Friday, December 28, 2007

UMNO antara ikon perjuangan atau hanya ada maskot


Kita pastikan abang, kerajaan ini mesti ikut rakyat. Abang, kita bukan marah sama Melayu, kita marah sama kerajaan Barisan Nasional. Hari ini kita bukan mahu kasi jatuh itu Samy Vellu tetapi kita mahu MIC juga tidak lagi cakap mereka wakil orang India kerana itu tidak betul. Mereka kaya, kita itu macam juga, kata salah seorang penyokong Hindraf kepada saya.

Abang, ini kali kita baca itu surat khabar lain kita sudah tahu. Itu Samy Vellu ambil itu MIC untuk tempat dia buat duit. Anak dia ada 100 lebih syarikat, itu paper cakap! Ujarnya lagi. Ghairah dan marah nada suara penyokong Hindraf yang kebetulan seorang kawan yang sebelum ini tidak reti bercerita mengenai politik.

Apa yang sebenarnya berlaku sekarang ini adalah Hindraf sudah punya ikon perjuangan. Hindraf sudah ada 5 kepimpinan yang di tahan dan kelima-lima itu sudah ada sentuhan Ghandi untuk pengikutnya hasil dari tahanan ISA. Keadilan juga sudah ada ikon perjuangan mereka – Anwar Ibrahim dan beberapa kepimpinan kaum lain seperti Tien Chua dan Sivarasa. PAS seperti sedia maklum ada Nik Aziz, Ketua Pemuda mereka seperti Salahuddin Ayub dan Dr Hatta Ramli. Kaum Cina pula – mungkin Cindraf mempunyai Lim Kit Siang sebagai ikon perjuangan mereka.

Semua ikon mereka adalah ikon kepimpinan perjuangan yang dilihat berani. Berani untuk mengorbankan diri – masuk keluar lokap dalam mempertahankan isu. Biarpun kalau isu itu berkisar kepentingan politik mereka. Dalam UMNO pula setakat ini kita memegang legasi Onn Jaafar, Tuanku Abdul Rahman dan Tun Razak. Ikon lain kalau adapun adalah mereka yang berani menjerit dalam gelanggang menentang pembangkang dan tidak pernah menampakkan diri mereka sebagai ikon pada rakyat. Kalau mungkin ada perjuangan pun hanyalah dalam kelabu dan tidak mungkin rakyat tahu siapa mereka. Bersuara menentang arus dalam parlimen – tentu sekali tindakan disiplin diambil. Maka wakil-wakil Barisan Nasional duduk dalam Parlimen sekadar mempertahankan dasar kerajaan – biar betul mahupun salah atau tidak konklusif untuk rakyat.

Mungkin dalam UMNO hari ini ada Pak Lah, Hishammuddin dan Khairy sebagai ikon mereka. Betul ke? Adakah kita setuju mereka sebagai ikon UMNO? Kalau bukan mereka siapa lagi, Radzi Sheikh Ahmad, Tan Sri Mohammed Taib, Azeez dari kalangan Putera, Noraini dari kalangan Puteri atau sebenarnya UMNO tidak ada ikon perjuangan tetapi lebih kepada ikon yang memegang kuasa?

Kenapa begitu. Sebenarnya UMNO tidak lagi boleh berpaut pada Tuanku Abdul Rahman, Tun Razak hatta Dato Onn sekali sebagai ikon kerana perjuangan mereka sudah terhenti dan pengorbanan mereka sudah terbukti. UMNO tidak ada lagi ikon perjuangan rakyat. Yang ada pun ikon surat khabar yang sentiasa diasak untuk menyuruh rakyat hanya bersyukur sedangkan yang lain sendawa.

Adakah UMNO mampu membentuk ikon dalam UMNO dengan suara Nazri Tan Sri Aziz menjerit-jerit – otak fius, bodoh dan orang beruban. Adakah mereka dapat membentuk ikon baru dalam UMNO atau sekadar mahu menunjukkan kepada Pak Lah kehebatan mereka dalam parlimen mempertahankan dasar kerajaan dengan terjerit menghina dan bukan berhujah.

