Melayu yang malu
Dalam membicarakan mengenai isu Hindraf, kepimpinan Melayu di Dewan Rakyat mendedahkan bahawa Melayu adalah kaum yang paling tertinggal di Malaysia. Justifikasi untuk menyanggah dakwaan Hindraf mengenai “marginalisation” hari ini membentuk satu pertanyaan, yang kuat dengan kuasa adalah kita tetapi yang corot adalah kita. Kita mempunyai peratus kemiskinan tegar yang tinggi dan pendapatan isi rumah yang rendah berbanding dengan Cina dan India. Adakah ini wajar dengan kehadiran berbagai-bagai polisi yang dibentuk untuk membantu orang Melayu?
Kita hari ini dimaklumkan bahawa Melayu terpinggir, Melayu melukut di tepi gantang wa hal Melayu adalah pemimpin negara ini. Adakah ini wajar. Dengan adanya kuasa di tangan kita tetapi kita terpinggir maka persoalan yang wajib kita tanya adalah-keberkesanan kepimpinan kita hari ini. Adakah statistik yang bangga dibacakan di Dewan rakyat hari ini tidak menaikkan kening mata kita orang Melayu? Di mana salah kita orang Melayu, pada Melayu atau pada kepimpinan Melayu. Adakah kita dipimpin meniti jalan kejayaan atau kita dipimpin untuk memastikan kejayaan segelintir Melayu. Kalau itu masalahnya adakah salah kalau kita katakan kepimpinan Melayu itu gagal dan kini setelah 50 tahun kita merdeka, kita sebenarnya merdeka dalam kemiskinan.
Menjadi satu yang amat memalukan apabila India di Malaysia adalah lebih baik dari kedudukan orang Melayu. Adalah menjadi satu kesedihan kepada kita melihat bangsa kita terkulai sedang kita mencium keris tanda memegang kuasa. Adakah ini tidak cukup menyedarkan kita bahawa perubahan perlu ada. Perubahan perlu lebih dinamik dari kepimpinan Melayu yang manja sekarang ini. Kepada kepimpinan yang dinamik – sanggup di tegur dan sanggup menyatakan pegangan sungguhpun menyimpang dari ketetapan kerajaan. Kepimpinan kita terlampau dimanja sehingga mereka tidak perlu bekerja keras untuk rakyat tempat mereka kerana semuanya ditentukan,di promosi dan dipastikan kemenangan oleh kerajaan memerintah.
Sebenarnya pernah menulis satu sajak ringkas mengenai Melayu :
Kita hari ini dimaklumkan bahawa Melayu terpinggir, Melayu melukut di tepi gantang wa hal Melayu adalah pemimpin negara ini. Adakah ini wajar. Dengan adanya kuasa di tangan kita tetapi kita terpinggir maka persoalan yang wajib kita tanya adalah-keberkesanan kepimpinan kita hari ini. Adakah statistik yang bangga dibacakan di Dewan rakyat hari ini tidak menaikkan kening mata kita orang Melayu? Di mana salah kita orang Melayu, pada Melayu atau pada kepimpinan Melayu. Adakah kita dipimpin meniti jalan kejayaan atau kita dipimpin untuk memastikan kejayaan segelintir Melayu. Kalau itu masalahnya adakah salah kalau kita katakan kepimpinan Melayu itu gagal dan kini setelah 50 tahun kita merdeka, kita sebenarnya merdeka dalam kemiskinan.
Menjadi satu yang amat memalukan apabila India di Malaysia adalah lebih baik dari kedudukan orang Melayu. Adalah menjadi satu kesedihan kepada kita melihat bangsa kita terkulai sedang kita mencium keris tanda memegang kuasa. Adakah ini tidak cukup menyedarkan kita bahawa perubahan perlu ada. Perubahan perlu lebih dinamik dari kepimpinan Melayu yang manja sekarang ini. Kepada kepimpinan yang dinamik – sanggup di tegur dan sanggup menyatakan pegangan sungguhpun menyimpang dari ketetapan kerajaan. Kepimpinan kita terlampau dimanja sehingga mereka tidak perlu bekerja keras untuk rakyat tempat mereka kerana semuanya ditentukan,di promosi dan dipastikan kemenangan oleh kerajaan memerintah.
