Sunday, December 02, 2007

Apa dosa saya 2

Tekanan terhadap kepimpinan Pak Lah semakin menjadi-jadi. Perhimpunan demi perhimpunan dirancang untuk memastikan tekanan berterusan berlaku terhadap kepimpinan Pak Lah. BERSIH dipercayai akan meneruskan tuntutan mereka dengan Perhimpunan Demonstrasi ke Parlimen untuk mengemukakan tuntutan dan kenaikan TOL juga akan menjadi satu agenda penentangan sehingga satu demonstrasi dijangka akan diadakan pada 1hb Januari 2008.

Masalah tuntutan Hindraf juga mencalarkan pentadbiran Pak Lah dan senario demonstrasi demi demonstrasi semakin membiak. Kenapa dan di mana salah Pak Lah mentadbir? Adakah pentadbiran Pak Lah amat buruk sehingga pentadbiran beliau yang masih singkat lagi telah mula dicabar dengan hebat. Kenapa dan mengapa?

Sungguhpun dalam era kepimpinan Dr Mahathir, beliau hebat dicabar tetapi ini adalah pada penghujung kuasa beliau sedangkan Pak Lah kini ditekan dengan cabaran yang amat kritikal dalam kepimpinan singkat beliau. Lagi menyedihkan ura-ura mereka dalam UMNO sendiri mula mengatakan bahawa terdapat “krisis dalaman” dan mula mencetuskan keraguan di bawah kepimpinan hebat semakin memuncak dan membayangkan ada sesuatu yang tidak dengan cara pentadbirannya.

Baru-baru ini ada kenyataan yang mengatakan bahawa undi untuk Barisan Nasional pada pemilihan akan datang akan berkurangan. Laporan tersebut dibawa oleh
www.malaysiakini.com


Experts: BN to suffer poll losses
Dec 1, 07 11:21am Adjust font size:

The ruling Barisan Nasional coalition is expected to suffer losses in elections expected early next year as it grapples with rare street protests and ethnic tensions, experts told a forum here.

But Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi's BN government should maintain its two-thirds majority in Parliament unbeaten since independence in 1957, they said.

Unprecedented street protests demanding electoral reforms and highlighting racial discrimination erupted in Kuala Lumpur this month, posing one of the biggest challenges to Abdullah since he took over from the largely authoritarian and abrasive Dr Mahathir Mohamad in 2003.

"I think that even with the parameters shifting at this particular juncture, it is extremely difficult for the opposition to break the barrier of the two thirds. Period," said Bridget Welsh, a Southeast Asian expert at John Hopkins University.

Opposition parties in Malaysia, she said, did not provide a viable alternative electorally as they were still very personality driven and ideologically divided with limited capacity in terms of "real representation and aspect of governance."


'The only place to go is down'

The BN secured the largest majority in about three decades, sweeping 198 parliamentary seats to the combined opposition parties' 20 seats, in the last elections held in 2004.

But Welsh predicted Abdullah's Umno, BN's lynchpin, could lose up to 15 parliamentary seats in upcoming polls and its senior coalition partner MCA could drop about six seats.

"The reality is electorally, the only place he has to go is down because he has 91 percent of the seats and it is very hard to go much higher," she said.

Islamic opposition party PAS, which rules Kelantan, also has a "good chance" of losing the only opposition held state to Umno amid an influx of new voters, she said.

Aside from rising prices and other economic issues, race, religion and ethnic concerns are going to matter considerably in the next elections, she said.

Pek Koon Heng, an expert on Chinese politics in Malaysia from American University, highlighted dissatisfaction over an affirmative action policy favouring majority Muslim Malays over other races.

Many ethnic Chinese and Indians feel the time has come for a review of the New Economic Policy, framed after bloody race riots in 1969, after studies showed that Malays have already achieved the target of 30 percent corporate ownership.

But the government last year introduced another benchmark - household income - to measure Malay progress in an indication that the controversial policy would remain at least up to 2020, Pek said.

Unease over NEP

"There is a lot of unease about how the New Economic Policy is measured. With the uncertainty - the moving targets - it (the policy) can go on forever," Pek said.

"Although they accept the policy... because we need political stability but then to subject generations and generations of Malaysians to the policy, they say, 'sometimes we need to do something about this.'"

Citing an opinion poll conducted this year, she said Chinese Malaysians were "least satisfied with the economic conditions and Prime Minister Abdullah's leadership and most likely to vote for the opposition."

The ethnic Indians are also discontented. At least 30,000 of them defied police warnings and held rare protests in Kuala Lumpur earlier this week against what they see as racial discrimination.

Police beat them with batons and used tear gas and water cannon to disperse the rally.

Welsh said the protests were a critical "test" for Abdullah's coalition government.

A key problem in the government is "the rising dominance of Umno and Malay chauvinism of Umno (which) do not listen to the other voices within the coalition," she said.

- AFP

Kenapa dan mengapa – adakah pentadbiran Pak Lah lebih buruk dari dari Mahathir? Adakah benar bahawa Pak Lah akan cepat mengalami zaman kemurungan pentadbiran beliau. Atau memang UMNO sudah mula tersingkir sedikit demi sedikit di mata rakyat? Komen anda

39 Comments:

Blogger Hanief said...

Sesiapa yang mengerjakan amal soleh maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang berbuat kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya.

41:46

6:44 AM  
Anonymous Anonymous said...

Saya amat menghormati Pak Lah. Cuma beberapa tindakan oleh Menantunya Khairy dan rakan-ran Khairy spt Patrick telah menghakis rasa hormat ini. Saya rasa begitu juga dengan sebahagian kepimpinan dalam UMNO yang lain. Mereka juga rasa Jelek dengan peranan yang dimainkan oleh Khairy ini. Inilah kelemahan yang Pak Lah perlu tangani. Mengenai Perhimpunan oleh Bersih dan Hindraf, kita sebagai rakyat Malaysia perlu mengamati dan memahami kandungan memorandum tersebut secara positif. Jika benar dakwaan tersebut, maka ianya perlu diambil tindakan segera dan Jika salah maka tindakan yang sewajarnya perlu diambil

8:17 AM  
Anonymous Anonymous said...

