SPR dan Demokrasi
" Kian jelas taktik pembangkang kerana bila mereka menang, mereka diam tapi bila kalah, mereka tuduh SPR sebagai punca kekalahan. Sebagai ahli politik, kita tidak boleh mengkambinghitamkan SPR atau Tan Sri Abdul Rashid, sebaliknya mendidik rakyat terutama penyokong mengenai kebaikan mengundi dan hak sebagai pengundi, bukan memberi persepsi yang negatif terhadap SPR kepada rakyat Malaysia. Ini berbahaya." klik sini
" Kita semua mahukan negara Malaysia ini benar-benar menikmati pilihan raya yang adil dan sistem yang telus. Maknanya ketelusan kepada sistem dan bukan peti undi. Pas mahu ketelusan dalam menguruskan pilihan raya. Badan yang diamanahkan menguruskan pilihan raya tidak nampak berpihak. Ini yang Pas mahu. Kalau benarlah cop jari itu digunakan dalam pilihan raya akan datang, ini bermakna satu daripada empat yang Pas minta sudah dilaksanakan. Saya sangat bersyukur. klik sini
Secara terbuka, kita berdiskusi mengenai SPR yang kini menjadi isu penting dalam kita menghadapi pilihan raya. Saya menjemput semua untuk berdiskusi mengenai tuduhan penyelewengan dan ketidaktelusan SPR. Akhbar Mingguan Malaysia, memaparkan Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ketua Dewan Pemuda PAS dalam topik SPR dan Demokrasi.
Suara Keadilan keluaran 16 Januari 2008 mengatakan bahawa " Tien Chua" - BERSIH ( gabungan NGO) akan terus menolak RASHID dan PAS "Dr Zul" - mengatakan Rashid cemar pilihan raya sementara Datuk Norza dalam justifikasinya mengatakan, jika kerajaan tidak memikirkan kepentingan institusi melebihi individu dan mahu menang pilihan raya, kerajaan boleh meletakkan ejen kerajaan sebagai pengerusi SPR yang baru. Justeru, apa bezanya?.
Apa pula kata anda?
28 Comments:
SPR sepatutnya lebih telus lagi dan jadi badan pengawas. Sungguhpun hujah kedua-duanya kepimpinan PAS dan UMNO boleh diterima tetapi apabila ada keraguan terhadap SPR ianya harus disingkirkan segera.
Kita seharusnya lebih praktikal, benar UMNO akan mempertahankan SPR dan pembangkang akan mengkritik tetapi kritikan pembangkang terhadap Rashid dan SPR tidak seharusnya sampai ke puncak peribadi.
Memang akan tertanya kita, kenapa tidak ada kes yang benar-benar nampak SPR menyeleweng dalam isu menjalankan pilihan raya.
Saya juga tahu bahawa memang seakan benar ada pemilih hantu, pemilih yang tidak dikenali tetapi seakan benar tidak kira dalam mahkamah.
Azmin Ali ada sistem yang kononnya dapat track pemilihan yang bukan dari kawasan atau pemilih yang dikatakan hantu, kenapa sehingga hari ini gagal membuktikan tuduhan mereka.
Alasan yang akan dimaklumkan adalah mahkamah juga menyeleweng dan akhirnya semua nampak macam cita-cita pembangkang.
Sebenarnya saya jarang masuk tetapi isu seperti ini bagus dan syabas padad laman ini.
Kalau SPR sebagai badan amanah tidak lagi beramanah maka kita perlu menegur untuk merubah sebelum rakyat Malaysia tidak mempercayai lagi Badan Yang Dikatakan Bebas. Mengapa Perlu Lanjut Persaraan Tuan Pengerusi SPR hanya setahun saja, lanjutla sehingga nanti satu penggal pilihan raya akan datang ...........
Debat biar buat secara live. Kalau betul berada di pihak yang benar, apa masalahnya untuk menyambut sambutan debat itu?
Guna tenaga lisan sahaja. Ia tidak memerlukan tenaga kimia seperti bahan kimia yang ada pada kes peletupan model Mongolia tahun lepas.
