Saturday, December 08, 2007

Definisi Melayu


Angkara Hindraf maka kini semua tahu, bukan India yang terkebelakang tetapi Melayu. Adakah benar, Melayu yang sedang memegang kuasa dan Melayu merupakan ketuanan di tanah ini? Mana sebenarnya kedudukan Melayu hari ini? Di mana kita dalam negara kita ini? Adakah mampu kita untuk mengisahkan apa yang sebenarnya berlaku pada Melayu dan sekiranya mampu adakah kelak kita tidak dilabel sebagai pembangkit semangat untuk memainkan sentimen kaum.

Sebenarnya untuk soalan di mana kita Melayu ini jawapannya, hampir 50% menteri kabinet negara ini adalah dari kaum lain dan bukan Melayu (Sun 07 Disember 2007) dan Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa pendapatan isi rumah kasar bulanan Bumiputera adalah yang terendah berbanding dengan Cina dan India. Ini ditambah dengan Melayu memegang rekod peratus kemiskinan tegar tertinggi.

Dan itu definisi Melayu hari ini. Tidak payah kita bercerita mengenai Ketuanan Melayu kerana definisi yang ada tidak melambangkan “Ketuanan Kita” . Tidak perlu kita mengisahkan hak keistimewaan dan kedudukan kita kerana semua itu telah terjawab. Habis mahu di letak mana kedudukan kita dalam kita sudah mencapai 50 tahun lebih merdeka.

Mungkin salah pada Melayu, Melayu yang malas, Melayu yang lupa dan Melayu yang haprak. Mungkin itu kini karakter nasional untuk Melayu, identiti sebagai seorang Melayu baik kepimpinan Melayu sampailah ke rakyat yang menjadi hamba pada Tanah Melayu yang kini bergelar Malaysia. Maka yakinlah kita hari ini bahawa sebenarnya kita kaum minoriti kerana pengecilan tempat dan kedudukan kita sebagai Bumiputera. Hampir pasti kelak kita hadir pada tahun retorik 2020 dengan kedudukan yang senget dengan lemah berdiri di bumi sendiri.

Sah kini. Melayu bukan lagi golongan yang boleh dibanggakan dalam negara kita ini. Melayu kini hanya tinggal nama dan igauan Dato Onn Jaafar melambangkan “gelap” Melayu kini menjadi realiti. Mana silapnya pendidik Melayu, mana silapnya kepimpinan Melayu dan mana silapnya Melayu itu sendiri.

Kita hari ini sibuk mengejar kejayaan. Malaysia diambang kemodenan dan kemajuan. Negara semakin bergerak ke arah yang amat memberangsangkan namun Melayu masih di situ. Melayu tetap Melayu dengan saban hari menceritakan tentang kemajuan bangsa lain. Melayu tetap di situ membicarakan kisah ketuanan Melayu, mengisahkan perjuangan Melayu dan akhirnya kuasa pegangan Melayu yang menyalahkan ketirisan sebenarnya menyebabkan ketirisan.

Kisah sedih Melayu ini patut diabadikan dalam sejarah Malaysia. Mungkin benar bahawa yang sepatutnya berdemonstrasi adalah Melayu. Namun untuk membantah kepada siapa, kerajaan Melayu....

16 Comments:

Anonymous william said...

It is a sad Malay definition. But you know, it is the Malay leaders that are doing this to you my fellow Malaysian. You have to change it fast because Malays are rapidly moving backwards. Change or stop complaining.

9:23 AM  
Anonymous mamat said...

MASA SUDAH SAMPAI

Melayu bangun. Lihat kepimpinan kamu yang mengaut harta dan membiarkan kamu terus melarat. Sampai masa kita pastikan mereka di jatuhkan. Jangan harap pada Pak Lah yang kini sudah turut serta sama-sama busuk dengan sistem yang ada.

Kita bangkit. Bukan Hindraf yang patut berdemo...Melayu yang patut.

9:31 AM  
Anonymous Anonymous said...

bravo mamat said

4:40 PM  
Anonymous Anonymous said...

Salam..
Apa nak takut ? selagi ada UMNO org melayu akan terjamin....bebas dinegara sendiri, tak payah bising2.....UMNO hidup dan matiku!!!

6:02 PM  
Anonymous mamat said...

Anonymous 6.02

Aku rasa betul cakap ko tapi ada pembetulan sikit. Umno bukan hidup ko tapi mati ko...lagi tepat. Umno ....mati aku.

