Merdeka - Melayu Merdeka
50 tahun kemerdekaan, ini perlu dilakar dengan segala kemeriahan. Malaysia sudah 50 tahun merdeka. Negara ini perlu dihiaskan dengan Jalur Gemilang tanda patriotisme. Patriotisme hari ini adalah lakaran hiasan yang dibuat pada kenderaan, bangunan dan pokok – pokok di sekitar negara. Kemerdekaan adalah laungan bebas dari penjajahan dan kita perlu merayakan kebebasan ini dengan bersungguh-sungguh.
Maka bulan ini berbagai-bagai rancangan diatur untuk bulan kemerdekaan ini. Konsert dan segala bentuk hiburan bakal disajikan untuk menyambut kemerdekaan. Kita semua bersyukur kerana di bawah kaki bangunan KLCC kemungkinan bakal ada konsert besar dan konsert ini akan dihadiri oleh majoriti kita golongan Melayu yang akan melonjak – lonjak dengan gemilang sambil mengibarkan Jalur Gemilang.
Melayu Merdeka, merdeka dari pegangan penjajah selama 50 tahun. Melayu kini bebas dan kemerdekaan. Melayu kini berjaya dengan pencapaian – pencapaian Melayu yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Benar, pencapaian Melayu begitu baik jika dibandingkan dengan Melayu tahun – tahun sebelum merdeka. Benar, pasti benar jika dibandingkan Melayu kini dengan Melayu dahulu, Melayu sebelum merdeka dengan Melayu selepas merdeka dan Melayu zaman silam dengan Melayu alaf baru. Mungkin statistik perbandingan itu tidak patut dilanjutkan dengan mengukur perbandingan dengan bangsa-bangsa lain di Malaysia. Ini kerana jika kita bandingkan maka kita tidak boleh membuat ulasan. Kita tidak boleh menyentuh sebarang isu sensitiviti membezakan pencapaian Melayu, kedudukan Melayu serta hak Melayu. Itu akan di sebut sebagai rasis oleh bangsa lain dan juga kerajaan kita yang didominasi oleh orang Melayu. Mengapa? Mungkin setelah menilai kedudukan Melayu berbanding dengan bangsa lain akan meletakkan kita dalam keadaan yang kurang menyenangkan. Mungkin pencapaian Melayu hari ini adalah pencapaian kosmetik dan Melayu hari ini masih tersipu – sipu di bumi sendiri. Mungkin juga kalau ini dibentangkan maka terbongkar kepimpinan Melayu yang ada hari ini hanya mahu memimpin diri dan keluarga mereka sendiri dan bukan masyarakat Melayu secara total. Mungkin ini kegagalan yang ada dalam kita memerintah , kerana kuasa politik yang ada digunakan untuk memperoleh material untuk diri sahaja.
Melayu merdeka, apa sudah sampaikan masa kita orang Melayu mampu menyebut merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957 ini? Adakah kita sudah merdeka, bebas dan berjaya. Adakah kita sudah dapat memerdekakan diri kita dari belenggu kesempitan ekonomi, pencapaian pendidikan yang tinggi dan mampu membebaskan Melayu dari kepompong kemiskinan. Adakah kita pesaing dalam pencapaian kemakmuran atau sekadar menumpang kejayaan yang lain. Mungkin kita Melayu terasa sudah mempunyai kekuatan tetapi kekuatan apa yang kita ada sekiranya pedagangan bukan dari kalangan kita. Kekuatan apa kalau harta dan tanah kawasan – kawasan utama masih kita sewa dan lebih memalukan ialah kita tidak mampu menyewa. Melayu sudah merdeka, sedangkan komposisi utama dalam pusat-pusat serenti, senarai nama yang hitam di bank – bank dan keciciran pelajaran yang terus wujud dalam zaman ini melibatkan Melayu diperintah oleh Melayu.
Kita panjangkan bicara ini, kita bicarakan mengenai merdeka khususnya mengenai Melayu merdeka, bebas jiwa, bebas berbicara, bebas menentukan arah atau kita masih lagi tersungkur di bumi Melayu ini. Kita bicarakan bentuk kemerdekaan yang telah kita capai atau sememangnya kita belum lagi merdeka dalam era penjajahan berbentuk baru.
Kita bicara sekali lagi, isu - isu yang pernah sebelum ini kita bicarakan. Adakah kita sebenarnya menumpang di tanah sendiri? Adakah perlu lagi kita membicarakan ketuanan Melayu sedangkan tuannya bukan kita. Kita kaji semula penjajahan minda, penjajahan ekonomi dan penjajahan budaya ke atas Melayu hari ini. Adakah MELAYU merdeka? Itu persoalannya klik sini
9 Comments:
Salam Sdra Anuar,
Apa yang saya namapak sdra dalam lain perkataan mengatakan bahawa Melayu tidak merdeka. Melayu dulu, kini selamanya di jajah. Dijajah oleh siapa? Melayu dijajah oleh segelintir kepimpinan Melayu yang menjual maruah org Melayu. UMNO menjual, Melayu seolah-olah kita ini semua barang dagangan. Kenapa Melayu tidak nampak perkara itu? Kita terus menyokong UMNO dalam pada mereka membayar kita seperti pelacur. Melayu sebenarnya bangsa pelacur. Sampai bila kita akan merdeka. Selagi Melayu itu sendiri tidak melacurkan diri, selagi itu kita tidak akan merdeka.