Topik yang agak menarik utk memberi pendapat. Bagi aku soalan pertama ialah kenapa tempoh perkhidmatan pengerusi SPR yang celupar tu dilanjutkan sedangkan sepatutnya dia sudah tamat hujung tahun lepas. Kenapa perlu dilanjutkan dan apa alasannya/??
Lanjutkan setahun…adakah memberi kebaikan dengan berbuat demikian sehingga meminda peraturan/??
Kenapa Malaysia cepat sangat dan suka sangat meminda peraturan dalam masa yang pendek/??
Adakah peraturan Malaysia akan diubah sesuka hati demi untuk mencapai matlamat walaupun tidak releven/??
Adakah tanpa dia sebagai pengerusi SPR Malaysia akan kelam kabut/??
Adakah tanpa dia orang-orang SPR yg lain tidak dapat gaji/??
Last skali kenapa dia celupar sangat/??
Pikir-pikirkan……………………………………. Pendek kata dia kena control utk bercakap popek popek.
Saya adalah ahli umno. Saya cukup teruja dgn blog ini krn memberi ruang kepada semua utk memberi pendapat sungguhpun Anuar ini nampak agak kekirian sket (pendapat peribadi)
Apa pun saya ucapkah tahniah pd KP Wilayah yg berani memulakan langkah membicarakan soal SPR yg kini semakin sensitif dan semakin kritikal akibat perhimpunan BERSIH dan serangan terhadap SPR.
Berikut adalah hujah saya,
Pindaan perlembagaan seharus tidak di lihat sebagai opurtuniti untuk memanjangkan tempoh perkhidmatan Rashid semata-mata krn ini sebenarnya utk semua yg lain juga.
Seperti kata Dato Norza, kalau dituduh Rashid dan SPR adalah untuk memenangkan BN habis siapa pun di pilih tidak akan turut memenangkan BN, so apa bezanya.
Apa heboh2 nak tolak Rashid, baik tolak SPR terus krn ini adalah soal Institusi bukan individu.
SPR memberi maklumat sepenuhnya mengenai daftar pemilih, oleh itu periksa dan bantahlah...
Bila SPR menerima cadangkan mereka utk peti undi lutsinar, dakwat kekal dan mengnyahkan daftar pengundi yg hilang kelayakan bukankah itu menunjukkan ketelusan SPR untuk mengadakan pilihan raya yg demokratik dan adil.
Satu lagi-tuduhan sentiasa tidak mempunyai alasan kukuh dan sehingga kini tidak ada yg berjaya dalam tuntutan mahkamah.
Saya berpendapat hujah KP Umno wilayah persekutuan lebih konklusif dr KP PAS.
Pendapat saya lagi… Kes pengerusi SPR misalnya… paling mudah soalan ini… perlukah dipanjang tempoh berkhidmat WHY dan kenapa peraturan tersebut perlu dipinda. WHY/?? Lebih baik cari yang baru dan terus berkhidmat untuk pilihanraya seterusnya dan pengerusi baru tersebut akan lebih mempunyai pengalaman dipilihan raya akan datang.
Kes sekarang yang berlaku lanjut setahun dan pinda peraturan dan tahun depan pencen. WHY/?? Bukankah itu sia-sia belaka. Semuanya seperti pikir tak habis. Ibarat beli kereta pakai untuk setahun. Kelakar.
bagi pembangkang yg sesuai di lantik utk jd pengerusi spr adalah azmin ali kot.
buktikan knp perlu ganti, kenapa di katakan kereta lama, kenapa buang mrk yg berpengalaman dan adakah pindaan itu semata2 utk pengerusi spr sahaja?
Persoalannya kenapa perlu dipinda peraturan demi seorang individu/?? Adakah hanya dia saja ke yang tahu buat kertas undi dan layak/?? Hanya Rashid sajakah yang tahu pasal pilihanraya. Yang tidak berpengalaman memerlukan pengalaman.
Tidak perlu kita mempersoal siapa yang layak mengantikan Rashid. BN & BA sudah semestinya tidak layak berbuat demikian. Hanya Yang Dipertuan Agung yang berhak.
Satu yg agak pelik, kenapa BN beria sangat mempertahankan Rashid sehinggakan undang2 dipinda bagi membolehkan Rashid berkhidmat setahun lagi?
