Sunday, January 13, 2008

Dah la...


www.umno-reform.com telah mengatakan bahawa pada pilihan raya akan datang pemilihan mereka yang mewakili Barisan Nasional sebagai wakil adalah penting. Ini adalah untuk memastikan Barisan Nasional khususnya UMNO terus mendapat mandat dari rakyat. Kerajaan Barisan Nasional juga perlu memastikan perubahan dalam menteri kabinet agar kerajaan Barisan Nasional tidak dianggap usang dengan kepimpinan yang sudah tidak nampak lagi memberi kesan dan penuh kontroversi. Melalui Email dan SMS yang di kirim kepada kami berikut adalah antara mereka yang dikatakan perlu digugurkan bukan sahaja dari mewakili UMNO malah dari senarai kabinet akan datang. Adakah anda setuju dengan panggilan untuk mereka ini bersara dari politik dan adakah anda turut menyarankan agar UMNO menggantikan mereka dengan kepimpinan baru yang dapat membawa langkah seterusnya dalam memartabatkan agama, bangsa dan negara? Siapa lagi pada pendapat anda patut di gugurkan untuk memastikan UMNO terus relevan.

33 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Setuju lebih-lebih lagi dengan Rafidah Aziz. Betul kata web ni, dah la....Rafidah Aziz. Saya menyokong sekiranya Rafidah Aziz bersara dalam politik dan memberi laluan kepada mereka yang lain. Lagi pun skandal AP itu masih belum dalam penyelesaian dengan sempurna sungguhpun kita tahu ada unsur rasuah didalamnya.

Kak Fidah...dah la...Hidup Shahrizat Ketua Wanita UMNO baru

9:52 PM  
Anonymous Anonymous said...

Salam, pimpinan UMNO-BN yang lama wajar mengundur diri, walaubagaimana pun pimpinan yang masih idealistik seperti Dato Shahrir Samad harus dikekalkan dan sewajarnya dinobatkan sebagai Menteri Penuh dalam kabinet.

12:30 AM  
Blogger faizalzainol said...

PAK LAH menyerahkan posisi penting dlm kabinet kepada pemimpin melayu (yang bersih). terutamanya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan kementerian2 terkanan wajar dipimpin oleh pemimpin Melayu bagi menangani masalah yang berkaitan dgn kementerian tersebut yang tidak perlu saya huraikan permasalahannya disamping menukarganti pimpinan melayu sedia ada yang gagal membawa perubahan positif kepada kementerian masing2..

12:46 AM  
Anonymous Anonymous said...

zainuddin maidin yg utama untuk di keluarkan. Memalukan utk ada menteri penerangan macam dia. Saya minta pak lah tolak org macam dia. cadangkan azalina jadi menteri penerangan...apa kata

1:10 AM  
Anonymous Anonymous said...

Lama ka, baru ka, tak penting. Jika lama, tapi membawa kebaikan, kita perlukan. Tapi kalau lama, rasuah, bg gemuk diri sendiri, keluarga dan kawan2 ja, bg la pd org lain gemuk pula...
melayu mudah lupa

3:33 AM  
Anonymous Anonymous said...

Lama ka, baru ka, tak penting. Jika lama, tapi membawa kebaikan, kita perlukan. Tapi kalau lama, rasuah, bg gemuk diri sendiri, keluarga dan kawan2 ja, bg la pd org lain gemuk pula...
melayu mudah lupa

3:33 AM  
Anonymous Anonymous said...

Ya lah, betul tu god bless, tapi aku sokong merek yang atas tu untuk blah. New blood is needed.Mereka dah jadi history..betul kata title tu ..dah la

1:26 PM  
Anonymous Anonymous said...

Ada para pucuk pimpinan yang harus digugurkan dari kerajaan, bagi pada orang baru yang lebih berkaliber lagi menerajui pucuk pimpinan pentadbiran m'sia...macam zainuddin maidin tu, memang buat malu m'sia jer..nampak lah pemimpin m'sia tak profesional dalam menangani masalah dan persoalan yang diajukan oleh orang luar mengenai negara m'sia..

