Akan berlakukah "MAGERAN"
Sedang kami melayari Internet kami terjumpa dengan artikel tahun 1999 oleh Ibrahim Baba bertajuk "MAGERAN" http://members.tripod.com/polong_cyber/koleksi2/a5208.html
MAGERAN AKAN AMBILALIH NEGARA, JIKA BN KALAH! Maklumat yang diterima menyatakan bahawa UMNO akan melancarkan satu gerakan di bawah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang akan menjadi "senjata" utama dan terakhir pihak UMNO/Barisan Nasional untuk terus berkuasa. Segala persiapan penubuhan MAGERAN sudah hampir pasti tersusun sebagaimana Majlis Tindakan Ekonomi (MTEN). Mengikut sumber yang memberitahu MR, MAGERAN akan dilaksanakan kalau UMNO/Barisan Nasional kalah di dalam Pilihanraya umum nanti atau keadaan ekonomi menjadi terlalu teruk dan buruk.
Apa yang menjadi percaturan UMNO hari ini, apabila keadaaan ekonomi menjadi terlalu teruk dan buruk maka situasi kekacauan kaum akan diada-adakan (created) sebagai alasan kepada melaksanakan melaksanakan MAGERAN. Ada kemungkinan sebab-sebab kepincangan sosial seperti bohsia, penagihan dadah, pelacuran dan lain-lain juga turut akan dijadikan alasan. Beberapa fakta yang mendorong kepada penubuhan MAGERAN ini ialah seperti berikut: Abdullah Badawi merupakan seorang yang amat 'familiar' mengenai MAGERAN semasa MAGERAN dilaksanakan pada tahun 1969 di mana ianya dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak, dimana beliau merupakan pegawai kerajaan yang melaksanakan tugas-tugas sekeretariat MAGERAN.
MAGERAN AKAN AMBILALIH NEGARA, JIKA BN KALAH! Maklumat yang diterima menyatakan bahawa UMNO akan melancarkan satu gerakan di bawah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang akan menjadi "senjata" utama dan terakhir pihak UMNO/Barisan Nasional untuk terus berkuasa. Segala persiapan penubuhan MAGERAN sudah hampir pasti tersusun sebagaimana Majlis Tindakan Ekonomi (MTEN). Mengikut sumber yang memberitahu MR, MAGERAN akan dilaksanakan kalau UMNO/Barisan Nasional kalah di dalam Pilihanraya umum nanti atau keadaan ekonomi menjadi terlalu teruk dan buruk.
Apa yang menjadi percaturan UMNO hari ini, apabila keadaaan ekonomi menjadi terlalu teruk dan buruk maka situasi kekacauan kaum akan diada-adakan (created) sebagai alasan kepada melaksanakan melaksanakan MAGERAN. Ada kemungkinan sebab-sebab kepincangan sosial seperti bohsia, penagihan dadah, pelacuran dan lain-lain juga turut akan dijadikan alasan. Beberapa fakta yang mendorong kepada penubuhan MAGERAN ini ialah seperti berikut: Abdullah Badawi merupakan seorang yang amat 'familiar' mengenai MAGERAN semasa MAGERAN dilaksanakan pada tahun 1969 di mana ianya dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak, dimana beliau merupakan pegawai kerajaan yang melaksanakan tugas-tugas sekeretariat MAGERAN.
Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) adalah mirip kepada MAGERAN di mana hampir semua unsur-unsur, struktur dan elemen-elemen penting MAGERAN sudah sedia ujud. MTEN boleh ditukar fungsinya kepada MAGERAN dengan cepat dan pantas. UMNO/Barisan Nasional amat gusar dengan suasana politik kini dan pendirian pengundi yang mirip kepada pembangkang. Rujuk surat S/U Agung UMNO kepada semua Pengerusi Badan Perhubungan Negeri dan semua Ketua Bahagian bertajuk "Pergolakan Politik" Bil UMNO/B/PBT/1 JLD:3 bertarikh 14 April 1999. http://members.tripod.com/~mahazalimx/umyes.html
Hubungan dengan negara seperti Libya dan Iraq semakin aktif dengan lawatan anak Gadafi pada ahkir bulan April 1999 (tiada dalam berita - blackout) dan lawatan Naib Presiden Iraq, Taha Ramadan yang tidak diberi publisiti muka depan akhbar adalah tanda-tanda perbincangan-perbincangan bagi mempelajari pengalaman Libya dan Iraq dalam menangani krisis yang sama yang akan dihadapi di Malaysia. Berita-berita di akhbar yang sudah 'psycho' orang awam yang menegaskan bahawa masalah sosial (pengedaran dadah) perlu diperangi sebagaimana memerangi komunis.
Seperti tersiar di muka hadapan Berita Harian pada awal Mei dan usaha melaksanakannya telah bermula dengan penangkapan 'maknyah" baru-baru ini di sekitar KL. Kedaaan ekonomi yang gawat dan kenaikan KLSE yang mendadak adalah Merupakan 'artificial' dan dijangka akan merudum selepas bulan September 1999. Proses pemberhentian pekerja akan berterusan dan ini akan memberi kesan negatif kepada sokongan terhadap UMNO/Barisan Nasional. MAGERAN mungkin tidak mendapat sokongan pihak tentera sepenuhnya. Maka pihak tentera perlu "didisiplinkan" melalui pemaparan berita-berita kepincangan projek ATM (e.g. Pularek dan pemalsuan cek baru-baru ini).
Mula-mulanya difikirkan paparan tersebut adalah ditujukan kepada Syed Hamid atau Najib atau Samy Vellu, tetapi berita-berita selanjutnya jelas menunjukan ianya ditujukan kepada pihak tentera Pularek. Kesan paling nyata apabila terlaksananya MAGERAN ini ialah terhadap semua pemimpin parti pembangkang, NGO yang kritis terhadap kerajaan, pengedar dadah, ibu/bapa ayam, bohsia dan pemimpin-pemimpin agama yang dianggap "salah" akan ditangkap.
Akhbar-akhbar tempatan akan memaparkan betapa MAGERAN perlu diadakan dan ianya akan dapat menyelesaikan masalah-masalah sosial dan ekonomi. Seperti di masa dahulu "operasi lalang" pemimpin parti pembangkang akan bercuti di Kemunting, Perak selama 2 tahun atau mungkin lebih. Selepas MAGERAN, Daim akan menjadi PM selama tidak kurang 2 tahun sebelum digantikan oleh Abdullah Badawi. Sekiranya semua perancangan berjalan baik, maka Najib, Abdulah Badawi, Syed Hamid adalah merupakan calun-calun Presiden di arena perhimpunan agung UMNO ketika itu nanti. Daim akan ditahtakan oleh Mahathir dan kroninya sehingga beliau bersedia untuk bersara.
Sumber: Ibrahim Baba20Mei, 1999
Sungguhpun ini artikel lama maka satu persoalan yang penting perlu kita tanya, adakah ini tidak mungkin berlaku hari ini di mana kedudukan Barisan Nasional agak meruncing. Kita perlu juga mempersoalkan perkembangan terbaru dalam politik negara kita. Kita lihat peranan Sultan dan Yang Di Pertuan Agung. Kita hari ini menyaksikan kemelut perlantikan Menteri Besar khususnya di Perlis, Selangor, Perak dan Terengganu.Kita lihat bagaimana dalam isu Terengganu terdapat kemelut terbesar. Sultan menolak perlantikan Idris Jusoh dan Ahmad Said kini dikatakan di pecat kerana melanggar arahan parti untuk tidak menerima jawatan itu. Keadaan ini melibatkan pergeseran UMNO dengan Istana Terengganu yang mana melibatkan Yang Dipertuan Agung. Adakah semua ini menghala ke arah yang spesifik. Adakah - MAGERAN mahu menyusup masuk? Kita bincang sama-sama. Akan berlakukah "MAGERAN"
11 Comments:
Saya percaya mesti ada sesuatu yang sedang dilakukan untuk memendekkan usaha BR dalam mentadbir beberapa buah negeri di Semenanjung.
