UMNO memang parti rasis bukan rasialisme
Memang UMNO untuk orang Melayu. UMNO memperjuangkan orang Melayu tetapi adakah UMNO bersifat rasialisme. Adakah UMNO mengambil sikap bermusuhan terhadap bangsa lain – menekan dan menidakkan kehadiran mereka di bumi Malaysia ini. Agenda melabel UMNO rasis yang mengamalkan sikap dan fahaman rasialisme mungkin mempunyai agenda lain yang akhirnya merugikan kaum lain. Dr Mahathir Mohamed dalam kenyataannya di akhbar The Star Online 8hb Disember 2009, mencabar Nazri Tan Sri Aziz keluar dari UMNO kerana UMNO adalah parti rasis – katanya.
UMNO memperjuangkan Melayu dan perjuangan untuk memartabatkan bangsa Melayu itu tidak salah. Apa yang menyedihkan kita hari ini adalah kerana wujud pemimpin Melayu tidak kira dari apa parti pun yang sudah mula mempersoalkan perjuangan Melayu. Hairan – kenapa dikatakan perjuangan Melayu itu perjuangan ortodoks. Kalau ia ikhlas untuk membantu Melayu kenapa di perkecilkan. Kita tidak mahu ruangan yang di peruntukkan kepada Melayu di gadai semata-mata mahu segelintir Melayu memegang kuasa – tanpa kuasa. Kita tidak mahu perkataan rasis itu di label semata-mata supaya kita menyingkirkan perjuangan Melayu lantas menjayakan agenda lain – khususnya menyepikan Melayu dan mengetepikan Melayu di bumi sendiri. Rasis yang dikatakan tidak semestinya di ambil buruk – memperjuangkan bangsa dilakukan oleh semua bangsa dalam negara kita ini cuma kita perlu faham bahawa ini tidak bermaksud kita ini – rasialisme – mengambil sikap bermusuhan atas perbezaan bangsa. Barisan Nasional sendiri menjadi contoh bahawa UMNO berlandaskan kaum Melayu tetapi bukan hadir untuk mengetepikan bangsa lain – mendiskriminasikan bangsa lain – demi untuk menjayakan matlamat sesuatu kaum sahaja.
Melayu hari ini perlu sedar bahawa usaha untuk mengurangkan kesatuan kita – memperjuangkan matlamat bangsa kita – bertindak memajukan bangsa kita adalah penting untuk menghindar dari ketidakseimbangan sosiopolitik yang mampu menggugat keharmonian negara kita ini. Masalah perkauman – ketidakpuasan hati antara kaum mampu berlaku sekiranya ketidakseimbangan wujud dalam ekonomi antara kaum. Oleh sebab itu memperjuangkan kedudukan Melayu adalah penting kerana kemajuan orang Melayu akan menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran negara. Ketidakseimbangan mampu memecahkan kita antara sesama Melayu dan sesama bangsa lain di negara kita ini. UMNO memang rasis – memperjuangkan Melayu. Bagaimana pula DAP dan Gerakan, bagaimana pula MIC dan PAS. Adakah semua mereka rasis dan adakah mereka berfahaman dan berorientasikan rasialisme?
Kita perlu memperteguh kedudukan bangsa agar kita tidak ketinggalan – lantas menjadi bangsa yang tidak bermaruah di bumi kita sendiri. Usaha untuk memburukkan parti berorientasikan kaum – adalah sebenarnya bentuk perjuangan kaum yang berbeza tersebut. Apa salah kita bicara mengenai bangsa kita – perkembangan bangsa kita dan perjuangan bangsa kita dalam percubaan untuk terus hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum yang terpisah dengan jarak pegangan ekonomi – salah ke?

3 Comments:
Salam Sejahtera Saudara,
Sekiranya UMNO tiada, parti politik manakah yang dapat memperjuangkan nasib orang Melayu dibumi sendiri?
Parti manakah yang boleh dikatakan setara dgn MCA, DAP, Gerakan utk org China, MIC utk org India? (DAP & Gerakan pada hakikatnya, bagi saya, adalah parti org Cina)
PKR? Saya rasa nasib orang akan lebih tergadai kerana agendanya bukan agenda untuk org Melayu tapi lebih kepada agenda utk mendapatkan kuasa, lalu banyak kompromi yang merugikan org Melayu boleh berlaku demi kuasa.
PAS? Kalau ini nak dilabelkan 'rasis' maka saya agak lebih bersetuju. Kalau dahulu lebih kepada Islam-Melayu tetapi sekarang nampaknya sudah tunggang langgang.
Pendapat saya. "Rasis" dan "Ketuanan Melayu" telah dijadikan suatu isu oleh DAP dan mereka-mereka yang bersekongkol dgn nya. Ianya merupakan salah satu agenda untuk "menakluk" negara ini untuk menurut jejak langkah Singapura. "Rasis" dan "Ketuanan Melayu" telah dihangatkan sebegitu rupa dan kesannya negatifnya telah dilemparkan kepada orang Melayu dan diletak ke atas bahu UMNO. Apalagi apabila orang Melayu yang keadaannya agak luntur perpaduannya sejak akhir ini dan UMNO sudah begitu "cedera" akibat serangan luar & dalam, termasuk pemimpin2nya sendiri yang boleh dikatakan bersifat "apologetik" drp sifat kepahlawanan Melayu.
