Friday, November 10, 2006

Bila semuanya ada "dalil"




Bermula dari 50 dalil mengapa Anwar tidak boleh jadi Perdana Menteri vesi cetak, kemudian 100 dalil kenapa Najib tidak boleh jadi Perdana Menteri juga vesi cetak dan dituruti dengan 70 dalil kenapa Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara yang tersiar dalam media internet
www.malaysia-today.net maka dalil menjadi satu perkataan popular seakan menjadi satu "trend" apabila ada hasrat untuk menjatuhkan sesorang pemimpin. Kalau kita dahulu berdepan dengan Allahyarham Khalid Jefri dengan dalilnya, kini kita berdepan dengan "orang Kedah" siaran Raja Petra Raja Kamaruddin sebagai editor www.malaysia-today.net dengan dalil Pak Lah. Bentuk dan cara persembahan berlainan tetapi "dalil" nya mempunyai motif yang serupa. Apakah dalil kali ini akan memperolehi kejayaan yang serupa dengan 50 dalil kenapa Anwar tidak boleh jadi Perdana Menteri dan adakah dalil Najib akan juga berkembang luas sewaktu pilihanraya atau pemilihan UMNO nanti sehingga beliau bisa tumbang?

Biarpun dalil - dalil ini mempunyai banyak kekurangan - lebih tuduhan dan penuh andaian tetapi ianya seakan diterima dan ianya akan menjadi sebutan sehingga menjadi illusi kebenaran. Ini bukan sesuatu yang patut dipandang lekeh dan ini perlu tindakan segera untuk ditangkis. Malang, mereka yang kini sudah mempunyai dalil gagal bertindak awal atas beberapa kemungkinan : kemungkinan ada kebenaran, tidak mahu mengerohkan keadaan atau sikap tidak kisah yang akan memakan diri.

Hari ini kita sudah mempunyai dalil baru - 70 dalil kenapa Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara ini? Adakah dalil ini tidak akan dicabar oleh mereka yang masih sedia dengan Pak Lah? Adakah mereka akan terus menyepi dan bertindak mengambil jalan tengah - menanti dan melihat, sekiranya dalil ini mujarab maka kita akan langsung menyokong orang baru yang akan menggantikan tempat Pak Lah. Dalil dari www.malaysia-today disertakan bagi memudahkan kita berbicara apa sebenarnya kesalahan Pak Lah selain dari suka tidur, tidak banyak membaca dan terlalu mengikut sanak saudara tulisan Sang Kelembai dalam blognya dan Orang Kedah di malaysia-today.net. Adakah Pak Lah benar - benar sudah menjual negara ini dan negara ini akan tergadai seperti culaan cerdik pandai sewaktu Mahathir menjilat Jepun dengan dasar pandang ke Timur.


Kenapa pembelaan terhadap Pak Lah amat mendatar sehingga memberi indikasi kuat bahawa seluruh rakyat sudah mula benci dengan Pak Lah. Hari ini kita cuba meneliti dalam blog "arahkita" APA DOSA PAK LAH yang sebenarnya dan apakah langkah pembetulan atau perubahan yang perlu kita lakukan. Adakah kita tidak memberi Pak Lah peluang untuk melunaskan agenda beliau atau sebenarnya yang kita marah hanya satu - menteri - menteri yang dikelilingi Pak Lah adalah menteri - menteri yang jelas usang dan perlu diganti. Mungkinkah ini hanya persepsi yang timbulkan agar pergolakan dalam UMNO terus berlaku bagi memulakan langkah perubahan dalam umno atau apa yang disebut umno reform. Mungkin kita tidak mengetahui secara menyeluruh rancangan perlaksanaan Pak Lah atau imej Pak Lah sahaja yang tidak nampak karismatik tetapi perlaksanaannya dasar pemerintahannya cukup "conclusive".