Kerana UMNOlah statistik diatas dibuat untuk mendefinisi Melayu. Cian org Mlayu krn masalah utama Melayu ialah mudah kena tipu dengan kepimpinan

7:53 PM  
Anonymous Anonymous said...

Ketuanan melayu nampaknya tak menjamin masa depan org melayu. DEB pun nampaknya tak membantu melayu. Jadi sekarang ternyata, macam mana kaum lain boleh maju daripada org melayu sedangkan mereka tidak menerima keistimewaan?

10:21 PM  
Anonymous Anonymous said...

Melayu bangsa yang rajin, tapi ada diantara mereka yang malas untuk merebut peluang yang ada, semua tunggu nk disuap, cubalah bangun berusaha untuk merebut peluang yang ada di depan mata, kerajaan dah sediakan banyak landasan yang boleh mereka gunakan untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik, namum mereka masih tak mahu berusaha..jadi tepuk dada tanya laa..selera..

11:15 AM  
Anonymous kaiz07 said...

Silapnya pendidik melayu krn gagal mendidik anak melayu supaya jadi manusia yang berkualiti. Apa tak nya bila nak melihat statistik pencapaian anak melayu dalam ap jua peperiksaan, maka diturunkan grednya supaya ramai anak melayu dilihat memperolehi keputusan cemerlang tapi hakikatnya dari segi kualiti, hancur. Silapnya peminpin melayu adalah kerana gagal memikul dan melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka. Silapnya melayu itu sendiri kerana mereka talah merasa selesa dengan status dan hak keistimewaan yang telah disediakan sehingga menjadikan melayu itu lemah dan tidak jati diri.

2:03 PM  
Anonymous Anonymous said...

Aku anak Melayu
Yang malu...
Ditipu, dihina
Kerana bangsa ku.
Gila kuasa, gila harta
Itu segala-galanya.
Laungnya menggegar kalbu ku
Rayu mengekal 'ketuanan Melayu'.
Tapi yang nyata
Bukan seperti dikata.
Yang ada
Adalah mereka
Perutnya buncit bermuka-muka
Konon mereka pejuang bangsa.
Sebenarnya mereka
Pengkhianat dan pendusta.
Sekarang aku sungguh selesa
Kerana aku anak Malaysia
Bukan lagi Melayu yang hina....

12:10 AM  
Anonymous salleh said...

Anak Melayu dan Anak Malaysia

Sekarang kau merasa bangga? Apa yang nak dibanggakan, yang aku tahu engkay keliru. Malu jadi Melayu lantas mahu tukar..jadi anak Malaysia. Apa tukar anak Malaysia bukan menghilangkan bangsa? Jangan merepek la

8:29 AM  
Anonymous kaiz07 said...

Anonymous 12.10am,

Mungkin kau menulis sajak tu dalam keadaan yang terlalu kecewa. Betul ke melayu tu hina. Tidak melayu tak hina. Yang hina adalah peminpin melayu yang diberi amanah untuk memimpin tetapi gagal melaksanakan amanah tesebut dengan baik. Jadi kenapa disebabkan oleh mereka-mereka ini kita perlu buang identiti kita sebagai orang melayu dan anggap kita ini adalah bangsa malaysia. Aku rasa daripada kita tukar bangsa kita dari bangsa Melayu kepada bangsa Malaysia, lebih baikla kita berusaha untuk tukar pemimpin Melayu yang gagal melaksankan tanggungjawab dengan amanah samada dari peringkat bawahan atau yang atasan.

10:39 AM  
Blogger AATA said...

Tajuk tu sedap! tapi bodohnya melayu!. Dulu pemimpin gubal dan buat perlembagaan ikut kehendak Lord Reid. Tapi tak apa lah sebab melayu dulu tak fikir akan jadi begini.

Sekarang semua dah pandai, negara pun dah maju, pemikiran juga harus maju. maka Jadilah kemajuaan minda, kebendaan, dan bermacam macam kemajuan telah kita dapat...tapi jangan ingat melayu je yang dapat...semua kaum dapat. Isunya sekarang kebendaan inilah yang mendorong manusia memikirkan hal selain dari itu..iaitu KUASA.