kepada Malu Melayu,
Benar kata mu, kita sentiasa ditipu. Tiap kali pilihan raya mereka akan campak wang, betul jalan dan betulkan longkang. Lepas itu lima tahun mereka bedal wang kita. Bangsa Melayu memang bangsa Melayu Pelacur. Bila org nak pakai dia bayar. Bila kita kesempitan lagi di tekan,kita tak akan merdeka selagi kita turut dengan UMNO, pengkhianat bangsa
Anuar,
Sebenarnya tepat sekali, Melayu belum boleh merdeka. Sebenarnya kemerdekaan yang diberi pada tahun 1957 adalah kepada bangsa asing untuk memartabatkan mereka sebagai warga negara dan buat org Melayu erti kemerdekaan pada tahun 1957 adalah secara rasmi hak mereka, tanah mereka dijajah oleh orang asing.
Kenapa mereka hari ini berani bersuara menuntut itu dan ini tanpa mempedulikan bangsa Melayu yang memberi mereka ruangan untuk hidup di bumi bertuah ini.
Mereka perlu ingat bahawa sekiranya bukan kita yang mengizinkan kekayaan bumi Malaysia ini adalah hanya untuk Melayu. Hari ini mereka turut kaya tetapi sudah berani mempersoalkan hak kita.
Jangan anggap ini rasis. Ini adalah hakikat kebenaran yang perlu untuk org-org Melayu fikirkan. Jangan sampai kita bercakaran sesama kita, mereka sorak gembira dan kita luka.
Apakah ini tidak benar-adakah ini salah. Kita Melayu harus bersatu bila Cina terus berjuang menuntut hak dari kita Melayu. Apakah ini tidak benar-kalau sudi kita bercerita sesama Melayu isu ini
Disangka panas sampai petang,
rupanya hujan tengah hari.
Begitulah tamsilan yang saya rasa agak tepat tentang umno dalam peranannya mengisi kemerdekaan untuk kaumnya, dan untuk bangsa malaysia.
1. Benarkah para pembesar umno ni masih merupakan pejuang Melayu ?,
Sila rujuk ucapan wakil dari Dewan Persuratan Melayu Pahang, Tengku Alaudin mempersoalkan relevansi umno kepada perjuangan orang Melayu. Katanya "umno sudah tidak relevan lagi kepada orang Melayu sekarang. Umno tidak lagi memperjuangkan kepentingan dan maruah orang Melayu". "Kita tidak boleh lagi bergantung harap kepada parti ini. Umno tidak relevan lagi kepada orang Melayu. Beliau mengungkapkan hal ini dalam Simposium budaya Darul Ta'zim 2007 di Johor Baru pada munggu lepas. Simposium tersebut meluluskan resolusi supaya Gabungan Penulis Nasional (Gapena) mengambil inisiatif mengumpulkan kesemua ahli-ahli kerabat Gapena termasuk NGO-NGO Melayu dan Islam dalam satu perhimpunan raksasa.
Sila rujuk Siasah bil 0060, 19-25 Ogos.
2. Kepimpinan dalam alam Melayu hanyalah :"DIDAHULUKAN SELANGKAH, DITUAKAN SERANTING", ertinya apabila pemimpin melakukan kesilapan mudah dipegang bahunya untuk memperbetulkan kesilapan tersebut. Lalu, bagaimanakah falsafah kepimpinan Melayu sekarang ?, mereka bukan lagi didahulukan selangkah, mereka DUDUK DALAM KERETA KEBAL sambil memperbodoh dan menakut-nakutkan kita. Jangankan hendak dicapai dengan tangan kalau mereka silap, kita laungpun mereka sudah tidak mendengarnya, kerana mereka berada dalam kereta kebal. Kereta kebal yang maksudkan ialah umno.
3. Jadi,
kalau besar dah nak melanggar, kalau cerdik dah nak menjual,
kalau dah bersultan di mata
kalau dah beraja di hati,
Masih bolehkah itu dinamakan kepimpinan Melayu ?.
4. di bawah ini saya perturunkan petikan muka hadapan tabloid Siasah no. 0060, 19-25 Ogos : ucapan Tun Dr Mahathir pada 15 ogos lalu :
* Negara ini busuk dengan rasuah
* Parti utama negara umno sudah lumpuh.
5. Kalau ditulis boleh jadi "selebar alam" segala kebusukan dalam umno, jadi saya ringkaskan "selebar kuku", MASIHKAH ORANG MELAYU MAHU MENYOKONG UMNO DALAM PRU 12 ?????
Kalau jawaban ya, MEMANG PANTASLAH KITA DIJAJAH SAMPAI 446 TAHUN.
