Gambaran baik politik Melayu?
Bukankah ini sesuatu yang baik untuk dilihat dalam politik Malaysia. Perbezaan fahaman politik tidak melunturkan nilai persaudaraan malah menyegarkan nilai – nilai kemanusiaan. Kita perlu dalam mencorakkan politik negara ini tidak membunuh nilai-nilai kemanusiaan.
Kita sepatutnya tidak mengetepikan kepentingan semua rakyat Malaysia sungguhpun terbit perbezaan politik. Kita tidak seharusnya menutup sekolah kerana perbezaan politik atau kecewa kerana kekalahan dalam pilihanraya.
Tidak seharusnya menyekat perkembangan dan pembangunan hanya kerana rakyatnya memilih fahaman politik berbeza. Kematangan politik seharusnya terbit dan politik emosional, membezakan kemanusiaan kerana fahaman tidak seharusnya ada. Bermula dengan ini, mungkin kita akan lebih selesa dalam mencorakkan perkembangan orang Melayu, politik Melayu, sosioekonomi orang Melayu.
Mungkin yang kita cari adalah kepimpinan bukan tuan dalam mentadbir Malaysia. Kita mencari pemimpin yang boleh menjadi juara mempertahankan orang Melayu. Kita mahu mereka memikirkan yang terbaik buat Malaysia dan bukan menjadi elitis pemilik, mempunyai kuasa politik dan mengaut hasil ekonomi buat diri.
Kita sepatutnya tidak mengetepikan kepentingan semua rakyat Malaysia sungguhpun terbit perbezaan politik. Kita tidak seharusnya menutup sekolah kerana perbezaan politik atau kecewa kerana kekalahan dalam pilihanraya.
Tidak seharusnya menyekat perkembangan dan pembangunan hanya kerana rakyatnya memilih fahaman politik berbeza. Kematangan politik seharusnya terbit dan politik emosional, membezakan kemanusiaan kerana fahaman tidak seharusnya ada. Bermula dengan ini, mungkin kita akan lebih selesa dalam mencorakkan perkembangan orang Melayu, politik Melayu, sosioekonomi orang Melayu.
Mungkin yang kita cari adalah kepimpinan bukan tuan dalam mentadbir Malaysia. Kita mencari pemimpin yang boleh menjadi juara mempertahankan orang Melayu. Kita mahu mereka memikirkan yang terbaik buat Malaysia dan bukan menjadi elitis pemilik, mempunyai kuasa politik dan mengaut hasil ekonomi buat diri.
Kita mahu orang Melayu tidak melukut di tepian gantang. Kita mahu kita adalah kita yang berjaya, menghormati kaum lain dan membentuk Malaysia yang adil lagi saksama. Fikirkan, apa kata anda mengenai gambaran ini?
6 Comments:
salam bro,
Dari mula Pak Lah menjadi PM, saya nampak paklah dan nik aziz begitu saling hormat menghormati. Dari perspektif politik, saya tidak dengar Pak Lah hentam Nik Aziz dan begitulah juga Nik Aziz.
Tetapi penyokong jahil Nik Aziz yang merosakkan nama Nik Aziz mengutuk Pak Lah dengan sekeras-keras hinaan sehinggakan Tok Guru ini tidak dapat berbuat apa-apa. Kesian orang tua ni.
Sejak Pak Lah naik jadi PM juga, Nik Aziz semacam sejuk berbanding di era Tun Mahathir. Kalau inilah petanda baik mengapa kita semua tidak mahu ikut.
Diharapkan puak ekstrimis Pas di kelantan ambil iktibar betapa Nik Aziz pada hari ini memberikan tanda bahawa apa yang dilakukan oleh kerajaan pusat di Kelantan adalah kebaikan, namun yang tidak baik adalah apabila manusia yang melaksanakan itu tidak dapat melaksanakannya dengan baik. Institusi kerajaan sekali gus dapat nama.
Samalah seperti Islam itu baik, tetapi apabila ulamak itu mahu mengekalkan pengaruhnya, maka dia akan lakukan sesuatu dan mencari hujah dan nas untuk menghalalkan apa yang dilakukanya. Sekali gus juga Islam dapat nama buruk.