17 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum,

Sdr Anuar,

Apa yang sdr persoalkan dalam artikel ini memang benar. Saya telah membaca semua halaman blog yang berkisarkan politik malaysia dan kebanyakannya membincangakan senario politik kita sekrg. Saya sendiri tertanya, apakah sekarang nie keadaan negara kita amat teruk sekali. Apakah dahulu semasa zaman mahathir memerintah kekayaan negara kita nie memang benar-benar telah dibahagi samarata kepada seluruh rakyat Malaysia. Apa yang berlaku sekarang ini menunjukkan seolah Pak Lah tidak ada satu kebaikan langsung yang dibuat untuk rakyat manakala mahathir pulak tidak ada satu kesilapan pun yang telah dia lakukan semasa dia memerintah. Amat menyedihkanlah kalau ini cara pemikiran kita terutama bagi orang Islam yang mengaku berbangsa Melayu. Mahathir memang seorang pakar strategi. Dia telah berjaya memusing pemikiran kita sehinggakan mungkin ada diantara kita yang lupa dengan apa yang telah berlaku sepanjang 22 tahun mahathir memerintah dengan menonjolkan keburukan dan kesilapan paklah. Dan percayalah walau sesiapa sahaja yang akan memerintah Malaysia, maka akan adalah seorang rakyat malaysia yang akan membuat dalil supaya pemerintah itu boleh disingkirkan.
Sdr sudah baca Artikel berkenaan The Toyol Code. Apa komen sdr?

2:41 PM  
Anonymous Anonymous said...

Saudara Anuar,

Saya juga besetuju dengan penulis diatas. Adakah wajar kita menjatuhkan hukum pada Pak LAh dalam masa 3 tahun beliau memerintah. SAya juga tidak setuju kepada pembentukkan dalil yang bertujuan untuk membunuh politik orang - orang tertentu. Kita dahulu berdepan dengan 50 dalil anwar ibrahim oleh Khalid jefri dan hari ini 70 dalil oleh raja petra. Adakah ini tidak serupa cuma khalid lebih ekstrim.

Saya percaya kalau kita teliti banyak kebaikan yang Pak Lah cuba terapkan dan sekali lagi banyak keburukan yang mula sudah kita lupa hasil dari pemerintahan tdm.

Kita harus memberi pak lah waktu dan saya percaya kita akan dapat menyaksikan kebenaran nanti

6:48 PM  
Anonymous Anonymous said...

kamarul said

assalammualaikum,

saudara Anuar,

fenomena politik sempit semakin berleluasa hingga terlalu jijik adalah kerana sikap ahli politik yang gagal mengujudkan suasana politik ikhlas dan jelas .maka niat mereka untuk menaiki tahta kekuasaan mencermin senario hina - menghina hingga terbawa - kepada rakyat jelata .

9:44 PM  
Anonymous Anonymous said...

brother Anuar kali ini tidak takut diambil tindakan semata-mata untuk mencari arah yang benar-benar betul untuk bangsa melayu dan rakyat malaysia, semangat brother harus disanjungi. orang cina kata" kalao i tak masuk neraka, siapa yang akan masuk?"
sikap yang tidak takut mati ini telah membuka mata kita dengan lebih besar untuk mengetahui keadaan sekarang.
brother juga membuka ruang untuk kita mengkritik kuat-kuat terhadap orang orang politik yang kita rasa telah menghampakan kita
SYABAS!!!!
nanti kita boleh tengok TALAK SUNAT buat show di sini
HAHAHAHA!

12:56 PM  
Blogger Lata Ulu Lawin, Kenering 33300 Gerik said...

Pertama sekali nak betulkan sikit anonymous 6.48 diatas. 70 dalil Pak Lah bukan ditulis oleh Raja Petra tetapi ahli Umno Kedah dan disiarkan di MT.

Soal fitnah memfitnah, hasad dengki, sepak terajang, sampai sanggup membunuh ni dah jadi budaya dalam Umno. Nak jadi Ketua Cawangan pun sanggup habis puluh ribu. Nak jadi Ketua Bahagian, sanggup habis ratus ribu. Nak jadi Calun, sanggup habis juta-juta.

Ada orang lain yang bagus sikit nak naik, kena cantas.Apa yang penting, mesti dapat jawatan atau kuasa. Bila tak dapat, mulalah hentam orang tu tak baik, orang ni penipu, orang tu tak bagus.

PHD (Perangai Hasad Dengki) merupakan kelulusan yang wajib kalau nak jawatan dalam Umno. Itu sebab bila aku mintak tunjukkan SEORANG pemimpin Umno yang bersih, sampai sekarang tak ada sorang pun yang berani jawab.

