Monday, September 03, 2007

Merdeka – beralih tuan



Keriangan, keseronokan dan betapa menggamit perasaan kita mendengar A. Samad Said mendeklamasikan sajak kemerdekaan hanya membawa kita kepada satu persoalan penting - “Makna Merdeka”. Ramai yang telah di temu duga dan tidak kurang yang mengatakan bahawa kemerdekaan ini adalah satu kebebasan dari penjajahan - “orang putih”. Merdeka adalah bebas, merdeka adalah bila kita tidak lagi dijajah, kata mereka yang ditemu bual. Namun adakah kemerdekaan itu suatu kebebasan mutlak atau sebenarnya mungkin satu peralihan tuan. Kepada rakyat Malaysia khususnya Melayu yang telah mengorbankan status Tanah Melayu kepada Malaysia – Malaysia Singapura adakah itu satu kebebasan?

Hari ini siapa tuan? Hari ini siapa dijajah? Kalau penjajahan yang kita lalui terdahulu tidak melibatkan pertumpahan darah dan kemerdekaan yang diperjuangkan, diomongkan tidak melibatkan pertumpahan apa mustahil hari ini kita dijajah semula tanpa melibatkan pertumpahan darah? Kita mungkin ghairah melaungkan kemerdekaan tetapi adakah tidak mustahil kita kini dijajah semula tanpa melibatkan pertumpahan darah tetapi pengorbanan maruah. Mana letak maruah bangsa kita selepas merdeka? Di mana kedudukan kita sebagai orang Melayu dalam Malaysia yang semakin maju dan makmur ini.

Kita telah 50 tahun merdeka namun ke mana arah kita. Ke hadapan atau ke belakang? Adakah kita khususnya Melayu benar – benar bebas? Adakah kita sudah merdeka dari segi ekonomi atau adakah kita sedang dijajah dari sudut itu? Berkenaan kuasa politik – adakah kuasa ini semakin hari semakin terkikis atas perjuangan demokrasi segelintir kaum di Malaysia? Mungkin juga Melayu kini beralih tuan dari dijajah oleh British kepada bertuankan segelintir Melayu Elitis mahupun oleh bangsa lain seperti Cina dan India?

Kegagalan DEB yang ada sudah cukup memberi isyarat bahawa kita Melayu gagal dalam merealisasikan perjuangan. Kegagalan DEB adalah kegagalan penyatuan dan formula Tun Abdul Razak menegaskan bahawa kegagalan DEB adalah satu kegagalan sosiopolitik yang mampu meruntuhkan keharmonian negara. Berdasarkan formula itu adalah tidak kita sedang menuju ke arah sesuatu yang tidak sihat.

Beralih tuan

Melayu kini sudah beralih tuan. Kita seakan dijajah semula. Ini bukan satu omongan kosong tetapi ia jelas dengan kegagalan kepimpinan Barisan Nasional dalam pelan induk Dasar Ekonomi Baru. Ini akan menjadi punca ketegangan sosiopolitik lantas amat memudaratkan. Adakah kita lupa pada pesanan Allahyarham Tun Abdul Razak dan amaran beliau mengenai kegagalan DEB.

Hari ini, adakah salah kalau kita nyatakan bahawa Melayu kini beralih tuan. Kita tidak dapat membicarakan kemerdekaan kerana kita belum merdeka secara menyeluruh. Yang merdeka adalah Malaysia yang komposisinya melibatkan berbagai-bagai kaum dan hari ini kaum-kaum lain mahu berkongsi kuasa dan mahu menonjolkan bahawa kemerdekaan juga adalah inisiatif mereka kini sedang menuntut beberapa perkara yang melibatkan hak orang Melayu.