Saya berkesempatan membaca buku kecil Norza mengenai Pak Lah. Sebenarnya hasrat Pak Lah menurut buku itu adalah mengembalikan kita dari "burn up attitute" dalam dunia kemodenan dan kemajuan kepada satu sikap yang mementingkan kesopanan nilai dan perseptif moderate terhadap kehidupan.

Saya membaca buku itu memahami kemudiannya harapan Pak Lah dan ini sebenarnya penting untuk kita sama-sama dokong.

Buku kecil itu sebenarnya mahu kita memahami hasrat murni kepimpinan Pak Lah dan kedudukan beliau dalam membuat perubahan dalam negara ini setelah dilipat dan dibungkus oleh Dr Mahathir yang rakus mengajak manusia di Malaysia untuk membuang nilai.

Sebenarnya kita semua perlu membaca buku kecil Norza dan memahamijalan yang diambil oleh Pak Lah.

Mungkin Sdra Anuar Mohd Nor boleh memberi buku kecil itu kepada mereka yang belum berkesempatan membacanya?

10:17 AM  
Anonymous Anonymous said...

Pak Lah tidak akan dapat bertahan dengan serangan kuat terhadap Khairy. Khairy sebenanrya adalah liabiliti pada Pak Lah dan cuma Pak Lah tidak sedar. Khairy akan menyebabkan Melayu lari dari Umno dan ini adalah punca Umno retak dan terbahagi.

12:58 PM  
Anonymous Anonymous said...

Pada pandangan saya ,Pak Lah memulakan dgn langkah yg silap.Beliau Dan konco2nya (his inner circle's...) telah coba melenyapkan legacy Dr.Mahathir dgn tanpa mengukuhkan Foundation Asas beliau pada perinkat paling awal lagi. Sehingga dpt di kesan oleh Dr.Mahathir sendiri dan memang ramai dari kalangan kita pun menyedarinya.

Beliau mendapat mandat pilihanraya yang mengkagumkan sehingga beliau leka, lolok lintuk habis kerana mandat tersebut itu.Beliau dibuai oleh Opportunists-2 disekeliling nya dgn idea-2 kosong lompong !

Jika hendak dikaji rekod prestasi beliau sebelum menjadi PM ...????.Nothing Zero...!!!Tiada apa yg boleh di banggakan untok kita..lihat atau sesuatu yg boleh dijadikan...tanda pengukur atau yg ada uummph!!
Kecuali lah nasib tuah beliau di lantik menjadi Timbalan PM.Itu pun kemudian beliau gigit orang itu. Walaupun beliau nafikan nya..tapi kita semua sedia maklum..!!
Piliharaya dulu dpt 80%...tapi 80% jugalah janji-2..manifesto yg tak tertunai...!!

12:28 AM  
Blogger Kamalkamal said...

Sdr. Anuar,

Perhimpunan Hindraf adalah dokongan pihak ketiga. Perhimpunan yang secara sengaja diatur bagi memulihkan imej PM. Kita jangan terpedaya dengan permainan kotor politik hari ini. Kita harus ingat PRU sudah dekat. UMNO/BN mesti "all-out" dalam PRU kali ini. Kalau tidak mereka akan kehilangan banyak kerusi. Ini kerana rakyat cukup menderita akibat kenaikan kos hidup yang begitu mendadak tanpa diambil tindakan yang proaktif oleh pihak yang berkenaan.

Sebagai rakyat kita jangan mudah tertipu. Dalam politik mereka sanggup lakukan apa saja asalkan mereka masih terus berkuasa.

10:23 AM  
Anonymous Anonymous said...

KATA ORANG MATLAMAT TIDAK MENHALALKAN CARA.
itulah kesilapan besar paklah.dia menipu untuk berkuasa dan dengan penipuan itu tidak mungkin dia dapat melaksanakan tanggungjawab dengan jujur.tambahan pula orang orang dikelilingnya semuanya merupakan penipu.menterinya penipu jadi bagaimana sang penipu bolih membuat dasar dan mentadbir negara?
tak kiralah apa vision paklah kalau caranya awal awal lagi tak betul mana mungkin visionnya itu betul?
sebab itu apa yang kita bolih nampak di mana mana kualiti kepimpinan yang ada semakin menjunam. menteri bolih bercakap melalut mentari besar pula lebih suka masuk tender no kereta dan program program yang dianjur pula kelihatan macam bebudak dan penipuan demi penipuan terus dicanangkan sekalipun mereka sedar rakyat sedar tentang penipuan itu.lebih parah lagi bila paklah dengan bantuan media arus perdana menyatakan apa yang dibuat olih hindraf merupakan pembohongan besar dan bolih mencetuskan ketegangan kaum pada saat dan ketika rakyat menyedari penipuan dan pembohongannya. paklah kata dia cari bukan harta bertimbun timbun tetapi apa jadi dengan rumah mewahnya di australia dan boot serta jet rasmi yang bukan rahsia lagi. dia kata dia cara bukan rakan berjuta juta untuk hidup berpoya poya tapi apa jadi di monsoon cup yang lepas?paklah kata dia car alghazali alsyafie untuk bongkar sunnah nabi untuk dijadikan panduan tetapi awal awal lagi dia jadi imam yang menipu pak lah kata aku hidup kerana dia ya rabb dia lah teman dialah wali tetapi awal awal lagi dia tak ikut perintah alrabb dan lakukan apa yang dilarang olih arrabb.jadi bagaimana?
kita percaya dari apa yang kita dengar dari alquran dan alhadis aiitu setiap perbuatan samaada baik atau jahat akan dibalas dengan setimpal.dan paklah sebagai orang yang faham dengan ajaran ini sepatutnya sedar dan insaf bahawa perbuatannya tidak akan menguntungkannya sambil umurnya makin tua dan semakin memhampiri mati.jadi kenapa sampai hari ini paklah dan orang orangnya tidak mahu mengaku yang dia menipu untuk mendapatkan kuasa yang akhirnya bakalmenyusahkannya? samaada hidup atau mati........

