Sunday, April 20, 2008

Pertahankan hak Melayu – Ketuanan Melayu



Hari ini terma baru lahir – Ketuanan Rakyat dan Ketuanan Rakyat ini tidak sepatutnya dan tidak boleh menggantikan Ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu perlu dipertahankan. Salahudin Ayub dari Dewan Pemuda PAS dan Azmin Ali bersetuju secara dasar untuk berbincang mengenai isu mempertahankan hak orang Melayu dengan UMNO.

Justeru itu apakah sebenarnya agenda permuafakatan tersebut? Adakah ini tidak akan menimbulkan kemarahan dari kaum-kaum lain? Kenapa kita tidak boleh bercerita mengenai mempertahankan hak Melayu yang semakin masa semakin terkikis. Adakah tidak benar Melayu dalam Bahaya?

Sememangnya ada kelihatan keuzuran Melayu biarpun di tanah air sendiri. Melayu perlu mempertahankan hak baik dari segi ekonomi mahupun politik. Pertahanan hak ini perlu agar Melayu, bukan menjadi tuan di negara ini tetapi mempunyai kekukuhan kedudukan . Hari ini bukan sahaja ketirisan malah apa yang di genggam baik kuasa politik mahupun ekonomi kini dipegang oleh kaum lain. Pegangan inilah yang pernah kita rujuk sebagai Melayu Dalam Bahaya dan pegangan ini secara kolektif terhakis memungkinkan Ketuanan Cina melampaui Ketuanan Melayu.

Adakah kenyataan itu salah? Adakah kenyataan itu melampau? Takutkan kita pada kenyataan sebenarnya mengenai ketuanan bangsa lain melampaui bangsa kita? Bukankah telah disebarkan statistik mengenai pendapatan purata orang Melayu jatuh di tempat tercorot berbanding dengan Cina dan India. Itu belum dikira pula kemiskinan tegar di kalangan orang Melayu yang melangkau melebihi kaum lain di Malaysia.




Bukankah kita patut akui bahawa sekiranya keadaan ini berlarutan dan terdapat kepincangan dalam sosiopolitik dan ekonomi negara ini maka kemungkinan-kemungkinan kegusaran antara kaum akan berlaku? Ini adalah fakta berhemah yang pernah di ulas dan mempunyai jelas kebenarannya.

Hari ini kita pula disergah dengan pemilikan bangunan di Malaysia yang kebanyakannya adalah milik kaum lain. Adakah kita masih mahu berselimut untuk tidak menyakitkan hati sesiapa lalu diam membiarkan perkara ini berlaku. Ini adalah “survival” bangsa dan ini hakikat yang memerlukan kita untuk mempertahankan hak agar – BUMI DIPIJAK BUKAN MILIK ORANG.

Ketuanan Rakyat anjuran sesetengah pihak adalah kenyataan politik menjual hak Melayu. Tindakan mahu juga membicarakan ketuanan, terlampau angkuh mahukan kuasa maka ketuanan rakyat dilemparkan untuk mengelirukan sedangkan isu ketuanan rakyat ini bukan satu isu pokok kerana itu adalah asas prinsip demokrasi. Ketuanan Melayu adalah persoalan hak, persoalan kedudukan orang Melayu dan persoalan pembelaan kemiskinan dan ketinggalan orang Melayu. Ini adalah perbicaraan terbuka dengan menilai kedudukan orang Melayu. Ini persoalan bangsa dan bukan persoalan ideologi politik.

Persoalan tersebut tidak memerlukan lagi sinopsis siapa bersalah kerana kesalahan itu melibatkan semua, kepimpinan Melayu dan orang Melayu itu sendiri. Kesalahan ini sudah cukup diketahui dan kemungkinan klimaks kesalahan orang Melayu hari ini adalah ketirisan kuasa yang dipegang.

Hari ini akan terjadi satu petunjuk baru mengenai ketirisan kuasa kerana ketirisan kuasa ini menambah lagi satu lagi bentuk kekurangan untuk orang Melayu. Penghakisan ini amat membimbangkan. Persoalan kesamarataan yang dituntut sebenarnya menghakis hak yang ada. Menuntut ketuanan rakyat kononnya untuk menunjukkan liberalis yang ada sebenarnya mempunyai matlamat tersendiri yang tidak menguntungkan bangsa. Ini perlu di sedarkan agar kita tidak terikut dengan konsep kesamarataan sebagai satu keadilan. Kita perlu menilai di mana Melayu berada dan apa sebenarnya yang perlu dipertahankan sebagai hak Melayu. Kontrak sosial adalah kontrak sepanjang hayat yang perlu kita tegaskan dengan penjelasan konkrit. Isu ketidakadilan tidak timbul dan isu diskriminasi juga tidak timbul dalam kita melalui perkembangan bangsa khususnya dalam soal-soal kebajikan dan pendidikan. Pegagan ekonomi oleh kaum lain menunjukkan diskriminasi yang di katakan wujud hanya satu kesimpulan politik.




Ketuanan Rakyat adalah satu justifikasi palsu yang sebenar berhasrat untuk membawa politik idealisme Pakatan Rakyat di terima secara total oleh kaum lain sementara bertindak untuk kekal memecahbelahkan Melayu untuk tujuan memperoleh kuasa. Tindakan ini amat merugikan dan perlu kita sedarkan. Tuduhan berterusan mengenai “salah siapa” tidak seharusnya berpanjangan tetapi memperkasakan rakyat untuk memilih dan memahami perlu dilaksanakan. Tindakan menjual-bangsa untuk kuasa adalah sat pengkhianatan. Ini perlu kita tolak dan sekali lagi penjelasan mereka adalah perlu.

UMNO pada am juga telah melakukan kesalahan. Kesilapan dan sikap prioriti yang salah adalah punca-punca UMNO berada di mana ia berada sekarang ini. Menjaga kepentingan sekelompok tertentu menjadikan kredibiliti UMNO tergugat dan unsur-unsur kompromi melampau untuk memegang kepimpinan dalam UMNO melukakan UMNO dari aspek demokrasi. Ini adalah punca pengasingan Melayu baru terhadap UMNO tetapi kewujudan UMNO sebagai simbol kekuatan Melayu perlu ada sungguhpun sudah terhakis.






UMNO memang perlu berubah dan perubahan itu tidak akan menarik legasi lama untuk singgah semula dalam masa terdekat. Banyak usaha perlu diambil khususnya untuk menaturalisasikan konon-konon kepentingan meninggalkan ketuanan Melayu dan mendukung Ketuanan Rakyat. Soalan Melayu perlu ditangani dan soal meningkatkan martabat Melayu perlu menjadi prioriti semua Melayu.

Kita perlu pegang perjuangan Ketuanan Melayu – memperjuangkan hak dan mempertahankan apa yang ada dan menuntut apa yang tiris kembali. Apa salah perjuangan ini?

55 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum;

"Bumi Dipijak Milik Orang" -menarik bunyinya bila diungkapkan; tersirap darah membuak semangat utk menghunuskan keris pesaka berbekalkan semangat Datuk MaharajaLela,Mat Kilau dan Tok Janggut seangkatannya; bagaimana mungkin ini terjadi di bumi bertuah Tanah Melayu ini. Tercari cari dimanakah silap bangsa warisan nenek moyangku ini yg meninggalkan tanah air ini utk anak cucu mereka. Hentikan dulu pertarungan ; simpanlah keris pusaka itu dulu,ikut petua hulubalang melayu lama; gunakan akal bukan tenaga dan insafilah diri sendiri cari & cari dimanakah silapnya.

Salah silap selalu terhidang di depan mata; dek kerana DiBUTAkan ILMU, diajarkan TAMAK HALOBA, di TANAM HASAD DENGKI, didengarkan ALUNAN MENDAYU syurga DUNIAWI dan SIKAP KHIANAT TAK TERPERI maka anak cucu melayu hari ini ibarat melukut ditepi gantang. Hidup kebanyakkan mengharap belas ikhsan kadangkala DIHERDIK kerana tak habis habis nak mintak bantuan. Cukuplah & percayalah kalau mereka pahlawan melayu itu masih hidup NESCAYA kita inilah yg akan ditusuk keris bukan kepalang.

Mungkin dan bersyukur kepada Allah yang masihkan tinggalkan sedikit kuasa pada umat melayu kita pada hari ini; anggaplah ini satu pengajaran sebagaimana diturunkan Tsunami UNTUK KITA BELAJAR bermuhasabah..ingat allah dan pegangan kita.Ini cuma satu ujian yg mudah dariNya..kembali ke pangkal jalan..itu penyelesainnya.

Mengapa perlu diporak-perandakan lagi keadaan salahkan parti itu ini; tengok DIRI SENDIRI, KELUARGA SENDIRI dan SAUDARA SENDIRI. Diperincikan seperti berikut;

1. HAK MENGUNDI-adakah kita mengambil serius perkara ini atas kita, anak2 kita & saudara kita; Tak Kira nak pangkah ape..tapi sudahkah kita mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan & mendidik serta MEWARISKAN perkara ini. Kalau ini gagal X PAYAHLAH nak cakap pasal ketuanan melayu.Cuba tanya bangsa lain..

2. JUAL UNDI-ini adalah maruah org2 melayu. Jgn Marah..percayalah ini memang realiti..HAK BANGSA MELAYU boleh dijual beli. Adakah kita telah berpesan2 kepada kita sendiri dan waris2 bahawa ini adalah maruah org melayu.sekali lagi ditekankan pendidikan dan ilmu sekali lg memainkan peranan disini iaitu keupayaan berfikir.Sesungguhya benarlah tafsiran Surah Al Asr itu.

3. PENGKHIANAT BANGSA-Siapa dia? Bangsa Ape? Siapa yg menajui kerajaan selama ini? Ape mereka Buat utk agama bangsa & negara? Macamana mereka boley kaya raya sedangkan kita miskin dan sederhana semata2..hak siapa digunapakai itu..ITU YG PATUT KITA TANYE..bila dah susah macamni dibuak buakan ketuanan melayu..PATUTKAH? Perasuah masih terbela;Pembela masih dilaga2kan.Tanya bangsa lain tengok di kata ape..LU MAU JUAL GUA BELILAH..

