Friday, December 28, 2007

UMNO antara ikon perjuangan atau hanya ada maskot


Kita pastikan abang, kerajaan ini mesti ikut rakyat. Abang, kita bukan marah sama Melayu, kita marah sama kerajaan Barisan Nasional. Hari ini kita bukan mahu kasi jatuh itu Samy Vellu tetapi kita mahu MIC juga tidak lagi cakap mereka wakil orang India kerana itu tidak betul. Mereka kaya, kita itu macam juga, kata salah seorang penyokong Hindraf kepada saya.

Abang, ini kali kita baca itu surat khabar lain kita sudah tahu. Itu Samy Vellu ambil itu MIC untuk tempat dia buat duit. Anak dia ada 100 lebih syarikat, itu paper cakap! Ujarnya lagi. Ghairah dan marah nada suara penyokong Hindraf yang kebetulan seorang kawan yang sebelum ini tidak reti bercerita mengenai politik.

Apa yang sebenarnya berlaku sekarang ini adalah Hindraf sudah punya ikon perjuangan. Hindraf sudah ada 5 kepimpinan yang di tahan dan kelima-lima itu sudah ada sentuhan Ghandi untuk pengikutnya hasil dari tahanan ISA. Keadilan juga sudah ada ikon perjuangan mereka – Anwar Ibrahim dan beberapa kepimpinan kaum lain seperti Tien Chua dan Sivarasa. PAS seperti sedia maklum ada Nik Aziz, Ketua Pemuda mereka seperti Salahuddin Ayub dan Dr Hatta Ramli. Kaum Cina pula – mungkin Cindraf mempunyai Lim Kit Siang sebagai ikon perjuangan mereka.

Semua ikon mereka adalah ikon kepimpinan perjuangan yang dilihat berani. Berani untuk mengorbankan diri – masuk keluar lokap dalam mempertahankan isu. Biarpun kalau isu itu berkisar kepentingan politik mereka. Dalam UMNO pula setakat ini kita memegang legasi Onn Jaafar, Tuanku Abdul Rahman dan Tun Razak. Ikon lain kalau adapun adalah mereka yang berani menjerit dalam gelanggang menentang pembangkang dan tidak pernah menampakkan diri mereka sebagai ikon pada rakyat. Kalau mungkin ada perjuangan pun hanyalah dalam kelabu dan tidak mungkin rakyat tahu siapa mereka. Bersuara menentang arus dalam parlimen – tentu sekali tindakan disiplin diambil. Maka wakil-wakil Barisan Nasional duduk dalam Parlimen sekadar mempertahankan dasar kerajaan – biar betul mahupun salah atau tidak konklusif untuk rakyat.

Mungkin dalam UMNO hari ini ada Pak Lah, Hishammuddin dan Khairy sebagai ikon mereka. Betul ke? Adakah kita setuju mereka sebagai ikon UMNO? Kalau bukan mereka siapa lagi, Radzi Sheikh Ahmad, Tan Sri Mohammed Taib, Azeez dari kalangan Putera, Noraini dari kalangan Puteri atau sebenarnya UMNO tidak ada ikon perjuangan tetapi lebih kepada ikon yang memegang kuasa?

Kenapa begitu. Sebenarnya UMNO tidak lagi boleh berpaut pada Tuanku Abdul Rahman, Tun Razak hatta Dato Onn sekali sebagai ikon kerana perjuangan mereka sudah terhenti dan pengorbanan mereka sudah terbukti. UMNO tidak ada lagi ikon perjuangan rakyat. Yang ada pun ikon surat khabar yang sentiasa diasak untuk menyuruh rakyat hanya bersyukur sedangkan yang lain sendawa.

Adakah UMNO mampu membentuk ikon dalam UMNO dengan suara Nazri Tan Sri Aziz menjerit-jerit – otak fius, bodoh dan orang beruban. Adakah mereka dapat membentuk ikon baru dalam UMNO atau sekadar mahu menunjukkan kepada Pak Lah kehebatan mereka dalam parlimen mempertahankan dasar kerajaan dengan terjerit menghina dan bukan berhujah.

Kita semakin pasti bahawa tidak akan terbentuk ikon UMNO di kalangan rakyat. Harga minyak naik adalah penting, harga tol naik dibidas sekadar melepas batuk di tangga kemudian diam membisu tidak berkata-kata, harga elektrik dan air serta kenaikan harga barangan runcit, kos kehidupan melonjak, rumah peneroka kota di runtuhkan dan segala macam hal berhubung dengan rakyat hanya di angguk untuk bukti taat setia pada parti. Sampai bila... wakil rakyat BN terus menjadi hamba kepada parti dan bukan menjadi wakil pada rakyat? Sampai bila UMNO khususnya dapat membentuk ikon yang setia pada rakyat dan mendengar rintihan rakyat. Sampai bila mahu rakyat tunggu pejuang yang mempersoalkan keperluan baru yang membentuk asas kepentingan untuk masyarakat yang ada.

