Hindraf-Suqiu dan kealpaan Melayu
Apa yang ada adalah serupa – Suqiu dan Hindraf adalah tuntutan melampau yang tidak wajar. Dan ini berlaku sewaktu negara berada dalam kehangatan pilihan raya. Ini satu bentuk tuntutan yang mempunyai implikasi yang tidak baik dalam soal perkauman.
Kita tidak mahu ketinggalan tetapi perpaduan orang Melayu hari ini berada pada tahap yang lemah dan ini adalah punca kita semakin lama semakin terpinggir. Perpaduan orang Melayu ini perlu ditingkatkan dan kita seharusnya sedar kedudukan kita hari ini.
Ini adalah kenyataan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju, yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO Dato Norza Zakaria pada program Korban Perdana yang diadakan di Seksyen 1 Wangsa Maju pada 22hb Dis 2007 yang lalu. Beliau turut mengambil contoh Wangsa Maju yang sebelum ini diwakili oleh orang Melayu tetapi akhirnya kini terlepas pada kaum lain. Ini sepatutnya dijadikan satu iktibar oleh orang Melayu agar kita tidak lagi alpa dalam menentukan nasib bangsa kita.
Dato Norza Zakaria dalam program itu menggesa agar Melayu bersatu dalam menangani isu-isu tuntutan kumpulan-kumpulan kecil yang bersandarkan kepada persatuan-persatuan yang berbentuk perkauman yang wujud hari ini. Hari ini mereka (Hindraf dan Suqiu) adalah persatuan (baik berdaftar mahupun tidak ) menuntut perkara-perkara yang sensitif kepada orang Melayu. Namun hari ini Melayu terus alpa mengenai keadaan ini.
Dalam pada itu kami di www.umno-reform.com mengulas, ada kebenaran apabila kita berhampiran dengan pilihan raya maka ada tuntutan berbentuk perkauman wujud dan ini seolah-olah sebagai satu usaha untuk mengugut demi sokongan sewaktu pilihan raya.
Mengulas apa yang dikatakan oleh Dato Norza khususnya sejarah kehadiran tuntutan Suqiu dan Hindraf, maka apa tidak mustahil kita orang Melayu juga patut hadir bertanyakan kedudukan kita sebagai bumiputera yang semakin ketinggalan.
Adakah salah kalau kita mempersoalkan kedudukan orang Melayu mengikut statistik yang menunjukkan kita adalah kaum yang paling daif dan paling tertinggal. Apa kata kita orang Melayu ?
21 Comments:
Org Melayu memang leka. Mereka tidak nampak bahawa tuntutan seperti Hindraf dan Suqiu adalah tuntutan perkauman. Kita harus bangun dan menuntut pula. Kenapa kita miskin di tanah kita sendiri. Kenapa mereka berani mempersoal hak kita.
Ini semua apa yang kita panggil kurang ajar dan Melayu juga kena berani jadi kurang ajar.
Kaum lain sudah berani membuat tuntutan dan tuduhan yang melampau terhadap bangsa melayu kerana mereka merasakan diri mereka telah kuat dan sekaligus dapat mencorakkan sistem politik di negara ini.
mengapa?
kerana orang melayu sendiri yang suka berpecah belah dan suka mengkhianati bangsanya sendiri.
kata Dato' Norza : "Wangsa Maju yang sebelum ini diwakili oleh orang Melayu tetapi akhirnya kini terlepas pada kaum lain".
Siapa yang salah?? Siapa yang memegang kuasa politik disana? siapa yang memegang kuasa politik negeri? siapa yang memegang kuasa politik negara? semuanya dari bangsa melayu..
tetapi mengapa?
mengapa perkara sedemikian boleh terjadi di Wangsa Maju? di mana pemimpin2 orang melayu? Apa yang mereka telah buat? Dato' Norza dan pemimpin melayu perlu menjawabnya..
itu baru sahaj Wangsa Maju..bagaimana pula dengan Daerah2 lain..Bandar2 lain? dimana bangsa melayu??
Jangan sampai terjadi seperti kata orang2 tua.." menang sorak kampung tergadai"..