Tidak perlu dibahas soal lain, mereka yg di atas pagar pun boleh melihat BN dan Rashid mempunyai hubungan yg sangat baik ...
cuba semak dan kaji pilihanraya lepas-lepas (termasuk pilihanraya kecil) yang didakwa 'telus' oleh spr di negara ini - bermula dari penetapan tarikh mengundi, penamaan calon, senarai pengundi, cara berkempen, hari mengundi dan pengiraan kertas undi, undi pos, undi rosak dan keseluruhan proses undi. rasanya kalau orang berakal dan waras boleh menilai dab membuat penilaian yang fungsi, tindakan dan peranan spr telah 'melenyapkan' ketelusan dan keadilan pilihanraya dinegara ini.
kita cabar norza dtg berdebat dgn salahuddin ayub. ada berani ke tidak. Norza meh turun. aku percaya lepas norza turut dia sendiri percaya yg dia menegakkan benang basah.
spr..konon badan neutral. atas dunia ni mana ada org yg betul2 neutral, dlm hati mesti terdetik menyebelahi mana2 pihak, tp samada zahir atau pun xzahirkan. malang bagi pengadil yg menzahirkan sokongannya kepada pihak2 yang diadili, mungkin jadi conflict of interest dan bias/berat sebelah.
yes.. betul datuk norza, SPR sgt byk jasanya dlm semua PRU di malaya/tanah melayu/ dan malaysia. tapi, semenjak2 ni, integriti makin terhakis. pengerusi pun ckp merapu, sat pusing sana, pusing sana (isu dakwat), kes pilhanraya Likas, batu talam, persemapdanan semula.
pandai ye, kata pembangkang xda bukti, main tuduh ja, mentang2 media dikuasai kerajaan.
cadangan, kalau betul2 nak spr ni telus, fair n square ker, patut ada wakil2 dr pihak2 semua parti yg bertanding yg diambil keja/pemerhati dari dlm spr, buat keja secara profesional. baru lah sama2 perhati, jgn ada salah guna kuasa.
dan pilihanraya, kena ada pemerhati luar dari mafrel. bukan soal jual kedaulatan pada org luar, tp buktikan pada pihak luar Malaysia ni betul2 negara demokrasi yg adil.
nih kalau takat 'taichi'2, ada silap mata, baik xyah jd pengadil... SPR boleh isi borang, jadi parti komponen BN ke-15 atau 16.
wahai umat manusia, kalau kita nak buat apa2 pun, nak berpolitik ka, bekerja, ingat, nak buat apa2, nak cakap apa2 pun, suka hati lah. tapi ingat, semua kekuasaan, darjat yang kamu pegang ni hanya pinjaman Allah sementara. kalau anda tak menjalankan amanah dengan betul.. kalau xjatuh/xkena tangkap/xdihukum kat dunia.. jawab lah di akhirat sana.. kami dah beri peringatan
chiow..
Diharap orang BN Norza sahut cabaran PAS untuk berdebat secara live berkenaan SPR dan Demokrasi agar semua rakyat tahu secara terperinci.
Tapi aku berani cakap orang BN takkan berdebat secara live.. aku berani cakapla. Semua BN pandai popek popek & gebang sana sini. Hasil hampeh.
(Rakyat makin susah harap2 BA menang banyak kali ini Amin)
mafrel...badan pemerhati luar...itulah bila cakap nak telus tak tahu apa itu ketelusan. Mafrel adalah di bawah malek hussin..berat sebelah juga. cite pasal salah spr aje, betul spr tak cite
Demokrasi yg sebenar adalah pertandingan di padang yg sama rata:
1. Media yg adil memberi liputan. Di Malaysia adakah ini berlaku. Kalau tak kasi suara pembangkang keluar dalam main stream media, berikanlah kebebasan pada media pambangkang untuk diterbitkan. Bukan dikongkong dan dihalang. Tahukah anda permit penerbitan Harakah hanya dibenarkan keluar 2 kali sebulan. Adil ke ni?. Sebelum tahun 2000 terbitannya adalah 2 kali seminggu. Kenapa disekat?.
2. Suara dan hujah pembangkang di media electronic. Macam di Indonesia atau negara lain. Sama jumlah waktu/ jam dengan pihak pemerintah. Kenapa ini tak berlaku di Malaysia.?
