Friday, November 23, 2007

Siapa PONDAN


Ini juga antara cara Nazri menjawab - apakah ini wajar dengan sikap provokatif dalam Parlimen. Cuba kita lihat video klip berikut




Sebenarnya kita perlu menilai penggunaan perkataan-perkataan seperti pondan, wire fuse dan lain-lain perkataan seperti bodoh,pekak dan sebagainya. Kita perlu tahu kehadiran semua-maksud saya semua wakil rakyat adalah pemilihan rakyat. Adakah pemilihan rakyat ini turut di hina oleh mereka seperti Nazri Tan Sri Aziz.

Mungkin benar - Melayu berani kerana salah? Sebenarnya kalau kita lihat perbalahan komen-tidak ada sebab untuk Nazri Tan Sri Aziz untuk bertindak emotional dalam persoalan ini. Apa pun kita dalam Barisan Nasional tidak perlu bertindak memalukan diri dengan sikap dan komen yang nampak emotional lantas memberi indikasi bahawa perhimpunan "bersih" itu menakutkan kita.

Nazri Tan Sri Aziz juga mesti menghormati kehadiran rakyat pada perhimpunan itu dan bertindak untuk menerangkan bukan secara tidak langsung memanggil mereka dengan gelaran bodoh dan sebagainya. Tindakan beliau hanya memburukkan keadaan dan panggilan-panggilan itu menunjukkan "kematangan kepimpinan kita " dalam berhujah.

Apa kata anda?

25 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Mohd Tajol Rasul

Saya pikir setelah menyaksikan video klip tadi memang terang dan nyata Nazri over acting dalam parlimen.

Saya tidak fikir Nazri akan digugurkan oleh Pak Lah tetapi saya berharap beliau di gugurkan kerana beliau banyak melakukan blunders dalam kerja-kerja beliau.

Saya pikir juga tidak wajar Nazri menggunakan perkataan pondan dan wire fuse, seolah-olah pergaduhan budak-budak.

5:52 PM  
Blogger kamarulzaman ahmad said...

Salam,

kalau anda masih ingat semasa pak lah baru naik PM dia ada kata, dia mahu menteri dia bertanggungjawab dengan kerja mereka.

Menteri hari ini yang rata-rata diikat hidung oleh TUN dahulu, tiba-tiba kena berdikari dan maka terserlahlah kebodohan masing-masing. Menteri yang cerdik politik sedaya upaya menikus dan tidak cari hal.

Nazri adalah mangsa keadaan dirinya sendiri. Dia kelihatan hendak membela Pak Lah, kelihatan hendak memperjuangkan najib juga... tapi dia sebenarnya bakal di tinggalkan oleh kedua-dua mamat ini.

Kini Nazri telah menjelmakan dirinya tersendiri. Tersendiri sebagai bodoh.

Tambahan
Untuk Pak Lah survive sepenggal lagi... kabinet mesti dicuci dengan meriam air, campur asid sikit supaya bau TUN M hilang.

7:42 PM  
Anonymous Anonymous said...

Poooooohhh maka Nazri pu lari lah...Dr Mahathir cite pasal Nazri penakut tu. Tapi memang betul, org kalau desprate macam dia lah. Kalau dah tak de hujah mereka meraban aje lah....sebenarnya nazri itu nampak samseng tapi penakut ya amat tu. Lebih ni apakata kita bogelkan nazri tu...menteri jaga parlimen tu. Jawatan subsidi

6:26 PM  
Anonymous Anonymous said...

UMNO patut buang org macam ini. Ini bukan pemimpin. Ini sebenarnya pondan , bodoh , pekak all dalam satu.

Anyway thanks umno-reform

3:37 AM  
Anonymous Anonymous said...

tolong tinggalkan org camni dalam umno...jgn buang...biar anak cucu kite tahu inilah spesis umno yg nak pertahankan org melayu!!!

5:06 PM  
Anonymous Anonymous said...

sebenarnya saya amat menghormati yb, kan dia berani untuk menentang?
sapa lagi yang nak menentang kalo lain duduk dan tidur?
yb telah mempertahankan orang yang mempertahankan kita

8:04 PM  
Anonymous Anonymous said...

Sebab itu Nazri hanya layak jadi YB UMNO. Bayangkan kalau Nazri berhujjah macam tu dalam Mahkamah. Kalau hakim tak mati sebab ketawa, hakim akan jatuhkan hukuman kepada Nazri sebagai lawyer untuk dihantar masuk kelas tadika semula.

Macam budak kecil bergaduh. Begitu rendah tahap mentaliti seorang YB bertaraf menteri. Apa salahnya dijawabnya soalan Lim Kit Siang itu secara berhemah?

Teringat zaman kanak2 dulu, begitulah bila bergaduh. Parlimen tu bukan pasar jual ikan. Jika dilihat cara Nazri berhujjah. Jauh lebih professional makcik2 berniaga di Pasar Siti Khadijah di Kota Bahru.