Sebenarnya pernah menulis satu sajak ringkas mengenai Melayu :
Dan itu Melayu
Dan itu Melayu,
Merayap,
Menyusur,
Dan belum bangkit-bangkit lagi,
Setelah jejak ini milik orang,
Masih belum sedar lagi,
Dan itu Melayu,
Tidak sedar gelap akan hari,
Bulan sepi dan bintang lari,
Belum sedar akan diri,
Dan itu Melayu
Berdiri tapi mati.....
22/08/2007
Dan itu Melayu,
Merayap,
Menyusur,
Dan belum bangkit-bangkit lagi,
Setelah jejak ini milik orang,
Masih belum sedar lagi,
Dan itu Melayu,
Tidak sedar gelap akan hari,
Bulan sepi dan bintang lari,
Belum sedar akan diri,
Dan itu Melayu
Berdiri tapi mati.....
22/08/2007
Dan salah siapa..perlukah jadi Hindraf - menuntut kegagalan ....
13 Comments:
Sdra Anuar,
Seperti tulisan sdra sebelum ini, yang bersalah adalah Melayu yang memilih UMNO. Kepimpinan UMNO adalah punca Melayu ketinggalan. Sudah semestinya Melayu jangan leka.. Melayu perlu sedar bahawa UMNO sendiri dalam Dewan Rakyat mengatakan yang jadi paria dalam negara adalah Melayu.
Inia dalah kerana kepimpinan Melayu hanya penting diri sendiri dan rasuah kalangan mereka macam sudah jadi budaya.
Masanya telah tiba kita pilih wakil Melayu yang memperjuangkan MElayu, ekonomi orang Melayu dan bukan untuk diri sendiri.
Kita demo kat kepimpinan UMNO yang kaya raya itu....Melayu semakin bangsat....
sebenarnya yg menjadikan kita Melayu miskin adalah kepimpinan kita sendiri. melayu perlu memberi signal yg kuat pada UMNO, agar mereka tersentak. Melayu kena gesa agar perubahan perlu dilakukan andai tidak....berkuburlah kita
anyway anuar, satu sajak yg baik
Tidak, saya rasa kita terlampau berbahasa pada kaum lain. Kita tidak boleh membiarkan mereka bermaharajarela. Mereka dulu dapat bantuan dari Inggeris dan hari ini mereka nak lebih.
Kita plak asyik bagi dan bagi.
Sebenarnya kepimpinan kita telah melakukan yang terbaik tetapi bangsa lain ada kekuatan kerana mereka telah monopoli lama dah. Hari ini mrk sebok minta dan minta. Ini kurang ajar namanya.
Saya percaya kalau kita mahu senang kembali kita minta mrk tunduk pada kita. Jgn melampau
Kalau saya UMNO, saya akan ubah suai perankaan untuk menunjukkan bahawa Melayu masih lemah, masih miskin. Dengan itu, saya dapat terus mengaut untung daripada subsidi kerajaan. 30% kekayaan negara tidak akan tercapai. Kalau dicapai pun tidak mengaku sebab itu bermakna subsidi sudah tamat.
Seperti juga dengan markah peperiksaan. Menurunkan markah minima untuk mendapat A untuk membantu Melayu mendapat keputusan yang "cantik". Hakikatnya, A itu tak ada kualiti.
Salam buat semua..
Siapa yg bersalah ? pandangan saya...org melayu yg masih mahu mengekalkan UMNO dan BN. Hampir sebahagian dasar mereka gagal...kemudian tak mahu mengaku, takut org ingat mereka bodoh....walaupun sebenarnya mereka memang bodoh ..."bodoh sombong".....
