Friday, December 29, 2006

Luka Rakyat - 2006


Akhirnya kita sampai ke penghujung 2006. Ini mengundang berbagai sorotan untuk setiap individu sebaik sahaja 2006 berlalu meninggalkan kita. Banyak rumusan dan banyak resolusi tahun baru akan dibuat oleh setiap kita. Namun 2006 bagi www.umno-reform.com menyaksikan luka rakyat yang semakin parah dalam kita menghadapi komplikasi kehidupan yang semakin rumit. Sungguhpun banyak kejayaan yang telah dilaporkan berlaku; yang memodenkan , yang membangunkan dan menguntungkan negara ini, setidak - tidaknya itulah yang dilaporkan, namun dalam kerancakan kita berbicara mengenai pembangunan dan kejayaan banyak sekali perkara - perkara yang terus menerus membebankan rakyat sementara golongan - golongan Perdana khususnya elitis Melayu tidak terheret untuk merasai apa yang mereka rasa.

Mereka terus berbicara "bagaimana" dan "bagaimana" dan lupa bahawa mereka semakin terjarak dari rakyat yang semakin risau untuk mengharungi peperangan dengan kos kehidupan yang semakin meningkat. Musuh rakyat adalah mereka yang memikul amanah tetapi membelangkanginya, musuh rakyat adalah mereka yang berbicara mengenai perjuangan tetapi lebih kepada kepentingan diri , musuh rakyat adalah kepimpinan yang berkawan baik dengan kapitalis yang tidak sesaat pun memikirkan mengenai nilai malah terus mencari mangsa.

Panjang sekiranya kita berbicara, kenaikan petrol, kenaikan elektrik, kenaikan tol , kenaikan barangan keperluan asas, kenaikan kos pembelajaran serta kenaikan - kenaikan yang dikatakan untuk menampung pembangunan Malaysia bagi membolehkan Malaysia menjadi negara maju dan lebih sial lagi apabila dikatakan bahawa kesengsaraan rakyat ini adalah perlu untuk Malaysia.

Penutup 2006 turut menyaksikan saranan kerajaan untuk kita sama - sama menanggung beban. Kerajaan dan rakyat perlu berkongsi dan perkongsian bijak ini tidak pula dikatakan akan menguntungkan siapa kerana jelas bukan menguntungkan rakyat. Kerajaan turut memaklumkan dalam isu peningkatan kos tol sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan seolah - olah kerajaan terpaksa : "being held at gun point" dan tidak ada cara lain selain mengalihkan beban itu kepada rakyat.

Terlampau banyak yang luka dan terlampau banyak boleh dikatakan namun yang mampu kami dari www.umno-reform.com turutkan adalah amanat Allahyarham Hj Ahmad Badawi, ayahanda Perdana Menteri kita kepada kita dalam UMNO:

"Jangan menukar politik dengan ekonomi akibat kita menjadi hamba orang dan negara"

Amanat Hj Ahmad Badawi
ucapan anjuran Umno Cawangan Sauh, Kuala Kangsar 1955

dan untuk itu kita fikirkan, apa yang sebenarnya berlaku, apa sebenarnya maksud perjuangan yang sering kita laungkan dalam perhimpunan - perhimpunan UMNO, apa yang senantiasa kita katakan mengenai pembelaan rakyat dan apa yang menjadi tunjang perjuangan UMNO.

Kita tidak mahu pembangunan dan kejayaan Malaysia sebenarnya adalah beban kepada rakyat Malaysia. Kita tidak mahu Malaysia melonjak tinggi kerana berpijak atas bahu rakyat dan kita tidak mahu rakyat menjadi hamba kepada golongan elitis tertentu dan seharusnya kita tidak mahu Melayu itu diijak oleh Melayu Perdana yang memperkatakan mengenai pembelaan , perjuangan tetapi menjual bangsa - bangsanya sendiri.

Maka kita tutup tahun 2006 ini, kita akhirkan tahun yang melukakan terus rakyat dan mengingatkan semula kepada Perdana Menteri kita bahawa rakyat kita bakal menjadi hamba orang dan hamba negara sekiranya kepimpinan terus leka, menggenggam kuasa politik untuk digadaikan semata - mata kerana perolehan ekonomi diri. Kita minta Perdana Menteri Malaysia, menjulang tinggi maruah rakyat, menyembuhkan Luka Rakyat, menjadi pembela pada rakyat.

Akhir kata, pengorbanan itu bukan urusan mengorbankan rakyat kerdil, tetapi perjuangan untuk membebaskan rakyat dari belenggu kemiskinan dan membawa mereka mengamit kemakmuran.

