Thursday, October 04, 2007

MELAYU, hilang ketuanan kini bertuan


Kita bukan lagi Melayu. Kita sudah hilang maruah sebagai Melayu dan kita tidak lagi peduli erti Melayu. Melayu bukan satu identiti Malaysia lagi. Kini menyebut Melayu adalah sebagai Bangsa Malaysia sama seperti kaum lain di Malaysia seperti India dan Cina. Apa yang ada pada Melayu mungkin hanya tersorok dalam lipatan sejarah. Melayu dahulu dan Melayu sekarang sudah berubah. Kepimpinan Melayu sudah tidak lagi ada jiwa kemelayuan kerana matlamat sudah berubah.

Melayu mahu mengejar kemajuan. Melayu mahu diri mereka disaluti dengan kemodenan dan mementingkan pengejaran kuasa untuk dijual bagi mendapatkan wang dan wang itu kemudiannya untuk membeli kuasa kembali. Itu definisi Melayu sekarang - bangsa yang mahukan kuasa dan kuasa untuk melunaskan selera mereka setiap hari. Melayu tidak ada lagi dalam siri kejayaan selain satu bangsa yang menjadi bahan lawak dan ketawa bangsa – bangsa lain Malaysia.

Anehnya Melayu itu tetap menjadi inti perjuangan. Memperjuangkan isu Melayu, membicarakan ketinggalan Melayu dan penuh strategi untuk kononnya meningkatkan Melayu dari segi ekonomi. Perjuangan adalah untuk Melayu untuk Bangsa Melayu tetapi Melayu keseluruhan masih di tahap yang sama, tidak berubah dan relatifnya ketinggalan. Pengukuran kejayaan Melayu hanya pada standard lampau tetapi tidak dalam keadaan sekarang. Perbandingan sering dibuat dengan kayu ukur yang membolehkan Melayu melihat kejayaan Melayu yang palsu dan penuh di tipu. Ini untuk membolehkan Melayu terus menyokong tetapi akhirnya Melayu itu terpedaya dengan statistik palsu yang menunjukkan kejayaan. Garis ukur itu hanya menunjukkan kejayaan Melayu tertentu, Melayu yang punyai kuasa tetapi menggadai kuasa itu untuk kepentingan diri.

Bukankah ini satu kebenaran. Kalau benar Melayu itu sudah tidak ada lagi apa relevannya UMNO dalam perjuangan politik orang Melayu? Kalau UMNO sendiri sudah menterjemah penggunaan Barisan Nasional dan Bangsa Malaysia apa guna mereka dalam mempertahankan semangat Melayu. Apa guna ketuanan Melayu dan apa guna bumiputera dalam definisi keistimewaan hak. Kalau benar Melayu tidak mahu lagi jadi Melayu mungkin perjuangan DAP lebih sempurna dengan falsafah Malaysian Malaysia. Ini mungkin menyebabkan mereka lebih relevan dari MCA, satu komponen parti yang kerap berselindung di sebalik kain UMNO.

Melayu kecundang kerana UMNO?

Sudah sampai masanya kita bertanya, siapa yang keliru. Adakah kita masih lagi Melayu? Apa dia Melayu dan apa guna jadi Melayu? Adakah Melayu itu hanya zahir kerana adat, itu pun sudah mula kegersangan atau Melayu itu pada nama tanpa maruah. Siapa yang jadi petualang dan siapa pula bakal mewarisi kepimpinan pendekar yang sanggup menggadai nyawa atas perjuangan Hidup Melayu?

Bila kita menjerit membicarakan tentang hak keistimewaan orang Melayu ada yang mengatakan itu adalah agenda lapuk yang diterajui oleh UMNO? Itu adalah tindakan rasis dan UMNO adalah parti yang mengamalkan demarkasi kaum dalam sistem politik. Ini suara – suara ramai termasuk Melayu itu sendiri. Mereka turut mengatakan ada keperluan untuk membasmi ketuanan Melayu dan membuka Malaysia keseluruhan kepada semua tanpa mengira hak keistimewaan. Mungkin ada keperluan itu dilakukan kerana Melayu sudah tidak ada lagi di Malaysia. Kita bukan lagi hilang ketuanan Melayu tetapi kita kini sudah bertuan. Yang ada di Malaysia adalah Bangsa Malaysia dan Bangsa ini akan jadi Bangsa carca marba yang tidak tentu hal adat dan kebudayaannya dan Melayu yang kini sudah bertuan maka semakin hari semakin merapatkan kita pada kehambaan dan itu adalah Melayu.

