Pilihan raya paling getir buat BN
Adakah benar ini pilihan raya paling getir buat Barisan Nasional? Adakah benar kegetiran ini bukan kerana kekuatan pembangkang tetapi lebih kepada “silent protes” terhadap Pak Lah? Memulakan langkah memasuki pilihan raya, UMNO dan komponen parti dalam Barisan Nasional berdepan dengan masalah calon khususnya mereka yang di gugurkan. Berbagai-bagai spekulasi terbentuk, kelemahan Pak Lah dalam mengurus tabir proses pemilihan calon, diberitakan kekuatan konspirasi MB dan penolakan kerajaan baru “kerajaan Khairy Jamaluddin” adalah antara suara-suara ketidakpuasan dalam UMNO sendiri.
Tidak cukup dengan itu, turut diberitakan pilihan raya kali ini adalah pilihan raya berbentuk pemilihan perkauman. Kita lihat penentang kuat masyarakat India dan Cina terhadap Barisan Nasional yang masih lagi dalam proses pembendungan isu. Ada juga yang berpendapat bahawa masalah perkauman dan masalah perbincangan kaum terpinggir adalah antara masalah yang terpaksa didepani oleh Barisan Nasional.
Langkah Barisan Nasional di kawasan bandar khususnya juga dikatakan pincang. Tidak dapat tidak para penganalisis politik mengakui kehadiran blog dan laman web banyak membentuk perspektif baru masyarakat dan menolak sikap tradisional dan ortodoks Barisan Nasional dalam menangani isu.
Cara menyenaraikan harga barangan negara ini berbanding dengan harga barangan lain di luar negara adalah kempen ortodoks Barisan Nasional. Pengkhususan adalah kenaikan harga barangan di Malaysia, poket siapa yang terasa akibat kenaikan harga barangan dan bukan masalah mengungkit subsidi yang masih kabur, khususnya subsidi wang itu adalah wang rakyat dan subsidi itu adalah untuk rakyat.
Sikap ortodoks dengan media masih lagi digunakan untuk mempromosi Barisan Nasional merupakan bantahan pembangkang dan ini mengiakan apa yang di perjuangkan oleh pembangkang. Perkara ini akan menjadi isu utama dan masyarakat generasi web akan menjadikan ini alasan untuk menolak Barisan Nasional.
Apa pun kalau ini bukan satu pilihan raya yang getir kepada Barisan Nasional tetapi ini adalah penanda arah bahawa Barisan Nasional akan tercalar juga dalam pilihan raya akan datang dan rakyat semakin hari semakin matang untuk menuntut agar Barisan Nasional khususnya UMNO untuk melakukan reformasi.
9 Comments:
Another candidate looking to help bring change: Tn. Hj. Che Abdullah bin Mat Nawi.
Most of his speeches at Google Video here.
D Chinese will vote 4 DAP n the Indian will not vote 4 BN. I believe DN will hv a hard time.
PAS dan DAP masing-masing bertanding 60 kerusi dan 45 kerusi parliman sahaja. Kalau mereka menang semua pun tak boleh wujud kerajaan sendiri sebab tak ada 2/3 majoriti atau 150 kerusi parlimen.
Oleh itu, Jangan Takut. Cina undilah PAS. Melayu undilah DAP. Bagi peluang untuk parti-parti yang dikatakan media BN sebagai "radikal" peluang. Mana tau negara ini akan lebih baik dan mereka tidak seradikal yang disifatkan. Kalau tak baik, bolehlah kita balik ke BN 5 tahun kemudian. Kalau masa tu BN tak baik, baliklah kepada pembangkang 5 tahun lagi.
Undilah pembangkang kali ini sebagai pengajaran kepada pemimpin masa depan bahawa rakyat sudah bosan diperintah dengan cara ditipu dan diugut dengan agenda perkauman dan agama. Pemimpin sebaik manapun atau sepandai mana pun patut dijatuhkan kalau mereka masih berjuang kepada parti pemerintah yang korup.
Malaysia bukannya miskin sampai perlu naik harga. Cuma duit itu disalahgunakan untuk makan suap. Duit rasuah BN itu milik rakyat.
BN hari ini sudah ketinggalan zaman. RTM dan Media Prima tu sebenarnya RT"BN" dan Media BN. Pembangkang patut diberi peluang untuk menunjukkan kesalahan BN di media massa awam supaya rakyat tidak dimanupulasi dan mempunyai lebih banyak perspektif untuk menilai pemimpin mereka. Dengan itu, wakil-wakil rakyat yang korup dapat dikeluarkan dan wakil yang masih baik akan takut mengguna jalan kotor untuk menipu rakyat kelak.
Jangan diperas ugut BN lagi
Apa yang saya khuatiri selama ini - perpecahan di kalangan kita sesama kita sebangsa, seagama dan senagara akan berlaku - kini sedang sedang berlaku. Ia akan membawa padah kepada kita sebagai tulang belakang kepada pemerintahan negara.
Kelecekan musuh-musuh kita secara halus dan berterang-terangan, dibantu oleh munculnya media yang lebih canggih daripada media perdana, telah mempercepatkan lagi proses penghakisan warisan ketamaddunan bangsa milik negara ini.
Inilah yang dikatakan orang terlepas dari mulut rimau masuk ke dalam mulut buaya.
Siapa yang hendak dipersalahkan? Di manakah salah silapnya?
Kemewahan dan terlalu cenderung kepada kebendaan dan kemewahan dunia, itulah agaknya yang mengalpakan dan mencuaikan kita terhadap tanggungjawab dan citarasa perjuangan datuk nenek kita dulu menuntutu kemerdekaan?
Apa yang berlaku sekarang amat malang dan menyedih-pilukan hati para pejuang silam.
Kita telah kembali ke takuk lama; cuma senarionya berlainan - penjajahan bentuk baru - neo-colonialism - menerusi mental subjugation telah menerebosi kelalian kita.
Nampaknya Si Luncai sudah bersedia hendak terjun dengan labu-labunya. Biarkan, biarkan, biarkan .....
mansal damha
Rasanya tak la getir je.. isu yang dibawa pembangkang sekadar manis dibibir.. sebab diorang tak yakin menang pilihanraya...
Kalau dianalisis secara rasional BN mudah mendapat 2/3 kerusi.. Jangkaan BN dapat kerusi tanpa tentangan sengit:-
Sarawak (30), Sabah (24), Johor (25, Pahang (13), Melaka (5), N9 (7), Selangor (18), Terengganu (3), Kelantan (2), Perlis (2), Kedah (10, Penang (5)WP (7) & Perak (17)=168
Majoriti 2/3 = 148 Kerusi P,
BN jangkaan Mudah =168 Kerusi P
so terimalah kenyataan yang BN pasti menang.. Tak payah lah buat ujikaji.. Yang penting Malaysia aman dan makmur dah la..
Cuba anda bayangkan Malaysia diperintah oleh pembangkang y berlainan ideologi.. Fikir2 sendirilah macammana...
biar ada banyak pembangkang dlm palimen baru bn kerja kuat dan tak tidor...tentang perkauman tak kan terjadi sebab raayat msia ada otak
itu isu last minit bn tiap2 5 thn sekali....
dia pi kampong2 bg tau kalau bn kalah jadi 13 mei
dia pi kat cina,india pulak...kata kalau bn kalah susah you all nak cari makan...
reading this after the election made me laugh at anonymous post no 4. lol
BN menang mudah?
KAH KAH KAH
hilarious sir! hilarious!
This comment has been removed by the author.
Post a Comment
<< Home