Ini bukan sesuatu yang perlu disorokkan. Cina dan India adalah penyumbang kepada kemerdekaan dan lantas kita perlu memberi ruangan yang lebih kepada mereka. Kita juga perlu menggadaikan hak kita kerana Chin Peng dan Rashid Maidin juga pejuang kemerdekaan yang unggul, kata mereka secara tidak langsung. Kita dituntut untuk memerdekakan diri dengan membuang hak keistimewaan agar kita boleh bersaing, tidak perlu bantuan dan berdiri atas kaki sendiri. Ini adalah perjuangan kaum alaf baru. Ini adalah serangan kepada ketunanan Melayu yang ada selama ini.

Demokrasi amat benci kepada adanya hak – hak keistimewaan, kata mereka. Kita harus tanggalkan hak tersebut dan kita perlu memulakan sesuatu yang khususnya untuk mengembalikan kemerdekaan dari pandangan alaf baru. Kita perlu bersatu dan kita perlu adil. Kita tidak mahu ada lagi hak keistimewaan kerana itu adalah diskriminasi. Kita perlu hapuskan sekatan yang ada, tidak ada lagi terma bumiputera dan bukan bumiputera, kebebasan beragama dan keluar dari agama perlu ada bagi menghormati hak kemanusian. Ini semua perjuangan baru. Perjuangan yang mahu meningkatkan erti demokrasi tetapi tidak mahu memikirkan erti keharmonian.

Kita sudah beralih tuan. Melayu kini terjajah secara tidak langsung. Kuasa politik kita kini dicabar hebat. Hak Melayu yang dipersetujui juga mahu di hapuskan. Kita teruja lantas melakukan perubahan kerana tuntutan kita kini bukan politik untuk berbakti tetapi politik untuk diri. Apa sebeanrnya alternatif yang ada? Adakah kita mampu menahan cubaan penjajahan baru ini dengan air liur tanpa kehebatan orang Melayu dalam perekonomian bangsa. Mampukan kita pertahankan serangan penjajahan sekiranya kita sendiri terbelenggu dengan kekuatan kewangan bangsa lain. Kita terikat dengan penjajahan bentuk baru. Kita sekarang ini sedang berada dalam delima. Kita lupa mengenai keperluan sosiopolitik yang mencabar kita dalam bentuk berbeza. Maka kita akhirnya sepatutnya mengerti siapa tuan kita dalam negara Tanah Melayu.

Hari ini, kalu dilihat dari apa yang pernah dikatakan oleh Datuk Onn Jaafar - satu gambaran gelap akan berlaku kerana Melayu terlena dengan kuasa politik seakan berlaku. Kita sedia maklum bahawa kuasa-kuasa ekonomi merupakan senjata penjajahan baru dan adakah senjata itu sedang diacukan ke arah kita ? Kita tidak mahu kali ini kita menggariskan secara terbuka serangan yang bakal kita hadapi kerana ini akan menaikkan isu – isu yang dikatakan sensitif. Namun siapakah tuan kita sekarang ini? Siapa memegang ketuanan bumi Malaysia hari ini? Di manakah kedudukan kita sekarang ini?

Moga – moga kita sedar bahawa kemerdekaan khususnya orang-orang Melayu hanyalah kemerdekaan beralih tuan dan kita sedang dijajah, bakal dijajah terus dijajah oleh kerana Melayu itu sendiri.

10 Comments:

Blogger DATUK PANGLIMA said...

A'KUM SAUDARA..SAYA BERSETUJU DGN APE YG DIPERKATA KN TAPI SAYA MEMBANTAH TENTANG AYAT SAUDARA BERKENAAN KEBEBASAN BERAGAMA DAN MENGATAKAN IA HAK KEMANUSIAAN.MANA DATANGNYA RASIONAL TUAN BERCAKAP BEGITU?SAUDARA ISLAM KAN?KLU SAUDARA ISLAM MESTI SAUDARA TAHU BAHAWA MENYEKUTUKAN ALLAH ADALAH PERKARA YANG TIDAK AKAN DIAMPUNKAN OLEH ALLAH.MACAM SAUDARA SEBAGAI SEORANG ISLAM MAHU MELAYU ISLAM MERDEKA MENYOKONG PERKARA TERSEBUT?