Mungkin, kalau bukan ikon maka UMNO mampu mengadakan maskot – siapa dan apa agaknya.

Sunday, December 23, 2007

Hindraf-Suqiu dan kealpaan Melayu

Apa yang ada adalah serupa – Suqiu dan Hindraf adalah tuntutan melampau yang tidak wajar. Dan ini berlaku sewaktu negara berada dalam kehangatan pilihan raya. Ini satu bentuk tuntutan yang mempunyai implikasi yang tidak baik dalam soal perkauman.

Kita tidak mahu ketinggalan tetapi perpaduan orang Melayu hari ini berada pada tahap yang lemah dan ini adalah punca kita semakin lama semakin terpinggir. Perpaduan orang Melayu ini perlu ditingkatkan dan kita seharusnya sedar kedudukan kita hari ini.


Ini adalah kenyataan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju, yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO Dato Norza Zakaria pada program Korban Perdana yang diadakan di Seksyen 1 Wangsa Maju pada 22hb Dis 2007 yang lalu. Beliau turut mengambil contoh Wangsa Maju yang sebelum ini diwakili oleh orang Melayu tetapi akhirnya kini terlepas pada kaum lain. Ini sepatutnya dijadikan satu iktibar oleh orang Melayu agar kita tidak lagi alpa dalam menentukan nasib bangsa kita.


Dato Norza Zakaria dalam program itu menggesa agar Melayu bersatu dalam menangani isu-isu tuntutan kumpulan-kumpulan kecil yang bersandarkan kepada persatuan-persatuan yang berbentuk perkauman yang wujud hari ini. Hari ini mereka (Hindraf dan Suqiu) adalah persatuan (baik berdaftar mahupun tidak ) menuntut perkara-perkara yang sensitif kepada orang Melayu. Namun hari ini Melayu terus alpa mengenai keadaan ini.


Dalam pada itu kami di www.umno-reform.com mengulas, ada kebenaran apabila kita berhampiran dengan pilihan raya maka ada tuntutan berbentuk perkauman wujud dan ini seolah-olah sebagai satu usaha untuk mengugut demi sokongan sewaktu pilihan raya.


Mengulas apa yang dikatakan oleh Dato Norza khususnya sejarah kehadiran tuntutan Suqiu dan Hindraf, maka apa tidak mustahil kita orang Melayu juga patut hadir bertanyakan kedudukan kita sebagai bumiputera yang semakin ketinggalan.


Adakah salah kalau kita mempersoalkan kedudukan orang Melayu mengikut statistik yang menunjukkan kita adalah kaum yang paling daif dan paling tertinggal. Apa kata kita orang Melayu ?

Saturday, December 22, 2007

Bom Jangka?


Masyarakat India Malaysia adalah rakyat kelas ke empat kata Naib Ketua Pemuda Gerakan S Paranjothy. Beliau mendakwa bahawa masyarakat India Malaysia dilayan seperti rakyat kelas empat dan kelebihan mereka daripada kaum-kaum lain ialah dalam jenayah keganasan, di penjara, samseng, kes bunuh diri dan penyakit-penyakit masyarakat.


www.malaysiakini.com memaparkan berita kenyataan S. Paranjothy yang menuduh bahawa UMNO menggunakan sentimen perkauman untuk mendapatkan undi kembali. Beliau menegur mengenai isu pemberian permit untuk berhimpun sebagai tidak adil dengan Pemuda Barisan Nasional akan sentiasa mendapat permit berbanding dengan organisasi lain. Bagi kami apa yang jelas kelihatan adalah semangat Hindraf sebenarnya semakin membengkak dan kini hati-hati mereka semua tersentuh dengan Hindraf.

Kekhuatiran kita adalah apabila Hindraf adalah Masyarakat India Malaysia dan Masyarakat India Malaysia adalah Hindraf. Sungguhpun kita lihat Datuk Hishammuddin yang menerajui Pemuda Barisan Nasional mengatakan tidak ada masalah dalam isu perkauman ini khususnya di peringkat Pemuda Barisan Nasional tetapi nampaknya sekam itu masih berasap dan bakal menjadi api. UMNO terus dilabel sebagai punca dan hari ini UMNO turut dikatakan sebagai parti yang menggunakan sentimen kaum untuk kekal mendapat sambutan dari orang Melayu. Adakah ini benar? Adakah kita orang Melayu percaya bahawa ini benar?