4. PERKARA ILMU- ini perkara yg datang secara formal dan tidak formal. Sesungguhnya inilah perkara yg akan menjamin KETUANAN MELAYU ini..Ape pemimpin melayu buat, berita disekat2,majlis ilmu ditapis2 HIBURAN DIPERBANYAKAN, bangsa siapa yg jadi lalai, rempit , dadah, zina, arak..memnangis kerana AF,OIM dan tah ape 2 lg bkn sebab yg membawa kepada warisan ketuanan melayu. Macamana nak ade jati diri ..aku ingat kayu jati tu lg bagus sebab boleh buat duit.

aku ingat cukuplah sampai sini dulu..nak semayang maghrib..insyallah semoga mendapat ilmu sedikit dari tulisan ini .

Salam

7:32 PM  
Blogger mymoksha said...

Mengapa perkara ini dibangkitkan sekarang? Selepas pilihan raya yg menyaksikan UMNO/Bn mengalami kekalahan dari undi rakyat. Isu ini di bangkitkan oleh Pemuda UMNO kononya mahu mengajak PAs dan PKr berbincang isu2 ketuanan Melayu selepas pilihan raya umum yg lepas. Mengapa tidak sebelum pilihan raya? Jika ditakdirkan Allah swt UMNO tidak hilang 5+1 buah negeri dan mendapat majoriti 2/3 di Parlimen adakah suadara yakin UMNO akan mengajak PAs dan PKr utk berbincang hal2 ketuanan Melayu?

Jangalah kita terlalu asyik dgn paulan gendang dan tari menari pemimpin UMNo yg sengaja menimbulkan isu murahan utk menarik kembali sokongan rakyat terutama Melayu kembali menyokong mereka. Isu ini sengaja ditimbulkan tatkala sokongan org2 Melayu terhadap UMNO semakin terhakis.

Fakta2 yg saudara paparkan memanglah sesuatu yg menyedihkan. Saya setuju bahawa org2 Melayu semakin terpinggir dan ketinggalan dr pelbagai aspek. Namun, siapakah yg perlu bertanggungjawab sepenuhnya dlm hal ini. Melayu telah diasak kiri dan kanan kerana pemimpin2 UMNO terlalu memetingkan survival politik mereka. Diadakan DEB utk menyelamatkan org2 Melayu dlm aspek ekonomi tetapi siapa pula yg menyalahgunakan DEB utk kepentingan poltik, bukankah UMNO? Sedih memang la sedih tp saya merasakan isu ini perlu diselesaikan dahulu dgn UMNo merombak segala dasar, idealogi dan pendekatan politik mereka kalau mahu diubah segalanya.

Permuafakatan antara UMNO, PAS dan PKr perlu ttp bukanlah UMNO yg menjadi tunjang kpd permuafakatan ini. Zaman UMNO menjadi 'kepala' politik kpd org Melayu sudah berakhir. Tatkala org2 Melayu memberi sokongan pd mereka, mereka khianati amanah yg dipertanggungjawabkan. Mereka kenyangkan perut mereka, saudara mara mereka dan rakan2 politik mereka. Jadi, kalau mahu diadakan permuafakatan antara parti Melayu, biarlah PAs yg menjadi pengerusinya. Perjuangan PAS utk Melayu dan Islam tidak pernah padam. Jadi saya kira amat layak PAs menjadi 'kapten' dlm permuafakatan tersebut.

Hakikat UMNO kuat, Melayu kuat perlu dikikis segera. UMNO tidak pernah merasakan terhutang budi pd org2 Melayu. Sedih jika kita bicarakan hal2 ekonomi org Melayu terutamanya. Masih ramai masyarakat Melayu tak mampu membeli rumah, miskin, menghantar anak2 ke sekolah sampaikan kes di Johor apabila sebuah keluarga yg meninggal dunia akibat tinggal di dalam rumah yg terbakar kerana menggunakan lilin kerana tak mampu membayar bil elektrik hinggakan di potong oleh TNB. Ini contoh keluarga Melayu yg dilayan sebegitu rupa. Mengapa tidak ada Ketua Bhg atau mana2 pemimpin UMNO Johor yg mengambil inisiatif membantu mereka. Di p.P, jika saudara berkesempatan pergi ke sana jenguk lah org kg yg tinggal di Tanjong Tokong yg ke semua nya org Melayu. Hidup mereka miskin, tinggal di atas tanah yg miliknya kerajaan malah pernah diugut oleh 'org2 Melayu' sendiri utk menyahkan mereka dr tanah tersebut. Siapa yg memimpin Melayu P.Pinang sepanjang 50 thn merdeka? Salah siapa Melayu miskin, melarat dan terpinggir?

Hakikat di sini, UMNO memang tak layak memimpin org2 Melayu. Mereka khianat pd amanah dan tanggungjawab membantu Melayu. Kebencian rakyat pd UMNO semakin menebal dan membara, jd 'isu ketuanan Melayu' cuba diaminkan semula. UMNO lah punca Melayu hilang ketuanannya, UMNO lah punca org Melayu hidup di sini seperti "Bumi Dijiak Milik Orang"

Sedarkah kita......

8:04 PM  
Anonymous Anonymous said...

Umno bila berkuasa cukup bongkak dan lupa untuk membantu orang melayu secara menyeluruh. Umno hanya bantu orang-orang yg menyokong mereka dan para-para kroni dan pengampu. Cuba check ketua-ketua bahagian umno, semuanya kaya raya. Mana dapat duit?. Projek dari umno dan banyak di ali babakan for quick money.

Kelantan adalah kerajaan yg dipimpin olih orang melayu tapi kenapa di anak tiri olih kerajaan pusat yg dipimpim olih orang melayu sendiri?. Sama jugak di Trengganu masa pemerintahan PAS. Duit royalti minyak diagihkan pada para kroni. Adil ke ini pada rakyat dan orang melayu sendiri??

Umno bila tersepit macam sekarang sibuk bercakap hak melayu?. Malu le. Bolih percaya ke umno ini?. Ingat sejarah selepas 13 mei 1969. PAS masuk BN, lepas umno kuat PAS kena tendang keluar. Nak pertahan hak melayu apa umno nie?. semua tipu helah saja.

10:00 PM  
Anonymous Anonymous said...

Ingin saya mengupas sedikit saja isu ini, tapi fikirkanlah untuk bersama...kenapa sekarang baru sibuk nak timbulkan isu Ketuanan Melayu? Bilakah masa umno jaga Ketuanan Melayu? WPI..kita gadaikan tanah kita pada siapa? Kenapa Bahasa Inggeris diagungkan?Kenapa Rancangan hiburan terlalu banyak untuk remaja melayu? Siapakah yang memberikan kuata 10% untuk bukan bumi masuk ke MRSM? Bukankah ini semasa pemerintahan UMNO. ihatah Pulau Pinang. Siapakah yang membela nasib mereka? UMNOkah selama ini? Fikirkanlah....

10:08 PM  
Anonymous Anonymous said...

This comment has been removed by a blog administrator.

4:46 AM  
Anonymous Anonymous said...

This comment has been removed by a blog administrator.

4:52 AM  
Anonymous Anonymous said...

This comment has been removed by a blog administrator.

4:55 AM  
Anonymous Anonymous said...

"pertahankan hak Melayu- ketuanan melau:- Sampai bila Melayu nak bertongkat ? Dah dapat projek dialibabakan kepada bukan Melayu. Pemunya lesen ambik 5% jer dan tak tau satu apa langsung pasal projek yang dia dapat. Pulak tu nak dapat projek main kotor gunakan politik untuk dapat projek. Bayar orang itu. bayar orang ini. Mereka nilah yang memburukkan nama Melayu.

Sedihnya tuan-tuan dan puan-puan, hatta produk makanan pun dikuasai bukan Melayu.

Bukanlah nak puji sangat bangsa non-Melayu ni. Tapi mereka dah buktikan mereka boleh berdiri sendiri.Tak harap bantuan kerajaan.

Oleh itu ketuanan Melayu pun hendaklah bertempat.-www.anjakanwang.blogspot.com

2:20 PM  
Anonymous Anonymous said...

yang nyatanya orang melayu dah dijual oleh orang melayu juga bukan cina, india ataupun orang lain. Orang Melayu kena sedar hakikat ini. Kepada yang suka panggil melayu pig tu bawak lah bersabar... kalau tak tahan duduk malaysia ni pindah ke.. cari ketenangan di tempat lain atau memang anda pun tak berdaya nak keluar dari tempat ini. atau pun anda memang tak boleh keluar dari tempat ini kerana di mana anda pergi anda tak diterima..

2:55 PM  
Blogger Anuar Mohd Nor said...

Komen di padamkan

Beberapa komen telah dipadamkan kerana panggilan gelaran terhadap kaum Melayu yang amat mendukacitakan. Kepada mereka yang menulis dengan gelaran yang dianggap biadap, sila hentikan. Ini tidak akan menyumbang kepada tujuan diskusi dengan cara berhemah.

Sekian
Anuar Mohd Nor

7:50 PM  
Anonymous Anonymous said...

UMNO bila sudah diberi kuasa lupa daratan pula. Bila ditegur bukan saja marah malah angkuh pula. Sudahlah UMNO...bawa-bawa lah muhasabah diri. Melayu tak mudah ditipu lagi.

Dialektik akan terus berlaku dan politik akan terus berubah mengikut peredaran waktu.

Kepada Cik Baba konek-winner-coolman yang gemar kata "Malay pig" tu. Apakah gerangannya Cik Baba kita melatah sedemikian?

Sedarlah Cik Baba bahawa hikayat dan surah ala Lee Kuan Yew "pisang" itu sudah tak laku lagi. Taiwan dan Singapura dua negara contoh Cik Baba itu pun majoriti bukan penduduk asal. Orang Asli di Taiwan itu spesis Melayu juga dan ditindas Cina Han. Di Indonesia dan Filipina juga ada juga Orang Asli Negrito. Melayu Indonesia dan Filipina pendatang juga? Amboi!
Peliknya sejarah Melayu utara Semenanjung itu ratusan tahun lebih awal sebelum sejarah Melayu Sriwijaya bermula 1000 tahun dulu.

Sedarlah Cik Baba hidupnya Melayu tidak hanya EKUITI semata-mata. Ada tanggungjawab budaya dan sejarah yang panjang di bahu mereka..kerana itu Melayu Semenanjung tidak akan ke mana-mana kerana darahnya sudah sebati dengan tanah.