UMNO – puncanya? Kepimpinan UMNO penerajunya? Adakah pimpinan sebegini yang menjadi dalang menjual kuasa untuk kekayaan dan menggunakan wang ringgit ini untuk mengaburi Melayu lalu menyerahkan amanah kuasa kembali kepada mereka untuk mereka terus menjual kuasa untuk kepentingan diri.

Dan adakah ini sebenarnya yang membunuh tamadun bangsa Melayu itu?

Kedudukan kini sudah banyak berubah. Melayu akan menjadi satu artifak sejarah dengan patung – patung berbaju Melayu lambang peraih dan penjual bangsa. Gambar songkok yang menjadi simbol kemelayuan tetapi sibuk bercinta dengan kapitalis untuk menyegerakan kemasukan wang ke bank tanda sempurna transaksi penjual bangsa.

Hari ini semua seakan kabur. Ketuanan kita hilang dan kita sudah ada tuan yang akan menentukan siapa kita , apa nasib kita dan hidup di bawah telunjuk kekuatan ekonomi kaum lain. Antara tuan dan kita adalah mereka yang masih lagi menjadi broker kuasa, mengaut amanah dari Melayu dan membenarkan jiwa dan lara kita sebagai bangsa bermaruah kini tinggal pada nama sahaja.

Akhirnya kita lantik dan terus melantik, mencalit kertas-kertas amanah kuasa tanpa melihat broker yang sudah sedia menjadi agen menjual kuasa untuk kepentingan peribadi.

Dan Melayu masih di situ, memegang timba, lari tidak berganjak pun tidak, yang kaya semakin sempurna dan yang tidak jadi korban kejayaan segelintir Melayu yang ada adalah Melayu itu sendiri. Malang Pak Kadok malang
lagi kita yang membenarkan ini berlaku.

12 Comments:

Anonymous Anonymous said...

tuan bagi org Melayu siapa lagi kalau bukan Cina yang telah mempunyai banyak hak dalam negara kita ini. Melayu dipimpin oleh keldai - keldai yang ada lalu menyebabkan melayu itu hanya layak jadi gembala aje.

Isu babi pun kita tak leh handle ini plak isu negara. Dahlah tu Umno, cukuplah

11:57 PM  
Anonymous Anonymous said...

Siapa yang jadi petualang dan siapa pula bakal mewarisi kepimpinan pendekar yang sanggup menggadai nyawa atas perjuangan Hidup Melayu.

Kita bukan lagi hilang ketuanan Melayu tetapi kita kini sudah bertuan.

Yang ada di Malaysia adalah Bangsa Malaysia dan Bangsa ini akan jadi Bangsa carca marba yang tidak tentu hal adat dan kebudayaannya dan Melayu yang kini sudah bertuan maka semakin hari semakin merapatkan kita pada kehambaan dan itu adalah Melayu.

Dan adakah ini sebenarnya yang membunuh tamadun bangsa Melayu itu?
apa nasib kita dan hidup di bawah telunjuk kekuatan ekonomi kaum lain.

Malu!! Memang malu kalau nak panggil Melayu kawan. Bodoh!
Apa tamadun sebenar kamu? Apa yang kamu bergaduh sangat untuk? Macam budak kecil, memang budak kecil!
Apa yang kamu ingat sangat ? Cina berkomplot untuk menakluki Maalysia? India berkomplot untuk takluk? Yang lain hanya cuba untuk hidup dalam rang undang undang yang diwajibkan oleh MELAYU. Kamu sendiri yang nak ini sangat. sekarang tak nak. Pendekar apa kamu ni semua? ini bukan 1707! BODOH!
GLOBALISASI. kamu boleh fikir ke? tulis tu pandai..but for what?
SELFISH. AKU AKU AKU. that's all. Pernah tak kamu fikir Melayu ni datang dari mana? tanah ini mula mula dijajah oleh siapa? tak. kamu semua ingat Allah sendiri letak kamu semua disini. one day tak day one day ada..ingat ni apa? advertisement chipsmore ke? Kamu ke yang bina bangunan? kamu ke yang toreh getah? apa yang kamu buat sangat sampai perlu mempertikaikan asal usul negara ini. Akan hilang ke adat negara ini kalau semua orang diberi peluang yang sama? BODOH. hanya orang MELAYU yang hilang adat. Kalau dah kaya, semua di buat. orang Melayu yang miskin memang tak boleh di nafikan orang baik baik. berkerjasama...bila dah kaya jer tiba tiba senget..xenophobia..racist..time itulah..semangat melayu this melayu that melayu..macamlah darah kamu ni semua tulen. apa maksudnya semua? kalau nak perjuangkan Islam..perjuangkanlah. TAPI MELAYU bukan =ISLAM. malah hanyan segilintir melayu yang boleh saya kata betul betul Islam..time-time Tan Sri P.Ramlee tu..adakah orang orang extremis macam kamu? bukankah masa itu kami semua hidup aman..gembira? bersama?
Cukuplah dengan derhaka kamu..buat malu saja. malu.

