi, ke mana agaknya perjuangan ini. Walaupun ikut rasmi padi...tapi jangan sampai terhantuk baru tergadah.
Punca KJ naik tojang adalah Hishamudin. Sebab dia yang bg peluang KJ naik utk bodek Abdul Dolah...Hishamudin patut tanggung dan jawab!
pandangan aku lah
1999, undi bn merosot sebab rakyat marah
tapi p/u 2008, undi jatuh teruk coz rakyat benci
pengundi sekarang zaman baru
i called it silent voters
they look, n evaluate
n they vote
khairi dah mnyebabkan kebencian melayu meluap2
dier mmperjudikan nasib melayu
demi harta
n org yang bley block dier just
mukhriz
aku sokong mukhriz
mukhriz konsisten berjuang demi bangsa, agama, negara
hidup mukhriz
hidup umno
tolak pok lah
KJ jaga isteri hang le. Pilihanraya baru-baru ini pun, kalau pada dasarnya hang dah kalah 198 (dua kali kira) tapi sebab SPR tolong dengan wujudkan satu pusat mengundi hantu, kamu menang dengan majority 5,000. Teruk le hang budak hingus
Setuju, saya sendiri berani mencadangkan usul tak percaya ke atas KJ sekiranya saya berjaya jadi perwakilan umno bulan ogos ini.
nenek moyang kita bergadai nyawa dan bertumpah darah untuk menyelamatkan negara, tetapi kita akan serahkan segalanya dengan sebatang pen....think bout it...bagi saya KJ mungkin menjadi tonggak untuk mengembalikan UMNO dan mungkin menjatuhkan UMNO....kenapa kita persoalkan KJ? Sebab dia menantu Pak Lah?kenapa kita tak persoalkan pula mukhriz? saya bukan berpihak kepada mana mana pun tp apa yang pasti....sekiranya kita bergaduh pun tak guna...kenapa kita belia yg masih muda ini tidak pergi berjuang seperti mereka??? mereka berusaha untuk dapatkan apa yg mereka hendak,sepatutnya itu yang kita buat sekarang.Kalau kita mahukan perubahan...perubaan itu dtg dr individu.Kitalah belia yang tingggal untuk mengubah UMNO. Kenapa perlu lagakan KJ dengan Mukhriz? Mungkin anda yang lebih berkaliber dari mereka.. yang penting....MELAYU mesti bersatu...MELAYU mesti bersatu...MELAYU mesti bersatu.. saya penyokong UMNO....saya sayangkan UMNO...
saya memberi sokongan padu kepada mukhriz..dia yang layak menjadi ketua pemuda umno malaysia..dalam ramai2 org2 umno hanya mukhriz sahaja yang paling berani bersuara dan lantang..like father like son..HIDUP MUKHRIZ!!!!
Sdr. Annuar,
Sebelum PRU ke-12 lagi KJ telah berjaya mempengaruhi lebih 80 peratus Ketua dan Naib Ketua Pemuda Bahagian untuk memihak kepadanya apabila beliau bertanding jawatan Ketua Pemuda pada 2008. Malah ramai juga rakan-rakannya menjadi calun semasa PRU ke-12.
Apakah dari kalangan yang disebutkan di atas mampu mengubah pendirian mereka untuk menyokong Mukhriz. Beranikah Pemuda Bahagian bertindak demikian. Ini adalah kerana Pemuda hari ini cukup takut untuk menongkah arus sama seperti ketuanya, Hishammudin yang hanya tahu bodek memanjang. Harap sokong, sokong membawa rebah.
"Masa untuk berubah" pesanan dari DiGi, kalau ikut nanti dapat lembu percuma dari DiGi untuk dikorbankan pada tahun ini.
Kamalkamal
Kami ahli umno tidak mahu pemimpin yang menderhaka kepada Raja. Get out from Umno. Go to hell
Samada Mukhriz atau Khairi dua2 sama ajer... Muhkriz anak pada PM yg juga suatu masa dulu giler kuasa juga dan penuh dgn rasuah.. Sehinggakan Anwar dipecat sbb nak tutup ..... Mukhriz jugak ade agenda tersendiri utk menyelamatkan projek (TAMBAK JOHOR)nyer. Perjuangan UMNO tak telus.
Mari kita cadangkan supaya Umno membuat satu usaha yang serius di mana universiti2 terkemuka di dunia boleh mengadakan dan membuka cawangan mereka di Malaysia...termasuklah universiti oxford.....Tak timbul lagi soal hanya segelintir sahaja yang berkemampuan baik dari segi kemampuan otak ataupun kewangan terutama di kalangan org Melayu untuk layak masuk ke universiti-universiti terbaik dunia....sebab mengapa fenomena KJ ini berlaku pada pandangan saya adalah kerana Pak Lah percaya yang menantu dia ni bijak sangat....yang si menantu ni pulak percaya yang orang Malaysia ni pulak bodoh......Ini yang di katakan oleh Tun Dr. M sebagai penjajahan minda......Kita orang Malaysia percaya bahawa asal keluar dari oxford je atau mana2 ivy league yg lain,kita hormat macam Tuhan.....padahal Kebijaksanaan yang sebenar adalah milik Allah jua dan Allah jualah yang berhak mmengurniakan anugerahnya kepada sesiapa sahaja di kalangan hambanya.....Pegi ke universiti2 terbaik hanyalah usaha sebagai hambanya.....Tetapi usaha Manusia tidak akan memeberi bekas melainkan dengan izin Allah jua....Hidup Islam dan Hidup Melayu
Assalamualaikum...para sahabat2 UMNO ku semua...memang tidak di nafikan bahawa kata2 sahabat semua ada fakta dan kebenaranya.
