ISA satu tindakan perlu?
Terbelah dua – antara sokong dan tidak sokong. Tanya pada beberapa kerat rakan saya yang berketurunan Melayu, maka akan mereka mengatakan kalau benar memo yang tersiar dalam laman www.arahkita.blogspot.com mengenai tuntutan Hindraf maka layaklah P.Utahyakumar dan rakan-rakannya ditahan. Tanya pula kepada mereka yang berketurunan lain maka mereka akan membantah. Mereka mengatakan bahawa “detention with trial” adalah salah dan tidak sepatutnya ada. Bawa ke muka pengadilan, biar Institusi Kehakiman yang menentukan dan biar mahkamah menentukan sama ada ini adalah tahanan kerana cubaan mengancam Keselamatan Dalam Negara atau semata-mata mengancam politik negara.
Berbelah bagi, memo Hindraf benar-benar agak keterlaluan. Membaca memo tersebut sudah cukup untuk menunjukkan bahawa tuduhan Hindraf mengenai beberapa perkara khususnya yang bersangkutan dengan Melayu agak merunsingkan. Tetapi bagi kita orang Melayu, sepatutnya yang turut merunsingkan kita adalah statistik makluman kerajaan mengenai kedudukan orang Melayu yang mengisi tempat terbawah dari segi kemiskinan tegar dan kedudukan pendapat kasar isi rumah. Ini lebih merunsingkan kita. Ini bukan statistik yang di reka tetapi ini statistik yang dimaklumkan dalam Parlimen. Mungkin lebih buruk lagi sekiranya ukuran dibuat dengan lebih tepat dan telus lagi.
Alahai orang Melayu, di situ rupanya kedudukan kita. Kita pula tidak menunjukkan kekecewaan dalam isu itu. Melayu yang ada rupanya kaum yang tersingkir ke bawah berbanding dengan Cina dan India. Malang sekali lagi itu kita tidak marah. Yang kita marah adalah Hindraf, kumpulan yang bukan memerintah negara kita ini. Ini sebenarnya menunjukkan arah dan fokus pemikiran kita. Bila Hindraf mencabar kita, kita marah dan bila justifikasi diberi mengenai kedudukan orang India lebih baik dari Melayu, tidak ada suara tebal yang memekik kekecewaan.
Berbalik dalam isu ISA, akta tersebut kini telah membentuk wira politik baru. P.Utayakumar dan rakan-rakan akan menjadi lebih besar dari segi sokongan orang India. Nama beliau semakin besar. Kini P.Utahyakumar dan rakan-rakan sama hebat dengan perjuangan pembebasan negara lain. Kini mereka adalah wira pada kaum India dan semua ini adalah kerana ISA. Maka harus dengan penggunaan ISA maka mencepatkan proses meruntuhkan keyakinan rakyat kepada sesebuah kerajaan seakan dipercepatkan. Ini sudah menjadi hakikat, penahanan baik menjadi OKT ataupun di tahan di bawah ISA, maka individu itu kini menjadi wira kepada kelompok mereka. Kita seakan telah membantu dan kealpaan kita menggalakkan rakyat menjarakkan diri dari kita. Inilah yang sebenarnya berlaku. Masyarakat India telah beralih arah – ke Hindraf. Hindraf kini pasti berubah wajah. Hindraf akan dijadikan senjata perjuangan bagi memastikan MIC di bawah Samy Vellu tercabar. Bukan itu sahaja, laporan video www.malaysiakini.com juga turut memetik kenyataan salah seorang penyokong Hindraf yang berada di perkarangan Bukit Aman sebagai berkata, ini semua desakan orang UMNO untuk menggunakan ISA, kepimpinan kita sudah di tangkap dan di tuduh, apa perlu lagi tangkapan tanpa membenarkan perbicaraan”. Maka hari ini, Hindraf sudah menukar bentuk dan rupa, hari ini seakan Hindraf adalah parti politik baru, sebagai satu senjata politik untuk menentang Barisan Nasional khususnya MIC. Hindraf kini adalah masyarakat India dan masyarakat India adalah Hindraf.