3:53 PM  
Anonymous Anonymous said...

Ass. w.w.

Wah, ini satu topik besar yang tidak akan selesai semalaman.

Namun, kata perbilangan Melayu, jika ditebar sebesar alam, jika digulung sebesar kuku.

Saya ingin menyebut segala sekatan undang-undanglah yang telah membunuh dinamika bangsa. Mulai dari AUKU, OSA, ISA, Aku Janji dan seumpamanya merupakan pembunuh utama kebebasan bersuara. Cuba kita lihat, akibat AUKU, mahasiswa hari ini tak lebih dari pada robot pemburu ijazah, yang telah kehilangan makna kepedulian mereka sebagai bakal pemimpin masa hadapan. Lalu, cendikiawan kita yang berkubang di Universiti, juga telah ikut sama dengan mahasiswa. Mereka yang sangat arif tentang makna kebenaran, keadilan dan kesaksamaan membisu seribu bahasa. Kalau menara gading telah dikebiri, rakyat telah diperbodoh dan ditakut-takuti, sebenarnya sekarang kita sedang menunggu saat untuk ditalqinkan saja.

Perkara lain ialah tidak tegas dan konsisten dalam perlaksanaan undang-undang. Contoh bodohnya, kalau Md Taib buat repot terus je Polis ambil tindakan, tapi, kalau orang awam yang buat repot sampai ke tualah lu, tak akan ada apa-apa punya, apalagi pembangkang.

Sebagai tambahan, campur tangan parti memerintah dalam pengurusan pentadbiran negara juga tidak kurang buruk pengaruhnya.

WaLlahu'alam

Putra Perpatih

7:21 PM  
Anonymous Anonymous said...

Salam,

Setelah membaca apa yang saudara beberapa 'post' saudara, saya dapat simpulkan yang saudara tidak suka akan kehadiran kaum bukan Melayu terutamanya Cina di dalam negara ini. Saya tertanya-tanya mengapa saudara mempunyai tanggapan buruk terhadap kaum minoriti ini, mungkin saudara pernah berhadapan dengan situasi di mana saudara ditindas oleh kaum Cina.

Berdasarkan apa yang saya faham, saudara ingin menyedarkan bangsa Melayu tidak perlu takut untuk menyuarakan tentangan mereka terhadap kaum Cina.

Satu yang ingin saya persoalkan, apakah sebenarnya kesalahan yang dilakukan oleh kaum Cina.

Adakah mereka yang menindas atau mereka yang ditindas.

Kita merasakan mereka menindas kita tetapi mereka merasakan sebaliknya. Siapa sebenarnya yang menindas kita. Dan jika benar mereka menindas kita, apakah sebabnya mereka berbuat demikian.

Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya, setiap yang berlaku pasti ada sesuatu yang mendorong ia berlaku. Adakah mereka menindas kita kerana mereka seronok berbuat demikian, atau pun mereka berbuat sedemikian kerana merasakan mereka sendiri ditindas.

Apa yang kita perlukan bukanlah untuk berbalah sesama sendiri, kita perlu bersatu. Kita haruslah saling memahami satu sama lain dan budaya menuding jari sesama sendiri tidak akan dapat menyatukan kita.

Raja Hafify Zaed
http://www.facebook.com/topic.php?uid=2245557741
&topic=3225&start=0&%20=00fb48ecc50dd48094786ee
2b2a6c756
prince_alphafy@yahoo.com

1:47 PM  
Anonymous Anonymous said...

Hello... nak tanya macam mana golongan bukan bumiputera boleh memuaskan tuan ... kalau bekerja keras bangun 5 pagi tidur 12 malam, dikatakan meminggir Melayu dari sudut ekonomi kerana lebih maju bisnesnya, ataupun kerjayanya.

Kalau yang tak rajin dan tak berpendidikan, dikatakan menyusahkan Melayu kerana terlibat dalam kegiatan samseng dan rompakan.

