Sunday, February 11, 2007

Hakikat- kaum Cina lebih berjaya


But it is not right to say that the Chinese are not getting opportunities. That would be wrong


Ini adalah komen yang dibuat oleh Tun Mahathir dalam majalah Off The Edge. Ini membicarakan persoalan mengenai keraguan kaum lain dalam Malaysia terhadap polisi yang dikatakan menindas kaum lain di Malaysia. Ini juga mengupas hakikat betapa kritikal masalah perhubungan ras seperti yang dimaklumkan oleh Ramon Navarathnam, Presiden Transparency International Malaysia. Persoalan diskriminasi antara kaum tidak wujud sama sekali kata Tun. Menguatkan kenyataan ini kita harus menerima bahawa penekanan Dasar Ekonomi Baru adalah agar kaum majoriti yang mempunyai pegangan ekonomi yang minoriti dapat bersaing dengan baik. Ini mungkin sesuai dengan konsep dan definasi Keadilan Sosial yang bukan sahaja cuba dilaksanakan oleh kerajaan malah turut diperjuangkan oleh laungan parti pembangkang. Tun Mahathir turut membidas mereka yang menganggap opurtuniti kaum lain terhalang dengan berkata:

If you care to really make a quantitative assessment of the Chinese and the Malays, surely you must admit that the Chinese are batter off than the Malays. That is the fact

Maka persoalan ini timbul sekali lagi, Melayu terpinggir di tanah sendiri dan ini perlu ditangani dengan hati-hati. Sekiranya tidak maka penulis dan mereka yang mahu membincangkan isu ini mungkin boleh ditangkap tanpa perbicaraan. Adakah dengan menyorok isu ini maka semuanya akan berjalan pulih?

Maka persoalan, ketetapan dan hakikat Cina lebih bagus dari Melayu ini dijawab oleh Tun Mahathir sebagai masalah Melayu dan berpunca dari Melayu. Tidak pernah sama sekali kesalahan ini berpunca dari Melayu Perdana dan sebab kepimpinan Melayu yang mempertaruhkan kuasa yang ada sebagai komoditi untuk tukaran wang. Masakan ini mampu dinafikan oleh Mahathir. Kita bincangkan secara terbuka tetapi jangan beremosi - Anuar Mohd Nor

25 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Akhirnya Anuar kamu menulis kembali...lama sebenarnya saya menunggu perbincangan topik sebegini. Sebenarnya memang tepat sekali, tidak ada satu negara pun yang memberi layanan kepada bangsa lain di negaranya kecuali Malaysia. Di sini sepatutnya sebarang tuntutan yg mereka buat seharusnya tidak melanggar syarat kontrak sosial yang telah ditetapkan.

Mereka hari ini lebih vokal tetapi kita lebih rela berdiam dari membuat kenyataan benar. Saya belum mendapatkan majalah tersebut tetapi dari apa yg sdra cakap, saya akui kebenaran quote TDRM.

Kaum lain juga perlu diajar bersyukur dan tidak bertindak mempersoalkan hakikat dan kebenara.

Cina harus melihat polisi kerajaan sebagai satu usaha mengadakan a level playing field.

12:05 PM  
Blogger Unknown said...

Rakyat Malaysia terutama Kaum Melayu harus sedar polisi kerajaan dalam Dasar Ekonomi Baru tidak begitu berkesan dalam menandatangi isu-isu Melayu yang terpinggir di bumi Malaysia. Setelah kita hampir 50 mencapai kemerdekaan, siapa kumpulan Melayu yang berjaya? Jelas nyata, yang kaya tu majoriti dari BN and kroni-kroni mereka.

Bangsa-bangsa lain terutama kaum Cina sedar kepentingan DEB dalam usaha untuk meningkatkan pegangan ekonomi kaum Melayu agar isu 13 Mei tidak berulang lagi. Siapa yang tidak mahu melihat negara sendiri dalam keadaan yang stabil dan makmur?

Tapi, amat menyedihkan yang banyak Kaum Melayu sendiri tidak sedar yang polisi yang dibentuk oleh kerajaan tidak berkesan malah hanya memberi manfaat kepada mereka sendiri dan kroni-kroni mereka. Adakah itu satu usaha kerajaan untuk mengadakan satu level of playing field untuk majority kaum Melayu atau sekumpulan sahaja? Hakikatnya, majority kaum Melayu terus terpinggir... Kalau dibandingkan dengan kaum lain terutama kaum Cina, bukan kaum Cina lebih berjaya tetapi kaum Melayu sendiri yang tidak bergerak maju..

Kalau kerajaan betul betul mempunyai keinginan untuk memperbaiki kedudukan ekonomi kaum Melayu, maka lakukan dalam bentuk yang lebih transparent.

Yang lebih penting, kalau kaum Melayu hanya tahu bersyukur and hanya tunggu kerajaan menolong mereka tanpa mereka sedar and berkerja keras untuk memperbaiki kedudukan ekonomi mereka sendiri, apa gunanya... Berikan 20 tahun lagi Dasar Ekonomi Baru pun tidak akan berjaya.. habis duit rakyat Malaysia masuk dalam akaun BN dan kroni-kroni mereka...

2:28 PM  
Anonymous Anonymous said...