Jadi kepada penyokong Islam yang ekstrim di Kelantan tu, tukar-tukarlah takbir kepada selawat banyak-banyak. Insya Allah sejuk sikit dan bila sejuk, dapatlah minda tu terbuka sikit.
Kalau nak lawan UMNO pun asasnya kena berfikir macamana nak kalahkan UMNO. Berfikir! Bukan mengutuk maki hamun. Orang marah tidak mampu berfikir yang cemerlang. sebaliknya nampak macam orang bodoh.
Salam dari jauh
KZ Ahmad
Kok org Ameno pun kena ikut la juga lah...jgn dok peringat kejar duit kejar projek.
Ingatlah keringat rakyat, ingat susah mereka,
Ini negara kaya org kita miskin. Nik Aziz dah cakap pun, kalau ameno itu betul, ikut landasan islam,dia bubar PAS
Salam Perjuangan,
Allah SWT telah menganugerahkan kekuasaan kepada kedua pemimpin Islam ini yg masing-masing mempunyai kelebihan. Allah SWT benci kepada perpecahan sesama Islam kerana perpecahan melemahkan Ummat yg akhirnya menyebabkan kehancuran Islam.
Kepada kedua pemimpin satukanlan perpecahan ini. Jika perpecahan ini kahirnya melemahkan Ummat dan merosakkan generasi akan datang hingga membawa kepada kemelaratan dan kehancuran anda berdua kan memikul tanggungjawab ini dan menjawab dihadapan Allah SWT diakhirat kelak...
Usahakan lah...
Renug-renungkan selamat berjuang
Tajuk tu sedap! tapi bodohnya melayu!. Dulu pemimpin gubal dan buat perlembagaan ikut kehendak Lord Reid. Tapi tak apa lah sebab melayu dulu tak fikir akan jadi begini.
Sekarang semua dah pandai, negara pun dah maju, pemikiran juga harus maju. maka Jadilah kemajuaan minda, kebendaan, dan bermacam macam kemajuan telah kita dapat...tapi jangan ingat melayu je yang dapat...semua kaum dapat. Isunya sekarang kebendaan inilah yang mendorong manusia memikirkan hal selain dari itu..iaitu KUASA.
Apa masalah mencabar perlembagaan? kita orang melayu pun langgar juga. perlembagaan itu manusia tulis, Loard Reid dan loard lord yang lain. Memang ada pemimpin kita tak setuju. Tapi apa kita buat selepas itu? Kita tak buat apa pun, kita pinda untuk beberapa perkara yang berlapis lapis dalam buntuk akta dan undang undang untuk sesuaikan pada keadaan semasa.
Majoriti diParlimen adalah orang melayu/islam. Pernah ke kita dengar ahli parlimen tu kemukakan cadangan untuk menulis semula perlembagaan negara kita yang dah 50 tahun itu? Pernah ke ada ahli parlimen kita bersungguh sungguh meneliti perlembagaan kita dan memberikan pandangan atau pindaan untuk kepentingan rakyat malaysia. Tak ada seorang pun...sebab apa? sebab mulut penuh air. Poket sentiasa ada isi..bila dok dengan menteri atau Perdana Menteri tak ada benda lain selain bagi persetujuan dan sokongan pada setiap kenyataan PM. Ini trend...kita mesti selari dengan PM dalam memberi pendapat dan pandangan...apa apa hal biar PM dulu cakap..lepas itu kita sokong dia walau pun dia salah. Siapa daripada ahli parlimen tu kata Islam hadhari tu salah cara berdepan depan dengan PM???? Sapa?...Sapa?..tak berani kata..sebab Presiden Amerika pun setuju....mana plak jadi salah..