Kalau ikut ilmu psikologinya. Cara Nazri berhujjah adalah satu cara helah bela diri. Begitulah cara orang yang bersalah untuk mengelak dari tuduhan yang dikenakan ke atasnya. Dicampur pulak dengan perangai macam budak2 yang belum bersunat. Beginilah perangai anak Tan Sri yang tak pernah kenal susah.

10:30 PM  
Anonymous Anonymous said...

Walau apa pun orang nak kutuk, caci, over acting.... Teruskan perjuangan untuk pertahankan hak orang Melayu dalam parlimen. Hanya YB Nazri orang yang berani lantang bersuara.

11:35 AM  
Anonymous Anonymous said...

lantang bersuara tapi tanpa fakta

4:39 PM  
Anonymous Anonymous said...

umno perlu orang mcm nazri..beliau tidak takut dengan tekanan pembangkang..lim kit siang bukan calang2 orang..tapi nazri yg masih setahun janggung jika dibandingkan dengan kit siang berani bangun menentang walaupun pada asasnya nazri sendiri tiada fakta yg hendak dihujahnya..namun keberanian mempertahan lebih penting

3:21 PM  
Anonymous Anonymous said...

keberanian kepala otak lu...itu bukan keberanian itu bodoh dungu namanya...kalau setakat cakap org bodoh dan pondan kira berani ka!!

apa punya bangang UMNO ni.

10:42 AM  
Anonymous Anonymous said...

ko pening ke rizan?
org bodoh mcm nazri jer yg argue dgn xde fakta..
org bodo jer backing org bodo mcm nazri ni..
malu la org melayu kita tgk pemimpin perangai mcm ni..
hujah dgn cara berhemah la, baru org respect..

6:00 PM  
Anonymous Anonymous said...

oolo

9:26 PM  
Anonymous Anonymous said...

betul lah tu kita ikut kata majoriti, apa nak pening2

9:31 PM  
Anonymous Anonymous said...

Inilah contoh kebodohan pemimpin UMNO

2:40 AM  
Anonymous Anonymous said...

erm..mmg tanpa fakta hujah2 dia.kenapa ada menteri yg mcm nih??bersuara utk tunjuk berani?? mmg memalukan..

4:20 PM  
Blogger MD said...

Bahasa menunjukkan bangsa. Kita bangsa beradab, belajarlah sikit. Kita ada adat perpatih, adat berbicara, pergilah ke pasa siti khadijah belajarlah sikit dengan mak cik yang jual sayur tu macam mana nak berbahasa. Berlapiklah sikit.

4:38 PM  
Blogger Online Printing Services said...

saya fikir wajar Nazri cakap camtu...dia merupakan seorang pemimpin yang berani.Pemimpin macam nie la yang kita perlukan..sentiasa membela bangsa melayu...sanggup menaggung risiko walaupun tahu risiko yang akan dihadapi ketika berucap di parlimen seperti dirakam..tetapi untuk bangsa melayu dan tidak sabar dengan sikap DAP dan PKR yang nak merosakkan bangsa melayu, so dia amek risiko tersebut..syabas Nazri...!!!

bangunlah bangsa melayu...jangan mudah terpedaya ngan janji pembangkang yang tak tentu hala tue....kejayaan BN telah kita lihat...jangan kerana kita terpedaya ngan pembangkang, msa depan anak bangsa kita masa tergadai...

5:25 AM  
Anonymous Anonymous said...

dulu kalau masa Tun mana2 menteri yg kurang ajar mcm tu memang dah turun pangkat dah,tak duduk lagi kat jabatan perdana menteri dan pastinya akn kena 'berus' oleh Tun belakang tabir.

Cara Tun dulu saya tengok nak atur spya betul dan ikut peraturan, sekarang ni byk menteri2 tak ikut peraturan yg dibuat sendiri. mcmana bgsa lain nak hormat kat kita kalau diri sendiri perangai mcm samseng. inilah yg disebut takda intergriti. semuanya nak kena atur nak kena ingat sebab mereka sendiri tak nak atur diri sendiri.

tu yg Tun jelmakan dgn 'melayu mudah lupa'. bkn setakat pemimpin mcm nazri tu sja tapi rakyat bumiputera juga. tp kalangan pemimpin lagi la teruk pasai depa yg pimpin mcm tu.

masa Tun jugak, beliau byk guna ayat berlapik, beliau guna cara psikologi, bukan cara emosi. sapa yg terasa tu akan fikir balik dan kata dlm hatinya ;"ehh..Dr M ni kutuk/mengata aku ke sapa ni?". jd semua org akan terasa.

tp yg pelik nape pak lah masih lagi kekalkan pemimpin mcm ni dlm jawatan penting kerajaan bn. tu yg Tun sindir dlm klip tu. kalau anak buah dia mcm tu, dia sendiri pun mcm tu jugak. lembut tp dlm diam samseng jugak guna kuasa sbgai PM.