Hanya kepada perwakilan2 sahaja lah yang dapat menentukan di manakah arah tuju KJ dan Mukhriz selepas ini.
Dan sebagai perwakilan pemuda di peringkat cawangan dan bahagian lah yang harus mendesak agar calon Ketua Pemuda yang mana harus di jadikan pilihan.(Mudah untuk jadi KETUA daripada menjadi PEMIMPIN)
Prinsipnya jangan lah kita bersifat pengecut(harus lah mempunyai pendirian yg teguh)dan jangan bermuka-muka(YES MAN) lagi kerana sifat2 inilah yg telah menghancurkan UMNO itu sendiri.
Aku rasa dari kita dok mencaci orang Melayu sendiri lebih baik kita fikirkan cara untuk membebaskan orang melayu Penang dari cina komunis DAP. Kenapa orang melayu semua diam nak bagi jadi penang tu syurga ke cina ke? atau nak biar DAP sembelih melayu macam yahudi buat kat palestin tu.
Musuh kita bukan nya PKR, PAS dan UMNO tetapi musuh kita adalah DAP, MIC, MCA dan GERAKAN.
Marilah kita bersatu
Musuh kita (UMNO) adalah orang-orang melayu yang terlalu bencinya kepada orang Melayu yang lain. Wadah perjuangan UMNO dulu tidak pernah membeza-bezakan darjat dan puak, tapi kini, dek kerana kuasa dan harta, mari kita nilai balik asas kebencian dan ketakutan kita kepada melayu yang itu atas dasar apa? Jatuhkan Pak Lah, dan diganti dengan siapa? Hilangnya Khairy dalam UMNO, selesaikah semua masalah kita? Pernah fikirkan itu?
Pernahkah kita fikirkan kekalahan kita ini bukan kerana Pak Lah semata-mata, tetapi sebaliknya Melayu ramainya sudah kurang yakin dengan kesucian perjuangan kita yang kini terpalit dengan kuasa dan harta? Pernahkah kita fikirkan itu? Pernah?!
saudara saudari sekalian...
marilah kite same2 PERCEPATKAN proses membaik pulih UMNO dan menaik kan keyakinan rakyat terhadap parti kerana kita TIDAK BOLEH membiarkan pembangkang (yg kini kerajaan di beberapa negeri) terus mendapat hati di kalangan rakyat.
pak lah and khairy step down!!!
hidup mukhriz!!!!!
Aku sokong Mukhriz. Ada lagi Feriz dari Prowaris. Mukhriz-Feriz Gabungan Mantap beb ...!!!
Say no to Khairy..Tak Nak...
keduanya tak layak untuk menjadi letua pemuda.khairy telah merosakan negara dg memusnah,membolok dan menjual kekayaan & negara kpd singapura.dia juga sekongkol dg kalimullah yg pernah menjadi penyeludup barang siam tahun 70an yg belot pada negara.mukhriz akan teruskan tradisi MM yang zalim tak berperi kemanusian yg menghancurkan semua harta negara utk dipamirkan pada dunia luar akan kehebatan dia[mm]rakyat susah kais pagi makan pagi.berbillion hpunah utkj kepuasaan dirinya.kononya supaya berdiri sama tinggi dg dunia luar,rakyat merempat makan siput BABI.kata org kampung klcc nampak macam jagung tanpa kulit tapi tak boleh makan. keduanya tak layak carilah org lain yg lebih layak untuk membela agama bangsa dan negara.selamat berjuang.
Sekarang ni orang-orang yang mempunyai asas pendidikan agama, pandai baca al-Quran dan mirip kepada Islam tak boleh bertahan lama dalam Umno samada jadi PM, Wakil Rakyat atau apa-apa jawatan ketua dalam Umno.Mereka hanyalah dijadikan alat sahaja. Contohnya :
1. Pak Lah - diperkotak katik oleh Umno dan tak lama dia akan ditumbangkan.Mahathir lantik dia pun nak kekang pengaruh Anwar di Pulau Pinang je. Lepas tu pakat rancang nak sepak dia.