11:47 AM  
Anonymous Anonymous said...

benar sekali

itulah dosa paklah menipu untuk mendapatkan kuasa.
kita masih ingat semasa pilihanraya dulu paklah pernah berkata rakyat terengganu akan menyaksikan suatu yang tidak pernah disaksikan.
benar sekali selepas pilihanraya rakyat terengganu menyaksikan puluhan ribu orang luar berkumpul di stadium sultan ismail dan ratusan buah bas keluar masuk terengganu pada malam yang sama mengangkut hantu hantu pilihanraya tajaan paklah.suatu yang tidak pernah di saksikan olih rakyat terengganu.kemudian pada 8 nov lalu rakyat terengganu sekali ligi menyaksikan peristiwa hitam bila mana 2 pemuda ditembak peluru hidup olih polis yang gaji mereka dibayar olih rakyat.memang suatu yang tidak pernah dilihat sebelum ini.paklah awal awal lagi menyampaikan mesej penipuannya.

sampailah masanya paklah mengundurkan diri secara terhormat dengan mengakui penipuannya dan membubarkan umno atau hadapai risiko hidup macam kain buruk.begitu juga pengikut pengikutnya masanya sudah sampai untuk menarik diri dari segala penipuan dan kemelut ini dan memeberi laluan kepada kehidupan yang aman damai dan tanpa tension

6:36 PM  
Blogger Anuar Mohd Nor said...

kepada ummah206

Saya mampu mendapatkan buku "Mendefinisikan Pak Lah" untuk diberikan kepada sesiapa yang mahu membaca dan mengulas buku itu. Sila maklumkan kepada saya melalui email anuarmohdnor@yahoo.com dan nyatakan alamat untuk penghantaran. Sekiranya mahu saya akan membuka ruangan untuk perbincangan.

Terima Kasih

10:11 AM  
Blogger Anuar Mohd Nor said...

Saudara KamalKamal

Saya benar-benar berharap itu tidak benar ( pihak ketiga mengatur Hindraf) kerana tidak mahu sikap berpolitik kita menjadi begitu buruk sekali.

Sungguhpun begitu sekiranya benar maka kita juga harus secara massa membelasah sikap politik kepimpinan Hindraf yang tidak mempunyai prinsipal dan sanggup melaga-lagakan dalam isu perhubungan kaum.

Kita juga tertanya sekiranya benar apa yang saudara kata,nampaknya perhimpunan itu "back fire" kerana yang tersepit adalah perhubungan kaum dan ini meliputi hubungan masyarakat India dengan MIC. Kita juga lihat bagaimana kaum Cina juga kini menyuarakan bantahan terhadap isu marginalisation tersebut dan mempertikaikan juga kedudukan mereka, adakah ini tidak merosakkan hubungan kaum Cina dengan MCA pula.

Akhirnya kita kaji motif orang ketiga yang merancang itu, adakah untuk menjaga politik PM atau membunuh politik PM dan UMNO

Cuba kita kaji bersama-sama.

10:23 AM  
Anonymous Anonymous said...

penipuan dan pembohongan paklah bukan setakat pilihanraya lalu tetapi berterusan sehingga hari ini.umum mengetahuinya tinggal lagi nak menerima atau menolaknya.kalau terima ada sebabbya dan kalau tolak juga dengan sebabbya.cuma satu yang saya nak tanya kepada yang terima penipuan dan pembohongan paklah ini adakah anda tidak mati?
mungkin anda dapat habuan tetapi tidakkah anda fikir habuan itu tidak kemana?
paklah dan umno telah diketahui dibiayai olih tokey judi dan tokey babi untuk terus menipu

tepuk dada tanya iman.(bukan iman hadhari)

12:58 PM  
Blogger suparjo@blogspot.com said...

Sdr anuar dan rakan2..,
Rasanya jika keadaan demo ini berlaku pada zaman drM, sudah beberapa orang kena ISA. Pak Lah baru cakap, nak guna. Namun pada saya janganlah sampai dia guna ISA, dan kepada yang menentangnya, berpada-padalah. Janganlah ambil kesempatan sangat kerana Pak Lah masih tak guna ISA kepada taiko-taiko demo.
Soal tipu dan tidak adil, saya rasa asal orang politik dan pihak berkuasa, begitulah tabiatnya. Kita sudah 50 tahun merdeka, ada lima PM ada banyak KM dan MB sama ada yg BN atau bukan BN. Dapatkah disebut di bawah mana-mana kuasa PM, MB dan KM yang tidak ada orang rasa dizalimi atau dilakukan tidak adil?

Di bawah kuasa khalifah-khalifah zaman silam pun masih ada yg menjerit kerana mendakwa dilayan tidak adil.

10:22 PM  
Anonymous Anonymous said...

PM yg ke lima ini nampaknya mudah sangat dipengaruhi oleh org bawahan dan org2 yg ada kepentingan. dia tak kuat pendirian, patut pun dia cakap "bekerjalah bersama saya". yang dia tak sedar ialah org yg berkerja bersama dia itu cuba mengambil kesempatan di atas kelemahan dia sebagai PM. sepatutnya seorg PM perlu tunjukkan ketegasan dan kekuatannya sebagai seorang pemimpin, jgn hanya tau cakap "saya pantang dicabar" tapi buat lah sesuatu yg boleh memberi keyakinan kepada rakyat. malangnya, mungkin disebabkan oleh pengaruh dan hasutan org bawahan maka dia lebih menurut apa yg dikatakan dan apa yg dibuat oleh org bawahannya. terdapat beberapa menteri kabinet yg berlagak samseng dan kurang ajar dgn kata-kata yg angkh serta sombong, tidak kurang juga yg bercakap bodoh bila berdepan dgn isu yg serius menjelaskan lagi corak pemikirannya yg dungu dan gila kuasa. bukan sekarang saja yg dpt diperhatikan tp sejak mula-mula dia jd PM sudah ada menteri yg lagaknya macam samseng dan kurang ajar dalam memberikan komen terhadap sesuatu isu. sekiranya PM dapat menyedari akan hal ini, jika dia seorang PM yg benar-benar berkaliber, berani dan pantang dicabar sudah tentu dia sudah merombak barisan kepimpinan kabinet tidak mau adanya menteri sedemikian merosakkan corak kepimpinan kerajaan. tapi itu tak berlaku kerana PM seorang yang lembik dan kaki tido membiarkan org bawahannya memperlakukan corak kerajaan seperti sekarang ini yg tak menentu dan tunggang langgang gaya kepimpinannya.

