Masih relevankah rakyat?
Kerajaan dan rakyat kita sudah berbeza. Kerajaan adalah kerajaan dan rakyat adalah rakyat. Ini dua entiti yang mula dibezakan oleh kerajaan yang sepatutnya datang dari rakyat. Kerajaan dan rakyat perlu "contribute" dalam menangani kos peningkatan TOL dan menurut kenyataan kerajaan - rakyat harus menanggung beban bersama - sama kerajaan dalam membayar syarikat - syarikat konsesi TOL. Ini kenyataan kerajaan yang seolah - olah telah menjatuhkan talak 3 kepada rakyat dalam kongsi kehidupan didalam negara kita "Malaysia".
Kerajaan kini terpisah dari rakyat sedangkan mereka lupa dari mana asal mereka dan dari mana sumber pendapatan mereka. Bukankah ini suatu yang pelik. Kerajaan mahu rakyat bersama - sama kerajaan membebani kos peningkatan TOL seolah - olah pendapatan kerajaan bukan datang dari rakyat.
Lebih memilukan adalah apabila kerajaan mendakwa bahawa mereka tidak ada pilihan lain selain dari meningkatkan harga TOL. Ini adalah kenyataan - kenyataan yang dikira menunjukkan bahawa kerajaan kita sudah terikat dengan jerut yang mereka buat sendiri tanpa mahu membebaskan diri. Kerajaan TIDAK PUNYA KUASA ke atas peningkatan harga TOL menunjukkan bahawa kerajaan sudah terperangkap dengan apa yang dilakukan oleh mereka sendiri.
Habis, adakah kerajaan hari ini relevan bila mana mereka sendiri sudah terikat dan tidak mampu lagi membela rakyat. Alasan yang sama dan sama masih tidak menyedarkan kita betapa kita perlu lakukan sesuatu untuk memberikan kuasa kepada kerajaan yang dapat membela rakyat. Kita asyik didendangkan dengan alasan yang tidak nampak mampu membela rakyat. Peningkatan harga air dan elektrik, peningkatan harga Petrol dan peningkatan kos kehidupan hasil dari semua ini TIDAK NAMPAK menunjukkan bahawa kerajaan membela rakyat.
Inilah yang ada dan apa inikah yang kita katakan - kerajaan datang dari rakyat untuk rakyat. Apa yang menyedihkan adalah ahli UMNO yang menjadi parti dominan dalam kerajaan sanggup menerima apa juga justifikasi yang menindas rakyat. Mereka tidak bangkit memperjuangkan isu - isu ini malah mereka terus akur dengan harapan keakuran mereka akan memberi pulangan yang datang dari kepimpinan parti mereka. Satu harapan yang ditanam tetapi sebenarnya memicit rakyat untuk cita -cita mereka dalam politik.
Akhirnya Pak Lah kini tidak dilihat sebagai yang berkuasa. Akhirnya kerajaan sendiri tiak dilihat sebagai yang berkuasa. Akhirnya Barisan Nasional khususnya UMNO sendiri tidak dilihat sebagai yang berkuasa kerana kuasa - kuasa mereka telah dibatasi dalam setiap perjanjian konsesi dengan korporat - korporat yang terus mengaut keuntungan dari rakyat. Malang lagi KERAJAAN akur dengan perbuatan itu. Mana kuasa kerajaan sekarang? Rakyat kini kehilangan kuasa kerana kuasa yang diserahkan kepada wakil - wakil mereka dijual dan kini tunduk kepada kapitalis - kapitali yang tidak akan menyebelahi rakyat. Lantas ini hanya menunjukkan kuasa - kuasa yang ada kini dibeli atau diserahkan kepada pemegang ekonomi yang tunduk kepada keuntungan biar ianya menindas rakyat Malaysia. Kenapa ? Kenapa mereka tunduk. Rasuah ! itu sahaja yang mampu kita katakan.
Kini rakyat bukan lagi kerajaan dan kerajaan bukan lagi rakyat. Ini bukan lagi lagi definasi demokrasi. Malah kita mempergunakan demokrasi tanpa pengertian yang sebenarnya. Kita terus diceraikan oleh kerajaan sebaik sahaja mereka mendapat kuasa dan akhirnya rakyat terus terpinggir tanpa nilai kehidupan yang diharapkan.
Masih relevankah rakyat?