2. Dr. Masitah - Beri Ahli Parlimen satu penggal je utuk jatuhkan Taib Azamudin.
3. Dr. Abdullah Mat Zain - Jadi Menteri satu penggal je.
4. Hamid Othman - Penasihat PM sampai ke tua.
5. Nakhie - Mati dengan jawatan YDP YADIM.
6. Hamid Zainal Abidin - Ahli Parlimen satu penggal je nak jatuhkan Hasan Ali di Parit Buntar.
7. Idris Jusoh.
8. Anwar Ibrahim.
9. Dasuki Ahmad dan lain-lain.
Itulah keadaanya. Tuhan pun akan turun bala kepada Umno. Tapi kita jangan bimbang kalu semua orang bencikan Umno kita ada satu lagi alternatif orang Melayu-Islam iaitu PAS. Jangan tak yakin pada PAS mereka pun orang Melayu Islam macam kita juga. Otak sama je. Cuma PAS ni dia tak tinggal TUHAN samada urusan dunia ke atau akhirat.
Sekian, harap maklum.
POLITIK MALAYSIA BERPUSING-PUSING
HARI NI SAYANG BESOK BENCI - HARI NI BENCI ESOK SAYANG.
1. Dulu semua orang sayang Pak Lah, sekarang ramai dah yang mula benci.
2. Dulu orang-orang Pas kutuk habisan-habisan Tun Mahthir, sekarang pauk-puak Pas pakat puji.
3. Dulu Anwar disanjung tinggi oleh pauk-puak Umno - sekarang benci macam tahi.
4. Dulu pauk-puak Pas pakat maki Anwar - sekarang pakat junjung tinggi.
5. Dulu Pas amat benci sekali kepada DAP, tapi sekarang mula disayangi.
6. Dulu Ku Li dan Pak Lah sayang menyayangi dalam team B. Kini mula benci membenci.
7. Dulu semasa S46 dan PAS bersatu hati, KU LI dengan NIK AZIZ dan HJ.HADI macam laki bini. Kini macam anjing dengan kucing.
TAK MUSTAHIL HARI INI KHAIRI DI BENCI, SATU HARI NANTI KAHIRI DI PUJI. TUNGGULAH KALU TAK CAYA. POLITIK GILA BABI.
Sebenar nya Umno ni dah lama memperbodohkan emak bapak aku kat kampong. Yang aku tak suka kat umno ni bila tiba tiba entah dari mana dia jadi orang kaya segera.Umno mesti buat laporan BPR siasat mereka ini bagaimana dapat harta....Pak lah and his son off law step down......assalamualaikum..anda penderahaka kepada Raja...
Korang semua kena tipu! PAk Lah la yang membela UMNO dan Melayu selama ini! Adalah tidak wajar mempertikaikan kesetiaan Khairy dalam membina UMNO kembali!
HIDUP KHAIRY!
-Kekuatan UMNO Putera
huuhu lama tak join
terasa pula nak kutuk org...
khairy patut ditolak hidup2...
umno & bn kalah teruk salah dia la
berlagak mengalahkan macam dia yg
jd pm....klu dah jd pm nanti mesti
dia nak berlagak macam dia la agong
bagi aku khairy adalah nanah dalam umno dan bn,,,pak lah pula bisul yang mengandungi nanah tu,,,utk baik bisul kita kena bubuh ubat yang boleh buang nanah dan bisul terus,,baru semua ok,,,
pemuda dan semua ahli umno perlu berani dalam keadaan begini,,,,mukhriz perlu disokong utk berlawan dgn khairy manakala jawatan presiden juga perlu dipertandingkan,,,setiap cawangan dan bahagian perlu pastikan 2 jawatan teratas ada pencalonan utk berlawan dgn calon yg sediada,,,dua-dua x blh pakai,,,umno perlu cari presiden yang bersih dan tidak memberi ruang kpd pembangkan menabur fitnah,,,perkara mcm ni pun ahli umno x blh fikir,,,
khairy jd tukang kebun pun tetap kaya so tak payah berangan nak jd menteri,,,takde sapa pun teringin nak lantik org mcm khairy ni,,,orgnya x menarik, ckp ikut sedap mulut, jilat bontot mertua,,,layakkah jd menteri,,jd bateri pun x layak,,
UNTUK SEMUA AHLI UMNO KORANG TAK PAYAH SAKIT2 KEPALA NAK PULIHKAN UMNO SEBABNYA PEMIMPIN UMNO SEMUA DAH TAK BOLEH PAKAI,,,
BUAT APA SAKIT KEPALA NAK PULIHKAN PARTI YANG DAH TAK RELEVAN,,,MEMANG DAH TAK RELEVAN PADA ORG MELAYU,,,KALAU RELEVAN TAKDER LA MENENTANG DAN MENDERHAKA PADA SULTAN,,,TAK PERNAH DLM SEJARAH CALON YG DICADANGKAN PRESIDEN UMNO DITOLAK DARI JD MB,,,KORANG FIKIRLAH SENDIRI RELEVAN KE TIDAK LG UMNO NI,,,JADI RAMAI2 LAH KITA MENCARI WADAH PERJUANGAN BARU YANG DIPIMPIN OLEH PEMIMPIN YANG TERANG-TERANG TAK MAKAN RASUAH, IKUT SEGALA AJARAN ISLAM, MENJADIKAN ISLAM SEBAGAI SUMBER RUJUKAN DLM PENTADBIRAN,,,JOM PAKAT MASUK PAS,,,JADIKAN MALAYSIA NEGARA ISLAM,,,