3:26 PM  
Blogger CULA TUPAI said...

Pendapat saya bukan gugurkan badut badut lama dalam umno ,mca,mic dan gerakan tapi tukar dengan kerajaan baru ...... baru lah malaysia akan maju dan orang orang melayu tak kena tipu lagi..

4:09 PM  
Anonymous Anonymous said...

Saya rasa orang pertama harus digugurkan adalah Dato' Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi. Juga Dato' Seri Najib Tun Razak.

Terimak Kasih

4:43 PM  
Anonymous Anonymous said...

Persoalan yg dikemukakan adalah wakil untuk umno dlm pilihan raya akan dtg. Tapi ko cula tupai memang tak pass spm kot, lain soal lain jawab.

Aku setuju dgn cadangan 4 nama tu sebagai round pertama untuk di kuarkan. Ganti dgn org baru. Aku setuju gak cadangan shahrir samad jadi menteri penuh. satu lagi nama yg patut gugur adalah nazri tan sri aziz

8:39 AM  
Anonymous Anonymous said...

Aku rasa semua patut di gugurkan. kita gantikan dengan kerajaan BA yang lebih telus dan adil.

setuju tak?

10:27 AM  
Anonymous Anonymous said...

Stuju! Stuju!... Pak Lah n Najib wajar digugur dahulu. Serah kepada PAU UMNO untuk tentukan siapa pengganti kerana ia datang dari akar-umbi.

3:23 PM  
Blogger kamarulzaman ahmad said...

Salam,

Jangan gugurkan mereka ini kesemuanya, sebaliknya humiliate kan mereka ini, subdue kan mereka ini dan kemudianya berikan mereka peluang sepenggal dan control. Umpama beri nyawa.

I think Pak Lah should do just like those kabilah Arab buat di zaman lampau.

Bukankah macam-macam fail Pak Lah pegang. Sekali sekala campakkan atas meja diaorang.

In this case KJ is the best person to do.

All the best to bro Anuar arah kita. Selamat menggoreng.

6:51 PM  
Anonymous Anonymous said...

Pendapat saya gugurkan BN biar parti lain yg memerintah. Mana pemimpin BN yg kelihatan rasuah dan menyalahkan kuasa mesti disiasat olih satu badan bebas. Kalau sah melakukannya hendaklah dijatuhkan hukuman.
Ini untuk memberi teladan pada para pemerintah supaya jujur, amanah dan adil.

10:14 PM  
Anonymous Anonymous said...

Sahab said...
Pendapat saya gugurkan BN biar parti lain yg memerintah. Mana pemimpin BN yg kelihatan rasuah dan menyalahkan kuasa mesti disiasat olih satu badan bebas. Kalau sah melakukannya hendaklah dijatuhkan hukuman.
Ini untuk memberi teladan pada para pemerintah supaya jujur, amanah dan adil.
.....

So orang pertama kita kena siasat adalah Khiry Jamaluddin (Skandal ECL Libra, Skandal AirAsia, Skandal WPI, Skandal Saham Telekom Jual Kepada Singapore, Skandal Chua Soi Lek kerana KJ marahkan CSL pertahankan KPJ dan menolak Mont Elizabeth leader WPI dlm Kesihatan dll)

Pak Lah Skandal Oil for Food, BSA Taher, Skandal PKFZ (Duit Pilihanraya untuk BN), Pemberian hadia oleh AK berupa kapal layar range "cobra Sultan"

Kamaluddin Abdullah...Skandal Bas Rapid dll...

11:43 AM  
Anonymous Anonymous said...

Salam Perjuangan,

Setuju bro kita siasat penyelewengan ni terutamanya pemimpin kita di kelantan, yelah sampai gondol balak hutan ditebang dah lah tu dibagi pulak pada kroni bangsa asing menggadaikan maruah dan kekayaan negara demi wang ringgit...