3. Sebagai pembayar cukai, pembangkang tidak dibenarkan mengunakan tempat awam/ kerajaan. Kenapa parti pemerintah sewenang-wenangnya manyalahgunakan harta awam? Adil ke?.
4. Undi POS. Kenapa pengundian dilakukan olih pihak atasan?. Kenapa undian tidak terus macam pilihanraya terbaru Thailand di mana kita lihat askar pergi mengundi di tempat pengundian awam. Apalah Malaysia?
BN asyik kata nak bukti.. bila buat report polis, suma tau mcmana polis buat kerja.. bpr nanti tutup kes, alasan bukti tak cukup.. nak pi mahkamah, ada pulak tangan belakang yang tolong buat keputusan (rujuk pita lingam).. jadi macamana nak tunjuk bukti kat BN ni??
isu terbesr brkenaan spr kini adalh perlanjutan tempoh pngrusi spr..Pihk kerjaan patut faham bhwa sudh pasti isu ini akan dipergunakn oleh pembngkng utk mncabar ketelusan SPR.Tetapi, kenapa buat juga pada masa ini iaitu pada ketika pilihanraya dijangka diadakan? Tidak bolehkah ditngguh sahaja 2,3 thun lagi supaya pihak pmbgkang tiada modal?
Ada 2 sebab sahaja.
Pertama; kerajaan memang ada muslihat politik.
Kedua; pihak kerjaan sangatla tidak cerdik kerana gagal menjagka perkara sebegini akan berlaku.
penggubalan undang-undang baru yang memanjangkan tempoh persaraan pengerusi SPR boleh kita lihat dan rasakan bagai ada udang di sebalik batu. persoalannya, kenapa sekarang?kenapa tidak pernah timbul isu ini dalam sejarah p/raya msia yang lalu?apakah rahsid itu terlalu bagus untuk dipanjangkan tempoh perkhidmatannya?
saya sendiri ada melihat pengerusi SPR (rashid) di tv, dan dia bersikap acuh tidak acuh terhadap tohmahan dan ketidakpuashatian pihak-pihak tertentu terhadap perjalanan pilihanraya yang adil yang ke 12 akan datang.perkara berkenaan tidak seharusnya berlaku. ini menjejaskan kredibiliti SPR sebagai badan yang bebas dan adil.
satu lagi perkara, perihal rashid yang mencabar pembangkang untuk memboikot pilihanraya akan datang kerana kritikan pembangkang terhadap ketelusan pilihanraya juga saya kira sebagai tindakan yang tidak matang, bodoh, dan memalukan kredibiliti beliau sebagai pengerusi SPR. Sungguh tidak profesional jawapannya terhadap desakan pihak yang menginginkan p/raya yang tulus, dan secara keseluruhannya beliau tak patut disambung tugas sebagai pengerusi SPR. End of story.
salam,
Menutup kelemahan dari penggal ke penggal adalah mainan PAS. Kali ini menyalahkan dahulu SPR sebagai alasan, persediaan sekiranya mereka kalah lagi.
Dengan ini kepimpinan PAS tidak dipersalahkan oleh ahli. Yang sudah tidak releven terus boleh kekal didalamnya dan angkatan muda PAS terus tertinggal.
Kenapa kalah? Oh! SPR tidak betul. Yang jelas, jentera PAS hanyalah kuat dibeberapa kawasan sahaja semasa pilihanraya dan gagal dibanyak kawasan seluruh Malaysia.
Akuilah kelemahan dan bukan mencari alasan untuk menutup kelemahan sendiri, kerana perbuatan itu sendiri sudah tidak Islamik
Salam
Macam ni la abang Nuar..
Pilihanraya sebagai alat pilihan untuk mengangkat pemimpin punya falsafah asas yg jelas - mejority rules minority right dan beberapa asas penting yg terkandung dalam 1 konsep yg dinamakan demokasi.
Bak si buta menjelaskan gajah, cerita org tua2 ni wajar jd pengajaran. Kita tak akan upaya berbincang soal Pilihan Raya dgn jelas selagi kita gagal melihat perkaitan rapatnya dgn 1 sistem bernama demokrasi.