Salam dari saya,
Anuar Mohd Nor
012-6544762
editor1 umno-reform.com

Untuk mengakhiri tahun 2006 saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah memberi semangat, menyokong kehadiran www.umno-reform.com. Jasa kalian amat dihargai dan semoga perubahan membawa UMNO menjadi hamba kepada rakyat terhasil. Selamat Hari Raya dan Selamat Tahun Baru. Bertemu kita pada 01-01-2007

10 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Nampaknya Pak Lah bukan sahaja lemah mentadbir negara tetapi durhaka pada aruah ayahnya sendiri. Betul ke tu amanat bapak pak lah? Boleh cite sikit pasal bapa dia..nak tahu gak

4:58 PM  
Anonymous Anonymous said...

tuan, pejuangan itu sebenarnya menyakitkan. saya tahu tuan pun tahu, nak lawan atau nak tentang akan membunuh kehidupan bukan sahaja kita malah keluarga.

Rakyat masih mengundi BN dan BN akan terus bekuasa. Rakyat akan tetap terpengaruh dan yg berjuang akan terus membuang dgn sis-sia hidup mrk.

saya rasa benda tu dan saya tahu tuan pun sudah rasa benda tu. Kita jgn tipu pejuang lain utk terus berjuang dan merosakkan kehidupan mrk. Kita suruh mereka memikirkan hidup mrk dan keluarga mrk dahulu...

9:33 AM  
Blogger Andin Salleh said...

Secara ringkas mungkin boleh dikatakan UMNO/BN sudah terlalu lama memerintah. Para pemimpinnya sudah kehilangan idealisme,walaupun untuk mengabui mata rakyat mereka masih bercakap berdegar-degar bahawa mereka adalah berjuang untuk bangsa dan negara. Apa yang mereka utamakan sebenarnya tidak lain daripada mahu mengekalkan kuasa dan kedudukan, dan mahu membolot kekayaan negara untuk diri sendiri, keluarga dan kroni. Keadaan ini saya kira akan berterusan,malah mungkin akan bertambah teruk, jika UMNO/BN terus memerintah. Oleh itu, apakah pilihan kita: cukup sekadar menukar pemimpin, atau sudah sampai masanya kita menukar parti yang memerintah?

10:51 AM  
Anonymous Anonymous said...

Pak Lah bukanlah PM yg berkuasa. Ada orang dibelakang PM yg merancang agenda agenda untuk keentingan mereka sendiri dan merampas hak rakyat dengan berbagai cara.

Jelas ini bukan amalan Islam Hadari. PM asyik khayal dengan Islam Hadarinya sedangkan rakyat tak dijelaskan apa itu hadari. PM syok sendiri. Kalau sekarang Islam Hadari, yang dulu Islam apa?

Adakah Islam Hadari membenarkan saorang Imam Hadari (Pak Lah) menyentuh bahu saorang perempuan (yg tanpa penutup kain di bahunya?).
Tak malu ka Pak Lah?
Khairi Jamaludin sila jawab bagi pihak bapak mertua kau.

6:42 PM  
Anonymous Anonymous said...

pak lah tak betul & lemah. itulah yg saya nak beritahu. like father like son.

9:50 AM  
Anonymous Anonymous said...

Saya sangat bersetuju bila dikatakan bahawa UMNO/BN dah terlalu lama memerintah dan complesent dengan situasi sekarang. Dengan kemenangan mudah menyebabkan mereka dah mula melalut dan mula mencari kekayaan sendiri. Rakyat? Bagi sikit-sikit sudah sebab setiap kali pilihanraya, pastinya mereka akan mengundi UMNO/BN. Lagipun, ahli UMNO ni kalau disuap seratus dua, gerenti menyokong membabi buta.

Kalau dilihat senario tersebut, memang UMNO/BN akan terus memerintah. Agak sukar untuk mengalahkan mereka terutama sikap Melayu yg kalau marah sangat pun, boleh dipadamkan api tu dengan umpanan duit (bukan byk pun....). Itulah harga diri org Melayu sekarang. Malahan pada hakikatnya, pemimpin sekarang hanya memperbodohkan rakyat sedangkan mereka lupa bahawa generasi muda sekarang ni mempunyai kelulusan lebih dari mereka yg rata-rata bekas guru atau penjaga gate keretapi jee....

