Monday, November 13, 2006

Perhimpunan Agung UMNO 2006

Dulu, kini dan selamanya telah diganti. Pak Lah dalam ucapan dasarnya dalam mesyuarat Agung UMNO 2006 telah menggunakan DULU, SEKARANG dan MASA HADAPAN bagi menggambarkan sokongan yang pasti dan perlu diberi kepada UMNO. Ucapan yang menunjukkan kecenderungan sikap kepimpinan normatif Pak Lah banyak memperagakan nasihat - nasihat yang dipetik dari Al Quran sebagai pedoman yang perlu diambil dalam kita melalui hidup yang sementara. Berbicara seakan dari mimbar, Pak Lah menasihati kepimpinan UMNO agar memegang amanah dan menyimpulkan dirinya juga hamba kepada ALLAH SWT. Digariskan 12 gagasan yang telah diterangkan oleh Pak Lah termasuk:

Keberkesanan kepimpinan,
Kematangan demokrasi,
Pembangunan modal insaniah,
Transisi ekonomi,
Pembangunan bumiputera,
Peranan sektor swasta,
Peningkatan keefektifan sektor awam dan kerajaan,
Penentangan terhadap rasuah,
Perlaksanaan undang - undang,
Penglibatan wanita,
kedaulatan negara dan misi nasional

secara sederhana dengan menuruti landasan seperti yang dikatakan oleh beliau " jika dengan berbisik mampu mencapai matlamat kenapa perlu melaung". Pak Lah banyak menyelitan nilai - nilai menuruti agama dalam memohon kepada ahli - ahli UMNO untuk berjuang meningkatkan martabat Melayu dan berusaha memenuhi agenda yang telah ditetapkan oleh beliau. Beberapa kali Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapannya menyatakan " BANTULAH KEPIMPINAN DAN BANTULAH SAYA " khususnya dalam menangani rasuah. Dalam nada yang tegas Pak Lah turut memberi amaran akan kebebasan yang benarkan oleh beliau supaya tidak melampaui batas dan pertimbangan perlu dibuat oleh media dalam melaporkan agar ianya tidak menerbitkan huru - hara dalam negara. Apa kata anda mengenai ucapan dasar Pak Lah klik sini


"Lonjakan Perkasa Bangsa - kemana? Diskusi semasa

Sekali lagi UMNO akan bersidang. Kita mengucapkan "Selamat Bersidang" kepada perwakilan - perwakilan Melayu yang akan sekali lagi menentukan arah tujuan baru orang - orang Melayu. Adakah Agenda Melayu yang diperbincangkan pada perhimpunan Agung lepas telah berhasil? Adakah kita akan sekali lagi mengangkat keris untuk memperbaharui nekad dan tekad seperti keselaluan dan akan meninggalkan nekad dan tekad sebaik keluar dari dewan. Kita imbas kembali Ucapan Pak Lah dalam teks ucapan beliau bertajuk:

"Lonjakan Perkasa Bangsa" Klik sini

Lonjakan Perkasa Bangsa - pengkhususan topik Melayu Klik Sini

Kita cuba pula berdiskusi mengenai matlamat yang disasar sebelum ini dengan amanat baru yang bakal disampaikan.

Kita juga ingin melihat pencapaian Pemuda dalam Agenda Melayu seperti yang disaran pada perhimpunan Agung yang lepas. Kita sedar bahawa pejuangan Melayu masih lagi menjadi tajuk utama. Seperti diwar - warkan tajuk Agenda Melayu akan turut menjadi diskusi semasa seperti mana tahun - tahun sebelumnya.

Kita mulakan diskusi - Lonjakan Perkasa Bangsa ke Sang Saka Bangsa

20 Comments:

Anonymous Anonymous said...

dalam perkara 39

Orang Melayu perlu diberi peluang untuk berupaya mempertingkatkan diri, supaya dapat menikmati hasil kemakmuran ekonomi negara secara saksama. Dasar Ekonomi Baru (DEB) lalu diperkenalkan sebagai formula untuk menangani jurang ketidakseimbangan pencapaian ekonomi antara rakyat pelbagai kaum.