Sedarlah Cik Baba bahawa di mana-mana negara anak pribumi memang malas. Lihat saja anak pribumi tanah besar China yang bekerja di kilang-kilang, amboi malasnya bukan main! Tapi tak ada pula yang mengatakan Orang Asli malas. Juga tak ada pula sesiapa yang menceritakan pendatang Melayu di Afrika Selatan tersangatlah rajinnya.

Sedarlah Cik Baba bahawa baiknya hati Melayu itu memang tak terperi hinggakan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"
Kalau di Korea atau Jepun pasti Cik Baba tak dapat ekuiti seperti yang Cik Baba dapat sekarang walaupun manusianya hampir sama spesisnya dengan Cik Baba. Akan hilang lah sifat "pisang" Cik Baba kerana mengikut rentak arus ekonomi dan budaya manusia di situ.

Alahai bersabarlah Cik Baba, perjalanan kita masih jauh.

Sekali lagi, bersabarlah Cik Baba sayang, janganlah melatah kerana tanahair sedang mengalami perubahan.

Sekian dan salam hangat dari
Melayu peranakan Orang Laut Selat Melaka

8:28 PM  
Anonymous Anonymous said...

Sudahlah dgn anggapan KETUANAN sesuatu bangsa, adilkah undang2 digubal mengikut warna dan bangsa? Yang perlu di pertahankan adalah undang2 dan peluang yang adil untuk memberi harapan kepada yang miskin untuk menukar nasib. Yang kaya untuk terus menyumbang.

Kepada yang asyik cut and paste "malay pig" itu kepada beberapa forum, kalau anda adalah bukan Melayu maka bodohlah otak kamu, jikalau anda adalah Melayu maka hati kamu tentunya tersangat kotor.

11:08 PM  
Anonymous Anonymous said...

Kembali kepada ajaran islam sebenar.

Berapa banyak Melayu Islam yang tak tahu mengucap dua kalimah sahadah? Mengaku Melayu Islam tapi tak takut melakukan maksiat. Ada pula Melayu yang dah tak mengaku Islam. Ini salah satu punca bangsa ini akan musnah.

Berapa banyak yang tak takut meninggalkan solat? Solat tu tiang agama, Melayu Islam dah berani ingkar suruhan Allah. Jati diri Melayu Islam runtuh bila tidak mengerjakan solat. Macam mana nak pertahankan Melayu kalau Islam dalam dirinya dah ditinggalkan, maka wang dan harta adalah segalanya sehingga lupa maruah bangsa, agama dan negara dah tergadai.

Bila solat berani ditinggalkan, tak kan nak berpuasa pula. Melayu Islam sekarang ni dah tak hairan bila melihat Melayu Islam yang lain makan di khalayak ramai. Bangsa lain pun tahu puasa ramadhan wajib bagi umat Islam, tapi kenapa langgar perintah Allah. Undang2 Allah berani dilanggar, tak hairan kalau undang2 sekarang akan digubal supaya mudah Melayu Islam hancur.

Wang berbilion, mahligai indah, emas berkati masih lupa nak tunaikan zakat. Melayu Islam yang kaya semakin kaya, entah punca pendatan halal atau tidak, yang miskin akan terus cium kaki yang kaya. Bangsa sendiri sanggup ditindas dan diperbodohkan.

Berapa ramai yang telah menunaikan haji, sehingga berkali-kali dan tak cukup dengan umrah berkali-kali. Tapi masih hulur wang untuk dapat projek. Bangsa ini akan musnah, percayalah...

Kembalilah kepada ajaran Islam sebenar.....

6:10 AM  
Anonymous Anonymous said...

This comment has been removed by a blog administrator.

1:17 AM  
Anonymous Anonymous said...

This comment has been removed by a blog administrator.

1:20 AM  
Anonymous Anonymous said...

This comment has been removed by a blog administrator.

1:25 AM  
Blogger Letting the time pass me by said...

Wah,banyak comment yang dipadamkan.

Tetapi saya rasa Ketuanan Melayu memang dipertahankan didalam Perlembagaan, sebab tu banyak negeri-negeri mempunyai peruntukkan untuk melantik MB Melayu...

Dari segi hak nie, ianya tertakluk kepada undang-undang la dan sejauh mana kita mampu pertahankan hak orang Melayu...

Kita sudah bagi 50 tahun mandat untuk UMNO, tapi masih tak mampu nak majukan Melayu... Jadi apa maknanya? TDM sudah pegang 22tahun pun masih tak mampu nak tingkatkan penguasaan ekuiti orang Melayu...

Jadi salah siapa? Salah orang Melayu yang memang slow, atau salah pemimpin UMNO yang cuma pentingkan perut sendiri aje atau ade sebab lain..

Saya rasa kena kaji balik cara hidup kita, mungkin sikap dengki, tamak dan suka kemewahan tu sudah memakan diri dan menyebabkan kita orang Melayu menjadi lemah...

Mungkin orang Melayu kena kembali hidup sederhana yang terkenal dengan gotong royong dan tolong menolong....

12:34 AM  
Blogger Anuar Mohd Nor said...

komen yang dipadamkan

Komen yang dipadamkan adalah kerana komen2 tersebut menggunakan perkataan nista yang tidak membantu dalam siri diskusi ini. Berbincang secara berhemah untuk sama2 mendapat faedah darinya.

Sekian

12:37 PM  
Anonymous Anonymous said...

assalamualaikum.....
Menarik sungguh isu yang dibangkitkan "Bumi dipijak Milik Orang"sebagai melayu amat merugikan jika berfikir secara emosinal.Sebenarnya sebelum PRU 12 memang telah ada perbincangan tentang ketuanan melayu.Mungkin saudara terpengaruh dan terperangkap nada-nada pembangkang yang yang cemuh kerajaan sedia ada ketika itu BN. Ingatlah isu-isu korupsi segelintir pemimpin BN bukan la alasan yang benar-benar kukuh yang menyatakan keseluruhan kerajaan adalah korupsi.Cuba lah lihat apa kebaikan kerajaan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan kepada melayu.Saudara-saudara membesar dan makan pun adalah hasil bantuan dari kerajaan. yang belajar di universiti ada bantuan dari kerajaan dan sebagainya.Kita harus bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang hasil dari kecekapan pemimpin kita.Jangan kerana seekor nyamuk kelambu dibakar. Ingat lah kemusnahan empayar kesultanan Melayu Melaka dahulu bukan kerana Portugis tetapi kerakusan merebut kuasa di kalangan pemimpin melayu hasilnya kita dijajah selama 400 tahun. Tak usah lah kita menyalahkan orang lain.isu-isu negatif yang dimainkan ketika PRU 12 hanya memerangkap pengundi yang tidak mempunyai fikiran yang rasional.

1:56 PM  
Anonymous Anonymous said...

UMNO telah memerintah Malaysia lebih setengah abad - Suku abad pertama mereka jujur, suku abad ke-dua UMNO dah hilang arah... Membujur lalu, melintang patah, hanya duit, kekuasaan, rumah besar (Rumah 7 juta dato Z sebagai contoh)... untuk kroni dan keluarga. Harta dan duit negara, majlis perbandaran dianggap sebagai duit sendiri dan keluarga.

Mana duit minyak bertrillion ringgit pergi. Duit lesen monopoli gula, FOMEMA, judi, transport, IPP, highway, AP... terbang ke mana?

Hasil jualan tanah kerajaan di KL (Tapak lumba kuda), tanah kementerian pertahanan KL dan Cameron Highland, Padang golf di Cameron Highland, hasil balak... Sedih sungguh?

Nasib baik Kelantan tak jatuh ke UMNO. Tahniah atas kecerdikan anak kelantan yang balik mengundi - terduduk ahli politik dibuatnya. Kalau tidak habis tanah kelantan melalui ECER dijual. Habis tanah padi di kedah akan dijual. Tanah johor macam mana?

Nasib baik rakyat sedar dari ulikan mimpi manis, dalam PRU-12 dan sempat memperlahankan penjualan hak melayu.

Apabila datang ajal, harta dan kekayaan anak adam semuanya ditinggalkan kecuali tiga, iaitu... Apabila datang ajal untuk UMNO apa yang mungkin boleh mereka tinggalkan?

1.Hak petrol rakyat terengganu pulangkan. Tidakkah 90% rakyat terengganu melayu? Buat apa memperkayakan Patrak Bad - Dia dah kaya.

2.Bersihkan nama kaum Melayu - kebanyakan mereka tak bersalah. Senarai semua pemenang kontrak di seluruh Malaysia. Hanya beberapa nama Melayu sahaja yang telah mendapat beribu kontrak yang bernilai beratus bilion.

Kehancuran UMNO hampir pasti datang dalam PRU-13 ni. Sedihnya, saya juga ahli UMNO tapi tak sempat kaya...he he he...

Jangan bersedih - La Tahzan. PAS akan mempertahankan apa yang hak (Selagi tuan guru ada?). Sekurang-kurangnya untuk 25 tahun akan datang - samalah seperti UMNO (Sebenarnya PAS juga teruk semasa dato Asri dulu).

4:23 PM  
Anonymous Anonymous said...

Mengapa hanya UMNO sahaja yang boleh memperjuangkan hak Melayu? Apakah tidak ada parti yang lain boleh memperjuangkan kemajuan untuk orang Melayu?

Kalau kesejahteraan Melayu hanya terletak ditangan UMNO sehaja, maka habislah masa depan orang Melayu.

Melayu tak ada harapan lagi.

1:38 AM  
Anonymous Anonymous said...

hanya umno sahaja yang boleh menperjuangkan nasib melayu. Kerana umno lah kita merdeka,kerana umno la kita menikmati kemakmuran hingga kini.walau pun ada Gerakan,MIC,MCA tapi perlu ingat ketuanya masih Melayu lagi dalam Barisan Nasional.Isu-isu yang kecil diperbesarkan memerangkap kekuatan pemikiran melayu,Jika kita sentiasa melihat kepada keburukan orang lain tanpa kebaikan yang dilakukan ini tidak adil.Adakah dengan isu rasuah,harga barang naik,komisyen dan lain-lain sanggup kah kita menyerahkan kuasa politik kita pada orang melayu yang bersongkokol dengan orang bukan bumiputera yang terang-terang menentang keistemewaan orang melayu.berfikiran waras la orng melayu....jangan ikut hati nanti mati.

12:06 PM  
Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum,

Rumusan saya;

1] Memang benar pendapat bloggers di sini bahawa Isu Ketuanan Melayu sengaja di gemburkan oleh UMNO. Sebabnya kerana Tuan-Tuan Besar dalam UMNO ibarat cacing kepanasan sekarang ini selepas PRU12. Dimana Keikhlasan mereka? ...apabila sudah tersepit baru teringat nak bincang dengan PAS & PKR.

