Sunday, November 18, 2007

Agung kesal, rakyat bagaimana?


BILA AGUNG KESAL APA PULA KATA RAKYAT, ada yang mengatakan mereka tidak terkejaut dengan kenyataan YDP Agung. Apa pula pandangan kita mengenai kenyataan YDP Agung

10 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Agung kita, Agung kita, mungkin sifat Melayu kita macam Agung kita. Sepatutnya Agung kita sedar bahawa yang kita mahu ialah keadilan. Agung pun patut tahu, hasil yg ada dtg dari rakyat dari tanah ini bukan dari ameno. Kenapa kecut sgt. Buat malu kita melayu berpayung bawah tuanku kalau ini sikap yang ada.

Mungkin tuanku patut sedar bahawa rakyat ini rakyat tuanku dan kalau tuanku tak de rakyat maka tuanku pun tak de org nak jerit daulat tuanku.

Cuba jadi payung negara yang tidak tiris.

7:41 PM  
Blogger kamarulzaman ahmad said...

Salam,

Apabila tuanku sudah bertitah tidak berkenan, maka taatlah kepada titah itu....

'Tuanku adil tuanku disembah... raja Malaysia Today? emh emh emh, pandai-pandailah bawa diri'

Tuanku berkenan dengan 1 Juta yang menyanjung baginda dan bukan 100,000 yang memporak peranda negara.

Bijak sungguh baginda Tuanku menilai.

Wassalam.

10:43 PM  
Anonymous Anonymous said...

baca betul betul, ada ke Tuanku kata di campak memo itu. Ada ke baginda kata memo itu tidak benar. Ada ke dia kata SPR itu betul dan tidak salah

10:57 AM  
Blogger Malaysian Makcik said...

Yang harus kita tekankan disini bukanlah bilangan yang datang atau tidak, haram atau halal (perhimpunan haram tapi tak berdosa :) ) tetapi apakah tuntutan org2 muda dan tua, sihat dan sakit, jauh dan dekat.. mereka datang dengan tujuan yang sama. menuntut pilihanraya bersih dan kebebasan media.
Adakah dengan menyuarakan kebimbangan mereka begitu dikira 'putus wayar'? adakah mempertahankan diri dari provokasi FRU dikira pondan? uish ramai betul org gila kata malaysia kalau mcm tu, ek? Sesuatu memang tak betul dan sangat pelik dalam pentadbiran negara kalau pemimpinnya menghasilkan terlalu ramai org2 pondan dan putus wayar..

8:23 PM  
Anonymous Anonymous said...

rakyat akan kesal dngan tindakan YDP agong.jngan takutkan p.m dia tau nk duit jer.kalau ini pngasas hadhari,kita tengok dia ada tak yg dia ikut ajaran ISLAM.HARAM brsentuhan antara llaki dan perempuan yg bkan mahram,bru 1 contoh,dia sndiri x ikut ajaran ISLAM.Mnghalalkn yang haram dan mengharamkan perkara yang halal,perkara yang wajib pulak tu...kita jadikan hari sabtu sebagai hari kuning......perjuangkan hak rakyat.....

9:26 PM  
Anonymous Anonymous said...

mungkin agong nak jadi macam sultan mahmood mangkat dijulang... mengajar rakyat menjadi penderhaka, dan mungkin ramai lagi yg akan jadi hang jebat... Saya jadi hang jebat bukan untuk membela si tuah semata-mata, tapi membela kesaksamaan dan keadilan

10:16 PM  
Anonymous Anonymous said...

Raja-Raja Melayu perlu bangkit dalam memastikan perbalahan antara Melayu dapat di selesaikan.

Raja-Raja Melayu perlu bangkit memastikan keadilan dalam pentadbiran dan keluhuran perlembagaan.

Raja-Raja Melayu mesti dibenarkan BEBAS untuk mendengar rintihan rakyat.

Raja-Raja Melayu perlu juga ada suara jangan hidup dalam Istana sendiri tanpa mengetahui.

Raja-raja Melayu perlu bertitah dan jangan sehingga rakyat mengatakan mereka hanya menghabiskan beras sahaja.

1:39 PM  
Blogger faizalzainol said...

Agong kesal? mungkin tidak..

2:15 PM  
Anonymous Anonymous said...

agong kita kesal dgn pemerintah, bukan rkyt. cos pemerintah kini suka buat provokasi. ugut sana sini,pantang di cabar la kononnya.. beruk2 kat PWTC byk terlepas dan menmbulkn byk kerenah pd rkyt... cuma kini, kita skrg jgn trima berita2 yg ngarut2 ni. apatah lagi kalu berita dari Dato Barua Pengelola Istana.

4:11 PM  
Blogger Unknown said...

Tajuk tu sedap! tapi bodohnya melayu!. Dulu pemimpin gubal dan buat perlembagaan ikut kehendak Lord Reid. Tapi tak apa lah sebab melayu dulu tak fikir akan jadi begini.