INI SEKADAR CADANGAN AGAR AHLI UMNO SELURUH MALAYSIA DAPAT PETUNJUK UNTUK MEMBUAT PENCALONAN BAGI PEMILIHAN UMNO HUJUNG TAHUN INI,,,HARAP-HARAP BEGINILAH ORGANISASI UMNO SELEPAS PEMILIHAN PADA DISEMBER 2008 NANTI
PRESIDEN - KU LI (ADA KETOKOHAN YG MEMBUAT PEMBANGKANG GERUN)
TIMBALAN PRESIDEN - MUHYIDDIN YASSIN
NAIB PRESIDEN - HAMID ALBAR
NAIB PRESIDEN - SHAHRIR SAMAD
NAIB PRESIDEN - ZAHID HAMIDI
SETIAUSAHA UMNO - YG BARU PERLU DITUKAR DAN GANTI DENGAN RAIS YATIM
KETUA PEMUDA - MUKHRIZ MAHATHIR
AHLI UMNO FIKIRLAH SENDIRI,,,CARILAH PEMIMPIN YANG TIDAK MEMBUAT KEKAYAAN,,DAN BANYAK CERITA-CERITA BURUK YG BOLEH PEMBANGKANG JDKAN ISU,,,,UMNO PERLU MENCARI PEMIMPIN SEHEBAT MAHMOUD AHMEDINEJAD IAITU SINGA BARU DUNIA ISLAM,,,BELIAU MASIH MENGGUNAKAN KERETA LAMANYA DAN RUMAH LAMANYA BIARPUN MENJADI PRESIDEN IRAN,,,,PEMIMPIN YANG LUHUR SEBEGINI LAH YANG PATUT UMNO CARI,,,,KALAU PARTI PAS PEMIMPIN SELUHUR TOK GURU NIK AZIZ TELAH DIJUMPAI MAKA UMNO PERLU ADA PEMIMPIN YANG SETANDING,,BARULAH MELAYU YAKIN,,
Aku bukan tok nujum tapi aku rasa Pak Bodohi ni dah tak lama ....dan kesihataannya pun akan terganggu so aku nasihatkan dia berundurlah..duit dah banyak...lebeh baik stay kat Australia...pergi memancing....untong dapat anak jin lagi....Kahiry anjing kurap....Persetan kau....
ikan akan buruk bermula dari kepalanya..jika buruk di kepala..maka ia akan buruklah sampai ke ekornya..begitulah dengan umno..dahulu umno adalah parti yg memperjuangkan kepntingan bangsa..tetapi sekarang orang umno hanya bercakap tentang kedudukan yg patut dan tidak patut dipenuhi..dapat diperhatikan orang umno hanya suka membodek..menjadi pak angguk kepada apa yang pemimpin mereka katakan..khairy menjadi besar kepala sebab orang umno sendiri yang memberi muka kepadanya (kononnya membodek beliau dan pak lah). mereka tidak brani memberi cadangan yang membina untuk parti dan bangsa mereka.KJ masih baru dalam politik..nama beliau hanya dikenali semasa PRU-12 sahaja..mana mungkin beliau boleh diberikan kedudukan seperti yang disebut-sebut...jika dibandingkan KJ dangan mukhriz..kelayakan lebih berpihak kepada mukhriz sama ada dari segi pegalaman beliau dalam politik..ketokohan dan keberanian yang beliau tonjolkan. umno memerlukan perubahan..dekatilah rakyat jelata..bukalah mata..kasihanilah bangsa melayu yang kini sedang tenat..
UMNO jangan lah macam Hang Tuah di kesulatanan Melayu melaka , dah tak releven,
he,,,,, meluat melihat yang pegang beruk tu..... , dan yg lain tak berani bersuara takut-takut kena marking/ tak dapat jawatan , macam ni hancurlah ......
Menyokong mana yang berani menegur...
Alahai, korang semua asyik dengan siapa layak memimpin Pemuda. Ada baik simpan tenaga korang pegi kempen menambahkan ahli-ahli baru parti supaya lebih ramai generasi muda menjadi ahli UMNO daripada direbut oleh Barisan Rakyat. Budak-budak baru cukup umur mengundi ramai yang berpelajaran tinggi dan terdedah kepada dunia luar..bukan macam setengah pemimpin atau bekas pemimpin UMNO yang buta IT atau buta hati. Merekalah yang akan jadi generasi penyokong asas kepada parti kesayangan tuan-tuan tu. Parti ni macam sepohon pokok. Daun-daun yang dah kuning-kuning dan dahan-dahan yang dah rapoh tu dicantas untuk mencantikkan pokok. Pangkalnya pula kena dibaja supaya akarnya segar dan pohonnya rendang. Kalau akar tak kuat pokok jadi sakit atau mati pucuk sekurang-kurangnya. begitule juga peimpin yang kat atas tu. Jadi janganle biarkan ratusan ribu pengundi baru terus jadi ahli Barisan Rakyat. Dia orang nilah senjata yang amat berkesan untuk membuat pembaharuan dalam mana-mana organisasi.