Masalah kejayaan anak melayu ni bukan sbb apa. Banyak anak melayu yg pandai2 dan saya yaking mereka boleh compete head-on dalam pentas dunia walaupun tanpa DEB.

Masalah skarang ni adalah siapa yg dapat syer 30% ekuiti melayu tu? Tak perlu nak bangkitkan yg majoriti syer tu milik umno-umnoputra. Macammana org yg patut dapat nak pegang sedangkan alibaba2 ni yg bolot semuanya. Lepas tu bila syer saham melayu turun api-apikan, salahkan org cina.

TDM memang betol, melayu mudah lupa, tapi bukan lupa apa, lupakan tanggungjawab!!!

2:47 AM  
Anonymous Anonymous said...

Bagi saya ini bukan masalah DEB. DEB mempunyai niat yg baik. Malang nya kepimpinan UMNO yang bedal semua. Ini adalah punca Melayu tertinggal. DEB adalah dasar untuk menjaga kepentingan org - org Melayu dan ini penting. Dasar ini perlu.

12:27 PM  
Anonymous Anonymous said...

aku setuju sgt dgn MAT.... gelaran melayu mudah lupa ialah gelaran yg sepatutnya ditujukan kpd pemimpin2 UMNO dan Kroni2 yg sepatutnya diamanahkan memajukan melayu setelah diberi mandat...namun amanah yg diberikan utk memajukan melayu seperti yg mereka laungkan tersebut (biasanya diperhimpunan agong UMNO) diketepikan akibat sikap rakus mereka mengumpul kekayaan peribadi dan kroni2...memang aku tak nafikan golongan melayu ni byk yg tak rebut peluang yg ada...tapi itu bukan alasan pemimpin utk mengkambing hitamkan rakyat berbangsa melayu...sebenarnya golongan pemimpin yg seharusnya memastikan ekonomi bangsa melayu terjamin...namun yg berlaku sebaliknya...kekayaan2 dinikmati oleh golongan tertentu sahaja...ianya tidak terbuka luas disebabkan kerakusan mereka yg tidak bertanggunjawab...

Pendek kata DEB sebenarnya indah khabar dari rupa...apabila isu kegagalan DEB diutarakan maka rakyat yg dikatakan mudah lupa...mereka tidak tahu bahawa tidak lama lagi kita pula akan MELUPAKAN BN!

2:36 PM  
Anonymous Anonymous said...

Kepada anonymous pertama yang memberi hujah "ada satu negara pun yang memberi layanan kepada bangsa lain di negaranya kecuali Malaysia"...

Aduhai, sampai sekarang saudara masih menganggap keturunan Cina dan India di Malaysia sebagai bangsa lain?? sampai bilakah masanya barulah dapat kita betul-betul bersatu sabagai rakyat Malaysia apabila saudara masih terungkap dengan mengkategorikan kulit kuning dan kuli hitam sebagai asing??

Niat DEB memang baik. Tetapi disalah guna dengan sepenuh-penuhnya oleh Pemimpin UMNO. Lihatlah siapa antara orang terkaya di Malaysia. Dalam paper, oh, memanglah Ananda Krishnan, Lim Goh Tong dia orang. Bagaimana dengan mereka yang bukan dalam paper? Tun D*im, Halim Sa*d, Naji$,...dan ramai lagi, habis bersih sumber dan duit rakyat dihasap...tetapi ini wang gelap. Percayalah, harta mereka lebih banyak daripada tauke tauke besar yang lain.

jangan pertikaikan lagi kesusahan bangsa Cina dan India yang hidup di Malaysia.

Jangan buat andaian Orang Cina dan India itu kaya dengan hanya melihat kepada nama-nama besar seperti Lim Goh Tong dan Ananda. Cuba pergi ke kampung baru Cina di pinggir bandar. Lihat betapa susahnya hidup mereka. Anak-anak cina dan india terpinggir, akhirnya jual VCD atau jadi samseng...budak india pun jadi samseng.

Masyarakat india dan Cina kini dilanda krisis...cuma Orang Melayu hanya memilih melihat dari sudut sempit, dengan bertumpu sahaja kepada masyarakat Cina/India yang tinggal di bandar..

Biarlah adil...

12:17 AM  
Anonymous Anonymous said...

bangsa malaysia....aku sokong ko bro....

memang skrg isu bangsa adalah isu lapok...isu bangsa yg selalu dijadikan sandaran pemuda UMNO utk dapat sokongan melayu murahan aje...

skrg ni dah jelas semua bangsa dimalaysia sudah ditindas oleh kerajaan yang juga pelbagai bangsa...so kita kena berjuang atas tiket liberal supaya semua rakyat berbilang kaum dapat hidup selesa...isu bangsa ni dah lapok la...jika sesuatu bangsa nak maju maka bangsa itu kena bangkit mengubah paradigma mereka utk maju.....

UMNO sampai bila2 pun dia akan main isu bangsa utk dpt sokongan murahan org melayu...