Sekarang semua dah pandai, negara pun dah maju, pemikiran juga harus maju. maka Jadilah kemajuaan minda, kebendaan, dan bermacam macam kemajuan telah kita dapat...tapi jangan ingat melayu je yang dapat...semua kaum dapat. Isunya sekarang kebendaan inilah yang mendorong manusia memikirkan hal selain dari itu..iaitu KUASA.

Apa masalah mencabar perlembagaan? kita orang melayu pun langgar juga. perlembagaan itu manusia tulis, Loard Reid dan loard lord yang lain. Memang ada pemimpin kita tak setuju. Tapi apa kita buat selepas itu? Kita tak buat apa pun, kita pinda untuk beberapa perkara yang berlapis lapis dalam buntuk akta dan undang undang untuk sesuaikan pada keadaan semasa.

Majoriti diParlimen adalah orang melayu/islam. Pernah ke kita dengar ahli parlimen tu kemukakan cadangan untuk menulis semula perlembagaan negara kita yang dah 50 tahun itu? Pernah ke ada ahli parlimen kita bersungguh sungguh meneliti perlembagaan kita dan memberikan pandangan atau pindaan untuk kepentingan rakyat malaysia. Tak ada seorang pun...sebab apa? sebab mulut penuh air. Poket sentiasa ada isi..bila dok dengan menteri atau Perdana Menteri tak ada benda lain selain bagi persetujuan dan sokongan pada setiap kenyataan PM. Ini trend...kita mesti selari dengan PM dalam memberi pendapat dan pandangan...apa apa hal biar PM dulu cakap..lepas itu kita sokong dia walau pun dia salah. Siapa daripada ahli parlimen tu kata Islam hadhari tu salah cara berdepan depan dengan PM???? Sapa?...Sapa?..tak berani kata..sebab Presiden Amerika pun setuju....mana plak jadi salah..

Jadi PM Malaysia ni berat tanggungjawab sebab pelbagai bangsa dan ethnic. Hebat jadi PM Malaysia jika masalah perkauman ini dapat diatasi, 50 tahun kita berjaya! semua masalah jadi duri dalam daging. Simpannnn.....dan hari ini muka PM dicalarkan dengan tuntutan Hindraf. Malunya tidak terhingga seluruh dunia tahu dengan kebodohan menteri menjawab soalan daripada Al-jareeza.

kita ni jadi sensitif bila kita kena..kita mula cari mana kambing yang dihitamkan. Ahli Parlimen kita tak buat keje..bagitahu saya apa kerja mereka? Saya pergi keparlimen, kantin dan lobi je yang penuh. Dalam dewan kosong...tiada benda yang penting bagi ahli parlimen selain datang untuk memenuhi tuntutan elaun (Bukan Semua) tapi mejoritinya itu lah yang berlaku yang berlaku. Bila PM atau TPM datang keparlimen...semua masuk dewan takut nanti PM atau TPM tak nampak.

Bila balik kawasan jadi HERO pada rakyat (kononnya) mendabik dengan orang kampung dengan kereta besar dan muka masam. Semua projek kampung disusun...pegawai kerajaan bagi LO atau surat tawaran je pada mana mana kontraktor yang direkomen. Tengok orang macam tengok kera je. Lepas tu tunggu mana mana NGO ke, belia ke, Sekolah ke buat program dan bagi arahan mesti jemput dia berucap. Dia nak buat program yang menafaat takde. Semua dia rasmi orang nye sahaja, lepas tu pulak..berucap berjam jam...tak tentu hala...seronok sendiri je. GElihati saya melihat cicak mengkarung nak jadi naga ni.

Majoriti mereka ini kebetulan ahli UMNO. Bila musim pemilihan bahagian datang, mereka memulakan agenda baru, iaitu menabur duit untuk kekal dalam bahagian sebagai ketua atau nak jadi ketua.

Mampus UMNO tau tak!!!dapat memimpin yang macam ni, satu alam dilaknat ALLAH bila orang macam ni dipilih ...rasuah...na'uzubilla.. saya tidak mendakwa tanpa bukti...kalau UMNO tu tidak korup...apasal ISA SAMAD sampai kene buang? kerana apa? kerana politik wang, sebab ape? SEBAB RASUAH..satu dunia tahu!... saya berani mengatakan semua perwakilan G7 tu adalah penerima rasuah dari ISA SAMAD tadi, mereka ini berlumba lumba dan sanggup berbelanja untuk menjadi wakil G7 masa pemilihan UMNO pusat, semua nak DUIT dan sanggup memberi undi dengan tawaran an ganjaran yang tinggi, pencacai pun dapat duit gak. Rata rata pemimpin yang bertanding MKT..kenapa ISA SAMAD je yang kena? Ali Rostam tak bagi ke? Muhyiddin tak bagi ke? Rafidah tak bagi ke? dan semua tu lah...JAdi lahirnya pemimpin Melayu/UMNO semuanya daripada kelompok rasuah dan politik wang...semua rakyat tahu...tapi rakyat pilih jugak orang orang ini dengan harapan mereka bertaubat.