memang betul bahasa melambangkan bangsa, org akan lebih hormat lagi kalau bila kita marah dan tak puas hati ditunjuk secara berhemah, guna bahasa yg berkias-kias dan bg contoh atau perumpamaan utk cabar otak dan fikiran org lain. bkn cakap org itu org ini bodoh, racis, tak ada otak dan mcm2 lagi.

kalau kita biasa baca quran kita boleh tau bagaimana cara wahyu itu disampaikan dan bagaimana bahasa yg mencabar kemampuan manusia utk berfikir dgn perkataan : "Tidak kah kamu memikirkannya","kalau kamu betul2 org yg beriman", "Tidakkah kamu perhatikan", "Tidakkah engkau tahu".

mungkin sebab ramai pemimpin kita skrg 'tak baca Quran' agaknya sebab tu sewenangnya saja cakap tak berlapik, guna perkataan yg emosional dan cuba bangkitkan kemarahan org lain. itu bukan berani namanya, itu lagi bodoh takda otak. belajar saja tinggi2 tp takda budi bahasa dan tak tau guna kaedah psikologi.

Tun dulu kata beliau tadbir negara mcm doktor rawat pesakit. maknanya sapa2 yg sakit otak dan sakit mental beliau akan tolong pulihkan dgn cara psikologi. kalau nak pulihkan semangat org sakit spya cepat sembuh Tun akan pulihkan juga dgn cara psikologi. mana ada beliau sakitkan lagi hati org yg dah memang sakit tenat.

sekarang ni apa dah jd, makin teruk, makin tak terkawal sakitnya. dahlah sakit fizikal menanggung beban kos hidup yg makin hari makin naik, tanggung pulak sakit hati dgn kata2 pemimpin yg takda tapisan. apa maknanya kata2 malaysia bkn negara kebajikan. kalau tak nak lagi bagi subsidi gunalah perkataan yg betul, jgn pakai perkataan 'direct' mcm tu.

fikir-fikirkanlah kalau kamu org yg tahu berfikir.

8:01 PM  
Anonymous Anonymous said...

mula2 respect jugak kat mamat ni..sbb. berani tapi start dia biadap dengan TUN yang dikasihi, PakLah pun tak lebih dia lak yang over..pu----k, biadap, bangsat, pengkhianat, bodoh, baghal, semua ada kat dia ni..kunun hero..hero taik kucing conclusion baik dia pegi jahanam dari UMNO, setuju gugur kan dia ni...Kg. Gelap///

4:07 PM  
Anonymous Anonymous said...

Nazri??? Menteri lari malam tu?? Sudah-sudah la tu. Dia ni beraja di mata, bersultan di hati. Sape jadi bos.. itulah yang dibodeknya.Dia, Khalid Nordin... sma spesis la tu. Mereka ni semua YB yang mudah lupa.

11:50 PM  
Blogger Mohd Amir Baba said...

nazri patut dah lama disingkirkan

5:37 PM  
Anonymous Anonymous said...

NAZRI INI KAT TUN MAHATHIR PUN DIA TAK TAHU NAK HORMAT, DI SINI KITA BOLEH TAHU PERIBADI DIA MACAMANA. APA YANG DIA ADA HARI NI PUN PASAL TUN. KALAU TAK SETUJU DGN TUN PUN CAKAP TU BERLAPIK LAH SIKIT. PASAL VIDEO KLIP DGN LIM TU, SESEKALI NAZRI PUN NAK TUNJUK DIA HERO DALAM PARLIMENT.

5:45 PM  
Blogger Mohd Amir Baba said...

MASA SEKARANG NI BAGI COMMENT PASAL TUN LAGI BAGUS....
BUAT APA NAK COMMENT PASAL ORANG MACAM NAZRI YANG TIDAK MEMBERI SUMBANGAN PADA NEGARA SAPA JADI PM DIA BODEK.COMMENT PASAL SUMBANGAN TUN UTK MALAYSIA LAGI ADA FAEDAH.

5:52 PM  
Anonymous Anonymous said...

Setiap kali aku baca komen mesti ade 2 pihak..Satu yg membacking satu yg menghentam.Bagus sebenarnye boleh saling bertukar pandangan dan pendapat.Tapi ape yg aku nak katakan dikala pagi ini ialah cara Nazri mmg salah dan cara die adalah betul.Cube la korang fikir2kan.Toksah la dok mengata yg die saje buat perangai samseng.Ahli dari PKR ngan PAS pon sama saje ade gak yg samseng.Dari kite mengkondem dan mengupkan Nazri ni,marilah kite
bersama2 berfikir tindakan2 wajar dilakukan supaya parti2 Melayu di malaysia ni bersatu DEMI ANAK CUCU KITE DI MASA AKAN DATANG.

8:23 AM  

Post a Comment

<< Home