10:53 AM  
Anonymous Anonymous said...

bangsa malaysia....aku sokong ko bro....

memang skrg isu bangsa adalah isu lapok...isu bangsa yg selalu dijadikan sandaran pemuda UMNO utk dapat sokongan melayu murahan aje...

skrg ni dah jelas semua bangsa dimalaysia sudah ditindas oleh kerajaan yang juga pelbagai bangsa...so kita kena berjuang atas tiket liberal supaya semua rakyat berbilang kaum dapat hidup selesa...isu bangsa ni dah lapok la...jika sesuatu bangsa nak maju maka bangsa itu kena bangkit mengubah paradigma mereka utk maju.....

UMNO sampai bila2 pun dia akan main isu bangsa utk dpt sokongan murahan org melayu...

10:53 AM  
Anonymous Anonymous said...

assalamualaikum & selamat sejahtera,

pada aku orang melayu sendiri terlalu selesa dengan ape yang ade! itu belum kita rungkai lagi pasal masalah2 orang melayu!

2:31 AM  
Anonymous Anonymous said...

Assalammualaikum saudara

Saya rasa ingin mengupaskan masalah kemelayuan di tanah melayu dulu asalnya.
Sebenarnya kerajaan kena memainkan peranan untuk menentu kan 30% terbentuk di dalam sektor perniagaan dan pentadbiran terlaksana.
Untuk menentukan perkara itu terlaksana, pihak kementerian yang berkenaan membuat pemereksaan dokumentasi dan lawatan di tapak perniagaan dan syarikat.
Sebagai contoh di sektor pembinaan, terdapat satu syarikat asing membuat kerja atau kontrak kerajaan, yang memerlukan 30% bumiputra dari segi pekerjanya dan sub-kontraktor atau pembekal. Tetapi malangnya semua hanya di atas kertas arahan pihak yang berkenaan yang dilakukan semasa pemohonan lesen atau sijil untuk di hantar bersama tende dokumen.Hakikatnyanya 30% itu tidak wujud sama sekali di dalam syarikat tersebut. Malahan pekerja melayu yang di ambil intik lengkapkan 30% itu tadi hanya di tawarkan bekerja sebagai pemandu, kerani, penyambut tetamu dan pembuat teh, di mana anak melayu yang sebagai jurutera tidak di tawarkan. Peluang berniaga dalam syarikat tersebut tidak di beri peluang dan sebagai pembekal jauh sekali.
Jika semua badan kerajaan mengambil berat tentenag perkara 30% itu tadi mungkin tidak terjadi sehingga kini.
Lama kelamaan orang melayu akan menjadi tersisih di tanah air sendiri.

9:48 AM  
Anonymous Anonymous said...

Kita perlu sedar kesilapan DEB adalah bukan pd dasar kehadirannya. Ia adalah kerana perlaksanaannya dan Pak Lah hari ini sedang berusaha untuk memperbaiki ketirisan dan perlaksanaanya. Kita org Melayu asyik sebok memikirkan mengenai sensitiviti bangsa lain. Mereka tak pernah fikir sensitiviti kita. Ko orang ingat tak tuntutan Suqiu. Mrk tak takut menyuarakan isu sekolah cina, diskriminasi terhadap Cina. Hantar memo sebab IFC dan balik - balik menyuarakan demokrasi dengan menghapuskan taraf bumiputera.

Hari ini kita perlu letak stand, kita melayu dan kita perlu diberi hak keistimewaan. Kita perli ada DEB agar peluang kita untuk kejar mereka dlm perekonomian terjamin.

Kita jangan mencurah air bila guruh berdentum .. belum tentu hujan

11:43 PM  
Anonymous Anonymous said...

Malaysia sepatutnya sudah mencapai lebih banyak kemajuan dengan sumber alam yang ada. Kemajuan Malaysia terbantut sebab ada banyak orang yang bodoh seperti anonymous 12.05pm

10:52 PM  
Blogger Unknown said...

Assalammualaikum dan selamat sejahtera...

Suara Rosli tu agaknya orang UMNO.. apasal nak perlu ini dan perlu itu, pada hal nya, sudah lima puluh tahun pun, pentadbiran kerajaan UMNO tidak memperbaiki kebanyakan kedudukan orang Melayu.

Dia tu nak pyscho kaum Melayu supaya nak undi UMNO, kononnya dengan hak keistimewaan and DEB, kita akan terus maju. Akhirnya yang untung tu Umnoputras and alibaba2.

Sudah kena tipu begitu lama pun belum insaf!?

11:17 PM  
Anonymous Anonymous said...

Artikel ini kami terima melalui email dan kami "post" disini untuk tujuan perbincangan


KAUM IMMIGRANT TAK SALAH UMNO YANG TOLOL

Saya tidak mahu bersikap memandang hina terhadap orang Melayu. Ini kerana Melayu adalah keturunan saya sendiri. Tetapi disebabkan dasar perjuangan kepimpinan sekarang, saya tidak sanggup berbohong dan menyembunyikan tanggapan sedemikian.
      
Bukan untuk membangga diri, rata sudah saya merantau di dunia ini. Walaupun tidak berapa lama di satu-satu tempat, saya dapati kaum immigrant tidak menikmati layanan dan keistimewaan seperti di negara kita.
      