Sayangnya, saya dapat tahu nak jadi ahli UMNO lebih susah dari minta pinjaman bank. Hmmm agaknya faedah menjadi ahli parti lebih besar dari kemudahan bank..gitu ke? Hmm..atau mungkin ahli-ahli UMNO yang dah lama sangat berkuasa tu takut terancam kedudukan mereka dan nampak kecil dari segi latarbelakang ilmu duniawi dia berbanding golongan muda tu?
Nasihat saya kepada pemimpin UMNO terlebih lagi diperingkat cawangan dan bahagian..buka lah pintu kepada ahli-ahli baru supaya asas keahlian UMNO lebih kukuh. Kalau tidak mewah lah Barisan Rakyat dengan keahlian baru yang begitu ramai.
Untuk renungan: Umur saya dah 46 tahun, saya sentiasa bercampur dengan ahli-ahli politik pelbagai parti sebagai kawan. Tak pernah saya dikempen oleh UMNO untuk menjadi ahli sedangkan parti lain ada yang menjemput. Siapa antara anda yang pernah dijemput masuk UMNO tentu bertuah. Sepatutnya UMNO buat le hari terbuka ke atau kempen keahlian ke supaya orang boleh lebih kenal dan mudah menjadi ahli.
"JADI SYMPATHIZER UMNO SEBAB TERKENANG PERJUANGAN ARWAH IBU SEJAK ZAMAN PERIKATAN..JUAL NASI TINGGI & BUNGA TELUR UNTUK TABUNG UMNO"
sukanya aku bila UMNO dah lemah, terima kasih Pak lah, terima kasih KJ...semoga anda terus kekal dalam UMNO untuk memastikan rakyat dapat menguburkan UMNO dalam muzium...
Yes...aku sokong Pak Lah..aku sokong KJ..mari sama2 kita sokong Pak Lah n KJ..huhuhu
SATU PELAWAAN TERBUKA UNTUK SAHABAT MELAYU YANG BERAGAMA ISLAM,,,MARILAH BERAMAI-RAMAI KITA BERHIJRAH DARI UMNO DAN BARISAN NASIONAL KEPADA PAS DAN PAKATAN RAKYAT...
50 TAHUN SUDAH DIBERI UTK UMNO MEMPERJUANGKAN NASIB BANGSA MELAYU TAPI LIHATLAH DIMANA MUDA-MUDI MELAYU,,SEMUANYA HANCUR,,,SEMUA DUK JADI BOHSIA, REMPIT, HISAP GAM, MENYAMUN, ,,,INILAH HASIL PERJUANGAN UMNO DAN BN SELAMA 50 TAHUN NI
MAKA MARILAH KITA BERSATU DAN MENJUNJUNG SATU PERJUANGAN YANG BUKAN BERLANDASKAN BANGSA TAPI AGAMA,,,MARILAH KITA MARTABATKAN AGAMA ISLAM SELARASKAN DENGAN AGAMA RASMI NEGARA KITA,,,MARI KITA SUBURKAN SINAR ISLAM DIBUMI MALAYSIA....ISLAM TELAH MENGGARISKAN PELBAGAI PANDUAN UNTUK MENJADI PEMIMPIN YANG TERBAIK,,,TAPI ANAK MELAYU KITA MUDAH ALPA DAN TOLAK ISLAM,,,BILA ISLAM DITOLAK MAKA HATI MENJADI HITAM,,SEBAB TU LAH RAKUS MENGGUNAKAN DUIT RAKYAT UNTUK KEPENTINGAN DIRI DAN KELUARGA,,,
PERCAYALAH HANYA ISLAM YANG MAMPU MEMBERI KEADILAN DAN KESEJAHTERAAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA,,,,BANDINGKAN PERIBADI PEMIMPIN UMNO DAN PAS,,KETARA BEZANYA,,,,UMNO SEMUA NAK TUNJUK LAGAK, BERKERETA BESAR, SOMBONG BILA BERJUMPA RAKYAT, ANAK BINI DUK TUMPANG ENJOY KUASA YG ADA PD SUAMI DAN BAPA...APA NAK JADI,,NI BUKAN MELAYU TAPI ME LAYU,,,,
BANGKITLAH RAKAN2 KU DARI JANJI KOSONG PEMIMPIN UMNO YANG IBARAT LALANG, TIADA PENDIRIAN, TIDAK BERANI, TIDAK TEGAS....MACAMANA NAK MEMBAWA KEJAYAAN PADA MALAYSIA,,,MARILAH MENYERTAI PAS...MEMBANGUN BERSAMA ISLAM,,,TAKBIR..