Itulah senario yang ada sekarang. Mendefinisikan secara terpesong “tuduhan mengancam keselamatan negara” akan memberi padah berbeza kepada kita. Tindakan ISA adalah seperti tindakan menggunakan kuasa untuk menakutkan yang lain tetapi bukan “corrective measure” atau langkah pembaikan yang bijak. Mereka akan lebih bersemangat, lebih mempunyai ruang menentang amalan demokrasi dan akhirnya yang salah menjadi wira kerana dipotret sebagai mangsa perjuangan. Benar – ISA bukan keperluan dalam mana-mana keadaan. Bicarakan dan jangan tunjukkan yang sikap penakut kita dalam berhadapan dengan keadilan dan Institusi Kehakiman.
12 Comments:
melayu...dpt kain batik sehelai time p'raya...habis lupa diri...tak sedar dok merempat kat bumi sendiri......org lain yg miskin...org lain pulak yg demo.ntahlah
Sdr. Anuar,
Kelazimannya ISA digunakan bila ianya didapati mengugat ketenteraman negara. Semasa Dr. Mahathir memerintah beberapa kali ISA dilaksanakan. Sejak Pak Lah menerajui negara inilah pertama kali ISA digunakan.
Bagi negara berbilang kaum, ISA ada keperluannya, cuma jangan salah gunakan. Macam juga "dadah", kalau tidak disalah gunakan ianya adalah ubat yang cukup mujarab.
Kebanyakan penghuni ISA adalah di kalangan orang Melayu, kini penghuni Kem Kemunting telah dipelbagaikan.
Agak menghairankan mengapa AG Ghani Patail sendiri yang turun sebagai pendakwa bagi kes-kes perhimpunan haram. Apakah sudah tidak ada lagi pendakwa raya yang berkelibar yang bertugas di pejabat Peguam Negara?
ISA bukan satu keperluan
Saya amat tidak setuju dengan kononnya ISA satu keperluan. Kenapa ianya perlu? Kita ada semua bentuk undang-undang untuk menangani semua bentuk jenayah dalam negara kita. Kenapa perlu penahanan tanpa bicara?
Kalau kita rasa mereka bersalah maka bawa ke mahkamah. Buktikan dia bersalah dan kalau tidak bebaskan.
Itu baru kita bercerita dengan asas keadilan. Semua perlu diberi ruang untuk mempertahankan diri.
Saya tahu Hindraf melampau tetapi, bukan satu syarat ISA untuk digunakan - tahan dan bicarakan mereka
ISA masih perlu..bicara dimahkamah selepas tu sumbat dalam jail bukan jalan terbaik untuk individu yang cuba menghancurkan malaysia. perjuangan hindraf bukan sahaja ingin menghancurkan malaysia malah ingin menghancurkan melayu. kenapa perlu diberi muka dengan hindraf
Saudara,
Masyarakat yang majmuk memerlukan toleransi yang membatas, apabila toleransi di angggap buat apa suka, itu sesat! Senang ke agak agak nya duduk dalam masyarakat seperti MALAYSIA ini. Kita nih.... dah tergaul semua dalam satu cawan semua ada di dalam. Sifat kefahaman dah lama cuba di pupuk dari tahun 1969 hingga sekarang dan selama 38 tahun, pelbagai perkara kita gunakan untuk terus melatih memahami isi dan rencah Malaysia ini,
Harmoni....itu lah laungan pemimpin Malaysia dengan gah nya mengistiharkan amalan perkongsian kuasa itu membawa faedah dan berjaya menangani masalah perkauman pada hari ini. Jauh dibelakang inilah sejarah silam. Semua perkara dicatit sebagai tanda bahawa kita mengamal ilmu pengurusan yang di bina dengan sistem sistem yang terbaik pada masa itu.