Di Canada misalnya, kaum immigrant perlu dan diwajibkan di bawah undang-undang mentaati Perlembangaan negara itu. Satu daripada Prime Clause/Fasal Mutlak adalah ketaatan dan kesetiaan penuh kepada Ratu Elizabeth. Di antara lapan (8) Fasal mutlak adalah berkaitan kedudukan isteri. Ini menyentuh hak seorang muslim yang dibenarkan syarie memiliki lebih dari seorang isteri. Seseorang lelaki muslim boleh membawa isteri-isterinya, tetapi cuma seorang akan menikmati kemudahan tertentu di bawah peruntukan scheme jaminan social. Perkara ini tidak boleh dicabar di Mahkamah atas nama apa sekalipun.
      
Kagumnya semua kaum immigrant termasuk China (bangsa ini melata di serata pelusuk muka bumi ini) akur dengan undang-undang ini.
      
Di Malaysia lain pula ceritanya. Kaum immigrant boleh berbuat sesuka hati hatta memperlekeh agama Islam, tanpa sebarang batasan. Lojiknya, sikap biadab ini tidak harus ada terutama sekali kerana mereka tidak tahu walau sebesar zahrahpun berkenaan agama Islam. Yet they go scotch free!!.
      
Persoalannya mengapa dan kenapa orang Melayu di tanah airnya sendiri pula yang disaran memberi laluan atas nama muhibbah dan toleransi? Apakah ini bukan pelik namanya. Kaum immigrant tidak sedar diri dan tidak pernah bersyukur dengan kemudahan pada mereka. Bandingkan di Indonesia dan Thailand, bagaimana hidup kaum immigrant di sana??
      
Memang tepat Mahathir menyifatkan Melayu kaum mudah lupa!! Melayu UMNO yang mendabik dada berjuang konon untuk negara, agama dan bangsa lupa tentang persetujuan (social contract) selepas perisitwa berdarah 13 Mei 1969 bahawa hak keistimewaan orang Melayu, Bahasa Melayu, kedaulatan Raja-raja Melayu dan agama Islam adalah dilarang diungkit. Itu hak mutlak orang Melayu. Satu sifat Mahathir yang boleh dipuji ialah kepintarannya “to exploit a situation” untuk kepentingan peribadinya.
      
Kealpaan orang Melayu digunakan untuk menghancurkan ‘every fabric there is of ketuanan orang Melayu’. Tiap-tiap satu daripada empat (4) hak Melayu dipunahkannya dengan sokongan Melayu UMNO dengan alasan-alasan tidak masuk akal.
      
Bab penggunaan bahasa Melayu dalam pendidikan – katanya orang Melayu tidak maju. Mungkin dalam lawatannya ke Eropah tahun 1985 dan 1987 Mahathir membutakan dan menyumbat telinga hingga dia tidak tahu bahasa apa yang digunakan di Germany, Perancis dan Scandinavia dan mengecapi kemajuan. Begitu juga Jepun dan Korea yang dijadikan kiblat dasar pandang ke timurnya!!
      
Bab agama Islam. Kelak Melayu menjadi jumud fikiran. Dia juga memperbodohkan dan menghina nabi. Bagi Mahathir buku terjemahan bahasa Inggeris al quran itulah kitab suci. Mahathir yang tidak faham Islam tidakpun terbaca firman Allah:  2. Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab itu sebagai Quran Yang dibaca Dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya (surah Yusuf 12:2)
      
Bab hak keistimewaan orang Melayu –dia memberi alasan konon Melayu akan selamanya lemah kerana bergantung kepada tongkat. Se awal 1984 semasa lawatan ke Korea Selatan selaku Timbalan Perdana Menteri, dia sudah berdendam terhadap biasiswa anak-anak Melayu. Dia menyifatkan biasiswa “the invisible expenses”
      
Bab kedaulatan raja-raja Melayu - alasannya membebankan rakyat dan dua macam mertabat. Mahathir lupa adanya orang Melayu adanya Raja dan sebaliknya.
      
Sekiranya ada yang lupa atau tidak tahu pada zaman pemerintahannya paling banyak pindaan Perlembangaan dilakukan, termasuklah pindaan drastic and undemocratic bersabit jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO. Semua pindaan dan tindakan ini dilakukan konon atas alasan untuk “ensure survival orang Melayu dan UMNO” Pelik dan anehnya ahli-ahli UMNO sejagat tanpa menggunakan fikiran waras, sejauh sekali agama, akur sakan. Melayu dan Melayu UMNO menjadi tolol.
      
Sebutkan apa system pentadbiran Malaysia yang tidak dikucarkacirkan Mahathir dan UMNO. System kehakiman, Parlimen (Dewan Negara – penuh dengan orang politik bukan pengalaman/kepakaran yang sepatutnya), agama dan lain-lain.
      
Selepas 13 Mei 1969 diperkenalkan Dasar Ekonomi Baru. Dasar serampang dua mata ini diilhamkan oleh pemikir-pemikir bangsa untuk:
      
1: Mengkoreksi ketidakseimbangan yang ujud di antara kaum
      
2: Menghapuskan kemiskinan. Itu secara kasarnya.
      
Saya masih ingat perbualan dengan Tan Sri Ainuddin Wahid Naib Chancellor Universiti Teknology Malaysia (UTM) pada tahun 1985. Pada masa itu kalau tenaga professional seperti doctor atau jurutera kaum immigrant berhenti en masse, ‘kita sudah boleh berdiri sendiri’
      
Maksudnya program yang diusahakan di sector pendidikan seperti asasi sains, matriculation dan pelbagai lagi sebelum itu termasuk sekolah asrama penuh sudah dapat melengkap dan menyiapkan kelayakan anak Melayu dan bumiputra lain untuk melangkah ke institusi pengajian tinggi.
      