Harus ingat, "Rasis" & "Ketuanan Melayu" ini tidak kedengaran laungan secara negatifnya sewaktu UMNO dulu gah. Ianyanya hanya kedengaran apabila UMNO lebih banyak tidor dan bila nak bangkit, UMNO belum pulih lagi dari igauan "apologetiknya". Inilah masa yg sesuai bagi pengkhianat negara utk mempertingkatkan lagi serangan terhadap org Melayu dgn racun-racun perkauman mereka apabila satu-satunya parti org Melayu telah menjadi lemah.
Siapa yang rasis? Org Melayu yang menerima kehadiran kaum pendatang dan sanggup berkongsi kekayaan dgn kaum pendatang ini kah? Org Melayu yang berusaha ke arah Bangsa Malaysia dgn SAU BAHASA, SATU BANGSA dan SATU NEGARA ini kah?
ATAU
Kaum pendatang yang bermati-matian mempertahan bahasa ibunda mereka sehinggakan membelakangi Perlembagaan Negara? Kaum pendatang yang tegar dgn sekolah cina mereka dan tidak mahu bergaul di dalam sekolah satu aliran kebangsaan? Kaum pendatang yang menjulang langit negara asing (serba serbi, bahasa, adat resam, kebudayaan etc, mahu diimport dari negara asing) sementara kaki berpijak di bumi Malaysia?
Sudah sampai masanya utk Org Melayu bangkit dan bersatu semula. Kalau UMNO berterusan bersifat apologetik dan langsung tiada sifat kepahlawan, serahkan Keris Taming Sari kepada pahlawan sebenar (agaknya orang seperti Ibrahim Ali, Ahmad Ismail, Dato Rais Yatim dan yang seumpama)
Kemanakah Arah Kita kini wahai saudara-saudara Melayu ku?
"Negara Ini Negara Berdaulat"
Semerah Padi
apa la punya racist,umno untuk orang melayu,jangan hidup dalam ruangan sempit begini,seluruh dunia mengalami perubahan,dan seluruh manusia sekarang tepaksa tunduk pada hukum perubahan,dan kita sekarang ni tidak lagi bicara soal warna kulit,tapi kita bicara soal yang lebih besar lagi,iaitu kesempitan hidup,jurang kemiskinan,ketelusan pemerintahan dan soal kedaulatan undang undang,perkara yang paling asas bagi seorang manusia itu adalah fitrah,jadi kita ni kenalah kembali kepada fitrah ni,yang melihat manusia itu bukan kepada warna kulit atau bangsa,tetapi melihat manusia itu sama macam kita,inilah nilai murni kemanusiaan.apa juga slogan samaada ketuanan melayu,atau umno untuk melayu cuma slogan racist yang pada hakikatnya menunjukkan kebodohan diri sendiri yang terkurung dalam ruangan yang sempit,sedang kan fitrah manusia itu tersangat luas
Assalamualaikum,
Respon ini bukan buat penulis. Tapi buat saudara 'melayu'ku Semerah Padi
Kenapa kita perlu bezakan orang melayu dengan golongan 'pendatang'?
Betul, nenek moyang mereka pendatang. Tapi mereka yang ada sekarang ni bukan pendatang. Mereka semua lahir di Malaysia. Mereka semua berbahasa Malaysia.
Mereka berhak untuk dapat hak yang sama. Mungkin bukan sekarang (kononnya sekarang orang melayu susah - walaupun aku sebenarnya rasa orang melayu malas dan tak mahu berubah) masanya untuk beri hak sama rata, tapi kita perlu fikirkan dan siapkan diri. Sebabnya, pada aku, masanya akan tiba apabila semua rakyat Malaysia akan dapat hak yang sama.
Lantaklah kau orang nak panggil aku pengkhianat bangsa atau apa-apa pun. Keadilan tetap keadilan.
Fikirkan kalau kau yang berada di tempat mereka. Mereka yang kau panggil 'pendatang'.
Alhamdulillah, sekarang rakan-rakan aku ramai yang tidak lagi melihat politik rasis atau rasialisme sebagai sesuatu yang relevan. Mungkin masih relevan untuk generasi kau. Pasti tidak untuk generasi aku.
Satu Malaysia, Satu Retorik. Cubaan menyatukan Malaysia, memperjelaskan lagi betapa berpecah-belahnya negaraku. Dasar-dasar yang berat sebelah takkan mampu ditutup dan diselindung di sebalik satu slogan yang hampir tiada makna.
Maaf empunya blog, jikalau nukilan ini sangat panjang. Aku mungkin tidak akan singgah lagi di sini. Bukan kerana benci, tapi mungkin kerana sangat banyak blog dan mungkin aku terlupa. InsyaAllah kita berjumpa lagi.
Post a Comment
<< Home