Tamat sudah perhimpunan Agung UMNO
- Akan benarlah tulisan Yahaya - Perdana Menteri berumur 40 tahun akan wujud
- Kita akan terus melihat Pak Lah dalam sebagai Perdana Menteri beberapa penggal selagi selagi mampu wang saku rakyat menjadi jaminan.
Setiap kali - Perhimpunan Agung UMNO maka Dewan PWTC akan bergegar, menceritakan kepayahan orang - orang Melayu, membicarakan hak - hak orang - orang Melayu dan kedudukan orang - orang Melayu. Yang paling utama, yang jelas kedengaran adalah perjuangan orang - orang Melayu untuk orang - orang Melayu. Akhirnya kita berjumpa lagi pada perhimpunan akan datang dengan semangat yang sama dan agenda yang agak serupa. Melayu masih di situ, masih belum berganjak dan masih ketinggalan. Saban kali begitu rupa ceritanya dan saban kali yang bercerita masih mengatakan kita belum berjaya. Dr Mahathir 22 tahun meminpin akhirnya menyalahkan Melayu secara pukal dengan sikap mereka. Akhirnya beliau kecewa kerana perjuangan belum selesai untuk memartabatkan orang - orang Melayu. Kini Pak Lah pula memimpin UMNO. Kita dengar semangat - kita rasa semangat - tapi belum juga bersemangat untuk melakukan perubahan.
Apa lagi yang kita perlu. Agenda sudah ada - petikan dari Datuk Najib, kalau tidak ada visi ianya tidak bermakna dan sekiranya ada visi dan tidak ada perlaksanaan maka ianya hanya omongan kosong. Sampai ke saat ini kita dalam kategori mana - omongan kosong atau tidak ada makna?
Mungkin kedua - dua sekali. Kita dengan omongan kosong dan kita dalam perjuangan yang belum memberi makna. Habis salahnya dimana? Pada mereka yang tidak mengetahui atau mereka yang tidak dibenarkan mengetahui.
Masih tidak terjawab salahnya, masakan kita mampu mengatasinya. DEB gagal kerana ketirisan dan ketirisan adalah hasil perbuatan orang - orang Melayu. Itu yang telah mereka kenal pasti tetapi bagaimana mahu mengatasi. Semua agenda ada disiapkan, semuanya dikatakan teratur. Malangnya UMNO masih berjuang - menentang musuh yang mereka sendiri tidak tahu. Namun satu tuduhan tersembur keluar dari mereka - ada pemimpin kaum lain kurang ajar - tidak dikatakan merompak tetapi dikatakan kurang ajar. Melayu digesa bangkit - mengangkat keris - berjuang untuk Melayu mendapatkan 30% sehingga ke 70% dan yang pasti masih ditakok serupa.Itulah yang ada dan mungkin itulah maksud - TIDAK ADA PERUBAHAN.
Persidangan kini sudah tamat dan hasil dari persidangan itu hanya satu konklusi yang boleh dibuat - Pak Lah tidak akan hilang dari memimpin untuk satu penggal dan UMNO serta ahli - ahlinya akan tetap begitu.
Maka jangan mimpilah kalau kita mahu katakan bahawa Pak Lah adalah Perdana Menteri untuk 1 penggal kerana Pak Lah akan tetap memimpin selagi hayat dikandung badan dan selagi sihat bergerak maka selagi itu Pak Lah akan memimpin negara ini. Kita akan terus melihat Pak Lah sebagai Perdana Menteri beberapa penggal selagi wang saku rakyat diambil menjadi jaminan. Ini juga mungkin memberi indikasi kepada kita - Akan benarlah kita akan mempunyai Perdana Menteri berusia 40 tahun seperti yang tertulis dalam buku tulisan Yahaya Ismail.
Sungguhpun ini satu kesimpulan ringkas tetapi itu adalah hakikat yang perlu kita terima - Pak Lah bukan Perdana Menteri 1 penggal dan pasti akan terus mengukuhkan kedudukan dimasa - masa akan datang. Mungkin itu ceritanya. Ada cerita lain?
10 Comments:
Pak Lah akan kekal
- Sesiapa yang mengatakan Pak Lah Perdana Menteri satu penggal sebenarnya bermimpi. Lihat nanti bagaimana Pak Lah menggunakan penyapu untuk menyapu semua yang tidak menyokong beliau demi untuk mempertahankan kuasa. Mengenai Khairy - beliau akan kekal dan kelak menjadi Perdana Menteri Malaysia
MEMANG PAK LAH AKAN KEKAL SEBAGAI PRESIDEN UMNO DAN MENANTU DIA AKAN "LANGKAH BENDUL" JADI TIMBALAN PRESIDEN UMNO..
