Pilihan Rakyat?
Maka gendang dan semboyan pilihan raya semakin hampir. Ramai kepimpinan tersembunyi kini keluar dari kepompong mereka. Wartawan dan mereka yang mampu menyiarkan mungkin dapat merasa limau Mandarin yang akan di bekalkan setelah penat menyiarkan dan menemu duga kepimpinan yang selama ini bersembunyi dan sepi dari kawasan. Hari ini mereka datang semula, ibarat hujan yang akan membasahi kemarau sekian lama wujud di kawasan itu. Hari ini mereka akan datang tersenyum riang membawa janji, membawa mimpi baru dan berceloteh mengenai apa yang mereka lakukan sepanjang mereka memimpin. Ada yang mendabik dada mengatakan bahawa usaha mereka kini sudah membuahkan hasil kerana jalan akan diturap, elektrik akan sampai, benih-benih subsidi akan tersebar luas. Waktu inilah subsidi penting. Waktu ini juga pembangunan menjadi keutamaan, rakyat menjadi tetamu istimewa kepada ahli-ahli yang menjadi pilihan rakyat untuk memimpin. Namun apakah benar hujan sehari terhapus kemarau setahun?
Setakat ini, itulah azimat pegangan mereka. Anggota pilihan rakyat ini percaya hujan yang akan datang sewaktu pilihan raya ini adalah rahmat untuk mereka dan akan menjadi penebus dosa antara mereka dengan rakyat. Hari ini mereka hadir semula, rakyat melihat mereka semula sambil mereka berjanji akan meneruskan mimpi penduduk setempat untuk sekuang-kurang 5 tahun lagi. Begitu seterusnya senario yang akan dilakukan. Rakyat terus menjadi tetamu istimewa sekurang-kurang 5 tahun sekali.
Sungguhpun bukan semua mereka yang yang bersembunyi setelah memegang gelaran pilihan rakyat tetapi kehadiran mereka yang muncul hanya pada zaman pilihan raya adalah kepimpinan hipokrit yang sepatutnya tidak diberi tempat. Mereka harus ditolak jauh atas dosa melanggar amanat yang sepatutnya mereka tanggung. Ini perlu dilakukan dan sekiranya kepimpinan negeri, hatta YAB Perdana Menteri Malaysia memberi watikah untuk memilih semula pemimpin hipokrit ini untuk dicalonkan semula sebagai wakil pilihan rakyat maka RAKYAT perlu menjadi hakim.
Rakyat Malaysia perlu menjadi hakim yang bijak dalam masa kita menjadi tetamu istimewa kepimpinan yang mahu terus menjadi wakil pilihan rakyat. Kita harus meneliti sejauh mana wakil pilihan rakyat ini mampu menjadi pelindung kepada kita. Kita mahu tahu sejauh mana mereka mahu menegakkan agenda rakyat kawasannya dan sejauh mana mereka berusaha membantu. Andai kita tidak tahu mengukur maka wakil pilihan rakyat yang akan hadir selepas ini adalah kepimpinan yang akan hilang sehingga pilihan raya yang akan datang untuk menebus kemarau 5 tahun tersebut. Adakah itu yang kita mahu?
Maka rakyat pada waktu ini akan menjadi tetamu istimewa pada rumah mereka sendiri sekiranya mereka tetap dengan konsep hilang kemarau 5 tahun akibat hujan sehari. Tepuk dada tanya selera.
10 Comments:
juz 2 show that d malays r stupid. so what can we do,and plz dont blame others
Rkayat Malaysia sangat takut untuk berubah. Lepas pilihanraya nanti petrol dan diesel akan naik lagi dan sudah tentu akan naik semua barang. Sama samalah kita hadapi, mungkin harga mee goreng sepinggan lepas ni RM10.00
kuat berkempen sampai kebasahan
kononnya untuk meberi khidmat
undian rakyat menjadi taruhan
antara habuan atau pun khidmat
semua orang mahukan habuan
bezanya di dunia atau akhirat
iman dan Islam jadi panduan
agar selamat dunia dan akhirat
Waktu inilah paling sesuai bawak camcorder ke mana-mana kempen untuk merakam watak penyokong, balaci, hamba dan pengambu. Tidak kurang juga rakaman ragam ahli politik kuda kayu, kuda kepang dan kaki pancing. Selepas tu upload ke youtube. It would be nice to see them over and over again!
Pak Lah kata "transparent..." Di zaman IT dan youtube, maklumat akan disebarkan di mana-mana, suka atau tidak. Bakal calon yang berhormat ketar lutut juga kan? Tak cukup tanah di buatnya...Ya saya sokong, jangan lupa bawa camcorder, dan paparkan segala janji dan bukti tu dalam Internet.