Habis nak macam mana? saya kira selagi isu-isu ekonomi ini dilihat dari segi kaca mata ras, selagi itu orang Melayu akan merasa terancam. Dunia sudah berubah dan sekarang manusia bersaing melalui negara, tidak lagi mengikut ras. Negara itu ibarat kapal yang awak-awaknya boleh terdiri daripada suku-suku yang berbeza. Yang pentingnya kapal itu mampu belayar di laut yang begelora dan selamat tiba di destinasi. Kalau asyik mahu difikirkan hak siapa untuk jadi kapten jadi quartermaster dan sebagainya, maka apabila ribut datang pastilah kapal itu akan karam - dan membawa bersama-samanya krewnya.

Saya mengajak saudara berfikir dari sudut itu dan menyahkan fahaman ras yang sempit dan tidak lagi relevan dalam zaman ini.

2:44 PM  
Blogger JaguhKampung said...

Blog orang gila

11:40 PM  
Blogger SANG KELEMBAI@zaharin mohd yasin said...

This comment has been removed by the author.

12:05 PM  
Anonymous Anonymous said...

Tak salah kalau kita katakan bahawa Melayu merempet dan beralih tuan. Tuan melayu kini duit dan kuasa untuk buat duit. Salah ke kalau kita katakan ini salah melayu sebenarnya.

Ini adalah hakikat yang saya kira mahu sdra anuar katakan. Tahniah dan kita komen dengan baik bukan untuk marah2. Cina memang benar tuan kita dalam perniagaan.

12:08 PM  
Anonymous Anonymous said...

I seriously think that you have to learn to do citations and make proper references before making claims which are not supported by concrete proofs. Chinese has never want to be the "tuan", chinese just wishes to be treated fairly. Same for Indian, and our bumiputras who are not benefited from the so-called "New Economic Policy". If you have some time, please go and visit Sarawak and Sabah, talk to the Orang Asli. Were they benefited throughout these years?

Alas, keep revolving around the same topics for so many years, yet has not been enlightened. Sad

8:36 PM  
Anonymous Anonymous said...

bukan salah ibu mengandung.
ta'kala dato onn jaafar menubuhkan umno dan menentang malayan union dulu beliau telah menemui satu hakikat yang mesti diterima iaitu kehadiran bangsa cina dan india untuk sama sama hidup dalam kemerdekaan.kerana itu beliau mencadangkan umno membuka keahliannya kepada bangsa cina serta india tetapi malangnya cadangannya di tentang olih pemimpin umno yang lain.sebaliknya pemimpin umno yang diteraji olih tengku dan tun razak ketika itu lebih suka kepada mekanisma perikatan yang mendapat sokongan british.kerana itu dato onn keluar umno dan menubuhkan parti negara yang kurang mendapat sambutan.idea untuk membuka keahlian kepada semua bangsa tidak mendapat sambutan sebaliknya mekanisma penyatuan perikatan dengan orang melayu cina dan india mempunyai parti sendiri akhirnya yang berjaya mendapatkan kemerdekaan dari british.dato onn sebagai pencetus pejuangan demokrasi jalanan dengan laungan hidup melayu akhirnya terpinggir.
sesudah 50 merdeka akhirnya kita sedar kita merdeka dengan mekanisma yang salah.kalau dulu idea dato onn diterima mungkin keaadan tidak jadi macam sekarang.
mungkin kita tidak akan menyalahkan bangsa cina dan hindraf tidak perlu berdemostrasi menuntut hak.
kenapa begitu? sebab mekanisma perikatan meneruskan dasar divide and rule penjajah.semangat perkauman terus ditanam dikalangan orang melayu cina dan india.peristiwa 13 mei 1969 menjadi sejarah.namun sesudah itu umno terus memainkan sentimen ini sehingga hari ini.buktinya perhimpunan hindraf yang baru ini,ada percubaan dikalangan pemimpin umno untuk mencetuskan ketegangan kaum bilamana zainudin maidin mengeluarkan kenyataan pelajar mesir marah dengan hindraf serta bilamana paklah menyatakan apa yang dituntut olih hindraf itu satu pembohongan dan bolih mencetuskan ketegangan kaum.itulah hakikatnya kemerdekaan yang kita capai.kesilapan dalam memcapai kemerdekaan inilah punca segala galanya.orang melayu dimalaskan dengan berbagai bagai cara olih kerajaan.dari subsidi sehinggalah lobi melobi sedang orang india dibiarkan melarat di estete estet dan orang orang cina yang sedar nasib mereka tanpa pembelaan bekerja keras untuk sesuap nasi dan hasil kerja keras inilah akhirnya membawa mereka menguasai ekonomi dan dicemburi olih orang melayu dengan didalangi olih umno.
seandainya idea dato onn diterima dulu bilamana pemimpin dari keturunan melayu cina dan india bolih duduk dalam satu parti keadaan ini mungkin tidak berlaku kerana segala masalah dan perancangan bolih dibuat dengan telus tanpa perlu dihalang seperti kaedah parti yang berasingan yang ada sekarang.
hakikat ini disedari selepas 50 tahun merdekan dan kelahiran semula parti negara dato onn semakin terserlah menerusi PKR yang mula mendapat sambutan bukan sahaja di semenanjung malah di sabah dan serawak.dan apa yang pernah dicadang dan di perjuangkan olih dato onn dulu mula mendapat sambutan dan perhatian terutama dari masyarakat india dan cina.ironiknya,pemimpin yang mencetuskan semula idea dato onn inilah dsai bukannya cucu beliau yang masih leka dibuai keenakan BN.