4:36 PM  
Anonymous Anonymous said...

sdr suparjo,

jangan sampai kena batang hidung sendiri baru nak melenting.
mana mana tamaddun dunia sekalipun tidak akan berkompromi dengan penipuan dan penindasan.lihat sejarah revolusi perancis'lihat sejarah presiden marcos,presiden suharto semuanya kerana penipuan dan penindasan.malah ada yang terkorban demi menegakan keadilan.
jadi bukan soal ISA bukan soal berpada pada
tetapi tuntutan keadilan dan bersih itu isuya. seandainya paklah dan kerajaan menerima keadilan dan bersih maka tidak timbul soal demostrasi tetapi masalahnya paklah bukan sahaja enggan tetapi mencari alasan untuk terus hidup menipu rakyat.jadi apa sikap kita?nak biarkan? atau nak lihat orang lain berjuang? apapun jangan sampai kena batang hidung sendiridulu baru nak melenting.
fikir fikrikan lah

10:27 AM  
Anonymous Anonymous said...

bercakap pasal ISA dan tun mahadir
dan kesan terhadap gerakan refomasi ternyata ISA tidak berjaya malah menguatkan lagi gerakan ini.lihat bagaimana ust dr badrul amin ezam md noor raja komando petra hisyamudin rais dan yang lain lain yang pernah menjadi mangsa ISA.mereka menjadi semakin berani dan mendapat sokongan rakyat malah banyak kali mencabar kerajaan dengan dakwaan dakwaan mereka.
ISA banyak mengajar mereka menjadi pemimpin yang berdaya tahan jadi ISA bukanlah lagi alat kerajaan untuk melemahkan perjuangan rakyat ini.barangkali paklah menyedarinya malah hari ini kalau beliau menggunakan ISA mungkin bolih mempercepatkan lagi kejatuhannya.
sebab itu dia sekadar mengugut dan mahu menunjukkan kehebatannya dengan berkata dia pantang dicabar.
apa lagi yang ada pada paklah. SPR,POLIS,MEDIA ARUS PERDANA DAN CUBAAN PENIPUAN DALAM PRU AKAN DATANG.berjaya atau tidak hanya ALLAH YANG TAHU.tapi kita rakyat
buatlah pilihan.nak terus ditindas dengan pelbagai penindasan nak tengok harga minyak terus naik tol naik rumah terus terusan di roboh atau mahu menghentikan segalanya.

1:18 PM  
Blogger suparjo@blogspot.com said...

Wahai tanpa nama (tak berani...)
Adakah anda faham saya mahu kompromi dengan penipuan dan kejahatan ahli politik. Baca betul2, saya kata dua perkara di atas sudah menjadi tabiat mereka. Memang kita tidak kompromi dengan kejelekan. Dan kejelekan sering menjadi permainan sesiapa pun yang berkuasa. Kan saya tanya di bawah PM, KM dan MB mana yang.....
Kan sudah ada demo bersar2an, memo sudah dihantar kepada DYMM. Sdr menyebut tentang revolusi Perancis. Sekarang kalau memo Bersih diperap, nak buat revolusi pulakah?

4:08 PM  
Anonymous Anonymous said...

mungkin

4:48 PM  
Anonymous Anonymous said...

Kepada Anuar,

Saya telah terima salinan buku Mendefinisikan Pak Lah. Norza ada katakan bahawa Pak Lah membuat perubahan dari segi kemanusiaan. Beliau mendefinisikan Pak Lah sebagai org yang rapat dengan kemanusian, mahu kita khususnya org Melayu mengisi erti kemodenan dan tidak hanya melihat pada kemajuan.

Namun apa yang berlaku adalah Pak Lah tidak mengambil inisiatif untuk memastikan kehidupan harian rakyat tidak membebankan. Kita lihat bagaimana kos kehidupan rakyat meningkat lebih teruk dari waktu Dr Mahathir memerintah. Bila kos kehidupan meningkat maka kualiti kehidupan akan menurun. Apa makna nya pembangunan insan kalau rakyat dibebani dengan tekanan kenaikan harga mendadak dan penguncupan nilai wang yang ada pada kita.

Pembangunan insan tidak akan dapat dilaksanakan dengan berkesan sekiranya pendapatan mengurang dan rakyat tertekan.

Apa kata sdra Anuar dalam hal ini, saya percaya anuar sudah membacanya dan mungkin faham buku itu.

Apa pun terima kasih kerana sudi hantar buku itu pada saya.

Mohd Bakhtiar

8:37 AM  
Anonymous Anonymous said...

dulu tahun 1997 pun ekonomi merosot jugak, tapi dgn kebijaksanaan kepimpinan PM TDM kemerosotan ekonomi Asia akibat kejatuhan nilai matawang tak begitu terasa oleh rakyat bila mana kos sara hidup tidak begitu naik mendadak.

sekarang tahun 2007 harga minyak dunia naik, tapi dgn kelembikan memimpin dan kelembapan pemikiran kepimpinan PM AAB peningkatan harga minyak dunia dijadikan alasan utk menaikkan harga minyak dan menarik subsidi petrol dan diesel tanpa memikirkan kepentingan kos sara hidup rakyat secara keseluruhannya.

pada pemikiran 5 sen saya lah, jika hendak menampung balik kekurangan hasil pendapatan negara akibat kenaikan harga minyak dunia, mengapa tidak dinaikkan lagi cukai utk brg2 yg menyusahkan dan merosakkan hidup rakyat marhain seperti pusat hiburan, arak, rokok, pusat judi seperti TOTO atau Magnum. biarlah sekotak rokok itu berharga RM100 sekotak daripada harga tepung naik RM2.40 (harga di tempat saya.)ataupun untuk membeli satu nombor ekor sampai RM10 daripada menaikan harga tol. baru lah rakyat yg sengaja nak merosakkan diri sendiri itu berfikir 1000 kali utk membazirkan wang pd brg2 yg merosakkan diri.