Negeri2 itu pula adalah negeri yang kaya.
BN tidak akan dpt memerintah dalam keadaan negeri2 kaya ini di tadbir oleh BR.
Tentu BN akan bertindak sebagai Yahudi utk mendapat semula negeri yang hilang.
Wang petronas akan digunakan utk politik BN
Saya melihat, kehadiran MAGERAN untuk kali kedua dalam situasi dan sekitaran yang serba canggih hari ini kurang munasabah walaupun tidak mustahil.
1 Situasi tahun '69 berbeza dengan jauh dengan situasi sekarang, di mana ketika itu kaum Cina berseberangan langsung dengan kaum Melayu. Hari ini, keadaannya tidak begitu, kerana pertarungan sekarang ialah di antara BA dan GR ringkasan Gagasan Rakyat, (saya suka guna istilah ini kerana ia tidak pak turut kepada istilah Barisan dalam BN), di mana dalam GR juga terdapat ramai kaum Melayu dan bahkan dominan.
2 Sifat masyarakat sekarang sudah lebih terbuka dan mengakuri kewujudan pelbagai kaum.
3 Keadaan ekonomi yang sudah hampir sepadan. Tahun '69 disamping isu perkauman, sebenarnya isu perbezaan status ekonomi juga berperanan mencetus pergaduhan kaum. Faktor itulah yang membuat pergaduhan banyak berlaku di negara-negara yang ekonominya kurang stabil.
4 Keadaan ekonomi yang baik, akan membuat orang berfikir sepuluh kali untuk terlibat dalam pergaduhan, kerana mereka sedar akibatnya akan merugikan diri sendiri.
5 Keterdedahan dengan dunia luar melalui pelbagai media, terutama sekali internet akan menimbulkan imej yang amat buruk kepada Malaysia sekiranya Mageran berlaku. Kita juga sangsi, campur tangan negara-negara besar untuk memulau dan bahkan memboikot ekonomi Malaysia, jangan lupa ekonomi kita amat bergantung dengan eksport. Seperkara lagi, sekiranya pelabur institutsi asing melarikan diri dari KLSE, buruk padahnya kepada negara.
Jadi, berdasarkan fakta di atas, tidak munasabah MAGERAN akan digunakan kembali untuk kepentingan penguasa.
TUTUH JANG SAMPAI MONANG
BUAT MASA NI, SIAPA2 YANG DIPILIH OLEH PAKLAH AKAN DITOLAK OLEH SULTAN. KATANYA 6 BAHAGIAN UMNO TRENGGANU DAH BERI SOKONGAN KEPADA MAD SAID. PAKLAH NAK PECAT SEMUA KA? RASA RASA ADA SATU FORMULA NAK BAGI SEMUA SULTAN SETUJU BALIK DENGAN BN/UMNO NI IAITU 'PAKLAH LETAK JAWATAN'. SELESAI MASALAH. SELAGI PAKLAH DOK PEGANG PM, KHAIRY DAN SINGAPORIANNYA LAH YANG MEMERINTAH MALAYSIA
saya orang malaysia, kawan karib saya ah chong, juga orang malaysia, kawan karib seorang lagi muthu juga orang malaysia. Jikalau MEGERAN benar-benar belaku, semua ini adalah wayang yang dilakon oleh bangsat UMNO.
sekarang dengan kemenangan BR dalam lima buah negeri telah membuktikan, sudah tidak ada perbezan kaum. satu persefahaman telah dicapai untuk mengwujudkan bangsa MALAYSIA.
ahh..UMNO takkan berani buat..sebab kalau UMNO buat MAGERAN, Yang Dipertuan Agong akan arah tentera rampas kuasa macam kat Thailand.
Ingat yang ada kuasa isytihar darurat agong bukan PM..kalau Tentera rampas kuasa teruk UMNO sebab Tentera akan dakwa UMNO melawan Yang Dipertuan Agong.