Saya lihat begini..dlm M'sia kita sedaya upaya mahu orang Melayu pegang kuasa. Itu tidak susah, jika benar kontrak sosial begitu mahu dipertahan bukan susah pun. Pokoknya Melayu yg mana? Saya jujurnya hilang kepercayaan kpd UMNO-BN dan sy percaya org Melayu masih ramai yg jujur dan bersih utk memimpin. Mereka2 inilah yg akan terus memimpin seluruh bangsa di M'sia sepatutnya.
Apa ada pada UMNO? Kita terlalu diburu nostalgia hingga tak jelas duduk bicara. UMNO sendiri gagal bertegas dgn Melayu yg gagal memimpin! Memalukan Melayu! Orang Melayu masih belum mandul dan hilang keberanian. Kerana Reformasi 1998 didokong majoriti Melayulah UMNO-BN yg dipimpin Melayu korup-penakut semakin biadap dan kurang ajar.
Apa masalah jika PAS-PKR-DAP menang? Orang Melayu tak boleh masuk PAS dan PKR kah? malah DAP?
Pokoknya kita terlalu byk bermain sentimen berbanding menghuraikan kekusutan Melayu.
Kata kunci yg mahu sy sebut ialah sikap. Org Melayu diajar menjadi korup dgn cara UMNO-BN. Tanyalah kebanyakan Melayu, semua percaya dgn ada kabel mereka yakin dpt kerja, projek dan sbgnya. Hanya bilangan kecil yg betul2 competent utk bersaing..tu pun takut2..
Saya tahu DEB telah membantu sebahagian besar golongan middle class Melayu, tapi kita bukanlah bangsa zalim. Sejak Petronas 1978, politik kita kacau - di mata ahli politik ialah duit, duit dan duit!
Dari saya..
Budak Universiti, kawan lama di IKD
Salam perjuangan,
Pilihanraya sudah semakin hampir dan bagi calon berpotensi parti apapun masing-masing kini sibuk melakukan lobi saat akhir. Mac 2008dijangka berlakunya pilihan raya. " Tarikh shj yg belum confirm" kata budak tingkat 4 n budak oxford.
Saya cuba bagi pandangan neutral... tiada kecacatan pada sistem pilihanraya kita malahan terlus dan adil biasanya - kecuali ada kes khas nak mengekalkan pemimpin macam di pekan pahang patut dato najib kalah tapi sebab undi pos yg sokong pembangkang byk dirosakkan akhirnya dia menang tipis... kata org lah betul tak tak tau...
Cumanya kalau kita lihat sewaktu pilihanraya agensi kerajaan seperti KEMAS, JHEK(jab hal ehwal khas), BTN (biro tatanegara), BKN (bhgn keselamatan negara)- melibatkan kesemua agensi risik, Risik tentera, kementerian penerangan(TV 1&2), stesyen TV Swasta (Tv3,7,8,9) dan beberapa agensi, jabatan dan kementerian kesemuanya difokuskan dengan tasking mempengaruhi rakyat agar cenderung menyokong BN daripada pemberian wang subsidi, bantuan dan kemudahan hinggalah ceramah politik sokong BN anjuran agensi kerajaan dan penceramahnya penjawat awam dibenarkan.
saya rasa tidak sesuai dan sepatutnya semua agensi dan badan kerajaan tidak melakukan apa2 pun untuk membantu mana-mana pihak sebaliknya fokus agar pilihan raya dijalankan dengan selancarnya. sapa byk duit kempenlah abis-abis beli iklan di TV swasta. RTM pun jgn masuk campur
biarlah ahli parti masing2 yg berjuang bagi sama adil... padang sama rata kata sdr salahuddin.
amik contoh Amerika yg kita benci sistem demokrasinya matang. badan kerajaan mereka tak terlibat langsung biarlah parti bertanding sapa menang mereka akan bekerjasama mentadbir negara... yg kalah juga turut menyumbangkan bakti dan bersatu kembali. bukan macam kita selama-lamanya berpolitik hingga rakyat berpecah belah... masa dan tenaga utk membangunkan negara terbuang begitu shj.