Lupakah mereka bahawa PAS & Kelantan & ketika PAS memerintah Trengganu apa yg mereka lakukan? Bukan kah mereka2 ini hampir kesemuanya Melayu. Berbeza dgn Kaum Cina... pemimpin mereka walau dalam politik berlainan Parti tapi dalam isu2 yg menyentuh kepentingan kaum mrk ..contoh isu2 Pendidikan, mereka bersama & senada dalam perjuangannya !

2] Pemimpin2 UMNO baik yang Tertinggi hingga Ketua cawangan semuanya harus bertanggung-jawab. Bukan kah Politik Wang memainkan peranan utk mereka berkuasa. Jgnlah nak bersandiwara...boleh kah seorang yang Berpendidikan, Berbakat, Jujur & Beragama dan seumpamanya boleh menjadi pemimpin UMNO baik di peringkat mana pun tanpa ada peranan WANG..WANG....WANG.! Kalau tuan2 tak percaya dalam PRU ke 13 nanti cuba jangan di taburkan wang kepada
sesiapa shj...kita tengok berapa batang tiang & bendera terpacak? Ini amat berlainan sekali dengan PAS umpamanya...bahkan ahli2 & penyokongnya sendiri ikhlas membantu malah keluar duit dari poket sendiri. sedarkah ahli2 UMNO semua. Bukankah Rasuah & Politik WANG dah jadi asam garam yang sebati dalam UMNO? Bagaimana mungkin bangkai Gajah disembunyikan !

3]Sudah 50 tahun lebih UMNO Melayu memerintah. Sepatutnya kadar kemiskinan Melayu tegar & yang merempat sepatutnya hampir sifar. Lihat sahaja keadaan Kemiskinan Melayu terutamanya di Pulau Pinang & Trengganu umpamanya. Bagi saya sebabnya jelas. Siapa yang membolot kekayaan negara ini? Bukankah pemimpin2 UMNO & Kroni2nya & kaum keluarga mereka sahaja. Tanyalah mereka yang berniaga terutamanya..baik kontraktor kecil, peniaga jalanan, syarikat2 kecil & sederhana dsb. Tanya mereka bagaimana proses nak dapat tender, projek, kontrek, nak membekal ke pejabat kerajaan yang rata-ratanya diterajui Ketua2 Melayu, anda pasti mendengar perkataan-perkataan ini...DUIT PELINCIR, UNDER COUNTER, TABLE MONEY, KOMISEN, PERSEN, HABUAN DSBNYA. Yang membezakan hanyalah amaun shj. semakin tinggi nilai Kontrek semakin tinggi lah ia.Siapa yang patut di salahkan dalam perkara ini???? Bukankah pemimpin-pemimpin UMNO?

3] Rumusan terakhir saya ialah sudah lebih 50 tahun kita beri peluang. Tapi harapkan pagar, pagar makan padi. Saya meminjam kata2 Tun Dr Mahathir yang di tujukan kpd Pak Lah. I am a Doctor...if I found that the patient leg is Gangrene, I will cut it ! Begitulah juga gambaran keadaan UMNO sekarang ini yang sedang parah dan membusuk.

4] Orang Melayu perlu BIJAK BERFIKIR terutamanya ahli-ahli UMNO. Apa salahnya berjinak-jinak dgn PAS & PKR. Bukankah mereka juga ISLAM & MELAYU majoritinya. Salah kah aku untuk BERUBAH & MENCUBA yang Alternatif sekiranya ubat yang aku gunakan selama ini telah menyebabkan kakiku semakin membengkak? Atau perlukah aku teruskan juga sehingga kaki ku telah membusuk dan tidak mungkin terubat lagi???? FIKIR-FIKIRKANLAH !

9:41 AM  
Anonymous Anonymous said...

salam...
ingin aku tanyakan sejak bila pula melayu menjadi juara dlam setiap bidang? adakah anda ingin mengatakan melayu di zaman hang tuah memonopoli sektor ekonomi? adakah dgn pemergian angakaaawan melayu menunjukkan kemajuan bansa melayu? bangun sedara,jangan salah kan bansa lain kerana kemunduran bansa melayu, nama pun ME_LAYU. bagi saya jika kita menjadi bangsa yang berjaya adalah bangsa yang tidak mempedulikan kisah warna kulit, kisah sempadan, dankisah keris, jika kita mengambil islam sebagai teras kehidupan, makanya kita tidak akan sempit dgn sempadan bangsa kerana setiap muslim itu bersaudara tanpa mengira warna kulit ,bangsa,dan negara. apakah makna ketuanan melayu itu sendiri??
lgpun melayu bknlah bangsa mulia yang ada namanya dlm quran.

1:57 PM  
Anonymous Anonymous said...

Betapa bahayanya kedudukan orang Melayu pada masa sekarang. Dengan kewujudan beberapa makhluk bertopengkan manusia dan berselindung di sebalik nama Islam yang sanggup menabur janji yang manis belaka.
Mungkin silap orang Melayu juga yang mungkin telah membuat kesilapan dalam PRU12. Bukan niat orang Melayu nak menggadai 5 negeri dan 1 wilayah persekutuan kepada Pakatan Rakyat (kononnya) yang mana perjuangan mereka jelas mampu sampai ke tahap menjual negara, tapi... itulah orang Melayu. Sabarnya ada had, Diamnya ada makna, Senyumnya penuh rahsia.
Orang Melayu sebenarnya merasakan diri mereka diperbodohkan, dipergunakan, diambil kesempatan dan dipijak. Bukan oleh orang lain, tapi oleh orang Melayu sendiri.

Tidak boleh nak salahkan Pakatan Rakyat(PR) atau menghentam meraka membabi buta kerana mereka sendiri langsung tak menyangka akan mampu menggugat majoriti BN sehingga sekarang mampu bercita-cita memerintah persekutuan. Apa yang berlaku adalah disebabkan peralihan undi rakyat Malaysia termasuk orang Melayu kepada PR yang tidak berpuas hati dengan corak kepimpinan dalam BN itu sendiri.

Apa yang perlu dilakukan sekarang bukanlah dengan mendesak Pak Lah meletak jawatan atau memboikot dan menganaktirikan negeri di bawah pimpinan PR tetapi satu perubahan yang berani, drastik dan berisiko demi untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada BN.

Bukanlah masanya sekarang untuk ahli BN menuding jari antara satu sama lain tetapi adalah untuk membetulkan apa salah, meluruskan apa yang bengkok, menajamkan apa yang tumpul dan kembali merapatkan apa yang renggang.

(KEPADA PAK LAH)
1.Jangan letak jawatan lagi kerana tindakan tersebut akan membuat semua orang termasuk pembangkang akan bertepuk tangan dan menjelir lidah melihat Pak Lah yang lemah terutamanya dari musuh-musuh dalam selimut Pak Lah sendiri.

2.Sudah tiba masanya Pak Lah menggunakan kuasa VETOnya sebagai Perdana Menteri untuk melakukan perubahan samada dari segi corak pimpinan dan pemimpin itu sendiri, dasar-dasar yang telah dipekenalkan sebelum ini yang tidak mesra rakyat dan yang paling penting diri Paklah itu sendiri.

3. Membuat tindakan dan keputusan yang wajar selgi ia tidak membebankan kerajaan terutamanya dan elakkan tindakan yang boleh membebankan rakyat terutamanya di peringkat bawahan dan akar umbi yang tidak tahu tentang dasar.

4. Elakkan dari terlibat dengan publisiti Khairy Jamaludin(KJ) kerana dia lah sebenarnya yang menjadi punca segala-galanya. Buat masa sekarang KJ sepatutnya tidak mencari sebarang publisiti demi untuk menyelamatkan dan mengembalikan maruah Pak Lah. Untuk menghalang Khairy Dari politik sudah terlambat kerana dia sudah pun menjadi ahli Parlimen tetapi sekurang-kurangnya jangan terlalu menonjol.

5. Berikan keutamaan 100% kepada kebajikan dan hak semua rakyat tanpa mengira bangsa untuk megubat semula luka rakyat sebelum ini.tolak tepi sebentar kepentingan diri dan KELUARGA kerana kuasa pengundi adalah lebih dasyat.

(UNTUK MENGETAHUI LANGKAH SELANJUTNYA HUBUNGI SAYA DI http://suaramelayubaru.blogspot.com)

6:09 AM  
Anonymous Anonymous said...

Selepas UMNO memerintah selama 50 thn, kedudukan melayu masih tercorot...tanya pada diri, apa dah jadi? Jadi saya rasa UMNO telah gagal memperjuangkan 'ketuanan melayu' sekiranya ia diukur dari pencapaian ekonomi melayu satakat ini.

11:01 AM  
Anonymous Anonymous said...

memperjuangkan hak melayu cara UMNO telah gagal, namun tidak sepenuhnya. Sudah masanya melayu perlu mengorak langkah dengan jurus yang lebih realistik, telus dan berdaya saing. Kita ada apa PAS yang memeperjuangkan melayu dengan menggunakan pendekatan dan kekuatan asas Islam. Kita ada PKR yang mempejuangkan melayu melalui pendekatan yang lebih pragmatik dan lebih realistik, yang mendambakan ketelusan, keikhlasan dan keadilan. Melayu sememangnya bangsa yand sedia berjuang untuk menegakkan keadilan atas dasar ketaatan seperti hang tuah, atau menegakan keadilan atas dasar prinsip seperti hangjebat. Jangan panik kepada apa yang berlaku sekarang, kita harus percaya melayu di dalam PAS dan PKR adalah melayu yang sama, yang celus dengan perjuangan. Hanya mereka perbeda dari perjuangan cara UMNO.

11:23 AM  
Anonymous Anonymous said...

Penulis yg sgt celupar disini amat memalukan diri sendiri. Hairan mengapa orang yang membangsakan diri manusia sanggup menulis bahas yang sgt burut dan memalukan. Hanya orang yang biadap dan x bradat aje yg sanggup menulis sebegitu rupa. Hanya ulat najis aje yang mengenal dan suka kepada najis!

11:56 AM  
Blogger nodark said...