Tiap tahun saya menanti-nanti keputusan peperiksaan SRP atau SPM Kolej Melayu Kuala Kangsar, Tunku Khursiah dan Sekolah Tun Fatimah kerana bangga dengan pencapaian cemerlang pelajar Melayu dan bumiputra.
      
‘Through bred’ MCKK (kemasukan tingkat satu) yang terakhir adalah tahun 1984. Selepas itu, para pelajarnya adalah anak si fulan dan anak ketua Bahagian Mereka tidak menyerlah dalam pelajaran tetapi masuk kerana hubungan politik. Semua jahanam.
      
Universiti menempuh perubahan baru, tradisi lama diketepikan. Naib Chancellor, dekan dan lain-lain jawatan kanan tidak lagi dipilih/dan kerana kelulusan dan kelayakan tetapi dilantik atas dasar hubungan politik. Satu contoh, anggota academic UiTM diwajib hadir kalau ada tokoh politik yang datang melawat. Ketidakhadiran akan diberi surat tunjuk-sebab.
      
Maka jadilah apa yang terjadi. Quality menjadi mangsa. Yang pantas ‘angguk’ cepat melangkah ke atas. Justeru yang tidak mempunyai doctorate pun dilantik menjadi Naib Chancellor. Logic menusuk di manakah credibility nya?
      
Di sebuah universiti, Naib Chabcellor akan absent tiap kali mesyuarat Senate!! UMNO membuka trend perlantikan tanpa kelayakan. Professor Melayu terkial-kial berucap dalam seminar atau persidangan antarabangsa!
      
DEB dari segi semangatnya memang bermanfaat kepada semua. Tetapi disebabkan pelaksanaannya tidak bersandar pada amanah dan bersendikan agama, dasar yang sepatutnya boleh membantu orang Melayu dan Bumiputra memakan diri sendiri. Juak-juak UMNO mudah menerima bantuan dan kontrak. Melayu lain pandai-pandai cari sendiri hendak hidup.
      
Seperti yang pernah dilafazkan kepimpinan UMNO, ‘kita mesti mahu acuan sendiri’ UMNO tidak mahu selari dengan budaya sejagat walaupun terbukti baik. Lantas terbit ‘Midas touch’ yang songsang. Kalau dalam cerita dongeng Inggeris midas touch membawa tuah, ‘sentuhan Melayu’ cetusan UMNO membawa apa (?). Apa sahaja agensi berkepalakan Melayu 90% akan di bail-out akhirnya!!
      
Benar kata Prof Diraja Ungku Aziz dalam sebuah rancangan TV. Katanya (bersabit kelemahan dasar kerajaan mengenai pendidikan dan bahasa Melayu) orang lain tidak berani sebut perkara ini.
      
Apakah ada keberanian dipihak UMNO untuk mengembalikan status quo dahulu? Pada hemat saya, kita usaha bermimpi. Parti itu sudah jauh menyimpang dan tersasar angkara acuan cetusan Mahathir. Kini manusia ini pula cuba menjadi jaguan kepentingan Melayu!!
      
Apakah ada orang Melayu yang mahu mengambil iktibar dan pengajaran dari sikap dan perjuangan Almarhum Tunku Abdul Rahman terhadap hak orang Melayu di tanah air sendiri? 
      
Dalam temuramah yang disiarkan RTM, Almarhum ada bercerita mengenai hasakan kaum immigrant untuk menyama-taraf bahasa mereka dengan bahasa Melayu. Quote “Nak tembak kepala saya, tembaklah. Tengok apa jadi!!” Beliau bingkas dan tegas mengingatkan manifesto yang telah dipersetujui antara UMNO, MCA dan MIC.
      
UMNO (baru) Mahathir dengan UMNO Tunku Abdul Rahman berbeza bagai langit dengan bumi, Begitu juga dasar perjuangan masing-masing.
      
Tunku menyingkirkan Singapura dari Malaysia kerana tuntutan Lee Kuan Yew berhubung ‘Malaysian Malaysia’ dan ‘meritocracy’. Almarhum sanggup kehilangan satu wilayah bumi Melayu demi mempertahankan hak Melayu yang ada. Sebaliknya UMNO sekarang mengorbankan segalanya Melayu kerana muhibbah dan sokongan. UMNO menang sorak kampong tergadai.

Minang Menung

11:43 PM  
Anonymous Anonymous said...

to Minang Menung

Who are calling immigrant? Regardless of yr well approched statement on the Malays, by calling us immigrant how do u aspect us to consider even working with the Malays.

This is just to show us what u people esp Malays think about other races....

and u are talking about bangsa Malaysia.....pisstt off

1:29 PM  
Anonymous Anonymous said...

This is the beauty of blogging, everyone could express their view. Everyone has their culture, background, believe and education different from each other. I like to use the analogy given by someone at here http://www.malaysiakini.com/letters/63525 . From my perspective, everyone is a immigrant, some from India, some from China, some from Indonesia, some from Western country. God created everyone the same, for example, instinct to survive. ArahKita means 'Our Direction', which i like most. We will never stop other from expressing their view. Everyone has their own view, let it being heard and taking it as a consideration point. It's always good to listen and you may hear a good suggestion for everyone.