Siapa pun yang memimpin Pemuda UMNO nanti, jika masih kekal dengan status yang kononnya 'Elit', yang hanya bercampur-gaul sesama sendiri, berlumba-lumba menunjukkan kemewahan, berebutkan projek, hanya bertegur sapa dengan ahli-ahli biasa ketika inginkan undi sampaikan sanggup mencari sampai ke dalam kebun, parking sesuka hati dengan berpendapat 'sticker UMNO' macam satu lesen nak langgar undang-undang, kaki perempuan, dangdut...maka sampai bila-bila pun UMNO tak akan pulih. Malahan UMNO akan menuju kehancuran. Tak percaya?...ini luahan dari rakyat yang memerhatikan tingkahlaku pemimpin-pemimpin muda UMNO. Percayalah.
Khairy sejak PRU 12 senyap macam dah mati, takut agak nya nak bersuara. Kalau yg pegang berok ni sersuara lagi haru biru..... lebih baik kau diam.... jaga anak pak lah baik-baik .
Saya tertarik kepada kenyataan TUN DR MAHATHIR (TDM) bahawa PM tak layak dari negeri yang BN kalah. Saya berpendapat bahawa bukan setakat PM dan Presiden Umno, tetapi TPM, Tim. Presiden, Naib Presiden, Ketua Pemuda dan Ketua Wanita pun tak layak dari negeri yang kalah. Justeru itu mana-mana pemimpin Umno dari negeri-negeri yang BN kalah ( Kelantan, Kedah, Perak, Selangor dan P.Pinang ) tak layak menduduki jawatan-jawatan berikut.Maka dengan itu Pak Lah, Ku Li, Mukhriz dan Khir Toyo tak layak. Yang layak ialah Najib, Hishamudin, Muhyidin, Shahrir, Khairi, Mohd Ali dan lain-lain dari negeri yang BN menang. Saya cadangkan Najib sebagai Presiden, Muhyidin Tim. Presiden, Mohd Ali Rustam Naib Presiden 1, Idris Jusoh N.2, Hishamudin N.3.Ketua Pemuda Khairi Jamaludin dan Ketua Wanita Hazalina Said. S/U Agong Umno serahkan kepada samada Tan Sri Muhammad Taib atau Datuk Seri Shahidan, manakala Ketua Penerangan samada Zahid Hamidi atau Sabery Chik. Ketua Biro Agama Umno serahkan kepada Datuk Pirdaus.
Apalah salahnya Khairi sampaikan semua orang tak suka pada dia ?. Apa dosa besar yang dia lakukan?. Diakah yang bunuh Altantuya ?. Dia pernah rogol puteri-puteri Umno kah ?. atau dia pernah dok liwat putera-putera Umno kah ?. pelik-pelik sungguh pemuda-pemuda Umno ni. Kalu Khairi tu beruk, maka pemuda Umno telah memilih beruk pada pemilihan yang lalu untuk jadi Naib Ketuanya. Baso mata buta tak leh beza antara beruk dan manusia.Dia menang tanpa tanding sbb puak-puak beruk pilih dia.
salam, saya ingin menyeru yb-yb melayu dalam pakatan rakyat iaitu dari PKR n PAS supaya lantang menyuarakan kepada yb-yb cina dari DAP,MCA n Gerakan supaya sedia membuka perniagaan mereka kepada semua kaum di M'sia sebelum lantang ingin menghapuskan DEB.Selama ni mereka berlagak seperti Mafia, menggunakan kuasa monopoli mereka untuk menekan businessman bumiputera yg tulen.DIdalam company mereka Melayu hanyalah drebar,piun dan operator sahaja. Tokeh-tokeh ini harus diingatkan bahawa Memang Melayu dapat kontrak tetapi Cina yg kaya sebab melayu yg dapat tu kebanyakkannya nama gelarannya 'Ali Baba". Pastikan bumiputera yg dapat kontrak ini adalah yg berwibawa dan yg bersediakan menyalurkan kekayaan mereka untuk memajukan anak-anak melayu. Sasaran DEB masih lagi jauh, anak melayu kita makin terpinggir, melayu yg kaya makin kaya. belajarlah dari kesilapan suharto, rakyat memberontak bila tiada makanan diatas meja.Malaysia hampir ke arah itu sebab itu india dan melayu mencari alternatif dalam PRu12. oleh itu ingatlah yb-yb pkr n pas melayu kini mengharapkan anda semua untuk mempertahankan maruah bangsa yg telah akhir-akhir ini dikhianati oleh umno.
Saya minta kepada YB-YB Melayu PAS n PKR supaya jangan berdiam diri membiarkan DAP menghancurkan Melayu dibumi tercinta ini.
Politik-politik jugak..duit pun kena cari jugak..apa kata sementara tu korang buat duit tambahan. Kurang-kurangnya dapatla bayar duit ansuran kereta atau bagi anak susu..bukaklah website ni
www.diwaris.com/?ref=starscream
Bolehlah naikkan ekonomi Pemuda Melayu..
Najib tanding Presiden, Mahyudin Timbalan Presiden, hishamudin Naib presiden, Mukris ketua Pemuda, Khairy x layak, naik pun sebab pak mentua PM, jadi tukang karut ok lah.......
Kalau apa yang dinyatakan dalam tulisan/comment yang tertera dimuka web ini benar, maka tak hairan lah orang UMNO pun sabotaj calun2 BN. Tapi siapa nak mengaku dia berak ditengah jalan. Sungguhpun demikian, kalau ada bukti2 yang tertulis, harap pehak yang mampu tunjukkan.