Sesungguhnya, orang melayu tidak bermusuh dengan kaum lain tetapi kaum lain yang ingin dan cuba bermusuh dengan orang melayu..
Kenyataan di mata sendiri. Apa guna nak salahkan kaum-kaum lain, yang perlu kita persoalkan ialah UMNO.
Ya, kita patut tuntut, tetapi tuntut kepada UMNO. Mengapa dengan Dasar Ekonomi Baru, banyak lagi kita disini masih terpinggir. Mana semua duit tu pergi. Mengapa pula ada Yang Berhormat boleh ada tanah dan ada rumah sampai lebih 10 bilik?
Tak payah nak salahkan kaum lain. Janganlah kita menyalak pada pokok yang salah. Sebenarnya UMNO yang main isu perkauman. Fikirkan betul-betul..
Saya tersenyum bila Dato'Norza berkata dalam nada insaf??? ... hahh dah bimbang? dah kesal? hahaha ... dulu masa PRU 11 siapa yang bersungguh nak naikan calun MCA tu?, hingga bangsa sendiri yang bertanding atas tiket parti pembakang sanggup dikalahkan. Sanggup berkempen ala samseng bermati-matian. Ada pemuda MCA turun padang di Wangsa Maju untuk berkempeng masa tu?. semua orang melayu tahu.
So .... siapa yang mengkhianat bangsa sendiri?.
Oleh sebab itu lah, Melayu telah bersatu dibawah payung baru, ... payung BA.
Dato' Norza jangan bimbang, melayu tetap bersatu, tetapi akan bersatu di bawah BA.
payung BA..lagi kelakar..BA sekarang sibuk jadi jurucakap hindraf bagi kerajaan India..sibuk sokong hindraf buat perhimpunan..dah tau hindraf punya tuntutan melampau xyah la sokong depa buat perhimpunan..tp nak sokong gak pasal apa..pasal umno musuh politik depa..sampai hindraf pun leh jadi kawan depa sebab permainan politik BA..haru sungguh
Tolak parti yang menyokong Hindraf. Anwar Ibrahim sokong Hindraf? Memang dia itu political animal. Apa sahaja asal beri kekuatan untuk dia jadi Perdana Menteri.
Hari ini orang Melayu kena bersatu, menolak mereka yang kurang ajar yang mahu menuntut agar orang Melayu menggugurkan hak keistimewaannya.
Parti Keadilan Rakyat Malaysia kini menjual bangsa Melayu.
Dah tak nak UMNO dan BN, dah serikdah. Lebih percaya "political animal" .....
"TAK NAK BN"
Sdr. Anuar,
Kita boleh tanya Datuk Norza, siapakah yang memilih calun-calun semasa Pilihanraya. Tentunya pemimpin BN, siapa pemimpin tertinggi BN?
Beberapa kerusi (Parlimen & DUN)yang diwakili MIC dan PPP, adakah kawasan tersebut majoritinya pengundi India? Begitu juga dengan kerusi MCA dan Gerakan.
Cuba Sdr. lihat ada atau tidak satu kerusi yang diwakili oleh UMNO atau PAS tetapi majoriti pengundinya adalah orang India atau Cina. Jangan mimpilah!!!!
Inilah mentaliti orang Melayu terutama Pemimpin Melayu. Orang Melayu (Pengundi) terus memberi undi walaupun calun tersebut bukan dikalangan orang Melayu, manakala pemimpinnya pula terus memilih calun bukan Melayu walaupun majoriti pengundi di kawasan tersebut adalah Melayu.
Salah siapa? Salahnya orang Melayu juga. Sekarang PRU ke-12 sudah dekat, buat pilihan yang tepat !!!
Itulah, masa perhimpunan agong umno,terjerit-jerit mengatakan kuasa melayu,kuasa melayu tapi masa pilihanraya terjerit-jerit pulak kata kongsi kuasa,kongsi kuasa.
Ok, apa kata pada pilihanraya kali ini,kita pastikan orang melayu yang menang dikawasan majoriti melayu...macam mana?...setuju tak?
Assalammualaikum..
Pilihanraya Umum 2004.. YTL (MCA) lawan Keadilan. Kenapa orang melayu tak bersatu sokong calon Melayu walaupun dia dari parti yg berlainan?....