APa yg boleh dibuat oleh rakyat dalam mengubat luka 2006 adalah dengan memastikan bilangan pembangkang bertambah dalam DUN atau Parlimen. Baru ada check & balance. Dengan kemenangan perit UMNO, barulah para pemimpin mendapat signal yang jelas bahawa mereka dah tidak disukai.

Jadinya, kepada rakyat terutama Melayu, fikirlah semasak-masaknya halatuju masing-masing. Gunalah dengan sebaik-baiknya akal bukannya perasaan dalam menentukan masa depan melalui pilihanraya. Jangan melenting kemudian hari akibat kesilapan memilih wakil.

Saya hanya mampu menasihat samada nak ikut atau tak terpulanglah. Buanglah kata-kata Melayu Mudah Lupa terutama luka rakyat 2006 seperti yg diutarakan oleh saudara anuar.

Bagi saya, cukup dengan aktiviti pembodohan rakyat yg dilakukan oleh pemimpin sekarang.... In fact, saya lagi cekap mengurus dan memimpin (rasanya lah, correct me if I'm wrong)

Salam Tahun Baru 2007
Orang Tanjung

12:43 PM  
Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum semua. . Sebenarnya buang masa saja kita semua bincang pasal pincang dan celarunya pemimpin2 Umno yang ada sekarang. Apa yang pasti, tiada satu pun yang benar2 membawa semangat Umno yang ditubuhkan pada 1946 kerana sememangnya umno 1946 dah lama mati. . Jangan lupa yang ada sekarang hanyalah umno 1988, hasil dari sikap gilakan kuasa pemimpin terdahulu.. Makanya, manalah mereka semua ada masa nak menghayati kembali semangat umno yang asal..Tak percaya, tanyalah Kairy. .

6:41 PM  
Anonymous Anonymous said...

Sebenarnya kita semua tak perlulah pening2 kepala memikirkan ttg pemimpin2 kita yang sememangnya dah rosak akal budi masing2 dek kerana terlalu sibuk dgn mengejar kekayaan dan sebagainya. Cuba lah kita berani sedikit pada pilihanraya akan datang, tukar je parti pemerintah, kalau takut diperingkat persekutuan kita cuba diperingkat negeri. Saya tak fikir para pelabur akan lari serta merta kalau BA menang. . Itu pun kalau kita semua anak jantan lah, tak pun sampai kiamatlah kita semua sibuk blog sana dan sini. . apa kata kita semua memainkan peranan yang lebih aktif dgn menyampai kan hasrat suci ini kepada ahli keluarga kita dan juga rakan2. Tak perlulah kita fikir banyak2, kalau tidak nanti tunggulah masanya anak cucu kita menyalahkan kita semua kerana gagal mempertahankan negara dari tangan2 Pak Lah dan kuncu2nya.

7:03 PM  
Anonymous Anonymous said...

Hakikatnya, BN akan memenangi PKR yg akan datang. Kenapa ? Kerana BA belum memberi satu gambaran politik yg jelas kpd rakyat and pelabur. Sekiranya komponen2 BA telah mencapai kata setuju untuk semua jawatan, tanggung-jawab, dsb dalam negeri, persekutuan dan memaklumkan kpd rakyat dan pelabur, ini akan memberi keyakinan kepada rakyat untuk memilih. Ramai saudara/sahabat saya yang berkemampuan, tapi rela berkhidmat di luar negara dan membantu negara asing untuk bertambah maju kerana peluang yang terhad di tanah sendiri dan politik sebegini. Kepada pemimpin2 yg hanya membantu kroni/keluarga saje, luka rakyat semakin mendalam.

11:08 PM  
Anonymous Anonymous said...