Keris: Hisham mohon maaf 27/04/2008
(Spt manisia bijak yang, gagal berhadapan 'anjing' tidak beotak)

Mengapa perlu mohon maaf..Org Melayu telah tunduk di bumi sendiri??Hak istimewa Melayu, tanda2 melayu telah dipersoalkan, beransur2 dimansuhkan.


Hishamuddin & Keris
Selepas Mahathir Melayu telah takut mengaku Melayu. UMNO perlu kepada matlamat asal.Baru2 ini banyak mempersoalkan Hak Istimewa Melayu (termasuk Melayu Moden-yg mudah lupa @ yg berasa terlalu kuat, eg Farish Noor).

Pendapat saya:
-Sekiranya maju & moden sekalipun hak istimewa (jika boleh ketuanan) Melayu perlu kekal.

1. Kerana:
a. Melayu tiada bumi lain selain Malaysia. Sekiranya bencana/kekacauan berlaku di Malaysia (Cth: serangan US), mungkin Indonesia tidak menerima kita.
b. Cina & India ada dunia (@protector) yang lebih besar & dunia lebih baik lagi selain Malaysia. Cth, Kes hindraf: Tamil Nadu beri sokongan kpd mereka. Taiwan, HK, Shanghai pilihan lain bg Cina.
(India & Cina perlu sedar tentang kelebihan mereka berbanding Melayu).

c. Hak istemewa adalah tukaran kepada kerakyatan. Jika India & Cina tidak mengiktraf Melayu sebagai pemerintah, jadi mereka perlu cari tempat lain yang tidak ada peruntukan hak istimewa (yg sebenarnya bukanlah istimewa sangat).


2. Apa Yang Istimewanya?

-Kebanyakan undang2 bukanlah hak istimewa tetapi keadilan. Cth Kuota ke IPTA, peruntukan ikut nisbah kaum. Dasar istimewa beri peluang & keadilan kepada yg terbaik dari setiap kaum.

Lihat U Tube_Dap TV, tuduhan Fong Po Kuan mengatakan dirinya gagal ke universiti kerana berbangsa Cina- tetapi isu sebenar ialah peluang yg sama kepada semua kaum.

Hindraf tidak berfikir, mereka mahukan 60% kakitangan kerajaan berbangsa India-jumlah mereka hanya 2 juta daripada 24 juta rakyat.

Mana mungkin semua Cina & India boleh jadi jutawan sedangkan 60% melayu dalam terus kemiskinan (tetapi tidak didedah@terbela) hanya bersyukur apa yg ada di bumi sendiri dan berbangga ada satu angkasawan yang minum teh tarik di angkasa.



3. Asalnya merayu, & merendah diri tetapi kini….

Orang Cina asalnya, datang untuk menjadi kaya, sekarang telah kaya dan masih tidak berpuas hati. Naik motor pada level mereka adalah miskin. Middleclass tidak jadi jutawan, tiada rumah teres @ banglo -miskin. Jutawan perlu bayar cukai-miskin. Mereka asalnya merendah diri dan merayu tetapi kini telah mendesak.

Orang India datang untuk bekerja seperti Bangladesh & Nepal sekarang dan sesetengahnya berniaga. Kini telah lebih baik dari nasib mereka dari tempat asal, dan berkempen di UK untuk memusnahkan Malaysia.

(Hindraf sepatutnya saman British-British yg tipu mereka & bukan kerajaan yang janjikan hak samarata. Tetapi sebab Melayu lemah, Melayu jadi sasaran). Golongan merusuh ini patut ditawar semula dihantar ke India, tetapi pasti menolak kerana India memang hancur, dan mereka (dgn sikap begini) akan mati dimana2 mereka berada.

4. Jasa Orang Melayu;
Ulangan:
“Hak istemewa adalah tukaran kepada kerakyatan. Jika India & Cina tidak mengiktraf Melayu sebagai pemerintah, jadi mereka perlu cari tempat lain yang tidak ada peruntukan hak istimewa (yg sebenarnya bukan istimewa)”. Adakah mana-mana kerajan di dunia yang akan melebihkan pandatang?

Kepada bukan Bumi, Orang Melayu dahulu cukup baik menerima tetamu sehingga kini telah pula ditekan. Hargailah jasa orang terdahulu yang telah mnyokong & menerima kehadiran anda.Hak istimewa- hanyalah menjamin keadilan, pembahagian sama rata & bukan penindasan.

Mereka juga ini perlu sedar, sekiranya Malaysia kacau, mereka ada dunia lain, tamadun mereka lebih maju & besar. Janganlah terlalu menghimpit Melayu, sehingga mati dibumi sendiri, tanpa pembela sekiranya tiada UMNO. Ekonomi mereka no 2 & 3 terkaya didunia, jutawan-jutawan mereka tersenarai terkaya didunia.


5. Akhir sekali,
Melayu bangsa dari pelbagai keturunan (org asli,mamak,Turki, Cina+India) dsb), bercakap Melayu, beragama Islam, ada Sultan, tinggal di Nusantara (dulu Indonesia, Philipina- kini hanya Malaysia & Borneo). Tiada tempat lain lagi..selain Malaysia…Jagalah Melayu_ UMNO jgn asyik berebut jawatan menikam satu dgn lain.

1:59 AM  
Anonymous Anonymous said...

Salam..

''Pertahankan hak Melayu'' satu isu yang sungguh menarik utuk dibahaskan buat masa kini. Sekarang isu Melayu menjadi tajuk utama disetiap media massa samada media elektronik dan media cetak.

Mengapa Isu Melayu menjadi pilihan seperti pisang goreng panas buat masa ini? selepas pilihan raya ke 12 baru-baru ini, isu melayu terus menjadi buat mulut sehingga satu kongres telah dijalankan bagi membincangkan hal yang berkaitan Permuafakatan Melayu. Tak kisahlah Melayu yang dibincangkan dari sudut dan segi mana sekalipun ia dibahaskan,yang ingin saya persoalkan ialah, adakah semua orang Melayu kita sedar akan apa yang sebenarnya mereka perjuangkan? dan adakah kesedaran untuk mempertahankan hak Melayu ini dikongsi bersama mereka yang bergelar ''Orang Melayu''?

Jika hanya segelitir kita sahaja yang memperjuangan hak Melayu ini, ia tidak lah boleh diambil sebagai satu pendapat majoriti dan sudah dikira berjaya, kesedaran ini haruslah menyeluruh, seharusnya semua orang Melayu tahu akan kepentingan dalam memperjuangkan hak Melayu ini.

Walaupun isu Melayu ini telah dibahaskan, namun ia tidaklah sehangat seperti sekarang, selepas pilihan raya ke 12, ramai pemimpin-pemimpin Melayu kita yang keluar dengan pendapat masing-masing mengenai Melayu.Terutama parti BN. Adakah atas kekalahan dalam parti politik dalam pilihan raya baru-baru ini menimbulkan kesedaran dalam diri mereka bahawa peri pentingnya hak melayu,kerana tidak mahu kalah dalam pilihan raya yang akan datang maka langkah dan strategi awal diambil dalam memenangi hati rakya jelata semula??

Jika begitu, tidak bererti apa-apa perjuangan dalam mempertahankan hak melayu.Jika diikutkan banyak isu yang boleh dibincangkan mengenai Melayu, sepatutnya dari dahulu lagi isu ini terus diingatkan dan disegarkan dalam minda orang Melayu kita agar mereka tidak lupa dan lalai tentang kepentingan hak Melayu.

''Sudah terhantuk baru tergadah'' untuk memulakannya memang susah, berbagai-bagai spekulasi timbul dalam usaha mempertahankan hak Melayu, seharusnya semua pemimpin-pemimpin parti politk tidak kirahlah dari pihak pembangkang ataupun kerajaan, mengambil langkah yang lebih efisien sebagai usaha mempertahankan hak Melayu, jangan sampai Bumi yang kita pijak ini akan ditadbir oleh orang lain, tiada guna untuk menyesal apabila hal sebegitu terjadi, ini kerana sikap kita yang pentingkan diri sendiri dan tidak mahu berkerjasama dalam mempertahankan hak Melayu diatas nama ''MELAYU'' itu sendiri.

Jadi kita yang bergelar orang Melayu harus bersama-sama mengingatkan diri kita siapa diri kita? apa hak kita? apa perjuangan kita? untuk apa kita berjuang? untuk siapa kita berjuang dan kita kena fikir apa yang kita perjuangakan pada hari ini adalah untuk tinggalan anak cucu kita pada masa akan datang, kita yang akan mencorakkan baik buruk masa depan anak-anak kita..tepuk dada, tanyalah selera...fikir-fikirkan lah sejenak...

sekian..wassalam...

11:42 AM  
Blogger wan said...

salam umat melayu khususnya masyarakat umno terutama sekali para pemimpin parti, hentikanlah momokan 'ketuanan melayu' dan retorik 'bumi dipijak milik orang''

kita telah diberi peluang mentadbir tanah air ini selama 50 tahun. apa sebenarnya kita buat?

renung dan muhasabah diri. kata pepatah, ' tak melayu hilang dengki dan khianat didunia'.

kita membelakangi kitab suci alquran. kita tidak ikut sunnah rasul.

tidak siddiq dan amanah. terlalu pentingkan pangkat dan harta.

bila bangsa lain senang dan kaya, kita pertikai.

fikirlah dari segala pemimpin negara, negeri, kementerian, jabatan, daerah serta kampung dan juga di universiti, maktab dan sekolah hampir semuanya orang melayu yang beragama islam, sembah satu tuhan, ikut satu nabi, baca quran yang sama tetapi kenapa kita gagal.

malah kita sering mengancam bangsa lain dengan pelbagai perangai yang memualkan seperti menghunus kerislah padahal yang menjunjung keris tu apa silat yang dia belajar malah dia adalah pemegang tali hitam bela diri luar negara bukannya silat dari nusantara melayu.

sedarlah umno dah 62 tahun. kalau benilah perangai para pemimpin umno, saya yakin umno akan berkubur tidak berapa lama lagi.

sedarlah para pemimpin umno. sedarlah.

8:06 AM  
Anonymous Anonymous said...

Khas untuk Wan

Kau ni melayu ke Melayu murtad. Kau tak belajar sejarah ke?Menghunus Kris mengancam bangsa lain ke bodoh itu hanya simbolik sahaja tentang kepentingan dan keutuhan melayu di tanahair tercinta ni . Aku harap Wan ni belajar kat sekolah rendah tentang sejarah.Satu lagi untuk Wan, kalau nak harapkan parti yang memperjuangan Islam hanya lah dongeng semata-semata kerana bertopeng agama untuk mendapat kuasa malahan sanggup bersekongkol dengan Si benggali putih yang selalu menidakkan kuasa-kuasa raja di negara ni. Aku rasa Wan ni tak kisah benda ni berlaku...