6:17 PM  
Anonymous Anonymous said...

salam, dalam keadaan negara yang hanya nampak damai tetapi bergolak pada dasarnya, janganlah kita sebagai hamba kepada ALLAH ingin terus menyalahi orang lain, kepada pemimpin negara baik UMNO atau pun alternative party, bersatulah demi negara, agama dan pencipta kita. renungkanlah keadaan rakyat dengan mata hati yang hidup dalam kesusahan, kos hidup yang tidak cukup, kasihanlah rakyat, turunlah dari istana kaya kalian, ingatlah ALLAH melihat setiap inci dari perbuatan kita, insaflah, hapuskan rasuah..sudah cukup rasanya kami derita dibawah UMNO ini....bekerjalah kerana ALLAH bukan kerana diri kita...wassalam

11:44 PM  
Anonymous Anonymous said...

Assalamualikum Saudara,
Hakikatnya kaum cina lebih berjaya membeli jiwa dan maruah orang melayu.saya berpendapat kebanyakan org melayu membiarkan diri mereka dibeli dan diperkotak-katikan oleh kaum cina.kalau kita dapat berniaga secara adil, tanpa wujudnya perkara2 berkaitan dgn 'tumbuk rusuk', melayu sebagai majoritinya org islam dapat mengamalkan etika berniaga yang tinggi, tiada penipuan dan cukup timbangannya, maka kita akan jauh lebih maju dan berjaya bukan saja dari kaum cina, malah dari semua kaum2 di dunia ini.Jika di ikutkan keadaan ekonomi Malaysia kini, kita dapat saksikan segalanya sedang dan telah menyebelahi kaum cina dari kaum melayu.kalau di lihat dari satu sudut, sebagi contoh RMK9 dalam bidang kontrak kerajaan, berbilion diperuntukan untuk kontraktor melayu, tetapi malangnya tak sampai 5% dari jumlah keseluruhan nilai kontrak tersebut dapat dinikmati atau dirasai manfaatnya oleh orang melayu kerana dalam industri pembinaan,kontraktor melayu cuma dapat berbelanja membeli makanan saja dari orang melayu.sebagai contoh lihat di bawah :-
1.Nilai Kontrak : RM 1,000,000
2.Hardware : RM 600,000 (kaum cina)
3.sewa mesin : RM 200,000 (kaum cina)
4.Upah buruh :RM 100,000 (pekerja indonesia)
5.Lain-lain belanja utk kerja : RM 50,000 (beli dr sykt kaum cina spt insuran, loan & caj bank, barang2 preliminari)
6.Makanan utk pekerja dan belanja org makan : RM 15,000 (beli dari org atau syarikat atan restoren melayu)
7.Keuntungan kasar oleh syarikat melayu sebelum tolak perbelanjaan fix & variable : RM 35,000 (ini aje sykt melayu tu dapat @3.5% itu pun gross income)

Jadi kalau peruntukan RMK9 sebanyak 8 bilion, maka akhirnya nanti melayu cuma merasa sebanyak lebik kurang 250 juta sahaja walaupun semua kontrak tersebut utk org melayu.jadi siapa untung siapa rugi? fikir2kan lah sendiri....

10:53 PM  
Anonymous Anonymous said...

ASSALAAMU-ALAIKUM-WARAHMATULLAH
Wahai saudara ku.....
Cina + India = Melayu {Fakta Sebenar} Dari sejarah Langkasuka atau Parmisuara pilih sendiri.Orang Indonesia ke atau Thailand, Dari Vietnam hingga ke Philipine. Fakta Cina + India + Asli Nigrito + Belanda + Potugese + Arab dll. Tapi yang paling banyak adalah DNA Cina dan India.
Sejarah tidak boleh di putar walaupun kedatangan Islam banyak memusnahkan sejarah silam tapi hakikatnya keturunan tetap keturunan. Agama tidak dapat menukar keturunan seseorang. Sejarah orang Malayu tak kira dari mana pelusuk dunia hanya wujup kurang dari 1800 tahun kerana Langkasuka adalah tamadun moyang malayu yang mula. Saya tidak mahu jadi guru sejarah di sini tetapi selepas baca blog ini saya rasa orang Melayu perlu maju dengan megikut kata kata Nabi S.A.W. Belarjalah ilmu sampai ke negeri Cina. Jangan cuba berpolitik disini seperti Wira bangsa tapi hanya gara gara PROPAGANDA untuk Parti yang bayar kamu.Cara Cara ucapan yang dengan sengaja hendak menimbulkan pertelagahan kaum. Moyang saya adalah Islam di wilayah Sinjang Hunan Cina yang datang ke negeri Patani (Kedah)1200 tahun dahulu. Moyang kami adalah campuran Arab Cina yang menjelaja benua melalui jalanan sutera sebelum Marco Polo.Walaupun kami berada di sini lebih lama dari kebanyakan orang yang megaku melayu kami tetap bukan berstatus bumiputra. Semua kerana nama orang Sinjang Cina berbentuk Cina dan bukan India atau lain lain. Pendatang kemudian yang gelar diri Melayu itu berpropaganda dengan mengunakan Islam sebagai alat untuk menukar semua keturunan kepada melayu dan jual moyang mereka.Semua hanya untuk kuasa dan harta alam fana. Sedarlah wahai saudara insan ku yang dari Adam A.S. lah keturunan kita semua. Janganlah cuba membahagikan sesama manusia bagaikan firaun. Walaikum Salam.