Melayu patut cerdik main politik.. yg naikkan Cina & India adalah Melayu sendiri.. jadi yg bunuh Melayu bukannya Cina atau India,.. yg bunuh Melayu ialah Melayu sendiri.
pm kita bangsa melayu.tpm bangsa melayu.parti memerintah parti yang bertuankan pertuanan melayu.tapi apa dah jadi pada org melayu?bahasa melayu pun tak bole pertahankan ini kan pula nak ugut bangsa lain..sedarlah yg hina melayu bukan cina,india tapi org melayu kita sendiri.tak sokong umno tak dapat peruntukkan.ini yg berlaku di trengganu dan kelantan yg pernah dan hingga sekarang kerajaan pas.sapa yg khianat bangsa melayu di trengganu?pas pegang hilang royalti jadi wang ehsan.inilah sikap umno.dato norza cerminkan diri anda dulu sebelum mengkritik bangsa lain.
salah kita berhimpun sdr no2pkrm?sila baca kenyataan anwar dalam blog dia.dia sokong perhimpunan tapi dia bantah dgn keras isu artikel 13 hak keistemewaan org melayu.tapi sayang media(editorial) kita penakut dan makan gaji buta takut keluar kenyataan anwar.Keluar kenyataan kena pecat.stop racial....
Sudah lah Dato' Norza. Tak usah nak meniupkan sentimen "Melayu kena bersatul". Yang pelingkup Melayu siapa selama ini? Apa jadi dengan tulisan jawi, bahasa melayu, sekolah agama rakyat, kuota melayu di IPT, tanah simpanan melayu (nanti tunggu lihatlah apa akan jadi pada melayu johor dengan WPI!!)?.... kenapa nak salahkan orang melayu tidak bersatu? UMNO lah perosak bangsa dan agama. Di bawah UMNO orang melayu menjuarai semua elemen negatif negara- penagih dadah, anak luar nikah, murtad, mat rempit, rogol dan banyak lagilah.
Kalau bersatu nak perhabis kekayaan negara untuk UMNOputera buat apa? Tak salah rakyat yang tertindas dari apa bangsa dan agama pun pun meminta hak mereka.
Sudahlah... muak sudah dengan gendang UMNO yang tradisinya membela rakyat konon. Yang kaya pemimpin UMNO, rakyat melayu haprak dapatlah serbuk-serbuk dan "spill over" projek-projek mega kerajan BN.
Kelantan yang dalam tangan melayu nak berebut jugak jugak, dok khianat buat apa? pulau pinang pi serah kat cina padahal kerusi UMNO lebih banyak.Kongsi kuasa konon.
Tak usah menuding jari kepada bangsa. 3 jari lagi menuding ke UMNO!!!
Minah Kilang
Orang Melayu leka dengan hak2 yang kita dapat dari sekian lama....kita menjadi lebih lalai dan manja kerana kita dikebalkan dengan hak2 orang melayu.....kita lihat berapa ramai generasi anak muda melayu sekarang.....bagaimana kehidupan sosial anak2 melayu sekarang .......... takut bila memikirkan generasi anak muda melayu akan datang ..... bagaimana nasib mereka ....... tanpa hak orang melayu sekarang mungkin orang melayu bukan golongan pemerintah ...... mungkin bangsa lain selain melayu menjadi pemerintahan negara ..... kita sedap menempuh mimpi indah tanpa memikirkan masa depan orang melayu sekarang ..... semakin banyak kampung melayu dimusnahkan .... utk pembangunan katanya ..... orang melayu dipindahkan dipingir-pinggir bandar dan menjual tanah tersebut untuk pembangunan yang mana orang melayu tak akan mampu membeli setiap pembangunan yang dibangunkan ...... lihatlah apakah UMNO memperjuangkan bangsa melayu ..... ataupun untuk kantung kemewahan mereka sendiri ..... Sebahagian Suara Anak Muda ....