Tapi nampaknya sistem itu di aplikasi untuk mencari salah dan mendustaan. Pendustaan mencipta keluhan, kesah, terpinggir dan kemiskinan. Dulu bangsa India ini bangsa yang kuat kerja dan tahan berpanas, bangsa ni Allah jadikan dengan kekuatan 4 kerat yang bisa melaksana tugas dengan baik. Beratus ribu ladang kelapa sawit di tanam dan di kerjakan dengan baik oleh bangsa ini, kesetiaan mereka kepada majikan tidak berbelah bagi dan mereka hidup dalam kelompok estet yang merata tempat di Malaysia ini.
Adakah bangsa ini tidak menyumbang dalam pembangunan Malaysia kita?...mereka ini adalah tunjang kepada industri kelapa sawit kita. Hari ini,tetapi keadaan berubah... mereka tidak lagi seperti dulu, meraka sudah banyak bijak pandai, kerana apa? kerana kita memberikan kemudahan kepada mereka. Itu pun dia kata...orang melayu zalim, kerana tidak memberikan kesamarataan dalam sistem pemerintahan. Laungan anti-melayu kedengaran dengan pelbagai tokok tambah isu keagamaan dan kekejaman.
Laungan anti-melayu ni salah...maka sekarang mereka berada dalam tahanan ISA. mereka telah meniupkan api perkauman yang menebal.Maka ISA adalah jawapan kepada ketelanjuran provokasi yang sangat perkauman. Oleh itu ISA sangat releven bagi kaum yang menoda sistem pemerintahan yang berbaur ini.
Melayu tak payah risau! melayu kaya...sebab ini tanah melayu...melayu malas sebab banyak harta...melayu mundur? takada saya nampak. kalau kadar kemiskinan melayu lebih 50% maka konfom melayu mundur. Kita sebenarnya membangun bersama penghujung dan tuanya bumi. Tetapi kita kene ingat bahawa yang sebenarnya menaungi kta adalah agama.
Agama itu pegangan dan akidah...tapi adakah kita berada dalam kanun agama kita? 50-50 je yang berbuat demikian. yang 50 lagi gelap dan teraba dalam terang, yang teraba ini saya kata mundur. Minda dan hakikat diri yang dilupakan. Justru itu adalah lenih baik berhenti sejenak lihat kiri, kakan, atas, bawah dan tanya nak buat apa untuk hidup yang sementara ini, dan tanya apa amalan kita selama teraba dalam terang ini.
Mohon lah petunjuk Allah, sebab allah maha mengetahui akan semua urusan insan dengan ..tolong Bagi tau saya mana yang Allah tak tahu.???..Kita kata Allah maha kaya...tapi kita susah gak...zalim ke Allah tak bagi kita Kaya? Kita sebenarnya tidak ambil semua apa ajaran nye...kita ambil sikit sikit je...sebab tak penting...jadi celarulah fikiran kita. Kecelaruan ini membuat kita banyak berfikir...dan akhirnya fikiran kita tidak sama dengan ketentuan Allah, maka kita akan terus menyalah antara satu sama lain. Jiwai lah kehidupan dengan berpegang kepada agama yakni Islam dan sentiasa lah menimba ilmu Allah yang tidak dapat dipelajari sehingga ajal datang. Allah tetap tidak mengambil untung. Maka cari lah penyelesaian dengan jalan yang sudah ditunjuk oleh Allah.
Wasallam, jumoa lagi
ISA----Ikut Suka Ati.....Ada Pro Dan Kontra.....Kalau Tak Ada Susah Jugak...Pengajaran Buat Org2 Yg Melampau Dan Terlampau.......Kalau Ada.....Main Tangkap Tanpa Bicara....Letak Kat Kamunting.....Boleh Tangkap Sapa Saja........Tak Adil Kalau Tak Bicara.......Ntah2 Tak Salah.....Dalam Islam Pun Kena Bicara Atau Adili Dulu......Biasa La Undang2 Islam Mesti Ada Kekurangan Punya.....Suara Anak Muda....
Sooory.....Aku Buat Kesilapan....Bukan Undang2 Islam.Aku nak Taip Undang2 Manusia.....Minta Maaf
Tidakkah baik kalau kita sama -dengar apa yang diutarakan oleh Hindraf 5 tu? Kalau ada bukti penglibatan dengan pihak pengganas dsb saya yakin orang India /MIC khas nya akan dapat gunakan isu itu untuk beli undi orang India. Juga semua kita akan dapat lihat apa yang dimaksudkan dengan ethinic cleansing yang di dakwa mereka?