Barisan Nasional mungkin pada hakikat bersatu tetapi adakah sebenarnya sentimen bersatu itu hanya pada kulit dan tidak pada teras. Sebenarnya kerisauan semakin memuncak. Kita lihat segelintir mereka yang menggelar diri mereka Hindraf sudah bangkit dan seakan nampak menerima sokongan. Kita lihat juga kaum lain seperti Cina turut juga memberi sokongan kepada isu “marginalisation” kaum India. Tetapi apa yang nampak adalah semua parti politik – mungkin berjuang kita untuk menang dengan menggunakan aliran perkauman.

Adakah mungkin, bom jangka berdetik semula seperti artikel dalam Dewan Masyarakat keluaran beberapa bulan sudah?
Berikut adalah kenyataan Timbalan Ketua Pemuda Gerakan:
Pemuda Gerakan tuduh Umno api-apikan sentimen perkauman
Dec 21, 07 6:18pm -www.malaysiakini.com

Pemuda Gerakan hari ini menuduhkan pemimpin Umno gemar mensasarkan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) dan menjadikan mereka alasan atau batu loncatan untuk mengekalkan populariti parti itu di kalangan masyarakat Melayu.

"Mereka mengapi-apikan sentimen perkauman di kalangan masyarakat mereka dalam usaha untuk meningkatkan karier politik mereka," kata Naib Ketua Pemuda Gerakan, S Paranjothy.
Dalam satu kenyataan setebal empat muka surat, beliau berkata, ahli-ahli politik harus dipersalahkan kerana memisahkan rakyat dengan memainkan politik perkauman.

"Saya ingin memetik Perdana Menteri yang berkata bahawa "kadang-kadang mereka fikir ia adalah satu cara yang mudah untuk mendapatkan undi. Tetapi ia bukanlah cara yang betul kerana memainkan politik perkauman akan hanya membakar sentimen perkauman rakyat, jika tidak dikawal, boleh memudaratkan negara kita".

Paranjothy juga membangkitkan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam, yang dijemput sebagai tetamu kehormat untuk merasmikan perhimpunan agung PPP Melaka.

Katanya, dalam ucapannya, Naib Presiden Umno tu bukan sahaja menghina PPP tetapi juga menegaskan bahaw PPP boleh keluar dari BN jika mereka tidak gembira.

Menurutnya, Mohd Ali juga mensasarkan parti-parti komponen BN, dengan berkata bahawa mereka juga boleh meninggalkan BN "kerana Umno tidak perlukan parti-parti komponen (BN) untuk menubuhkan kerajaan".

Ucapan Khairy "Tahun lalu, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (kanan) - ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda Umno Jerlun, telah mengingatkan ahli-ahli parti itu bahawa kaum Cina di Malaysia akan mengambil kesempatan daripada perbalahan dalam Umno untuk kepentingan mereka," kata Paranjothy.

Khairy juga, tambahnya, telah berkata, perpecahan dalam Umno akan melemahkam parti tersebut dan ia akan membuka jalan kepada kaum Cina di Malaysia untuk membuat pelbagai tuntutan untuk faedah masyarakat mereka.

"Juga tahun lalu, ahli-ahli Pemuda Umno bahagian Tanjung, telah membawa kain rentang mengecam Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang dituduh mengabaikan orang Melayu, di depan Perdana Menteri sendiri, dengan memberi kata dua, cuba menjatuhkan kerajaan negeri," tambahnya.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula, kata Paranjothy, telah menghunus keris dalam perhimpunan agung Umno 2004, dengan memberi amaran kepada orang bukan Melayu supaya jangan mengancam "hak orang Melayu" dan mempertikaikan kontrak sosial.

Baru-baru ini, katanya, Ahli Parlimen Parit Sulong, Syed Hood Syed Edros pula menggesa, antaranya, supaya dibuang tanda salib dan patung Kristian di sekolah-sekolah mubaligh.

Di samping itu, kata Paranjothy, Datuk Seri Hishammuddin dikatakan telah berkata, Umno tidak perlukan sokongan pengundi Cina dan India untuk menang dalam pilihanraya umum akan datang kerana jumlah orang Melayu sudah 60 peratus.

Khairy pula, katanya, sewaktu perbahasan dalam agung Umno baru-baru ini berkata"hari ini untuk pertamakalinya, ucapan Presiden Umno tidak dapat dibaca oleh orang ramai kerana kumpulan etnik tertentu menguasai pengedaran akhbar dan mereka sedang bercuti". Keputusan berunsur diskriminasi Perhimpunan agung Umno yang lalu berlangsung sewaktu sambutan perayaan Deepavali.

Menurut Paranjothy, Umno gemar memainkan isu-isu sensitif di kalangan masyarakat dan kenyataan serta keputusan yang dibuat ahli politik Umno berunsur diskriminasi dan banyak mengandungi unsur-unsur penghinaan perkauman.