12:40 PM  
Anonymous Anonymous said...

Aku juga nak minta seorang pembangkang bersih. Sebenarnya tidak ada orng yg sebersih mungkin, apa yang perlu adalah kita majoriti menentukan dan bukan sebaliknya.

Kita ada rules and regulation, ada pertimbangan dan perlu menimbang sebelum menentukan. Apa yg perlu kita buat ialah dedahkan mereka yg mungkar dan lepas itu pastikan mereka kecundang. Ini akhirnya akan menjadikan kretiria untuk menjadi pemimpin lebih ketat dan mereka yg naik akan terhakis sikap negatif kerana pengukur utk mereka terus memimpin dtg dari rakyat..tak gitu Sdra Anuar

12:55 PM  
Blogger Lata Ulu Lawin, Kenering 33300 Gerik said...

Dalam blog 'dalil' ini, kita bercakap tentang perangai hasad dengki, dalam blog yang lepas, kita bercakap tentang rasuah dan salah laku. So, my definition of 'clean' politician is based on the topic we discussed. Dalam definasi ini, tak susah nak cari pemimpin pembangkang yang 'bersih'. Nik Aziz, Haron Din, Wan Azizah, Syed Husin Ali, Lim Guan Eng, Karpal Singh...........

Memang susah nak cari politician yang bersih, tanpa membuat definasi khas tentang bagaimana yang dikatakan bersih. So, can we define the standards?

"Kita ada rules and regulation, ada pertimbangan dan perlu menimbang sebelum menentukan."

Rules and regulation must apply to everybody, not selective. Jangan nanti untuk rakyat biasa satu undang-undang, pemimpin pula undang-undang lain. Kalau rakyat biasa menduduki tanah kerajaan secara haram, robohkan rumah mereka. Kalau pemimpin merompak tanah rakyat, diamkan.



"Apa yg perlu kita buat ialah dedahkan mereka yg mungkar dan lepas itu pastikan mereka kecundang"

Dream on! Bukankah pemilihan calon itu hak mutlak PM? (Dalam BN).Siapa yang kamceng dengan PM tak perlu risau. Bersih atau tidak bukan menjadi isu. Siapa yang control pilihanraya? Adakah SPR benar-benar bebas? Adakah pilihanraya benar-benar bebas?

Selagi Umno masih berkuasa dengan majoriti 2/3, teruskan bermimpi. Dan jangan salahkan mereka lagi, tapi salahkan diri sendiri kerana memangkah ditempat salah.

"...mereka yg naik akan terhakis sikap negatif kerana pengukur utk mereka terus memimpin dtg dari rakyat."

Sejak bila Umno peka tentang suara rakyat? Sejak zaman Mahathir, suara rakyat tak siapa peduli. Selagi undang-undang draconian seperti ISA, OSA, AUKU, Printing Act itu wujud, go to hell with public opinion.Dare to challenge?

2:01 AM  
Anonymous Anonymous said...

Aku tak bela sesiapa. Cuma PL kena jawab TDM. Perhimpunan UMNO is the best occassion!

10:17 AM  
Blogger Lata Ulu Lawin, Kenering 33300 Gerik said...

Begitulah ironisnya demokrasi diMalaysia. Perdana Menteri dipilih oleh Bekas Perdana Menteri, bukan dipilih oleh rakyat, hatta ahli Umno sekalipun.

Sdr. betul! Pak Lah is only answerable to the person who put him there, ie. Mahathir! Not to the rakyat.

Nampaknya, Perhimpunan Umno lebih penting daripada Parlimen.

10:59 AM  
Anonymous Anonymous said...

Lah..betul lah pemilihan calon wakil rakyat adalah kuasa perdana menteri tetapi tak kan tolol sangat. Pernah ke PM ambil org dari tepi jalan, dari gov off, dari private sektor. Beliau ambil dari kepimpinan UMNO bahagian so kita tentukan di peringkat ini. Kita tentukan mereka ini tercampak dan dibuang. Kita boleh berusaha dengan berbagai cara tetapi tidak akan selesai atau progress sesuatu diskusi dengan hanya mengatakan "dream on"

Komen seperti begitu adalah komen org tak ada vision tak progresif dan tidak pro aktif.