Pembangkang pulak jgn nak kafirkan org shj macam ahli bulan sajalah boleh masuk syurga meluat org... biar kempen tanpa mempergunakan agama baru golongan pertengahan tertarik... ini tidak asyik khafirkan org... betulkan.
kesimpulannya memang terlus sistem demokrasi kita... so sdr salahuddin tenang jgn SALAH sangka lagi, campur tangan agensi kerajaan memihak parti pemerintah untuk mempengaruhi undi amat memalukan jadi BN tolong gentlemen... ke takut sgt kalah. Apapun sokonglah parti atau calon yg telah terbukti berjaya membawa kemakmuran dan kejayaan kepada Malaysia hingga kini...
Renung-renungkan, semata berjuang
wassalam
bla dah ada org tak suka letak je la jawatan. apsal nak sngat kekal. kita buat keje sebab tuhan kan?
Salam Abg Nuar dan teman2..
pokok pangkal dalam demokrasi sepatutnya bukan majority is right, integrity is right.
Mengapa mengambil analogi 3 orang buta memperkatakan soal seekor gajah. Memang sifat orang buta tidak mampu memberi pandangan sahih tentang gajah? Mengapa tidak mengambil orang yang celik mata dan fikrah.
Isu pokok bukan pada institusi UMNO, tetapi pada individu pemimpin itu sendiri.Selebihnya, saya cukup bersetuju dengan entri pemawis reformasi.
Teruskan berusaha Abg Nuar, agar pembaca kecil seperti saya lebih suka berfikir tentang Abg Nuar.
http://zainulfaqar.wordpress.com
bagi yang mengikuti perjalanan pilihanraya secara konsep dan teori, tentu tak tahu bagaimana teruknya SPR ..hanya yang bekerja secara praktikal tahu taktik buruk SPR..
kalau ada sesiapa pernah jadi petugas SPR di pusat pembuangan undi (terutama ketua pusat pembuangan undi) tentu faham kenapa pembangkang marah sangat dengan SPR. Tentu tahu sangat permainan kiraan/penjumlahan form 14 ke form 16..
Pembangkang hanya boleh menang kalau undi diorang betul-betul besar sangat.. kalau takat beza 30-40 undi tu, habis la.. yang jadi majoriti 20-30 undi pembangkang menang tu sebab agen pembangkang yang betul-betul efisyen dan tahu perjalanan peti undi dan penjumlahan.. kalau agen pembangkang yang tak berapa mahir, alamat jadi sayur la..
bagi yang dok bangga sangat kata SPR tu profesional, korang dudukla tengok SPR kerja dari permulaan peti undi masuk, sampai ke akhir penjumlahan ,seterusnya pengumuman pemenang.. jangan banyak tak guna beb..
Dari kacamata saya, SPR nampak semacam tidak amanah. dan biasalah BN dan pembangkang mempunyai alasan yang tersendiri. Kenapa tak wujudkan budaya berdebat secara gentlemen. Negara dah 50 tahun merdeka, minda rakyat harus dididik dengan fakta dan kebenaran. Kalau BN yakin mereka di pihak yg benar, rakyat dengan mudah menolak tohmahan pembangkang.Tak payah nak kempen teruk-teruk. Duit kempen boleh derma kat orang-orang susah.
Yang ya nye korang semua fanatik kepada parti masing2.Kenapa nak panjangkan pasal SPR atau Demokrasi ni.Yang lebih penting adalah bagaimana nak memilih pemimpin untuk meneruskan perjuang negara.Saya berani kata disini tuan-tuan fanatik kerana pastinya tuan-tuan tidak mampu memilih 2 calon dari berlainan parti dalam pilihanraya ke 12 nanti.
Yang ya nye korang semua fanatik kepada parti masing2.Kenapa nak panjangkan pasal SPR atau Demokrasi ni.Yang lebih penting adalah bagaimana nak memilih pemimpin untuk meneruskan perjuang negara.Saya berani kata disini tuan-tuan fanatik kerana pastinya tuan-tuan tidak mampu memilih 2 calon dari berlainan parti dalam pilihanraya ke 12 nanti.
Tak payah la menyalahkan SPR..
Pembangkang kalau menang senyap je.. tapi kalau kalah SPR dipersalahkan... Diorang buat camni pun sebab nakkan publisiti & Hujah untuk kempen diorang je..
Pls Gentelment k... SPR dimalaysia antara yang paling telus didunia k..
Post a Comment
<< Home