9:59 AM  
Anonymous Anonymous said...

Assalamu'alaikum

apa-apa pun..melayu ke...cina ke..india ke....we are all imigrants......kalau nak ikutkan...penduduk yang original kat m'sia ini adalah orang asli like senoi, jakun....but there were not given extra previliges....they should be given the privileges.....on the other hand....ada yang india...sorry to say laa...mengaku dia melayu.....like KINMA..they want the government to acknowledge they are malays.....i never head chinese want to be acknowldege as malays..my instict says that the reason a person wants to be acknowledge as malays is just because to get the opportunity to get contract from the government.

10:09 PM  
Anonymous Anonymous said...

Its too SAD seeing you people thinking and wasting so much time on racism.. We live only once so try to atleast enjoy it by giving equal respect to each human being...

... and see how it feels..

Cheers :)

11:19 AM  
Anonymous Anonymous said...

Lets not waste time on none productive arguments. Lets take a good example of Proton.

Proton is not a Malay car it is just controlled by Malay and are majority Malays who work there. For all the Wira Melayu who are sincerely wanted to help the Malay, this is a good chance for you to help Proton to be the next Toyota, pride of your race and your other fellow Malaysian. This is where you can spend your time on truly productive work that create value for the society and country rather that finger pointing or blaming others.

This need hardwork and dedication as well as the willingness to dig into the root cause of the problem,

What are the root causes? Why after years of protection Proton had yet to be able compete with other?

What can be done? How Proton should be evolved to compete in globalization?

Imagine the country had bankrupt and no more money to help Proton, how Proton can survive on its own?

Set a goal, make Proton the next Toyota that had displaced General Motor to become the world largest car producer.

Start your forum or whatever you can, invite other fellow Malaysian you believe can contribute their idea. There are lots more fellow Malaysian who are rational and wanted to see the country success and progress in this highly competitive global economy. The success of Proton will benefit everyone regardless of race.

Just temporary forget about help from government or excuses/blaming others, this will help stimulate creativity, understand market trend, can do spirit, dedication for success, quality, customer oriented, best product and services etc..... this is how other had success and make a different in their life.

You idea may not be accepted..but the value of this activity will make us THINK and INNOVATE solutions!! This is exactly what entrepreneurship is all about.

There are tons of good business books and website that can help. We shall share some next time.

sincerely..
TKR

5:09 PM  
Anonymous Anonymous said...

