Bangsa Malaysia tidak perlu definasi - Najib
Bangsa Malaysia tidak perlukan satu definasi khusus kerana ini akan menimbulkan polemik. Najib dalam kenyataan beliau (TV3 Bulentin Utama 6/11/2006) turut mengatakan bahawa Agenda Melayu tidak berhasrat untuk meminggirkan kaum - kaum lain, tidak akan mendiskriminasi bangsa - bangsa lain dan akan terus berlaku adil kepada semua bangsa. Isu ini timbul apabila Menteri Besar Johor dalam konvensyen UMNO Johor menyatakan kelonggaran dan ketidakjelasan erti Bangsa Malaysia. Kegusaran ketiadaan erti Bangsa Malaysia akan merugikan Melayu adalah kemungkinan maksud yang mahu disampaikan oleh MB Johor tersebut.
Isu ini pernah kami sentuh satu ketika dahulu yang turut menarik pengkritik dalam blog arah kita dengan tajuk Angan Angan Bangsa Malaysia. Bagi kami sekiranya tidak ada definasi mengenai terma tersebut maka ini bermakna tidak ada pengertian dan penggunaan hanya sekadar merujuk kepada semua bangsa di Malaysia. Bangsa Malaysia yang sebelum ini berlingkar pada paksi asimilasi kaum dan intergrasi kaum kini kuncup dengan pengertian semua kaum di Malaysia. Ini mungkin penting ditinggalkan sebegitu sahaja kerana Bangsa Malaysia yang membawa pengertian lebih mendalam kemungkinan tidak akan dapat dicapai dan sekiranya mahu dicapai juga maka banyak kompromi antara kaum perlu diadakan. Kompromi - kompromi bahasa, budaya dan adat bukan mudah untuk dilaksanakan. Masing - masing masih kukuh menyuburkan dan memperjuangkan pegangan kaum masing - masing lantas tidak akan memberi laluan langsung kepada terma Bangsa Malaysia untuk tumbuh.
Bagi kami Timbalan Ketua Pemuda Gerakan - Lim Si Pin tidak perlu gusar kerana apa yang diperkatakan oleh MB Johor adalah benar. Apa guna terma kalau tidak ada makna dan apakah terma yang tidak ada makna dapat memupuk perpaduan yang lebih erat. Mungkin sebenarnya hari ini pengertian Bangsa Malaysia adalah bermaksud " semua kaum - kaum di Malaysia" dan tidak merujuk kepada kehadiran satu bangsa di negara ini. Maka dengan itu betul seperti apa yang pernah kami katakan sebelum ini - Angan Angan Bangsa Malaysia.
12 Comments:
Bangsa Malaysia according to the PM’s Office website
The Prime Minister’s Office on its website makes a mention of Bangsa Malaysia in outlining the definition of Malaysia as a fully developed country by the year 2020. These are the characteristics aimed for, according to the statement at www.pmo.gov.my:
"A united nation, with a confident Malaysian society, infused by strong moral and ethical values, living in a society that is democratic, liberal and tolerant, caring, economically just and equitable, progressive and prosperous, and in full possession of an economy that is competitive, dynamic, robust and resilient."
It added there could be no fully developed "Malaysia" until the country overcame nine strategic challenges that have long confronted the nation.
"The first of these is the challenges of establishing a united Malaysian nation with a sense of common and shared destiny.
"This must be a nation at peace with itself, territorially and ethnically integrated, living in harmony and full and fair partnership, made up of one Bangsa Malaysia with political loyalty and dedication to the nation."
Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad was behind the Bangsa Malaysia policy, which emphasises a Malaysian instead of Malay identity for the country.
Patut nya Rakyat Malaysia dan tiada istilah Bangsa Malaysia sebab bangsa adalah identiti mengikut keturunan samada bangsa melayu, bangsa cina, bangsa india, bangsa campuran.
Ertikata yang sebenar adalah semua bangsa yang memegang kad pengenalan Malaysia adalah Rakyat Malaysia.
ya tetapi bila sebut bangsa malaysia ianya sepatut tidak wujud. Mana ada bangsa malaysia. Rakyat malaysia ada lah.
Yg pembangkang menjerit - jerit tu apa hal lak.Saja nak cari ruang. Kita kita sedar there is no such thing as bangsa malaysia
pagi ni dalam berita radio aku dengar kerajaan telah meluluskan penjualan 51% saham dalam Proton kepada syarikat asing.