Ini seolah olah kerajaan takut hadapi kenyattan dengan proses undang-undang yang sihat.Sedangkan keraajan mempunyai pengaruh tersendiri dalam sistem mahkamah kita! Cuba lihat perkara pembunuhan rakyat Mongolia tu. Berbagai persoalan tidak terjawab .Sudah tentu itu tidak disengajakan.
Dengan itu meragukan motif kerajaan menyumbat mereka dengan ISA. Ini juga mendedahkan malaysia kepada kritikan antarabangsa serta menjadikan mereka sebagai hero.Tidakah pihak police mendakwa kita ada banyak kerjasama dari polis antara bangsa? jadi sennaglah nak perolehi bukti berkenaan aktiviti Hindraf dalam pengganasan antarabangsa .
Dalam dunia moden ini kita tidak boleh hidup bersendirian. Kita perlu berkerjasama dengan dunia luar.
Masalah rakyat malaysia ni, kita jarang didedahkan kepada sistem keadilan and 'human rights'. Tak ada manusia boleh disumbat dipenjara tanpa bicara. Sebab itu America telah menerima kecaman dari rakyat sendiri atas tindakan yang diketahui umum.
Di UK sendiri, walaupun pihak tertentu bom tempat-tempat awam, orang yang disyaki tidak dibenarkan di penjara melebihi beberap hari tertentu. Bayangkan bom tempat awam...bukan sekadar demonstrasi/ berhimpun tanpa senjata. Seorang rakyat Brazil telah ditembak mati oleh pihak polis pada masa itu , kerana tersilap.Rakyat Brazil itu pendatang tanpa izin....Tetapi perkara ini telah menggoncang ..segala bentuk 'enquiry' didakan, polis bayar ganti rugi... sehingga ketuanya di gesa letak jawatan.
Bagitulah mereka menghargai hak manusia (human rights)Tak kira bangsa agama. Satu nyawa manusia itu tetap berharga.
Mempunyai bangunan tertinnggi dan infrastuktur terkini tak akan menjadikan sebuah negara sebagai negara maju...
Tetapi bila hak- hak manusia dipelihara dan dihormati tanpa mengira bangsa atau warna kulit.
Cubalah kita sama-sama fikir.
to chinese supporter
jika hindraf hendak mencabul keistimewaan melayu tidakkah itu seperti menghancurkan hak melayu. u tak baca ke memo hindraf sampai habis.agaknya u ni cina bukit kot..tak pun cina paya..watever lah
Orang India patut lihat balik perkara ini ...... dari segi ekonomi .... orang melayu dan orang india sama saja ...... orang india ada yang miskin .... orang melayu juga ada yang miskin .... cuma ia dibantu dengan zakat yang dikeluarkan oleh orang islam ..... bukanlah menyeluruh tetapi membantu .... jadi apa kata orang india buat seperti orang melayu punya cara untuk membantu menjana ekonomi bangsa sendiri .... tak boleh terlalu bergantung kepada kerajaan sekarang .... Sebahagian Suara Anak Muda ....
ISA.. sgt perlu bagi rakyat yg nak hidup aman, nak cari rezeki, nak bantu keluarga, nak ubah kehidupan yg lebih baik, tak nak bagi investor lari, nanti silap2 abg sendiri yg bekerja di kilang yg di tutup sebab byk rusuhan.
ISA...tak diperlukan bg mereka yg suka merusuh, yg tak da keja lain, yg berfikiran cetek, yg nak bg jd negara mcm pakistan. HIndraf nak komplain sgt, UMNO jgn layan, jgn menggelabah. Pemimpin UMNO jgn nak tunjuk jaguh. Kita tuan, majoriti. Nak rusuhan, hantar balik India. Org India pun dtg sini cari makan. Buat kwn India ku, bersyukur la, apa yg korang tak boleh buat di malaysia? list kan. Jom hidup aman, tolak ansur. Kita tak boleh dapat semua yg kita nak. kat India pun sama.