20 Comments:
betul lepas rakyat undi BN, rakyat tidak lagi relevan. yg relevan adalah kontraktor besar-besar...
Inilah antara bukti Anuar adalah agen pembangkang.Anuar Mohd Nor sekali saya tegaskan gugurkan perkataan umno - last warning
goKhir
kenapa pulak nak tuduh anuar ni ejen pembangkang? salah ke kalau nak cerita sesuatu yang tak betul berlaku dalam parti? habis tu takkan nak tengok jer apa yang pemimpin kita buat? aku setakat ni tak nampak pun apa-apa tindakan dan jawapan dari paklah mengenai isu kenaikan TOL ni. jangan-jangan ko pun ada syer konsesi ni kot, tak pun bapak ko tokeh konsesi TOL. kita ni kalau nak mengikut pemimpin pun biarlah pintar, jangan jadi barua yang mengikut membuta tuli..
Itulah harga yg perlu dibayar oleh rakyat yg mudah lupa. Setiap kali pilihanraya, pastinya rakyat terlupa seketika penderitaan yg sekian lama ditanggung kerana termakan umpan duit dan janji org politik. Lepas pilihanraya, batang hidung pemimpin pun tarak nampak. Hakikatnya maruah rakyat terutama bangsa Melayu sgt murah dan boleh dibeli masa kempen pilihanraya. Sbb itu, pemimpin sekarang naik tocang. "Who are you wahai rakyat biasa. Pekak telinga je laaaa" mungkin itu tanggapan pemimpim politik sekarang. "Wa mana ada bayar tol atau isi minyak sendiri. Wa menteri laaaa.... Nasib le korang semua, he he he".... Ini juga bermain dalam fikiran mereka.... Renungkan bersama!!! TQ
Sebagai rekod, elok juga kita ingatkan, kebanyakan konsesi itu dibuat di zaman Mahathir, ketika Mahathir masih sangat berkuasa.
Malangnya Mahathir agaknya tidak dapat melihat perjanjian konsesi itu amat berat sebelah dan lebih menguntungkan para pemodal.
Jadi ini bukti, jika pemimpin buat silap, rakyat akan menanggung akibatnya.
Akan tetapi, memang benar "rakyat kita" (khasnya orang Melayu) adalah orang-orang yang mudah lupa.
Sekarang mungkin mereka marah kerana tol akan naik pada tahun hadapan. Akan tetapi, pada pilihan raya akan datang, majoriti mereka mungkin akan memilih BN juga!
Jadi rakyat hanya akan relevan, jika mereka sedar, bukan sahaja pemimpin, malah parti pemerintah juga perlu ditukar dalam pilihan raya yang akan datang.
Anuar adalah manusia yang berselindung dibalik umno tetapi berniat mempengaruhi orang - orang yang setia pada umno. Pengecut dan tidak ada moral. Klau berani keluar dari umno dan sertai pembangkang.
Kalau dia keluar dari umno dan sertai pembangkang baru saya ada sedikit respek pada orang ini.
Pendedahan No 1 : mengenai Anuar Mohd Nor
Beliau adalah ahli keadilan wangsa maju dan pernah menjawat jawatan dalam keadilan.
Jawatan beliau adalah setiausaha bahagian dan ahli jawatankuasa keadilan Wilayah Persekutuan. Bukan kecik anak. Ini pendedahan No 1 - tutup laman ini kalau tidak saya bongkarkan semuanya.
Ini buat permulaan - jangan sangka saya tidak tahu mengenai Anuar Mohd Nor
malaysia, a democratic country or communist?
Voice out your disagree of a party you join doesnt make you a pembangkang! Because you believe the party you join will be even better if there is a change, it means you are smart. If you think loyalty is to agree with everything your leader is doing and tutup sebelah mata if they did something wrong, then you are a communist yourself! the last communist in this country perhaps!...
I admire anuar's honesty and serious thinking. He at least see things in different perspective, not by just saying yes to everything.
Bullshit...He is just a culprit and the supporter of Anwar Ibrahim. I will do my part 4 the sake of umno - the only party that malay can relay on...
u r saying the right thing. as a malaysian , we have to chose the right party. bn really sucks & disgusthing like a pieces of crap & rubbish in the klang river. before the election , they promise everything. after the election they control our future. anuar , i think your blog are good & special. keeep it up & may god bless you.