Derhaka kepada Agong, hukuman mati..
MAGERAN adalah senjata lama yang sepatutnya jika ingin dilakukan seharusnya dilakukan pada masa pengumuman PRU12. Ia mungkin difikirkan semasa BN melambatkan pengumuman kejatuhan Selangor sehingga hari Isnin di media utama tetapi tidak dilaksanakan memandangkan orang Melayu zaman sekarang lebih pandai bercakap dari bertindak. Situasi communal sudah tiada. Terima kasih kepada TDM yang menghantar rakyat Malaysia mendapat pendedahan di luar negeri sehingga apa di luar sana menular di Malaysia sehingga Hang Jebat merata-rata.
Namun begitu, ekonomi luar sana terutama di USA yang bakal mengalami kemerosotan ekonomi akan digunakan oleh BN untuk menyebabkan negeri2 yang 5 itu meminta bantuannya. Ekonomi akan dijadikan senjata! Tunggu dan lihat. TV3 telah mula kembali melaksanakan tugasnya memburukkan kerajaan pembangkang.
Tetapikan panggilan mageran bukan hanya kerana konflik perkauman. Banyak sebab di peruntukkan untuk deklarasi mageran. Sekiranya ada pergeseran antara kerajaan dan Istana dan kedudukan tidak politik tidak stabil, mageran boleh digunakan. Hatta keadaan ekonomi yang agak meruncing, negara diambang bangkrap, percakaran sesama dan kali ini adalah pergeseran Pak Lah atau kerajaan dengan Istana.
Bukankah kita lihat bahawa Istana yang selama ini macam pak lah tidur tetiba bangkit. Kenapa pak lah nak mempertahankan Idris sehingga meletakkan Umno dan dirinya berdepan dengan risiko melainkan risiko yang diambil adalah untuk sehingga terbubarnya parlimen akibat mageran dan pemilihan semula dilakukan.
Rakyat M'sia sekarang ramai yg sudah celik ilmu.Cerdik pandai pun ramai.Negara pun aman damai meskipun BN tewas 5 negeri & 1 parlimen (wilayah persekutuan).Untuk bertindak melampaui batas keinginan rakyat (seperti MAGERAN) boleh menjejaskan ekonomi yang mana tidak dikehendaki semua bangsa/ masyarakat M'sia.
Apa yg penting 'reformasi' ke atas BN (parti komponen).UMNO punya kuasa politik perlu di 'reform'- pemikiran, hala tuju,agenda serta pemegang kuasa amanah rakyat!
Kepincangan yang berlaku di bawah pentadbiran BN sejak era Tun M perlu di perbetulkan.Kita sudah ada sistem pemerintahan yang boleh dikatakan baik jika dibandingkan dengan negara lain di dunia namun apa yang ketara kesalahannya adalah IMPLIMENTASI sistem oleh pemunya kuasa!!
ape...
kepercayaan rakyat semakin berkurangan..
ini di sbb pemimpin2 UMNO skrg yang angkuh dan takbul dengan kuasa...
walaupun MAGERAN di tubuh kn,
x mesti nya keadaan kembali pulih....
cuma kita ( orang melayu )harus membetul kn pemimpin2 skrg..
UMNO PARTI KERAMAT ORANG MELAYU!!
B N masih kuat walaubagaimanapun kepentingan rakyaat harus di dahulukan oleh semua pemimpin negara,sekarang ramai penggundi adalah orang yang sekurang-kurangnya mempunyai pendidikan dan boleh membuat penilaian semasa menggundi.rakyat harus ada kerja,ada pendapatan dari usaha-usaha tersebut mereka akan buat pilihan jika perolehan baik mereka baik begitu juga sebaliknya.statistik ada,buat rangka dan waspada kebajikan dijaga bersatu teguh bercerai roboh.Semua orang harus ingat,sesat di hujung jalan balik ke pangkalnya.
Post a Comment
<< Home