Apa masalah mencabar perlembagaan? kita orang melayu pun langgar juga. perlembagaan itu manusia tulis, Loard Reid dan loard lord yang lain. Memang ada pemimpin kita tak setuju. Tapi apa kita buat selepas itu? Kita tak buat apa pun, kita pinda untuk beberapa perkara yang berlapis lapis dalam buntuk akta dan undang undang untuk sesuaikan pada keadaan semasa.

Majoriti diParlimen adalah orang melayu/islam. Pernah ke kita dengar ahli parlimen tu kemukakan cadangan untuk menulis semula perlembagaan negara kita yang dah 50 tahun itu? Pernah ke ada ahli parlimen kita bersungguh sungguh meneliti perlembagaan kita dan memberikan pandangan atau pindaan untuk kepentingan rakyat malaysia. Tak ada seorang pun...sebab apa? sebab mulut penuh air. Poket sentiasa ada isi..bila dok dengan menteri atau Perdana Menteri tak ada benda lain selain bagi persetujuan dan sokongan pada setiap kenyataan PM. Ini trend...kita mesti selari dengan PM dalam memberi pendapat dan pandangan...apa apa hal biar PM dulu cakap..lepas itu kita sokong dia walau pun dia salah. Siapa daripada ahli parlimen tu kata Islam hadhari tu salah cara berdepan depan dengan PM???? Sapa?...Sapa?..tak berani kata..sebab Presiden Amerika pun setuju....mana plak jadi salah..

Jadi PM Malaysia ni berat tanggungjawab sebab pelbagai bangsa dan ethnic. Hebat jadi PM Malaysia jika masalah perkauman ini dapat diatasi, 50 tahun kita berjaya! semua masalah jadi duri dalam daging. Simpannnn.....dan hari ini muka PM dicalarkan dengan tuntutan Hindraf. Malunya tidak terhingga seluruh dunia tahu dengan kebodohan menteri menjawab soalan daripada Al-jareeza.

kita ni jadi sensitif bila kita kena..kita mula cari mana kambing yang dihitamkan. Ahli Parlimen kita tak buat keje..bagitahu saya apa kerja mereka? Saya pergi keparlimen, kantin dan lobi je yang penuh. Dalam dewan kosong...tiada benda yang penting bagi ahli parlimen selain datang untuk memenuhi tuntutan elaun (Bukan Semua) tapi mejoritinya itu lah yang berlaku yang berlaku. Bila PM atau TPM datang keparlimen...semua masuk dewan takut nanti PM atau TPM tak nampak.

Bila balik kawasan jadi HERO pada rakyat (kononnya) mendabik dengan orang kampung dengan kereta besar dan muka masam. Semua projek kampung disusun...pegawai kerajaan bagi LO atau surat tawaran je pada mana mana kontraktor yang direkomen. Tengok orang macam tengok kera je. Lepas tu tunggu mana mana NGO ke, belia ke, Sekolah ke buat program dan bagi arahan mesti jemput dia berucap. Dia nak buat program yang menafaat takde. Semua dia rasmi orang nye sahaja, lepas tu pulak..berucap berjam jam...tak tentu hala...seronok sendiri je. GElihati saya melihat cicak mengkarung nak jadi naga ni.

Majoriti mereka ini kebetulan ahli UMNO. Bila musim pemilihan bahagian datang, mereka memulakan agenda baru, iaitu menabur duit untuk kekal dalam bahagian sebagai ketua atau nak jadi ketua.

Mampus UMNO tau tak!!!dapat memimpin yang macam ni, satu alam dilaknat ALLAH bila orang macam ni dipilih ...rasuah...na'uzubilla.. saya tidak mendakwa tanpa bukti...kalau UMNO tu tidak korup...apasal ISA SAMAD sampai kene buang? kerana apa? kerana politik wang, sebab ape? SEBAB RASUAH..satu dunia tahu!... saya berani mengatakan semua perwakilan G7 tu adalah penerima rasuah dari ISA SAMAD tadi, mereka ini berlumba lumba dan sanggup berbelanja untuk menjadi wakil G7 masa pemilihan UMNO pusat, semua nak DUIT dan sanggup memberi undi dengan tawaran an ganjaran yang tinggi, pencacai pun dapat duit gak. Rata rata pemimpin yang bertanding MKT..kenapa ISA SAMAD je yang kena? Ali Rostam tak bagi ke? Muhyiddin tak bagi ke? Rafidah tak bagi ke? dan semua tu lah...JAdi lahirnya pemimpin Melayu/UMNO semuanya daripada kelompok rasuah dan politik wang...semua rakyat tahu...tapi rakyat pilih jugak orang orang ini dengan harapan mereka bertaubat.