UMNO berani skit, tak payah nak jaga hati org India yg merusuh. They are not our country men. Jom org melayu kuatkan ekonomi, jgn asyik seronok politik saja.
p/s: to Hindraf, good luck to all of u to get RM1 millions from british gov. Nuts! Your leader live in exclusive area, drive merc, drink at starbuck, u? makan pun tak cukup, nak rosak negara pula. go back to your....
Hi ArahKita reader,
The msg below were send in one of the yahoogroup. I m resending tht to here as it was relevant answer the question posted.
First of all, if we adopt Malaysia as Islamic country, does any law similiar to ISA ( detention without trail) is allowable under Islamic principle.
I guess with circle of Islamic frens whom some are Syariah lawyers, DONT agree any draconian law as such ISA.
So let us put the trust in our law to prove any wrongdoing individuals than detaining under ISA.
Release all ISA detainees, be it Muslim or Hindu or Christian !.
Thx
- Karna57
...................................
RELEASE THE 5 HINDRAF!
ABOLISH ISA!
TEAR DOWN KAMUNTING DETENTION CENTRE!
No doubt, it has been sometime ever since Malaysia has been declared to be an Islamic country. Ok, so be it. Then isn’t ISA against the Islamic teaching? Isn’t ISA discrimination to Human Rights?
There are verses in Al-Quran that talks about Human Rights. So by implementing and practicing the Draconian Law of ISA, isn’t it like going against Quran teaching? Our Prime Minister and his battalion are so adamant about retaining the ISA, but aren’t they aware that it is discriminating their Quran if they support ISA?
Besides, there have been dirty games in politics such as bribery, cheating, stealing the rakyat’s money and the worst things any man can do. Hard earned rakyat’s money, benefits and privileges that belong to rakyat are ripped away and kept in pockets of egocentric politicians, being selfish over things that never will follow them until their graves. Their own man kind are still exposed to scorching sun heat, polluted air, and rain drops where they have no shade for themselves and their loved ones. Let it be anyone, Islam or non-Islam, but in general term, they are all human. If you think Allah is the only GOD, Allah is the only creator, and Allah is Most Forgiving and Most Merciful, aren’t you politicians aware that you are discriminating and torturing what Allah has brought to earth, what Allah has created? What rights do you have to discriminate what you believe that Allah has created? Isn’t there a verse in Quran that describes this as wrongdoing? (Quran 49:12)
It is said in the Quran, that one has to be fair. In case 2 parties are to end in an ugly conclusion, there has to be a peace talk, and in case there is a mistreatment or unfair game by one party, the other party has to fight until equality is achieved (Quran 49:9). But here, who is the one who is following this teaching, and who is not? HINDRAF is fighting for the rights of the ones who are discriminated, but UMNO led BN isn’t admitting their mistake, but is still throwing HINDRAF into the bad light. So at least until HINDRAF achieves it is target, there is no stop to the fight.
We being HINDRAF’s person did not cause any harm. We are just voicing out for what is known as a basic human right. And if that is threatening enough that you can all accuse HINDRAF for what is not true, I am sure, that you are all aware that it is also mentioned in the Quran, that when the Judgment Day comes, Rights will be given to those who deserves it and the wrongs will be remedied. (Quran 5:8)
Last but not Least, living along with the belief that ISA is relevant in today’s world makes what the majority in Malaysia believes in, “Quran” irrelevant. Please don’t get me wrong that it takes a non-Islam to elaborate the verses in Quran. I believe you, being the Prime Minister and your cabinet members who are mostly of Islam belief are well versed than I am. Besides, it was you who led a prayer not long ago. If you think my understanding in Quran is wrong, then live the right Quran philosophy, at least that will shed the proper light of what is taught in Quran. Please live in the relevance of Quran and abolish the ISA.
SDS
Indian Youth
~ I need the humble help of someone who can send this letter over to the Prime Minister. I will truly appreciate this help ~
Post a Comment
<< Home