"Jadi, siapakah yang memainkan politik perkauman di Malaysia? Mengapa kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Awang Selamat dalam Utusan Malaysia kerana kenyataan yang berbau perkauman dan menghasut dalam kolum Bisik-Bisik pada 20 November 2007.

"Setahu saya, tidak ada keistimewaan khas diberikan kepada akhbar bahasa Melayu ini. Jadi siapakah yang menyebabkan perpecahan kaum?" soalnya.

Paranjothy turut menyentuh satu temubual dalam akhbar New Straits Times pada 12 Disember 2007, di mana Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia yang antara lain dilaporkan berkata "tidak ada orang yang boleh berkata bahawa tidak ada yang mendapat peluang yang sama rata. Saya dapat. Saya menjadi bukti bahawa kita boleh".
"Dalam kontak ini adalah mengecewakan kerana AirAsia telah mengadakan program latihan khas untuk anak-anak peneroka Felda yang layak untuk dilatih menjadi juruterbang. Mengapa tidak ada program seumpama itu bagi orang India dan Cina yang juga rakyat negara ini?" soalnya.

Beliau turut menyentuh tentang Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan selepas rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, ketika orang Melayu hanya memiliki 4 peratus ekonomi Malaysia dan keistimewaan orang Melayu diperluaskan meliputi bidang-bidang lain manakala kuota telah ditetapkan untuk Bumiputera mencapai sasaran 30 peratus dalam ekuiti korporat.
Artikel 153
DEB, menurut Paranjothy, sepatutnya memberi keutamaan untuk membasmikan kemiskinan tanpa mengira kaum. Baru-baru ini, tambahnya, "Little Napoleons" dalam kerajaan telah mengarahkan syarikat-syarikat multinasional di negara itu supaya mengambil kakitangan peringkat kanan, berasaskan kepada bangsa.

"Jawatan kanan, dari jurutera ke atas, berasaskan kepada kuota 45% Melayu, 35% Cina, 17% India dan 3% lain-lain. Saya percaya DEB hanya untuk orang miskin dan bukan untuk semua orang dari satu kaum sahaja," katanya.

Menurutnya lagi, Artikel 152 dalam Perlembagaan Persekutuan telah memberi hak-hak dan keistimewaan kepada orang Melayu yang mendiskriminasikan kaum lain, seperti:
Sekolah berasrama penuh untuk bumiputera sahaja.
Program matrikulasi untuk bumiputera bagi kemasukan ke universiti awam dengan pembelajaran yang mudah, sedangkan bukan bumiputera terpaksa menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Dalam kemasukan ke institusi pengajian tinggi, kuota ditetapkan untuk kursus-kursus kritikal (profesional), yang kurang pelajar bumiputera.

Biasiswa kerajaan tidak diberikan mengikut merit.

Bukan bumiputera tiada peluang untuk menyertai perkhidmatan awam dan peluang kenaikan pangkat, yang didominasi oleh bumiputera. Bukan bumiputera tidak diberi peluang memegang jawatan tinggi dalam badan-badan kerajaan seperti tentera, polis dan perkhidmatan awam (jeneral dalam tentera, ketua polis negeri, ketua polis negara, naib canselor di universiti awam, gabenor bank pusat, ketua hakim, ketua pengarah, pengarah dalam perkhidmatan awam).

Kontrak kerajaan diberikan kepada bumiputera tanpa melalui (proses) tender.

Diskaun diberikan kepada bumiputera untuk membeli kenderaan dan hartanah.

Perhimpunan dan demonstrasi

Mengenai perhimpunan awam pula, Paranjothy berkata, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd Johari Baharum ada berkata, permit dikeluarkan jika ia berfaedah kepada masyarakat dan 'bukan untuk keadaan yang menimbulkan masalah" di mana pihak berkuasa akan mengkaji permohonan permit secara terperinci sebelum membuat keputusan.

"Saya telah mengambil bahagian dalam demonstrasi dan perhimpunan anjuran Pemuda Barisan Nasional, yang diterajui oleh Pemuda Umno untuk menyerahkan memorandum mengenai ketidakpuasan kami terhadap isu-isu tertentu yang berlaku di luar negara yang saya percaya tidak memberi faedah kepada masyarakat Malaysia.

"Adalah Pemuda Barisan Nasional mendapat permit untuk mengadakan perhimpunan atau demonstrasi. Pernahkan permohonan mereka untuk mendapatkan permit telah ditolak oleh pihak berkuasa.

"Kerajaan nampaknya berat sebelah dalam pengeluaran permit untuk mengadakan perhimpunan awam. Barisan Nasional memulakan budaya demonstrasi dan orang lain telah mengikut jejak langkah mereka," katanya.