BAgi saya Pemimpin yang ada sekarang daripada PM/Presiden sampai semua MKT dan semua ketua ketua bahagian tu patut dibakul sampahkan. kerana rakyat malaysia telah salah memilih dan menegakan kerajaan yang HARAM disisi ISLAM.

Kerana apa? kerana mereka adalah paksi yang menjana rasuah didalam pemerintahan...sekarang apa nak yang kita nak bela? dan apa mereka nak bela melayu? TOLONG BAGI TAHU SAYA...saya tak nak sentuh hal hindraf, hal hindraf kalau bagi saya kecik je...kalau saya ada kuasa kejap je saya selesaikan.

Tapi sebab kita dapat pemimpin yang pening, maka yang lain2 pun ikut pening....KITA jangan bincang hal hindraf ini la...lantak la dia nak tuntut apa pun...Yang kita hendak apa penyelesaian MELAYU itu sendiri...

Saya berani katakan hari ini semua pemimpin melayu yang ada sudah tidak layak memimpin, jika saya pandang sebelah pada parti pembangkang sama je macam cicak mengkarung kecuali NIK AZIZ. Kenapa....????? sebab saya baca dan lihat kenyataan mereka dalam semua media..Pemerintah kita melayu, pembangkang pun melayu...

Mari amati kenyataan saya...Pemimpin kita cakap ada dua muka...sama gak macam pembangkang...mereka bila berhadapan dengan orang melayu bercakap pasal melayu dan hak hak melayu yang kononnya dia bela dan perjuangkan...bila depan kaum lain tentulah cakap lain..cakap kemajuan semua..keharmonian, senang berniagaan, negara aman untuk semua bangsa yang majmuk...di satu pihak lain, cakap pasal ISLAM yang diterangkan pada ORANG MELAYU/ISLAM..dan berterusan menyampaikan dakwah PADA ORANG ISLAM..(ORANG MELAYU ISLAM NI TAK RETI AGAMA KE?) yang didakwah dakwah...tapi bila berhadan dengan kaum lain cakap pasal kesamarataan, cakap keadilan bagi semua kaum, bejuang nak hapuskan tol, nak hapus semua kalau boleh yang mana menyusahkan rakyat lah... katakan apa je, bila dapat memerintah nanti akan dilaksanakan ...tapi adakah mereka berdakwah dengan orang bukan ISLAM, adakah mereka memberitahu bagaimana corak pemerintahan ISLAM? mereka ni kalau dapat microfon melaung dia belasah semua kepimpinan yang memerintah...sebab korup nya, bodohnya, tol naik, barang naik, ekonomi merudum, dan macam macam...dan semua dakwaan ni betul..tapi jangan cakap lain pada melayu dan cakap lain pada bukan melayu...beritahu yang bukan melayu/islam ini apa yang mereka tak tau...ia itu KESYUMULAN ISLAM dalam pemerintah. Tunjukan dan tonjolkan IDOLA pemerintahan yang agung, cetak dan edar dalam pelbagai bahasa, bagaimana cara Islam memerintah, bagaimana keadilan itu ditegakan..

Terang terangan saya kata bahawa pemimpin yang ada sekarang tidak bertakarub pada ALLAH, dia jumpa ALLAH waktu dia solat je...itu pun bila ditanya solat tu allah terima ke? pasti dia tak tau! sebab dia tak baca kitab, lepas itu dia sibuk fikir bagaiman nak susun ayat POWER bagi perdaya rakyat agar kagum dengan nya.

Wahai ABDULLAH AHMAD BADAWI ketahui oleh kamu bahawa segala macam kecelakaan yang sedang menimpa dan pasti akan menimpa ini adalah di sebabkan oleh OLAH kamu, kerana kamu telah mencela ISLAM dengan hadhari yang kamu bawa. Kamu dikelilingi oleh orang orang bukan HAK dan semua kepimpinan UMNO/BN sedang menghadapi malapetaka dari ALLAH. Dan setiap kecelakaan yang ALLAH berikan akan mendatang secara JAMAK dan akhirnya BALA pasti datang kepada semua rakyat MALAYSIA. ingatlah dan luangkan waktu malam kamu denga bertanya kepada ALLAH jangan lah disibukkan sangat hak dunia yang pasti hancur ini. Berdamping lah pada ALLAH kerana bagi kamu ALLAH adalah segala galanya, kerana ALLAH tidak pernah gagal seperti KAMU.