Orang Melayu memang leka, mereka sedar akan pemasalahan yang timbul dalam negara yang membabitkan isu kaum ini, lagi pun isu ini bukanlah satu isu yang baru yang nak diperkatakan lagi, Kaum lain berani membuat tuntutan dan tuduhan yang kerana kaum melayu itu sendiri yang lemah tidak mahu menggunakan keistimewaan yang telah diberikan dengan sepatutnya. jadi kaum lain mengambil kesempatan atas kelapaan org melayu itu sendiri.
Bukanlah salah UMNO, Dato Norza ke, dalam hal sebegini kita sendiri sebagai kaum melayu harus sedar akan kesilapan dan kealpaan kita, jangan duk melangut dan asik merungut sahaja, kita harus bangkit dalam menangani isu2 sebegini, kalau dah buat silap kita harus baiki bersama-sama pemimpin, dan para pemimpin juga harus menerima pandangan dan cadangan dari rakyat, jangan duk sedap kata dan sedap buat ja.
Apa yang diperkatakan oleh Dato Norza tu adalah mengenai kebimbangannya terhadap tahap perpaduan orang melayu yang semakin terpinggir dan ketinggalan dari kaum lain, dan beliau menegaskan agar kita mempertingkatkan lagi usaha untuk memperbaikinya, janganlah kita asyik nak menuding jari nak salahkan sesiapa, Pepatah ada menyatakan “ bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’’
Jadi tak salah kalau kita mempersoalkan kedudukan orang Melayu mengikut statistik
yang sebenar mengenai kaum melayu, itulah hakikatnya. Seharusnya apa yang dipersoalkan ialah sejauhmanakan kaum melayu sudah berusaha dalam memperbaiki martabat bangsa melayu itu sendiri??
Melayu mudah lupa.
Malas, nak kaya cepat, suka glamour, tikam belakang, politik melayu lebih kepada projek sebab politician sendiri nak cari makan.
Politician Cina betul2 perjuangkan bangsa, sebab foundation kuat.
Melayu bila kaya, gila perempuan, minum, glamour lebih, tapi harap kerajaan tolong.
Perjuang benda remeh temeh, tak tumpu fokus ekonomi, jika ada pun , dah di sapu org2 yg buat dasar dulu.
Kita nak bersatu dan kuat? Jom kuatkan ekonomi, baru org takut. Jika Pm Melayu, tapi driver bos dan kerani org melayu, apa guna? lebih baik PM bangsa lain tapi Melayu kuat kaya.
Hanya melalui UMNO kita bersatu bersama. UMNO sekarang lemah. Tak tegas, byk wayang, PM tak boleh buat keputusan sendiri sebab byk org belakang. Ingat cina/india tak kira party suka melayu berpecah. Tak payah gadoh sesama kita. Lawan Siqui dan Hindraf lg bagus!
God bless malaysia.
Bagi saya sekarang baik UMNO, Keadilan mahu pun PAS semua nya tidak memperjuangkan nasib bangsa Melayu, Terkejut saya selama ini saya memyokong PKR, rupanya adalah penyokong HINDRAF, kerana gilakan kuasa atau terlalu benci pada UMNO, sanggup mengadaikan bangsa melayu. Ini lah yang jadi pada Melaka dahulu sanggup menjali tali barut portugis. Telah ternyata Hindraf atau pun Suqiu, mereka mahu menghapuskan hak bangsa melayu, itu lah matlamat mereka. Yang saya hairan mereka mahu mengkaji balik social contract dan menamatkan keistimewa Melayu, PKR, UMNO mahupun PAS tidak menyoal balik bahawa sekira nya mereka mahu balik pada social kontrak, kita sepatutnya setuju dengan syarat kerakyatan mereka pun perlu dikaji semula. Hindraf,suqiu, parti pembangkang bukan melayu sekarang mengambil kesempatan kerana kita mempunyai kerajaan yang terlau lemah, PM yang lemah ini lah peluang baik mereka. UMNO pula tidak langsung memperjuangkan hak Melayu terlalu banyak cakap, but no action. Orang melayu makin terpinggir, harga barang semakin naik, pengangur Melayu bertambah, sokong pula bukan melayu berkerja di perkhidmatan awam, mana mahu letak orang melayu yang mengangur. Syarikat Cina tidak mahu ambil orang Melayu,UMNO tak bising. PAS pula dengan leka dengan ugama nya,tak pernah saya mendengar mereka memperjuangkan hak melayu di parlimen mahu pun dimana mana pun. Mereka asyik dengan ugama dan syurganya. Apa nak jadi dengan bangsa melayu, sudah tidak ada pemimpin melayu tulin dan berani sekarang untuk memperjuangkan nasib bangsa Melayu.