Tetapi pada pandangan saya KJ tidak akan jadi Perdana Menteri semasa berusia 40 tahun malah Pak Lah tak akan jadi Perdana Menteri untuk penggal ke-2 sebab UMNO akan tumpas didalam PRU akan datang..
Biaq la depa berangan jadi Presiden UMNO dan Timbalan Presiden UMNO seumur Hidup..
Tewas PRU akan datang... Tidak mungkin. Tengok sahaja peruntukan 3 juta setiap bahagian. Ianya adalah langkah awalan utk membenteras sebarang spekulasi mereka akan kalah. Mereka akan terus berkuasa dan terus melakukan sesuka hati mereka kerana - rakya membiar kerajaan menyolok saku mereka. Itu hakikat dan itulah UMNO
Hmmm, kenapa style cakap brother Anuar berubah kebelakangan ini?
macam pernah diambil tindakan oleh pihak tertentu.
ini membuatkan saya semakin tidak mempercayai apa yang ditulis oleh anda.............
mana anda yang sebelumnya?
sedihnya..........
Dalam keadaan sekarang dimana UMNO pudar dalm mencari hala tuju yang boleh membuat Negara kita bersaing dan di lihat cemerlang di landasan yang sama dengan negara2 maju, saya cukup risau mengingatkan apa akan jadi dengan masa depan anak cucu kita jika UMNO dengan gelagat nye sekarang terus memimpin kerajaan.
Perhimpunan UMNO sudah selesai tetapi apa yang di hidangkan kepada rakyaat secara umumnya, sapertilah nasi yang dah basi.Masing2 bijak perpidato...'bila nak guna keris'...'sanggup mandi darah'....Melayu tahu amok'...dsb.Tetapi isu2 yang dibangkitkan boleh di ibaratkan saperti bahan2 yang di campakkan kedalam kancah bubur lambuk.Di kacau2 panas sahingga menggelegak gelegak....hasilnya semua jadi lembik juga.Silap2 kalau api terlalu panas,banyak pulalah kerak nya! Itu aje....nothing solid to hold.
UMNO memekik mekik mempertahankan NEP...konon nya untuk menjaga hak kepentingan MeLAYU supaya tidak terlentok dan mati dipijak kerbau.Salah satu matlamat NEP kononnye untuk menambahkan cerdik pandai dan meningkatkan pemikiran orang2 yang dikatakan melayu tadi. Sudah berpuluh tahun NEP dipertahankan...takkan lah belum ada lagi cerdik pandai yang tak layu lagi....ataupun memang menjadi hasrat UMNO untuk terus memperbodoh2 kan orang2 Melayu yang sudah pun dicerdikkan oleh NEP.
Come on UMNO.. move in tendom with NEP lah!....you have produced many 'cendiakawan dan cerdik pandai'...pakar IT....pakar ekonomi....dan macam2 pakar lagi.Tapi malangnya pemimpin2 UMNO sekarang dan pembodek2 mereka sendiri sudah di tinggalkan oleh NEP...mereka masih lagi berfikiran di zaman tok kadok lagi....nak berperang pun pakai keris lagi....nak hantar orang ke angkasa, untuk main batu serembang dan buat teh tarik?!!!...Tu Lah,banyak sanggat tido kot! atau pun banyak yang di 'angkat' sebagai pemimpin tetapi tak banyak mempunyai ilmu.UMNO kena belajarlah jadi penganalisa... gunakan cerdik pandai Melayu yang ada PHD yang benar2 boleh memeras otak,bukan MeLayu 'Penghasut Hassad Dengki'yg menjahanamkam negara.
Banggun UMNO....banggun.....gi sekolah jangan ponteng.Gi Oxford...gunakan NEP tu.
Anuar Mohd Nor masih disini
Masih Anuar yang serupa. Masih akan meneruskan apa yang selama ini saya lakukan.
Senantiasa terbuka untuk dihubungi 012-6544762. Dalam perlaksanaan kita perlu strategi dan kadang - kadang kita dilanda kemurungan dan kekecewaan. Sungguhpun itu bukan alasan untuk berhenti tetapi adakala terpaksa "pause sekejab"
Terus bersama www.umno-reform.com dan blog arahkita
Kata Anuar "Kita akan terus melihat Pak Lah sebagai Perdana Menteri beberapa penggal selagi wang saku rakyat diambil menjadi jaminan"
Minta sdra Anuar buat sedikit penjelasan mengenai kenyataan di atas
BN nasional akan terus memerintah tapi kalau nak pastikan yang PM sekarang dengan anak menantu hantunya hancur lebur, maka pengundi2 yang berkaitan kena pastikan bahawa dia jatuh terduduk di kawasannya.
Kalau tak beruk hitam akan terus menghantui negara.
Hi people
I do not know what to give for Christmas of the to friends, advise something ....
Hello. Good day
Who listens to what music?
I Love songs Justin Timberlake and Paris Hilton
Post a Comment
<< Home