Guna duit baitulmal, duit zakat hantar anak belajar over sea walhal sendiri kaya dan berkemampuan...

duit koperasi rakyat jugak disonglap, kelayakan pemilikan rumah... byk lagilah... Tuan Guru Nik saja yg ok lain ermmm semua pentingkan mulut pastu perut pastu bwh perut (ramai pemimpin kita di klate poligami dgn pompuan siam... comel2 katakan)

renung-renungkan, selamat berjuang

2:56 PM  
Blogger Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin said...

Memang rafidah, kami orng sayong dah menyampah melihat nenek tua ni
tak sedar diri, memalukan orang kuala aje. dia bukan orng kuala!
Wajib digugurkan, jika tidak tunggulah kehinaan yg akan menimpa BN kuala, hanyut dan hancur!

12:25 PM  
Anonymous Anonymous said...

Inilah senarai yang patut digugurkan pada pendapat aku Rafidah Aziz, Samy Vellu, Nazri, Zam,

Ambilla kepimpinan yang baru...yang ada idea yang lebih segar ....

8:53 AM  
Anonymous Anonymous said...

Salam abg Nuar dan teman2..

Saya memikir dasar 'kepentingan bangsa' juga patut difikirkan. Jika pemimpin sahaja bersih, tetapi dasar yang compang-camping, akhirnya meninggalkan natijah yang compang-camping juga.

Sebagai contoh, pengenalan DEB. Sepatutnya agihan kekayaan berdasarkan kepentingan (kemiskinan rakyat), bukan atas dasar etniksiti.

Bila DEB ini atas dasar etniksiti, akhirnya dalam semua bangsa lahir kapatalis & dalam semua bangsa juga masyarakat miskin masih gagal dibendung; disebabkan dasar ini.

Secara subjektifnya, orang Melayu ada dua pilihan. Pertama, memangkah PAS kerana representasi PAS rata-rata orang Melayu. Kedua, melakukan tranformasi dalaman dalam UMNO.

Perkara kedua ini sebenarnya sukar dan memerlukan kejujuran dan kesabaran

Makna orang melayu 'miskin' adalah mereka tidak diberi peluang untuk mengubah hidup mereka. Jadi, dasar parti juga patut diubah.

Abg Nuar lebih faham perkara ini sebab Abg Nuar boleh dikatakan ahli pemikir dalam isu 'kepentingan melayu'.

Sekadar pandangan. Maaf jika diluar subjek perwacanaan Abg Nuar.

http://zainulfaqar.wordpress.com

9:43 AM  
Blogger faizalzainol said...

gogak,

aku juga setuju dgn pandangan ko tentang Dato Shahrir samad, mungkin UMNO perlukan beberapa "individu" import untuk memperkasakan UMNO semula, termasuk berusaha membawa semula EZAM MOHD NOOR dalam UMNO.. (tidak terkecuali Dato Seri Anwar Ibrahim)

Beberapa pimpinan UMNO yang wajar dinaikkan dilantik menteri penuh Ketua Umno bahagian Batu Pahat, Senator Dr Puad Zakarshi.

Mungkin SAUDARA ANUAR boleh menimbulkan isu "Yang Terbaik Dalam UMNO~ sekurang2nya boleh dijadikan panduan untuk PAKLAH memilih calon untuk pilihanraya akan datang, disamping membantuk beliau membentuk kabinet terbaik selepas pilihanraya akan datang!..

12:43 AM  
Blogger faizalzainol said...

This comment has been removed by the author.

12:47 AM  
Blogger faizalzainol said...

Saudara Anuar,

Mungkin SAUDARA boleh utarakan isu "Yang Terbaik Dalam UMNO~utk dibariskan dalam dalam pilihanraya akan datang& seterusnya membarisi kabinet kerajaan selepas pilihanraya akan datang".

Sekurang2nya boleh dijadikan panduan untuk PAKLAH memilih calon untuk pilihanraya akan datang, disamping membantuk beliau membentuk kabinet terbaik selepas pilihanraya akan datang!