AKU PELIK BETUL LA... PELIK SANGAT2.. ENTAH APA YG ADA DLM KEPALA BERKILAT MUKHRIZ TU... BUAT SILAU MATA JEK.. MAMAT NIH PERASAN LEBIH... NTAH APA SUMBANGAN DIE KT NEGARA NIH??? UDAH LER TUH.. KO NAK KEJAR APA?? KONON BRTGGJWAB LER... PASTUH YG AKU HERAN MANA DAPAT CITER YG RESULT PARLIMEN REMBAU ADA BUAT RECOUNT... MANA ADA KIRAAN SEMULA OI... SEKALI KIRA JEK KJ DAH MENANG... BEBAL LA KORG NIH... NTAH LA... KALAU XTAU TUH SIASAT LA DULU... XDE LER KENA TIPU DEK ORG... SI CIKGU BARD TUH MMG MAMAT YG DAHAGAKAN PUBLISITI... TIPU SANA TIPU SINI... PELIK AKU... TAK KE RASE MALU KT DIRI SENDIRI... TIPU ORG SANA SINI... TUDUH KJ ITU DAN INI... PADAHAL BUKTI NTAH MANA2... ORG YG DGR KEMPEN SI BAD NIH BERIA2 MENGANGGUK.. TAK SEDAR KEPALA DAH LENJUN KENA KENCING DEK CIKGU PENIPU TUH... BALIK PADA SI MUKHRIZ... GELENG KEPALA AKU TGOK... NTAH LA... DAH LA WEIII... NGN BAPAK KO SKALI DAH LA WEIIII... NOTHING LA KORG... KOSONG... TAKDE POINT LGSUNG... UNTUK MUKHRIZ TARIK NAFAS DALAM2 PEJAM MATA DAN FIKIRKAN BALIK APA YG KO DAH SUMBANG UNTUK MALAYSIA NIH DAN UMNO... AKU TAU KO PUN XTAU APA YG KO DAH SUMBANG... KALAU DAH ABIH FIKIR TUH... SUDAHLAH... NANTI TAHUN DPAN AKU CADANGKAN KO MASUK AKADEMI FANTASIA... LAGI GLAMOUR MUKHRIZ OI... MESTI BAPAK KO SIBUK GILER NAK AFUNDI MUKHRIZ... KO BLEH GUNA NAMA RIZ... AFUNDI RIZ.... BAEK PUNYERRRR...
"NTAH APA SUMBANGAN DIE KT NEGARA NIH??? "
sumbangan Mukhriz kepada negara setakat ni yang aku tau die adalah penyelaras AMAN malaysia, banyak membantu negara susah
NOW, I ASK U BACK, ape sumbangan khairy tuk negara?
KJ memang tak layak jadi ketua pemuda,baru setahun jagung dah macam macam keluar dari mulutnya.terlalu bongkak dan takbur macam mana nak jadi pemimpin.kalau nak jadi pemimpin patut mempunyai akhlak yang mulia ,berhemah ketika berucap, tidak mengutuk orang ,menghotmati tok tok guru dan pada seluruh rakyat.
Ini macam dialah seorang saja yang bagus dan berani ( berani tahi kucing
Kami ni semua dah meluat dengan KJ sebenarnya, patutlah kalah pon BN.
Kepada Mukhriz jangan jadi KJ.
Contohi lah pas dikelantan amalkan Islam yang sebenarnya. Hindarkanlah dari islam hadari yang direka cipta oleh manusia.
Allah bersama dengan orang orang yang beriman lagi bertawakal kepadanya.
Amin.sesunggohnya yang baik dari Allah dan yang hinanya dari kita sendiri.
Kj tak perlu tanding ketua pemuda ngabis bores saja.mulut celupar,riak . mana ada kiamat dacing tak hancur. masa kempen macam macam kutok orang.apa dah jadi,Allah maha mengetahui dan BN dilanda sunami akibat terlalu angkoh.
Wahai ahli ahli umno, semakin lama semaink tidak relevan untuk diikuti marilah kita sama sama kembali kepangkuan islam yang sebenarnya bukan islam hadari yang direka cipta oleh manusia.
Contohilah pemerintah islam yang ada dikelantan tidak ada membeza diantara sesama manusia bagikan hak sama rata,tiada rasuah, pembangunan seimbang dan pembangunan modal insan diterapkan.
Insayalah negara kita selamat dari bala petaka.
Kj tak perlu tanding ketua pemuda ngabis bores saja.mulut celupar,riak . mana ada kiamat dacing tak hancur. masa kempen macam macam kutok orang.apa dah jadi,Allah maha mengetahui dan BN dilanda sunami akibat terlalu angkoh.
Wahai ahli ahli umno, semakin lama semaink tidak relevan untuk diikuti marilah kita sama sama kembali kepangkuan islam yang sebenarnya bukan islam hadari yang direka cipta oleh manusia.