Kita sedar kita perlu perubahan dan di forum - forum seperti ini kita sebarkan values..

Kita mesti berusaha membersihkan kepimpinan peringkat cawangan dan bahagian. Di sini kita boleh tentukan.

UMNo bukan satu entiti yang tidak berubah. UMNo boleh berubah sekiranya kita mahu UMNO berubah tetapi sehingga kini kita masih tidak berjaya..kenapa kerana kepimpinan atau kerana rakyat terus tidak sedar. Kalau kepimpinan kita mesti sedar siapa yang letakan mereka disitu.

Rakyat perlu disedarkan dan kita perlu berusaha untuk menyedarkan. Kita akan terus berada disini biarpun kita tukar kepimpinan tetapi sebenarnya kita kuatkan rakyat bukan melalui kesempitan dinding politik.

zaini

2:02 PM  
Anonymous Anonymous said...

Tiada siapa boleh menafikan bahawa untuk tempoh masa yang lalu, ada di antara kita yang telah menerima terlalu banyak bantuan dan peluang. Ada juga yang menerima bantuan dan peluang terlalu sedikit. Ada pula yang tidak langsung mendapat bantuan atau peluang. Ini tidak adil. Ini jauh dari saksama. Ini sama sekali tidak boleh diteruskan. Ia perlu dihapuskan dari kamus amalan kita. Tidak akan pernah ada cukup kontrak, lesen, permit mahupun biasiswa untuk semua bumiputera. Kita perlu sedar bahawa apabila kita memberikan biasiswa kepada seorang pelajar bumiputera yang kurang layak, kita sebenarnya menidakkan hak pelajar bumiputera lain yang lebih layak. Ini jelas tidak adil. Menganugerahkan kontrak kepada syarikat bumiputera yang tidak boleh menjalankan kerja secara berkualiti sedangkan ada syarikat bumiputera lain yang lebih berwibawa, juga tidak adil dan tidak boleh diteruskan. Malah, ia merupakan satu pembaziran. Menganugerahkan lesen dan permit dengan tidak berasaskan kepada merit atau prestasi, juga merupakan satu pembaziran. Ia jelas satu ketidakadilan. Kita tidak boleh menutup sebelah mata, tidak boleh memandang ringan kepada segala amalan ini.

Di atas adalah petikan teks ucapan Pak Lah semasa persidangan UMNO 2005....

Jelas selepas 3 tahun pemerintahan Paklah tiada sedikit pun perlaksanaan di atas mencapai kejayaan....Jika kes Datuk Zakaria yang memang terang2 nampak penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan tahap Gaban pun kerajaan nak cover lagi..apatah lagi kes2 rasuah yang lain...cakap memang boleh tapi perlaksanaan 0....Kes Datuk Zakaria pun diangkat setelah beberapa kali dibangkitkan oleh pembangkang...jika tidak maka bermaharajalela lah si bangsat tu...

Sudah 3 tahun....apakah saudara2 pikir Paklah mampu melaksanakannya...apabila kabinet lama dikekalkan sudah jelas menunjukkan tahap intergriti Paklah yg longgar... ini semua angkara TDM yang tak mampus2 lagi tu...kubur kata mari rumah kata pergi...TDM adalah perintis kpd pucuk pimpinan UMNO yang rakus dan haprak...sesiapa yang ingin menafikan apa yang aku cakap adalah bapak segala Haprak...persetan sama UMNO.

4:33 PM  
Anonymous Anonymous said...

Betul tu Zaini...rakyat perlu sedar bahawa pemimpin UMNO yang ada skrg perlu dibuang dlm bakul sampah...bagaimana caranya...tentulah dgn memangkah pembangkang...adakah cara lain lagi yang lebih jitu...cuba la lu xplain....nak sedarkan rakyat konon...pirah...lu yang tak sedar lagi...nak sedarkan org pulak....

4:38 PM  
Anonymous Anonymous said...

Zaini...ko kena byk membaca lah...tolong jgn bagi komen kat sini....semua org jadi meluat...ape UMNO dah byk sgt ke bagi ko mkn...

4:45 PM  
Anonymous Anonymous said...

Ghost...iam not offended by remarks given by someone with yr kind of mentality.