11:48 AM  
Anonymous Anonymous said...

ASSALAAMU-ALAIKUM-WARAHMATULLAH
Wahai saudara ku.....
Cina + India = Melayu {Fakta Sebenar} Dari sejarah Langkasuka atau Parmisuara pilih sendiri.Orang Indonesia ke atau Thailand, Dari Vietnam hingga ke Philipine. Fakta Cina + India + Asli Nigrito + Belanda + Potugese + Arab dll. Tapi yang paling banyak adalah DNA Cina dan India.
Sejarah tidak boleh di putar walaupun kedatangan Islam banyak memusnahkan sejarah silam tapi hakikatnya keturunan tetap keturunan. Agama tidak dapat menukar keturunan seseorang. Sejarah orang Malayu tak kira dari mana pelusuk dunia hanya wujup kurang dari 1800 tahun kerana Langkasuka adalah tamadun moyang malayu yang mula. Saya tidak mahu jadi guru sejarah di sini tetapi selepas baca blog ini saya rasa orang Melayu perlu maju dengan megikut kata kata Nabi S.A.W. Belarjalah ilmu sampai ke negeri Cina. Jangan cuba berpolitik disini seperti Wira bangsa tapi hanya gara gara PROPAGANDA untuk Parti yang bayar kamu.Cara Cara ucapan yang dengan sengaja hendak menimbulkan pertelagahan kaum. Moyang saya adalah Islam di wilayah Sinjang Hunan Cina yang datang ke negeri Patani (Kedah)1200 tahun dahulu. Moyang kami adalah campuran Arab Cina yang menjelaja benua melalui jalanan sutera sebelum Marco Polo.Walaupun kami berada di sini lebih lama dari kebanyakan orang yang megaku melayu kami tetap bukan berstatus bumiputra. Semua kerana nama orang Sinjang Cina berbentuk Cina dan bukan India atau lain lain. Pendatang kemudian yang gelar diri Melayu itu berpropaganda dengan mengunakan Islam sebagai alat untuk menukar semua keturunan kepada melayu dan jual moyang mereka.Semua hanya untuk kuasa dan harta alam fana. Sedarlah wahai saudara insan ku yang dari Adam A.S. lah keturunan kita semua. Janganlah cuba membahagikan sesama manusia bagaikan firaun. Walaikum Salam.

1:33 PM  
Blogger Zack Curry said...

Saya masih kabur dengan tulisan saudara. Pada saya melayu akan jadi melayu jikalau melayu itu berpegang pada Islam dengan sebenar-benarnya. Saya sendiri mengenali bangsa melayu melalui Islam dan mengenali Islam melalui bangsa melayu. Cintakan akhirat, insyaAllah martabat bangsa melayu akan tinggi.

12:32 AM  
Anonymous Anonymous said...

Melayu kena beli dengan wang..macam tu la melayu nak maju. ish ish sungguh tak sangka.

1:28 AM  
Anonymous Anonymous said...

Politik (Utusan Malaysia)

Gabungan mesti dapat sokongan
PEKAN 6 Okt. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, cadangan supaya 14 parti komponen Barisan Nasional (BN) bergabung sebagai satu parti memerlukan sokongan padu anggota sebelum satu cadangan formal dipertimbangkan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, cadangan itu merupakan satu perubahan yang besar dan ia bergantung kepada anggota parti komponen bagi menerima perubahan itu.

___________________________________

apakah dasar UMNO selepas ini jika penggabungan parti2 komponen menjadi 1 parti BN sahaja?
apakah pronsip dan pendirian umno sudah berubah? adakah masih relevan dengan isu ketuanan melayu?