Wasallam, jumpa lain waktu

12:43 AM  
Blogger KZ Ahmad said...

salam,

brader semua,

Dalam kita menilai masalah melayu yang ada tertinggal, diri kita sendiri mesti terus maju kehadapan. Itu realiti kehidupan.

Soal malu tidak ada lagi. Kita kena akui ada dikalangan melayu yang jauh tertinggal.

Bersatu kita bertanya kepada kerajaan yang menguruskan masalah kemiskinan ini. Apa penyudah aturcara mereka untuk membasmi kemiskinan.

Malu itu menyesatkan. menyesatkan membawa kekufuran.

Salam

11:54 PM  
Anonymous SALLEH AMIRUDDIN said...

"Apa nak takut ? selagi ada UMNO org melayu akan terjamin....bebas dinegara sendiri, tak payah bising2.....UMNO hidup dan matiku!!!"

Inilah, jawapan saya kepada saudara yang bertanya macam mana kita menkafirkan diri sendiri...ini barun satu contoh..

Sanggup mati kerana UMNO..kenapa memilih jalan mati yang kafir? Kalau kita orang orang islam!! nas dan hadith mana yang beliau rujuk? Dan ini lah amalan jahiliah yang hina meletak islam pada nama dan kufur kepada nikmat allah,

Saya nasihatkan sauadara bertaubat, dan berjanjilah dengan allah bahawa kalimah itu adalah sesat dan secara langsung mengkafirkan diri sediri,

Jumpa Lagi.

12:27 AM  
Anonymous Anonymous said...

Hello kawan,

Kenyataan terbukti sekarang. Ramai orang Melayu sendiri yang tertindas di tanah mereke sendiri. Kadar pendapatan masih di belakang. Orang-orang kampung masih ada yang kekurangan bekalan dan infrastruktur. Mengapa ?
Ini adalah kerana UMNO, UMNOputera yang mendapat segala nikmat yang tertera dibawah keistimewaan orang Melayu. Segala kontrak besar digaut dan dikongsi menerusi skim Alibaba. Negara kita memang negara yang kaya dengan anugerah TUHAN dan bebas dari bencana alam yang serius. Tetapi berjayakah kita sebagai negara maju dan membasmi kemiskinan secara keseluruhan. UMNO pandai mengalih pandangan kita dari isu sebenar.
Pak Lah adalah antara PM yang paling lemah dan kurang visi. Beliau juga lemah dan tidak mengetahui fakta. Sebenarnya terdapat 23 orang Menteri beragama Islam dalam kabinetnya dari keseluruhan 32 orang ( 71%). Fakta yang salah deberikan oleh Pak Lah di hadapan ramai pemberita termasuk dari luar negara.
Satu lagi ketika berada di Uganda untuk mesyuarat Komenvel, Pak Lah kata polis ada bukti kukuh tentang peguam Hindraf dan memantau mereka lama, tetapi pendakwa gagal menunjukkan sebarabg bukti mengenai ucapan hasutan dan ketiga-tiga peguam bebas.
Kini media asing label Pak Lah sebagai Pak Liar (Penipu).
Pak Lah dengan UMNOnya lebih mementingkan kuasa politik and kekayaan keluarga serta kroni mereka daripada menjaga kepentingan dan kehendak rakyat.
Tengoklah sendiri rasuah and penyalahgunaan kuasa di Selangor, ahli Exco bina rumah lebih besar dari Menteri Besar sendiri. TOL tanah diberikan sewenangnya kepada ahli keluarga. Tak akan jual satay boleh jadi kaya raya macam ni.
Banyak lagi Melayu makan Melayu menerusi UMNO.
UMNO bukan sahaja menindas kaum lain tetapi kaumnya sendiri.
Ramai orang Melayu masih berpaut dengan perkataan Melayu di dalam UMNO tetapi hakikatnya mereka dipergunakan oleh golongan atasan UMNO.
Melayu kena bangkit menentang Jebat bernama UMNO sebab mereka adalah penderhaka sebenar.
Masa sudah sampai untuk Melayu mancari keadilan dan sepakat di bawah Islam sebenar.

7:46 PM  
Anonymous Anonymous said...

orang asli adalah melayu.......... tapi orang asli masih mundur di negara ini.

4:10 PM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home