Menurutnya, ribuan masyarakat India Malaysia telah menyertai perhimpunan pada 25 November lalu di depan Suruhanjaya Tinggi British.

"Mereka menyertai demonstrasi itu kerana ia merupakan satu peluang untuk mereka menyuarakan kekecewaan dan kemarahan berhubung layanan terhadap mereka.

"Masyarakat India tertekan, terpinggir, tertindas dan tidak diperdulikan. Di segi ekonomi mereka merupakan kumpulan yang paling ketinggalan di Malaysia. petunjuk-petunjuk prestasi utama bagi masyarakat India telah merosot manakala bagi rakan-rakan mereka dari kaum lain meningkat," katanya.
Jangan guna statistik
Menurut Paranjothy lagi, mereka juga tidak medapatkan bahagian mereka dalam bidang pendidikan tinggi atau dalam profesyen-profesyen yang lain.

Beliau mendakwa bahawa masyarakat India Malaysia dilayan seperti rakyat kelas empat dan kelebihan mereka daripada kaum-kaum lain ialah dalam jenayah keganasan, di penjara, samseng, kes bunuh diri dan penyakit-penyakit masyarakat.

"Dasar-dasar kerajaan gagal menangani isu-isu dan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat India," tambahnya.

Memandangkan kerajaan telah mengakui bahawa kaum India perlu dibantu dan bersedia untuk membincangkan masalah sosial dan ekonomi yang dihadapi mereka, maka katanya, kerajaan tidak seharusnya menggunakan statistik untuk membuktikan bahawa masyarakat India lebih baik dari kaum lain.

"Sebabnya ialah kita tidak tahu metodologi dan kesahihan statistik tersebut. Kita jangan lupa bahawa kerajaan menolak laporan ASLI bahawa matlamat DEB telah lama dicapai oleh masyarakat Melayu," tambahnya.
Walaupun laporan itu dibuat oleh seorang bekas pakar ekonomi Bank Dunia, kata Paranjothy, seorang Naib Presiden kanan Umno menyifatkanya sebagai mengarut.

Paranjothy memetik kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam (kiri) dalam sebuah akhbar baru-baru ini yang menyebut bahawa masalah yang dihadapi oleh masyarakat India di negara ini adalah benar.

Menurut Musa lagi, kata Paranjothy, walaupun ada sebuah parti yang mendakwa mewakili kaum India, tetapi jelas sekali, mereka tidak puashati kerana menganggapnya sebagai tidak berkesan".

Friday, December 14, 2007

ISA satu tindakan perlu?


Terbelah dua – antara sokong dan tidak sokong. Tanya pada beberapa kerat rakan saya yang berketurunan Melayu, maka akan mereka mengatakan kalau benar memo yang tersiar dalam laman www.arahkita.blogspot.com mengenai tuntutan Hindraf maka layaklah P.Utahyakumar dan rakan-rakannya ditahan. Tanya pula kepada mereka yang berketurunan lain maka mereka akan membantah. Mereka mengatakan bahawa “detention with trial” adalah salah dan tidak sepatutnya ada. Bawa ke muka pengadilan, biar Institusi Kehakiman yang menentukan dan biar mahkamah menentukan sama ada ini adalah tahanan kerana cubaan mengancam Keselamatan Dalam Negara atau semata-mata mengancam politik negara.

Berbelah bagi, memo Hindraf benar-benar agak keterlaluan. Membaca memo tersebut sudah cukup untuk menunjukkan bahawa tuduhan Hindraf mengenai beberapa perkara khususnya yang bersangkutan dengan Melayu agak merunsingkan. Tetapi bagi kita orang Melayu, sepatutnya yang turut merunsingkan kita adalah statistik makluman kerajaan mengenai kedudukan orang Melayu yang mengisi tempat terbawah dari segi kemiskinan tegar dan kedudukan pendapat kasar isi rumah. Ini lebih merunsingkan kita. Ini bukan statistik yang di reka tetapi ini statistik yang dimaklumkan dalam Parlimen. Mungkin lebih buruk lagi sekiranya ukuran dibuat dengan lebih tepat dan telus lagi.

Alahai orang Melayu, di situ rupanya kedudukan kita. Kita pula tidak menunjukkan kekecewaan dalam isu itu. Melayu yang ada rupanya kaum yang tersingkir ke bawah berbanding dengan Cina dan India. Malang sekali lagi itu kita tidak marah. Yang kita marah adalah Hindraf, kumpulan yang bukan memerintah negara kita ini. Ini sebenarnya menunjukkan arah dan fokus pemikiran kita. Bila Hindraf mencabar kita, kita marah dan bila justifikasi diberi mengenai kedudukan orang India lebih baik dari Melayu, tidak ada suara tebal yang memekik kekecewaan.