8:26 AM  
Anonymous Anonymous said...

Khas untuk si Bongkok,

Subhanallah, itulah manusia apabila berbicara tanpa panduan akal,hati dan paling pentingnya Al-Quran.

Sanggup menfitnah perjuangan Islam hanyasanya mahu memartabatkan apa yang di fikiran mereka sebagai perjuangan 'BANGSA MELAYU'.

Hentikanlah merujuk ketuanan Melayu kerananya kita sudah di era pra-akhirat.Buka minda tengok sekeliling dan usah lagi berfikiran sempit untuk memperjuangkan hak Melayu semata-mata.

Ingatlah di mana bumi dipijak di situ Islam dijunjung.Kalau saya suruh sahabat semua kenalpasti keturunan sahabat-sahabat sekalian, saya pasti sahabat yang paling angkuh berbicara soal Melayu,nenek moyang mereka pula seorang bukan Melayu.

Jadi, di situlah Cantiknya Islam, tidak kira apa beza keturunan,warna kulit,miskin kaya,semuanya berada di bawah satu bumbung.Saya yakin jika benar mereka itu mahu mempertahan 'KETUANAN MELAYU' balik rumah periksa kembali iman dan kembali kepada Al-Quran.

Ingatlah kasih sayang Rasulullah kepada Makkah hanya sanya lahir selepas Islam berjaya melebarkan panjinya di kita Madinah.Cinta Rasulullah kepada bangsa Yaman kerana kasihnya seorang sahabat bernama Uwais Al-Qarni kepada Baginda.Cinta Rasulullah kepada bangsa Parsi kerana bijaknya Salman Al-Farisi mengepalai Perang Khandak.Sayang Rasulullah kepada bangsa Turki kerana kuatnya kecekalan Sultan Mohammad Al-FAteh membela Islam hingga ke Kota Constantinople.

Fikir-fikirkanlah....

mujahidinreformasi

2:21 PM  
Anonymous Anonymous said...

Khas untuk si Bongkok,

Subhanallah, itulah manusia apabila berbicara tanpa panduan akal,hati dan paling pentingnya Al-Quran.

Sanggup menfitnah perjuangan Islam hanyasanya mahu memartabatkan apa yang di fikiran mereka sebagai perjuangan 'BANGSA MELAYU'.

Hentikanlah merujuk ketuanan Melayu kerananya kita sudah di era pra-akhirat.Buka minda tengok sekeliling dan usah lagi berfikiran sempit untuk memperjuangkan hak Melayu semata-mata.

Ingatlah di mana bumi dipijak di situ Islam dijunjung.Kalau saya suruh sahabat semua kenalpasti keturunan sahabat-sahabat sekalian, saya pasti sahabat yang paling angkuh berbicara soal Melayu,nenek moyang mereka pula seorang bukan Melayu.

Jadi, di situlah Cantiknya Islam, tidak kira apa beza keturunan,warna kulit,miskin kaya,semuanya berada di bawah satu bumbung.Saya yakin jika benar mereka itu mahu mempertahan 'KETUANAN MELAYU' balik rumah periksa kembali iman dan kembali kepada Al-Quran.

Ingatlah kasih sayang Rasulullah kepada Makkah hanya sanya lahir selepas Islam berjaya melebarkan panjinya di kota Madinah.Cinta Rasulullah kepada bangsa Yaman kerana kasihnya seorang sahabat bernama Uwais Al-Qarni kepada Baginda.Cinta Rasulullah kepada bangsa Parsi kerana bijaknya Salman Al-Farisi mengepalai Perang Khandak.Sayang Rasulullah kepada bangsa Turki kerana kuatnya kecekalan Sultan Mohammad Al-FAteh membela Islam hingga ke Kota Constantinople.

Fikir-fikirkanlah....

mujahidinreformasi

2:22 PM  
Anonymous Anonymous said...

Ha, ha, ha..umno dah tersepit baru nak merayu dan buat omongan ketuanan melayu. kalau umno menang besar, sorry lah..tak ingat nak tolong orang melayu islam. Yg sering dibantu umnoputra dan para kroni umnoputra dari mca, mic dan gerakan. Kelantan di bwah PAS pasti akan dihimpit dan dianak tiri olih pemimpim melayu umno sendiri. Macam sekarang nie.

SO, umno jangan nak bersendiwara dan buat lawak bodi plak. Dah 50 tahun lebih umno/ bn memerintah sampai sekarang majoriti melayu masih terpinggir. Yg kaya umnoputras dan kroni mereka. Tak caya perhgi check, para pak menteri umno, kepimpinan pemuda umno, wanita / puteri umno. Check harta mereka...viola...manyak sungguh. Yg kaya bertambah kaya, yg miskin papa kedana. Satu untuk rakyat sembilan untuk kepimpinan umnoputras.

8:07 PM  
Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum para sahabat semua,
Apakah hak Melayu yang ingin di pertahankan. 48 tahun kaki ku memijak tanah bertuah ini yang dulu nya nama nya tanah melayu. Hari ini kita memperkata kan untok mempertahankan hak orang melayu. Sedih rasanya hatiku.
50 tahun bukan waktu yang singkat di beri peluang untok mempertahan kan hak orang Melayu , sayang nya peluang yang di beri di persia sia kan begitu saja. Hari demi hari ,tahun demi tahun hak orang Melayu makin terhakis . Tanpa kita sedari atau menyedarinya setiap detik hak Melayu tergadai begitu saja. Bertahun juga apa yang terpendam dalam lubok hati kecil ku hari ini dapat aku jelaskan pandangan ku supaya dapat di ambil kira.
Siapa kah yang berani menyatakan dia adalah penyelamat hak melayu.
Pemimpin UMNO. Dari pandangan peribadi UMNO bukan nya penyelamat hak melayu. Banyak pekara yang telah terlepas selama 50 tahun pemerintahaan UMNO.
Hak melayu apa kira nya aku menjadi hamba di tanah air ku sendiri. Sepatut nya aku menjadi tuan. Bagi ku UMNO bukan lagi wadah untok orang Melayu.
UMNO hanya lah sebagai jembatan buat seseorang untok memperkayakan diri. Mereka tidak akan berfikir sama ada untok mempertahankan hak orang melayu atau pun tidak. Apa yang bolih dilaksana kan walaupun melepaskan hak orang melayu tidak di ambil perduli. Apakah melayu mudah lupa. Melayu tidak pernah lupa. Anda bolih saksikan dimana jua negeri di Malaysia ini kebanyakan nya yang mengusahakan pembangunaan nya adalah orang asing dan bukan nya orang Melayu .Jika pun ada segelintir juga itu pun jika ia nya ada kaitan rapat dengan pemimpin UMNO atau lebeh sesuai di nama kan macai macai. Apa kah Orang Melayu tidak mampu .Tanah milik Melayu dengan rakus nya di berikan kepada bukan Melayu untok dibangun kan . Dengan meminjam kata kata TPM selepas beberapa hari di lantik menjadi TPM.( Orang Melayu belum lagi ada pengalaman dalam apa jua bidang....) . Kesian aku rasa kan bertapa dengkil nya semangat seorang pemimpin Melayu. Alasan nya orang melayu tidak ada kepakaran. Sedang kan beribu garaduan yang berkemahiran . Orang Melayu tidak ada sumber kewangan.
Aku ingin bertanya kepada para pemimpin UMNO semua.

Apakah yang telah anda buat untok mempertahan kan hak melayu.
Berapa ramaikah jutawan Melayu yang telah anda lahirkan.

Malu rasanya aku rasakan .

Pemimpin Melayu tapi yang rata rata jutawan adalah bangsa asing.

Mengapa. Pernah kah saudara semua terfikir. Jika kawasan balak diberikan kepada orang Melayu untok menguruskan nya sejak 50 tahun dulu aku rasa Melayu menjadi tuan dalam industry kayu kayan negara. Kawasan balak tidak bolih di berikan kepada bangsa asing kecuali bumi. Tapi keadaan sebalik nya.
Kehilangan lagi hak melayu untok menjadi jutawan balak.
Gula . Berilah peluang kepada bumi untok mengimpot. Mengapa diberikan kepada seorang saja hingga ia menjadi raja gula. Malu rasa nya.

Dalam segi perniagaan minyak . Di berinya lesen untok kebenaraan untok trade minyak , tapi banyak sekataan yang ada. Mengapa.

Orang Melayu menang sorak negara tergadai.

Bagaimana orang Melayu nak berjaya jika banyak sekatan yang di kenakan. Dengan alasan orang melayu tidak ada keawangan dan pengelaman.

50 tahun di beri peluang . Rupa nya Umno gagal dalam mempertahan kan hak orang Melayu.

Tanah sawah di jual kepada developer bangsa asing kerana dapat imbuhan. Mengapa. Hak orang Melayu di gadaikan.

Tanah dijual ratusan ekar kepada bangsa asing kerana orang melayu tidak mampu membeli. Hak orang Melayu tergadai. Tanah air ku kini di miliki olih bangsa asing.

Tidak ada duit mereka ada bank dari luar yang membantu nya. Orang Melayu ( Siapa yang akan membantu )
Siapa hengak di persalahkan.

50 Tahun bukan nya waktu yang singkat.

Bangun lah bangsa ku.

Marilah kita membina satu gabungan bangsa Melayu Baru kerana hari akan datang jika di berikan 50 tahun lagi Melayu akan kehilangan segala nya.

Aku tidak mahu generasi ku akan datang akan menangis di usir dari hak mereka sendiri.

Mereka gagal untok memberi orang Melayu keselesaan di bumi mereka sendiri. Mereka sombong dan bongkak kerana mereka rasa kuasa di berikan adalah hak mutlak mereka. Justru olih itu Melayu perlu membuka mata seluas nya kepincangan yang telah menular selama 50 tahun.

Banyak yang hendak di bicarakan tapi aku puas . Kerana dari pandangan peribadi aku UMNO tidak mampu untok mempertahankan hak melayu.

8:13 PM  
Anonymous Anonymous said...