MASALAH SEBENARNYA LEBIH SEJUTA ORANG MELAYU BERKEBOLEHAN TELAH MAKAN GAJI DENGAN KERAJAAN DENGAN JAMINAN GAJI BERPENCEN, MANAKALA LEBIH SEJUTA CINA BERKEBOLEHAN MENCEBURI BIDANG EKONOMI YANG TIADA HAD SILING DAN LANTAI, YAKNI SESEORANG ITU BOLEH MENJADI KAYA RAYA DAN JUGA PAPA KEDANA DENGAN HUTANG KELILING PINGGANG!!!
KEKAYAAN NEGARA ADALAH MINYAK MENTAH DAN HASIL CUKAI DARI SUMBER EKONOMI NEGARA. SEMUA WANG INI DIGUNAKAN UNTUK MEMBAYAR GAJI DAN PERJALANAN PERTADBIRAN UNTUK MEMAJUKAN NEGARA INI...MANAKALA RAKYAT MENGGUSAHAKAN EKONOMI SECARA RAJIN UNTUK DIRI MASING MASING...
SIKAP MANUSIA YANG MAKAN GAJI TIDAK KIRA KAUM IALAH MENGHABISKAN SEMUA WANG MEREKA UNTUK KEPERLUAN HIDUP MEREKA...OLEH KERANA SEBAHAGIAN BESAR MELAYU MAKAN GAJI, MAKA KEBANYAKAN MEREKA ADALAH PENGGUNA TOTAL, YAKNI MENGHABISKAN WANG MEREKA..TINGGAL SEDIKIT SAJA MELAYU BERKEBOLEHAN YANG BERKECIMPUNG DALAM BIDANG PERNIAGAAN DAN AMAT KURANG YANG MENJADI KAYA ,YANG TINGGAL DALAM BIDANG PERNIAGAAN TINGGALLAH ORANG CINA...OLEH KERANA BIDANG PERNIAGAAN MENGJANJIKAN KEKAYAAN DAN KEPAPAAN YANG TIADA HAD, MAKA RAMAILAH ORANG CINA MENJADI KAYA RAYA DAN JUGA PAPA KEDANA!!!
MALANGNYA YANG ORANG MELAYU NAMPAK IALAH CINA KAYA!!! TETAPI TIDAK CINA YANG BANGKRAP MISKIN DAN CABUT LARI AKIBAT HUTANG TAK TERBAYAR...BIDANG PERNIAGAAN ADALAH BIDANG YANG TIADA BELAS KESIHAN...SESIAPA YANG TIDAK WARAS, BERHATI HATI ATAU BIJAK MENGGENDALI TUNAI...AKIBATNYA ADALAH SANGAT BURUK!!!
SEBENARNYA ORANG TIDAK SEDAR BAHAWA, CINA CEMBURU DENGAN PEKERJA GAJI TINGGI BERPENCEN KERAJAAN, NAMUN MEREKA SEDAR PELUANG UNTUK MENJADI KAKITANGAN KERAJAAN BERGAJI TIGGI ADALAH TIPIS, MAKA MEREKA TERPAKSA BERNIAGA!
YANG DICEMBURUI MELAYU IALAH MENGGAPA CINA BOLEH MENGGUMPUL KEKAYAAN HARTA BENDA WALAUPUN BERMEREKA BERSAING HEBAT! MANAKALA MELAYU SENTIASA SAJA TAK CUKUP PAKAI...INIADALAH KERANA CINA SENTIASA MEMBUAT PERLABURAN JANGKA MASA PANJANG DAN BAK PEPATAH HIKMAT MELAYU IAITU BERAKIT RAKIT DAHULU ...
KERAJAAN MEMBAYAR GAJI BERBILLION RINGGIT SETAHUN KEPADA KAKI TANGANNYA..MALANGNYA MELAYU BERFIKIR ...PEMBAHAGIAN KEKAYAAN NEGARA YANG TIDAK ADIL!!! TIDAKKAH MEREKA SEDAR MEREKA MEMBELANJAKAN BERBILLION TAHUN SETAHUN MEMBELI DARIPADA PENIAGAAN YANG DIUSAHAKAN MAJORITI CINA...DARI HASIL INILAH CINA MENGUMPUL KEKAYAAN YANG SAH DISISI UNDANG UNDANG...TIDAK ADA RAHSIA RAHSIA YANG MISTERI!!!
GOLONGAN GOLONGAN YANG TIDAK BERPUASHATI MESTILAH SEDAR BAHAWA TUDUHAN MELULU HANYA MEMALUKAN DIRI MEREKA SENDIRI...JIKA MEREKA MAHU KAYA, MEREKA MESTILAH MENGGAMBIL RISIKO PERNIAGGAAN YANG TIADA HAD ITU...TIADA GUNANYA MEREKA MENERIMA GAJI TETAP SETIAP BULAN, TETAPI MENCACI ORANG LAIN YANG BERKERJA KERAS DAN BERJIMAT CERMAT UNTUK MENGGUMPUL KEKAYAAN!!
KEKAYAAN MEMERLUKAN KETABAHAN DAN KECEKAPAN UNTUK MENGGAWALNYA!!!

PS. SAYA ORANG CINA YANG PERNAH MISKIN TAPI SEKARANG BELUM KAYA LAGI

1:36 PM  
Anonymous Anonymous said...

Bodohnya orang orang yang ingat semua Cina itu bikin bisnes. Hey, Lim Goh Tong kaya dia ada bagi Cina angpao kah? Melayu dapat wang free daripada Melayu yang kaya (seperti Tun Daim) tak?

Otak dahlah tak siuman asyik fikir Cina hidup dengan bisnes. Yang profesional tu banyak tak pernah lihat? Orang-orang ini berjaya dengan usaha sendiri tanpa bersekongkol dengan UMNO, seperti yang dilakukan oleh sesetengah tauke Cina. Namun, mengapa harus dilibatkan Cina yang lain? Kami pun tidak suka kepada tauke Cina ini yang bongkak dan berlagak seperti pemimpin masyarakat Cina, padahal kami tahu kaedah mereka cari makan menyusahkan orang lain.

Jika berlaku rusuhan orang Cina biasa akan jadi mangsa pembantaian sementara tauke besar ini boleh belah dengan senang.

Level playing field apa? Selagi UMNO mahu cepat kaya dengan skim ali baba, selagi itu hak asasi rakyat lain akan terpinggir, baik Melayu mahupun yang lain. Hey, orang PAS dan Keadilan boleh dapat projek ke?

Ada otak tolong pakai!

5:27 PM  
Anonymous Anonymous said...

semenanjung malaysia=melayu

kepulauan indonesia+borneo=melayu

orang asli=proto-melayu

orang melayu=orang yang asalnya dan secara semulajadi( bukan paksaan, bukan dibawak penjajah british),tinggal dan menetap di bumi melayu iaitu rantau nusantara(nusantara=malaya,indonesia,borneo,sebahagian dari thailand & filipina),dan mempunyai kerajaan dan ketamadunan yang tersendiri dan merdeka.

orang melayu dah menguasai tanah bertuah ni sejak berzaman lagi....secara analoginya same seperti kekuasaan orang cina terhadap china dan orang india terhadap negara india.

jika kaum pendatang cina dan india mengatakan bahawa kaum melayu adalah kaum pendatang di tanah melayu, mereka juga harus mengatakan yang orang asli proto-melayu juga sebagai kaum pendatang.

amacam ada berani?

kalaulah parameswara dan hang tuah masih hidup dan mendengar hujah dangkal lagi kurang ajar dari bangsa pendatang ni,ape akan jadi ye?

6:33 PM  

Post a Comment

<< Home