Berbalik dalam isu ISA, akta tersebut kini telah membentuk wira politik baru. P.Utayakumar dan rakan-rakan akan menjadi lebih besar dari segi sokongan orang India. Nama beliau semakin besar. Kini P.Utahyakumar dan rakan-rakan sama hebat dengan perjuangan pembebasan negara lain. Kini mereka adalah wira pada kaum India dan semua ini adalah kerana ISA. Maka harus dengan penggunaan ISA maka mencepatkan proses meruntuhkan keyakinan rakyat kepada sesebuah kerajaan seakan dipercepatkan. Ini sudah menjadi hakikat, penahanan baik menjadi OKT ataupun di tahan di bawah ISA, maka individu itu kini menjadi wira kepada kelompok mereka. Kita seakan telah membantu dan kealpaan kita menggalakkan rakyat menjarakkan diri dari kita. Inilah yang sebenarnya berlaku. Masyarakat India telah beralih arah – ke Hindraf. Hindraf kini pasti berubah wajah. Hindraf akan dijadikan senjata perjuangan bagi memastikan MIC di bawah Samy Vellu tercabar. Bukan itu sahaja, laporan video
www.malaysiakini.com juga turut memetik kenyataan salah seorang penyokong Hindraf yang berada di perkarangan Bukit Aman sebagai berkata, ini semua desakan orang UMNO untuk menggunakan ISA, kepimpinan kita sudah di tangkap dan di tuduh, apa perlu lagi tangkapan tanpa membenarkan perbicaraan”. Maka hari ini, Hindraf sudah menukar bentuk dan rupa, hari ini seakan Hindraf adalah parti politik baru, sebagai satu senjata politik untuk menentang Barisan Nasional khususnya MIC. Hindraf kini adalah masyarakat India dan masyarakat India adalah Hindraf.

Itulah senario yang ada sekarang. Mendefinisikan secara terpesong “tuduhan mengancam keselamatan negara” akan memberi padah berbeza kepada kita. Tindakan ISA adalah seperti tindakan menggunakan kuasa untuk menakutkan yang lain tetapi bukan “corrective measure” atau langkah pembaikan yang bijak. Mereka akan lebih bersemangat, lebih mempunyai ruang menentang amalan demokrasi dan akhirnya yang salah menjadi wira kerana dipotret sebagai mangsa perjuangan. Benar – ISA bukan keperluan dalam mana-mana keadaan. Bicarakan dan jangan tunjukkan yang sikap penakut kita dalam berhadapan dengan keadilan dan Institusi Kehakiman.

Saturday, December 08, 2007

Definisi Melayu


Angkara Hindraf maka kini semua tahu, bukan India yang terkebelakang tetapi Melayu. Adakah benar, Melayu yang sedang memegang kuasa dan Melayu merupakan ketuanan di tanah ini? Mana sebenarnya kedudukan Melayu hari ini? Di mana kita dalam negara kita ini? Adakah mampu kita untuk mengisahkan apa yang sebenarnya berlaku pada Melayu dan sekiranya mampu adakah kelak kita tidak dilabel sebagai pembangkit semangat untuk memainkan sentimen kaum.

Sebenarnya untuk soalan di mana kita Melayu ini jawapannya, hampir 50% menteri kabinet negara ini adalah dari kaum lain dan bukan Melayu (Sun 07 Disember 2007) dan Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa pendapatan isi rumah kasar bulanan Bumiputera adalah yang terendah berbanding dengan Cina dan India. Ini ditambah dengan Melayu memegang rekod peratus kemiskinan tegar tertinggi.

Dan itu definisi Melayu hari ini. Tidak payah kita bercerita mengenai Ketuanan Melayu kerana definisi yang ada tidak melambangkan “Ketuanan Kita” . Tidak perlu kita mengisahkan hak keistimewaan dan kedudukan kita kerana semua itu telah terjawab. Habis mahu di letak mana kedudukan kita dalam kita sudah mencapai 50 tahun lebih merdeka.

Mungkin salah pada Melayu, Melayu yang malas, Melayu yang lupa dan Melayu yang haprak. Mungkin itu kini karakter nasional untuk Melayu, identiti sebagai seorang Melayu baik kepimpinan Melayu sampailah ke rakyat yang menjadi hamba pada Tanah Melayu yang kini bergelar Malaysia. Maka yakinlah kita hari ini bahawa sebenarnya kita kaum minoriti kerana pengecilan tempat dan kedudukan kita sebagai Bumiputera. Hampir pasti kelak kita hadir pada tahun retorik 2020 dengan kedudukan yang senget dengan lemah berdiri di bumi sendiri.