12:19 PM  
Anonymous Anonymous said...

Maaf kerana saya tidak dibesarkan dengan prejudis kaum. Saya melihat setiap manusia sebagai anak cucu Adam. Saya tidak melihat warna kulit, bentuk mata dan seumpamanya. Saya berbangsa Melayu tetapi setiap kali ditanya, saya dengan bangga menjawab bahawa saya adalah anak Malaysia.

Setiap rakyat yang diiktiraf sebagai rakyat Malaysia harus mempunyai hak-hak yang sama. Jika tidak, tidak ada bezanya kita dengan Kerajaan Apartheid di South Africa yang kita kecam suatu masa dulu. Percayalah, suatu hari negara akan berkecai jika dasar aparheid ini berpanjangan. Meneruskan dasar ini bermakna meletakkan diri kita di kasta yang amat rendah dan hina. Hanya orang yang tidak bermaruah mahukan dasar ini. Ramai orang politik menyokong kerana kita semua tahu harga diri mereka.

DEB adalah racun kepada perpaduan kaum dan ubat pelemah kaum Melayu.
UMNO pula bagaikan dukun yang memberi ubat tersebut untuk kepentingan ekonomi dukun itu.

Saya tinggal di negara barat. Biarpun tidak memegang taraf warganegara (saya masih rakyat Malaysia), biar pun tanpa DEB, tanpa UMNO, tanpa ketuanan Melayu, tanpa subsidi, saya mampu berdiri sama tinggi dengan warganegara barat ini dari kemajuan ekonomi dan social status. Malah ramai lagi rakyat berketurunan Melayu yang sebaris dengan saya. Kami semua yakin bahawa kami tidak akan mampu mencapai tahap ini di negara sendiri kerana kami bukan kroni kepada pihak yang memegang kuasa.

Kita di Malaysia merasa tidak yakin tanpa tongkat kerana setiap hari kita dimomokkan bahawa kita umat yang lemah.

Pejuang-pejuang dahulu mencapai kemerdekaan tanpa dasar-dasar perkauman. Jika DEB dan hak-hak istimewa orang Melayu diwujudkan oleh British sebelum merdeka, saya yakin sehingga hari ini kita masih belum mahu merdeka.

2:00 PM  

Post a Comment

<< Home