Hah??????!!!!!! nampak gaya bermula lah era penjualan maruah dan diri kita kepada penjajah semula. aku betul2 tak faham kenapa kerajaan sekarang tergamak melukakan hati dan perasaan rakyat.
bodoh betul,biarlah 200 tahun proton dipegang oleh rakyat melayu sendiri dan aku percaya dalam masa terdekat proton boleh berjaya. kenapa nak tunduk kepada tekanan luar? ada org BODOH tak bole pikir ke kalo lama2 kita cube kite bole berjaya. kalo tak takkan ungkapan 'Practise make perfects' tercipta? korang tau tak adik beradik Wright yg cipta kapal terbang tu buat cubaan 200 kali baru berjaya dan colonel sanders cube menjual resipi rahsia dia sebanyak 1009 kali sebelum terhasilnya KFC? hoi org2 pemerintahan jgn rakus dan tak sabar2 nak jadi kaya! Tuhan murka dengan org yg tamak haloba!!!!!
aku rasa ada sesuatu yang tak kena dalam kerajaan sekarang. sanggup menggadaikan negara demi kepentingan sendiri. tgk singapore tu, si lee kuan yew yang level tunku abdul rahman dulu pun masih dihargai dan segala pandangan dia diguna pakai. singapore mcm ada 3 perdana menteri yang memerintah. 3 brains is more powerful than 1! tak macam kerajaan kita sekarang, org pandai di tong smapahkan org bodoh,lembap tau mengampu je diguna pakai. apa maruah yang tinggal selepas ni? Proton aku percaya boleh dan pasti jadi international brand....tapi JANGAN LA GADAIKAN PEGANGAN KITA!!!!!!!!!!!!!!
dengan ini secara rasmi aku mengatakan SEDIH terhadap pemerintahan kerajaan sekarang!
syarikat asing tu siapa punya?
adakah ia dimiliki oleh orang asing atau orang tempatan?
kalao orang tempatan yang memiliki company tu siapa orang?
Kongres Bahasa Melayu sokong bangsa Malaysia
Muhammad Razif
Nov 9, 06 3:07pm Saiz Huruf:
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu VII yang berakhir semalam menyokong gagasan pembinaan bangsa Malaysia yang berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
Sokongan tersebut merupakan satu daripada lima resolusi yang diputuskan oleh kongres tersebut semalam. Kongres berkenaan berlangsung dari 6 hingga 8 November di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Kenyataan bersama yang mengandungi senarai usul tersebut ditandatangani oleh Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr Firdaus Abdullah dan Ketua Satu Gabungan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Tan Sri Ismail Hussein.
“Keutuhan bahasa dan persuratan Melayu serta pembinaan kebudayaan kebangsaan perlu ditingkat agar berfungsi sebagai penggerak utama ke arah pembentukan sebuah negara bangsa mengikut acuan kita sendiri,” tegas kedua-dua tokoh itu di dalam kenyataan tersebut.
Isu pembentukan bangsa Malaysia mendapat perhatian hangat awal minggu ini apabila Konvensyen Umno Johor menolak gagasan tersebut kerana tidak mahu wujud satu budaya dan bangsa “rojak” di negara ini.
Kongres tersebut dihadiri lebih 600 peserta daripada 59 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), DBP dan para pendukung bahasa, sastera dan budaya.
Peranan bahasa Melayu
Mereka turut mencadangkan kongres berkenaan diadakan secara berkala, sekurang-kurangnya dua tahun sekali, untuk memberi kesempatan kepada semua pihak memperkukuh dan memperbahrui azam membina bahasa, persuratana dan sebuah bangsa Malaysia.
Kongres berkenaan juga mendesak supaya dipertingkatkan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa peradaban.
Mereka menuntut status bahasa Melayu sebagai pengantar utama dalam sistem pelajaran dikembalikan kepada keadaaan sebelum tahun 2002 termasuk menggunakan semula bahasa Melayu sebagai dalam pembelajaran subjek Matematik dan Sains.
Resolusi kongres tersebut turut meminta kerajaan membina dasar buku berbahasa Melayu untuk melengkapi kepustakaan ilmu, industri buku dan penyebarannya ke semua perpustakaan dalam negara.
Kongres itu juga mahu kerajaan sentiasa memberi pengiktirafan secara rasmi kepada para karyawan sastera kerana peranan dan sumbangan mereka terhadap daya cipta keagungan karya dan pembinaan sastera kebangsaan yang bermutu.