Sdr. Anuar,
Orang melayu masih miskin kerana pemimpin Melayu bila berkuasa, kayakan diri, keluarga dan kroni. Orang masih miskin kerana nasib mereka tidak dipedulikan, kalau tolong pun bagai melepaskan batuk ditangga saja. Bukan bersungguh-sungguh nak bantu orang Melayu. Pemimpin Melayu banyak bercakap...bukan banyak buat kerja...termasuklah ahli-ahli parlimen yang berbahas di Parlimen. Kekadang apa yang jadi dalam kawasan parlimen sendiri pun tak tahu cuma harap pembantu mengendalikan semua masalah kawasan.
Sikap orang Melayu juga yang terlalu bergantung kepada pemimpin pun satu penyakit. Pemimpin pula bila ada kepentingan baru dia nak tolong, kalau tidak jangan mimpilah.
Pemimpin Melayu yang ikhlas untuk membantu orang Melayu amat kurang bilangannya. Maka kemiskinan akan terus kekal sampai bila-bila.
Selagi orang Melayu tidak sedar dengan terus memilih pemimpin yang sebegini, nasib orang Melayu tak akan berubah.
Sdra Kamal,
Bila Melayu mundur kita refer pada kepimpinan mereka. Kepimpinan Melayu kalau dikira hanya beberapa kerat dari majoriti orang Melayu. Adakah kepimpinan ini mampu mencorak org Melayu kalau org Melayu sendiri tolak mereka. Saya kira membicara saipa yang salah adalah mudah tetapi bagaimana mahu memperelokkan kedudukan Melayu adalah masalah besar.
Saya sendiri perlu akui bahawa saya kurang dalam memberi kontribusi terhadap memajukan kedudukan org Melayu khususnya untuk menyedarkan mereka.
Kenapa kita tidak gunakan laman ini - dengan persetujuan pemilik laman ini untuk menyedarkan org Melayu secara kolektif, mengambil inisiatif tertentu, berbincang dan sekiranya perlu menegur dan mengkritik. Walaubagaimana pun apa yang jelas kalau ada kritikan hanya untuk politik menjatuhkan pemerintah dan bukan untuk memajukan melayu.
Kita sepatutnya takut dengan statistik yang dipamerkan ini. Kita harus bertindak secara kolektif mempersoalkan statistik ini dan akhirnya mengambil langkah memperbaikinya biarpun sehingga terpaksa untuk merubah pemimpin atau parti. Tetapi asasnya kita perbaiki dahulu, kita kaji dan kita buat satu perbincangan yang lebih terbuka, intelek dalam membahaskan isu ini.
Saya cadangkan pemilik laman ini membawa satu hujah berjodol "kemana Melayu"
Sdr. Rozali,
Terima kasih atas pandangan saudara. Realitinya orang Melayu masih dibelenggu kemiskinan terutama kawasan luar bandar. Cuba kita renung kehidupan penoreh getah, nelayan dan petani, masih ramai yang berada dalam paras kemiskinan. Mereka ini bergantung kepada kerajaan dan kepimpinan orang Melayu untuk membantu mereka terutama bila mereka kesempitan.
Pemimpin yang terdekat dengan mereka adalah WAKIL RAKYAT. Tak kira ahli parlimen atau ADUN. Masalahnya hingga kini masih lagi terdapat wakil rakyat yang tidak mempedulikan kawasan yang diwakilinya. Sukar untuk rakyat menghubunginya kerana beliau tidak mempunyai handphone, logiknya sekarang ini budak sekolah pun sudah ada h/phone tetapi bila di parlimen bergegar-gegar suaranya. Bila sudah dekat pilihanraya baru nampak batang hidungnya.