4:16 AM  
Anonymous Anonymous said...

meh join PKR n PAS, kita bawa perubahan keseluruhan bukan setakan UMNO-reform sahaja! perkuatkan BArisan ALternatif, jika BN mengamalkan sistem 1 parti.

4:19 AM  
Anonymous Anonymous said...

Saya cadangkan saudara pergi jumpa dokter sakit jiwa.

10:53 AM  
Anonymous Anonymous said...

Saudara sekelian,

Rasanya ramai yg bersetuju bahawa ketuanan Melayu kini bertuan. Melayu terutama para pemimpin lebih bertuankan RM malah tidak salah kalau saya katakan bertuhankan RM.

Kalau setakat menghunus keris di persidangan, budak kecil pun lagi hebat dengan menghunus senjata spt Power Rangers atau Ultraman. Org dah tak layan keris yg maybe made in china plak tu...

Memang tidak dapat dinafikan bahawa Melayu terdiri daripada golongan yg sangat pandai hingga ramai yang mendapat Phd. (Pingat Hasad Dengki). Itulah satu-satunya yg Melayu tahu buat.

Dalam zaman peralihan di mana wang boleh membeli segalanya, ternyata harga maruah kaum melayu adalah yang sangat rendah. Bangsa lain tu lantak ler.

Bayangkan dengan RM200 boleh menyebabkan Dr. M kalah wakil 7 selepas sekian lama memimpin bahagian tersebut.

Dah le tak pandai dlm dunia perniagaan, kerja dlm perkhidmatan awam pun malas, tapi nak kaya cepat.

Akibatnya sanggup bertuan dan bertuhankan RM, gadai habis segala maruah dan tak mustahil anak bini pun dia gadai kerana ketuanan Melayu kini dah bertuan.

-org tanjung-

3:08 PM  
Anonymous Anonymous said...

sebagai orang cina, kami tak kisah melayu jadi ketua kat malaysia, cuma kami nak dilayan dengan adil.
tanya lah kawan2 cina, adakah cina dilayan dengan adil? (secara keseluruhan. uncle lim dan vincent tan bukan bapa saya)

1:52 PM  
Blogger Hasrul Halid said...

Andai langkah membekas lara,
Andai kata merangkai dusta,
Andai tingkah menoreh luka,
Izinkan saya bersimpuh-sila,
Menghulur tangan di bulan mulia..
Selamat hari raya Aidilfitri
~Hasrul Halid~

9:50 AM  
Anonymous Anonymous said...

Sdr Anuar yang dihormati,

Jangan hairanlah sekiranya tidak lama lagi Melayu akan berasa malu dikenal sebagai Melayu.

Siapa kata Melayu tidak akan hilang di dunia?

Petanda-petanda ke arah itu jelas kelihatan, dan kemungkinan kejayaan ianya akan berlaku "cerah" terserlah kepada mereka yang dapat melihat bola kaca masa hadapan.

Biarkan.... biarkan.... biarkan... Si Luncai terjun dengan labu-labunya!

Wahayu Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 120, bahawa: "Yahudi dan (kuncu-kuncunya) tidak akan senang selagi kita tidak mengikut cara hidup mereka" akan menjadi kenyataan.

Sia-sialah datuk nenek kita berjuang untuk memerdekan anak cucunya.

Nampaknya kemerdekaan yang berjaya dapat dilakukan mereka hanyalah setakat dan secara fisikal, secara jasmani; tetapi gagal melakukannya secara total, rohani dan mental.

Mereka masih terus dibelanggu kekalutan dan ketandusan pemikiran klas pertama sepertimana yang diharapkan oleh datuk nenek mereka itu.

Nampaknya, mereka tetap selesa duduk di bawah ketiak penjajah bentuk baru dan tidak mampu menjadi manusia yang sebanar-benarnya "bebas, merdeka" daripada segala-galanya, dalam ertikata sebenar-benarnya perkataan tersebut.

Pendidikan Barat terus bermaharajalela menghantui dan membelanggu hidup dan cara hidup mereka, tanpa disedari.

Nampaknya juga mereka kurang berusaha mencari jalan cuba
melepaskan diri dari rantai dan kepompong kekuasaan mental ajaran-ajaran "sesat" mantan pejajah mereka.

Apa nak jadi dengan Si Melayu ni? Terus LAYU? Terus "lari"?

mansal damha

1:57 AM  

Post a Comment

<< Home