Tuan Editor,

Sekarang ini yang perlu dikaji adalah jurang perbezaan antara kita sesama Melayu. Hari ini kita didedahkan dengan 45% pencapaian bumiputera oleh ASLI dan hasil dari beberapa kajian lain menunjukkan pegangan equity bumiputera telah meningkat lebih dari 35%.

Persoalan benar atau tidak masih lagi kabur tetapi sekiranya benar bumiputera telah mencapai peratus yang dikehendaki kita perlu mengenai pasti siapa yang menjadi komposisi peningkatan tersebut dan adakah hanya segelintir Melayu sahaja yang menjadi punca peningkatan statistik tersebut.

kita juga perlu melihat samada ketirisan yang menjadi agenda Pak Lah terlaksana atau masih lagi tiris dan menjadikan bumiputera negara ini miskin dan hina.

3:57 PM  
Anonymous Anonymous said...

En Shukri

Bagi saya ketirisan terus berlaku dan tidak ada standard pengukuran pegangan equity antara bumiputera yang dilaksanakan.

Bagi saya peningkatan peratus pegangan bumiputera hanya wujud dari kalangan kepimpinan khususnya UMNO.

Sehingga hari ini harapan Pak Lah -knows who diganti dengan knows how tidak berjaya malah lebih buruk lagi ialah keperluan mengetahui know Khairy menjadi syarat utama

Allahuwaalam

4:03 PM  
Anonymous Anonymous said...

perkara 53 - Tiada negara yang terpelihara daripada diisytiharkan muflis jika ia tidak dapat menampung perbelanjaannya. Kerajaan tidak boleh berpura-pura, bermain silap mata, menipu ahli UMNO – menipu orang Melayu – menipu rakyat, mengadakan yang tiada.

Ini kata-kata Pak Lah tetapi adakah kita tidak tertipu dan terus di tipu. Pak Lah perlu menjawab soal - anaknya dapat sendikit dan anak Mahathir dapat lebih banyak Soal sedikit atau tidak adalah soal kedua - yang nampak perkara itu SALAH.

4:36 PM  
Anonymous Anonymous said...

Memacu Minda Melayu - what a crab. You guy haven't started to think. I say, for the Malay to jump start their minds, stop the Agenda Melayu and get real. Stop these racial politics crab..

2:14 AM  
Anonymous Anonymous said...

setahu saya,kalau saka ada dalam badan,kita kena buang,tapi nak disanjung pelik tak?

12:52 PM  
Anonymous Anonymous said...

ha tulah pasal! saka biasa dibuang!

tapikan perkataan tu dtg dari PEMUDA....so paham2 je la....

2:12 PM  
Anonymous Anonymous said...

Kerana itulah kita perkenalkan pendekatan Islam Hadhari. Pendekatan Islam Hadhari, memerlukan perlaksanaan jangka panjang kerajaan, untuk memastikan masyarakat Islam kembali mengamalkan Islam secara syumul, dalam konteks lebih luas dan pelbagai, meliputi segenap aspek kehidupan. Islam Hadhari kita perkenalkan, agar umat Islam di Malaysia bangun, menjadi pelopor tamadun baru yang dapat memimpin masyarakat dan membawa perubahan progresif lagi menyeluruh. Insya’Allah, umat Islam akan mampu bergerak, seiring dengan bangsa-bangsa yang telah mencapai taraf maju. Malah, umat Islam akan lebih perkasa untuk mempertingkatkan daya usaha, mengukir kejayaan lebih besar – mencipta kecemerlangan lebih agung, komited kepada usaha melahirkan umat terbilang. Alhamdulillah, pendekatan ini semakin diterima oleh segenap lapisan masyarakat. Pendekatan Islam yang kita laksanakan semakin difahami dan sekaligus menghilangkan kebimbangan di kalangan rakyat bukan Islam.