Sah kini. Melayu bukan lagi golongan yang boleh dibanggakan dalam negara kita ini. Melayu kini hanya tinggal nama dan igauan Dato Onn Jaafar melambangkan “gelap” Melayu kini menjadi realiti. Mana silapnya pendidik Melayu, mana silapnya kepimpinan Melayu dan mana silapnya Melayu itu sendiri.

Kita hari ini sibuk mengejar kejayaan. Malaysia diambang kemodenan dan kemajuan. Negara semakin bergerak ke arah yang amat memberangsangkan namun Melayu masih di situ. Melayu tetap Melayu dengan saban hari menceritakan tentang kemajuan bangsa lain. Melayu tetap di situ membicarakan kisah ketuanan Melayu, mengisahkan perjuangan Melayu dan akhirnya kuasa pegangan Melayu yang menyalahkan ketirisan sebenarnya menyebabkan ketirisan.

Kisah sedih Melayu ini patut diabadikan dalam sejarah Malaysia. Mungkin benar bahawa yang sepatutnya berdemonstrasi adalah Melayu. Namun untuk membantah kepada siapa, kerajaan Melayu....

Tuesday, December 04, 2007

Melayu yang malu

Dalam membicarakan mengenai isu Hindraf, kepimpinan Melayu di Dewan Rakyat mendedahkan bahawa Melayu adalah kaum yang paling tertinggal di Malaysia. Justifikasi untuk menyanggah dakwaan Hindraf mengenai “marginalisation” hari ini membentuk satu pertanyaan, yang kuat dengan kuasa adalah kita tetapi yang corot adalah kita. Kita mempunyai peratus kemiskinan tegar yang tinggi dan pendapatan isi rumah yang rendah berbanding dengan Cina dan India. Adakah ini wajar dengan kehadiran berbagai-bagai polisi yang dibentuk untuk membantu orang Melayu?

Kita hari ini dimaklumkan bahawa Melayu terpinggir, Melayu melukut di tepi gantang wa hal Melayu adalah pemimpin negara ini. Adakah ini wajar. Dengan adanya kuasa di tangan kita tetapi kita terpinggir maka persoalan yang wajib kita tanya adalah-keberkesanan kepimpinan kita hari ini. Adakah statistik yang bangga dibacakan di Dewan rakyat hari ini tidak menaikkan kening mata kita orang Melayu? Di mana salah kita orang Melayu, pada Melayu atau pada kepimpinan Melayu. Adakah kita dipimpin meniti jalan kejayaan atau kita dipimpin untuk memastikan kejayaan segelintir Melayu. Kalau itu masalahnya adakah salah kalau kita katakan kepimpinan Melayu itu gagal dan kini setelah 50 tahun kita merdeka, kita sebenarnya merdeka dalam kemiskinan.

Menjadi satu yang amat memalukan apabila India di Malaysia adalah lebih baik dari kedudukan orang Melayu. Adalah menjadi satu kesedihan kepada kita melihat bangsa kita terkulai sedang kita mencium keris tanda memegang kuasa. Adakah ini tidak cukup menyedarkan kita bahawa perubahan perlu ada. Perubahan perlu lebih dinamik dari kepimpinan Melayu yang manja sekarang ini. Kepada kepimpinan yang dinamik – sanggup di tegur dan sanggup menyatakan pegangan sungguhpun menyimpang dari ketetapan kerajaan. Kepimpinan kita terlampau dimanja sehingga mereka tidak perlu bekerja keras untuk rakyat tempat mereka kerana semuanya ditentukan,di promosi dan dipastikan kemenangan oleh kerajaan memerintah.

Sebenarnya pernah menulis satu sajak ringkas mengenai Melayu :
Dan itu Melayu

Dan itu Melayu,
Merayap,
Menyusur,
Dan belum bangkit-bangkit lagi,
Setelah jejak ini milik orang,
Masih belum sedar lagi,

Dan itu Melayu,
Tidak sedar gelap akan hari,
Bulan sepi dan bintang lari,
Belum sedar akan diri,
Dan itu Melayu
Berdiri tapi mati.....

22/08/2007
Dan salah siapa..perlukah jadi Hindraf - menuntut kegagalan ....

Sunday, December 02, 2007

Apa dosa saya 2

Tekanan terhadap kepimpinan Pak Lah semakin menjadi-jadi. Perhimpunan demi perhimpunan dirancang untuk memastikan tekanan berterusan berlaku terhadap kepimpinan Pak Lah. BERSIH dipercayai akan meneruskan tuntutan mereka dengan Perhimpunan Demonstrasi ke Parlimen untuk mengemukakan tuntutan dan kenaikan TOL juga akan menjadi satu agenda penentangan sehingga satu demonstrasi dijangka akan diadakan pada 1hb Januari 2008.