Tolong baca komen pasal melayu dari DSAI. kenapa dok cakap benda yg telah jelas. Saja umno nak dapat simpati pada orang yg sezaman dengan mereka. Memalukan saja tak bolih fikir sendiri ke?. Umno-reform pun sama macam tak reti bahasa dan berlagak kunun memperjuangkan melayu?. DSAI dah cakap dengan jelas dan nyata. Apa ingat umno saja bolih memperjuangkan melayu? Pirahh?.
---------------------------------
Dalam perhimpunan 14 April di Kg Baru saya tegaskan pendirian KeADILan dan Pakatan Rakyat mempertahankan kemurnian semangat Perlembagaan Negara - menjadi Malaysia negara yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi berParlimen.

Maka selaras dengan prinsip sedemikian kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Islam sebagai agama Persekutuan, hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera tetap dipertahankan di samping jaminan memelihara hak kaum, bahasa dan agama lainnya.

Arakian gembar-gembur sekonyong-konyong kedudukan Melayu akan ranap tidak lebih dari pintasan singkat mengelak dari serangan masyarakat Melayu sendiri terhadap penguasa rakus dan rasuah yang memperalatkan isu Melayu dan DEB untuk memperkaya keluarga dan kroni!

Dan menyinggung khusus isu ekonomi saya syorkan ditelaah semula Agenda Ekonomi Malaysia. Saya yakin malahan kepentingan Melayu dan bumiputera akan lebih terjamin.

ANWAR IBRAHIM

8:14 PM  
Anonymous Anonymous said...

aya, dah lebih 50 tahun umno memerintah apa dah jadi. melayu masih lagi terpinggir ke?. Apa yg tak kena pasal umno. Dah lama sangat sampai sekarang masih lagi bercakap ketuanan melayu. Apa umno dah buat selama ini??. Sampai bila melayu bertongkat?. Tak bolih ke melayu bersaing macam orang lain?. Lemah sangat ke bangsa yg bernama melayu ini? Kenapa lemah? Atau memang lemah sebab dimainkan olih para pemimpin umno sejak 25 tahun ini?? kenapa jadi begini?. salah sapa ini? salah cina ke, salah india ke. salah kedazan ke, salah iban ke atau salah orang asli menyebabkan melayu masih dibelenggu dengan mentaliti bertongkat dan ketuanan melayu?. kenapa melayu tak bolih kalahkan bangsa lain dari segi ekonomi dan siasah dan jati diri??. Apa hal ni..sampai sekarang tak berubah umno? Bodoh sangat ke orang melayu ini atau memang diperbodohkan olin umnoputra dan pempinan umno??

8:23 PM  
Anonymous Anonymous said...

Dengan DEB pun orang melayu tak boleh maju...yang maju orang umno saja. Orang melayu kena ubah pikiran nak disuap je. Tempat di universiti dah bagi walaupun result tak bagus. Bila keluar uni tak tau cara nak bergaul dengan masyarakat. cakap english pun hampeh. Pelajar cina dapat result bagus tapi tak dapat masuk universiti. Mak bapak diaorang susah payah cari duit hantar kolej swasta. Lepas lulus dapat kerja senang pasal mereka pandai cari peluang dengan usaha gigih. So kita melayu ni tengokla cermin dan tanya apa yang kita nak. Ketuanan melayu atau melayu maju??

11:09 PM  
Blogger melayu jati said...

Assalamualaikum;

Ketuanan Melayu sememangnya isu yang menarik. Sebagai umat islam yang berbangsa Melayu saya sedih membaca beberapa petikan yangh seakan tidak memahami mengenainya. Tidak dinafikan bahawa Ketuanan Melayu (KM) penting. Yang menggagalkan Melayu maju adalah bangsa Melayu itu sendiri sama ada ianya ahli UMNO, PAS atupun bangsa Melayu yang berada di dalam PKR. Peluang telah disediakan tapi tidak dipergunakan sepenuhnya oleh orang Melayu. Ahli-ahli UMNO bersalah, ahli PAS dan PKR juga bersalah dalam hal ini. Janganlah cuba menuding jari satu sama lain atau memang dasar bangsa kita sendiri suka mencari kesalahan satu sama lain. Cuba tanya ahli-ahli PAS apa sumbangan parti mereka pada umat Islam dan bangsa Melayu. Apa sumbangan ahli-ahli PKR tentang sumbangan parti mereka pula, begitu juga pada parti UMNO.Kekuatan bangsa Melayu sebenarnya sudah lama bangsa Melayu cuba pertahankan. Barangkali tidak secara terang-terangan dan digembur-gemburkan seperti selepas PRU12 ini. Di ITM dahulu selalu diterapkan nilai-nilai supaya Melayu sentiasa bersatu dengan harapan apabila pelajar-pelajar keluar kelak mereka bersatu padu.

Yang pasti Melayu memang mudah lupa atau perangai Melayu ini adalah sperti berikut TAKBUR, HASAD DENGKI, SUKA MEMFITNAH. Selagi semua ini padat di dalam hati selagi itu kita akan tertinggal walau apapun JANJI yang kerajaan sama ada dari BN atau PR berikan. Lebih sedih kalau HAK di perlekehkan hanya untuk KUASA untuk individu-individu tertentu sahaja. Lebih sedih lagi bukan hanya HAK tetapi ISLAM juga diperlekehkan seperti undi parti sebegini tidak ISLAM dan hanya parti ini sahaja ISLAM hanya untuk POLITIK dan KUASA.

Akhir kata ORG MELAYU sememangnya diperlekehkan dan tertinggal walaupun telah 50 tahun merdeka kerana ORG MELAYU sendiri. Kerana apa.....KERANA KUASA. Sedarlah, kalau bukan untuk kita sekerang-kurangnya untuk ANAK CUCU KITA.

Wassalam

5:54 PM  
Anonymous Anonymous said...

Tanya sama PM.

Kenapa tidak minat wanita Melayu.

Macam mana nak megaku berkhidmat untok Melayu.

Memang Melayu ni kaum yang lemah..takut.....

Parti Melayu , ramai mamak yang jadi pemimpin...

Hi Melayu kena tipu

Melayu oh Melayu

tak habis habis dengan mat jenin dengan labu nya

Kesian Melayu.....mamak punggut hasil berbillion orang Melayu tak habis habis dengan ketuanan Melayu

Bangun Bangsa ku.. Bangun jangan terpedaya dengan kenyataan ketuanan melayu

Jangan tertipu dari terus tertipu.

Mari kita siasat semua menteri yang ada sekarang .....berapa banyak harta mereka...

Melayu melayu

Tertipu.....APA ADA PADA KETUANAN MELAYU JIKA PEMIMPIN MEREKA BUKAN MELAYU.

SEJARAH KEJATUHAN MELAKA SEDANG BERMULA

11:31 PM  
Anonymous Anonymous said...

Sedara sedara semua cukuplah membuli owner blog ni.Kesiaan saya
membacanya.Dia sebenarnya minta simpati dari tuan2.bukan untuk kontra dia...hinggakan banyak commentpost yang terpaksa dideletnya.Menangis dia kan menahan sebak...

1:49 AM  
Anonymous Anonymous said...

Ketuanan Melayu jenis sombang bodoh dan tipu tu tak perlu. Ketuanan rakyat yang bertanggunjawab kepada semua lapisan masyarakat tu baru boleh diterima. Kaum pribumi bukan Melayu sudah meluat dengan gelagat UMNO.

12:09 AM  
Anonymous Anonymous said...

sila layari web ini untuk dengar lagu umno yang original

http://www.youtube.com/watch?v=II5WBI2I_c8

6:55 PM  
Anonymous Anonymous said...

Yang terhakis sekarang ini adalah kuasa Umno, bukan kuasa Melayu.
Jika orang-orang Melayu menolak Umno, mereka masih ada PAS dan sebahagian pemimpin utama dalam KeADILan yang terdiri dari orang-orang Melayu juga.
Umno menghadapi masalah besar sekarang ini kerana perjuangan ketuanan Melayu yang dilaung-laungkan pemimpin mereka sebenarnya hanya setakat retorik.
Yang diperjuangkan mereka hanya adalah perjuangan ketuanan Umno dan pemimpin Umno.

12:46 AM  
Anonymous Anonymous said...

mari kita bersama-sama kuburkan UMNO.

12:28 AM  
Anonymous Anonymous said...

Saya berpendapat bahawa bukan parti yang melemahkan kaum melayu tetapi kaum melayu itu sendiri. Ini kerana kaum melayu itu sendiri tidak mengambil peluang untuk berusaha. Saya cukup terasa dan marah tatkala saya "dihina" oleh majikan saya 18 tahun dahulu dimana beliau mengatakan orang melayu lemah, malas, makan pun tak bersemangat, jalan mcm org nak mati, asyik harap kerajaan kasi tak de usaha...melayu terlalu manja. Pedih tp saya pekakkan telinga sabar. Ada benarnya, saya dpt bertahan 7 tahun mempelajari selok belok cara kerja mereka. Bila saya tinggalkan kerja saya, saya mula memcuba ditempat lain iaitu org melayu sendiri, tapi malang tak tahan lama....saya tak dpt terima cara kerja mereka yg selalu ambik mudah, senang lenang macam tak aktif dan aggresif, boss pun selalu hilang tak tahan lama dipejabat (mungkin nasib saya tak baik kot dpt syarikat begitu). Saya kembali bekerja di syarikat bukan melayu (kembali ke asal) aduhhh bahagianya, otak pun tak terfikir tentang apa nak makan tengahari..org cina keja mereka cukup fantastic especially company yg besar, kerja mesti cepat dan teratur, masing masing rush for projects demo buat terbaik ..of course sometimes "rasuah" pun ada bukan dlm government aja...mungkin sekrang government is much more better dalam tanggani rasuah, i hope dengan Ezam (jika masuk UMNO) dapat merealisasikan impian beliau dengan menyapu bersih soal rasuah agar UMNO kembali ke asal. So, tak baik la kalau kita menuduh secara melulu. UMNO memang dah banyak "tercedera" tapi dapat dipulihkan andaikata semua warga UMNO baik dari peringkat bawah hingga ke atas sepatutnya mengubati luka secepat yang mungkin. Kaum Melayu juga yang bakal merana. PAS tak begitu konsisten dalam isu orang Melayu, PAS bukan PAS dizaman 60an atau 70an lagi mereka pun terpaksa menerima hakikat yang sama...kalau Dtk Nik Aziz membenarkan bukan Islam menjadi PM, jadi ke mana hala tuju perjuangan PAS? PKR pulak dengan agenda masing masing dan saya merasakan tak semua wakil wakil rakyat dikalangan PKR ni bersetuju dengan DSAI. Jadi lambat laung orang melayu akan terpinggir juga. AAB akan meletakkan jawatan kemungkinan hujung tahun ni, ini merupakan sesuatu yang perlu kita hormati, tetapi jika itu berlaku maka apakah akan terjadi selepas ini? Tun M dah meletakkan jawatan dalam UMNO tapi tak moleklah jika Tun M menyatakan keingingan untuk menyertai semula parti jika AAB meletakkan jawatan..attitude begini tak elok ditunjukkan apatah lagi disaat saat UMNO sedang sakit. Ni mematahkan semangat orang melayu dikalangan ahli UMNO itu sendiri dalam mengubati luka yang belum kering. Tapi kalau TUN M tak suka AAB kenapa beliau melantik AAB? Adakah kerana ingin meredakan kemarahan akibat penangkapan DSAI atau ada perkara perkara yang TUN M ingin sembunyikan semasa beliau memerintah dahulu? Apa muslihat Tun M dengan memprotes sedemikian? Adakan kerana isu isu yang sedang dibangkitkan?