Beginilah sikap segelintir pemimpin Melayu. Kalau pemimpin Melayu sudah tidak sanggup untuk membela nasib kaum mereka sendiri, siapa lagi yang akan membantu orang Melayu.
Apa yang penting ialah pemilihan calun-calun samada parlimen atau DUN mestilah dibuat secara lebih berhati dan telus. Jangan memilih mereka-mereka yang hipokrit kerana mereka sebenarnya yang akan merosakkan parti dan agenda pembangunan kerajaan.
Kita patut bangkit bersama-sama. Kita tahu Melayu masih kurang berpersatuan. Ini menyebabkan kita bukan presure group yang berkesan.
Kita patut menubuhkan persatuan untuk terus mendesak. Kalau kita tidak maka kita akan terus ditindas.
Cina ada banyak persatuan yang mendesak dan mereka kuat dalam desakan kita.
Kita adakan persatuan yang sebenarnya bertentangan dengan cara berpesatuan yang ada. Kita tubuh persatuan yang tidak mempunyai pemimpin kekal seperti dalam Umno. Perlu berubah selepas 2penggal.
Ini satu cara penyelesaian
yang kawan tak puas hatinye..orang yang kaya makin kaya..tak ingat pada orang yang susah..inikah dikatakan bantuan??..kalau macam ini bila nak basmi kemiskinan org melayu di negara kita!!
Tak nak melayu jd malu :
1) Cari ilmu rajin2.
2) kuatkan ekonomi, kuasai perniagaan.
3)jgn lengah buang masa, malas, suka berangan.
4) jgn mengharap bantuan.
5)Jgn suka berhutang.
6) jgn beli lebih kemampuan
7)Mula berjimat utk tabung pendidikan anak, jgn harap kerajaan shj. Suruh anak belajar rajin2, tapi bapak malas, tak nak lakukan sesuatu.
8)Ubah cara hidup, jgn jumud, jgn asyik berpuas hati.
Jgn fikir di dunia bukan utk org Islam, di akhirat tempat org Islam. Salah. Dua2 milik kita. Takluki.
9)Jgn tikam belakang, dengki, fitnah, bebal.
10) Jgn gila glamour tapi tak kaya pun, jika kaya tak pa juga.
11)Jgn asyik seronok politik sahaja, asyik baca blog shj. Taukah kwn2, org melayu paling tinggi bloggers sebab suka berita2 sensasi.
Ini yg saya perhatikan, ada di dlm diri saya jg, saya pun nak perbaiki. Barula kita di pertuankan. Tahukah anda, msy cina sudah ramai yg memiliki lesen pistol? org melayu? lesen parang? atau kebal?
Melayu Mudah Lupa.
Sebagai anak Melayu, saya amat malu melihat bangsa ini masih melihat umat manusia lain berdasarkan warna kulit.
Kita sudah 50 tahun merdeka. Kita harus bergerak ke depan. Sesiapa yang sudah diiktiraf sebagai rakyat Malaysia harus menerima hak-hak yang sama.
Ketuanan Melayu adalah mainan politik yang jijik. Kenapa kita meletakkan diri kita di peringkat hina ini. Kita semua anak cucu Adam. Kita semua mampu hidup sebarisan dengan umat manusia berbangsa lain. Kita merasa "insecure" kerana kita di "brainwashed" oleh ahli politik supaya mereka terus berkuasa. Kita tidak lemah dan kita mampu bersaing.
pandangan saya pulak
rasenye salah kite gak melayu yang xnak merebut peluang yang ade
maksud saya, walaupun disebabkan kronisme yang menghadkan peluang bersaing kite
tapi saya rasa kalu kite bersatu untuk sama2 bangkit
kite akan berjaya
sejarah dah membuktikan
melayu kalau bersama n bersatu tanpa perbezaan idealogi politik
saya rasa kate akan bangun dan maju lebih dari kaum2 lain malaysia
takkan melayu hilang di dunia
tapi melayu itu mudah lupa
Post a Comment
<< Home