Masalah tuntutan Hindraf juga mencalarkan pentadbiran Pak Lah dan senario demonstrasi demi demonstrasi semakin membiak. Kenapa dan di mana salah Pak Lah mentadbir? Adakah pentadbiran Pak Lah amat buruk sehingga pentadbiran beliau yang masih singkat lagi telah mula dicabar dengan hebat. Kenapa dan mengapa?

Sungguhpun dalam era kepimpinan Dr Mahathir, beliau hebat dicabar tetapi ini adalah pada penghujung kuasa beliau sedangkan Pak Lah kini ditekan dengan cabaran yang amat kritikal dalam kepimpinan singkat beliau. Lagi menyedihkan ura-ura mereka dalam UMNO sendiri mula mengatakan bahawa terdapat “krisis dalaman” dan mula mencetuskan keraguan di bawah kepimpinan hebat semakin memuncak dan membayangkan ada sesuatu yang tidak dengan cara pentadbirannya.

Baru-baru ini ada kenyataan yang mengatakan bahawa undi untuk Barisan Nasional pada pemilihan akan datang akan berkurangan. Laporan tersebut dibawa oleh
www.malaysiakini.com


Experts: BN to suffer poll losses
Dec 1, 07 11:21am Adjust font size:

The ruling Barisan Nasional coalition is expected to suffer losses in elections expected early next year as it grapples with rare street protests and ethnic tensions, experts told a forum here.

But Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi's BN government should maintain its two-thirds majority in Parliament unbeaten since independence in 1957, they said.

Unprecedented street protests demanding electoral reforms and highlighting racial discrimination erupted in Kuala Lumpur this month, posing one of the biggest challenges to Abdullah since he took over from the largely authoritarian and abrasive Dr Mahathir Mohamad in 2003.

"I think that even with the parameters shifting at this particular juncture, it is extremely difficult for the opposition to break the barrier of the two thirds. Period," said Bridget Welsh, a Southeast Asian expert at John Hopkins University.

Opposition parties in Malaysia, she said, did not provide a viable alternative electorally as they were still very personality driven and ideologically divided with limited capacity in terms of "real representation and aspect of governance."


'The only place to go is down'

The BN secured the largest majority in about three decades, sweeping 198 parliamentary seats to the combined opposition parties' 20 seats, in the last elections held in 2004.

But Welsh predicted Abdullah's Umno, BN's lynchpin, could lose up to 15 parliamentary seats in upcoming polls and its senior coalition partner MCA could drop about six seats.

"The reality is electorally, the only place he has to go is down because he has 91 percent of the seats and it is very hard to go much higher," she said.

Islamic opposition party PAS, which rules Kelantan, also has a "good chance" of losing the only opposition held state to Umno amid an influx of new voters, she said.

Aside from rising prices and other economic issues, race, religion and ethnic concerns are going to matter considerably in the next elections, she said.

Pek Koon Heng, an expert on Chinese politics in Malaysia from American University, highlighted dissatisfaction over an affirmative action policy favouring majority Muslim Malays over other races.

Many ethnic Chinese and Indians feel the time has come for a review of the New Economic Policy, framed after bloody race riots in 1969, after studies showed that Malays have already achieved the target of 30 percent corporate ownership.

But the government last year introduced another benchmark - household income - to measure Malay progress in an indication that the controversial policy would remain at least up to 2020, Pek said.

Unease over NEP

"There is a lot of unease about how the New Economic Policy is measured. With the uncertainty - the moving targets - it (the policy) can go on forever," Pek said.

"Although they accept the policy... because we need political stability but then to subject generations and generations of Malaysians to the policy, they say, 'sometimes we need to do something about this.'"

Citing an opinion poll conducted this year, she said Chinese Malaysians were "least satisfied with the economic conditions and Prime Minister Abdullah's leadership and most likely to vote for the opposition."

The ethnic Indians are also discontented. At least 30,000 of them defied police warnings and held rare protests in Kuala Lumpur earlier this week against what they see as racial discrimination.

Police beat them with batons and used tear gas and water cannon to disperse the rally.

Welsh said the protests were a critical "test" for Abdullah's coalition government.

A key problem in the government is "the rising dominance of Umno and Malay chauvinism of Umno (which) do not listen to the other voices within the coalition," she said.

- AFP

Kenapa dan mengapa – adakah pentadbiran Pak Lah lebih buruk dari dari Mahathir? Adakah benar bahawa Pak Lah akan cepat mengalami zaman kemurungan pentadbiran beliau. Atau memang UMNO sudah mula tersingkir sedikit demi sedikit di mata rakyat? Komen anda