Jadi PM Malaysia ni berat tanggungjawab sebab pelbagai bangsa dan ethnic. Hebat jadi PM Malaysia jika masalah perkauman ini dapat diatasi, 50 tahun kita berjaya! semua masalah jadi duri dalam daging. Simpannnn.....dan hari ini muka PM dicalarkan dengan tuntutan Hindraf. Malunya tidak terhingga seluruh dunia tahu dengan kebodohan menteri menjawab soalan daripada Al-jareeza.
kita ni jadi sensitif bila kita kena..kita mula cari mana kambing yang dihitamkan. Ahli Parlimen kita tak buat keje..bagitahu saya apa kerja mereka? Saya pergi keparlimen, kantin dan lobi je yang penuh. Dalam dewan kosong...tiada benda yang penting bagi ahli parlimen selain datang untuk memenuhi tuntutan elaun (Bukan Semua) tapi mejoritinya itu lah yang berlaku yang berlaku. Bila PM atau TPM datang keparlimen...semua masuk dewan takut nanti PM atau TPM tak nampak.
Bila balik kawasan jadi HERO pada rakyat (kononnya) mendabik dengan orang kampung dengan kereta besar dan muka masam. Semua projek kampung disusun...pegawai kerajaan bagi LO atau surat tawaran je pada mana mana kontraktor yang direkomen. Tengok orang macam tengok kera je. Lepas tu tunggu mana mana NGO ke, belia ke, Sekolah ke buat program dan bagi arahan mesti jemput dia berucap. Dia nak buat program yang menafaat takde. Semua dia rasmi orang nye sahaja, lepas tu pulak..berucap berjam jam...tak tentu hala...seronok sendiri je. GElihati saya melihat cicak mengkarung nak jadi naga ni.
Majoriti mereka ini kebetulan ahli UMNO. Bila musim pemilihan bahagian datang, mereka memulakan agenda baru, iaitu menabur duit untuk kekal dalam bahagian sebagai ketua atau nak jadi ketua.
Mampus UMNO tau tak!!!dapat memimpin yang macam ni, satu alam dilaknat ALLAH bila orang macam ni dipilih ...rasuah...na'uzubilla.. saya tidak mendakwa tanpa bukti...kalau UMNO tu tidak korup...apasal ISA SAMAD sampai kene buang? kerana apa? kerana politik wang, sebab ape? SEBAB RASUAH..satu dunia tahu!... saya berani mengatakan semua perwakilan G7 tu adalah penerima rasuah dari ISA SAMAD tadi, mereka ini berlumba lumba dan sanggup berbelanja untuk menjadi wakil G7 masa pemilihan UMNO pusat, semua nak DUIT dan sanggup memberi undi dengan tawaran an ganjaran yang tinggi, pencacai pun dapat duit gak. Rata rata pemimpin yang bertanding MKT..kenapa ISA SAMAD je yang kena? Ali Rostam tak bagi ke? Muhyiddin tak bagi ke? Rafidah tak bagi ke? dan semua tu lah...JAdi lahirnya pemimpin Melayu/UMNO semuanya daripada kelompok rasuah dan politik wang...semua rakyat tahu...tapi rakyat pilih jugak orang orang ini dengan harapan mereka bertaubat.
BAgi saya Pemimpin yang ada sekarang daripada PM/Presiden sampai semua MKT dan semua ketua ketua bahagian tu patut dibakul sampahkan. kerana rakyat malaysia telah salah memilih dan menegakan kerajaan yang HARAM disisi ISLAM.
Kerana apa? kerana mereka adalah paksi yang menjana rasuah didalam pemerintahan...sekarang apa nak yang kita nak bela? dan apa mereka nak bela melayu? TOLONG BAGI TAHU SAYA...saya tak nak sentuh hal hindraf, hal hindraf kalau bagi saya kecik je...kalau saya ada kuasa kejap je saya selesaikan.
Tapi sebab kita dapat pemimpin yang pening, maka yang lain2 pun ikut pening....KITA jangan bincang hal hindraf ini la...lantak la dia nak tuntut apa pun...Yang kita hendak apa penyelesaian MELAYU itu sendiri...
Saya berani katakan hari ini semua pemimpin melayu yang ada sudah tidak layak memimpin, jika saya pandang sebelah pada parti pembangkang sama je macam cicak mengkarung kecuali NIK AZIZ. Kenapa....????? sebab saya baca dan lihat kenyataan mereka dalam semua media..Pemerintah kita melayu, pembangkang pun melayu...