Kita semakin pasti bahawa tidak akan terbentuk ikon UMNO di kalangan rakyat. Harga minyak naik adalah penting, harga tol naik dibidas sekadar melepas batuk di tangga kemudian diam membisu tidak berkata-kata, harga elektrik dan air serta kenaikan harga barangan runcit, kos kehidupan melonjak, rumah peneroka kota di runtuhkan dan segala macam hal berhubung dengan rakyat hanya di angguk untuk bukti taat setia pada parti. Sampai bila... wakil rakyat BN terus menjadi hamba kepada parti dan bukan menjadi wakil pada rakyat? Sampai bila UMNO khususnya dapat membentuk ikon yang setia pada rakyat dan mendengar rintihan rakyat. Sampai bila mahu rakyat tunggu pejuang yang mempersoalkan keperluan baru yang membentuk asas kepentingan untuk masyarakat yang ada.

Mungkin, kalau bukan ikon maka UMNO mampu mengadakan maskot – siapa dan apa agaknya.

21 Comments:

Anonymous Anonymous said...

abang Anuar,

Maskot sesuai untuk umno adalah lintah darat. tahu hisap darah rakyat sahaja. Itu bagi saya maskot umno.

9:25 AM  
Anonymous Anonymous said...

I think umno betul tak de kepimpinan yang nampak sebagai ikon untuk rakyat. Apa yang ada adalah kepimpinan yang sokong membuta dasar sungguh pun tidak menguntungkan rakyat.

Mungkin sebelum ini Khairy nampak mempunyai potensi tersebut tetapi sekarang nyata hampas....

9:36 AM  
Blogger Kannan Ramasamy said...

Saudara Anuar,

Dialog keluhan seorang kawan India adalah benar. Itu adalah dialog ynag serupa di kalangan ribuan orang India di Msia. Mereka tidak bermusuhan dengan orang Melayu secara amnya tetapi mereka marah dengan UMNO dengan ideologi mereka and peranan mereka untuk hanya membantu UMNOputera dan kroni-kroni mereka.
Dalam persidangan dan forum mereka lantang menyatakan yang pejuangan mereka adalah untuk semua khususnya untuk orang Melayu tetapi kenyataannya mereka hanya membantu kroni-kroni dan mejadikan orang Melayu lagi miskin.
Lihatlah sendiri statistik terkini tentang kemiskinan negara, negeri-negeri seperti T'ganu, Kelatan, Kedah, Sabah dan Sarawak mempunyai kadar kemiskinan 2 digit !!
Bukanlah negeri-negeri kaya dengan sumber asli dan banyak menyumbang kepada kekayaan negara menerusi minyak, padi, balak dll ? Tetapi rakyat masih dibawah kemiskinan.
Apa guna PM membentuk pelbagai koridor tetapi ianya hanya dalam bentuk kertas kerja tanpa sebarang tindakan perlaksanaan. Kemana kita akan mendapat kewangan kerana setiap koridor adalah beratusan billion sedangkan Jambatan Pulau Pinang Kedua yang hanya 2.7 Billion pun PM minta pinjaman dari negara China dan diluluskan dengan riba 3%.
Dimana perlaksanaan Rancangan Msia ke9? Sudah separuh jalan kita mengharunginya.
Ramai UMNOputera sudah mengaut keuntungan sebelum projek dilaksanakan dengan konsep Alibaba.
UMNO tidak lagi memperjuangkan Melayu tetapi kroninya.
Mereka memang tiada ikon penjuangan dan maskot LINTAH DARAT sesuai spt yang dikatakan oleh Shah dalam komennya

10:53 AM  
Anonymous Anonymous said...

Kekurang Ajar Bahasa Yang Dibahasakan oleh kebanyakan pemimpin atasan UMNO sekarang ini menampakkan tidak kematangan mereka dalam berpolitik.....Adakah bahasa yang kasar yang dilemparkan oleh mereka telah menampakkan kepimpinan mereka pada masa akan datang......inikah pemerintah yang kita cari selama ini ......... yang kita pangkah setiap pilihanraya ....... contoh yang nyata pemimpin mulut becok ialah nazri dan K.J ........ nazri di zaman Tun bukan main mengampu Tun tapi di zaman Pak Lelah ...... bukan main menghentam Tun Pada bila Tun menegur Pak Lelah ..... Kuang Ajar ..... Sebahagian Suara Anak Muda.