Sebenarnya kesedaran rakyat perlu untuk memilih mereka yang benar - benar mahu berkhidmat untuk rakyat - kita tidak mahu rakyat disempitkan akal seperti komen - komen sdra yang provokatif tanpa nilai.

Rakyat yang bijak dapat memilih dan menukar tetapi rakyat yang sempit akan hanya memikirkan kemenangan untuk parti yg dia taksub.

Melarang saya memberi komen bererti pemikiran sdra sama seperti pemikiran orang yang sdra tuduh tidak demokratik, tidak terbuka dan segala tuduhan lain.

Cuba baca kembali nilai komen sdra !

5:11 PM  
Blogger Lata Ulu Lawin, Kenering 33300 Gerik said...

Sdr. Zaini,

"Kita mesti berusaha membersihkan kepimpinan peringkat cawangan dan bahagian. Di sini kita boleh tentukan."

Umno sudah korup sehingga keakar umbi. Pernah pergi mesyuarat cawangan? Cuba tanya, berapa ramai ahli yang pernah bayar yuran? Semua Ketua cawangan yang sponsor. Ketua Cawangan pulak claim kat Ketua Bahagian. Sdr nak tentukan sapa turun atau naik? No money no talk.

Sdr nak tarbiah kat ahli Umno? Tok sah buang masa. Dengan $200.00 saja, usahkan Ketua cawangan, Mahathir pun tumbang.

"Komen seperti begitu adalah komen org tak ada vision tak progresif dan tidak pro aktif."

Terpulang kepada penilaian Sdr, tapi aku rasa , "dream on" memang sesuai ditujukan kepada ahli-ahli Umno yang tak tahu berfikir, baik secara logik ataupun saintifik.

"You can't change Umno but you can change yourself"

"Rakyat perlu disedarkan dan kita perlu berusaha untuk menyedarkan."

Satu impian yang baik tapi fikirkanlah pelaksanaannya.
Dalam Umno, semuanya bagus kalau seseorang itu mendapat habuan dan semuanya salah bila habuan mereka terbang. Perjuangan Umno hanyalah perjuangan mengisi tembolok masing-masing. Selagi orang Melayu duduk didalam ketiak Umno, selagi itulah mereka dijanjikan mimpi-mimpi.

"..sebenarnya kita kuatkan rakyat bukan melalui kesempitan dinding politik."

Kalau rakyat kuat dan bijak, Umno hancur. Oleh itu, rakyat, terutamanya orang Melayu perlu diperbodohkan supaya tidak melawan.

6:40 PM  
Anonymous Anonymous said...

ASSALAMULAIKUM,

Pada saya tiada guna saling tuduh menuduh kerana kita semua manusia biasa pasti ada silap dan salahnya,begitu juga dengan pemimpin..menjadi tanggungjawab rakyat untuk menegur pimpinan negara kita agar kita sentiasa berpegang pada tali Allah..Apapun dunia kita hari ini tidak begitu,selagi mana kita tidak mengariskan undang-undang sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah,maka terjadilaH SEPERTI APA YANG TERJADI pada dunia kita hari ini..Islam itu agama fitrah..hanya apabila kita kembali kepada fitrah,kehidupan kita akan aman..Khalifah dulu disanjung bukan kerana hartanya tetapi kerana kepemimpinannya...Apabila ada pemimpin melakukan kemungkaran bahananya mungkin tidak terlihat kepada dirinya tetapi mereka yang berada di bawah pimpinannya sedikit sebanyak menerima bahananya..Renungkanlah..