Salam Perjuangan,
Kalau kita letakkan diri selaku insan neutral... dan mempertimbangkan pilihan berdasarkan parti... ermmm satu parti politik pun tak boleh pakai...
1. parti X: dengan pengaruh menantunya,projek untuk kroni, patrick lah sapa2 lah... tak terlus... bawak Islam Hadhari.. bini x pakai tudung, anak seksi sbb takut suami ikut maya karin... pening2. macam mana nak pimpin negara... keluargapun tak terpimpin...
2. siang-siang pun boleh terang sbb nampak bulan... nama je perjuangn islam... dialah pailng islam dalam dunia tapi pemimpin dia peh rasuah gak, songlap balak, perangaipun x mencerminkan Islam ceramah siap mencarut mencaci maki org... apa citer... sanggup ketepikan asas perjuangan nak tubuh negara Islam demi membolehkan sekongkol dgn DAP: yg terbukti memusuhi Islam... ermmm menghalal cara dengan sanggup korbankan islam demi kuasa dan politik... apa citer....
3. tengok bendera nampak mata lebam... tengok 2 kali meluat pulak... yelah dulu dlm kerajaan dialah raja rasuah... tak caya tgk kes Allahyarham Tun Gaffar dan Keruntuhan kerajaan dulu zaman pairin kat sabah lepas seminggu dia lah main duit beli semua org... sekarang bising rasuah kerajaan... tabung pilihanraya pun dia nak guna duit utk kepentingan tak caya tanya TS Khalid dia yg tak luluskan... ezam yg berjuang demi dia pun sanggup dia abaikan inikan pulak org lain... tu skrg PKR hancus... nie pun cakap islam berdegar2... tapi ermmm kat belakang ayam muda tak tolak... siap ratah2 lagi... siap sanggup gadaikan negara dmi wang dgn sekongkol dgn IMF dan CIA nasib tun cepat...hye klu dia jd pemimpin kiamatlah malaysia...
so nak sokong sapa??? pening...rasanya tgklah sapa dicalonkan annti.... undi kepada calon yg bersih dan ok... bukan buta pada parti. calon dan parti yg terbukti mampu membawa malaysia ke arah kemakmuran... berkhidmat demi rakyat... jgn leak kambing pun ko pangkah sbb taksub pada parti... fikir masak2, ini masa depan negara... silap pilih anak bini n negara taruhanya...
renung-renung kan selamat berjuang
Jangan bagi BN 2/3 kalau mahu perkhidmatan yang baik dari kerajaan
Politik Malaysia banyak tercemar. Kalau BN tercemar dengan pelbagai rasuah, salah laku, kerakusan anak menantu dan kroni yang tak bertepi. Namun pembangkang juga tidak mempunyai vision yang jelas yang boleh membuatkan rakyat terpikat.
Walaupun sepahit mana keadaannya, PRU kali ini mestilah dimanfaatkan sepenuhnya. Walaupun ramai rakyat/pengundi sayangkan BN, tetapi bila menang pemimpin BN akan buat hal. Harga barangan akan naik..rakyat yang susah, sedangkan undi/mandat rakyat yang beri.
Kos hidup semakin meningkat, kerajaan tak ambil peduli, yang jadi mangsa adalah yang kerja kuli, 5 tahun sekali depa suruh undi, kali ini jangan undi kati (dacing) biar depa reti....kuasa rakyat mesti dihormati
malaysian politician not as in advance country.. only on voting season they come back to their constituency, be nice, shake hand, sweet talking and all that bull***t ! No matter opposition or gov. both are the same. after success as adun, they back to KL , use their influence to get rich for themselves. Thats it..believe me, im seen alot.. only those pre-merdeka time are genuine pejuang bangsa..now 90% corrupt... god bless malaysia.
Yang belum dijawap oleh saudara dan saudari di forum ini:
* 98% of all jobs in Petronas is for Malays
* 90% of all police are Malays
* 95% of all Headmasters of schools are Malays
* 85% of Malaysian Cabinet are Malays
* 90% of all nurses in Malaysia are Malays
* 96% of Malaysian Army, Air Force and Navy is manned by the Malays
* 10% discount is given to Malays to purchase houses (even multi million and super rich Malays are entitled for this 10% discount!! Is it fair?? Renunglah)
* With UMNO support almost all Malay businessmen are guaranteed bank and SME loans
* 90% of all government-linked education establishment have Malay students
* 90% of all jobs in the civil service are for the Malays
* 90% of malay students who got study loan never pay back their loan (they are sucking on the taxes paid by other Malaysian for FREEEE....what the f$$$? Tahu maksud apa itu "LOAN"??)
Sila jawap sumua statistik ini yang belum dijawap
Post a Comment
<< Home