jika yg kaya raya dan berpendapatan beribu-ribu RM sebulan masih mampu lagi menanggung kos sara hidup keperluan asas mereka berbanding rakyat yg kais pagi makan pagi saja, petang belum tentu dpt makan. rakyat yg tak berkemampuan lebih ramai lagi dr yg kaya-raya itu, jika harga barang naik sememangnya memberi kesan pada mereka yg tak berkemampuan itu. mengapa tak dinaikkan lagi kadar cukai utk mereka yg berpendapatan beribu-ribu sebulan itu supaya dpt membantu yg miskin. sebaliknya bila harga barang naik yg kaya raya tak rasa apa-apa tp yg miskin merempat dan kelaparan sebab tak cukup RM harga barang naik.

saya kurangkan lagi pemikiran saya kepada 1 sen, mengapa PM tak berbincang dan mendapatkan nasihat daripada pakar-pakar ekonomi tempatan sebelum menaikkan harga minyak. sebelum ini ada keluar dlm berita TV profesor2 ekonomi dr universiti tempatan menyatakan pendapat mereka tentang kesan kenaikan minyak kpd seluruh hidup harian rakyat. sepatutnya ada cara lain yg perlu difikirkan bagi menampung kekurangan hasil pendapatan negara drpada menaikan harga minyak.

Pemimpin yg bijaksana dgn pemimpin yg lembab dan lembik berfikir sgt jauh bezanya. pemimpin yg bijaksana memikirkan kepentingan rakyat umum yg majoritinya tak berkemampuan dr kalangan petani, nelayan, peladang, buruh kasar, org kampung, kerja kerajaan bergaji rendah. bagi pekerja kerajaan bergaji rendah jika harga barang terkawal dan kos sara hidup masih dpt ditanggung, kenaikan gaji antara 25%-40% tak perlu kerana ia sebenarnya hanya akan membebankan kerajaan saja terpaksa menambah peruntukan bayaran emolumen. mungkin pada perkiraan mereka keuntungan dr kenaikan harga minyak adalah lebih banyak dr jumlah peruntukan yg perlu ditambah utk membayar kenaikan gaji pekerja awam. pemimpin yg bijaksana akan menjaga kebajikan rakyatnya yg tak berkemampuan dan memikirkan kesannya terhadap kredibiliti dan keupayaannya memimpin pd pandangan rakyat umum.

sementara pemimpin yg lembik dan lembab pula tak pintar, berfikiran singkat dan sempit. bila kepincangan dipersoal dia akan mencarut dan mengarut utk mempertahankan tindakannya dan tidak teragak-agak utk menggunakan kekuasaannya menggunakan ISA, memerintah POLIS, memerintah BPR, memerintah media untuk mempertahankan kepimpinannya supaya tak dicabar oleh sesiapa sama ada parti pembangkang maupun rakyat yang keluar ke jalan raya berdemonstrasi. rakyat yg melarat dan tak berkemampuan tentu akan tidak puas hati bila kepimpinan negara tidak pintar, lembab dan lembik dalam membuat keputusan pentadbiran yg menyusahkan dan merosakkan rakyat marhain. kelembikan pemikiran pemimpin yg singkat jelas kelihatan apabila keputusan yg dibuat hanya menguntungkan pihak tertentu sahaja dan jurang perbezaan antara yg mampu dan miskin akan kembali menjadi lebar semula. ketika mengatakan kerajaan tak mampu lagi menampung subsidi minyak, kerajaan mampu pulak memperkenalkan koridor-koridor pembangunan yg menelan belanja bertrilion RM. pembangunan koridor itu akan melibatkan banyak kontrak yg bakal diperolehi oleh org2 tertentu. sementara rakyat biasa kalau pun ada hanya makan sisa dan terpaksa berbelanja lebih utk mendapat manfaat dr koridor itu.

begitulah antara perbezaannya kepimpinan seorg PM yg bijaksana dgn PM yg lembiksini.

11:14 AM  
Anonymous Anonymous said...

harap anwar ibrahim ganti paklah. amin

1:16 AM  
Anonymous Anonymous said...

tertarik dengan persoalan revolusi yang diperkatakan.keadan sekarang menampakan 2 kemungkinan:
kalau rakyat masih sanggup "BERKORBAN"untuk BN maka rakyat akan terus redha dengan penipuan yang dibuat olih BN serta memoramdum yang dihantar BERSIH akan diabaikan.maka terus meneruslah pemimpin BN memerentah dengan rakus tanpa rasa bimbang dengan apa apa atau sesiapa sebab rakyat RELA "BERKORBAN" apa saja harta ataupun nyawa untuk pemimpin BN.mereka bebas naikkan harga minyak,harga tol dan harga barang keperluaan serta bebas "MEROMPAK"harta rakyat sebab rakyat redha dengan merekadan rakyat bersyukur menjadi rakyat malaysia yang aman damai yang cemerlang gemilang dan terbilang.
rakyat yang sanggup "BERKORBAN" akan bangga dengan angkasawan pertama yangnaik ke angkasa akan bangga dengan monsoon cup yang sehingga sekarang menghabiskan rm750 juta duit rakyat ,bangga dengan maksiat yang dibawa olih BN,bangga dengan masjid kristal,bangga dengan wpi dan wilayah pembangunan corridor bangga dengan robohnya rumah rakyat di rimba raya dan kg berembang malah bangga dengan apa saja yang dibuat BN. sebabnya rakyat sanggup "BERKORBAN" apasaja untuk BN.

