Sunday, November 18, 2007

UMNO akan jadi liabiliti buat BN



Masyarakat Cina akan mengundi pembangkang. Ini adalah kerana UMNO adalah liabiliti buat BN sekarang. Ini adalah kata-kata seorang rakan dalam membicarakan “survival Barisan Nasional”. Mereka mengatakan bahawa undi Cina akan berpindah tangan gara-gara kerana UMNO. UMNO bukan komponen BN yang kuat sekarang ini. Musuh UMNO banyak dan anak muda sudah mula sedar mengenai UMNO yang sebenarnya. Saya mendengar penuh kusuk.

Betul ke? Betul ke UMNO liabiliti buat BN. Adakah sikap ortodoks UMNO menjadikan UMNO liabiliti buat Barisan Nasional? Khairy Jamaluddin dalam kenyataan beliau sewaktu Perhimpunan Agung UMNO mengingatkan semua ahli Pergerakan Pemuda UMNO bahawa, pemimpin kaum lain harus sedar bahawa UMNO amat bermurah hati kerana memberi mereka tempat untuk bertanding. Tetapi adakah mungkin pengundi kaum lain kini menuntut terima kasih daripada UMNO kerana masyarakat Cina masih mengundi Barisan Nasional bagi membantu BN terus relevan.

Namun hari ini keadaan dikatakan semakin berubah. Undi kaum lain khususnya Cina sudah bertukar arah. Kaum Cina kini lebih memandang kepada pembangkang khususnya DAP. Ini bukan satu rahsia lagi. Kaum lain termasuk golongan Melayu Muda sudah mula mengkritik kepimpinan UMNO dan ini meninggalkan kesan yang amat negatif.

Mungkin benarkan UMNO sekarang liabiliti untuk Barisan Nasional? Kenapa ? Adakah UMNO sudah semakin kurang di terima oleh orang Melayu? Adakah UMNO dengan kepimpinan yang alah dengan kritikan menjarakkan sokongan orang Melayu kepada UMNO.

Isu UMNO semakin menjadi liabiliti amat serius. Ini akan menjadikan Parti yang memperjuangkan agenda Melayu terkubur. Apa mungkinkah kubur sudah di gali untuk UMNO kerana kepimpinan yang sudah uzur mentalnya masih lagi memimpin.

Mungkin benar UMNO adalah lesen untuk kejayaan perniagaan ALI BABA dan ini menjadi punca UMNO tidak konsisten dan kurang kepekaan terhadap nasib rakyat. Kalau begitu sakit UMNO adalah pada pengendali, peneraju dan kepimpinan UMNO sendiri. Apa pun kemungkinan, tidak hari ini, esok UMNO akan menjadi kurang relevan kerana langkah ortodoks mereka masih tebal khususnya dari kalangan pemimpin yang telah terlalu lama memimpin. Mungkin

7 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Yes, I believed that UMNO is now a liability. Barisan Nasional will not be the people choices soon if UMNO members especially the leaders keep on insulting the rakyat intelligence. There are a lot of examples where the Malay leader treats the Malay community as though there are stupid. Issue of corrupted Malay leader are been swept under the carpet.

Khairy Jamaluddin for instance, borrowed more than 9 million, Pak Lah denial of Scomi business involvement in Malaysian and yet latter it is all over the news and much more of it.

The Chinese knew what will happen to UMNO and believes that UMNO will be the liability.

9:20 AM  
Blogger Hanief said...

Kalau tahu tak apa. ^^

9:21 AM  
Anonymous Anonymous said...

UMNO memang yg runtuhkan segalanya. UMNO melahirkan pemimpin yang buruk dan penuh korupsi. Umno tak akan berubah kerana korupsi adalah budaya mereka. Selagi Umno memerintah selagi itulah rakyat akan rugi.

7:35 PM  
Anonymous Anonymous said...

The chinese will reject Barisan Nasional. This is for sure. UMNO is so full of curruption and the Chinese will be blame 4 the losing of Malays in the economic struggle

10:59 AM  
Anonymous Anonymous said...

Umno jadi liabiliti kerana terdapatnya barisan pemimpin yg bodoh dan sombong... cthnya PM kita "Jangan cabar saya", "ini idea saya", "i'm not involve"... anak menantunya pula yg jadi hantu menghancurkan segala2nya... Kalau umno boleh menukar barisan pemimpin yg baik, mungkin melayu lebih terbela. Cubalah Tengku Razaliegh !!!

10:24 PM  
Blogger kamarulzaman ahmad said...

Salam,

Saya tertarik bila Anuar berkata mengenai pemimpin ortodok.

Hah!antara lain dalam tulisan Anuar sebelum ini - UMNO kalau mahu relevan perlu berubah. UMNO sudah tidak mampu lagi membela mereka yang bukan sahaja nampak gagal tetapi nyata gagal. Menteri yang gagal harus digugurkan dan mereka yang nampak mempunyai potensi untuk menyentuh anak muda dan rakyat era baru harus diberi peluang untuk berkhidmat. Ini penting untuk UMNO terus relevan dan andai tidak maka sedikit demi sedikit UMNO akan menjadi nama dalam lipatan sejarah - Anuar

Penulisan ini dapat saya kaitkan dengan wawasan Dato' Norza yang disiarkan dalam akhbar tempatan sebelum perhimpunan umno tempoh hari - Speak language of the young – leaders told. Dato' norza mahu pemimpin muda mengambilalih kepimpinan usang.

Gerakkan agenda ini segera...

1:14 AM  
Anonymous Anonymous said...

Sebenarnya umno diperingkat akar umbi tidak sekuat mana kalau bukan mahu dikatakan tidak bermaya, contohnya :

1) mesyuarat ajk cawangan 2 kali setahunpun susah.
2) mesyuarat agung cawangan pemuda tidak pernah cukup korum, apalagi puteri
3) mesyuarat agung cawangan ramai ahli jika ada pemilihan ketua cawangan, sebab akan ada habuan.

Secara faktanya, ahli-ahli umno tidak mencintai umno dari segi semangatnya, mereka suka hanya kerana ada habuan boleh diperolehi daripada pemimpin-pemimpinnya.

Ahli umno bukanlah pejuang parti dalam erti kata yang sebenarnya, mereka menyokong hanya kerana kepentingan diri masing-masing.

Sekiranya umno kalah dalam pilihanraya dan tidak memerintah lagi, ketika itu, nak cari ahli umno agak satu baspun susah, kau picayolah kek den bang.

Ketika itu, semua kepimpinan umno yang berniaga akan bankrup, kerana semua projek yang mereka perolehi selama ini adalah melalui kronisma, bukan kerana merit.

Maka akan ramai lagilah orang Melayu yang akan merempat.

tutuhjang

7:25 AM  

Post a Comment

<< Home