12:20 PM  
Anonymous Anonymous said...

saudara kanna,

kenapa pilih menghentam umno. kenapa tidak barisan nasional. kenapa mca dan mic terlepas dr serangan.

salahkah umno berjuang utk melayu. kenapa rakan komponen dlm bn diam. remember kalau mic dan mca tarik diri dari bn, umno tidak ada makna. oleh itu adalah tidak adil kalau hindraf hanya bantai umno.

melayu patut jadi peneraju dalam perjuang melayu dan menghentam umno bukan org india.

lagi pun ura2 kuat hindraf di taja oleh umno sendiri

12:23 PM  
Anonymous Anonymous said...

Patut dah lama dah UMNO ada maskot sebab ramai calon2 yang sesuai dijadikan maskot UMNO. Cuba kita lihat para kepimpinan UMNO, seperti kata suara anak muda, penggunaan bahasa2 kasar dikalangan mereka semakin menjadi2..adakah ini satu contoh yang bagus untuk rakyat?? bukankan budi bahasa budaya kita!!..tapi pemimpin pun tak ambil pot pasal tu semua tu..janji sedap mulut jer..
saya rasa kasihan, parti UMNO tak salah, sebab UMNO berjuang dengan landasan yang betul pada masa dulu, tapi sekarang dah jadi lain..''dulu lain sekarang lain''...macam mana nk jd ikon...jadi anakonda jelah..

2:50 PM  
Anonymous Anonymous said...

Maskot UMNO bukannya nama atau orang2 tertentu. Maskot UMNO adalah rakyat atau bangsa melayu.

Orang melayu sinonim dengan UMNO. Ada melayu maka adanya UMNO. Bangsa melayu-lah yang akan mencorakkan UMNO. jatuh bangun, naik turun dan tenggelam timbul UMNO adalah ditangan orang Melayu.

10:02 PM  
Blogger Silentrader said...

saya agak kelakar apabila ada suara yang mengatakan kepetahan suara pemimpin umno yang kasar atau kurangajar..adakah suara dari kepimpinan BA terutama dari PAS dan keadilan tidak pernah kasar..sapa tak kenal dgn mulut mat sabu yang becok tak tentu arah.PAS yang 100% berteraskan Islam boleh cakap lepas maki sana sini sepatutnya tidak terjadi dlm PAS..Pemimpin UMNO melalak dalam parlimen pun sebab nak pertahankan hujah dari lim kit siang. sebenarnya saya bangga lihat nazri bangun melalak menghentam kit siang dengan perkataan bodoh dan kurang cerdik kepada kit siang.

10:59 AM  
Blogger Tok Uban said...

Saudara Rizan,

Kita disini bercakap tentang kepimpinan Umno, bukan kepimpinan parti lain.kita disini untuk cuba membetulkan kembali dasar perjuangan Umno.

11:17 AM  
Anonymous Anonymous said...

Ikon UMNO sepatutnya menjadi Ikon Malaysia. Ramai yg telah lupa jasa Tun Mahathir skrg. Dia lah ikon.
UMNO skrg, pemimpin2nya menjaga periuk nasi masing2, dulu ampu, skrg hentam.
Ramai rakyat m'sia yg tak nak akui jasa mahathir. Org tak sempurna, ada kesilapan, tetapi berapa byk kelebihan yg dicurahkan itulah yg paling penting.
Melayu mudah lupa.
UMNO skrg perlu reformasi (bukan jalanan) secara menyeluruh. Kepimpinan dan politician yg ada di dlm UMNO skrg 90% kepentingan diri. Kita faham, jika kita di tempat mereka pun kita akan utamakan diri sendiri, keluarga, rakan2, itu kita faham. tapi bekerja lah dgn sungguh2 membantu rakyat. jgn asyik ckp byk. Pilihanraya nampak muka di kg, habis pilihanraya, balik KL duk kat banglo, tak nampak batang hidung.
UMNO sgt releven kpd kita utk bersatu, tetapi kepimpinan skrg tak releven. Nak undi BA? lg tak releven, bebal, suka merusuh. Jom melayu, kita bersatu tak kira party, kuat kan UMNO, kuatkan ekonomi kita. Supaya kita tak menjadi hamba pd org lain. Hidup Mlaysiaku! Amin

11:36 AM  
Blogger Silentrader said...

kepada tok uban,

dasar perjuangan UMNO mmg sudah sah untuk membela orang melayu..saya menyentuh mengenai parti lain disebabkan penulis blog sendiri pun ada menyentuh mengenai parti lain dan perlu saya membuat peerbandingan dengan parti lain untuk menyangkal tuduhan melulu kepetahan bersuara pemimpin umno yang dianggap kurang ajar

11:41 AM  
Anonymous Anonymous said...

sapa yang pegang kuasa? umno... bn
negeri mana yang paling miskin?
sape mb kat negeri tu?
sape yang mencorak semua tu?

lagi mahu tanya ke?