BAgi saya Pemimpin yang ada sekarang daripada PM/Presiden sampai semua MKT dan semua ketua ketua bahagian tu patut dibakul sampahkan. kerana rakyat malaysia telah salah memilih dan menegakan kerajaan yang HARAM disisi ISLAM.

Kerana apa? kerana mereka adalah paksi yang menjana rasuah didalam pemerintahan...sekarang apa nak yang kita nak bela? dan apa mereka nak bela melayu? TOLONG BAGI TAHU SAYA...saya tak nak sentuh hal hindraf, hal hindraf kalau bagi saya kecik je...kalau saya ada kuasa kejap je saya selesaikan.

Tapi sebab kita dapat pemimpin yang pening, maka yang lain2 pun ikut pening....KITA jangan bincang hal hindraf ini la...lantak la dia nak tuntut apa pun...Yang kita hendak apa penyelesaian MELAYU itu sendiri...

Saya berani katakan hari ini semua pemimpin melayu yang ada sudah tidak layak memimpin, jika saya pandang sebelah pada parti pembangkang sama je macam cicak mengkarung kecuali NIK AZIZ. Kenapa....????? sebab saya baca dan lihat kenyataan mereka dalam semua media..Pemerintah kita melayu, pembangkang pun melayu...

Mari amati kenyataan saya...Pemimpin kita cakap ada dua muka...sama gak macam pembangkang...mereka bila berhadapan dengan orang melayu bercakap pasal melayu dan hak hak melayu yang kononnya dia bela dan perjuangkan...bila depan kaum lain tentulah cakap lain..cakap kemajuan semua..keharmonian, senang berniagaan, negara aman untuk semua bangsa yang majmuk...di satu pihak lain, cakap pasal ISLAM yang diterangkan pada ORANG MELAYU/ISLAM..dan berterusan menyampaikan dakwah PADA ORANG ISLAM..(ORANG MELAYU ISLAM NI TAK RETI AGAMA KE?) yang didakwah dakwah...tapi bila berhadan dengan kaum lain cakap pasal kesamarataan, cakap keadilan bagi semua kaum, bejuang nak hapuskan tol, nak hapus semua kalau boleh yang mana menyusahkan rakyat lah... katakan apa je, bila dapat memerintah nanti akan dilaksanakan ...tapi adakah mereka berdakwah dengan orang bukan ISLAM, adakah mereka memberitahu bagaimana corak pemerintahan ISLAM? mereka ni kalau dapat microfon melaung dia belasah semua kepimpinan yang memerintah...sebab korup nya, bodohnya, tol naik, barang naik, ekonomi merudum, dan macam macam...dan semua dakwaan ni betul..tapi jangan cakap lain pada melayu dan cakap lain pada bukan melayu...beritahu yang bukan melayu/islam ini apa yang mereka tak tau...ia itu KESYUMULAN ISLAM dalam pemerintah. Tunjukan dan tonjolkan IDOLA pemerintahan yang agung, cetak dan edar dalam pelbagai bahasa, bagaimana cara Islam memerintah, bagaimana keadilan itu ditegakan..

Terang terangan saya kata bahawa pemimpin yang ada sekarang tidak bertakarub pada ALLAH, dia jumpa ALLAH waktu dia solat je...itu pun bila ditanya solat tu allah terima ke? pasti dia tak tau! sebab dia tak baca kitab, lepas itu dia sibuk fikir bagaiman nak susun ayat POWER bagi perdaya rakyat agar kagum dengan nya.

Wahai ABDULLAH AHMAD BADAWI ketahui oleh kamu bahawa segala macam kecelakaan yang sedang menimpa dan pasti akan menimpa ini adalah di sebabkan oleh OLAH kamu, kerana kamu telah mencela ISLAM dengan hadhari yang kamu bawa. Kamu dikelilingi oleh orang orang bukan HAK dan semua kepimpinan UMNO/BN sedang menghadapi malapetaka dari ALLAH. Dan setiap kecelakaan yang ALLAH berikan akan mendatang secara JAMAK dan akhirnya BALA pasti datang kepada semua rakyat MALAYSIA. ingatlah dan luangkan waktu malam kamu denga bertanya kepada ALLAH jangan lah disibukkan sangat hak dunia yang pasti hancur ini. Berdamping lah pada ALLAH kerana bagi kamu ALLAH adalah segala galanya, kerana ALLAH tidak pernah gagal seperti KAMU.

Wasallam, jumpa lain waktu

12:37 AM  

Post a Comment

<< Home