Dalam UMNO amat mudah untuk mencari "yang terburuk" kerana terlalu ramai. Kita telah temui banyak yang terburuk dalam UMNO, mungkin dah tiba masanya, kita cari yang "terbaik" sebagai alternatif untuk UMNO.

mohon dirujuk artikel terbaru saya:

http://evaluasireformasi.blogspot.com/2008/01/umno-wajar-menobatkan-dato-shahrir.html

3:50 AM  
Anonymous Anonymous said...

Kalau boleh digugurkan semua pemimpin BN yg keparat tamak kuasa, rasuah, seleweng duit rakyat, brg naik, minyak naik, rakyat miskin tak trbela, nyah la korg semua dr bumi Malaysia ni.

2:47 AM  
Blogger MD said...

Saya rasa JJ patut tidak lagi menjadi menteri sains (Sebagai menteri lain??? munikin lebih sesuai). Saya rasa dia gagal sebagai menteri sains. Berbilion dibelanjakan untuk penyelidikan, "Technofund a total failure" Patut ada audit yang menyeluruh.

Projek angkasawan Malaysia - a disgrace. Perempuan iran pergi ke ISS dengan bayaran RM100 juta (US20million)- tapi duit itu duit sendiri. Kita hantar sorang doktor tulang juga dengan kos RM100 juta, apa bezanya. Bezanya kita mungkin berbelanja RM100juta lagi sebagai in-direct kos. Dan duit ini boleh digunakan untuk project penyelidikan yang lebih bermanfaat.

Apa kita mahu dengan lawatan ke ISS ini? Buat ujian? Ujian apa kalu hanya untuk beberapa hari di sana - Kalu ya pun lebih baik hantar penyelidik itu sendiri - professor in cell cloning. Kalu kita dapat apa-apa pun dari ujian ini, kita tidak ada infa untuk menggunakan hasil ujikaji ini. US dan USSR dah beribu jam di ISS dan beribu ujian telah dibuat. Tetapi mereka ada infra yang canggih untuk komersialization. What is so special about our 30 minutes experiment ini?

Katakanlah 1000 anak sekolah mendapat semangat untuk menjadi angkasawan melalui promosi "angkasawan negara" ini, dan mendapat ijazah BS(angkasawan) 10 tahun akan datang, adakah Malaysia sanggup menyerap mereka ini? Adakah cukup makmal untuk melatih 1000 orang ini ke arah program ijazah? Adakah kita akan bagi ijazah BS(Angkasawan) walau pun mereka tidak menjalankan ujikaji di makmal?

Dengan RM100 juta kita boleh bina satu makmal tercanggih di mana-mana universiti di Malaysia.

Pada pandangan saya kementerian sains perlukan suntikan menteri baru - dan bukan lagi JJ.

5:06 PM  
Blogger MD said...

Saya setuju dengan cadangan farrel. Kita cuba cadangkan individu yang baik. Saya ahli UMNO dah bertahun, tapi apabila diperhatikan, ini tugas sukar. Bagaikan mencari sebiji antah dalam segantang beras. Mungkin juga kerana UMNO dah lama berkuasa. Semua bisa diurus - tapi mesti ada fulus.

Harapkan UMNO bukan sebagai lobak, cantik di luar buruk di dalam. Mahadhir telah menagis kerana keburukan ini, mungkin Pak Lah juga menangis. Harapkan janganlah UNMO sebagai kapal mega yang dah hilang kemudi, hanya tunggu masa melanggar batu dan berkecai.

Anuar? saya rasa dia dulupun tak begitu bersih. Saya masih ingat program memperkayakan fleet groups and the gang - sistem payung!!!

5:25 PM  
Anonymous Anonymous said...