Selain itu, kongres itu turut menyambut baik langkah meminda Akta Bahasa Kebangsaan bagi memberi kuasa penuh kepada DBP sebagai agensi penguatkuasa terhadap segala kelemahan penggunaan dan pelaksanaan fungsi bahasa di negara ini.
Resolusi-resolusi ini akan diserahkan kepada Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesenian, Kebudayaan, dan Warisan serta Jabatan Perdana Menteri.
syarikat asing itu adalah kemungkinan besar VW yg menguasai AUDI. hmmmm....SEDIH kan. apa punya bengap la org kat atas tu....
kalau pemimpin ikhlas utk mengharmonikan rakyat malaysia, tak payah la susah susah buat bangsa malaysia, setelah melihat reaksi dan respond rakyat.
kalau setakat untuk pancing undi, tak osah la....
niat yg jujur dan ikhlas itu yg penting...suruhlah UMNO tidak mempermaikan isu perkauman...dah cukup....semua kaum pun rasa marah bila di belakangi kan??
dan rakyat malaysia yg berbilang kaum, sedarlah...kita seharusnya bergerak ke arah kemajuan bukan perpecahan. melayu kawin bukan-melayu dan bukan-melayu kawin melayu perkara baru? habis apa yg nak dihangatkan dgn isu perkauman, semua permainan politik nak dapat sokong mudah.....
erm, have you guys heard of the term "equivocation"? wikipedia it. the crux of this silly debate is a silly misunderstanding.
Idea pembentukan Bangsa Malaysia sesemangnya suatu yang positif namun dengan keadaan sekarang kita sebenarnya masih mencari identiti sepunya yang boleh merangkumkan kita sebagai salah seorang dari kalangan Bangsa Malaysia.
Tambahan pula, masyarakat kita hari ini sebenarnya masih mempunyai prasangka dan melakukan diskriminasi terhadap bangsa dan atnik lain. Lihatlah di sekeliling kita, ramai masyarakat di luar sana sering kali mempercayai kepada stereotaip2yang wujud kini. Masyarakat India dengan sifat pemabuknya, suka mencari gaduh, kaki pukul dan sebagainya. Judgement ini sebenarnya bersifat tidak adil. Namun, disebabkan inilah masyarakat kita sering mengkategorikan masyarakat India sebagai golongan underdeveloped..golongan pinggiran dengan masyarakat Melayu dan Cina sebagai pusatnya(core)..Dalam hal ini,idea pembentukan dilihat sukar untuk dicapai selagi perpaduan dan intergrasi kaum sukar dibentuk. Meskipun pelbagai inisiatif dilaksanakan seperti Kongsi Raya contohnya yang diimplementasi untuk memupuk semangat muhibbah, bagaimanapun realitinya kejayaaannya hanya di atas kertas sahaja. Hakikatnya, masyarakat kita masih kekal dengan pandangan mereka, tragedi 13 Mei masih kekal di sanubari mereka..Sistem pentadbiran yang tidak membenarkan kebebsan bersuara sepenuhnya menyebabkan golongan others seperti Cina dan India ini tidak dapat meluahkan ketidakpuasan hati mereka secara terbuka.Persoalannya, sampai bila kita begini..Sesungguhnya, idea pembinaan bangsa Malaysia yang ingin dibentuk ini sebenarnya masih dalam kekaburan. Kita tidak berupaya mengubahnya melainkan kita mampu mengubah persepsi masyarakat Malasyia kini terhadap etnik-etnik lain dan berusaha memupuk semangat perpaduan sesama kita.Fikirkanlah..
Kalau bahasa Melayu (bahasa Malaysia), mengapa tidak dengan bangsa Melayu (bangsa Malaysia). Kerana ini kita kembali kepada asas kita di sini.
Perlembagaan itu sendiri berasaskan acuan bangsa Melayu dan bukan berasaskan bangsa dan negara asing. Mengapa rakyat tidak boleh menerima hakikat ini.
Cina peranakan dan baba telah menunjukkan contoh. Golongan pendatang seharusnya terasimilasi dengan kebudayaan di sini dan bukannya menjadi pendukung kebuyaan dan sikap pendatang.
salam 1 malaysia...is it bangsa melayu indonesia juga dikategorikan sebagai rakyat malaysia walaupun lahir di malaysia?.dan apakah kedudukannya sama seperti melayu malaysia...adakah ianya akan menganggu taraf perkahwinan,pengajian di universiti awam milikan harta sekiranya berkahwin.
Post a Comment
<< Home