akan tetapi seandainya rakyat merasakan cukup sampai di sini pengorbanan yang diberi kepada BN,maka tunggulah bahananya sekiranya SPR atau BN enggan menerima tuntutan pilihanraya yang bersih telus dan adil.bercakap pasal revolosi perancis mungkin agaka juah tetapi sejarah presiden marcos dan presiden suharto di filipina dan indonesia mungkin lebih munasabah.presiden marcos jatuh pada ketika dia menag besar pilihanraya sambil suharto tumbang pada ketika dia menguasai parlimen indonesia.jadi tidak mustahil sekiranya rakyat mengambil keputusan "CUKUP SAMPAI DISINI BN"
maka gelombang kebangkitan ini tidak mampu dibendung dengan apa cara sekalipun.POLIS yang mungkin kehabisan stok gas pemedih mata dan air berasid ISA TIDAK LAGI MENJADI SENJATA YANG BERKESAN dan apa lagi yang tinggal dengan BN?

ingatlah tuntutan BERSIH bukanlah suatu tuntutan yang sukar malah ianya logik dan semudah ABC tidak ada sebab kenapa SPR berdolakdalih mengenainya kecuali atas satu sebab iaitu ingin meneruskan penipuan pilihanraya.jika SPR terus terusan melindungi penipuan ini maka wajarlah demokrasi ditolak rakyat dan sekiranya demokrasi ditolak maka logiknya rakyat akan pilih jalanraya dan sesungguhnya kita dalam BA menyatakan dengan setegas tegasnya bahawa kita sanggup kalah pilihanaraya berkali kali tetapi kita tak sanggup ditipu untuk kali ke2.
jawaban kepada soalan apakah akan berlaku revolusi sekiranya memorandum BERSIH diperap ialah bergantung kepada kuasa rakyat.
kalau rakyat menghendakinya inysaallah akan berlaku revolusi dan sebaliknya sekiranya rakyat memilih untuk terus "BERKORBAN" untuk BN maka tak akan ada revolusi.
itu saja semudah ABC

4:54 PM  
Blogger Unknown said...

Apa kata kita dengar apa kata Datuk Norza Zakaria

http://video.google.com/videoplay?docid=-156447100174475452&hl=en

Kenapa tidak kita hujahkan apa kata beliau dan kita compare dengan buku tulisan beliau bertajuk "Mendefinisikan Pak Lah"

9:50 AM  
Anonymous Anonymous said...

Tiada sesiapa dalam BN yang layak menjadi PM selepas Pak Lah letak jawatan nanti. Kalau nak diharapkan si najib, kaki pompuan tu memang akan menjahanamkan Malaysia.

12:25 AM  
Anonymous Anonymous said...

Saudara Anuar,

Kebanyakan manusia ini tidak pernah menjadikan nas dan sunnah sebagai panduan sejati, kerana manusia Allah kurniakan akal, akal yang Allah kurnia tiada pada binatang dan tiada pada Malaikat. Dari pengamatan saya, saya dapati manusia ini hidup hanya berpandukan akal yang konon itu adalah segala petunjuk dan jalan penyelesaian kepada semua permasalahan.

Saya membaca dan megikut setiap kenyataan pemimpin pemimpin Malaysia, sama ada mereka dari pemerintah, pembangkang atau NGO'S. Dari yang Muslim kepada yang Non-muslim. Bagi yang non-muslim ini takpe lah, sebab dia belum mendapat petunjuk Allah, yang hairan nya pemimpin yang beragama Islam nih!kecuali Mursidul am PAS YM Dato' Nik Aziz. Yang lain lain semua sama. Semua mereka ini berpandukan akal mereka dalam menafsir, mentadbir dan macam macam lagi. Kesian saya kepada mereka ini..letih dan lesu yang konon nya dalam perjuangan dalam menegakan itu ini...pelbagai slogan dibawa sehingga mereka tidak dapat membezakan adakah slogan itu membawa sudah jauh menyimpang justeru tanpa disedari oleh mereka dengan sendiri menjadi kafir.

Apakah kaitan manusia dengan Allah?, dan apakah kaitan allah dengan dunia ini? kita semua ada jawapan!..dan jika kita tanya kepada 40 orang, jawapan itu ada 40 juga tapi semua tak tepat..Yang Allah hendak adalah yang TEPAT, kerana apa? kerana itulah ajaran yang Allah telah lengkapkan....

nanti saya sambung lagi....

4:03 PM  
Anonymous Anonymous said...

apa yang sama tu? bolih elobare sikit terlebih lagi yang menyebabkan mereka menjadi kafir?

10:55 PM  
Anonymous Anonymous said...

pak lah tak hormat orang,persoalan pun banyak yang tidak terungkai.fikiran pun melalut.up to u,sory 2 say.

11:36 PM  
Anonymous Anonymous said...

die over confdent,die ingat tun dr mahathir tu sape?sampai takde langsung rasa hormat,atlst jawab la soalan yang diberikan dr.mahathir,hanya dibiarkan konco2nya menjawab.from there rakyat boleh nampak die pendiam yang berbahaya.

sebagaimana kita melihat junta di myanmar,pervez musharraf di pakistan,indonesia semasa era suharto macam itu lah dunia melihat malaysia melalui saluran media mereka.

11:56 PM  
Anonymous Anonymous said...

Pak lah bukan tak nak menjawab persoalan yang ditujukan, tapi mencari jawapan yang tepat bagi setiap persoalan, berfikir dahulu..janganlah nk menuding jari pada Pak Lah.Pak Lah sendiri mahukan negara Malaysia aman dan damai. Sekarang negara kita dah kacau bilau dengan rusuhan dan himpunan2 haram yang telah dibuat oleh rakyat, cari jalan sepatutnya, duduk berbincang baik2 kan lebih elok, sebagai negara islam kita digalakkan mengadakan musyawarah.Parti UMNO tak bersalah, yang merencanakan agenda didalamnya adalah barisan para kepimpinan yang ada,UMNO telah membawa banyak perubahan dalam kehidupan rakyat, khususnya orang melayu, namun begitu kepincangan yang wujud dalam UMNO telah tercetus apabila ada orang yang tidak pandai tapi mendabik dada mengatakan dirinya pandai dan mengelarkan diri mereka pemimpin yang berwibawa, namun begitu bukanlah semua pemimpin dalam UMNO yang bersifat demikin, yang mana memahami erti perjuangan UMNO yang sebenar akan berpadukan kepada matlamat sebenar penubuhan UMNO dan sentiasa berusaha mencapai matlamat dan objektif sebenar penubuhan UMNO.Cuba imbas kembali bertapa payahnya para pemimpin kita pada masa dahulu berjuang demi negara dan bangsa atas nama UMNO, sama2lah kita menjaga negara Malaysia ini agar ia sentiasa aman dan damai..itu yang rakyat mahukan...sesiapa yang belum baca buku "Mendefinisikan Pak Lah" boleh lah dapatkannya dan simpulkan sendiri apa harapan Pak Lah.