9:51 PM  
Anonymous Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM.... SDR.MELAYU MALAYSIA SEMUA, DISINI SAYA TERPANGGIL UTK MEMBERI SEDIKIT PENDAPAT YG MUNGKIN TAK BERAPA BERNAS TAPI SAYA NAK JUGA MENULIS...APABILA SAYA MEMBACA BEBERAPA KOMEN DLM BLOG INI, SAYA RASA SANGAT BAGUS DAPAT BERBINCANG SAMA-SAMA MASALAH POLITIK DAN KEPIMPIMNAN ORG MELAYU SEBAGAI PENERAJU NEGARA MALAYSIA. JADI KITA SEBAGAI BANGSA MELAYU JGN LAH MENJADI RUANGAN INI UTK MEMAKI HAMUN SATU SAMA LAIN...YG PENTING KEMANA KAH ARAH BANGSA MELAYU UTK 50 TAHUN YG AKAN DATANG DAN SETERUS NYA..BAGI SAYA, KITA TERPAKSA MENGHORMATI PEMIMPIN YG DIPILIH OLEH RAKYAT KERANA ITU TELAH TERMAKTUP DLM PERLEMBAGAAN NEGARA MALAYSIA..JADI JIKA KITA TIDAK SUKA PADA PEMIMPIN YG GAGAL MEMIMPIN NEGARA INI DGN ADIL DAN BAIK, KITA WAJIB MEMBUAT PERUBAHAN ATAU MENUKAR PEMIMPIN DGN SALURAN YG ADA...IAITU SUARA RAKYAT DAN HAK RAKYAT DLM PILIHAN RAYA YG ADIL.KALAU TAK ADIL ADALAH TANGGUNGJAWAB SPR YG TELAH DIBERI AMANAH OLEH RAKYAT MELALUI KERAJAAN YG DILANTIK... TAK KIRA LAH KITA DARI PARTI POLITIK YG MANA....YG PALING PENTING AGAMA ISLAM DAN BANGSA MELAYU. PANDANGAN SAYA PADA PEMIMPIN MELAYU YG BERAGAMA ISLAM..TAK KIRA AHLI POLITIK "BN" ATAU "BA", PEMIMPIN AGAMA DAN PENJAWAT AWAM YG TELAH MENGANGKAT SUMPAH UTK MENJALANKAN TUGAS BERSIH, CEKAP,
AMANAH DAN CEMERLANG, GEMILANG , TERBILANG.... INGAT LAH TANGGUNGJAWAB DAN AMANAH RAKYAT YG DIPIKUL, KITA BUKAN NYA BOLEH HIDUP BERATUS TAHUN DIDUNIA YG SEMENTARA INI DGN HARTA YG BERTIMBUN TETAPI AMALAN YG BAIK DAN YG BURUK SAJA YG AKAN MENGIRING KITA SEMUA..MENGADAP YG MAHA ESA...SEMUA SEDIA MAKLUM TENTANG HAL INI. PADA PANDANGAN SAYA NEGARA KITA TELAH BERADA DIDALAM KEADAAN PARAH MENGENAI GEJALA RASUAH..SEGALA-GALA NYA BOLEH DISELESAI DGN "RM" TETAPI TIDAK SECARA TERANG SEPERTI DINEGARA THAILAND ATAU INDONESIA. KADANG-KADANG SAYA BERASA MARAH DAN GERAM BILA BANGSA LAIN MEMPERKATAKAN SETENGAH PEMIMPIN MELAYU DAN ORG MELAYU BOLEH DIBELI DGN "RM DAN PEREMPUAN". TAPI MUNGKIN ADA KEBENARANNYA...SIAPA TAHU?... TAK KIRA PEMIMPIN APA PUN..SEBAGAI PEMIMPIN IA MENJADI TAULADAN PADA RAKYAT WALAUPUN PEMIMPIN DIPILIH OLEH RAKYAT..YG BERJANJI NAK KERJA UTK RAKYAT..TAPI MENYUSAHKAN RAKYAT DGN KENAIKAN HARGA BARANG SPT MINYAK,TOL DLL.. SEBENARNYA SEMUA INI DITANGGUNG OLEH RAKYAT YG BERPENDATAN SEDERHANA DAN MISKIN YG MAJORITI RAKYAT MALAYSIA DGN ALASAN KERAJAAN TAK MAMPU LAGI MENANGGUNG SUBSIDI..APALAH GUNA KERAJAAN YG DIPILH OLEH RAKYAT TETAPI MENYUSAHKAN HIDUP RAKYATNYA SENDIRI..KALAU PEMIMPIN YG BIJAK IA AKAN DAPAT MENYESAIKAN MASALAH RAKYAT..BUKAN DGN MEMPERBODOHKAN RAKYAT. DIMANAKAH PERGI NYA HASIL-HASIL NEGARA YG BOLEH MEMBANTU RAKYAT...JADI KITA BINCANG LAH MASALAH BANGSA MELAYU DGN SEJUJUR-JUJUR NYA....

11:30 AM  

Post a Comment

<< Home