toksah membazir masa berbalah la weii!!!!
yang pasti BN parti haprak...mulut2pemimpin BN sudah bau longkang...bagi penyokong2 BN teruskanlah sokongan terhadap pemimpin2 baghal korang tu...memang dah dasar korang dan keturunan korang rela diperbodohkan BN sejak merdeka lagi..kesian2.
kpd penyokong2 BA...kita semua adalah golongan yg sayangkan Malaysia...Syabas n stay tune!!!!
Naikkanlah bangsa kite tak kire anda UMNO,PAS ataupon PKR sekalipon.Jgnlah menunding jari dan mencari kesalahan orang lain.Kita sebenarnye adalah masalah kpd diri kita dan bangsa kite sendiri.Dari zaman nenek moyang kite dulu lagi sampailah sekarang.Melayu malas dan suke mengamalkan sifat endah tak endah.Sedarlah wahai bangsaku.Kite tidak hidup di bumi malaysia untuk selamanye.Cucu-cicit kite akan meneruskan perjuangan memartabatkan bangsa kite ini.Ape yg kite lakukan pada hari ini akan memberi kesan kepada kepada cucu-cicit kite kelak.Sudahlah bangsaku.Mari kite bersama2 naik dan majukan bangsa kite ini.Cukuplah apa yg dibuat oleh nenek moyang kite dahulu.Jadikanlah ianya sebagai pengajaran kpd kite.Bangunlah Wahai Bangsa Dan Agamaku.Majukanlah bangsa kite ini demi agama dan negar tercinta.Aku cintakan kamu sepenuhnya hingga akhir hayat
BN could have done a good job in the election had it been serious in tackling these issues:
>let the royal commission of enquiry do a proper job of looking at the lingam tape
>the Task ''Force on the PKFTZ under Shahril Samad was a shamble- a put on
>pay RM 100 or 200 Million as compensation for the crooked bridge
> the internal conflict at the Police IGP Office was left open for public viewing.
The Royal Commission
The payback for making light of the interim finding gives a very direct result. Taking T Adnan the scoundrel in the
lingam tape affair was the last straw. What is BN up to.
The PKFZ
After all the dissatisfaction about the PKFZ, BN still chose the DIL of D Zakaria as a candidate
The Police Story
This is shocking.The Pot calling the kettle black. If the identity of whistle blowers on the drug trade cannot
be protected ,public will not have confidence on the police. Moreover police could not solve the case of the missing
children. IGP was impressive on TV. Result [ in this case no results ] is worrying the public
BN is touting Malays Rights. What of it? Who appoint the judges? According to lingam tape- a chinaman thru a malay
scoundrel was doing it?
I cannot fathom why PM is protecting the despicable acts of Mahathir in leaving himself open to criticism for all
the acandalous things that Dr M had allowed to happen in his tenure
What is worse is the case of the missing mongolian and a lecherous dpm. You can shout Islam hadari till
the cows come home. I found the theme disgusting- a mockery of Islam
What BN must take note is this- listen to the people,read the blog and act with a conscience. A girl is killed -no matter
who is involved [ even if he is the DPM ] - He must answer to the court. That is True Islam . surely this rule
cannot be altered at the whims and fancy of a PM
Korok
yg bodoh dan alpa skrg ni pemimpin dan org melayu... yg duk bergaduh sama sdiri org melayu.. cina dan india kt depan2 kita ni...bergaduh tapi diaorg berbaik dan bersatu dlm diam..kita melayu jugak yg bodoh.. so pikir2 lah balik apa nak jadi dgn kita ni kalau kita duk terus berbalah, duk mengata sama sdiri... bersatulah whaia bangsaku...berpolitik lah dan sokonglah pemimpin mana yg anda suka...yg enting dia tu org MELAYU.....!!!!!
Post a Comment
<< Home