Apsal tak dikukuhkan dan dikembangkan lagi Islam, sampai perkenalkan islam hadhari pulak. bunyi macam agama baru jer. Pasal ape?

4:40 PM  
Anonymous Anonymous said...

Tahniah Pak Lah, hasrat yang sangat "sensible" dan "moderate" Saya percaya sekiranya benih - benih ini yang disemai maka Malaysia pasti berjaya. Sokong UMNO kerana tidak ada wadah lain yg dpt membantu org - org Melayu

1:47 AM  
Anonymous Anonymous said...

Bagi saya ini hanya satu perkara yang biasa. Umno selama ini hanya tahu bercakap tetapi Melayu masih lagi ditakok yang lama. Rasuah semakin lama semakin teruk. Perubahan kepimpinan diperlukan dan dengan perubahan itu baru kita mampu bergerak ke arah memajukan bangsa

8:03 AM  
Anonymous Anonymous said...

paklah hanya pandai menyanyikan lagu tapi dia tak paham apa yang dia nanyikan. Hanya lagu-lagu indah penyedap telinga tapi kosong dalam tindakannya.

8:22 AM  
Anonymous Anonymous said...

Sudah2 la menyalak wahai pemimpin UMNO....Rakyat dah jemu dgn dakyah2 dan dasar2 yang tak dpt dilaksanakan dgn berkesan...sesekali aku tgk perhimpunan agung UMNO aku tgk ada yg menyanyi,berpantun dan sebagainya...mcm org bodoh je....pengisian takde...aku rasa MCA,MIC dan Gerakan pun tak buat begitu...malu betul..konon gempak sangat la mcm tu..

Yang Paklah pulak dlm ucapan dasarnya ada menyelitkan hadith2 dan menggunakan ucapan ala2 khutbah jumaat...kononnya Islam Hadhari la tu...jgn ingat dgn memberi ucapan ala2 khutbah jumaat tu akan dapat mengaburi mata rakyat tentang kerakusan pemimpin UMNO...ingat rakyat tak tau ke perangai dia...


Kalau betul nak perangi rasuah takkan sampai minta rakyat bekerjasama bantu dia...baik gaji dia bagi sama rata je dgn rakyat...apa jenis pemimpin la....nak perangi rasuah ni semuanya bergantung atas kewibawaan dan intergriti paklah je...tak payah sampai nak menyeru semua rakyat utk hapuskan rasuah..memang takkan selesai punya...Kalo kes Datuk zakaria pun diangkat setelah pihak pembangkang cungkil...

Perhimpunan UMNO ni cuma landasan bagi perwakilan2 memilih mentor2 politik mereka utk mengukuhkan kedudukan politik masing2...semua memuji-muji pemimpin...takde sorang pun perwakilan yang berani mengupas isu2 yang sepatutnya dikupas..

siapa yang menafikan apa aku ckp ni memanglah org yang telah dicucuk hidungnya...sungguh malang...walaupun ada diantara pemimpin dan perwakilan UMNO ini hidup senang...tapi percayalah maruah mereka setaraf anjing kurap....

9:11 AM  
Anonymous Anonymous said...

Toya aihhh sembang juboq penoh taik...
-lepas aku tgk ceramah saifudin kat tvceramah.tblog.com lagi merapu PM kita aku rasakan....

10:56 AM  
Anonymous Anonymous said...

tentang Ultra-conservertive muslim...ni PAK LAH tuju kat sapani?...KE Mufti Datuk Harunsani Ke?...apakah salah seorang mufti yang bertanggungjawap untuk memberitahu masalah didalam tanggungjawapnya....Kenapa PM marah-marah...Ugut-ugut..kebetullah negara ini negara polis? sikit...sikit ISA...