Contohilah pemerintah islam yang ada dikelantan tidak ada membeza diantara sesama manusia bagikan hak sama rata,tiada rasuah, pembangunan seimbang dan pembangunan modal insan diterapkan.
Insayalah negara kita selamat dari bala petaka.
Kj tak perlu tanding ketua pemuda ngabis bores saja.mulut celupar,riak . mana ada kiamat dacing tak hancur. masa kempen macam macam kutok orang.apa dah jadi,Allah maha mengetahui dan BN dilanda sunami akibat terlalu angkoh.
Wahai ahli ahli umno, semakin lama semaink tidak relevan untuk diikuti marilah kita sama sama kembali kepangkuan islam yang sebenarnya bukan islam hadari yang direka cipta oleh manusia.
Contohilah pemerintah islam yang ada dikelantan tidak ada membeza diantara sesama manusia bagikan hak sama rata,tiada rasuah, pembangunan seimbang dan pembangunan modal insan diterapkan.
Insayalah negara kita selamat dari bala petaka.
DULU KJ KEMPEN KAT KELANTAN DENGAN SLOGAN "PODAH DAH PAS 18 TAHUN" KINI KEMPEN TU MAKAN TUAN DAN AKU NASIHATKAN KJ TAK PERLULAH BERTANDING APA2 JAWATAN DALAM PEMUDA SEBAB BUDAK HINGUS NI BELUM CUKUP UMUR 18 TAHUN............
sebenarnya kesilapan pada pemimpin umno sendiri.
Apabila dasar ekonomi baru iaitu 30% hanya diisi oleh pemimpin umno sendiri. Baru-baru ini terjumpa nasir toyo (adik kepada khir toyo). Beliau jutawan kerana mendapat menjadi sub-kontraktor kepada syarikat pengurusan pasir selangor. Jadi itu yang kita semua berebut-rebut nak jadi pemimpin umno. Maaf tradisi umno, kalau ayah pemimpin, mesti anak, anak saudara atau menantu sahaja layak menggantikan tempat beliau
Sokong Mukhris Ketua Pemuda, khairy bolehlah berundur.
Aku rasa 2-2 pun tak layak ... Mukhriz hanya bersandarkan kepada bapak dia ... andaikata bapak dia dah mati nanti, boleh ker dia memimpin??
KJ - semua org dah bersosek2 yg salah satu faktor kekalahan BN adalah disebabkan dia ...
Lebih baik pilih orang lain ... apa kata kita calonkan Ahli PArlimen Muar merangkap Ketua Pemuda UMNO Johor, saudara Razali Ibrahim? Setuju??
Apa nak gaduh? Khairi kan skrg PM dibelakang tabir...wekekekee
tu baru Khairy ngan Mukhriz yang korang nampak...
kat tempat aku blaja di IPTA anak kepada setiaussha di Jabatan PM bkn main lagi berlagaknya...
masa hari pendaftaran mak ngan anak sama naik semua nk cepat.. silap sikit terus telefon pengarah kampus..
Kesian aku tgk TP HEP kat tempat aku kena ikut kata bini setaiusaha di JPM tu je..
tu baru diaorg. yang lain aku tak tau la...
Aku pun setuju kalau mukhriz jadi ketua pemuda..hishamuddin pak angguk tu lemau sangat,mandom giler..aku tengok umno sekarang makin kucar kacir..kena pulak di pimpin oleh pak lah yg lelah..menyampah dah aku tengok muka dia..muka tak malu,kalau rakyat dah tak suka,turunlah dari takhta..biar ada sikap anak jantan,macam orang Jepun.Duit banyak pun tak boleh bawak mati Pak lah..asyik makan suap dari KJ je.Hishamuddin yang tah apa apa tu pun boleh blah..yang aku perati sekarang ni pun,minda orang melayu masuk umno ni,untuk dapat projek dan duit.Biarlah bukan reti sangat pun dalam projek yang dia buat..malaslah aku nak ngomel panjang-panjang,buat penat je..tapi kalau mukhriz jadi ketua pemuda umno,aku sanggup masuk umno,walaupun dah 35 tahun aku hidup tak pernah berparti..janji dapat selamatkan umno dan negara
Yeap...Mukhriz yg patut mengepalai PEMUDA..! Hidup Mukhriz!
Tapi still rasanya KJ jugak yg akan dapat post tu. Reason? sebab kebanyakkan ahli UMNO masih TAKUT utk bersuara melawan ketua. SALAHKAH MEREKA? Tak jugak kerana kita mmg telah didik sedemikian. Kita dididik melalui lagenda Hang Tuah untuk sentiasa setia pada pemimpin dan tidak menderhaka. Walhal Hang Jebat juga bukanlah dipihak yg salah, Hang Jebat mati kerana mempertahankan prinsip melawan pemimpin yg tidak adil dan tidak layak jadi pemimpin. Tapi siapa yg betul? Siapa yg salah? Hang Tuahkah yg betul? Hang Jebat kah yg betul? Khairy kah yg betul? atau Mukhrizkah yg betul?
Post a Comment
<< Home