BARANGKALI ORANG MELAYU BARU AKAN BERUBAH PADA THN 2453, IAITU 446 DARI SEKARANG.
FIKIR ITU PELITA HATI
SESAL DAHULU PENDAPATAN
SESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA
saya mahu tanya?
Adalak cina menjadikan melayu tidak merdeka atau adakah cina menjadikan negara ini tidak maju?
Kalau cina punca orang melayu tidak maju? jadi kalau tiada orang cina, melayu akan menjadi lebih maju, berjaya and merdeka. kita mesta halau mereka dari malaysia.
Kalau peminpin umno? Apakah orang melayu boleh buat? kerosakan sudah jadi, hanya peminpin-peminpin itu kaya-raya, maju, berjaya, "merdaka", hidup gemilang dan nyanyi Negaraku dengan bangga.
Orang orang yang duduk di Malaysia ini semua belum merdeka lagi. Pergi British datang UMNO dan barua baruanya dari MCA dan MIC. Cara parti-parti ini beroperasi tidak ubah seperti kerajaan feudal yang ada pada zaman lampau. Semuanya hanya bertumpu kepada suku-sakat golongan pemerintah.
Begitu murah sekali maruah orang Malaysia, tak kira Melayu ke, Cina ke, India ke, Iban ke, Bajau ke, semuanya boleh dibeli dengan jalan raya berturap dan RM200 tiap kali menjelang pilihanraya.
Tidak, selagi orang Melayu mengharapkan UMNO, selagi itu mereka akan terus dipermainkan.
Memang benar. Sedang orang lain menyambut kemerdekaan ke-50, sejumlah tidak kurang dari 40 orang kakitangan Bank Simpanan Nasional termasuk saya sedang berduka kerana disingkir tanpa mendapat sebarang ganjaran. Saya yang telah berkhidmat selama lebih 30 tahun ditamatkan perkhidmatan dengan begitu biadap! Perdana Menteri yang juga adalah Menteri Kewangan I sepatutnya AMBIL TAHU apa yang sedang berlaku ke atas agensinya itu. Berikan masa sedikit terhadap krisis kewangan yang sedang melanda di bawah pentadbiran CEO bernama Tajuddin Attan yang dikatakan sedang memenuhkan temboloknya dengan harta benda yang dicari oleh kakitangan yang sedang bekerja bertungkus lumus sehingga terpaksa mengabaikan waktu makan dan solat bagi orang Islam itu. Jangan asyik lena diulit isteri barunya itu saja.
Ubahlah dulu sikap rasis Melayu kamu. sembahyanglah sebelum anda disembahyangkan..
betul betul bodoh..cina balik negara mereka ..india balik negara mereka..biar melayu je duduk di tanah ini kaya-raya, kan?
BODOH. inilah kamu semua..cakap kosong...minta bekerja respon kamu: relek dulu...pemalas. sekarang nak bercakap tentang hak. hak apa? Ada tak dalam kitab suci mu di tulis Melayu? Malaysia? Malaya? hak apa yang kamu bahaskan orang orang Islam? kamu seperti manusia lain di dunia ni tiada hak selain ia diarah Allah. jadi DIAM!
bodoh, malas. cuba sikit belajar kuat kuat jadi rakyat yang bernas...YANG TU TAK BOLEH BUAT. MAt Rempit semua. malu..tukar diri mu dulu sebelum nak menunjuk nunjuk belang. buat malu je. melayu ke ni? islam ke ni? semua nak kekayaan dunia..tak fikir langsung? kamu ni semua ingat apa? hidup di bumi cukup..setakat ini hidup kamu? dah mati tu pergi mana? bila kamu semua dah sampai neraka..kamu berbahaslah dengan syaitan. mintaklah hak melayu yang kamu semua ingin berkobar kobar sampai mati. bangsa Malaysia lain akan terus hidup dalam aman..dengan adat adat yg diwarisi. cukup malu lah kami dengan kamu. Kami orang Malaysia. kamu orang Melayu-sia. orang senget senget..cis
tak hilang melayu di dunia. itulah ungkapan keramat tok laksamana hang tuah. tetapi kata paklah kalau orang melayu nak murtad sesudah di kounseling biarkan.
hari ini bumi tok laksamana hang tuah dipenuhi babi.kemana arah melayu?kemana arah nak dibawa umno?
yang nampak umno nak bawak melayu masuk lubang biawak sama seperti orang yahudi dan nasrani.yang nampak umno nak hancurkan masadepan yang cemerlang gemilang terbilang anak anak generasi mendatang yang nampak umno nak bawak melayu kearah hilang identiti
tetapi la tahzan sesunguhnya masih ada harapan dan pilihan.tokguru nik aziz dan tokguru hj hadi masih ada untuk kita sandarkan harapan dan selamatkan maruah melayu.identiti melayu kekal teguh dengan islam.cuma sedihnya ada dikalangan melayu yang tak sedar diri enggan mengakuinya dan mengutuk tokguru tetapi ingatlah merekalah sebenarnya penyelamat kita.marilah samasama kita menyokongnya tanpa berbelah bagi
Post a Comment
<< Home