Kepada PAK LAH ingatlah pepatah orang dulu-dulu...SESAT DIWAKTU MALAM GELAP AKAN BERJUMPA SINAR DIWAKTU PAGI TAPI SESAT DISIANG HARI TIADA PENGHUJUNGNYA.

11:36 AM  
Blogger Anuar Mohd Nor said...

Mungkinkah Pak Lah kurang "hostile"

Salah satu perkara yang pernah saya sebut adalah corak kepimpinan "normatif" dalam ertikata lain adalah pemimpin yang bercorak falsafah. Pak Lah mungkin tidak "hostile" atau lebih sedikit dari aggresif dalam mengimbangi ketelusan dengan tindakan. Ambil siri pendedahan demi pendedahan oleh media. Ini dibolehkan dalam era Pak Lah tetapi pendedahan ini akhirnya diselesai dengan tidak memberi kepuasan kepada rakyat - melihat kesalahan tidak setimpal dengan hukuman. Mungkinkah itu sebabnya Pak Lah semakin cair sebagai Mr Clean Man. Ada yang mahu membantu dalam mendefinasikan Pak Lah ini?

11:52 AM  
Anonymous Anonymous said...

Tuan editor

Moderate muslim....
liberal muslim....
conservetive muslim....
ultra-conservetise muslim....
ortodok muslim.....
extreme muslim.....
fundemantal muslim....
hadhari muslim......

tolong bagi perjelasan....mana satu ajaran yang bertepatan dgn apa yang dibawa oleh Rasulullah?

kalau kristian saya faham kerana mereka menggunakan bible yang berbeza beza....tapi islam hanya ada satu Al-quran sahaja...

11:54 AM  
Blogger Anuar Mohd Nor said...

Bukan "authority" dalam agama

Sungguhpun saya bukan "authority" dalam agama tetapi kemungkinan semua terma tersebut datang dari sebuah negara yang kepimpinan mereka keliru sama ada negara tersebut negara Islam atau tidak.

Dalam mengambil jalan tengah - kemungkinan terma - terma ini dicipta - diolah tanpa definasi sahih tetapi akhirnya muslim - dengan pegangan Islam menurut Al- Quran dan sunnah terpaksa berkompromi kerana terkeliru oleh perbuatan yang mahu mengambil jalan selamat untuk kepentingan terhad.

Itu bagi saya serba sedikit yang mampu saya komen. Ada komen seterusnya , boleh kita berbincang disini.

12:01 PM  
Anonymous Anonymous said...

dah lama UMNO kan, berapa lama lagi??? kalau benar benar berjuang membangunkan masyarakat melayu..
yang pelik, ramai lagi kat kampung, ramai lagi yg papa kedana.
hanya MELAYU UMNO yang nampak segak
dah lah, tak habis habis guna nama MELAYU dan ISLAM untuk dapatkan sokongan, tak serik ke UMNO?

kalau benar KERAJAAN berjuang untuk BUMIPUTERA, kenapa MELAYU saja yang dilaungkan?? bumiputera yg lain dah pupus??

4:32 AM  
Anonymous Anonymous said...

Kami tetap menyokong kepimpinan Tun Dr. Mahathir. Kami bencikan manusia yang bertopeng dibelakang Abdullah Badawi spt Khairy Jamaludin & Nazri Aziz dsbnya. Hidup Mahathir!

5:28 AM  
Anonymous Anonymous said...

Satiap kali umNO bersidang..mereka akan bercakap nak bantu melayu...sudah 50 tahun bersidang dan sudah 50 tahun mereka janji.Orang melayu terima duit..beli kereta..pergi Hatyai..jangan takut..melayu ada umNo..mereka akan bantu melayu hingga hari kiamat...

5:38 AM  
Anonymous Anonymous said...

Saya tetap menyokong kepimpinan Tun Dr. Mahathir. Kami bencikan manusia yang bertopeng dibelakang Abdullah Badawi spt Khairy Jamaludin & Nazri Aziz dsbnya. Hidup Tun Mahathir!

11:50 AM  

Post a Comment

<< Home