UMNO dah tak relevan lah saudar2 ku semua...

ianya akan jadi sejrah 50 tahun lg hehehe....

betul ke?

12:22 AM  
Anonymous Anonymous said...

Bagi aku UMNO sudah tidak ada ikon sama sekali. Pak Lah yang sebelum ini dikatakan sebagai Mr Clean dan seperti bakal ikon UMNO nampaknya hanya tinggal kenangan. Bagi aku parti UMNO tidak salah hanya orang yg di dalamnya yang penuh dengan sifat tamak dan rakus. Untuk mengajarnya maka BA perlu memberi saingan sengit dalam pilihan raya kali. Bagi aku Nazri Aziz mcm samseng terhormat dan menteri yg paling pandai bermuka muka. Cakapnya mcm profesional tapi isi hampeh.

11:58 PM  
Anonymous Anonymous said...

Now mr clean dah jadi mr clown

4:48 PM  
Anonymous Anonymous said...

Saudara Rizan.....saya tidak mengatakan bahawa pemimpin BA sekarang yg ada semuanya bercakap tiada unsur kurang ajar atau tiada beradab tetapi saya ingin menegaskan bahawa pemimpin sekarang semua orang kenal, tidak mengira tua dan muda, semua kenal dengan nazri ataupun K.J tetapi tidak semua yang mengenali mat sabu.Sekurang-kurangnya kalau kita nak menegur kit siang atau sesiapa saja gunakanlah perkataan yang baik tetapi bernada tegas.BARU BOLEH JADI MASKOT.

2:32 PM  
Blogger john terry said...

sokong ape yang suara anak muda cakap..nazri mmg xnampak langsung sikap profesional dalam parlimen hanya tau potong hujan pembangkang sblm drg abis cakap..klu profesional dengar dulu smpi abis pastu br bls hujah mereka klu rasa xsetuju..di dok melalak macam org bodoh je wtpe...klu kj pn ada dlm parlimen xtau la cmne jd zoo la perlimen kita nanti...mesti ramai

2:38 PM  
Anonymous Anonymous said...

Ingin bertanya kepada Blogers-Blogers sekalian, di mana Pak Lelah kita pada pukul 12pm di kala masuk kita di tahun baru 2008? di Masjid, memanjat rasa syukur dan memohon perlindungan pada tahun baru atau berada di Dataran Merdeka meraikan dengan sorokan,keseronokan dan dengan membazir wang rakyat dengan letupan bunga api.Kita resah dengan kehidupan sosial anak muda kita tetapi Pak Lelah masih lagi membenarkan menyambut tahun baru dengan sambutan seperti di bukit bintang ataupu di dataran ..... inikah ISLAM HADHARI yg pak Lelah nak???

2:38 PM  
Blogger Unknown said...

Sebab UMNO lebih berjuangan kepada bangsa, bukan berjuang untuk negara.

Tak habis-habis menonjolkan imej bangsa, sampai ekonomi dan kestabilan negara pun sanggup digadai.

Depan tengok UMNO, Kaya, gaya, pergi ke angkasa. Tapi kat belakang, semua harga naik tinggi, rakyat miskin.

Bukan saja gagal untuk menyatukan rakyat untuk berjuang secara antarabangsa.

Malah Bangsa Malaysia lain dijadikan sasaran perjuangan untuk meraih sokongan bangsa sendiri.

3:26 PM  
Anonymous Anonymous said...

Who knows where to download XRumer 5.0 Palladium?
Help, please. All recommend this program to effectively advertise on the Internet, this is the best program!

7:37 PM  
Anonymous Anonymous said...

Buy evecare ED aleve Pharmacy cialis soft Buy aricept Generic nimotop World delivery geriforte

7:38 AM  
Blogger ابو خوخه said...


غسيل كنب بالاحساء

3:54 AM  

Post a Comment

<< Home