3:05 PM  
Blogger Silentrader said...

adakah paklah terlampau bodoh untuk berlaku kejam kepada rakyat..paklah x sebodoh tu..apa yang berlaku dlm pemerintahan paklah skarg adalah tekanan ekonomi yg seterusnya menjerumus kepada masalah kenaikan minyak dan brang.kita boleh lihat org2 tertentu dlm kerajaan yg mangaut kekayaan melaui rasuah masa zaman tun di dedah satu demi satu pada zaman paklah..pendedahan ni bkn sebagai menunujukkan kelemahan paklah tp sebagai satu cara ketelusan paklah dlm menghapuskan rasuah dan salahguna kuasa. paklah harus diberi peluang untuk terus membentuk malaysia. pada awal pemerintahan paklah beliau byk memperbetulkan masalah dalaman yg ditinggalkan oleh tun..jgn terus bebankan paklah dgn masalah dalaman yg boleh membantutkan usaha beliau memajukan malaysia

4:19 PM  
Anonymous Anonymous said...

Anonymous,

"apa yang sama tu? bolih elobare sikit terlebih lagi yang menyebabkan mereka menjadi kafir?"

(Sesungguhnya aku telah lengkapkan agama kamu yakni islam, masuk lah dengan hati yang ikhlas,)

Hidup dan mati kita hanya Allah yang menentukan, sesungguhnya ketakwaan adalah bekalan keakhirat. Segala kemungkaran, kejahatan dan kebaikan Allah ambil kira, tiada sebesar zarah pun yang Allah tidak kira, sama ada kejahatan atau kebaikan.

Maka hendaklah kita hidup dengan kebaikan, fitrah kejadian manusia ini adalah dalam keluh kesah, yang tak tahu....jangan pura pura tahu, kalau jahil dan bodoh pergi belajar, cari ilmu. jangan ikut ikut kata orang, bila kita ikut maka kita bodoh sebab kita tidak memfilter otak kita dengan baik, kebanyakan manusia islam ini mati koyol, sebab apa? sebab slogan jahilliah masih menjadi amalan dan kata kata. Contohnya! "HIDUP DAN MATI HANYA UNTUK UMNO" apa pasal nak hidup dan mati dengan UMNO nih, ni orang agama apa? agama baru ke UMNO ni? Maka dengan sendirinya menjadi kafir, allah suruh kita mati bersama islam. amalan didunia bekal diakhirat. Orang ni saya nasihat kan dia bertaubat dan perbetulkan akidah.

Sekian, wasallam

2:23 AM  
Anonymous Anonymous said...

bagaimana pulak dengan pemimpin pembangkang? kat mana samanya?begitu juga kenapa tg nik aziz saja yang bolih diterima sedang yang lain sama saja?

11:01 AM  
Anonymous Anonymous said...

aku percaya....dengan ape yg pak lah buat....walau ape pun owang cakap...khairy..adalah backup blakang..sebab...nak harapkan anak pak lah....emmm...susah...dan aku percaya..malaysia akan terus utuh dengan sikap yang pak lah tunjuk....

12:29 PM  
Anonymous Anonymous said...

secara langsung, perubahan yang kita lihat sekarang membuat kita fikir kenapa wujud pertentangan yang sangat nyata terhadap kerajaan. Sungguh, berlaku juga pertentangan di zaman sebelum ini, dikala TDM dan sebelumnya memerintah, namun perkembangan terkini ternyata begitu membimbingkan lebih lagi sehingga berani mengutarakan isu kontrak sosial.
It's easy said than done. janji - janji Manifesto pilihanraya, kempen-kempen PR....sampai bila untuk menghalalkan perjuangan dengan kawalan liputan media massa. Now it's the time to deliver, or actually dah lepas dateline....Those days of 'takpa' are over. Do i need to remind the basic principle of management - the need to master :Planning, Leading, Organizing and Control...think deep, really deep and act fast...otherwise or they will be no 'malay'sia...mark my word...at the end of the day...Nawaitu...& lillahi taala

1:49 PM  
Anonymous Anonymous said...

wei norza apa gun ako bodek pak lah dgn buku kecik ko tu

mai aku habaq kat ko:

apa ke jadahnya modal insan bila:

1.budak keluar U tak de kerja

2.beban rakyat semakin teruk

ni ler zaman modal insan pak lah:

1.jenayah semakin menjadi jadi.

ni ler bila guna agama utk cari populariti, maka Allah balakan banyak bencana kat negara sendiri

dulu johor di landa Banjir besar

la ni Pahang di landa banjir besar

tsunami yg tak pernah jejak Malaysia pun zaman imam hadhari dah sampai Malaysia..

apa raa....

cakap aja lebih, kalau hebat

create jobs ler utk rakyat, kurangkan inflasi,kurangkan jenayah....ni tak habis habis slogan slogan slogan slogan....rakyat tak kenyang ler dgn slogan....

susah bebenar nk paham ..ke

drmuzi

8:09 PM  
Anonymous Anonymous said...

Saya bukan peminat politik. Tetapi isu Hindraf dah terlalu melampau. Jadi ini cuma luahan...