Nama pun manusia, jika UMNO/BN menang 2/3 agaknya semua org lupa diri asyik berpesta, yang tak baik jadi baik, yang baik lagilah baik. Fikirkan lah...Rakyat mengundi sebab namapun UMNO/BN. Bukan kerana Wakil Rakyat itu sendiri sangat. Sepatutnya Wakil Wakil dari bawahan UMNO/BN itu sendiri sepatutnya memberi idea atau cadangan yang bernas, benar dan tulus serta membuat kerja dengan betul dan saksama kepada kawasan masing masing. Jangan hanya fikir periuk nasi sendiri kemudian salahkan PM. Setiap kawasan mesti ada peruntukkan tetapi ke mana dan di mana peruntukkan itu? Adakah untuk mencantikkan kawasan dan jalan persekitaran Wakil Rakyat itu tinggal? Kekadang nampak sangat laa ada dikalangan orang melayu ni tak nak menolong sesama sendiri. yang tahu bertekak aja..menyusahkan rakyat aja.

Kaum lain mengambil kesempatan diatas ketidak stabilan dan kekalutan dikalangan orang melayu itu sendiri baik dari dahulu hinggalah sekarang.

Andaikata ada dikalangan bekas bekas ahli PKR yang ingin memperjuangan orang melayu dan ingin menyertai semula UMNO saya berpendapat elok benarlah, inilah masanya mereka menunjukkan kembali "kuasa atau magic" sebagai pelapis yg berwibawa, bersih dan cekap menjalankan tugas.

5:12 PM  
Anonymous Anonymous said...

aku tak faham apa korang payah sangat nak setuju pasal ketuanan rakyat dan sibuk sangat pasal ketuanan melayu. Kalau korang dapat ketuanan melayu yang korang nak sangat tu, tapi tak tahu nak jadi tuan yang sewajarnya, apa makna ketuanan melayu tadi?. kan jadi bahan lawak jenaka je!.dah lima puloh tahun jadi tuan masih tak dapat mengurus hamba sahaya dengan bijaksana tu pasal di pertikaikan ketuanan tu bila jadi macam tu korang melatah, marah, tapi apa yang korang nak marahkan. dah memang korang yang mintak jadi macam tu. asyik angguk angguk , geleng geleng, ikut telunjuk tuan samseng, takut membantah nanti kene lesing. Lu pikir lah sendiri!!!!.

1:16 PM  
Anonymous Anonymous said...

Melayu Mudah Lupa! Trade mark kita orang Melayu..

Nafsu, dengki, Khianat.... membawa pada perpecahan Kaum Melayu.....

masing2 tak nak kalah, ego, semua parti melayu sanggup berpecah demi ego dan maruah...

mahu dianggap jagoan, hebat, Yang terbaik.... sampai lupa akan masa depan... anak2.. generasi seterusnya....

Mudahnya nanti, jadilah Melayu Malaysia seperti Melayu Singapura..... haha.... lepas tu baru padan muka kita semua yea?

3:33 PM  
Blogger Mohd Areef said...

Assalamualaikum,

Hmmm..kenapa kita salahkan UMNO?Adakah UMNO penyebab bangsa Melayu ketinggalan dari segi ekonomi?Cuba kita berfikir sejenak...

Siapa yang wujudkan kuota pendidikan?Siapa yang wujudkan Bank Bumiputera dulu?Siapa pula yang wujudkan UiTM khas untuk bumiputera?Banyak lagi sudah pun dibuat untuk orang Melayu.Tapi kenapa kita masih ketinggalan?

Satu je sebabnya,
SIKAP ORANG MELAYU SENDIRI!
Kenapa kita sering dicop "pemalas"?Kenapa penganggur selalu dikalangan orang Melayu?Kenapa parti Melayu terbahagi kepada banyak?Dimana semangat "pra-merdeka" dulu?

Jelaslah disini bahawa UMNO bukanlah satu pihak sahaja yang harus disalahkan.Tetapi kita sendiri harus salahkan diri sendiri.UMNO dah banyak berkorban dan membantu.Sama ada kita perasan atau tidak tetapi kita sendiri yang memusnahkan bangsa kita.

p/s:sy nk petik post ni masuk dlm blog sy ok encik Anuar?

http://ariff89.blogspot.com

11:07 PM  
Anonymous Anonymous said...

Tok nak habaq satu perkara, kalau Rasulullah SAW nak jaga bangsa Arab, tak Islam kita la ni. Sebab tu baginda sanggup kena luka, kena hamun, kena hidup tak ada emas, perak; hanya nak bagi kita kenal Allah, ingat kepada Allah, ingatkan mati, syurga, neraka, pembalasan baik dan buruk supaya kita umatnya selamat di duniadan akhirat yang satu masa yang kita akan tempuh bersama dan tak akan binasa dah...mailah kita pakat ingat dan dulu kalau ditanya kepada kita, " Saudara orang apa ? Kita jawab, " Saya orang Melayu beragama Islam,"; la ni kalau soalan yang sama ditanya, jawablah, " Saya orang Islam berbangsa Melayu."......

11:31 PM  
Anonymous Anonymous said...

Tok nak habaq satu perkara, kalau Rasulullah SAW nak jaga bangsa Arab, tak Islam kita la ni. Sebab tu baginda sanggup kena luka, kena hamun, kena hidup tak ada emas, perak; hanya nak bagi kita kenal Allah, ingat kepada Allah, ingatkan mati, syurga, neraka, pembalasan baik dan buruk supaya kita umatnya selamat di duniadan akhirat yang satu masa yang kita akan tempuh bersama dan tak akan binasa dah...mailah kita pakat ingat dan dulu kalau ditanya kepada kita, " Saudara orang apa ? Kita jawab, " Saya orang Melayu beragama Islam,"; la ni kalau soalan yang sama ditanya, jawablah, " Saya orang Islam berbangsa Melayu."......

11:31 PM  
Anonymous bukan budak mana2 parti said...

kita hidup di bumi realiti, bukan semua kita tahu akan kebenaran dan bukan semua yang kita perkata benar, kerana salah kata kata akan menjadi fitnah.. jadi kurangkanlah berkata mengenai parti politik yang sepatotnya bergabung untuk melayu, even baru skrg di bangkitkan tetapi ia adalah isu yang berat dan apabila melibatkan melayu, ianya melibatkan islam.. bila begini, melayu dengan melayu bergadoh kerana ideologi2 yang tersendri, sampai bila2 pon melayu akan terus mundur dan di pijak bangsa yang merempat di bumi orang lain dari belakang.. sesungguhnya melayu adalah yang terbaik dan islam yang datang ke tanah melayu adalah tanda kedaulatan melayu yang harus di jaga.. melayu live forever

2:43 AM  
Anonymous Anonymous said...

Orang Melayu yang paling aku menyampah ialah apabila bincang saja sentuh Islam, berfikirlah secara rasional dan berpijaklah di bumi nyata. Orang yang kononnya cakap pasal Islam itupun bukannya Islamik sangat pun. Aku dah berusia 54 tahun, berpendidikan Melayu dan bercampur gaul dan hidup dengan orang Melayu/Islam tetapi apa yang aku tahu puak-puak yang kononnya Islamik itulah perosak bangsa sehinggakan Melayu menumpang di bumi sendiri.

Apa yang dibanggakan sangat dengan Islam kalau kehidupan seharian pun tidak Islamik? Kerja dengan orang bukan Islam, beli makanan yang asasnya datang dari orang bukan Islam sehinggakan peralatan pengkebumian pun beli dari kedai bukan Islam. Yang aku boleh faham dan katakan di sini, sebenarnya orang yang sikit-sikit sebut Islam itu sebenarnya bukan lah orang cerdik kerana aku yakin majoriti mereka tu Quran pun tak khatam, alih-alih nak ngaku lebih Islamik dari orang lain - menyampah dan meluat mendengarnya.

Sikit-sikit ikut rasul/nabi tetapi dia sendiri makan gaji. Kenapa tak berniaga ikut nabi? Sepatutnya kalau kuat sangat keislamannya kenapa bumi yang asalnya milik orang Melayu/Islam ini tidak lagi mempunyai ciri-ciri Melayu Islamnya?

Mulai sekarang janganlah lagi 'qoute' Islam itu dan Islam ini kerana dengannya orang Melayu tak akan ke mana-mana pun. Sakit jumpa doktor bukan Islam, buat rumah jumpa kontraktor bukan Islam dan begitulah bagi lain-lain sektor juga. Sepatutnya anak-anak kita yang otak geliga menghafal itu dihantar untuk jadi doktor, peguam, arkitek, jurutera dan lain-lain profesional, bukannya majoriti pergi belajar agama, hafaz quran sahaja. Di mana tanggungjawab fardhu kifayah kita?

3:18 AM  
Anonymous Anonymous said...

HIDUP MELAYU SEBAGAI TULANG BELAKANG ISLAM DI MALAYSIA.HILANG MELAYU DI MALAYSIA APA NAK JADI DENGAN ISLAM DI MALAYSIA. NAK DIHARAPKAN ISLAM BUKAN MELAYU DIMALAYSIA BILANGAN TAK BANYAK.

5:18 PM  

Post a Comment

<< Home