* 90% of all jobs in the civil service are for the Malays

* 98% of all jobs in Petronas is for Malays

* 95% of all CEO's & MD's of GLC's are Malays

* 90% of all police are Malays

* 95% of all Headmasters of schools are Malays

* 95% of all Government contract goes to Malays

* 85% of Malaysian Cabinet are Malays

* 90% of all nurses in Malaysia are Malays

* 96% of Malaysian Army, Air Force and Navy is manned by the Malays

* 10% discount is given to Malays to purchase houses

* With UMNO support almost all Malay businessmen are guaranteed bank and SME loans

* 90% of all government-linked education establishment have Malay students

11:15 PM  
Anonymous Anonymous said...

90%+ are malays! itu satu side of the story saje.

contohnya - 15billion petrol subsidi kalu dibagi-bagi, setiap rakyat malaysia dapat seribu ringgit sorang. Beribu makcik kat kampung tu dapat banyak mana daripada subsidi. Sape yang guna subsidi ini kalu bukan pengilang besar, IPP dan fleets of transports. Mak cik kat kampung kah (atau melayu)yang punya IPP ni?

90%+ polis pacak, drivers, government servants are malays. Mungkin orang lain tak mahu kerja tu kut.

GLC bosses are malays? Bukan semua melayu boleh apply dan dicabut undi untuk jadi CEO. Mereka ni handpicked! Adakah mereka dapat keja ni kerana melayu? Saya rasa faktor lain. GLC dan temasik holding kat singapura melayu kah bosnya?

90%+ jumlah kontrak dapat kat melayu. Tapi sapa yang akhirnya dapat duit. Mungkin kah ada di antara mereka ni hanya fronts atau commision agen saja?

Saya rasa satu projek monoril kat kl atau projek satelit malaysia bersamaan dengan nilai sejuta projek kelas F.

Akhir-akhir ni, berbilion wang minyak digunakan untuk projek-projek mega di terengganu. Siapa yang dapat wang ini? Makcik kat dungun ke?

Betulkah melayu senang dapat SME loan? Atau "special malay" saje? Mungkin nama melayu banyak dalam senarai, tengoklah juga sape MD atau CEO syarikat ini. Dan side agreements yang kita tak tau.

Hanya segelintir melayu dan segelintir bangsa lain yang senang dapat kemudahan ini. Bagi kumpulan ini bukan warna kulit yang menentukan tetapi perkara lain. Tak usah lah kita ungkit-ungkitkan soal bangsa. Masuk saje group yang "betul" - tak kira apa warna kulit pun saku akan penuh. Itulah reality Malaysia kini.

Sampai masanya Malaysia membuat undang-undang yang semua pre-signed perjanjian mengenai syer syarikat, cek signatory, commision payments, yang tidak didaftarkan dengan SSM (suruhanjaya Syarikat Malaysia) dianggap terbatal dengan sendirinya. Barulah tulang-tulang dan bangkai yang ternggelam selama ini akan timbul dan semua berbau kebusukannya.

10:40 AM  
Anonymous Anonymous said...

tumpang..

JOM KITA MERAMAIKAN FORUM MELAYU KITA. MASIH BELUM RAMAI ORANG, BARU LAGI
JOM KITA MERAMAIKAN FORUM MELAYU KITA. MASIH BELUM RAMAI ORANG, BARU LAGI
JOM KITA MERAMAIKAN FORUM MELAYU KITA. MASIH BELUM RAMAI ORANG, BARU LAGI
JOM KITA MERAMAIKAN FORUM MELAYU KITA. MASIH BELUM RAMAI ORANG, BARU LAGI

JOM KITA MEMERIAHKANNYA..

MASUK SINI:
http://www.keluartopik.com

4:17 PM  
Anonymous Anonymous said...