To Gokhir (hope you will read this blog again)
Dalam kita memperkatakan sesuatu isu, kematangan menjadi ukuran. Sifat x-treme terhadap sesuatu parti memang menjadi harapan setiap pemimpin (samada seronok mempergunakan org tersebut atau lain-lain agenda.... entah leee). Tetapi sebagai satu bangsa Melayu yang terkenal dengan sopan santunnya, langkah anda menggunakan perkataan kesat jelas memperlihatkan anda seorang yang x-treme tapi tak matang.
Bagi saya org2 seperti anda inilah yg senang diperkudakan oleh org lain. Kenapa? Kerana anda tidak dapat menerima pendapat org lain sekalipun pendapat itu lebih bernas.
Apa yg diperkatakan oleh saudara anuar ada kebenarannya.... Jadi kenapa kita harus menafikan kebenaran.
Beliau mungkin melihat sesuatu isu dari aspek yg lebih makro dan berjangka masa panjang....
Nasihat saya, kalau ya pun anda seorang yg x-treme terhadap UMNO, hakikatnya biarlah x-treme yg matang serta berfikiran luar. Jangan jadi seperti katak di bawah telangkup kaca, dapat lihat luaran tapi tak dapat keluar...
Salam hormat
Orang Tanjung
kepada Gokhir...
kau jgn bising2 la kat sini...
pergi balik cium punggung pemimpin2 BN yang kau kasihi tu!!!
yg jilat punggung itu Anwar Ibrahim la...aku sokong kebenaran kerana pada aku hanya umno yg akan jaga kepentingan org melayu. ko nak harap multi racial parti jaga kebajikan melayu? jgn harap la...
reality is only umno that has the capability to fight and be the saviour of malays from the other races.
seriously do u think those chinese in keadilan will fight 4 the malays.
the only thing they want now is the political power ie will complete the dominance in both economic & politic.
kpd goKHir,
ko sokonglah UMNO sekarang ni
sampai kiamat!!!
Inilah hakikatnya orang UMNO, tidak berfikir secara global,tidak lihat perkara yg berlaku disekeliling atau mungkin x pernah kena aniaya oleh org UMNO sendiri(bykkan membaca n fahamkan). Ketuanan org Melayu telah tiada kerana tidak letak agama di depan,kebajikan orang Islam diabaikan dan rakyat yg bernaung di bawah panji 'Islam Hadhari' juga diabaikan . Maka dengan ini ALLAH SWT akan letakkan pada hati2 org Islam 'kegerunan' pada musuh2 mereka(yg dahulunya x gerun pun) dan bukannya kegerunan pada azab ALLAH SWT.(ni la masalahnya bila mengaji dgn Astora Jabat).
to gokhir...
Pergi jahanam UMNO... termasuk penjilat-penjilatnya sekali...
regards...
bukan Pembangkang..bukan BN
tol naik lagi. jahanam semi value & kroni umno. siapa yg setuju tol dinaikan memang betul - betul kroni umno jahat iblis dan betul betul mAKAN babi hutan punya setan.
apa itu BN , ah chong?
oh BN tu ialah Barang Naik, ali.
ah, Barang Naik,
Bila Naik.
Baru Naik.
Berapa Naik , ah chong?
Bannnnnnnnnnyyyakkkkkkkk Naik, ali
inilah motto BN (barisan nasional)
atau ( Barang Naik)
contoh , bil api , minyak kereta , indah water, cukai pintu di selangor, tol naik, minyak gas, air ,diesel, dan lain lain lagi. siapa yg undi bn memang bahalol.
gokhir...
ko takpayah lah nak bagi warning kat sape2...jgn nak jadi hero la....brp pjg keris ko dpt dari hishamudin ...
suck!
woi gokhir..
Ko ingat ko bagus sgt...tak semesti org yg kritik UMNO perlu sokong pembangkang bodoh...sbb itu aku ckp penyokong kuat UMNO bodo...makan hasil rakyat dia pandai...
ko ni jenis manusia yg paling hina kerana jadi org kuat UMNO...
aku rasa ko nie dah dibesarkan dgn duit kotor UMNO...
Bullshit
Org yang tak berani kritik kerajaan BN adalah org yg takde telur...buang telur kasi anjing makan...
org mcm nie dia hanya tau jaga periuk nasi dia aje dari jaga kedaulatan agama,bangsa dan kemakmuran rakyat malysia.
kalo ko adik aku memang aku sepak je ko gokhir
Post a Comment
<< Home