Bukan niat memburukkan pemimpin kita.. tetapi Pak Lah terlalu berlembut. Hindraf=HINDU Rights Action Force. Kenapa semasa zaman pemerintahan Tun Sri Mahathir isu ni tak dibangkitkan? Kenapa semasa rusuhan berlaku ada kelibat bukan hindu apalagi India kelihatan. Isu India dibawa masuk ke Tanah Melayu sebagai kuli.. itu India.. tiada kaitan dengan agama Hindu.. Pemerintah dulu adalah India Islam, yakni Mamak, mungkin sebab itu isu Hindraf tak diketengahkan.
Adakah kerana Pak Lah terlalu lembut? Adakah Pak Lah perlu jadi sekeras dan zalim seperti semasa pemerintahan Tun Sri Mahathir? Zalim bertempat, lembut pun biar bertempat.

Takkan Melayu dan takkan Islam dipersoalkan di Negara Malaysia, Tanah Melayu yang telah dimerdekakan setengah abad?

Tolonglah hidupkan semula semangat kemelayuan dan keislaman kita... Buatlah apa yang perlu untuk menaikkan Melayu dan Islam di bumi sendiri. Melayu ditindas oleh bangsa2 bukan melayu baik dari segi perniagaan dan perundangan. Bukankah 2 perkara itu tiang sesebuah negara?!

Siasat dan tangani masalah dari dalam. Buatlah apa yang perlu supaya dapat membakar semangat jiwa Kemelayuan, bangsa yang lembut tetapi tegas.

10:39 PM  
Anonymous Anonymous said...

anonymous,

Saya tidak tahu nama awak, jadi, saya jelaskan supaya awak faham.

"bagaimana pulak dengan pemimpin pembangkang? kat mana samanya?begitu juga kenapa tg nik aziz saja yang bolih diterima sedang yang lain sama saja?"

Keliru dengan ISLAM walhal yang BODOH dan DUNGU nye pemimpin Islam itu sendiri. Dari pemerintah dah tentulah gelap dari NUR sebab ada kuasa, tapi yang malangnya dari satu pihak yang lain…hendak berkuasa tapi tidak menjelaskan fakta dan hala tuju Negara yang hendak dibawa….semua kabur…gelap dan buta. Hari hari saya tengok dalam blog blog seperti ini, Islam dihina dengan begitu ketara oleh orang bukan islam. Logiknya penghinaan mereka kerana tingkah laku kita yang menganut islam itu sendiri. Kita yang letakan islam dibawah paras keagungannya, kita sendiri yang mengelirukan Islam dengan persepsi sempit dan beku kita.

Kita jangan jadi penglipurlara kepada rakyat. Rakyat lebih hebat menentukan kepimpinan, rakyat letak Abdullah Badawi dan rakyat yang boleh tentukan nasibnya pada BN bila dan kenapa BN harus ditamatkan pemerintahan. Melayu-Islam tidak mempunyai pilihan selain BN kerana pesaing yang kabur dan tak tentu hala.

Hentikanlah fakta dan perjuangan yang mengarut nih….saya minta PAS lebih percaya bahawa Allah akan memberikan kerajaan kepada mereka apabila mereka mangakui bahawa "segala galanya adalah ketentuan Allah" seperti mana Allah memelihara kerajaan Negeri Kelantan, Dalam tempoh yang sama berusaha memertabatkan islam, beri kefahaman kepada orang bukan islam, cakap yang betul je apa yang dianjurkan oleh islam secara berterusan sehingga semua rakyat faham bahawa islam adalah yang benar…

Wasallam, jumpa lagi...

evolusiumno@gmail.com

10:47 PM  
Anonymous Anonymous said...

kelemahan pak lah adalah bermula dari isu jambatan bengkok dan kenaikan harga minyak dan tol secara membuta tuli..ianya membuatkan ramai pihak mengangap pak lah lemah dan takut . maka ramai yang mengambil kesempatan. .. cth isu jambatan , disebabkan malas or apa2 alasan laa ..pak lah sanggup terima kata kabenet bulat2 tanmpa memikirkan kerugian yang bakal dibayar oleh negara dan menunjukan kerajaan malaysia tunduk dengan singapura ...

so fikir2 kan lah wahai pak lah .. mahadir dah buat perancangan yang baik tapi pak lah hancurkan ...

11:29 AM  
Anonymous Anonymous said...

Pak Lah pun manusia, saya percaya yg dia pun tak nak melingkupkan negara kita.
Tapi paklah adalah PM, bukan seorang pemimpin. Pemimpin seorang yg mempunyai wisdom, menentang arus, buat yg betul walaupun resultnya lg 10 tahun baru rakyat nampak. Bukan base di atas populariti.
Apa yg saya lihat (tuhan lebih mengetahui, bukan menghina paklah), paklah tak boleh membuat keputusan yg penting. Semuanya berdasarkan org sekeliling, keadaan, dan kepopularitian. Begitu jg dengan pemimpin2 UMNO yg lain. Selepas era Dr.Mahathir, negara tak begitu tersusun.
sbg cth, isu jambatan bengkok, kenapa tak diteruskan? faedahnya sgt besar bg kita, tida kena mengena dgn kedaulatan s'pura lgsg. Sultan Johor pun nak robohkan Tambak JOhor. (jika saudara semua tgk Bulletin Utama tv3 lepas).
di situ lah ternampak yg pak lah sememangnya tidak berpandangan jauh utk membawa negara kita lebih maju lg. Tak semestinya dgn mengikut apa yg dirancangkan oleh previous PM, akan menjadi kan pak lah pak turut. Dulu semsa timbalan patuh, sekarang dah buang terus. Budaya mengenang jasa pemimpin spt Dr Mahathir telah dilupakan lgsg. Kita bole perasan semasa kemerdekaan baru2 ini.
Sama2lah kita berdoa paklah sihat, wisdom dan dilindungi dr manusia2 yg berkepentingan.
Melayu Mudah Lupa

4:02 AM  
Anonymous Anonymous said...

Saya rasa ada betulnya kata FIRD. Saya sendiri sudah mula rasa menyampah dengan UMNO kerana kehadiran KJ yang seolah-olah 'tak menyempat'. Kalau iye pun nak memerintah, bawak-bawaklah bersabar.

3:16 PM  

Post a Comment

<< Home