Salam Perjuangan,

Menarik teori 90% malay

Itu pandangan di permukaan...
bincang panjang-panjang pun tak guna rasanya semua org tahu dimana kedudukan org melayu...
1. dari sudut ekonomi... melayu kuasai hanya 18%-+ yg lebih tu kaumlain ala terutama cina.
2. pendapatan isi rumah ikut kaum... melayu RM 1,800++, india 2,400++ cina 3,200++ ha sapa kaya? melayu ke?
3. bab bayar cukai... kalau campurkan seua org melayu bayar cukai dalam amalysia nie termasuk yg paling kaya... sumbangannya hanya 30%++ lain-lain fikirkan lah... org cina n kaum lain yg byk menyumbang...
4. bab kontrak kerajaan... yes melayu dapat, abis klu xde kepakaran kene sub kepada sapa org cina tu sbb org cina yg kaya sbb tu org kata ketirisan prijek kerajaan untuk melayu... dah melayu dapat untukg setiap projek hanya 10% lebih2 cina dapat...
insaflah... bumi di pijak ni... bertuankan melayu pada nama... namun hasilnya kekayaannya milik org....

renung-renungkan selamat berjuang

6:26 PM  
Anonymous Anonymous said...

Pilihanraya sudah dekat...adalah lebih baik supaya BN diberi pengajaran supaya tidak dapat 2/3 majoriti, agar ahli-ahli UMNO dan pengurusan tertinggi UMNO dapat memuhasabah diri tentang apa yang diperlakukan mereka selama memegang tampuk kepimpinan negara.UMNO yang dulunya dikenali sebagai sebuah parti perjuangan orang Melayu, sekarang sudah mulai kehilangan jati diri dan tampil sebagai sebuah parti elit orang Melayu. Perjuangan parti semakin hari semakin pudar yang ada hanya perjuangan mengisi poket sendiri. Ahli jawatankuasa UMNO di peringkat bahagian dan ke atas sentiasa tampil dengan paling selekeh berkereta Perdana V6.Inilah trend para pemimpin UMNO sekarang, bukan perjuangan bangsa Melayu yang menjadi agenda utama, tapi perjuangan elit-elit Melayu yang semakin rakus akan kekayaan diri. Melalui pilihanraya umum ke 12, marilah sama-sama kita memberi pengajaran kepada mereka2 yang pada hakikatnya QAARUN tapi bertopengkan Khalifah Umar Ibnu Al-Khattab, baik dari pemimpin tertinggi sampai ke peringkat akar umbi. Wallahua'lam

9:35 AM  
Anonymous Anonymous said...

MD dan anon yang menjawap statistik itu tadi.. jangan hanya petik beberapa penyataan dari statistik itu saja. Sila jawap statistik-statistik yang lain, semua ini belum dijawap lagi:-
* 90% of all jobs in the civil service are for the Malays

* 98% of all jobs in Petronas is for Malays

* 90% of all police are Malays

* 95% of all Headmasters of schools are Malays

* 85% of Malaysian Cabinet are Malays

* 90% of all nurses in Malaysia are Malays

* 96% of Malaysian Army, Air Force and Navy is manned by the Malays

* 10% discount is given to Malays to purchase houses (even multi million and super rich Malays are entitled for this 10% discount!! Is it fair?? Renunglah)

* With UMNO support almost all Malay businessmen are guaranteed bank and SME loans

* 90% of all government-linked education establishment have Malay students

* 90% of malay students who got study loan never pay back their loan (they are sucking on the taxes paid by other Malaysian for FREEEE....what the f$$$?)


Sila jawap sumua ini yang belum dijawap

9:03 PM  
Anonymous Anonymous said...

SEMUANYA PERLU LETAK JAWATAN..HIDUNG TAK MANCUNG PIPI TERSORONG-SORONG..TAK MALU KER..TAK DER MARUAH KER ORANG-ORANG UMNO NI..DAH ORANG SEMUA TAK SUKA LAGI NAK GILA KUASA..ORANG YANG SUKA KAT UMNO NI CUMA ORANG YANG TAK TAU TEMBELANG MEREKA-MEREKA NI..TAMBAH ORANG-ORANG TUA KAT KAMPUNG..CUBA MEREKA TU TAU.. SILAP-SILAP KENA PARANG KALAU MASUK KAMPUNG ORANG...FIKIR-FIKIRKAN LA.MRI

12:32 AM  

Post a Comment

<< Home