Mari amati kenyataan saya...Pemimpin kita cakap ada dua muka...sama gak macam pembangkang...mereka bila berhadapan dengan orang melayu bercakap pasal melayu dan hak hak melayu yang kononnya dia bela dan perjuangkan...bila depan kaum lain tentulah cakap lain..cakap kemajuan semua..keharmonian, senang berniagaan, negara aman untuk semua bangsa yang majmuk...di satu pihak lain, cakap pasal ISLAM yang diterangkan pada ORANG MELAYU/ISLAM..dan berterusan menyampaikan dakwah PADA ORANG ISLAM..(ORANG MELAYU ISLAM NI TAK RETI AGAMA KE?) yang didakwah dakwah...tapi bila berhadan dengan kaum lain cakap pasal kesamarataan, cakap keadilan bagi semua kaum, bejuang nak hapuskan tol, nak hapus semua kalau boleh yang mana menyusahkan rakyat lah... katakan apa je, bila dapat memerintah nanti akan dilaksanakan ...tapi adakah mereka berdakwah dengan orang bukan ISLAM, adakah mereka memberitahu bagaimana corak pemerintahan ISLAM? mereka ni kalau dapat microfon melaung dia belasah semua kepimpinan yang memerintah...sebab korup nya, bodohnya, tol naik, barang naik, ekonomi merudum, dan macam macam...dan semua dakwaan ni betul..tapi jangan cakap lain pada melayu dan cakap lain pada bukan melayu...beritahu yang bukan melayu/islam ini apa yang mereka tak tau...ia itu KESYUMULAN ISLAM dalam pemerintah. Tunjukan dan tonjolkan IDOLA pemerintahan yang agung, cetak dan edar dalam pelbagai bahasa, bagaimana cara Islam memerintah, bagaimana keadilan itu ditegakan..
Terang terangan saya kata bahawa pemimpin yang ada sekarang tidak bertakarub pada ALLAH, dia jumpa ALLAH waktu dia solat je...itu pun bila ditanya solat tu allah terima ke? pasti dia tak tau! sebab dia tak baca kitab, lepas itu dia sibuk fikir bagaiman nak susun ayat POWER bagi perdaya rakyat agar kagum dengan nya.
Wahai ABDULLAH AHMAD BADAWI ketahui oleh kamu bahawa segala macam kecelakaan yang sedang menimpa dan pasti akan menimpa ini adalah di sebabkan oleh OLAH kamu, kerana kamu telah mencela ISLAM dengan hadhari yang kamu bawa. Kamu dikelilingi oleh orang orang bukan HAK dan semua kepimpinan UMNO/BN sedang menghadapi malapetaka dari ALLAH. Dan setiap kecelakaan yang ALLAH berikan akan mendatang secara JAMAK dan akhirnya BALA pasti datang kepada semua rakyat MALAYSIA. ingatlah dan luangkan waktu malam kamu denga bertanya kepada ALLAH jangan lah disibukkan sangat hak dunia yang pasti hancur ini. Berdamping lah pada ALLAH kerana bagi kamu ALLAH adalah segala galanya, kerana ALLAH tidak pernah gagal seperti KAMU.
Wasallam, jumpa lain waktu
ala nama pun politik...walaupun paklah tak pernah hentam nik aziz tapi zaman pemerintahan paklah paling teruk
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.
Melayu BERSATU? di alaf 21 ni pun masih berfikiran seperti zaman Dato' Onn jaafar. 50 tahun merdeka pun masih bersifat perkauman.
Aku orang Melayu tapi aku tak setuju ungkapan satukan melayu. Ungkapan yang paling baik pada aku ISLAM BERSATU.
Nabi Muhammad S.A.W. pun tak pernah ungkapkan ARAB BERSATU.
Apa yang di bawanya nya untuk umat nya tak pilih kaum, bangsa warna kulit.
Renung-renungkanlah .
Post a Comment
<< Home