Memanglah Barisan Nasional yang bertulangbelakangkan UMNO sudah lama memerintah, malah mungkin mencipta rekod di dunia ini sebagai parti kemerdekaan yang paling lama memerintah sesuatu negara. Syabas lah! Sekurang-kurangnya kita ada juga rekod dunia yang sebenar-benarnya rekod dunia yang boleh dibanggakan. Namun setelah lama saya mengkaji, masalah sebenarnya BUKANlah sama dah lama atau tidak tempoh kuasa itu. Yang menjadi masalah hari ini ialah tunggak-tunggak parti, atau dalam bahasa Pak Kadiaq Jassin, pembesar-pembesar negara yang ampunya angkara dan honar yang menyebabkan rakyat mula meluat kepada Barisan Nasional. Esok sekiranya berlaku pilihanraya umum kita boleh menukar selera dengan mengundi parti lain untuk menumbangkan Barisan Nasional. itu cukup mudah, hanya para pengundi perlu cukup berani untuk melakukannya dan melakukannya setelah berfikir panjang. Akan tetapi kalau kita tidak mengundi BN siapa yang hendak kita undi? Yang mendakwa diri sebagai alternatif pun belum tentu boleh menyambung apa yang telah dilakukan oleh BN. Yang dok ada pun saya tidak nampak boleh dipercayai, malahan mungkin mereka lebih teruk lagi dan mungkin tidak tahu apa ayang nak dibuat dan bagaimana hendak dibuat. Ambil contoh sebuah negeri yang pernah diperintah kerajaan pembangkang suatu ketika dahulu sebelum dimenangi semula oleh BN pada PRU 2004. Sebaik sahaja mereka memperolehi kuasa mereka sudah seolah-olah hilang pertimbangan, tenggelam punca dan tidak nampak macam ada cita-cita untuk berbuat sesuatu yang baik untuk rakyat. Yang kita dengar mereka sibuk dok memfaraid harta kekayaan negeri untuk kawan-kawan mereka dan pada masa yang sama menjadi sanpatan rohani rakyat dengan ucapan-ucapan yang berapi-api dengan memperalatkan agama sebagai jenama mereka. Hari ini saya percaya seandainya parti pembangkang yang diberi kepercayaan untuk memerintah kerajaan persekutuan, maka mereka akan lebih mabuk kuasa dan khayal dibuai oleh gegaran kuasa yang memang memabukkan dan mengasyikkan. Justeru, kita tidak perlu menukar parti kerana walau seburuk mana sekalipun BN ini, ada jugalah kebaikan yang mereka buat untuk rakyat dan negara. Kelemahan2 yang ketara itu hanyalah perkara biasa kerana kita memilih manusia bukan malaikat. Untuk menukar pemimpin TIDAKlah sukar, cuma perlu melakukan satu antara dua langkah ini atau kedua-duanya sekali sekiranya yang pertama akan gagal. Kita hanya perlu mengesa ahli-ahli UMNO untuk memanggil perhimpunan agung khas (bukan tergempar) untuk membincangkan satu usul dan hanya satu usul iaitu meluluskan undi tidak percaya terhadap presiden. Apabila dua pertama dairpada perwakilan mengundi untuk meluluskan usul ini makan penyandang jawatan pun tersingkir dan akan digantikan oleh timbalannya, tetapi sebagai pemangku sehinggalah mesyuarat agung tahunan di mana pemilihan jawatankuasa kerja Majlis Tertinggi diadakan. Ianya boleh dipercepatkan. Akan tetapi sekiranya para perwakilan mendapati yang akan mengantikan beliau atau lebih tepatnya timbalan presiden pun dua kali lima dengan presiden, maka para perwakilan boleh mengusulkan satu usul disingkir presiden dan timbalan presiden. Maka perhimpunan boleh membuat ketetapan untuk melantik pemangku presiden di kalangan ahli umno, lantarana kan umno mempunyai 3.4 juta ahli dan mustahillah tidak dapat dikenalpasti individu yang berkemampuan dan berkelayakan. Justeru kita memilih untuk memberi kepercayaan kepada Tengku razaleigh Hamzah, satu-satunya harapan yang ada pada ahli umno hari ini. Mengapa dia? Sekurang-kurangnya umno akan ada presiden yang tidak akan menerima dan mengamalkan rasuah kerana beliau sudah kaya raya, dulu kini dan selamanya. Daripada segi pentadbiran, kita tahu akan sumbangan beliau selama ini dan sekiranya karisma pemimpin yang menjadi ukuran maka kita hanya perlu melawat kediamannya di Jalan Langgak Golf untuk melihat "rumah putih"nya kini seakan-akan menjadi pejabat perdana menteri!
Sekiranya langkah menerusi umno tidak berjaya kerana orang umno enggan disebabkan takut dikatakan durhaka dan ianya tidak pernah dilakukan, maka kita bawa usul undi tidak percaya ini ke Dewan Rakyat. Menerusi undi 2 pertiga daripada seluruh anggota dewan rakyat untuk meluluskan undi tidak percaya kepada perdana menteri maka apabila diluluskan usul itu maka penyandang jawatan akan tersingkir.
Hanya perlu dilakukan dua langkah, tidak perlu demokrasi jalanan, demokrasi cyber atau demokrasi undang-undang rimba. orang umno naikkan dia menerusi proses demokrasi maka orang umno perlu menurunkan dia juga menerusi proses demkorasi.
Tepuk dada tanyalah selera!
Daud Tarihep, Kuala Selangor

7:03 PM  

Post a Comment

<< Home